Jump to content
cyberfly

Panduan Membeli Grafik Kad Untuk Newbie

Recommended Posts

Sekiranya anda bercadang untuk membeli grafik kad, banyak perkara yang perlu anda tahu supaya wang yang anda laburkan sepadan dengan barang yang anda dapat.Oleh itu saya tulis panduan ini untuk memudahkan sesiapa sahaja untuk membeli grafik kad dengan betul, walaupan anda baru berjinak-jinak dengan hardware komputer!

FAQ ( Frequently Ask Question aka Soalan yg selalu ditanya)

1.Komputer saya guna grafik kad AGP.boleh ke nak beli/guna grafik kad Pci-e?

Jawapan : Tak boleh.Grafik kad AGP untuk slot AGP sahaja dan Grafik kad Pci-e untuk slot Pci-e sahaja.

2.Komputer saya tiada slot Grafik Kad.boleh ke nak guna Grafik Kad?

Jawapan : Tak boleh.Kalau tiada slot, grafik kad tidak dapat dipasang..Anda perlu tukar motherboard baru yg mempunyai slot Pci-e/AGP untuk menggunakan grafik kad.

3.Komputer saya guna ram ddr.Boleh ke nak guna grafik kad ddr2 atau ddr3?

Jawapan : Boleh.Ram komputer tiada kaitan dengan ram grafik kad.Ram grafik kad sebenarnya dikenali dengan nama gddr2 dan gddr3.g membawa maksud grafik.

4.Kenapa grafik kad yg mempunyai ram 256mb gddr3 lebih mahal dari grafik kad yg mempunyai ram 512mb gddr2?(model yg sama)

harga_thumb.jpg

Jawapan : Walaupun jumlah ramnya lebih rendah (256mb gddr3), tetapi grafik kad ini jauh lebih laju berbanding model yg sama yg mempunyai ram 512mb gddr2.Oleh itu seboleh-bolehnya cuba elakkan dari membeli grafik kad yg mengunakan ram gddr2 kecuali bajet anda betul2 terhad.

5.Yang mana patut saya beli.Normal Edition (biasa) atau Overclock Edition (OC)?Apakah kelebihan Overclock Edition berbanding Normal Edition?

Jawapan : Terpulang kepada bajet anda.Selalunya harga Overclock Edition adalah lebih mahal berbanding normal edition.Kelebihan Overclock Edition adalah Overclock Edition sedikit lebih pantas berbanding normal edition.

6.Apakah perbezaan antara brand-brand grafik kad seperti Asus,Palit,Galaxy,His,XFX,EVGA dll?

Jawapan : Perbezaan utama adalah bundle lain yg disertakan skali seperti game original dan software.Selain itu,tempoh warranty yg panjang merupakan kelebihan sesetengah brand seperti Asus dan EVGA tetapi dengan harga yang lebih tinggi berbanding brand yang lain.Jika anda hanya mahukan grafik kad tanpa bundle dan warranty yang berlebihan, maka brand-brand seperti Galaxy dan Palit merupakan pilihan terbaik anda.

7.Grafik kad yang mana lebih bagus?ATI atau Nvidia?

Jawapan :Soalan ini terlalu umum...ATi dan Nvidia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing mengikut peringkat harga.Untuk huraian lebih lanjut, klik disini.

8.Yang mana patut saya beli?Grafik kad yang mempunyai ram 256mb gddr3 atau 512mb gddr3 atau 256mb gddr2 atau 512mb gddr2 atau 1gb gddr2?

Jawapan : Grafik kad yg mempunyai ram 512mb gddr3 paling laju diikuti dengan 256mb gddr3,1gb gddr2,512mb gddr2 dan 256mb gddr2.Sekiranya bajet anda hanya mengizinkan untuk membeli grafik kad yang mempunya memori gddr2 (gddr3 lebih mahal), maka cukuplah sekadar membeli yang mempunyai ram 256mb gddr2.Ini kerana ram yg lebih (gddr2 sahaja) tidak membawa sebarang penambahan kuasa pada grafik kad tersebut.

9.Macamana saya nak tau graphic card itu merupakan Overclock Edition atau tidak?

Jawapan : Cara yang paling senang untuk mengetahui grafik kad yang anda hendak beli merupakan Overclock Edition adalah melalui label pada kotak grafik kad tesebut seperti OC,Sonic,Extreme,XXX,SSC,Turbo,Superclocked,KO dan lain-lain.

10.Boleh ke saya nak gunakan 2 keping grafik kad dalam satu komputer?

Jawapan : Boleh.Tetapi motherboard anda mestilah support teknologi Crossfire (grafik kad ATI) atau teknologi SLI (grafik kad NVIDIA)

crossfire_thumb.jpg

Tips sebelum membeli grafik kad

1.Sentiasa mengetahui harga terkini grafik kad yang anda mahu di pasaran.Senarai harga (price list) boleh didownload di SINI.

2.Membaca review grafik kad tersebut sebelum membeli.Jika anda ingin membandingkan sesuatu grafik kad,anda boleh search di google.com dengan keyword seperti 8600gt VS HD3650

3.Sekiranya pembacaan anda masih belum memuaskan hati anda,bolehlah bertanya di forum seperti Putera.com & Lowyat.net

4.Untuk lebih yakin dengan pembelian anda, ajaklah kawan-kawan yang berpengalaman menemani anda.Ini kerana terdapat sesetengah pekedai suka mengambil kesempatan terhadap pembeli yg kurang berpengalaman dlm hardware komputer.

Panduan ini akan ditambah dari semasa ke semasa supaya lebih lengkap.Sebarang cadangan membina amat dialu-alukan ;)

Rujukan asal : http://jomphp.blogspot.com/2008/05/panduan...kad-part-1.html

PhpMysqlTechBlog.1.gif

Edited by cyberfly

Share this post

Link to post
Share on other sites

Panduan berdasarkan harga terkini.(pricelist dari PCZone)

No mewakili rangking perfomance/value grafik kad tersebut.

Harga dari rm100-rm150

ATI x1550 - 4

ATI HD3450 - 1

ATI x1050 - 5

ATI 2400pro - 3

Nvidia 7200gs - 5

Nvidia 8400gs - 2

Harga dari rm150-rm200

Nvidia 8400gs - 3

ATI HD3450 - 2

Nvidia 7300gt 128ddr3 - 1

Harga dari rm200-rm250

Nvidia 8500gt 256mb ddr3 - 1

ATI HD2600pro 256mb ddr2 - 2

Harga dari rm250-rm300

Nvidia 8600gt 256mb ddr3 - 2

ATI HD3650 256mb ddr3 - 1

ATI HD2600xt 256mb ddr3 - 3

ATI HD3650 512mb ddr2 - 4

Nvidia 8600gt 512mb ddr2 - 5

Harga dari rm300-rm350

Tiada.

Harga dari rm350-rm400

Nvidia 8800gs - 1

Harga dari rm400-rm450

Nvidia 9600gso / Nvidia 8800gs - 1

ATI HD3850 256mb ddr3 - 2

ATI 2900gt 256mb ddr3 - 3

Harga dari rm450-rm500

ATI 2900pro 512mb ddr3 - 4

ATI HD3850 512mb ddr3 - 3

Nvidia 8800gt 256mb ddr3 - 2

Nvidia 9600gt 512mb ddr3 - 1

Harga dari rm500-rm550

ATI HD3870 512mb ddr4 (normal version) - 1

Nvidia 9600gt 512mb ddr3 (normal version) - 2

Harga dari rm550-rm600

ATI HD3870 512mb ddr4 (overclock version)- 2

Nvidia 9600gt 512mb ddr3 (overclock version) - 1

Yang GC harga lebih mahal dari 600 tu,bukannya standard korang baca panduan nih :P

semua dah otai-otai dah.

Edited by cyberfly

Share this post

Link to post
Share on other sites

6.Apakah perbezaan antara brand-brand grafik kad seperti Asus,Palit,Galaxy,His,XFX,EVGA dll?

Jika anda hanya mahukan grafik kad tanpa bundle dan warranty yang berlebihan, maka brand-brand seperti Galaxy dan Palit merupakan pilihan terbaik anda.

Galaxy dan Palit merupakan GC yg x berapa lasak.....kalau digunakan terus menerus 12 jam sehari.....atau x off langsung....less than 1 year mesti ada masalah.....

Xpert pun sama gak.......brand x sesuai utk pakai lasak2....mudah rosak......

kalau nak beli GC beli yg bebetul dah lama dalam market(kompeni yg buat tuh)......pastu tgk produk2 lain macam mobo ke PSU ke coooler ke........diorang ada reputation.......barang x mudah rosak...... :)

Share this post

Link to post
Share on other sites

patut tambah yg ni lagi dari segi:

1) Budget (paling penting :D)

2) Usage (video editing?? gaming??)

3) PSU yg digunakan (utk mid & high end card)

4) processor (mid dan juga high)

Aku selalu baca discussion kat Putera.com & LYN.jrg lak jumpa / dengar kes2 camtu kat certain brand ni.kalau nak kata rosak.brand-brand lain pun ada jgk yg rosak :P.

so aku tak bleh generalisation.

patut tambah yg ni lagi dari segi:

1) Budget (paling penting :D)

2) Usage (video editing?? gaming??)

3) PSU yg digunakan (utk mid & high end card)

4) processor (mid dan juga high)

hehe...yg tu mmg akan tambah..untuk part 2..tak larat nak tulis semalam :P

hm : Rasanya kena ubah tajuk for Panduan Membeli Grafik Kad untuk Newbie..dan bajet tu setakat 500 jer sbb kalau yg lebih,cnfirm org tu dah biasa dgn hardware dan boleh berdikari sendiri :P

Edited by cyberfly

Share this post

Link to post
Share on other sites

Cadangkan kesesuaian GC dgn Monitor/Resolusi/Setting dengan jenis2 GC sama ada Low end,Mid Range,High End.......

Contoh seperti 8600GT sesuai utk monitor 17" max 1280 x 1024 utk medium ke high setting on average game.....!!!!

Dan seterusnya

Dengan ini lebih mudah utk newbie merujukk...

Cdangaan jerk :lol:

Share this post

Link to post
Share on other sites

Galaxy dan Palit merupakan GC yg x berapa lasak.....kalau digunakan terus menerus 12 jam sehari.....atau x off langsung....less than 1 year mesti ada masalah.....

Xpert pun sama gak.......brand x sesuai utk pakai lasak2....mudah rosak......

kalau nak beli GC beli yg bebetul dah lama dalam market(kompeni yg buat tuh)......pastu tgk produk2 lain macam mobo ke PSU ke coooler ke........diorang ada reputation.......barang x mudah rosak...... :)

palit =xpertvision (adalah sama,manufactured yg sama,nama n kotak je yg len)

board palit nipis ckit dan boleh meliut ntk dipatahkan .haha!nak mskan dlm slot dier pn agak membimbangkan,risau kot2 terpatah ke kaki dier.kne cermat ckt

berbanding evga yg lebih tebal@brand2 yg sewaktu dgnnyer,,nampak confidence ble ko pkai,cume evga dier x byk kat lowyat,dlu ak bli kat winchanche,skg xtau ader lag ke x.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Cadangkan kesesuaian GC dgn Monitor/Resolusi/Setting dengan jenis2 GC sama ada Low end,Mid Range,High End.......

Contoh seperti 8600GT sesuai utk monitor 17" max 1280 x 1024 utk medium ke high setting on average game.....!!!!

Dan seterusnya

Dengan ini lebih mudah utk newbie merujukk...

Cdangaan jerk :lol:

akan ditambah selepas panduan mengikut peringkat harga :)

anyway kalau kedai kat lowyat,kedai mana yg ada jual byk jenis gc dan harga murah?

Share this post

Link to post
Share on other sites

akan ditambah selepas panduan mengikut peringkat harga :)

anyway kalau kedai kat lowyat,kedai mana yg ada jual byk jenis gc dan harga murah?

PC Zone..

harge same jea smua kedai.. murah pn 1inggit 2 inggit

Share this post

Link to post
Share on other sites

Galaxy dan Palit merupakan GC yg x berapa lasak.....kalau digunakan terus menerus 12 jam sehari.....atau x off langsung....less than 1 year mesti ada masalah.....

Xpert pun sama gak.......brand x sesuai utk pakai lasak2....mudah rosak......

kalau nak beli GC beli yg bebetul dah lama dalam market(kompeni yg buat tuh)......pastu tgk produk2 lain macam mobo ke PSU ke coooler ke........diorang ada reputation.......barang x mudah rosak...... :)

aku pakai Galaxy ok jerk..rasenya dah dekat 2 taun kot??

Share this post

Link to post
Share on other sites

ati & nvidia

aku biasa main game yang grafik tinggi..

cam,pes2008,fifa2008,crysis

so aku try game ni kat abang akunye laptop,die guna gc nvidia

main ada lambat sikit,tapi dari segi grafik cun!!

pastu aku try game nie kat laptop ayah aku lak yang guna gc ati

grafik..sedang sedang tapi dari segi gameplay dia laju..tu yang best

korang boleh tolong listkan harga gc ati

post kat akunye email

[email protected]

Share this post

Link to post
Share on other sites

Galaxy dan Palit merupakan GC yg x berapa lasak.....kalau digunakan terus menerus 12 jam sehari.....atau x off langsung....less than 1 year mesti ada masalah.....

Xpert pun sama gak.......brand x sesuai utk pakai lasak2....mudah rosak......

kalau nak beli GC beli yg bebetul dah lama dalam market(kompeni yg buat tuh)......pastu tgk produk2 lain macam mobo ke PSU ke coooler ke........diorang ada reputation.......barang x mudah rosak...... :)

alhamdulillah, pallit 7300gt aku bukak kekadang 2 bulan lebih, ok je. rezeki kot.

depends on my experience, RAM actually menunjukkan berape kuat grafik kad tu kalau nak di syncronized ngan monitor? x faham? camni:

same as widescreen also. like 15" normal @ 15" widescreen.

128MB - fps ok ntuk monitor 15" inci (max reso)

256MB - fps best ntuk monitor 15" inci (max reso)

fps ok ntuk monitor 17" inci (max reso)

fps KO ntuk monitor 19" inci keatas (max reso)

512MB - fps best ntuk monitor 17" inci (max reso)

fps ok ntuk monitor 19" inci (max reso)

fps KO ntuk monitor 21" inci keatas (max reso)

1GB - best for every monitor resolution (max reso)

- depends gak, kene tanyer otai2 LCD besar2, aku pakai 15" je, ni pon base on my experience.

yeah, of course, gddr, gddr2, gddr3, gddr4, gddr5. sume tu main peranan dalam speed. but then, kalau somebody gune 17" and dier terpakse pilih 256MB gddr3 @ 512MB gddr2, aku akan suggest 512MB. biar korbankan sikit speed asalkan gambar cantik. graphic cards is about graphics, right? :)

cyberfly, aku raser baik ko bubuh skali harga ntuk GC yang even cecah RM2000++. sebab....

aku takut kisah orang potong kaki Geforce 7800 nak fit dlm slot AGP tu berulang lagi.... :lol:

Share this post

Link to post
Share on other sites

aku takut kisah orang potong kaki Geforce 7800 nak fit dlm slot AGP tu berulang lagi.... :lol:

lol 7800 ke? x silap gc low end :rolleyes:

Share this post

Link to post
Share on other sites

ati & nvidia

aku biasa main game yang grafik tinggi..

cam,pes2008,fifa2008,crysis

so aku try game ni kat abang akunye laptop,die guna gc nvidia

main ada lambat sikit,tapi dari segi grafik cun!!

pastu aku try game nie kat laptop ayah aku lak yang guna gc ati

grafik..sedang sedang tapi dari segi gameplay dia laju..tu yang best

korang boleh tolong listkan harga gc ati

post kat akunye email

[email protected]

kalau camtu..aku rase la kan..setting yg pakai nvdia tu lagi detail..sbb tu slow sket banding ATi..camni tak adil..nak tau mane lagi best ko kene cek sume setting..pastu test balik mane lagi smooth + cun

Share this post

Link to post
Share on other sites

best price lagi brand colorful.. ex-7600gs aku membe aku dah waris takhta.. dah 2 tahun setengah takda problem lagi..

siap dah oc kaw2 dah... still leh main game... dia letak kt cc dia.. on 12j am± paling tidak... :P

yus, baik defaultkan semua setting... jgn tweak apo2.... compare default jah... :P

Share this post

Link to post
Share on other sites

wow~

RM1k

go for 9600GT + beli PSU baru kalo PSU ko bawah 500watt true power

tapi kene jugak tau spec PC ko mcm mane...

kalo pki pentium D ngan RAM 512mb...

simpan duit dulu bang :D

Share this post

Link to post
Share on other sites

kalo guna psu cap ayam..komp bleh jalan..bleh main game..no problem..crysis pun layan all high setting..memang cukup untuk mempowerkan GC..

persoalan nyer...

adakah dgn menggunakan true power PSU, performance GC akan bertambah?? atau sama je..??

Bro, GC High End gna PSU cp ayam, klu leh jalan pun PC x lama punya..

Sure mletup PSU..If bnasib baik x mletup PSU, PC x stable, slalu restart, BSOD, auto shutdown..

Emm ade x gamerz run SLi @ CFx gna PSU cap ayam murahan? :lol:

Share this post

Link to post
Share on other sites

kalo guna psu cap ayam..komp bleh jalan..bleh main game..no problem..crysis pun layan all high setting..memang cukup untuk mempowerkan GC..

persoalan nyer...

adakah dgn menggunakan true power PSU, performance GC akan bertambah?? atau sama je..??

ni la salah 1 soklan cepumas pernah akuk bace. adakah dgn menggunakan true power PSU, performance GC akan bertambah?? rasenye tak perlu jawab kot Q ni

kalo guna psu cap ayam..komp bleh jalan..bleh main game..no problem..crysis pun layan all high setting..memang cukup untuk mempowerkan GC..

>> mmg la leh running, tp cuba ko stress gilen2 gc ko, akan tiba 1 peringkat pc ko blackout, sbb psu ko da failed utk support gc ko. lagi 1, cuba la ko compare brg murah dgn barang mahal, banyak bezanya. amik contoh kereta la, evo 7 dgn wira, dua2 kereta. tp adekah performance ke 2 2 kereta ni sama??

Share this post

Link to post
Share on other sites

kasik pin up la thread yg amat berguna ni.

tpi skadar panduan pown x ckup gak la. nk kene tanye pendapat org gak, cam org da gune HD3650 512mb 128bit kate gc tu sux banding ngan 86gt wlaupun spec die jauh gak beza ngan gc 86gt ni.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...