Jump to content
Sign in to follow this  
woigemok

Roboh Rumah,surau,masjid?perkara Biasa Kerajaan Bn?

Recommended Posts

ada banyak lagi video kat utube nuh tekan je roboh dah

so apa pandangan penyokong umno

adakah tindakan kerajaan ini betul-betul menjaga hak orang melayu

sedangkan surau dan masjid yang didirikan juga harus dirobohkan dengan tujuan tertentu

kenapakah surau dan masjid yang didirikan di tanah allah sendiri dirobohkan?

apakah tiada belas kasihan yang ditunjukan oleh kerajaan berkenaan isu ini?

adakah rakyat hanya sejenis binatang yang hina dan tidak mempunyai hak bersuara?

adakah prinsip di dalam islam hadhari yang menggalakkan perobohan ini?

kenapa banyak orang melayu merempat di negara sendiri

bukankah malaysia ini negara kita

mengapakah banyak wakil rakyat BN di parlimen ketawa jika wakil pakatan rakyat

membentangkan kesusahan rakyat?

mereka sebenarnya wakil siapa?

wakil rakyat atau wakil kroni?

BN?

Be eNd?

Share this post


Link to post
Share on other sites

bukan apa2 bangunan pun kalau takde permit kene roboh ke ? takpun uzur sangat ke ? Mungkin orang lain ada penjelasan lebih terperinci .

ps: aku tak tgk vid utube tu pasal tenet tak leh load utube :(

Share this post


Link to post
Share on other sites

kdg2 kite tidak tahu cite sebenar

x kan la org Islam-Melayu tergamak nak wat cmtu,ade sebab yg kukuh,

MANUSIA

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kes Memali dulu pun.. alahhhh.. biasa la tu.. takkan la PAS dengan UMNO nak bersatu setelah apa UMNO buat mcm2 kat PAS...

Share this post


Link to post
Share on other sites
kisah masjid Bujal di Kijal tu dah lame berlalu. tapi orang kat situ akan ingat sampai bila2 atas apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri. mase tu BN dah berjaya tawan balik Terengganu. sebelum tu kerajaan Pas dah banyak bagi tanah2 free kat orang2 kampung. dengan syarat kena bina bangunan atas tanah tu dalam tempoh yg diberi. tapi bila politik mengatasi segala2nya, dan kerajaan pas tewas, akhirnya tanah2 itu ditarik semula.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ok first, untuk membincangkan topik ini secara lebih logik, adalah baik dan elok sekiranya unsur-unsur politik dibuang jauh-jauh. Sebab bila dah masuk unsur politik, setiap perkara rasional sudah tak relevan lagi.

Isu surau Kg Berembang tu dah dekat dua tahun lepas. Dan aku rasa ramai yang tau surau tu, termasuk puluhan rumah penduduk situ dibina atas tanah setinggan. Bila kita kata setinggan, kita maksudkan tanah yang bukan milik kita. Untuk huraian yang lebih terperinci, sila cari sendiri. Buat masa ni kita tumpukan skop pada surau tu dulu. Mula-mula dari keadaan surau tu sendiri. Bila kita perkatakan hal berkenaan atas tanah orang, maksudnya tanah milik orang lain. Bila kita simpulkan lebih mudah, adakah boleh kita mendirikan atau menegakkan sesuatu yang bukan hak kita? Sedangkan dalam Islam sendiri pun kita dilarang mengambil hak orang lain. Of course ramai yang memperkatakan dengan kekasaran pihak berkuasa dan sebagainya, itu aku tak nafikan, mungkin di mata sesetengah orang nampak kasar, tapi tu bukan persoalan dalam perkara ni. Kita marah bila penganut Hindu mendirikan kuil mereka sesuka hati di merata-rata, tapi adakah perlu kita melakukan perkara yang sama seperti dalam situasi ni? Apa yang telah dimaklumkan, penduduk kampung tu telah dijanjikan tempat tinggal yang lebih selesa dari keadaan masa kat setinggan tu, tapi biasanya apabila berlaku kes macam ni, orang yang tinggal selalunya adalah mereka yang degil. Fikir-fikirkan.

Aku kongsikan sikit kisah Saidina Umar Al-Khattab yang perlu kita hayati. Semasa Islam berkembang di tanah Arab, salah seorang sahabat bernama Amru Al-As telah diberi kepercayaan untuk mentadbir tanah Mesir sebagai gabenor. Sebuah masjid telah didirikan, dan lama-kelamaan pada setiap hari Jumaat mendatang, masjid tersebut semakin penuh. Jadi untuk menampung jumlah jemaah yang bertambah, Amru Al-As bercadang untuk membeli beberapa bidang tanah di sekitar masjid tersebut, yang kebetulan milik seorang Yahudi. Semasa rundingan dijalankan, Amru Al-As menyatakan hasrat untuk membeli tanah tersebut, tetapi si Yahudi ini tidak mahu menjualnya dengan alasan ia adalah tanah warisan turun-temurun sejak zaman Nabi Musa A.S. Amru Al-As kemudiannya memberi kata dua kepada si Yahudi itu bahawa dia berhak membeli tanah tersebut dan si Yahudi tidak boleh berbuat apa-apa kerana Amru Al-As merupakan pemerintah. Maka terpaksalah si Yahudi menjual tanah tersebut secara terpaksa. Namun selepas itu, si Yahudi telah pergi ke Madinah untuk bertemu dengan Saidina Umar dan menerangkan peristiwa yang telah berlaku. Mendengar cerita si Yahudi ni, Saidina Umar menyuruh si Yahudi ni pulang dan menyampaikan sepucuk surat kepada Amru Al-As ni tadi. Setibanya kembali di Mesir, si Yahudi meminta maaf kepada Amru Al-As kerana melaporkan kejadian tersebut kepada Saidina Umar dan menyampaikan surat tersebut kepadanya. Sebaik saja Amru Al-As membaca surat tersebut, dia terus menangis dan menimbulkan tanda tanya kepada si Yahudi, kerana baginya Amru Al-As seorang pejuang, seorang panglima tentera dan seorang pemerintah, bukan mudah untuk menangis. Amru Al-As memberitahu si Yahudi, surat tersebut terkandung teguran Saidina Umar kepadanya bahawa perbuatannya adalah salah, dan meminta Amru Al-As memulangkan kembali tanah tersebut kepada si Yahudi. Amru Al-As menyesali dan sedar tentang perbuataannya lalu serta merta memulangkan tanah tersebut. Tersentak dengan keikhlasan dan keadilan pemimpin Islam yang tidak prejudis terhadap berlainan agama dan bangsa, si Yahudi akhirnya memeluk Islam dan menyerahkan tanahnya untuk membesarkan masjid.

Fikir-fikirkan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

biar saja Allah yang menentukan segalal2nya.... biar diorg seronok di dunia ni... akhirat nanti..hm...wallahualam.... pasal diorg x nampak benda2 nie suma..... kalau diorg nampak dpan mata..sah2 takut nak wat fitnah2 ni... masjid yang kosong waktu solat fardhu akan penuh...(bukan solat jumaat dgn ari raya je) B)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salam...

Saya bersetuju dengan Sir Pyan.

Gambar mempunyai tafsiran yang banyak, dan setiap gambar itu tidak semetinya mengambarkan suasana yang sebenarnya kerana gambar boleh diadaptasikan dan diolah untuk menjadikan sesuatu berita dan cerita itu tampak lebih menarik atau lebih gempak.

Kepada kita yang normal, janganlah selalu terpedaya dengan dayah dayah yang boleh merosakkan perpaduan kita sebagai umat Islam, nanti disebabkan beberapa keping / link gambar gambar tersebut, kita akan mengeluarkan pendapat pendapat yang akan disertakan dengan cacian dan maki hamun yang semestinya Tidak dituntut didalam ISLAM.

Cacian dan makian didalam sesuatu penghujahan itu melambangkan yang sipenghujah tidak mempunyai bukti bukti yang kukuh untuk membantu apa yang dihujahkan nya. Hanya untuk melepaskan kemarahan tetapi isi nya Kosong!.

Dengan itu saya berharap sangat agar segala persoalan tidak dijadikan pentas untuk kita mengeluarkan cacian dan makian.

Isu politik memang satu isu yang panas, tetapi jika kita tahu dan pandai untuk mengendalikan isu tersebut, maka ia tidak menjadi sepanas mana pun. Persoalan yang ditimbulkan oleh TS membayangkan seakan akan kerajaan malaysia adalah satu kerajaan kuku besi dan zalim dengan hanya berpandukan kepada gambar gambar tersebut.

Adakah ini satu tindakan yang baik ?

Adakah betul tindakan seorang anak apabila;

dia selalu mencaci ibu bapanya ?

dia selalu mencari kesalahan ibu bapanya?

dia selau menimbulkan keraguan kepada ibu bapanya?

dia selalu membuat cerita keburukan ibu bapanya ?

dengan berpandukan hanya keratan keratan gambar...

Wassalam...

Edited by TJ-Ariff

Share this post


Link to post
Share on other sites

Adakah rumah, surau dan masjid tu selamat untuk diduduki? Itu je persoalan saya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum, TJ Ariff. Maaf tapi saya dah lama nak luahkan kemusykilan saya.

Kenapa bila ada TS bukak Thread seperti "Perubahan Dan Hal Ehwal Terhadap Negeri Yg Di Tadbir Oleh Pembangkang" yang jelas memberi fakta2 yang tak terbukti kesahihannya dan jelas mencari keburukan parti contra kerajaan tiada nasihat seperti yang TJ Ariff berikan kat dalam thread ni?

Biasalah bila berforum pasal politik masing2 ada pemahaman masing2 terhadap sesuatu issue. Tapi tak bermakna anda sebagai moderator boleh side mana2 pihak dgn emosional dan mengetepikan hak org lain yang contra dgn anda untuk bersuara.

Adakah bila anda maksudkan ibu bapa, apa yang dimaksudkan kerajaan sekarang dan kami rakyat adalah sebagai anak2nya?

Saya tak tahu pendirian Yang Ariff tapi kenapa apabila satu side mengeluarkan kata2 makian, kasar dan mengeluarkan statement2 berupa dakyah yang tidak juga kita tahu kebenarannya Yang Ariff tidak pula menegur. Sebaliknya bila side satu lagi berbuat perkara sama Yang Ariff mula mengeluarkan fatwa etika umat beragama Islam.

Saya ni kurang ariff so dah semestinya saya nak penjelasan dari Yang Ariff.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Itqan.. I don't see anything wrong with TJ Ariff statement as per above..

Tak kira siapa, dan berpihak pada belah mana, kalau mereka boleh berbincang betul2 secara ilmiah berdasarkan fakta dan ayat terhormat, aku tak nampak kenapa TJ Arif atau moderator yang lain ada sebab atau tergamak untuk menutup topik tersebut..

Tapi kalau berbincang secara emosi, dengan ayat yang "kurang ajar" dan menyakitkan hati, tanpa fakta = auta, memanipulasi fakta/berita hingga menjadi satu propaganda, maka sesuatu memang perlu dilakukan.. Demokrasi tidak bermakna kita boleh bersuara meluahkan apa sahaja yang kita mahu.. Itu boleh mendatangkan kemarahan oleh pihak lain yang mungkin terasa dengan ayat nista/sindiran pedas dari pihak tertentu...

Terdapat banyak batu api dalam forum PUTERA yang rata-rata pengunjungnya adalah orang Melayu yang beragama Islam.. Bukan pandangan bernas/berilmu tapi hanya cakap kosong dan sindiran nakal hanya untuk membangkitkan api kemarahan orang lain.. Buat apa macam tu?

Bg, aku moderator dan Admin nih sebenarnya terlalu lembut.. masih membenarkan orang tertentu masuk Putera.. dah kira baik sangat dah tak banned IP address orang tertentu yang disifatkan sebagai pembuat kacau dan tidak blok semua IP proxy..

There's no perfect goverment.. Berapa ramai ahli PUTERA yang actually terlibat secara langsung dengan politik Malaysia?.. Yang terlibat secara langsung dengan kes Anwar? Yang terlibat secara langsung dengan BoD Petronas? yang terlibat secara langsung dengan hubungan luar Kerajaan Malaysia.. Yang terlibat secara langsung dengan Nik Aziz, Lim Kit Siang dan Karpal Singh?

Boleh dikatakan 99% dari ahli PUTERA hanya bercakap berdasarkan spekulasi dan berita yang dibaca baik dari akhbar dan televisyen Malaysia/berita dari internet/YouTube dan sumber kedua dan ketiga yang boleh dipertikaikan kebenarannya.. Dan berdasarkan sumber itu, ahli PUTERA cuba membahaskan dan menjadikan PUTERA sebagai sumber ke"entah berapa ntah" kerenah politik Malaysia..

PUTERA = Pusat Rujukan Ilmu??

Share this post


Link to post
Share on other sites

Mungkin kerajaan nak buat masjid baru @ ada masjid lain yg terlalu dekat jaraknya. Mcm kata hampeh, mungkin takder permit dan tak selamat. Mungkin masjid tu dibuat atas tanah org... Mungkin kedudukan tak sesuai... Mesti ada sebb kerajaan buat camtu..

P/S: Forum Putera ni masih lagi salah satu rujukan ilmu bagi aku. Mungkin cuma kat ruangan Serious Discussion sajer tak berapa banyak ilmu didapati. Tapi ruangan lain memang banyak memberikan ilmu pengetahuan dan penyelesaian masalah...... :rolleyes:

Edited by terabait

Share this post


Link to post
Share on other sites

P/S: Forum Putera ni masih lagi salah satu rujukan ilmu bagi aku. Mungkin cuma kat ruangan Serious Discussion sajer tak berapa banyak ilmu didapati. Tapi ruangan lain memang banyak memberikan ilmu pengetahuan dan penyelesaian masalah...... :rolleyes:

Yup.. you're right.. Perhaps I've overdo my statement.. :ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Mr baok cuba baca balik quote saya di bawah

Saya tak tahu pendirian Yang Ariff tapi kenapa apabila satu side mengeluarkan kata2 makian, kasar dan mengeluarkan statement2 berupa dakyah yang tidak juga kita tahu kebenarannya Yang Ariff tidak pula menegur. Sebaliknya bila side satu lagi berbuat perkara sama Yang Ariff mula mengeluarkan fatwa etika umat beragama Islam.

Saya musykil bila Yang Ariff tidak pula menegur apabila satu pihak mengeluarkan kata2 kasar, makian dan dakyah yang tidak pasti kesahihannya manakala apabila yang side lagi satu buat perkara yang serupa Yang Ariff akan timbul di tengah-tengah discussion dan mentarbiah mereka.

Maybe saya tak dapat menilai tujuan baik Yang Ariff dari sudut positif. Im sorry TJ Ariff. Saya tak bermaksud memperlekeh-lekehkan tugas moderator mengawal keamanan PUTERA. Cuma saya musykil bab yg saya nyatakan dlm quote di atas.

The rest again saya minta maaf jika tujuan baik TJ Ariff disalahrtikan oleh saya. Im sorry truely.

Share this post


Link to post
Share on other sites

hek eleh. yg teresa kwok panas ngan azan Subuh tuh apa plaks? Yg org pas tergedik2 kata support teresa kwok, sepatutnya x yah laung azan kat kawasan bnyk cina. lagi2 speaker tuh bukan buatan org Islam. so apa tah hukum, jgn laung. ppiiiraaah!

*check http://anginperubahan.blogspot.com try browse post terdahulu. tp bende nih bende baru. ish, sesama Islam berani, ngan org lain, kecut plak.

Share this post


Link to post
Share on other sites

*check http://anginperubahan.blogspot.com try browse post terdahulu. tp bende nih bende baru. ish, sesama Islam berani, ngan org lain, kecut plak.

sememangnya keje umno amat jelaslah dan mengesah lah budaya umno itu sendiri. Elok benar kalo dicetak dan diedarkan kepada budak tadika kemas, khas untuk buat lapik M******G.

Share this post


Link to post
Share on other sites

hek eleh. yg teresa kwok panas ngan azan Subuh tuh apa plaks? Yg org pas tergedik2 kata support teresa kwok, sepatutnya x yah laung azan kat kawasan bnyk cina. lagi2 speaker tuh bukan buatan org Islam. so apa tah hukum, jgn laung. ppiiiraaah!

hdroxy link tuk cite teresa kok tu katne ? aku tyr browse blog tu tak jumpa .

Dari sini kita dah nampak orang bukan islam mengambil kesempatan memberi sokongan kepada orang islam yang sanggup menolak hak mereka sendiri untuk melawan saudara sesama islam di pihak lain . Orang politik bertukar ganti tapi rakyat beragama islam yang rugi . Kalau teresa tu tak cakap camtu , my bad .

Share this post


Link to post
Share on other sites

sorry, baru aku ingat. camnih, aku baca 1 post kat anginperubahan. pastuh dia ada sentuh pasal azan tuh tapi dia x ulas. so aku googlekan sebab isu nih serius gak la, dan dapatlah pasal isu nih kat website2 lain, bukan anginperubahan. maaf, terlupa. iaitu petition teresa kwok x mo azan subuh.

link2 berkaitan :

http://pembelamelayu.com/?p=339

http://www.isuhot.com/modules.php?name=For...topic&t=902

link2 aku tgk dulu pon ntah pergi mana, mungkin sebab google crawling and rankingkot. tp nih jawapan org2 'sana' (yg aku baca) ntuk backup teresa kwok yg cukup menganggu aku.

"azan tak perlu kuat2 sampai menggangu org lain..kalau org islam kawasan tu tak ramai..bukan sampai 99% maka tidak perlu lah menggunakan speaker untuk azan..cukup cuma sekadar azan mulut sahaja tanpa mic. lagipun zaman rasulullah, bilal bin rabah pun azan tak pakai speaker. Sistem pembesar suara di cipta oleh org kafir..kalau kita guna speaker..ia boleh di anggap bida'ah"

kalo betul la.. sedihnya. gaduh2 sama sendri nih la jadinya. sampai org ambek kesempatan.

Edited by hdroxy

Share this post


Link to post
Share on other sites

tp nih jawapan org2 'sana' (yg aku baca) ntuk backup teresa kwok yg cukup menganggu aku.

"azan tak perlu kuat2 sampai menggangu org lain..kalau org islam kawasan tu tak ramai..bukan sampai 99% maka tidak perlu lah menggunakan speaker untuk azan..cukup cuma sekadar azan mulut sahaja tanpa mic. lagipun zaman rasulullah, bilal bin rabah pun azan tak pakai speaker. Sistem pembesar suara di cipta oleh org kafir..kalau kita guna speaker..ia boleh di anggap bida'ah"

Komen ni lagi menyedihkan . Berbalik kat si teresa ni , memang sekarang ni dia jadi "champion" DAP lak ganti karpal ngan kit siang . Mungkin sebab keadaan politik sekarang mamat 2 orang tu takmo menonjolkan diri pasal dorang ni memang terkenal tak suka islam dalam malaysia + buat kenyataan bangang (takut orang islam sedar apa dorang(DAP) nak sebenarnya) , so si teresa ni "ganti" dorang .

Share this post


Link to post
Share on other sites

Selalunya kalau nk dibina surau, majlis daerah tempatan atau majlis agama kena dimaklumkan dulu (kena buat surat).. pasal meraka ni kena buat pemantauan. kalau tidak buat report kat mereka. mereka takut kalau2 surau ni dijadikan markas tempat ajaran sesat.

Mereka kena chek samada kawasan tu selamat ke, kawasan haram ke, tanah tuntutan bertindih ke (satu tanah - ramai pemilik), mereka kena chek betul2 takut2 akan berlaku kesusahan kepada masyarakat. Pasal kita kena ingat.. surau ni tempat orang ramai beribadat..

Ada sebab kerajaan robohkan.. kalau kerajan betul2 zalim.. banyak lagi yang kena roboh..

Note : ada satu surau kat tempat aku.. dibina atas rezab JKR, kena roboh gak separuh.. tapi mereka kasi 'pitis' suruh sambung kat sebelah sana lak. Sebab kena roboh : Rezab JKR dan satu lagi terlalu hampir ngan jalan raya, amat berbahaya kepada jemaah..

sorry, baru aku ingat. camnih, aku baca 1 post kat anginperubahan. pastuh dia ada sentuh pasal azan tuh tapi dia x ulas. so aku googlekan sebab isu nih serius gak la, dan dapatlah pasal isu nih kat website2 lain, bukan anginperubahan. maaf, terlupa. iaitu petition teresa kwok x mo azan subuh.

link2 berkaitan :

http://pembelamelayu.com/?p=339

http://www.isuhot.com/modules.php?name=For...topic&t=902

link2 aku tgk dulu pon ntah pergi mana, mungkin sebab google crawling and rankingkot. tp nih jawapan org2 'sana' (yg aku baca) ntuk backup teresa kwok yg cukup menganggu aku.

"azan tak perlu kuat2 sampai menggangu org lain..kalau org islam kawasan tu tak ramai..bukan sampai 99% maka tidak perlu lah menggunakan speaker untuk azan..cukup cuma sekadar azan mulut sahaja tanpa mic. lagipun zaman rasulullah, bilal bin rabah pun azan tak pakai speaker. Sistem pembesar suara di cipta oleh org kafir..kalau kita guna speaker..ia boleh di anggap bida'ah"

kalo betul la.. sedihnya. gaduh2 sama sendri nih la jadinya. sampai org ambek kesempatan.

Aku rasa la:

Orang Kuat PAS dalam blog tu adalah penyamaran dari orang Kafir, tak mungkin orang PAS leh kata camtu. Mereka nk laga-lagakan kita sesama Islam, macam kat Iraq.. ramai yang merasakan Syiah & Sunni dilaga2kan oleh AS.. jadi bila dah bertelagah sesama sendiri, maka akan lemah lah mereka ni (ISlam).. maka orang kafir akan senang nk menakluk mereka & negara mereka..

Mari kita doakan agar Malaysia terus kekal aman dibawah Melayu Islam.. ini adalah tanah KITA!!!

Assalamualaikum, TJ Ariff. Maaf tapi saya dah lama nak luahkan kemusykilan saya.

Kenapa bila ada TS bukak Thread seperti "Perubahan Dan Hal Ehwal Terhadap Negeri Yg Di Tadbir Oleh Pembangkang" yang jelas memberi fakta2 yang tak terbukti kesahihannya dan jelas mencari keburukan parti contra kerajaan tiada nasihat seperti yang TJ Ariff berikan kat dalam thread ni?

Biasalah bila berforum pasal politik masing2 ada pemahaman masing2 terhadap sesuatu issue. Tapi tak bermakna anda sebagai moderator boleh side mana2 pihak dgn emosional dan mengetepikan hak org lain yang contra dgn anda untuk bersuara.

Adakah bila anda maksudkan ibu bapa, apa yang dimaksudkan kerajaan sekarang dan kami rakyat adalah sebagai anak2nya?

Saya tak tahu pendirian Yang Ariff tapi kenapa apabila satu side mengeluarkan kata2 makian, kasar dan mengeluarkan statement2 berupa dakyah yang tidak juga kita tahu kebenarannya Yang Ariff tidak pula menegur. Sebaliknya bila side satu lagi berbuat perkara sama Yang Ariff mula mengeluarkan fatwa etika umat beragama Islam.

Saya ni kurang ariff so dah semestinya saya nak penjelasan dari Yang Ariff.

Harap saudara Itqam duduk lama2 kat putera ni. akan faham la siapa tu TJ.. Ada MOD merajuk coz budak2 baru dan ramai dak2 ni yang tak pandai berforum tunjuk belang kat forum.. tegur2 tak endah..

Ada former yang masuk just nk berpolitik, hentam2, kutuk2 kat sini.. satu pon ilmu ICT kat atas tu tak di tunjukkan.. mahupon ilmu2 lain. Apapon..kita disini bagaikan satu keluarga.. jadi jaga tatasusula dengan baik agar kita senang dengan web putera ni.

Shanai baru je bayar 'sewa' server web ni. ni web awam.. jadi buat la cara awam.. :D

Kepada TJ : Tahniah sebab leh sabar ngan budak2 nakal kat sini..

Edited by malayNUX

Share this post


Link to post
Share on other sites

rakyat dah nampak...tp masih keraskan kepala...itu dipanggil bodoh sombong.

off topic* ko dah layak mengundi ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites

erm rasanya....

forum putera ni dah banyak ke arah kepolitikan dah....

so harap puhak admin dan supervisor bertindak....

serious discussion bukan politic topic...

and kalau perkara tu dah terjadi berserah sahajalah....

Share this post


Link to post
Share on other sites

'OFF TOPIC'

Saya tak tahu pendirian Yang Ariff tapi kenapa apabila satu side mengeluarkan kata2 makian, kasar dan mengeluarkan statement2 berupa dakyah yang tidak juga kita tahu kebenarannya Yang Ariff tidak pula menegur. Sebaliknya bila side satu lagi berbuat perkara sama Yang Ariff mula mengeluarkan fatwa etika umat beragama Islam.

Saya musykil bila Yang Ariff tidak pula menegur apabila satu pihak mengeluarkan kata2 kasar, makian dan dakyah yang tidak pasti kesahihannya manakala apabila yang side lagi satu buat perkara yang serupa Yang Ariff akan timbul di tengah-tengah discussion dan mentarbiah mereka.

Maybe saya tak dapat menilai tujuan baik Yang Ariff dari sudut positif. Im sorry TJ Ariff. Saya tak bermaksud memperlekeh-lekehkan tugas moderator mengawal keamanan PUTERA. Cuma saya musykil bab yg saya nyatakan dlm quote di atas.

The rest again saya minta maaf jika tujuan baik TJ Ariff disalahrtikan oleh saya. Im sorry truely.

Assalamualaikum,

kepada Itqan, InsyaAllah buat masa sekarang saya masih lagi menerima sebarang teguran... :)

dan terimakasih kerana menegur saya, mungkin saya terlepas pandang, tetapi jika Itqan meneliti setiap topik didalam bahagian ini, kebanyakannya "telah ditegur" oleh saya, tak kiralah side mana sekali pun.

contoh disini:- http://forum.putera.com/tanya/index.php?s=&a...st&p=757495

Sebagai MOD dibahagian ini, saya terpaksa mengambil sikap berkecuali, walaupun kekadang hati ini terbakar dengan setiap statment yang ditulis oleh forumer forumer yang tidak berhemah.

Dan ada beberapa forumer yang PM saya, mengatakan tindakan saya yang suka menutup beberapa topik itu sebagai tindakan yang EMO... :(

Saudara sendiri pun boleh menilai bagaimana sikap forumer dibahagian ini apabila membincangkan hal hal politik.

Selalu menggunakan perkataan yang kesat, kasar, mencaci dan mengguna pakai sumber2 yang tidak diketahui sohihnya...

Ini akan menyebabkan sesuatu topik itu menjadi tidak kaharuan dan lari dari tajuk sebenarnya..

Jadi, saya berharap benarlah agar semua forumer mengubah sikap mereka menjadi lebih profesional dalam memberikan pandapat.

Dan kepada rakan rakan putera yang selalu membantu saya, saya mengucapkan Jutaan terima kasih, Saya doakan agar Allah membantu kelian semua... InsyaAllah..

Wassalam...

-----

Share this post


Link to post
Share on other sites

diaorg(forumer2 tak berhemah nie) tak ade tmpt nk mengadu tue....sbb diaorg terlampau EMO sgt... ^_^

TJ-Ariff MOD yg Ok ape....tak pe lain kali TJ-Ariff tegur je yg tak betul(forumer yg gune kata2 kesat nie)

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...