Jump to content
Sign in to follow this  
aros

Tengku Razaleigh Hamzah Mahu Ubah Suai Deb

Recommended Posts

GUA MUSANG 18 Julai - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata, beliau akan mengubah suai Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi memastikan pelaksanaannya lebih mantap sekiranya dipilih sebagai Presiden UMNO.

Tengku Razaleigh yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan nombor satu UMNO pada pemilihan Disember nanti berkata, dasar itu akan diperkemaskan lagi kerana ia adalah untuk kebaikan semua kaum dan bukan dikhususkan untuk kepentingan orang Melayu sahaja.

"DEB yang dilaksanakan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak itu bukan sahaja untuk kepentingan orang Melayu, malah untuk kebaikan semua kaum di negara ini.

"Nampaknya selepas pelaksanaannya, dasar berkenaan belum menunjukkan perubahan ketara kepada kemajuan ekonomi orang Melayu dan apa yang perlu kita buat ialah mengemaskan lagi pelaksanaannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan tahunan Cawangan-Cawangan UMNO dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Galas dan Nenggiri di Dewan Bukit Chekati di sini.

- Bernama

ape pandangan korang??

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku mmg fan mamat nih :)

dia nih seorang yang bersih, takder rasuah2 nih.

lepas tuh mmg layak utk tadbir negara, pernah jadik gabenor world bank. CIMB, Petronas, dia nih la yang asaskan.

untuk org UMno yang dah lupa, Bangunan Umno kat PWTC tuh tanah dia. dia bagik PERCUMA pada kerajaan.

masa dia jadik president semangat 46, boleh jer dia nak ungkit, tapi dia tak. aku mmg respek dia. kelayakan pon tinggi, bukan la osang yang tuko course sebab kat leh nak carry Economy masa kat UM dulu :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bagus juga sekiranya dia mahu mengubah dan memperbaiki DEB untuk kepentingan orang Melayu terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. Bukannya DEB sekarang ini yang kebanyakannya lebih mementingkan kroni sahaja. Aku sokong dia bertanding presiden UMNO kerana aku tak mahu UMNO menjadi parti yang tidak demokrasi yang mana sesetengah pihak mahu jawatan untuk presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan. Atas alasan mahu menjaga perpaduan parti.

Edited by terabait

Share this post


Link to post
Share on other sites

Yap Tengku Razaleigh Hamzah antara tokoh melayu Umno yang aku respect berbanding dengan tokoh melayu UMNO yang ada sekarang.

Banyak teguran beliau bersifat jujur tetapi tegas namun dipandang sepi oleh pemimpin UMNO sekarang. Beliau bukan saja berpengalaman tetapi mempunyai pemikiran yang tajam

Beliau merupakan ahli parlimen yag paling lama memegang jawatan dikawasan yang ditandingi (gua musang) dan masih kekal di situ sejak mula bertanding....

Jika tanya aku siapa yang layak jadi PM. Jawapan aku buat masa ini samada Anwar atau Tengku Razaleigh Hamzah..just incase Anwar failed untuk jadi PM Tengku Razaleigh Hamzah adalah the best alternative...yang lain tu entah laaa...

Untuk jadi pemimpin banyak criteria..BTW bukan semua pemimpin perfect ada kelemahan tapi kita kena tengok dari segi gaya kepimpinan dan kesungguhan dalam memimpin.

sebagai cth DR mahathir even banyak benda yang dibuat menimbulkan huru hara tapi kita kena fikir dia ada bakat kepimpinan yang besar ...Beliau boleh menarik ramai pengikut ..Benda ini penting ..sebabnya kalau laa dia clean se clean pun tapi tak ada orang nak ikut atau tak berjaya menarik perhatian rakyat..tak guna juga...Begitu juga dengan Anwar walaupun ramai yang membenci tetapi secara reality dia mempunyai ciri-ciri kepimpinan seperti mahathir dan dengan cara dia sendiri. Begitu juga dengan Tengku Razaleigh Hamzah ... Benda ni kita kena fikir secara terbuka dan menyeluruh bukan berdasarkan emosi.

That's why bagi aku aku tak kisah siapa yang jadi PM asalkan melayu dan mempunyai ciri-ciri kempimpinan. Selepas Mahathir dari segi pandangan aku hanya dua orang melayu yang ada tokoh kepimpinan iaitu Anwar dan Tengku Razaleigh Hamzah..yang lain...:). Cuma macam aku cakap tadi Tengku Razaleigh Hamzah dipandang sepi oleh orang melayu dan UMNO sendiri...itu yang agak menyedihkan

Mengenai DEB

Kalau nak diikutkan dari segi tempoh sebenarnya dah tamat pada tahun 1990 (tempoh 20 tahun) sejak mula diperkenal oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein pada tahun 1971. Selepas itu Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diperkenal bagi meneruskan atau "fine tuning" apa yang ada dalam DEB... Jadi DEB sebenanya memang dah lama berkubur...Jadi kalau ada orang membangkitkan isu DEB sebenarnya kurang tepat :)

Oleh kerana DPN tidak mempunyai dateline seperti DEB ia boleh diubah dan di baik pulih dimansuhkan dan diganti dengan apa yang difikirkan sesuai.. jadi tidak ada sebab DPN tidak boleh diubah. Cuma sebarang pindaan terhadap dasar perlulah mengikuti kepentingan kaum yang ada. Kepentingan Bumiputera perlu dikekalkan (dan lebih transperent) dan disamping tidak menginaya kaum yang lain.

Recap: Tak kira apa nama sekalipun DEB (Zaman Tun Razak) DPN (Zaman Mahathir) atau apa saja nama (zaman Anwar atau Tengku Razaleigh Hamzah, Abdullah atau "mungkin" najib ) yang penting ia bersifat telus dan kepentingan mestilah ditujukan kepada rakyat...kita perlu sedar kita hidup berbilang kaum. Di zaman Rasulullah kehidupan di dalam masyarakat berbilang kaum telah wujud tapi setiap kaum diberi hak yang sewajarnya dengan adil. Jadi tak perlulah kita menjadikan isu DEB sebagai satu isu yang "menyedihkan".

Teringat kata-kata DR mahathir pada awal tahun 90'an .yang berbunyi lebih kurang macam ni...satu masa nanti orang melayu harus berusaha dan berjaya tanpa ada keistimewaan...

Good luck

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...