Jump to content
azir

Sijil Mlvk

Recommended Posts

emm..yeke...kira kena da spm gak la ek..pasal dulu lec aku ckp kena ambil thp3 bru boleh apply...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kawan2 aku yang guna sijil mlvk tahap 2 tahap 3 di panggil interview di govn. Mrk minta jadi Attendant Hospital. Hantam jer la labu... janji dapat kerja...

Sijil MLVK ooooo sijil MLVK.. Kalau nak jadi juruteknik komputer kat govn ambik jer diploma elektronik kat politeknik. Kompom dapat kerja juruteknik punya. (sama ke dengan komputer? entahla labu.. aku pun tak tau). Bila aku bandingkan antara kerja kat govn dan swasta, kat swasta aku lebih banyak peluang kembangkan otak (teamwork kuat). Kat govn, kena bersaing dengan vendor <_< berlagak.

Share this post


Link to post
Share on other sites
kesian btolla sesape yg ada sijil mlvk tahap 1 jer..
xleh wat ape la..kalo camtu aku suh adik aku pakai sijil PMR je la mintak2 ape2 jawatan yg patut..PAR/PRA ape2la..


lagi satu, aku dpt keje gomen dan tgh tunggu surat untuk jawatan F41...
aku pun dalam dilema jugak ni samada nak stay keje private or gomen..sebab dah 4 tahun keje private..huhu
aku plak menggatai p mintak keje gomen pulak..huhu
aku takut bile keje gomen aku jd x compatative...
then dgr cite nak naik pangkat pun payah sbb x silap aku gomen bg priority pada senior2 jer bukannyer performance/kpi pun..
kalo keje private ni,kalo ngam dgn bos and performance bagus, bila2 masa je leh mintak tolong bos rekemen.. <<kalo ngamla..huhu

so ade sesape dkt sini yg keje private seblom ni and masuk gomen skang ni, bolehla bg komen..
nak gak tau environment gomen nie..best or x best..

*mlm td br je buat semayang istikharah nak pilih yg mane satu antara gomen/stay dkt private..huhu..tapi xde jawapan lg nie

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku lagi kesian..dah 9 tahun kije dgn PBT tiba2 kontrak J17 aku tidak boleh di sambung sebab PBM kata Sijil SKM aku tak diiktiraf ke J17..Siapa yang salah aku ker or PBM?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[size="4"][b]Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)[/b][/size]


http://www.dsd.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=474&Itemid=463&lang=my


SALAM ADE SAPE2 PENAH WAT PROGRAM NIE X,PROGRAM NAIK TAHAP JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salam pada pengunjung Putera.com

Saya telah lama mengikuti topic ini sejak mula. Apa yang saya nk katakan disini ialah Sijil atau Diploma MLVK telah diiktiraf kerajaan kerana ia dibuat oleh kerajaan sendiri. Tetapi ia tidak diiktiraf JPA untuk menjawat jawatan dalam kerajaan kerana pada asalnya MLVK ini dibuat untuk menyediakan pekerja mahir dalam industri bukannya kerajaan. Namun dengan perkembangan semasa, kerajaan juga menerima pakai teknologi yang ada dalam industri khususnya bidang IT. Oleh itu kerajaan telah mula mengiktiraf pemegang sijil dan diploma kemahiran (tahap1,2,3,4), tetapi ianya bagi pemegang yang mengikuti kursus di institut dibawah kelolaan kerajaan seperti Adtech,ILP dan sebagainya. Namun bagi mereka yang mengikuti kursus dan menamatkan pengajian melalui institut swasta, mereka masih tidak lagi diiktiraf untuk menjawat jawatan dalam kerajaan. Saya amat memahami perasaan pemegang sijil dan diploma kemahiran yang mengikuti kursus di institusi swasta yang mana mereka begitu sukar untuk memasuki sektor awam. Namun jangalah berputus asa. Peluang pekerjaan di sektor swasta masih terbuka walaupun realitinya pihak swasta tidak begitu mengetahui kehadiran pemegang-pemegang sijil dan diploma kemahiran ini. Saya mencadangkan bagi mereka-mereka ini untuk menambah nilai denagn mengikuti kursus-kursus profesional seperti MCSE,CCNA,CCNP,JUNOS dan sebagainya. Sekiranya tidak keberatan sambung pengajian di peringkat lebih tinggi. Sedikit berita baik untuk pemegang sijil dan diploma mlvk swasta ini, sekarang terdapat beberapa IPT menerima pemegang sijil dan diploma mlvk swasta ini untuk mengambung pengajian mereka.

Disini saya ingin berkongsi tentang perjalanan hidup saya sebagai pemegang sijil dan diploma mlvk swasta.

1. Saya mengikuti kursus MLVK sistem komputer tahap 2 dan 3 pada tahun 2002-2003
2. Tamat sijil, saya bekerja selama 8 bulan di sebuah firma kewangan di kuala lumpur. dengan berbekalkan sijil mlvk swasta ini, memang sukar untuk saya mencari kerja walaupun di sektor swasta.
3. Disebabkan kesukaran mencari kerja, saya menyambung pengajian di peringkat diploma (mlvk tahap 4) di institut swasta.
5. Selepas tamat pengajian pada 2006, saya masih lagi sukar untuk mendapat pekerjaan. Jelas diploma mlvk, pada realitinya tidak diketahui oleh pemain industri IT (industry player). Yang sedihnya syarikat IT sederhana dan segelintir syarikat kecil pun agak kabur dan ada yang tidak mengetahui tentang program mlvk ini apatah lagi syarikat besar seperti mesinniaga, hitech padu dan sebagainya. Walaupun ketika itu saya mendapat keputusan cemerlang dimana pointer saya lebih dari 3.7 (pada masa itu mlvk baru memperkenalkan sistem pointer selain sistem keterampilan).
4. Dengan rasa sedih dan tertekan saya tabahkan hati untuk menyambung pengajian saya. Alhamdulillah saya telah di terima masuk di sebuah IPT untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah dan Alhamdulillah saya telah menamatkan pengajian saya dengan cemerlang (1st Class Degree).
5. Sekarang saya bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat IT terbesar dunia. Saya juga bersyukur kerana saya juga bukan saja diterima malah saya ditawarkan gaji yang lebih dari apa yang saya jangkakan.
6. Saya juga sedang dalam perancangan untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi lagi.

Nasihat saya pada semua pemegang sijil dan diploma mlvk jangan berputus asa. Cuba sedaya mungkin. Allah akan tolong hambanya. Jangalah pikir pasal usia, sebab saya juga menyambung pengajian diperingkat ijazah pada usia yang agak lewat diama pada masa itu rakan-rakan saya semua sudah tahun akhir di universiti.

Saya harap dengan apa yang saya berikan ini akan jadi pemangkin kepada semua pemegang sijil dan diploma mlvk swasta untuk lebih maju kehadapan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...