Jump to content
Sign in to follow this  
LanoV

Berita & Perkembangan Games Di Malaysia

Recommended Posts

Permainan video versi tempatan

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR

Md. Zubir Ansori Yahaya (kiri) bersama-sama Maxime Villandre semasa majlis pelancaran permainan komputer rekaan tempatan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

MALAYSIA Debt Ventures Berhad (MDV), memperlihatkan komitmennya untuk membangunkan tunas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negara dengan menjalinkan kerjasama bersama Codemasters Studios, pengeluar permainan komputer dan video bertaraf antarabangsa.

Menerusi kerjasama tersebut, negara buat pertama kalinya telah melibatkan diri bagi menghasilkan permainan komputer Racedriver GRID versi tempatan.

Racedriver GRID merupakan sebuah permainan yang direka khusus bagi individu yang meminati dunia perlumbaan kereta.

Ia boleh didapati dalam bentuk permainan komputer peribadi (PC) konsol Sony PlayStation 3 (PS3) dan juga konsol Nintendo Xbox 360.

Permainan tersebut merupakan permainan konsol generasi baru dan bertaraf tiga A.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MDV, Md. Zubir Ansori Yahaya, pihaknya amat berbangga kerana dapat berkerjasama dengan Codemasters Studios dan turut berperanan mencipta sejarah industri permainan komputer di Malaysia.

‘‘Sebagai syarikat pembiaya dan fasilitator pembangunan ICT dan sektor berdaya maju, MDV berbangga dapat bekerjasama dengan syarikat pemaju permainan komputer bertaraf antarabangsa seperti Codemasters.

‘‘Kepercayaan ini merupakan satu penghormatan dan kami amat berbangga menjadi sebahagian daripada projek ini,’’ katanya.

Kerjasama ini membuktikan Malaysia berkemampuan dalam menyediakan infrastruktur serta tenaga tempatan untuk mencipta permainan komputer terkini bertaraf antarabangsa.

Secara tidak langsung, ia telah membuka lembaran baru kepada pereka tempatan untuk tampil kehadapan dalam menjadi perintis industri permainan komputer di negara ini.

Ini adalah kerana, MDV telah mengenalpasti perisian kreatif sebagai salah satu sektor berdaya maju dan berharap akan dapat membiayai lebih ramai usahawan berbakat dengan matlamat untuk meletakkan nama negara di mata dunia sebagai pengeluar perisian kreatif bermutu tinggi.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Codemasters Studios Sdn. Bhd., Maxime Villandre berkata, penubuhan Codemasters Studios di Malaysia merupakan sebahagian daripada usaha pengembangan agresif syarikatnya.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada MDV kerana memberikan sokongan untuk berkembang di rantau ini.

‘‘Kami juga sedang meninjau peluang pembangunan baru lain yang kami harap akan mendapat sokongan dan usahasama dari Malaysia dan MDV untuk bersama-sama menjayakan usaha Codemasters di masa hadapan,’’ ujarnya.

Sehingga kini, MDV syarikat di bawah Kementerian Kewangan itu telah diamanahkan untuk mengurus RM1.6 bilion pinjaman dari Kerajaan Jepun melalui Japan Bank for International Cooperation yang telah memberikan pembiayaan berjumlah RM283 juta kepada 17 buah syarikat dalam industri perisian tempatan.

Di samping memberi bantuan kewangan, MDV juga membekalkan perkhidmatan sokongan pembangunan perniagaan meliputi perkhidmatan pengurusan projek, konsep pemasaran dan penerapan amalan terbaik industri.

-Utusan Online (19/06/2008)

Share this post

Link to post
Share on other sites

assalamualaikum...

GRID version tempatan? aduimak aihh..game yg takleh run kat pc aku lak tu..hahaha

drifting musti ada punya..Tengku Djan punya karakter..haha

Tu tandanya ko kena upgrade komputer ko tu.. senang nak main nanti, takde sangkut2.. hehehe :D

Share this post

Link to post
Share on other sites

GRiD pakai engine game yg sama digunakan untuk Collin Mcrae:DiRt..nama engine tu ialah EGO. tapi skrg lebih ringan dan fizik yg telah diupgradekan digunakan untuk GRID..

Race_Driver_Grid_Reality_Mod_02.jpg

GRID:Minimum Specifications

Windows XP/Vista. (If running Windows Vista, SP1 is recommended)

DirectX 9.0c

Pentium 4 @ 3.0GHz or Athlon 64 3000+

1GB RAM.

Graphics Card: GeForce 6800 / Radeon X1300 or above

DirectX Compatible Sound Card

Dual Layer Compatible DVD-ROM Drive

12.5 GB Hard Drive Space

Supported Graphics Cards

ATI Radeon X1300, X1600, X1800, X1900, X1950, HD2600, HD2900, HD3870

NVIDIA Geforce 6800, 7100, 7300, 7600, 7800, 7900, 7950, 8600, 8800, 9800

Not compatible with all integrated sound/graphics solutions (inc.Laptops)

TCP/IP mode (2-12 players) Requirements:

Broadband internet connection required - 512kbps + Recommended

TCP/IP Network

:excl: link berkaitan - GRID @ putera.com

Share this post

Link to post
Share on other sites

huh?siap apa? :huh:

GRID tempatan?ada ke?...itu takde dalam plan lagi..coz sekarang ni tgh nak release downloadable content..nanti ada beberapa kereta & track yg boleh dibeli online..

GRID dibuat di malaysia,lebih kurang 80% artistik & kereta dalam ni dibuat oleh Malaysian(codemaster kl) dan selainnya di UK. MDV invest untuk game ni..dan sokongan beberapa badan mcm MDEC..etc. :unsure:

wip00mj4.jpg

Wuishh.. lawa arr.. track kat sekitar KL? Kat mana lokasi track untuk lumba2 nie... kereta plak ada berapa jenis.

Share this post

Link to post
Share on other sites

jgn salah anggap..tu bukan track kl..itu aku saja2 model..for fun je..GRID takde lagi dalam perancangan untuk buat track kl..harap maklum.

:excl: aku dgr kata GRID ada kluar MHI di tv3 pagi tadi..ada sapa2 tgk? :unsure:

Share this post

Link to post
Share on other sites

saya ada 3d bangunan station keretapi dan bangunan bertentangan die, KTM HQ hasil daripada measured drawing tapi xbole bawak keluar, sebab itu hakmilik Architect Firm dan Universiti Teknologi Malaysia, KL

kalau nak kene bayar puluh ribu tau!

Wuishh.. mahal nyer, berpuluh ribu nak kna bayar. Biar betul.

Izmal, ko memang involve dalam development GRID nie ker... share ler sikit camner korang buat menda tu... dia punya graphic tu.. memang realistic wooo.. caya lah.. :lol:

waah..ada blueprint?beshnye..aku buat pakai visualize je.

Lanox

yup,aku involve dlm GRID..aku buat environment. Kitorang model dengan mengikut scale yg diberikan dan gambar reference yg dihantar oleh UK.dari situ,kami buat model 3d dan byk berkomunikasi dgn diorang.dari model,diffusse,normal,specular hingga ke final file. :)

alhamdulillah rating GRID 9/10..~

Wahh.. bagus2 camtu. At least boleh ler kabar2kan kitorang berkembangan game nie ek. Well.. for sure, kalau tak keberatan.. tunjuk ler sikit2 hasil kerja tu.. ngehehehe :D

Share this post

Link to post
Share on other sites

korang berkomunikasi secara window live messenger ke atau yahoo messenger? :P ~

hahaha graphic memang latest directx9, lawa gak~

korang ade gune directx SDK ke??

dgn merpati..~ <_<

email & vid confrence..etc. GRID pakai game engine sendiri nama EGO.sama engine yg guna untuk DiRT..

LanoX

Insyallah aku akan update perkembangan game ni. Hasil kerja apa yg ko nak aku tunjuk?aku buat benda2 lain dirumah...bila free..kerja2 opis PNC. :ph34r:

Share this post

Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...