Jump to content
nilasetitik

Undi Tak Percaya Kepada Pm

Recommended Posts

Memang perempuan tak boleh jadi pemimpin dalam sesebuah negara..

hmmm so sekarang Dr Lo Lo pun tak buleh jadi MP la.. sebab MP pun kira sebagai pemimpin la.. kenapa tok guru nik aziz tak tegur yer..

Pak lah gagal dalam merealisasikan beberapa perkara yg dicadangkan nya .. COntoh: Mungkin ramai yg dah lupa masa belanjawan pertama beliau lepas PRU11, pak lah ada umumkan dana untuk beli banggunan@hartanah di kawasan bandar yg berprofail tinggi untuk dijadikan sandaran kepada bumiputera bg berniaga. besar peruntukan tu , lebih kurang 1 billion ke 4 billion .. tapi tiada hasil . Kalau ada masalah kenapa tak bagitau kat rakyat ? kenapa senyap je .. ke takut org kata pak lah salah buat keputusan!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kerajaan lancar operasi besar-besaran usir pendatang asing di Sabah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata kerajaan akan melancarkan operasi besar-besaran untuk mengusir pendatang asing tanpa izin di Sabah tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, operasi itu akan membabitkan semua warga asing yang telah dikenal pasti tidak mempunyai sebarang dokumen sah sama ada daripada negara asal mereka mahupun kerajaan Malaysia.

"Kita akan hantar balik mereka ini ke negara yang boleh terima mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Khas Pendatang Asing Tanpa Izin Sabah, di sini.

Najib berkata langkah itu akan dilaksanakan selepas beliau berjumpa dengan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dari Sabah tidak lama lagi. - Bernama

Setakat ini, beliau berkata kira-kira 300,000 pendatang asing tanpa izin dari Sabah telah dihantar pulang.

Penubuhan pasukan petugas pendatang haram di Sabah bercanggah dengan Perlembagaan

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman berkata cadangan Kerajaan Pusat menubuhkan satu pasukan petugas mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Sebenarnya, kuasa mengenai hal berkaitan imigresen terletak di tangan kerajaan negeri,†katanya dalam sebuah portal berita.

Sambil merujuk Perkara 161E(4) Perlembagaan Persekutuan, Anifah berkata, perkara berkaitan imigresen di Sabah dan Sarawak terletak dalam bidang kuasa pihak berkuasa negeri, iaitu Ketua Menteri, untuk menggubal dan mengawalnya.

Beliau berkata, cara yang patut diamalkan bagi menangani isu pendatang tanpa izin ialah menubuhkan sebuah pasukan petugas berprofil tinggi yang diterajui Ketua Menteri, manakala Timbalan Perdana Menteri boleh berperanan sebagai penaungnya. “Barulah ini sejajar dengan Perkara 161E(4) Perlembagaan Persekutuan,†katanya.

Anifah juga tidak bersetuju mengenai beberapa cadangan lain termasuk penubuhan Suruhanjaya Diraja atau Jawatankuasa Terpilih Parlimen kerana ia bercanggah dengan perlembagaan dan tidak wajar dilakukan.

Beliau berkata penubuhan sebuah panel khas yang diketuai Ketua Menteri Sabah dan dianggotai beberapa menteri persekutuan, adalah satu-satunya langkah yang sejajar dengan perlembagaan, dalam usaha mengatasi masalah pendatang asing tanpa izin yang sudah lama berlarutan di Sabah. - Bernama

Hari tu salahkan PM sebab ramai sangat PATI kat Sabah. Hari ni, bila nak bertindak secara besar-besaran, katanya Ketua Menteri Sabah yang hanya punya kuasa dan kerajaan Pusat hanya boleh berperanan sebagai penaung dan bekerjasama .. jadi siapa sebenarnya yang lambat bertindak? :ph34r:

Edited by Mr Ijan

Share this post


Link to post
Share on other sites

hmmm so sekarang Dr Lo Lo pun tak buleh jadi MP la.. sebab MP pun kira sebagai pemimpin la.. kenapa tok guru nik aziz tak tegur yer..

Maksud aku pemimpin tertinggi dalam negara termasuk jugak dalam negeri..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Maksud aku pemimpin tertinggi dalam negara termasuk jugak dalam negeri..

jadi YB Dr. Halimah binti Ali Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan tak boleh la jadi exco sebab exco ni tahap macam menteri la tapi dia duduk dalam negeri je .. Kenapa yek ???.. sbb YB yang satu ni dari PAS ..

Betul ke konsep dia macam tu atau memang ada kompromi dalam beberapa hal.. Macam kes Isteri tiada suami la atau suami yg tak berdaya .. kan isteri ambil alih jadi peneraju keluarga walaupun hakikatnya suami itu ketua ..

Islam Itu Mudah ..

Pak lah turut berada dalam ledakan dan cetusan Siber apabila beliau mula berkuasa. Dan yang paling best semua ini tidak dipandang malah merasakan dirinya pada posisi yang selamat , semenjak kejayaan besar PRU 11. Kira syok sendiri la dengan ulasan akhbar kerajaan. MAcam tak sedar kehadiran blog dan internet telah berjaya mempengaruhi golongan muda khas nya.

Semestinya agensi kerajaan seperti polis dan tentera telah memajukan research mereka berkenaan dengan corak pengundi semasa , namun adakah maklumat ini sampai benar kepada pak lah ? atau beliau tahu tapi buat tak tahu ..

Bila terdesak, segal kemahuan parti komponen mestilah dipenuhi . kalau tidak jadi la macam SAPP tu .. penyapu lidi ..

Politics will remain as politics

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sebaiknya amek lelaki jadi pemimpin , kalau betol dah takde calon boleh la kasi kat kaum wanita yang layak . haha , ni pun nak terlanjur OT gak thread nih. :P

Mungkin lepas ancaman usul tak percaya ni dapat menyedarkan Pak Lah supaya ada sikit pembaharuan kat sabah, mungkin tu tujuan SAPP , saja nak bagi kerajaan pusat bagi perhatian hal2 dia sabah .

Share this post


Link to post
Share on other sites

peruntukan tiada kena bagi untuk kerajaan negeri pada masa tu.. lagi pun operasi begitu juga x diluluskan..

Share this post


Link to post
Share on other sites

urmmm.ntahlah...terserah kepada pandangan korang ah...pandai² pikirlah...terpulang kepada indvidu nak sokong spae²

Share this post


Link to post
Share on other sites

ak pula, x mnyokong mane2 pihak utk memimpin 'kemajuan& kedaulatan' negara.sume tu pada ak hipokrit semata2.bnyakl agenda buruk bertopengkn 'kemajuan' yg ingin di capai.sedih juga la negara jadi kucau kacir dalam diam. hm..off topic skit. tringat cerita2 psal MPMUM yg akak ak cerita. akak ak ckap, UM sekarang kucau kacir bile si YDP dorg si Tanjung tu buat kacau.bangkitkn isu perkauman. yg kelakarnya, akak ak ckap, dorg sepakat nk buat 'undi tidak percaya' kepada YDP dorg.haha. kite tengok bn or afandy tanjung yg letak kene x percaya :P dengar2nya si tanjung tu org bn dalam UM.hm...dari ape yg ak tau, si tanjung tu memang jenis x kenang budi, gile glamor n dsb...wallahualam....

*isu sosial makin truk.wktu ak hntar adik ak pergi daftar pada sesi kemasukan um sebelum ni,, ade ke perwakilam kolej adik ak pegi debate cite pasal seks sebelum n sesudah mkan,yg mane bagus.BODOH btul..memalukn.kesian adik ak duduk kt kolej tu.rase nk lempang je org yg debate tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kakakakaka Negeri paling miskin Sabah!!...hehehehe.. parti komponen sendiri mengaku...huhuhu

Alamak u nie, cakap tak pakai "otak" ke??huhu...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Anwar keluar dari Kedutaan Turki jam 6.45 petang

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari Kedutaan Turki di sini, jam 6.45 petang ini selepas dikatakan berlindung di situ sejak semalam.

Beliau berkata, tindakannya keluar dari kedutaan itu atas kerelaannya serta mendapat jaminan kerajaan mengenai keselamatan dirinya.

Tidak diketahui ke mana beliau pergi selepas itu.

Beliau juga mendakwa dirinya dikaitkan dengan dakwaan liwat berikutan rancangannya untuk mengumumkan empat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) memasuki Pakatan Rakyat, esok.

Isu yang aku quote bukan pasal Anwar atau apa saja berkaitan dia, tapi peratusan undi tak percaya kepada PM akan bertambah memandangkan 4 lagi ahli Parlimen BN akan keluar parti .. so, bersediakah anda untuk pemerintahan yang baru? :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

sapp kot yg dimaksudkan... tp yg herannya buat per dia sorok kat kedutaan turki ek...

kata org nak bunuh dia... cam drama plak.. biadap2 karpal singh, anak dia tadik yg pi maki di pertua pon org x bunuh, inikan stakat dpt pancing 4 org BN... ntah yer tak. yg aku nampak yg kene ugut kene pukul, budak tuh...

*btw, sapa nak bunuh nuar ek, dan kondo tuh saper punyer??? apsal dia ambek budak baru 23 tahun sebagai pembantu... nape x ambek senior?

politik malaysia semakin lama semakin bertambah drama nyer : penceraian, perkahwinan secara paksa walaupon berlainan benua, menikam dari belakang, kahwin lari, mak mentua jahat, biadap... yg terbaru pembunuhan CEEWAAAHHH!!!

Edited by hdroxy

Share this post


Link to post
Share on other sites

Islam ni relevan sampai bila2....

Islam ni kebebasan akal yang dipandu oleh Al-Quran dan Sunnah

Kerajaan Malaysia hanya boleh dibentuk berasaskan

1 Gabungan-gabungan parti politik eg. UMNO dan PKR (maknenye bkn 1 parti solo cnth BN dan Pas)

untuk melambangkan 1 kuasa besar kerajaan yg dilantik

Kerajaan islam dibentuk berasaskan

Al-Quran , Sunnah dan Fatwa

dan penasihatnya ialah Majlis Syura (lebih kurang cam Agong)

Majlis Fatwa dibetuk utk buat 1 undang2 islam

yang tidak dibincangkn dlm Al-Quran dan Sunnah

kerana masa selalu bergerak

Jd apabila ada syarat baru utk membntk kerajaan

islam tidak boleh duduk dan diam saja

di sini majlis fatwa bertindak berdasarkan Al-Quran dan Sunnah

Islam Hadhari?

secara dalamnya islam hadhari ada dlm islam

tapi disalah guna utk politik.

1 cnth; islam mengharamkan hiburan berunsur nyanyian

tp 1 konsert dibuat ber"sempena" islam hadhari itu yang salah

Perempuan?

mempunyai 9 nafsu dan 1 akal

Byk kerajaan islam dan lelaki jatuh disbbkan perempuan

Eg. cth Nabi Adam a.s @ kerajaan Turki kalau x silap

ulama?

Pewaris para nabi ialah ulama

ulama ni kerja utk menegakkan islam (berdakwah)

Si penang ni S**** kenapa? sbb dia menolak islam

dari dulu sampai skaran siapa yng tolak islam?

jawapannya yahudi dan S*****

undi x setuju! aku agak susah skaran huhu kalo leh nk sesuatu yg leh sng kan aku

p/s: aku x minat nk campur tp aku tgk islam kat sini cam bermasalah so aku suarakan :mellow:

Edited by Joe*labi*89

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau benar terjadi 4 ahli komponen BN join PR malam ni , bertambah cerah lah undi tidak percaya pada PM.

apa dah jadi?

hoho best nih. sape la 4 ahli komponen BN tuh sampai nak kene bunuh2 tuh ek?

dan... disebabkan suasana politik hari ini.. dan juga tragedi terbaru... dan untuk mengelakkan fitnah dan kekeliruan... apa kata kita bawa Al-Quran beramai-ramai suruh dia sumpah atas Quran... itu cara terbaik. -_-

Edited by hdroxy

Share this post


Link to post
Share on other sites

hoho best nih. sape la 4 ahli komponen BN tuh sampai nak kene bunuh2 tuh ek?

dan... disebabkan suasana politik hari ini.. dan juga tragedi terbaru... dan untuk mengelakkan fitnah dan kekeliruan... apa kata kita bawa Al-Quran beramai-ramai suruh dia sumpah atas Quran... itu cara terbaik. -_-

Aku nak buat fitnah dan buat pengakuan hdroxy liwat pembantu rumah pulak....nak buat laporan polis ini...HAHAHAHAHA

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku nak buat fitnah dan buat pengakuan hdroxy liwat pembantu rumah pulak....nak buat laporan polis ini...HAHAHAHAHA

aiii..

cam dah lari topik jer ni..

tolong jangan lari dr topik perbincangan asal..

harap maklum kepada anda semua :excl:

Share this post


Link to post
Share on other sites

aiii..

cam dah lari topik jer ni..

tolong jangan lari dr topik perbincangan asal..

harap maklum kepada anda semua :excl:

ha yang ini mmg betul lain daripada topic sebab tiada kaitan..HAHAHA

Share this post


Link to post
Share on other sites

tadik TV3 cakap anuar tunda pengumuman lompat parti tuh... betul ker?

Edited by hdroxy

Share this post


Link to post
Share on other sites

tadik TV3 cakap anuar tunda pengumuman lompat parti tuh... betul ker?

hehe dia saja2 cakap ada orang bn nak join pkr supaya ahli parlimen bn lain terjun parti dia la kot. :rolleyes: , nak umum , umum betol2.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Amaran kepada anda semua !

Jangan mengeluarkan isu isu yang tiada kaitan dengan tajuk topik.

Jika anda masih berdegil, Saya tidak teragak agak untuk menutup topik ini.

Sekian.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Yang peliknya Kenapa dia lari ke turki? iran dan arab saudikan ada? Bukan ke kerajaan turki sekarang nie dah keluar dari islam? Yang saya dengar dia bukan dijemput, tapi dia sendiri datang dan memohon untuk tinggal di kedutaan turki? apa nie? apa sebenarnya ni? apa yang cuba dia buat nie? kenapa dia sanggup lari tinggalkan anak bini, serta penyokong setianya?macam drama latin lah.. sejibik....penyokong dia kan ramai, kenapa dia berlindung di sebalik penyokong atau duduk kat selangor? selangor kan PKR sekarang nie? ke dia lari sebab dia betul2 liwat dan orang kat selangor nie dah mula berang cari dia sruh dia tunaikan janjinya seperti yang terdapat dalam manifiesto PKR?ANWAR AMERIKA OH ANWAR AMERIKA, siapa "ko" sebenarnya ni?

Hai manusia, lari lah kemana-mana pun, kalau akidah dan pegangan islam "ko" kuat, tak perlu lari sana lari sini, mati dan hidup ditentukan oleh Allah S.W.T, "ko" lari ke bulan pun, kalau Allah S.W.T kata "ko" mati hari ni ko matilah.

Dengan hati yang tegas dan kuat saya menguatkan lagi statement saya dengan mengundi UNDI PERCAYA KEPADA PM sekali lagi.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Yang peliknya Kenapa dia lari ke turki? iran dan arab saudikan ada? Bukan ke kerajaan turki sekarang nie dah keluar dari islam? Yang saya dengar dia bukan dijemput, tapi dia sendiri datang dan memohon untuk tinggal di kedutaan turki? apa nie? apa sebenarnya ni? apa yang cuba dia buat nie? kenapa dia sanggup lari tinggalkan anak bini, serta penyokong setianya?macam drama latin lah.. sejibik....penyokong dia kan ramai, kenapa dia berlindung di sebalik penyokong atau duduk kat selangor? selangor kan PKR sekarang nie? ke dia lari sebab dia betul2 liwat dan orang kat selangor nie dah mula berang cari dia sruh dia tunaikan janjinya seperti yang terdapat dalam manifiesto PKR?ANWAR AMERIKA OH ANWAR AMERIKA, siapa "ko" sebenarnya ni?

Hai manusia, lari lah kemana-mana pun, kalau akidah dan pegangan islam "ko" kuat, tak perlu lari sana lari sini, mati dan hidup ditentukan oleh Allah S.W.T, "ko" lari ke bulan pun, kalau Allah S.W.T kata "ko" mati hari ni ko matilah.

Dengan hati yang tegas dan kuat saya menguatkan lagi statement saya dengan mengundi UNDI PERCAYA KEPADA PM sekali lagi.

tutup topik jap:-

kerajaan turki sekarang nie dah keluar dari islam???setahu saya ahli2 parti pemerintah kerajaan Turki sekarang ni latarbelakang mereka adalah islamik~~cuma majoriti rakyat dan anggota elit tentera sahaja yg sekular~~

buka topik balik:-

senang2 suruh je pihak yg terlibat tu bersumpah dgn Al-Quran,jika terdapat diantara mereka yg berbohong,mereka akan ditimpa bala yg besar di dunia dan akhirat.kita lihat sahajalah satu hari nanti,minta2 Allah SWT tunjukkan siapa yg berada di pihak benar,dan siapa pula berada di pihak yg salah~~

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...