Jump to content
Sign in to follow this  
pokmat siko

Khalid Syor Uitm Ambil 10% Bukan Bumiputera

Khalid syor UiTM ambil 10% bukan bumiputera  

67 members have voted

  1. 1. cadangan MB selangor

    • setuju
      16
    • tidak setuju
      51
    • tidak peduli
      0


Recommended Posts

Anwar gadai maruah bangsa – Ibrahim Ali

15/08/2008 10:15pm

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

KOTA BHARU 15 Ogos – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggadai maruah bangsa sendiri apabila menyokong cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan tindakan itu hanya kenyataan popular Anwar untuk meraih sokongan pengundi bukan bumiputera menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

Katanya, beliau juga sanggup menggadaikan nyawanya jika benar Anwar mahu menghapuskan hak keistimewaan Melayu sedikit demi sedikit.

"UiTM adalah darah daging saya, darah bangsa saya dan saya rela bergadai nyawa untuk mempertahankannya. Jangan sesiapa cuba mengganggu-gugat keistimewaan ini.

"Walaupun saya tidak popular, saya rela tidak menjadi Perdana Menteri, tidak guna menjadi Perdana Menteri kalau menjual maruah bangsa sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Anwar yang menyokong cadangan supaya UiTM membuka kuota 10 peratus kepada pelajar bukan bumiputera

Anwar dalam sidang akhbar bersama pemimpin DAP termasuk Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng, hari ini berkata, angka itu kecil sahaja dan syor yang dibangkitkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu tepat dan kena pada masanya.- Utusan.

Utusan Malaysia Online

Komen : Kecik je angka tu katanya ..

Edited by Mr Ijan

Share this post


Link to post
Share on other sites

:( Yang aku nampak sekarang ni hak minoriti yang diperjuangkan lebih manakala hak majoriti pula di kikis dan di kurangkan tak kira mana2 pihak (kuota jpa , azan, 10% uitm , mrsm ,dll ) . Apa yang dorang duk kejar undi minoriti taktau la,mungkin la kalau dapat semua sokongan minoriti tu berguna bila undi majoriti telah berpecahbelah . :(

aku rasa si khalid ni saja nak "hasut" secara halus supaya kerajaan sendiri meluluskan pemberian 10% kuota untuk menarik undi non-bumi . Bila kerajaan punya cadangan bukan dorang kisah protes ke , tunjuk perasaan orang bumi , cam kes kuota jpa , ada orang bantah tapi tak dapat liputan dan dorang(kerajaan) tak kisah pun .

Edited by hampeh

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kes UiTM punya la ramai orang Bumiputera ni melenting, tapi kes kasi 45% biasiswa oleh kerajaan sekarang takde plak sampai demonstrasi .. pelik pelik ..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Penjelasan Tan Sri Khalid perlu diteliti dengan sejujurnya dan kita haruslah siap untuk menerima hakikat mutu institusi pendidikan kita yang jauh ketinggalan berbanding universiti di negara jiran. Ternyata keprihatinan beliau adalah untuk melihat mutu pendidikan negara dapat ditingkatkan terutamanya institusi yang diamanahkan untuk mendidik serta melatih bumiputra.

Saya telah pun membaca kenyataan beliau dan berbincang dengannya, nyata sekali hasrat beliau tidak lain hanya untuk memberikan pendedahan seluasnya kepada mahasiswa UiTM. Dan ini termasuklah kemungkinan untuk menerima pelajar asing dan bukan bumiputra dalam beberapa bidang tertentu terutamanya yang melibatkan isu global dan peluang untuk bersaing di luar negara. Malangnya media UMNO memutarbelitkan kenyataan tersebut.

Umum mengetahui Tan Sri Khalid merupakan tokoh besar yang mengangkat Permodalan Nasional Berhad sebagai gergasi korporat antarabangsa dan agak janggal dan lucu bila perasuah besar bumiputra serta konco-konco mereka mendabik dada berbangga kononnya merekalah pejuang Melayu tulen! Saya berharap rakyat Malaysia turut mengkaji implikasi cadangan beliau secara matang dan tidak terperangkap dengan muslihat kalangan tertentu.

____________________________________________________________

_____________________________

anwar ibrahim

aku x nak komen tp pk2 kan lah sma2 kita org melayu....adakah kita sdg diambang kegemilangan pendidikan atau smkin teruk prestasi akademik graduan2 universitas kita....ranking dunia ,out,,,langsung x msk....tercorok begitu teruk x igt....kita mahukan anak2 kita menerima kualiti pendidikan terbaik atau hanya mahu mempertahankan hak b/putera ttp jauh ketinggaln jk dbndgkan dgn universiti 2 luar negara lain...ataupun banding kan saja antara IPTA2 ....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kalau masuk ranking dapat apa ? Kalau setakat " kami bangga kerana berada dalam top 200 universiti ranking "

baik tak payah , dah meyimpang jauh dari tujuan sebenar penubuhan uitm . kita nak bantu orang bumi supaya dapat meninggikan pelajaran bukan nak kejar ranking .

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku punya pasal la ayat aku sedap ke tak, ko pehal mat? Pendapat aku, aku punya pasal ler. Tak puas hati?

ape kes ko nie

x puas hati ckp la

lantak aku la.haha

jgn mare2

Edited by leman77

Share this post


Link to post
Share on other sites

hihihi...sbr2...bertenang wahai sahabatku skalian..kita berbincang scr profesional...sb dlm ni kbykn yg post kat thread ni graduan@ pljr2 uni

Share this post


Link to post
Share on other sites

bkn nak kjr ranking tp nak kejar graduan yg berkualiti....ranking melambangkang kualiti graduan yg ada di situ....

Ranking melambangkan kualiti? Siapa kata? Lihat sendiri pada graduan seperti UPM, UM, UKM yang berada di ranking lebih baik daripada universiti tempatan lain, apakah graduan yang dilahirkan boleh dikatakan berkualiti, gemilang, dan terbilang dan kadar pengangguran berkurangan? Sibuk mengambil pelajar luar, memberikan peluang kepada pensyarah untuk melanjutkan pelajaran sehingga PhD sehingga mengabaikan keperluan pelajar, dana yang diperuntukkan untuk aktiviti pelajar diguna pakai untuk aktiviti lain, memberi dana dan keistimewaan yang terlalu banyak untuk membuat penyelidikan sehinggakan sesi kuliah samalah seperti hanya perlu melihat slaid di komputer, dan memberikan gaji yang sangat tinggi kepada pensyarah luar bagi memenuhi spesifikasi yang ditetapkan untuk mencapai ranking. Begitu banyak award dan pencapaian yang dibanggakan oleh pihak universiti di atas nama penyelidikan dan mendapat nama sehingga ke peringkat antarabangsa bagi memenuhi cita-cita mereka bergelar universiti ternama. Apakah pelajar mendapat manfaat daripada perkara-perkara tersebut? Siapa yang berkualiti akhirnya? Universiti atau graduan yang dihasilkan?

Share this post


Link to post
Share on other sites

bkn nak kjr ranking tp nak kejar graduan yg berkualiti....ranking melambangkang kualiti graduan yg ada di situ....

tak semestinya bila dah masuk ranking , graduan lebih berkualiti . Yang UM dapat masuk ranking pun dekat nombor 246

Spoiler :

Aku rasa peratusan non-bumi dalam tu lagi banyak kan ? Tapi kenapa dapat ranking takat tu je , so kalau nak kata bila non-bumi masuk takkan la ranking tetiba naik ? Memang belum cuba belum tau , tapi bukti kukuh tu takde .

Edited by hampeh

Share this post


Link to post
Share on other sites

ape kes ko nie

x puas hati ckp la

lantak aku la.haha

jgn mare2

Abaikan saja. Ayat "Tak yah la buat ayat sedap" tu menunjukkan personal attack. Kalau nak hujah, hujah dari segi fakta, bukan dari segi personal. Kalau nak tanya puas hati ke tak, memang tak puas hati, aku dah cakap. Lantak ko, lantak ko la. Jangan mare2, takde masa aku nak marah.

Dah. Abaikan saja.

Edited by Sir Pyan

Share this post


Link to post
Share on other sites

cadangan MB selangor

setuju [ 10 ] ** [20.00%]

tidak setuju [ 40 ] ** [80.00%]

20% bersetuju supaya 10% dibuka kuota kepada bukan bumiputera. Kira okay la. Ahli putera memang berpandangan jauh.

Mungkin ada sebab tersendiri mereka yang bersetuju dan mereka yang tak bersetuju ni.

Apabila orang melayu atau individu tu sendiri amalkan agama islam dengan sempurna, ALLAH TAALA akan naikkan mereka atau pun bangsa mereka. jangan risau. Tapi kalau orang melayu tu sendiri taknak amalkan agama dengan sempurna, ALLAH TAALA tak pandang pun.

Takde pekdahnya berarak ke sana ke sini kalau ALLAH TAALA tak pandang dan tak peduli.

Share this post


Link to post
Share on other sites

dgn ini sy umumkan hari ini saya x jd post dlm ini krn ramai yg x sealiran dgn saya...hihihi...lgpun saya llsn uni limkokwing :P

kalau tak jadi post kenapa nak hebahkan satu forum?aku kalau tak nak post aku tak post...ini nak tambah rangking post la ni... <_<

P.S aku sendiri belajar takat SPM...

Edited by Tun loy_azloy

Share this post


Link to post
Share on other sites

Untung betul budak U sekarang. Buat piket tak kena buang U ataupun kena gantung pelajaran.. Kalaulah dulu, sekiranya budak U buat piket sebab kerajaan beri 10% kemasukan ke MRSM untuk bukan bumiputera mesti paling bodoh pun dapat surat warning. Walaupun Khalid cuma beri CADANGAN untuk beri 10% kepada bukan bumiputera masuk UiTM, aku tetap tak setuju sebab UiTM itu adalah sebahagian hak orang melayu. Maka diharapkan Khalid takkan buat kenyataan yang menyinggung perasaan orang Melayu terutamanya orang UMNO. :o:D

P/S: Aku harap budak U juga buat piket supaya penggunaan Bahasa Melayu dalam matematik dan sains dibatalkan kerana Bahasa Melayu adalah sebahagian dari kehidupan kita dan jati diri kita.

Kena buang kalau piket menentang kerajaan.

Kalau menentang pembangkang...tutup sebelah mata.

Permit diluluskan Polis dalam beberapa jam sahaja.

Kalau pembangkang....berhari2...kekadang tak lulus pun.

Berat sebelah....

Kalau nak protes pun belanja lah lebih sikit.

Ini guna kertang mahjong :lol: kertas A4 pun ada :lol:

Daif sangat ke? :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kena buang kalau piket menentang kerajaan.

Kalau menentang pembangkang...tutup sebelah mata.

Permit diluluskan Polis dalam beberapa jam sahaja.

Kalau pembangkang....berhari2...kekadang tak lulus pun.

Berat sebelah....

tu best jadi kerajaan tu . Boleh kata semua kerajaan negara mana pun akan kacau pembangkang .

Kalau nak protes pun belanja lah lebih sikit.

Ini guna kertang mahjong :lol: kertas A4 pun ada :lol:

Daif sangat ke? :P

Mengata memang sedap tapi kalau diri sendiri tak buat baik takyah . <_<

Share this post


Link to post
Share on other sites

Cadangan Abdul Khalid itu bukanlah sesuatu yang baru. Pengambilan pelajar bukan Bumiputera oleh UiTM ini pernah dicadangkan kerajaan BN. Malah UiTM sendiri telah pun melaksanakan cadangan itu tetapi tidak mendapat sambutan pelajar bukan bumiputera. Mustahil Naib Canselor UiTM tidak mengetahuinya ataupun sengaja menyembunyikan fakta.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Memang bukan satu cadangan yang baru tapi kenapa nak bangkitkan benda ni time keadaan politik malaysia ni boleh dikatakan "kucar-kacir" . Nampak cam ada motif lain walaupun mungkin dia ada sebab yang baik untuk uitm ni di open 10% . si khalid ni kena belajar timing masa nak bagi cadangan atau pun memang dia saja nak bagi cadangan time2 camni :ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Cadangan Abdul Khalid itu bukanlah sesuatu yang baru. Pengambilan pelajar bukan Bumiputera oleh UiTM ini pernah dicadangkan kerajaan BN. Malah UiTM sendiri telah pun melaksanakan cadangan itu tetapi tidak mendapat sambutan pelajar bukan bumiputera. Mustahil Naib Canselor UiTM tidak mengetahuinya ataupun sengaja menyembunyikan fakta.

nak kata khalid tu belajar tak tinggi...tinggi dia belajar sampai jd CEO.

jd kalo belajar tinggi2, dia mesti berpikir sblm berckp. dia mesti dh tau Uitm ni tak dpt smbutan dari non bumi.

jd wat ape nk syor2kan lg? saja2 nk muka masuk paper ka?

org kalo dh syorkan ni...mesti ada sebab.

kalo xd sb, wat apa nk syor2? buang masa saja.

huhuhu....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Huh...

Zaman Mahathir dulu x kecoh plak mahathir ckp cam tu , pembangkang bg komen jer terus meletup budak2 uitm ...

Ni semua politik jer...

UiTM benteng terakhir org melayu << benteng2 yg lain dah hancur ke ? Bila benteng tu hancur , hancur masa pembangkang memerintah ke ?

Kalau takat layan saluran media perdana jer bukan bleh percaya sgt pon...

Hidup UiTM dihatikuuuuu....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum n salam sejahtera semua...

sori ak mencelah sekejap..aa..sikit...pada pandanga aku la isu ni tak payah la ak dipanjagkan lagi. ada bayak lagi isu yg org bumiputera (BP) patut beri perhatian. isu ini pada pedapat aku tak lebih hanya maian politik semata-mata untuk mengalihkan perhatian kita semua daripada isu lain...contohyaa pilihanraya kecil kat PP.

kita ni terlalu cepat melenting dan mudah dibuai emosi pada perkara yg tak sepatutnya. kita perlu fikir dulu apa akibat daripada tidakan yg kita ambil, cthya berdemonstrasi seluruh negara tu. apa yg korang dapat drpd tidakan korang tu? apakah tindakan korag tu dapat menambahkan kualiti korang sebagai org melayu n BP? kalau sekadar utk menujukkan rasa tidak setuju n tidak puas hati, ada bayak cara lain lagi...apa yg aku dapat perhatikan daripada tidakan pelajar Uitm yg berdemonstrasi tu, dorang sebenarnya dah diperalatkan untuk kepentingan pihak yang bijak dan berkepentingan.

heran juga, apsal yg berdemonstrasi tu tak kena tangkap, tak kena ISA? dulu masa aku blajar kat um ydp mpp aku kena isa pasal ikut berdemonstrasi...kesian dia, jd trauma

dulu masa mrsm nak dibuka kpd no-BP, takda pla org ribut2 sampai nak berdemo2..

kita semua kena la berfikiran terbuka n berpandangan jauh...tentu tan sri khalid tu ada sebab sendiri utk buka Uitm kpd non-BP...n aku tak percaya sebabnya ialah utk cari populariti...kalau kita bergaul sesama kita saja, fikiran kita takkan berkembang jauh, begitu juga dengan ilmu n kemahiran kita sebabnya kita tak terasa wujudnya aura persaingan tu...percaya la adik2ku sekalian yg masih belajar...

pasal isu Uitm ni tak payah la lagi nak bising2...nanti korang juga yang rugi. lebih baik korang tumpukan perhatian kpd pengajian korang dan berusaha utk meningkatkan prestasi diri korang supaya setanding dgn kaum2 lain yg korang takut tu...buktikan kpd mereka n kpd dunia bahawa org melayu n BP ini bukan calang2 org, buktikan bahawa kita semua hebat, lbh hebat lg drpd org lain...buktikan dgn usaha n tindakan....

sekian terima kasih

Edited by gaman80

Share this post


Link to post
Share on other sites

Apsal la susah sgt nak pikir....?

Skg industri/company dimonopoli bangsa kafir, korang bangga sgt ker bila ada diploma/degree uitm?, menjamin akan dapat kerja kat tempat diorang tu?

Silap2 haribulan diaorang "ban" graduate dari uitm... Apa susah..

Pastu bila xdapat keje sektor swasta, apply la plak gomen kalo terer..

So bila dah xdpt keje mana2, jadilah penganggur setiap masa.., kerajaan/makbapak/adik berdik disalahkan..HAHA

Contoh Simple #1(xde kena mengena dgn yg idop@mati..

Ah Pek ada duit banyak. Bapak dia tauke, kontraktor besar kelas A. Dia mampu nak belajar oversea, tp dia minat sgt studi kat dlm negeri iaitu UITM sbb dia mmg minat dgn budaya rakyat malaysia. Disebabkan UITM x terima dia masuk, dia kecewa.. So bapak dia pon xboleh buat ape sbb ank dia minat tp xdpt masuk... So bapak dia bengang, pastu sapa nk apply keje kat kompeni dia "mesti tau berbahasa Mandarin" kalo x tau kena rejek...

Simple. Pikir la wahai orang melayu..

Aku dah grad dari ITM dekat 10 tahun, aku tahu dunia luar mcmana..

Edited by Encik_Trojan_Horses

Share this post


Link to post
Share on other sites

n semoa baru cadangan jerk ape mau bising2?

Khalid tu nk glamor jer tuu...

Kan Pak Lah dh kate Khalid tak der kuasa nk ubah benda tu.aper nkorang tk percaya ker kat Pak Lah?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...