Jump to content
Sign in to follow this  
pokmat siko

Khalid Syor Uitm Ambil 10% Bukan Bumiputera

Khalid syor UiTM ambil 10% bukan bumiputera  

67 members have voted

  1. 1. cadangan MB selangor

    • setuju
      16
    • tidak setuju
      51
    • tidak peduli
      0

Recommended Posts

best lar melayu nie..asal kena cucuk sikit baru nak melenting,kalau tidak asyik 'tido' jer.

hehe "cucuk" time tido memang la "terkejut" . Tapi kalau tak "terkejut" langsung memang kena "tikam" la time duk "tido" tu . :ph34r:

Share this post

Link to post
Share on other sites

Khalid ttp mahu teruskan...

die ckap x yah nak sibuk, x yah panjang2kan hal ni...

Sebenarnya khalid tidak ada kuasa dalam hal uitm ni. Dia cuma bagi syor je.

Dia kata takyah dipanjang2kan hal ni mungkin sebab itu cuma sekadar syor peribadi dia je. dan tidak perlu dibawa usul ni ke parlimen atau kementerian pengajian tinggi.

Mereka yang bertanggungjawab atas semua hal uitm ni adalah kementerian pengajian tinggi, kemudian kepada Vice Canselor. Khalid tidak termasuk walaupun dia pegang kerajaan selangor yang ada kampus induk uitm di situ.

Takde kena mengena dengan politik sebenarnya, tapi disebabkan khalid yang bagi syor ni, perkara ini dipolitikkan. Perkara ini adalah berkenaan bangsa dan ketuanan melayu.

Share this post

Link to post
Share on other sites

korg nie x bosan ke bincang soal politik nie??..aku da naik muak dah..sesetengah bende pun bkn selesai pun..letih dah..kite cakap2 je kat sini..bende nye x jalan jugak.. :wacko:

Tu la, memang bosan bincang pasal politik ni. aku bukak thread ni cuma nak tengok je brapa ramai undi setuju dan berapa ramai undi tak setuju. Alih2 berbincang pasal politik la pulak. Dan thread ni dah dialih ke bahagian politik. Dah sah jadi politik jugak la.. :blush:

Share this post

Link to post
Share on other sites

masa bdk2 uitm tu berhimpun, aku ternampak bdk pegang banner 'persatuan mahasiswa hadhari'. so nak tanya kpd sesapa yg tau, persatuan ni persatuan baru atau persatuan yg guna nama baru. dulu masa aku ada persatuan mahasiswa islam, then tak bagi guna nama islam diubah kpd pers.mahasiswa intelek. skang ni dah tukar jd hadhari plak ke

nama tak sepenting agenda/isu yang diperjuangkan :lol:

Share this post

Link to post
Share on other sites

Apa bangganya jadi orang Melayu?

Kita patut lebih BANGGA jadi orang Islam.

Umat Nabi Muhammad SAW.

Umat paling awal masuk syurga (inshallah) berbanding umat-umat Nabi lain.

Tak bangga ke?

Salam

best lar melayu nie..asal kena cucuk sikit baru nak melenting,kalau tidak asyik 'tido' jer...no offence,berbeza plak dengan melayu yg belajar di oversea,bila kaum kita jadi minority,baru ler sibuk nak berpersatuan sana sini,and active buat perjumpaan..the fact is,bila satu2 kaum jadi majority,semuanya buat xkisah,padahal si minority sedang berusaha atas hak diorang..

Diorang nak ambil hati orang Melayu yang tak sokong UMNO-BN :P

Jangan taksub sangat soal bangsa nie.

Ingat balik kata2 Tok Guru Nik Aziz.

Hanya kebetulan sahaja seseorang itu dilahirkan samada sebagai orang Melayu, Cina, India etc.

Edited by yusri

Share this post

Link to post
Share on other sites

hmm...mcm2....aku pun penin la... khalid tu cuma bagi cadangan je,bukan laksana pun lagi...tp cm aku kata td,org x mrah pun yg buka mrsm dan matrik tu apa cer ni?

Share this post

Link to post
Share on other sites

Tahukah kita bahawa penubuhan Rural Industrial Development (RIDA) oleh Dato' Onn bin Jaafar pada Ogos 1950 kemudian sekitar 5-7 Jun 1965 namanya ditukar kepada Maktab Mara, pada awal tahun 1968 sekali lagi namanya di tukar kepada Institut Teknologi MARA (ITM) dan “LIMA hari sebelum sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-42, Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir mengumumkan restu kerajaan menukarkan status Institut Teknologi Mara (ITM) menjadi sebuah universiti (UiTM).

Berita gembira itu disampaikan oleh Dr. Mahathir pada satu majlis perhimpunan yang dihadiri oleh lebih 15,000 siswazah dan bekas siswazah ITM. Mereka menyambut berita yang dinanti-nantikan itu dengan sorakan dan tepukan bergemuruh, dan sesetengahnya menitiskan air mata kegembiraan. Enam bulan selepas peristiwa bersejarah pada satu petang bulan Ogos itu, pindaan ke atas Akta ITM 1976 diluluskan oleh Dewan Rakyat sebulat suara. Ia sekarang menunggu kelulusan Dewan Negara sebelum boleh diwartakan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Bagaimanapun, ITM sudah dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara atau ringkasnya UiTM. ''Saya rasa lega sungguh sekarang,'' kata Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ir. Dr. Ahmad Zaidee Laidin ketika ditemui sejurus selepas pelancaran.

Beliau wajar berasa lapang dada kerana usaha menaikkan taraf pusat pendidikan yang mempunyai kedudukan istimewa dalam kamus survival orang Melayu itu telah menjadi kenyataan. Selain penukaran nama dan mewujudkan jawatan-jawatan yang bersesuaian dengan statusnya sebagai universiti, pindaan kepada Akta ITM 1976 itu juga bertujuan menjadikan penubuhannya tertakluk kepada peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 153 menyentuh mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak.

Tanggungjawab memelihara keistimewaan kumpulan bumiputera ini terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Justeru, pelantikan Seri Paduka sebagai Canselor UiTM adalah sangat bersesuaian dan menepati semangat serta matlamat peruntukan tersebut. Ketika membahaskan rang undang-undang pindaan itu di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan krisis survival orang Melayu yang masih berpanjangan dalam bidang pendidikan dan pekerjaan. Memetik sumber Jabatan Perangkaan Negara beliau berkata, pada tahun 1998 terdapat hanya kira-kira 28.7 peratus arkitek bumiputera berbanding 71 peratus bukan bumiputera, 15.2 peratus akauntan, 30.9 peratus peguam dan 35.8 peratus doktor perubatan. ''Kurangnya bumiputera dalam profesion tertentu memperlihatkan dengan jelas bahawa sebenarnya bumiputera jauh ketinggalan dalam bidang pendidikan,'' katanya. Ahmad Zaidee menyedari hakikat jurang perbezaan pencapaian antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera ini.

Bagaimanapun beliau optimis UiTM mampu menjadi memacu perubahan positif untuk orang Melayu. Keyakinannya itu beliau sandarkan kepada satu pertiga graduan ITM yang kini menjadi tenaga pengajar di UiTM.

''Mereka ini memahami sejarah dan matlamat institusi ini dan mahu mencurah bakti demi survival orang Melayu,'' katanya.

Dari apa yang penulis perolehi adalah nyata dan jelas bahawa penubuhan RIDA yang diasaskan oleh Dato' Onn bin Jaafar pada Ogos 1950 pada asasnya adalah untuk memberi persediaan kepada orang-orang Melayu khususnya untuk mengikuti aliran Inggeris. Dewan Latehan RIDA telah menawarkan dua kursus iaitu satu kursus jangka panjang untuk kelas persediaan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan 'London Chamber of Commerce (LCL'. Manakala satu lagi kursus jangka pendek yang menawarkan kursus selama 18 hari mengenai 'book keeping and commercial practise' untuk tujuan perniagaan orang Melayu.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu untuk mempertahankan apa juga hak yang telah termaktub di dalam perlembagaan..

to conclude,penubuhan UiTM/ITM adalah untuk mengimbangi golongan profesional dlm negara.Kita pn xnk bangsa kita jd "minoroti" dlm kerja2 profesional kn?hmm...pkir2lan lah..

Share this post

Link to post
Share on other sites

betul tu skrg ni bukan melayu pun dah ramai dalam golongn profesional..kita?bila lagi?dlm university pun bangsa kita byk mana sgt.... org melyu kita byk masuk poli,kolej komuniti.adtec,ikm,ikbn,ilp, n many more.... nasib baik kerajaan tubuhkan ipt utk org2 yg x bernasib baik,termasuklah aku..kalau x,x sambg belajar la, dengan skrg x pakai dah sistem kuota...aduhai.... nasib ada uitm...

p/s: kalau salah bg fakta tlg perbetulkan

Share this post

Link to post
Share on other sites

hehe ko amek mechi ke... weh..apsal uitm 2nd intake degree x de elektrik ek?

Share this post

Link to post
Share on other sites

Aku dak Poli je :D

Bini aku dak UiTM.. aku tengok masa dia buat report Prektikal.. dalam BI.. uuuu, mampos aku xleh buat camtu.. dah la 'temuduga' dalam BI gak..

Opss.. bukan nk puji bini.. nk puji dak2 UiTM.. bukan calang2 orang yang dapat masuk UiTM.

Perlu ke persaingan ngan non-bumi? U lain.. bumi dok kat bawah gak.. jadi.. xperlu lah persaingan.. Bersyukur dengan apa yang ada dan perlu di tambah baik dari masa ke semasa..

Khalid tu..suka main isu.. dia jadi 'mulut' kepada DAP.. xpe lah.. dah nasib dia camtu..nk buat camna.

bukan keistimewaan bangsa Melayu tp,secara tersiratnya KEISTIMEWAAN UMAT2 ISLAM~~~

Yup.. nice one.

Tapi kena ingat.. Majoriti Islam kat Malaysia ialah orang Melayu.. kalau hak melayu tergadai.. terkena jugak Islam.

Contoh:

Katakan melayu itu si anak perempuan dan Islam itu adalah ibubapa perempuan tersebut.. kalau kita berkahwin dengan perempuan tersebut, secara auto kita juga telah 'berkahwin' dengan ibubapa mereka...

bukan keistimewaan bangsa Melayu tp,secara tersiratnya KEISTIMEWAAN UMAT2 ISLAM~~~

Yup.. nice one.

Tapi kena ingat.. Majoriti Islam kat Malaysia ialah orang Melayu.. kalau hak melayu tergadai.. terkena jugak Islam.

Contoh:

Katakan melayu itu si anak perempuan dan Islam itu adalah ibubapa perempuan tersebut.. kalau kita berkahwin dengan perempuan tersebut, secara auto kita juga telah 'berkahwin' dengan ibubapa mereka...

Share this post

Link to post
Share on other sites

Biarlah dier, Khalid ada niat murni nak majukan org melayu kot sebab dia ingat org melayu nih bodoh lagi kot... think positive ok.. hehe

Share this post

Link to post
Share on other sites

uitm dihatiku

bersatu kita pelajar uitm kita bangsa perkasa

aku bab2 uitm ni sensitif sikit

walaupun aku tak sokong kerajaan tapi kenyataan MB selangor buat bulu telinga aku berbulu jugak

kalau uitm bukak kat non bumi berebutla diorang nak masuk..

org yang kutuk uitm tu yang jeles je tu sebenarnyeeee

dah la cita2 aku nak jadi pensyarah uitm..hehe

tapi kerajaan pun bukan main lagi main isu ni..5 6 page utusan penuh dengan isu ni...agak2 la..

tula terlajak perahu boleh undur..terlajak kata barula terngadah...hhee

hidup engine

Share this post

Link to post
Share on other sites

coba kita pikir kenapa lah Universiti2 kita ni langsung tak masuk dlm list 200.. ni antara sebab pak khalid kita suggest gitu... cadang sikit baru dah melenting.. dia nak student UiTM tu bersaing sikit secara sihat.

UTM ngan U Petronas ada dalam list tu gak tak?

Kat mana nk dapatkan list tu..

Share this post

Link to post
Share on other sites

coba kita pikir kenapa lah Universiti2 kita ni langsung tak masuk dlm list 200.. ni antara sebab pak khalid kita suggest gitu... cadang sikit baru dah melenting.. dia nak student UiTM tu bersaing sikit secara sihat.

universiti lain kat malaysia ni pon ada jugak non bumi...tak termasuk jugakkan dlm list 200.

so?

salah melayu jugak ka?

bangsa tak salah. agama tak salah. yang salah diri sendiri.

duduklah sebaris dgn cina ke, india ke, punjabi ke, bangla ke, indon ke, org putih ke, kalo diri sendiri tu yg malas. hampeh jugak.

Edited by roronoazoro

Share this post

Link to post
Share on other sites

coba kita pikir kenapa lah Universiti2 kita ni langsung tak masuk dlm list 200.. ni antara sebab pak khalid kita suggest gitu... cadang sikit baru dah melenting.. dia nak student UiTM tu bersaing sikit secara sihat.

Apsal nak sangat masuk list 200 tu?

Apa maksud "bersaing secara sihat" ?

Apa bukti bila non-bumi masuk ada "persaingan sihat"?

Apa penting sangat ke list top 200 tu berbanding membantu melanjutkan/meningkatkan taraf pendidikan orang yang SPM-nya sederhana atau rendah tapi orang tu mahu berusaha memajukan diri untuk agama, bangsa dan negara ?

Share this post

Link to post
Share on other sites

Cuma nak tambah buat renungan.

Mak aku sering berpesan, "Jaga dan utamakan agama dahulu, Insya Allah, Allah SWT akan menjaga bangsamu." :)

Share this post

Link to post
Share on other sites

Cuma nak tambah buat renungan.

Mak aku sering berpesan, "Jaga dan utamakan agama dahulu, Insya Allah, Allah SWT akan menjaga bangsamu." :)

jd,kesimpulannya,kita mesti memperjuangkan/memperutamakan Islam dan umat Islam dari bangsa kita sendiri.yg lain2 kita berserah kpd Allah SWT.Lagipun sejarah telah menunjukkan/membuktikan sesiapa sahaja yg berjuang demi Islam dan umat Islam,akan mendapat kejayaan yg besar dlm perjuangannya.contohnya,seperti bangsa Arab,pd masa dahulu,mereka telah memperjuangkan Islam dan umat Islam sehingga mereka berjaya menguasai2/3 dunia dan berjaya menyebarkan agama Islam keseluruh dunia.tetapi,bila mereka berjuang atas bangsa,lihatlah sekarang ni,mereka berpecah kpd beberapa belas buah negara~~Salahuddin Al-Ayubi adalah bangsa Kurdis,tetapi majoriti rakyatnya adalah bangsa Arab Islam,tp knp mereka menyokong Saladin,sbb Saladin berjuang demi Islam dan umat2 Islam,bukannya demi bangsa dia,jd seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa menyokong beliau~~sejarah telah membuktikannya,jd fikirlah bersama2~~

problemnyer... dap tuh... azan subuh pon sampai hantar petition suruh senyap...

Share this post

Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...