Jump to content
Sign in to follow this  
pablo

Bengkel Asas Videografi & Pengendalian Kamera Video

Recommended Posts

Salam semua,

Kepada yang berminat boleh tengok kat bawah ni.

Terdapat pindaan bagi bengkel yang dianjurkan

Untuk peringkat asas beberapa modul telah dirangka untuk perjalanan bengkel ini. Modul-modul tersebut merangkumi

1. Pre-Produksi (pengenalan,perancangan)

- Pengenalan kepada hiraki dan tugas-tugas setiap tenaga produksi

2. Pergerakan kamera/gerak kerja kamera

- Pengenalan kepada jenis pergerakan kamera seperti tilt up,

tilt,down, pan right, pan left.

3. Bahasa visual dan saiz shot

- Pengenalan kepada syot dan saiz shot.

4. Suhu warna

- White balance dan suhu warna di lokasi penggambaran.

5. Audio

- Pengenalan kepada asas bunyi dan kepentingannya dalam

produksi.

6. Teknik Pencahayaan asas

- Asas pencahayaan dan 3 point lighting.

Penyertaan untuk bengkel ini terhad kepada 20 orang peserta sahaja.

Tarikh

28 -29 Jun 2008 ( Sabtu & Ahad)

Masa

9.30 pagi - 5.30 petang

Tempat

Koperasi MATRADE Kuala Lumpur Berhad, Tgkt 4, Menara MATRADE Jalan Duta, 50400 Kuala Lumpur

Tenaga Pengajar

En. Khairulfazi B. Hj Sa'ari FDAM

En. Fauzi Amin FDAM

En. Md Hidhir Mohamed

Yuran Penyertaan

Bukan Ahli KMKLB RM 370

Penyertaan Berkumpulan (minimum 5 orang keatas) RM 320

Sila hubungi kami untuk pengesahan kekosongan

Phone - 017 255 4382 (pijai)

Mail - [email protected]

Edited by pablo

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salam Mosabiro,

Sijil yang ada hanyalah sijil kehadiran sahaja.Lagipun yang ni bengkel jer. Bengkel pon 2 hari jer. Tapi bagus untuk mereka yang ada kamera video dan belajar mengenai videografi secara asas.

Sapa yang berminat nak buat video kahwin/event/berita digalakkan hadir.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Biodata Tenaga Pengajar

En. Khairulfazi bin Hj. Sa'ari FDAM

Merupakan tenaga pengajar di ASWARA dalam jabatan Filem dan Video, mengajar subjek penerbitan dokumentari dan pengurusan produksi, disamping mengendalikan bengkel-bengkel penerbitan dokumenteri di FINAS dan memberi syarahan-syarahan di IPTA/ IPTS. Selain mengajar beliau juga aktif dalam kerja-kerja perundingan dan penerbitan. Beliau telah menghasilkan beberapa penerbitan yang berbentuk dokumentari serta juga cereka. Kini beliau sedang menghasilkan pembikinan sebuah filem dokumentari berjudul Tuan Zain. Beliau berkelulusan serjana, MA in TV Documentary and Feature dari University of Salford, UK penghususan dalam bidang pengarahan dan penyuntingan. Kini beliau sedang mengikuti pengajian PhDnya dalam bidang filem dokumentari Malaysia.

En. Fauzi Amin FDAM/PPFM

Memulakan kerjaya sebgai jurukamera di RTM pada tahun 1974 di Bahagian Berita, dan melibatkan diri didalam indsutri perfileman pada tahun 1978 dimana bergiat aktif didalam pembikinan iklan,filem cereka dan dokumentari. Pada tahun 1985 beliau mula terbabit untuk pembikinan drama untuk setesen TV swasta, dan meneruskan kerjayanya di bidang pengarahan dan kamera untuk dokumentari sehingga kini. Diantara hasil kerja beliau ialah iklan untuk produk Adidas, Ginvera, Lady Like. Hasil dokumentari beliau pula ialah Akasia orang asli yang ditayangkan di Astro dan Jejari Seni di tanyangkan di RTM. Pembabitan beliau didalam pembikinan video korporat pula ialah Warisan Negara Putrajaya.

En. Md Hidhir Mohamed

Merupakan tutor sambilan di Jabatan Filem & Video, ASWARA

JADUAL BENGKEL

28 Jun 2008 - Sabtu

9.00 Pengenalan dan pembahagian kumpulan

10.00 TEORI 1 (pra produksi,produksi dan pasca produksi)

12.00 TEORI 2 pengenalan kepada kamera dan fungsinya. pergerakan kamera dan bahasa visual.

1.30 REHAT

2.00 suhu warna dan teknik pencahayan

4.00 audio

5.00 rumusan dan tugasan untuk esok

HARI KE DUA

29 Jun 2008 - Ahad

9.00 PRAKTIKAL dan pemantauan dilakukan,in door dan out door

1.30 REHAT

2.00 sambungan PRAKTIKAL

3.00 PREVIEW dan komen dari tenaga pengajar

5.00 PENUTUP dan penyampaian siji

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...