Jump to content
Sign in to follow this  
khorback

Kes Liwat Tidak Benar?

Recommended Posts

10 Dalil Penyelewangan besar pendakwaan dalam Kes Dato Seri Anwar

Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.

1. Laporan Pengadu enggan diserahkan

Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis. Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon. Kenyataan Hamid Albar bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai.

2. Anwar ditangkap sebelum tempoh

Adalah sesuatu yang cukup memalukan apabila pihak polis memungkiri janji dan menangkap Anwar sebelum tempoh yang diberikan tamat. Tempoh diberi sehingga pukul 2 petang tetapi Anwar ditangkap sekitar pukul 1 petang. Mungkin polis terbawa-bawa sikap Pak Lah yang kerap membuat kenyataan palsu.

3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan

Apabila Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.

4. DNA baru Anwar diminta oleh Pak Lah dan Khairi.

DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan. Justeru, diamnya Pak LAh dan Khairi seakan mengiyakan persepsi masyarakat bahawa inilah tujuannya.

5. Laporan Pusrawi

Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar. Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.

6. Bukti alibi Anwar memadai

Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut. Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas. Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.

7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara

UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.

8. Laporan HKL

Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN. Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.

9. Isu motif dan tujuan

Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liway yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.

10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN

Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mengaku pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat.

Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia. Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi "hint" bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.

Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Belum pernah ada mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.

Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya. Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.

memang begitula drama liwat ni.tk masuk akal bagi org berakal nk percaya drama liwat tu.tapi ader jugak yg percaya walaupun akal dier sendiri tk percaya sebenarnya.

Share this post

Link to post
Share on other sites

memang begitula drama liwat ni.tk masuk akal bagi org berakal nk percaya drama liwat tu.tapi ader jugak yg percaya walaupun akal dier sendiri tk percaya sebenarnya.

2 la pasal..kalo sekali boleh la diterima secara paksa..nie 9 kali..pergh..kalo da lebey 2 mesti nak lagi..pas 2 bersumpah secara paksa..kalo DSAI masuk pil dlm air ker..boleh la diterima...but sekali je la..dah tau cam 2 x kan nak biar kene lagi..hmm.. :wacko

ape pn tggu keputusan makhamah..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Bapak saiful pun aku tgk mcm samseng je. kepala botak.. Mcm komeng. Sape la yg sudi nak kawin dgn saiful ni nanti..

tunggu keputusan mahkamah pun kalau mahkamah adil. kalau hakim terima rasuah?

Share this post

Link to post
Share on other sites

tunggu keputusan mahkamah pun kalau mahkamah adil. kalau hakim terima rasuah?

kalo x adil tun tggu jelah sampai kiamat..kat makhamah sana mmg seadil-adilnya..punggung 2 sendiri jadi saksi..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Bapak saiful pun aku tgk mcm samseng je. kepala botak.. Mcm komeng. Sape la yg sudi nak kawin dgn saiful ni nanti..

tunggu keputusan mahkamah pun kalau mahkamah adil. kalau hakim terima rasuah?

Dia dah ada tunang, anak pengikut setia isteri VVIP. Sebab tu baik sangat ngan diorang......

Ok, berbalik kepada topik...

Pada pengharapan sepenuh jiwaku, moga-moga kes ini sesungguhnya Tidak Benar. Aku bukan penyokong kuat DSAI, dan aku tak tahu kebenaran kes ni yang sampai bersumpah laknat ni, tapi aku harap sungguh moga Allah kabulkan harapanku ini, kerana kalau sungguh benarlah kes ini, maka sedikit sebanyak akan menjatuhkan maruah orang Islam.

Kita tengok sedikit sejarah Anwar.

-Pada zaman dia belajar, dia mengetuai demontrasi jalanan kerana penduduk Baling yang di pinggirkan oleh kerajaan sehingga ramai yang mati kebuluran.Sebab tu kena masuk I.S.A. (Tak percaya, pi tanya orang tua-tua Kedah, semua tahu cerita ni. sampai heboh cerita penduduk yang mati tu yang bila dibedah perut mereka tu, hanya ada daun ubi kayu jer) Masa aku belajar dulu, aku buat bongok jer ngan keadaan masyarakat....jauh beza....

-Dialah yang menubuhkan ABIM, lantang bersuara mengajak masyarakat kembali kepada cara hidup Islam. Boleh dikatakan, asas pemakaian tudung masyarakat wanita zaman ini dipelopori oleh dia.

-Masa dia jadi menteri. Dia juga banyak "menolong negeri Kelantan" yang diperintah pembangkang. Dan dia antara pemimpin Umno yang Islamik pada zaman itu.

Jadi, DSAI ada ciri-ciri pemimpin berjiwa rakyat yang sangat diharap-harapkan oleh orang Melayu-Islam. Aku tak nafikan, dia mungkin sudah berubah (seperti rumor yang terlampau banyak tu.....) tapi sungguh aku harap semua itu tidak benar belaka, kerana untuk mencari pemimpin yang Islamik, intelek, pandai politik, pandai berucap seperti DSAI (kalau dia betul-betul bersih dari sekian rumor tu )adalah sesuatu yang sangat sukar sekali dalam masa terdekat ini di mana rakyat terdesak menantikan perubahan......

Edited by kilas

Share this post

Link to post
Share on other sites

Spoiler :

ramai bukan anti anwar tapi anti kuasa di belakang anwar . iaitu DAP ... Aku nampak DAP yang akan meraih keuntungan yang banyak kalau anwar jadi PM(kecuali dia ada trick lain ) , ada jugak aku baca post kata DAP anti islam dan hak orang bumi ni hanya kuat pada orang2 lama DAP , tapi disebabkan dorang ni banyak sangat kes aku memang takleh percaya terus kat DAP nih . PAS pula cam takleh nak lawan cakap DAP . apa2 pun aku tunggu je keputusan dia nanti.

sama gak dlm BN ada MCA, negara kita ni msykt majmuk kena jaga hati semua kaum.. yg penting semua kaum dah setuju PM org melayu.. jgn risau pasal calon, selain DSAI ramai lagi calon2 PM melayu dlm Pakatan Rakyat.

Share this post

Link to post
Share on other sites

ramai bukan anti anwar tapi anti kuasa di belakang anwar . iaitu DAP ... Aku nampak DAP yang akan meraih keuntungan yang banyak kalau anwar jadi PM(kecuali dia ada trick lain ) , ada jugak aku baca post kata DAP anti islam dan hak orang bumi ni hanya kuat pada orang2 lama DAP , tapi disebabkan dorang ni banyak sangat kes aku memang takleh percaya terus kat DAP nih . PAS pula cam takleh nak lawan cakap DAP . apa2 pun aku tunggu je keputusan dia nanti.

kat belakang umno siapa plak?

Dalam banyak2 post ko dalam politik ni, satu ni jer aku rasa pendapat kita sama. Aku setuju benar dengan statement ko tu, DAP memang tak boleh dipercayai, sebab tu masa tahun 1998/99 hangat satu Malaysia memperjuangkan reformasi sampai aku pun turut rasa kehangatannya, tapi apabila puak-puak Anwar menubuhkan Adil, dan tidak bergabung dengan parti PAS malah membentuk barisan Alternatif bersama DAP dan PAS, saat itu juga aku keluar dari barisan "reformasi / alternatif" berjuang menyedarkan masyarakat tentang bahayanya Alternatif pada masa itu...

Tapi, sekarang, bukan hanya selepas PRU ini, tetapi setelah satu penggal Pak Lah berkuasa, timbulnya " tangan-tangan jahat" di belakang tabir, yang "berkuasa penuh" ke atas negara kita. Tiada sesiapa pun dalam Umno yang berani menentang "kuasa tersembunyi" tersebut dan kalau ada akan dipancung habis-habisan.... Maka Umno tidak lagi relevan, malah lebih teruk kerana tidak ada pun dasar pembangunan negara dan rakyat, segala keputusan kerajaan seumpama sambil lewa sahaja, macam tak ada 'research and development', tiada lagi pemimpin yang memikir pasal rakyat, pasal ekonomi negara, semuanya memikirkan batang tengkuk sendiri sahaja, takut dipancung lagi-lagi dalam masa sekarang ni, musim pemilihan UMNO....

Keputusannya, ramai rakyat yang terlalu mengharapkan perubahan masa kini menaruh harapan penuh kepada DSAI, sebagai penyelamat baru negara dan masyarakat dalam menempuh era kehidupan yang penuh desakan ini ke arah hidup yang lebih sejahtera dan aman...Walaupun ada DAP dibelakang, tetapi mereka percaya sepenuhnya kepada DSAI untuk menghadapi agenda tersembunyi DAP tersebut...

Entahlah, harap-harap semuanya baik..........

Share this post

Link to post
Share on other sites

kat belakang umno siapa plak?

aku rasa ko tau jawapan tapi masih bertanya . mesti lah parti komponen yang terbesar dalam bn iaitu MCA dan MIC tapi aku tak tengok dorang se-ekstrim DAP dalam hal hak islam dalam negara kita nih pasal dorang sedar ada benda tak patut sentuh manakala DAP ni pecahan PAP yang menyebabkan Singapura terpaksa dipisahkan dulu , dari situ dan kes selepasnya kita dapat tengok sifat DAP terhadap kepentingan orang islam dan bumiputera macam mana.

Share this post

Link to post
Share on other sites

jgn takut wahai saudara seIslamku....insyaAllah klu anwar memerintah ....Islam terjamin kedudukannya, hak melayu terpelihari....bahasa melayu kekal menjadi bahasa ibunda n utama x mcm umno yg kuat main sentimen perkauman tp diorg yg ubah dsr bahasa dlm pembelajaran....

Share this post

Link to post
Share on other sites

main sentimen perkauman tp diorg yg ubah dsr bahasa dlm pembelajaran....

koh3. nih conferm target stakat SPM jer. ko pi kerje, ko tgk la camner org2 professional kita gagal dlm meraih international job kerana tergagap2 berbahasa english. then aku nak tanya ah, dlm beratus-ratus journal perubatan yg baru, berapa banyak yg ditulis dlm bahasa melayu?

nak buat camner dek oi. setakat ambek buku omputeh then translate ke BM itu ko kate maju dlm bidang sains dan m3? eh eh, nak translate ke bm pon kene tau bi jugak.

apa2 pon, kalo nak org melayu maju, org melayu tuh sendiri kene kaya dengan ilmu. x terliur ke tgk buku2 karangan omputeh yg dipakai berpuluh2 tahun dan digunakan professional2 serata dunia?

apa2 pon, nak senang kata, ko pi bandar, tgk 'orang lain'. masing2 bercakap bi dan masing2 berlumba nak menguasai bi coz diorang tau faedah nyer. x der nak bising2 pasal suvival bahasa pon. org melayu jer ntah hapa2 yg akhirnya rugi bangsa sendiri jer.

penguasaan org melayu dgn bi sangat kronik. nih sumer sebab dasar mengarut org tuh time jadi menteri pendidikan. so aku support dr M nyer idea. mmg perlu ntuk bangsa kita.

lagikan nabi tadak sorang pun blaja omputih. Omputih, stat cerah ilmu dengan belajar bahsa ilmu dari arab. Tidak semestinya terer bi tu maju. Budaya berilmu kita saja yang pelik. orang putih bila dia menulis, akan betul2 expertis punya cerita, itu yang selalu aku jumpalah. Tapi orang kita hanya sekadar bercerita am, banyak tak curah rahsia. Samalah keadaan saipol buat hal ni, dua penghakiman untuk satu kes. rabak lagu nih !!! budak berilmu konon, tapi kena terajang awal.

Edited by khorback

Share this post

Link to post
Share on other sites

Bapak saiful pun aku tgk mcm samseng je. kepala botak.. Mcm komeng. Sape la yg sudi nak kawin dgn saiful ni nanti..

tunggu keputusan mahkamah pun kalau mahkamah adil. kalau hakim terima rasuah?

haha..sape yg kwin ngn die nt puas la..dh terer bab2 b****t tu... :lol:

Share this post

Link to post
Share on other sites

haha..sape yg kwin ngn die nt puas la..dh terer bab2 b****t tu... :lol:

eiii..pandai ko erkkk boleh tau :lol:

Share this post

Link to post
Share on other sites

lagikan nabi tadak sorang pun blaja omputih. Omputih, stat cerah ilmu dengan belajar bahsa ilmu dari arab. Tidak semestinya terer bi tu maju. Budaya berilmu kita saja yang pelik. orang putih bila dia menulis, akan betul2 expertis punya cerita, itu yang selalu aku jumpalah. Tapi orang kita hanya sekadar bercerita am, banyak tak curah rahsia. Samalah keadaan saipol buat hal ni, dua penghakiman untuk satu kes. rabak lagu nih !!! budak berilmu konon, tapi kena terajang awal.

hah, tau x per. saper kaya dengan ilmu, bahasa dia dipelajari. tgk arab apa dah jadik? last2 kene blaja dr omputeh. lagipon udah leh tuh... dah beratus2 tahun nyer cerita tuh.

then, org firaun x blaja arab pon terrer sains dan teknologi... mmg ah boleh bangkit sendiri tp be realistik lah. omputeh tuh berapa tahun kehadapan. kita tengok pon tenganga ngan teknologi diorang. kita nak develop ilmu tuh sendiri? ntah berapa lama ntah. dah la org kita nih bab2 kritikal malas2. x caya bukak ah metro, akhbar popular. tak habis2 pasal bende 'tuh'.

pucuk pangkal : sapa kaya ilmu, org ikut dia. dan jangan jadi bodoh sombong.

orang putih hebat? berapa ramai dah jadi etis akibat terlajak tinggi ilmu, ketinggian ilmu mereka bila bertembung dengan islam, kenapa ramai diantara mereka tanpa berlengah masuk islam? Sebab sumer termaktub dalam alquran. kaji benda hok telah dikhabar. Coba renung, kenapa Allah s.w.t bagi nampak planet marikh? Bagi aku, itulah gambaran dunia pada akhirnya setelah sumer kematian mahluk sebelum nak kiamat.

Kecanggihan teknologi tak leh lawan sama islam. Orang kafir boleh reka senjata untuk bunuh ramai orang, tetapi pada masa akan datang, dengan kedatangan Nadi Isa a.s orang kafir akan mati sejauh mata memandang hanya dengan sekali ngap saja.

Ilmu hanyalah umpama anak kunci. Pasal ilmu tak mampu mengajar manusia dengan komon sens.

Share this post

Link to post
Share on other sites

aku rasa ko tau jawapan tapi masih bertanya . mesti lah parti komponen yang terbesar dalam bn iaitu MCA dan MIC tapi aku tak tengok dorang se-ekstrim DAP dalam hal hak islam dalam negara kita nih pasal dorang sedar ada benda tak patut sentuh manakala DAP ni pecahan PAP yang menyebabkan Singapura terpaksa dipisahkan dulu , dari situ dan kes selepasnya kita dapat tengok sifat DAP terhadap kepentingan orang islam dan bumiputera macam mana.

Siapa kata MCA, MIC pon sama je.. ko tak ingat ke Sammy Vellu meghina Al-Quran.. dah mmg depa ni bukan islam.. jadi UMNO sbg ketua parti patut bijak menangani masalah ni.. sama gak mcm dlm PR kena sama2 menyelesaikan maslah parti.. ini isu sensitif kena tangani sebijk2nya... zaman Rasullulah SAW dulu pon ramai kafirun mengina Islam tp Nabi bijak mengatasinya.

Kamu dok ungkit pon cerita lama, cuba tgk sakng.. DAP,PKR,PAS mcm satu.. smlm dlm debat kalau kamu tgklah kan.. Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng sendiri menyebut "amal makruf nahi mungkar" sbg tunjang pentadbirannya selain CAT.. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tak pernah pon berminat dgn unsur pentadbiran cara islam.. mcm ada isu2 pastinya diselesaikan secara malalah dalaman parti.

Share this post

Link to post
Share on other sites

kes liwat?

hanya tuan punya badan tau benar ke x :)

Salah tu sbg manusia kita byk alpa dan lupa, hanya Allah SWT yg lebih tahu.

koh3. nih conferm target stakat SPM jer. ko pi kerje, ko tgk la camner org2 professional kita gagal dlm meraih international job kerana tergagap2 berbahasa english. then aku nak tanya ah, dlm beratus-ratus journal perubatan yg baru, berapa banyak yg ditulis dlm bahasa melayu?

nak buat camner dek oi. setakat ambek buku omputeh then translate ke BM itu ko kate maju dlm bidang sains dan m3? eh eh, nak translate ke bm pon kene tau bi jugak.

apa2 pon, kalo nak org melayu maju, org melayu tuh sendiri kene kaya dengan ilmu. x terliur ke tgk buku2 karangan omputeh yg dipakai berpuluh2 tahun dan digunakan professional2 serata dunia?

apa2 pon, nak senang kata, ko pi bandar, tgk 'orang lain'. masing2 bercakap bi dan masing2 berlumba nak menguasai bi coz diorang tau faedah nyer. x der nak bising2 pasal suvival bahasa pon. org melayu jer ntah hapa2 yg akhirnya rugi bangsa sendiri jer.

penguasaan org melayu dgn bi sangat kronik. nih sumer sebab dasar mengarut org tuh time jadi menteri pendidikan. so aku support dr M nyer idea. mmg perlu ntuk bangsa kita.

Ni semua salah Pak Lah dan BeEnd yg memerintah sakng, terlalu perkauman dah tu tiada persaigan sihat diantara kaum.. keje pemimpin kejar pangkat, projek, kroni, duit kopi.. tido... termasuklah Tun Mahatdir sendiri yg suka menyalahkan Umno sakng.. sbb dia 22 tahun memerintah.

Sbb tu kita wajib tukar kerajaan yg hampess kelapa ini segera!!!!

Share this post

Link to post
Share on other sites

Kamu dok ungkit pon cerita lama, cuba tgk sakng.. DAP,PKR,PAS mcm satu.. smlm dlm debat kalau kamu tgklah kan.. Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng sendiri menyebut "amal makruf nahi mungkar" sbg tunjang pentadbirannya selain CAT.. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tak pernah pon berminat dgn unsur pentadbiran cara islam.. mcm ada isu2 pastinya diselesaikan secara malalah dalaman parti.

tapi kenapa DAP taknak negara islam ? camtu ke sekepala? tu dah jadi hydra dah tu . Kan dah bagi masa untuk prepare hujah2 mestilah guan eng tu dah bersedia . Mana ko tau dia tak minat pentadbiran secara islam ? mungkin dia minat tapi taknak amalkan . :lol:

Share this post

Link to post
Share on other sites

abes ko nak amalkan islam HADHARI? islam yg di putar belitkan?

ke situ pulak .. :D

Share this post

Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...