Jump to content
Sign in to follow this  
Sousuke Aizen

Kenapa? Mengapa?

Recommended Posts

Kenapa banyak topik di dalam Putera ini ditutup?

Mengapa ianya ditutup?

Apa sebab ianya ditutup?

Apakah Moderator dalam Putera ni kebanyakannya Pro Kerajaan?

Banyak topik-topik yang menentang, mengutuk serta membantah dasar kerajaan ditutup...

Apakah sudah tiada kebebasan bersuara di dalam Malaysia ini?

Siapakah disebalik Putera ini?

Khairy Jamaludin kah?

Najib Tun Razak kah?

Di manakah kebebasan bersuara?

Putera sudah mula hilang seri....

Kehangatan dulu semakin malap...

Apa lagi hendak dibincangkan?

Apa lagi hendak diperkatakan lagi?

Jika semuanya hendak disekat?

Itu sekat...

Ini pun sekat...

Share this post


Link to post
Share on other sites

kebebasan bersuara? = register kt blogspot pastu bersuara la puas2 kt situ (bebaskan putera dari cerita2 politik kotor? haha :lol: )

hilang seri? = makin berseri adelah sebab bnyk topik2 merapu meraban (salah satu sbb risiko topik kne tutup!)

Share this post


Link to post
Share on other sites

dalam internet mana ada peruntukan@undang2 tuk kebebasan bersuara , sume site ni milik persendirian , so admin dan sesape yang dilantik oleh admin berkuasa menentukan hidup/mati sesuatu topik tu . abes cite . Kat forum2 luar negara pun camtu , bukan malaysia saja .

ps: kan bagus kalau sume selidik sendiri fakta2 dari nak post kat forum2 yg isinya di amek dri blog, pastu salah faham , last2 merebak sampai ke dunia betul . sendiri mau paham la bro . :ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites

ha'ah... kdang2 satu topik je...

tp dikait2 kan dgn mende len...

belom fakta, maki hamun sme ade...

smpai jd belas m/s... huhu...

Share this post


Link to post
Share on other sites
mana ada ruang politik kt sini? seriuos discussion ada laa...huhu kat sini xder pemilihan jawatan,ketua mod,apa lg la yang melibatkan politik sempit..jd uat apa nak gaduh2 pasal politik kotor kan? lgpun memalukan tgk anak bangsa aku bergaduh dlm forum semata-mata nak menangkan org yang diorang sokong memb**i buta je..aku ikut rukun negara..kesetiaan kepada raja dan negara..bukan parti politik atau kerajaan..huhu maaf la kalau terkasar. aku 2ngu BOSS aku dtg ambik tindakan je :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku tak setuju dengan kenyataan yg mengatakan "Politik Kotor"

Sebenarnya Politik tak Kotor Tapi Kita Lah Yan Mengotorkan Politik

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku tak setuju dengan kenyataan yg mengatakan "Politik Kotor"

Sebenarnya Politik tak Kotor Tapi Kita Lah Yan Mengotorkan Politik

a'a betul tu... saya sokong... :P politik x kotor, kita yg kotorkan... :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku tak setuju dengan kenyataan yg mengatakan "Politik Kotor"

Sebenarnya Politik tak Kotor Tapi Kita Lah Yan Mengotorkan Politik

kalau la itu ditujukan pada aku,maafla bukan maksud aku nak kata politik itu kotor...tp aku bercakap pasal politik yang kotor. :) thanx geek..

aku pun xnmpk relevan isu nie dlm Putera.com nie sbb kita emphasis more on IT, dan sumber maklumat terkini yang penuh fakta.. bukan skdr copy paste dr site blog tnpa selidik,atau mulut org kan. sayang sgt ksempatan y admin,pemantau,mod,mod jr. bg disalahguna utk mencapai tujuan tertentu..dan apabila tujuan individu tertentu nie dihalang,mereka salahkan pengurusan pulak..apakah anda membayar kami utk berkhidmat mngikut telunjuk anda? maaf lah,kami hanya menjalankan tugas y diamanahkan oleh pentadbiran putera.com.

Share this post


Link to post
Share on other sites

ini bukan masalah pro kerajaan atau pro pembangkang dik oii. Apa yang aku perhatikan setiap thread yang berkaitan dengan politik selalunya tak berkesudahan. Pro kerajaan akan memfitnah pembangkang dan pro pembangkang akan memfitnah kerajaan...

Apa yang aku selalu tengok kebanyakkan post selalu bersifat emosi tak kiralah pro pembangkang atau pro kerajaan. Banyak post bersifat budak-budak....sorry to say

Ingat ni dik kalau kita TERLALU BERPOLITIK kita tak akan kemana-mana .....politik ni lebih cakap dari buat kerja.

BTW kalau nak meluahkan pendapat / pegangan dalam politik adik boleh pergi ke mana-mana blog / forum / website yang bersepah kat internet...Tapi kalau nak bertanya / menimba ilmu / menyumbangkan ilmu terutama dalam bidang IT jemputlah ke Putera.com...sumbangan adik amat-amat diperlukan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Siapakah disebalik Putera ini?

Khairy Jamaludin kah?

Najib Tun Razak kah?

klakar la mamat nih.... :lol:

walau apa pun aku harap putera tidak lari dari objektif asal thumbup :rolleyes:

Edited by manganas101

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau la itu ditujukan pada aku,maafla bukan maksud aku nak kata politik itu kotor...tp aku bercakap pasal politik yang kotor. :) thanx geek..

aku pun xnmpk relevan isu nie dlm Putera.com nie sbb kita emphasis more on IT, dan sumber maklumat terkini yang penuh fakta..

Kalau Politik Yang Kotor tu baru betul...dan ianya memang wujud....Sori aku terpaksa buat teguran sbb aku rasa ralat bila sebut Politik tu kotor seolah2 orang yang terlibat dengan politik semuanya kotor..

Aku setuju...fokus Putera ni lebih kepada bidang IT...

Kalau nak forum yg bincang bab politik aku rasa Tranungkite.net tempat yang seeloknya untuk mereka-merekat tertentu yang ingin berdebat soal politik...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Takde masalah pun nak bincang pasal perkara berunsur politik kat sini pun sebenarnya, TAPI MASALAHNYA, bila dah start masuk bab politik mesti sat lagi yang masuk dalam topik tu bukannya reti nak kawal perasaan atau bersikap rasional, mula ler start keluar maki hamun, mula ler start kutuk-mengutuk. Lagi satu, selalunya bila masuk bab politik, pasti ada yang akan buat tanggapan tanpa sebarang bukti atau hujah yang kukuh. Lagi parah kalau benda-benda terbabit melibatkan bidang kuasa mahkamah atau bawah siasatan, maksudnya belum ada kata putus, tapi dah ada yang buat kesimpulan pelbagai. Sebelum nama Putera ni buruk, baik dikawal perkara macam tu. Bukan senang nak control kalau dah yang masuk mengamuk dalam topik tu beramai-ramai pastu siap ada yang daftar ahli baru semata-mata nak mengamuk dalam tu, politik punya pasal, sebelum apa-apa baik dihentikan. Sila lakukan di tempat (forum/blog) yang betul. Bak kata pepatah, "kalau nak buang air pergi ke tandas, jangan pergi ke ruang tamu." :o

Share this post


Link to post
Share on other sites

sng jer k0 masuk forum carigold.com

kt situ mmng besh nk bicng pasal politik ke sembang2... susah nk kene sekat .. dan meriah

dan aku tgk relek jer... mcm tu bru besh nk berforum..

<#ini bkn nk promote> ;(

sini susah skit 3 kali aku kene ban

Share this post


Link to post
Share on other sites

sng jer k0 masuk forum carigold.com

kt situ mmng besh nk bicng pasal politik ke sembang2... susah nk kene sekat .. dan meriah

dan aku tgk relek jer... mcm tu bru besh nk berforum..

<#ini bkn nk promote> ;(

sini susah skit 3 kali aku kene ban

bgs la ada website lain utk berpolitik....

biar lah putera ni bebas dari pengaruh politik.

rasanya kalau sebut jer 'putera' biarlah org ramai beranggapan ia sebagai Pusat rujukan ilmu teknologi dan komunikasi.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tujuan putera ni untuk dijadikan sebagai Pusat rujukan ilmu teknologi dan komunikasi...

Jadi sama-sama lah kita merealisasikannya..

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku rasa yg layan putera ni golongan umur 35 tahun kebawah... sebab tu la kalu topik politik ni ada yg beri hujah yg tak matang...

- tapi ok gak la layan baca apa yg diorang ni dok bahas...bleh nampak kenapa ada yg sokong pihak ni..pihak tu..

- lagi pun topik2 tu di buka dlm subforum yg betul aku rasa...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tujuan putera ni untuk dijadikan sebagai Pusat rujukan ilmu teknologi dan komunikasi...

Jadi sama-sama lah kita merealisasikannya..

yaa betulll... :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

yaa betulll... :P

topik nie dah menggalakkan spamming..TS pun dah diam.

Share this post


Link to post
Share on other sites

kita kat sini nak mengeratkan siratulrahim dan berkongsi ilmu it.... :D

ahli kat sini bukan hanya dari kaum melayu malah cina dan indonesia pun ada, bab politik pun ada yang macam-macam kat sini....Motif kami di sini bukan untuk berpolitik. Sama ada menghina kerajaan atau parti pembangkang, itu dah di kira melanggar peraturan. Jadi kalau ada yang rasa kurang bebas tu minta maaflah berbanyak...

"TIDAK SEMPURNA IMAN SESEORANG KAMU, SEHINGGA IA KASIHKAN SAUDARANYA SEPERTI IA MENGASIHANI DIRINYA SENDIRI"

Edited by shambahar

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...