Jump to content
Sign in to follow this  
sHäm

Cadangan & Kesedaran Ahli Forum

Recommended Posts

Salam Sejahtera..

Saya adalah ahli baru dalam forum ini. Setelah saya amati beberapa cadangan perlu

saya kemukakan.

1. Ahli forum patut menggunakan bahasa atau bentuk penulisan dengan betul.Terlalu

atau keseluruhannya menggunakan bahasa SMS atau bahasa ringkas yang kadang-

mengelirukan.Di forum antarabangsa tiada langsung perkataan ringkas ni.

2. Bagi soalan yang dikemukakan sepatutnya Moderator yang jawab dahulu ataupun

Forum Advisor dan soalan juga perlu ditapis dahulu sebelum dimasukkan kedalam

perbincangan.Ini kerana pihak yang mengajukan soalan mengharapkan pertolongan

bagi menyelesaikan masaalah tetapi pihak yang menjawab tiada pengalaman atau

berpengetahuan langsung.Ini membuatkan masaalah menjadi parah.

3. Bagi forum Advisor perlulah berikan kesedaran kepada ahli forum berkenaan

penggunaan perisian cetak rompak , [biskut tawar] , patched dan perisian begini sebahagian

besarnya merosakkan komputer.Kebanyakan dari kita tidak tahu apa yang dimasukkan

kedalam perisian itu dan kita cuma tahu apabila dimasukkan patch atau [biskut tawar] ini

perisian tersebut akan berfungsi.Apa yang saya amati dari forum ini kebanyakan

kerosakan disebabkan perisian tersebut.

4. Mahal.Itulah yang diperkatakan tentang perisian tulen..tetapi ketulenan menjamin

keselamatan PC dan juga pemiliknya.Ini perlu dititikberatkan.

5. Bagi yang menjawab soalan jika tidak tahu jangan jawab dan bagi yang pernah alami

dan tahu menyelesaikannya perlulah sekadar memberi cadangan .Ini kerana seseorang

itu akan terlalu yakin pada jawapan yang diberikan dan tidak memikirkan betul atau tidak.

Disini tugas seorang Moderator atau Forum Advisor diperlukan untuk memberikan jawapan-

jawapan yang tepat.

Saya rasa setakat ini dahulu.Diharap ada perubahan dilakukan.

Sekian , terima kasih.

Share this post


Link to post
Share on other sites

mesti kena balas dengan ejaan penuh ni. soal penggunaan bahasa sms atau bahasa ringkas kadangkala memudahkan urusan dan menjimatkan masa,soal kekeliruan ejaan adalah masalah terpencil di sini,kalau ada yang kurang faham mereka masih boleh bertanya bukan?

tentang penapisan soalan,mungkin ada perlunya kaedah ini untuk memastikan tiada soalan berulang-ulang.satu mekanisme yang baik,tetapiakan mengambil masa kerana kekurangan moderator di sesetengah subforum,atau tiada langsung di sesetengah subforum.

kesedaran mengenai kepentingan penggunaan perisian asli itu ada,tetapi keputusan tetap di tangan pengguna bukan? kami di sini sememangnya tidak menggalakkan penggunaan perisian tersebut, ada juga pengguna yang telah diberi amaran mengenai isu ini. perbincangan terbuka amat dilarang keras.

masalah diagnosis PC adalah berbeza dengan soalan matematik. kadangkala melibatkan banyak kaedah cuba jaya (try and error) maka tidak hairanlah kalau ada berbagai cadangan untuk dicuba bukan? pengguna di sini sentiasa cuba membantu sekadar termampu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

soalan yg menarik dan jawapan yg cukup ringkas dan padat...aku sokong

saya mesti pilih... :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salam Sejahtera..

Ada satu penambahan cadangan yang saya rasa perlu dikemukakan iaitu

forumers perlu/mestilah maklumkan semula samaada sudah selesai atau

cara penyelesaian yang dilakukan olehnya terhadap masaalah yang di

kemukakan sebelum itu. Jadi kita sama-sama dapat ilmu/belajar terhadap

cara penyelesaian tersebut dan 'thread' tersebut bolehlah disahkan selesai dan tak dibiarkan tergantung..

Itu saja..Terima Kasih

Edited by lockluck

Share this post


Link to post
Share on other sites

kebanyakkan user baru yg bertanyakan jawapan...

setelah selesai permasalahan...

mereka akan membiarkan thread tersebut tergantung begitu sahaja~

Share this post


Link to post
Share on other sites
mod ada function utk close dan tag topik 2 dah selesai..tp kadang2 sukar nak tutup mcm 2 sbb user xrespon sama ada selesai atau tak dan biarkan je tergantung mcm 2..ada jugak segelintir user yang saja tanya soalan umum dan biar je mcm 2..mcm spam pulak kalau dibiarkan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

mod ada function utk close dan tag topik 2 dah selesai..tp kadang2 sukar nak tutup mcm 2 sbb user xrespon sama ada selesai atau tak dan biarkan je tergantung mcm 2..ada jugak segelintir user yang saja tanya soalan umum dan biar je mcm 2..mcm spam pulak kalau dibiarkan.

cadangan aku setiap member yg buka topik tapi kalau dah dapat jawapan dari topik yg dia buka mod perlu bg amaran PM pada mereka kalau tak tutup maka mod akan bagi warned satu kali...

Share this post


Link to post
Share on other sites

cadangan aku setiap member yg buka topik tapi kalau dah dapat jawapan dari topik yg dia buka mod perlu bg amaran PM pada mereka kalau tak tutup maka mod akan bagi warned satu kali...

Salam sejahtera

Kuasa penutupan sesuatu topik itu hanya ada pada moderator atau tuan empunya forum.

Jadi , ahli forum yang membuka sesuatu topik tu hanya perlu maklumkan bahawa

topik beliau sudah selesai.

Beralih kepada topik yang saya buka ini sebolehnya biarlah berlarutan kerana mungkin

masih ada cadangan dari ahli-ahli forum yang lain.Diharap mendapat kelulusan dari

moderator..Sekian .... :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Macam nak hadkan kepada penjawab soalan yang pandai jer nampaknya,..

aku rasa tak perlu hadkan sangat, putera.com ni untuk platform orang-orang kurang pandai juga.

Kebanyakkan warga putera tidak akan jawab pada isu yang bukan bidang diorang, so tak banyak timbul jawapan mengarut dalam sesebuah topik.

Kalau dihadkan sangat lagi banyak topik tergantung, nanti mod pulak yang tutup topik diorang without jawapan yang memuaskan dari viewer.. ditutup semata-mata kerana topik dah tergantung terlalu lama.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Admin, cuba check time server putera, sync tak dgn local time GMT + 8.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bagi soalan yang dikemukakan sepatutnya Moderator yang jawab dahulu ataupun

Forum Advisor dan soalan juga perlu ditapis dahulu sebelum dimasukkan kedalam

perbincangan.Ini kerana pihak yang mengajukan soalan mengharapkan pertolongan

bagi menyelesaikan masaalah tetapi pihak yang menjawab tiada pengalaman atau

berpengetahuan langsung.Ini membuatkan masaalah menjadi parah.

Larat ke Mod nak jawab semua soklan yang diajukan oleh forumer kat sini...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salam Sejahtera..

Diminta kalau tak keberatan diwujudkan satu lagi sub-forum khas untuk drivers dan

instalasi Windows.Ini kerana kebanyakan ahli forum terus sahaja ajukan soalan

walhal sudah ada banyak 'thread' yg merujuk kpd permasaalahan sama.Jadi timbullah soalan dan jawapan yg berulang-ulang.Dengan adanya sub-forum ni

sesiapa yg masaalahnya telah selesai bolehlah masukkan cara penyelesaian dan

tempat dimana boleh didapati drivers tersebut untuk model-model komputer

tertentu...Jadi disini kita dapat mengumpul koleksi drivers dan cara penyelesaiannya ..kepada sesiapa yang memerlukan ia menjadi tempat rujukan

pantas........

Share this post


Link to post
Share on other sites
forum khas utk driver aku dah apply..masih tunggu respon admin.bab installation windows 2 kena serah pada bhgn windows.mgkn boleh buat satu thread khas utk ajar installation dan pin pada bhgn windows

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...