Jump to content
Mr Ijan

Jawapan Dari Pihak Kementerian Pengajian Tinggi

Recommended Posts

Jangan bersedih hati. Apa yang ko belaja tu ada guna cuba ko fikir panjang sikit tgk semua aspek yg ko dah belajar tu (bukan tgk direct je. indirect sekali ) lepas tu cuba kaitkan dgn pekerjaan/kehidupan sekeliling. Kan ada guna tu. Kalau pengalaman dah bertambah nanti, lagi boleh nampak... jadi jangan regret.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Sekali lagi, pelajar-pelajar jurusan STPM/Matriks yang mempunyai keputusan kurang dari 2.8 berjaya mendapat tempat di IPTA-IPTA terkemuka di Malaysia. Amat mendukacitakan apabila ini sekaligus menafikan hak-hak pelajar-pelajar yang lebih layak dan mendapat keputusan yang lebih tinggi dari Politeknik/Kolej Komuniti/Kolej-kolej Swasta di seluruh Malaysia. Untuk itu, saya memohon kepada mana-mana pelajar Politeknik/Kolej Komuniti/Kolej-Kolej Swasta yang berkelayakan, tetapi gagal ke IPTA menghantar :

1) CGPA

2) Diploma

3) Umur

4) Tahun/Sesi lulus Politeknik/Kolej Komuniti/Kolej-kolej Swasta

4) Kursus yang anda mohon tetapi gagal (8 kursus)

3) E-mail untuk dihubungi

Saya sedang berusaha untuk membawa perkara ini kepada pihak lain yang mungkin berminat dengan perkara ini memandangkan pihak Kementerian dan kerajaan sedia ada sekarang ini tidak mengendahkan aduan yang dibuat sebelum ini. Adalah untuk itu, maklumat-maklumat ini penting untuk digunakan sebagai bukti bahawa terdapat ketidakadilan yang berterusan kepada pelajar-pelajar dari jurusan Politeknik dan lain-lain . Insyaallah, sekiranya bukti-bukti adalah cukup, mungkin akan ada pihak yang sanggup membawa perkara ini kepada peringkat atas dan dibahaskan.

Sila hantar maklumat-maklumat tersebut kepada : [email protected]

Sekian, terima kasih

Edited by Mr Ijan

Share this post

Link to post
Share on other sites

syarat stpm/matriks cgpa >2.00, syarat diploma plak cgpa >2.50 utk program biasa, 2.70/2.75 utk engineering dan bergantung gak pd ipta. stpm/matriks 2.00 tu digunapakai oleh semua ipta.

lg satu kena faham, stpm/matriks/stam adalah dlm kategori yg sama. diploma berada dlm satu kategori yg lain. competition hanya berlaku antara pelajar stpm/matriks/stam. sistem merit masih digunakan, merit yg tinggi peluangnya lebih cerah. banding sgn kategori diploma, sistem merit digunakan juga tp dlm group yg berlainan ngan stpm/matriks/stam. so takde pun penafian hak yg berlaku kat situ.

Share this post

Link to post
Share on other sites

salam..

bagi ku la kan..lebih ok kalau gomen mansuhkan je semua institut2 selain IPTA yang sedia ada ni jek(yang dah lepas,lepas r)

then,extend kan tahun belajar kat sekolah.lepas SPM,amik STPM,lepas tu buat lagi satu level baru yang lagi susah.dari situ,baru select untuk masuk IPTA.

dalam mase nak naik level tu,yang berjaya lepas syarat je bagi naik,yang xberjaya tu sendiri mau ingat la..

dari cara macam ni,baru jelas,orang yg betul2 layak je baru dapat masuk IPTA. B)

ni belum kira makhluk2 yang asik nk "minta jasa baik dari org lain je".yang ni mmg ku benci <_<

Share this post

Link to post
Share on other sites

syarat stpm/matriks cgpa >2.00, syarat diploma plak cgpa >2.50 utk program biasa, 2.70/2.75 utk engineering dan bergantung gak pd ipta. stpm/matriks 2.00 tu digunapakai oleh semua ipta.

lg satu kena faham, stpm/matriks/stam adalah dlm kategori yg sama. diploma berada dlm satu kategori yg lain. competition hanya berlaku antara pelajar stpm/matriks/stam. sistem merit masih digunakan, merit yg tinggi peluangnya lebih cerah. banding sgn kategori diploma, sistem merit digunakan juga tp dlm group yg berlainan ngan stpm/matriks/stam. so takde pun penafian hak yg berlaku kat situ.

Suatu masa dahulu, jumlah pelajar diploma adalah lebih daripada 40% daripada jumlah kemasukan ke IPTA. Tetapi jumlah tersebut telah dikurangkan semata-mata kerana begitu ramai sekali pelajar yang berkelulusan Matrikulasi/STPM gagal mendapat pekerjaan dan heboh satu Malaysia. Tetapi, sistem yang digunapakai pada masa itu adalah kerana jumlah pelajar STPM/Matrikulasi adalah tidak banyak seperti sekarang. Sekarang adalah tidak relevan lagi untuk mengguna pakai perkara tersebut kerana jumlahnya yang semakin meningkat tahun demi tahun. Bukan sahaja pelajar yang mempunyai keputusan yang cemerlang di dalam SPM mengisi tempat di Tingkatan 6, tetapi pelajar-pelajar yang gagal ke diploma IPTA/Matrikulasi/Politeknik/Kolej Komuniti memenuhi ruang-ruang tersebut.

Syarat CGPA 2.0 boleh terus masuk ke Universiti? Apakah ini sistem terbuka yang dikatakan adalah adil dan telus? Sekiranya sistem persaingan digunapakai antara STPM/Matrikulasi, mengapa begitu ramai sekali yang berjaya dengan hanya mendapat CGPA 2.6 ke atas? Adakah ini sahaja tahap pelajar kita? Peperiksaan sukar? Bagaimana pula dengan mereka yang mendapat Cgpa 4.0? Genius tahap dewa? Mungkin ini adalah punca-punca mengapa universiti awam negara kita berada di ranking yang rendah. Mengguna pakai sekadar mencukupkan kuota dan atas dasar-dasar kerjasama politik . Kononnya, mereka yang berkelulusan daripada STPM dan Matrikulasi yang mendapat keputusan asalkan lebih daripada CGPA 2.0 adalah mereka yang terdiri daripada mereka yang bijak pandai dan layak untuk masuk ke universiti. Cukup-cukup berbeza dengan sistem yang diguna pakai di universiti-universiti terkemuka dunia.

Mungkin sudah tiba masanya kerajaan menghapuskan terus sistem diploma daripada kamus sistem pengajian tinggi negara kerana ia pun sudah tidak diiktiraf lagi dan tidak lagi boleh digunapakai untuk menyambung pelajaran. Anyway, lepas ni boleh lah semua pelajar selepas SPM masuk terus ke STPM. Dapat CGPA 2.0 ke atas atau dalam erti kata lain, asalkan dapat lulus, boleh lah ke universiti. Mudah, x payah susah2 nak bersaing dengan pelajar-pelajar pandai lain sebab ramai orang kata STPM ni antara peperiksaan paling susah dalam dunia nih, so kalau dapat 2.0 tu kira pandai-pandai belaka dan genius.

Sistem persaingan boleh lah dikatakan tidak wujud lagi di institusi-institusi awam kerana suatu masa dahulu, pelajar STPM/Matrikulasi/Diploma yang mendapat CGPA 3.0 ke atas pun sukar untuk mendapat tempat, kini, pelajar yang mendapat CGPA 2.1 ke atas pun berjaya mendapat tempat atas dasar-dasar saya ambil peperiksaan tersusah di muka bumi ini dan kerajaan telah pun menjamin tempat saya ke universiti.

10 tahun akan datang, apabila jumlah pelajar meningkat sekali ganda, dan jumlah yang gagal ke IPTA meningkat juga, apa yang akan berlaku? Nantikan ..

Edited by Mr Ijan

Share this post

Link to post
Share on other sites

haha.. xda la sampai camtu bro ijan

student matrik/stpm yang dapat pointer 2.0 takkan mintak course cam engineering, diorang cuma dapat course lelong jek

student dip/poli yang dapat >3.3 tapi gagal nak sambung degree tu, tempat diorang sebenarnya diambil oleh student matrik/stpm yang pointernya >3.0

Malang sekali, terdapat kes di sesetengah U di mana pelajar-pelajar Matrikulasi/STPM tetap diberikan tempat :

1) CGPA 2.3 - 2.8 - Engineering Elektrik/Engineering Mekanikal . Bukan sorang dua lak tu .. isk isk

dan bagi pelajar dip >3.3 :

2) Pelajar yang mendapat mendapat pilihan pertama bermula dari CGPA 2.67. Contoh, kes aku. CGPA 3.6, gagal ke mana-mana kecuali atas tiket rayuan. Rupa-rupanya bila aku masuk, ada yang sekadar 2.67, 2.72, 2.76, 2.83, dan banyak lagi di bawah 3 yang berjaya (lebih daripada 10 orang). Katakan bahawa CGPA aku terlalu rendah dan hina untuk dibandingkan dengan dak2 nih. :lol: . Tu tak termasuk pelajar-pelajar diploma yang dapat 3.7 - 3.8 yang gagal ke mana-mana tempat. Dan daripada jumlah hampir 200 orang pelajar baru fakulti, tidak lebih dari 10 orang saja pelajar dari Politeknik. Cantik tak kiraannya?

Edited by Mr Ijan

Share this post

Link to post
Share on other sites

2.00 tu syarat minimum brader. dlm sistem merit yg dipakai, 2.00 tu meritnya rendah, peluang pun rendah. yg lepasan stpm/matriks ni kalau tak diberi tempat nak suruh diorang buat apa? keje guna keputusan matriks? yg lepasan diploma at least boleh guna diploma diorang utk keje

student dip/poli yang dapat >3.3 tapi gagal nak sambung degree tu, tempat diorang sebenarnya diambil oleh student matrik/stpm yang pointernya >3.0

mcm aku ckp seblom ni la kan, takde tempat student lepasan diploma yg diambil oleh student lepasan matriks sbb merit diorang berada dlm group yg berlainan

Edited by soulseex

Share this post

Link to post
Share on other sites

2.00 tu syarat minimum brader. dlm sistem merit yg dipakai, 2.00 tu meritnya rendah, peluang pun rendah. yg lepasan stpm/matriks ni kalau tak diberi tempat nak suruh diorang buat apa? keje guna keputusan matriks? yg lepasan diploma at least boleh guna diploma diorang utk keje

Ok, cuba kira benda nih, simple calculation :

Sekadar contoh :

Kiraan :

70% = Pelajar STPM/Matrikulasi

30% = Diploma

Tempat : 40 000 orang (untuk 4 tahun)

Calculation selama 4 tahun:

Berjaya :

Pelajar Diploma : 30% x 40000 = 12 000 saja terpilih

Pelajar STPM/Matrikulasi = 70% x 40000 = 28 000 terpilih <-- ni saje aku salah

Tahun 2010 :

Lulusan Diploma : 50 000

Lulusan STPM/Matrikulasi : 30 000

Gagal :

Pelajar Diploma : 50 000 - 12 000 = 38 000 gagal

Pelajar STPM/Matrikulasi = 30 000 - 28 000 = 2000 gagal

Baki :

Pelajar Diploma = 38 000 orang

Pelajar STPM/Matrikulasi = 2000 orang

Tahun 2011 :

Lulusan Diploma : 50 000 + 38 000 = 88 000 orang

Lulusan STPM/Matrikulasi : 30 000 + 2000 = 32 000 orang

Gagal :

Pelajar Diploma : 88 000 - 12 000 = 76 000 gagal

Pelajar STPM/Matrikulasi = 32 000 - 28 000 = 4000 gagal

Baki :

Pelajar Diploma = 76 000 orang

Pelajar STPM/Matrikulasi = 4000 orang

Tahun 2012 :

Lulusan Diploma : 50 000 + 76 000 = 126 000 orang

Lulusan STPM/Matrikulasi : 30 000 + 4000 = 34 000 orang

Gagal :

Pelajar Diploma : 126 000 - 12 000 = 114 000 gagal

Pelajar STPM/Matrikulasi = 34 000 - 28 000 = 6000 gagal

Baki :

Pelajar Diploma = 114 000 orang

Pelajar STPM/Matrikulasi = 6000 orang

Tahun 2013 :

Lulusan Diploma : 50 000 + 114 000 = 164 000 orang

Lulusan STPM/Matrikulasi : 30 000 + 6000 = 36 000 orang

Gagal :

Pelajar Diploma : 164 000 - 12 000 = 152 000 gagal

Pelajar STPM/Matrikulasi = 36 000 - 28 000 = 8000 gagal

Dalam tempoh 4 tahun, pelajar diploma yang gagal akan bersaing sejumlah 152 000 dan akan bertambah setiap tahun dalam jumlah yang sangat-sangat terhad. Manakala mereka yang bergelar graduan STPM/Matrikulasi hanya mengalami pertambahan 2000 orang setiap tahun. Apakah ini persaingan yang menarik dan adil? Berapa ramai lagi harus menunggu untuk tempoh 10 tahun? Anda menggalakkan pelajar diploma untuk bekerja, tetapi sekiranya setiap tahun jumlah persaingan semakin bertambah, sampai bila baru berjaya dan layak? Setelah 3-5 tahun bekerja untuk memenuhi dasar kerajaan untuk mewujudkan pekerja bawahan, dan memberi laluan kepada adik-adik dari Matrikulasi/STPM, apabila tiba masanya, begitu sukar dan besar sekali persaingan. Apa perasaan mereka? Fikir-fikirkanlah ..

Edited by Mr Ijan

Share this post

Link to post
Share on other sites

Ok, cuba kira benda nih, simple calculation :

Sekadar contoh :

Kiraan :

70% = Pelajar STPM/Matrikulasi

30% = Diploma

Tempat : 40 000 orang (untuk 4 tahun)

Calculation selama 4 tahun:

Berjaya :

Pelajar Diploma : 30% x 40000 = 12 000 saja terpilih

Pelajar STPM/Matrikulasi = 70% x 40000 = 28 000 terpilih

Baki :

Pelajar Diploma = 38 000 orang

Pelajar STPM/Matrikulasi = 2000 orang

Baki :

Pelajar Diploma = 76 000 orang

Pelajar STPM/Matrikulasi = 4000 orang

Baki :

Pelajar Diploma = 114 000 orang

Pelajar STPM/Matrikulasi = 6000 orang

Dalam tempoh 4 tahun, pelajar diploma yang gagal akan bersaing sejumlah 152 000 dan akan bertambah setiap tahun dalam jumlah yang sangat-sangat terhad. Manakala mereka yang bergelar graduan STPM/Matrikulasi hanya mengalami pertambahan 2000 orang setiap tahun. Apakah ini persaingan yang menarik dan adil? Berapa ramai lagi harus menunggu untuk tempoh 10 tahun? Anda menggalakkan pelajar diploma untuk bekerja, tetapi sekiranya setiap tahun jumlah persaingan semakin bertambah, sampai bila baru berjaya dan layak? Setelah 3-5 tahun bekerja untuk memenuhi dasar kerajaan untuk mewujudkan pekerja bawahan, dan memberi laluan kepada adik-adik dari Matrikulasi/STPM, apabila tiba masanya, begitu sukar dan besar sekali persaingan. Apa perasaan mereka? Fikir-fikirkanlah ..

HAHAHAHA!!!!

mcm aku xpercaya ad org keluarkan fakta kiraan mcm ni..

ko kat poli belajar math x??

mesti ko main2kn dlm class..

ko igt org nk ikut kira2 mcm bdk pmr mcm ni ke??

kalo ko btl2 nak buktikan ko layak amek dgree kt ipta..

aku bg tips la..

bukak balik kitab2 lama ko yg da berabuk 2..

yang bertajuk STATISTIK untuk bdk dip@dgree@stpm,bukan bdk pmr tau..

kalo bkak kitab pmr mcm ni la jadi kiraanya..

ko study elok2..

mcm ni ke bdk dip yg leh kira kebarangkalian??

ko lulus mcm mana?? jila* pusa* ke??

lain kali aplikasikan ape yg ko belajar..

bukan belajar untuk lulus exam je..

Fikir-fikirkanlah ..

Kat atas tu aku dah tulis simple calculation berapa ramai pelajar diploma yang gagal ke IPTA agar ramai yang faham .. kat sini bukan semua ada ijazah daripada universiti terkenal cam ko, tahap PMR/UPSR pun ada dalam forum nih. Sekarang apa kata ko tunjukkan math sebenar macam mana ko kira peratusan pelajar-pelajar diploma yang gagal? Aku tahu ko belajar statistik, kebarangkalian dan dah ada degree daripada universiti terkenal dan termasyur, so, daripada bercakap besar dan main tulis je, tunjukkan aku kiraan yang sebenar dan boleh buatkan semua orang faham .. :)

Sebanyak 40 000 tempat ditawarkan setiap tahun, 70% daripada jumlah tempat tersebut adalah daripada golongan Matriks/STPM sepertimana tahun 2007 dan 2008, dan 30% adalah untuk golongan diploma. Andaikan 50 000 pelajar yang baru tamat diploma memohon untuk setiap tahun, 30 000 pula adalah daripada STPM/Matriks, jumlah berikut adalah sama untuk tempoh 4 tahun di mana tempat yang ditawarkan hanyalah 40 000 sahaja bagi setiap tahun, tunjukkan bagaimana ko kira selepas tempoh 4 tahun, berapa ramai pelajar diploma dan matriks/STPM yang gagal ke IPTA dan akan bersaing selepas tempoh tersebut, aku ni tak habis belajar lagi, dulu kat Politeknik cuma belajar Math Kejuruteraan je .. :)

Harap jangan kasi alasan tak boleh buat sebab nombor-nombor kat atas ni tak betul dan bukannya daripada kementerian, aku dah cakap awal-awal ini sekadar contoh, kira je guna ilmu kebarangkalian dari universiti tu ke atas contoh-contoh yang aku kemukakan kat atas tu .. harap dapat jawapan secepat mungkin sebab aku dah nak bawak benda ni kepada "seseorang" tak lama lagi .. nanti aku kasi ko kredit sekali kalau orang tu luluskan nak bawak benda ni ke atas .. :)

Terima kasih kerana membantu :)

Edited by Mr Ijan

Share this post

Link to post
Share on other sites

menarik sungguh diskusi mengenai politekni nie .. aku memang sokong apa yang di kata oleh mR ijan ... aku pun juga adalah sorang pelajar poli dan still belajar kat poli dlm jurusan it .. aku bukan nak pihak pada budak-budak poli tapi semua itu ada kebenarannya..

- sebenarnya poli ni satu institusi yg bagus dari awal penubuhannya.. politeknik sebenarnya nak bantu budak-budak yang tak berapa minat belajar dlm teori tapi menjurus kepada praktikal .. aku nak tanya , mana yang lebih baik teori atau praktikal .. memang betul kalau dua-dua ada kan .. tapi yg byk memainan peranan ialah praktikal tu .. kalau kita baca sahaja tak buat praktikal atau amali adakah kita dpt ?? boleh dpt ?? 40 % kemungkinan ada...

- kalau nak dibandingkan politeknik dgn ipta / ipts mengenai markah carry mark n final exam memang berbeza. skrang poli 60 carry 40 final and ipta ( infi dari kwn cerita 40 carry 60 final ) .. aku xpasti yg ipta nie .. tapi memang nampak different kan.. takde bezanya dari aku ah .. sebab yg aku tau soalan politeknik byk dibuat berkaitan dgn praktikal yg pernah dibuat dlm kelas atau tmpt sebagainya berbanding di ipta yg byk teori soalan dia... walaupun carry mark 60 utk politeknik tapi xsemua dapat 60 markah .. ingat senang ker .. tgk poli n lecturer bab kata poster2 sebelum nie... takde suap2 punya ... jadi aku rasa lvl dak u dgn poli adalah sama dan kadang2 ada gak budak poli yg lebih tinggi lvl dari dak universiti nie ..

- ini sahaja aku punya pendapat dari aku .. kalau ada tersinggung mana2 maaf lah yer x bermaksud .. kalau ada salah tolong betulkan.. ni dari pandangan aku sebab ramai kwn-kwn aku masuk ipta , poli dan matrix.. ada juga yg blajar kat oversea .. but kita sebenarnya sama je .. kalau xbelajar dan praktik apa yg kita blajar sampai bila xakan dpt - ok salam

Share this post

Link to post
Share on other sites

Maklumat yang aku ada :

1) Nama

2) IC

3) No ID

5) Jantina

6) Jabatan

7) Tarikh Tamat

8) Tarikh Tamat Peringkat Sijil

9) CGPA Semasa Sijil

10) CGPA Semasa Diploma

11) Politeknik Semasa Peringkat Sijil

12) Politeknik Semasa Peringkat Diploma

bila baca balik post ni, aku rasa tertinggal satu benda lg iaitu result muet. pernah terjadi kat kwn aku punye la tak puas hati tak dpt sambung, rupanya bukan sbb tak layak ke ape. tp sbb dia takde keputusan muet, dia cuma baru ambik exam je. sedangkan syarat am ipta ada disebut kena ada muet at least band 1. dan ada gak yg dr poli tak dpt sambung sbb masih tak tamat pengajian, sbbnya result sem akhir poli keluar hanya bulan julai sedangkan intake bulan 6. so benda2 gini kalau nak dibawa ke atas utk dijadikan isu biarlah dakwaan tu kukuh. cth kalau ko ada 10ribu nama pun tp yg betul2 cukup syarat tak sampai suku pun tak guna gak. yg selebihnya kalau tak cukup syarat mcm contoh yg aku bg kat atas tu tak guna gak. nama2 yg kau nak kemukakan tu biarlah cukup syarat am universiti & syarat khas program ketika permohonan dibuat. pastu kena tgk gak program2 pilihan yg dibuat masa mohon tu gak. kalau diploma awam mintak degree IT mmg la tak dpt. pernah terjadi bukan tak pernah

Malang sekali, syarat yang digunapakai seperti MUET adalah hanya terhad kepada pelajar daripada lulusan diploma. Bagi STPM dan Matrikulasi, sesetengah universiti tidak menggunapakai syarat tersebut dan memberikan kelonggaran kepada mereka meskipun di dalam syarat permohonan ada dinyatakan. Ada juga pelajar diploma yang tidak mempunyai keputusan MUET, mendapat CGPA 3.3 (Band 1) mendapat tempat, manakala pelajar dari jurusan yang sama, permohonan yang sama, yang mendapat CGPA 3.8 serta Band 4 tidak mendapat mana-mana tempat. Salah siapa? Diri sendiri? Sekiranya anda membawa perkara ini kepada pihak Kementerian dan menunjukkan bukti-bukti tersebut, " Ini bukan salah siapa-siapa, bukan sistem, bukan kami, dan bukan juga pihak universiti, saya pun tak tahu kenapa" .. :)

Tentang pilihan yang dibuat, mungkin benar ada pilihan yang mengarut dan tidak berkaitan, tapi pastinya majoritinya akan memilih kursus yang setaraf dan berkaitan lebih-lebih lagi apabila mereka ini sendiri telah pun mempunyai pengalaman sepanjang 3 - 4 1/2 tahun semasa mengambil diploma dan pastinya tahu menilai yang mana satu terbaik buat mereka. Contoh daripada e-mail yang diterima, pemohon daripada jurusan diploma perakaunan, mendapat CGPA 3.4 tetapi gagal ke mana-mana universiti di mana kelapan-lapan permohonan adalah berkaitan dengan Ijazah Perakaunan. Contoh kedua, pelajar daripada Diploma Elektrik yang mendapat CGPA 3.83, mendapat Band 3, kelapan-lapan permohonan beliau adalah mengenai Ijazah yang melibatkan bidang Elektrikal. Terangkan mengapa beliau tidak layak ke mana-mana? Adakah silibus tidak sama maka mereka tidak layak? Apakah benar pihak yang berkaitan dengan sesi pemilihan telah membuat rujukan ke atas subjek-subjek mereka sebelum membuat pemilihan? Apakah bidang akaun di peringkat diploma adalah tidak sama dan tidak mempunyai kaitan dengan bidang akaun di Universiti? Elektrik tidak sama dengan elektrik? Maka perlu dipanggil apa?

Edited by Mr Ijan

Share this post

Link to post
Share on other sites

bro, kau tau tak proses kerja diorang ni camne? maksud aku proses kerja utk pengambilan di peringkat kptm & ipta. aku taktau n teringin gak nak tau

Share this post

Link to post
Share on other sites

bro, kau tau tak proses kerja diorang ni camne? maksud aku proses kerja utk pengambilan di peringkat kptm & ipta. aku taktau n teringin gak nak tau

Ini dah di luar kuasa, pengetahuan dan bidang aku nih. Tugas aku mengumpul maklumat dan bukti-bukti saja. Tu kena tanya pihak yang terlibat dalam perkara ni, ataupun mana-mana forumer yang ada maklumat pasal ni, lagipun perkara ni dirahsiakan dan hanya diketahui oleh pihak universiti dan kementerian, so tak tahu la kalau senang-senang boleh reveal camtu jek .. :lol: . Anyway, dengan satu panggilan telefon dengan mana-mana orang kuat universiti, lepas beberapa hari dah boleh dapat permohonan kemasukan ke universiti tersebut. So, ada 2 cara la kiranya proses kerja diorang nih, mungkin ada forumer yang boleh terangkan dengan lebih lanjut pasal kemasukan pelajar ke IPTA nih .. LoL .. :)

Edited by Mr Ijan

Share this post

Link to post
Share on other sites

mcm yg ko claim sebelum ni, student lepasan poli dinafikan hak utk utk sambung oleh student lepasan matriks/stpm. bagi aku la kan, ada isu yg lebih besar kat situ. yg aku nampak, hak2 student poli ni terutama yg dpt result bagus (sampaikan kita pelik nape dia tak dpt tempat) dinafikan oleh calon2 yg guna 'cable'. aku percaya yg ni lg serious sbb yg pointer rendah/ tak cukup syarat pun bole dapat tempat. faham2 sendiri la kan cable2 ni dtg dr mana. aku tanak la cerita lebih kang panas plak :lol:

Isu main cable ni dah lama dan takkan berenti sampai bila-bila melainkan suatu senarai terbuka di mana semua senarai nama, dan keputusan, serta kelayakan masuk pelajar-pelajar yang layak didedahkan meskipun ia adalah sangat mustahil untuk dilakukan. Mana-mana pelajar yang berlainan latar belakang juga boleh terlibat dengan sistem main cable ni dan bukan terhad pada satu jurusan sahaja. Mungkin satu hari nanti, akan ada orang lain yang akan membawa kes ini ke depan meskipun agak sukar untuk mencari bukti-bukti yang kukuh.

Berbalik kepada Politeknik dan diploma setaraf, tidak dinafikan mungkin adanya penggunaan cable di kalangan calon-calon tersebut yang sepatutnya tidak layak tetapi jumlahnya tidaklah begitu banyak. Bukan mudah dan bukan semua mempunyai akses dan hubungan dengan orang dalam. Hanya segelintir sahaja. Jumlah pelajar yang gagal pula adalah berpuluh ribu dan meningkat setiap tahun, bukannya sorang dua saja.

Sepertimana yang aku cuba bangkitkan di sini ialah sistem yang bagaimana dan atas dasar apa yang digunakan oleh pihak Kementerian dan Universiti pada masa kini?

Beberapa tahun yang lepas, sistem kuota Bumiputera telah dihapuskan dan diganti dengan sistem meritokrasi yang merupakan sistem terbuka berdasarkan merit di mana ia dikatakan adalah lebih adil, telus dan terbuka. Hanya yang layak sahaja berpeluang ke universiti dan adalah diingatkan bahawa jumlah pelajar STPM/Matriks pada masa tersebut tidaklah begitu ramai seperti sekarang. Kini, mengapa pula diletakkan kuota STPM/Matriks melebihi 70% pengambilan, dan diploma hanyalah 30% pengambilan dalam beberapa tahun kebelakangan ini meskipun majoriti pelajar diploma adalah di kalangan Bumiputera, di bawah pengurusan IPTA sendiri dan Kementerian Pengajian Tinggi, mendapat pengiktirafan industri, dan jumlahnya adalah berkali ganda lebih ramai daripada jurusan lain. Sistem terbuka ini sebenarnya untuk siapa? Pelajar STPM dan Matriks sahaja kah? Bagaimana dengan pelajar diploma? Adakah mereka ini tidak layak sehingga perlu diasingkan dan dihadkan jumlahnya? Sekiranya tahap meritokrasi yang digunapakai, apakah tahap persaingan pelajar STPM/Matriks ini sebegitu rendah sehinggakan ada yang mendapat CGPA 2.6 juga layak manakala sistem meritokrasi pelajar diploma yang mengambil 3 - 4 tahun di bawah pengkhususan masing-masing dan mendapat CGPA 3.5 - 3.8 juga tidak pasti lagi boleh mendapat tempat? Apakah ini sistem terbuka yang dikatakan hebat, jujur, telus, kompetitif dan berdasarkan merit ataupun ia adalah sebuah sistem terbuka yang sekadar memenuhi permintaan sesetengah pihak untuk menyamaratakan dan menyeimbangkan jumlah kaum di dalam sesebuah universiti dengan menggunapakai 2 jurusan sahaja? Quality over Quantity atau Quantity Over Quality sebenarnya?

Quote of the day :

Pelajar dari sebuah kolej swasta yang merupakan pelajar terbaik fakulti, jawapan daripada seorang pensyarah penemuduga dari IPTA semasa menghadiri temuduga awal tahun ini, "korang x layak untuk masuk sini" .. apa perasaan mereka? Tidak layakkah mereka? Sebegitu hinakah sehingga masa depan mereka ditentukan oleh penjawat awam yang mempunyai kuasa ini? Fikirkan .. :)
Edited by Mr Ijan

Share this post

Link to post
Share on other sites

dari pendapat aku ah .. mungkin pemilihan pelajar sekarang dah tak ikut cgpa atau pointer hpnm semua tu.. kemungkinan mcm baling dadu.. no ni dpt masuk, no ni dpt dia masuk... takde pemilihan yg betul-betul qualify utk mengikut standard dah telah ditetapkan oleh kementerian.. main-main suka-suka n pilih ... mende ni bukan je berlaku dari poli ke ipta lain ... semua tmpt .. maksud aku .. dlm politeknik ,ipta dan ipts ..

dan lagi senang, ada kabel lagi lah hidup senang.. 1.6 cgpa pun leh dpt biasiswa . tgk mcm politik pun ada...

p/s: pandangan aku ... :)

Share this post

Link to post
Share on other sites

Malang sekali, syarat yang digunapakai seperti MUET adalah hanya terhad kepada pelajar daripada lulusan diploma. Bagi STPM dan Matrikulasi, sesetengah universiti tidak menggunapakai syarat tersebut dan memberikan kelonggaran kepada mereka meskipun di dalam syarat permohonan ada dinyatakan. Ada juga pelajar diploma yang tidak mempunyai keputusan MUET, mendapat CGPA 3.3 (Band 1) mendapat tempat, manakala pelajar dari jurusan yang sama, permohonan yang sama, yang mendapat CGPA 3.8 serta Band 4 tidak mendapat mana-mana tempat. Salah siapa? Diri sendiri? Sekiranya anda membawa perkara ini kepada pihak Kementerian dan menunjukkan bukti-bukti tersebut, " Ini bukan salah siapa-siapa, bukan sistem, bukan kami, dan bukan juga pihak universiti, saya pun tak tahu kenapa" .. :)

Tentang pilihan yang dibuat, mungkin benar ada pilihan yang mengarut dan tidak berkaitan, tapi pastinya majoritinya akan memilih kursus yang setaraf dan berkaitan lebih-lebih lagi apabila mereka ini sendiri telah pun mempunyai pengalaman sepanjang 3 - 4 1/2 tahun semasa mengambil diploma dan pastinya tahu menilai yang mana satu terbaik buat mereka. Contoh daripada e-mail yang diterima, pemohon daripada jurusan diploma perakaunan, mendapat CGPA 3.4 tetapi gagal ke mana-mana universiti di mana kelapan-lapan permohonan adalah berkaitan dengan Ijazah Perakaunan. Contoh kedua, pelajar daripada Diploma Elektrik yang mendapat CGPA 3.83, mendapat Band 3, kelapan-lapan permohonan beliau adalah mengenai Ijazah yang melibatkan bidang Elektrikal. Terangkan mengapa beliau tidak layak ke mana-mana? Adakah silibus tidak sama maka mereka tidak layak? Apakah benar pihak yang berkaitan dengan sesi pemilihan telah membuat rujukan ke atas subjek-subjek mereka sebelum membuat pemilihan? Apakah bidang akaun di peringkat diploma adalah tidak sama dan tidak mempunyai kaitan dengan bidang akaun di Universiti? Elektrik tidak sama dengan elektrik? Maka perlu dipanggil apa?

Ak stuju dgn mr ijan..actually ak dak dip elektrik poli n ak nk smbg dgree kt uitm 5hb 7 ni..alhamdullillah la sbb dpt smbg gak akhir nye..tapi,walaupn ak dpt smbg,ak still dissapointed dgn KPT pasal pengmblan yg dorg wat..kalo korg nk tau,ak dpt offer buat dgree mekanikal pembuatan tp bkn dgree elektrik..ak pelik gle psl dorg kc kos cmni kt ak padahal dlm pilihan ak xde lgsng kos mekanikal..mcm main bubuh je..kalo korg nk tau member ak 1 poli,cgpa 3.48 n time die apply upu die xamik muet ag pn dpt wt dgree elktrik kt UPM (1st choice die). Ko rase fair x? ak bkn nk bgge la,juz nk korg compare cgpa ak 3.88 n dpt band 3 pn xkn ak xdpt wt dgree kos yg ak nk?ak pn aktif gak..kapten rgbi poli..xckup ke kriteria utk wt dgree kos yg ak nk.. mcm sia2 je ak pulun study time poli dlu..so,ak mmg xpuas ati la dgn pengambilan pelajar yg KPT buat ni...bila ak wat aduan,die ckp" dasar KPT tdk membenarkan penukaran program dibuat.harap maklum" mcm siut je..

lagi 1,ak nk bgtau la sape2 yg ckp dip poi ni x standard...sbnrnye JPA sniri dh akui diploma poli sama dgn dip ipta yg ln..kalo korg xcaye korg msk lmnweb ni..http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp .... so,harap mane2 pihak termasuk pihak KPT skali supaya x mendiskriminasikn bdk poli la..kalo nk diskriminasi gak tutup smua poli sng cite..ak bkn pe,ak nk kgsi pngalaman ak la 3thn lpas,slps ak abis SPM..Actually ak ni bdk boarding school,spttnye pluang ak nk glory 2 mmg cerah la...tp,silap ak la blajar main2 je time skool dlu..so,ak dpt 4A,2B,4C,rmai member ak dpt result cm ak n ade lagi trok ag..ak pkir2,result ak nk dpt matrik tipis la..so,ak isi dip IPTA n Poli( Member yg senasib ngn ak pn isi IPTA gak tp dorg x isi poli)..time kuar result Ipta,prmohonan ak xbrjaya..tp,ak still nk msk IPTA gak,so ak wat rayuan...xlame kmudian result poli plak kuar,n then ak dpt offer wt dip kt poli...ak xbrape heppy sgt la sbb main trget ak nk msk IPTa, so ak tggu result rayuan IPTA..xlame kmudian reslt ryuan IPTA kuar.. ak kcewa+xpuas ati n geram time ak cek kt lman web KPTM bg rayuan IPTA..korg nk tau ape yg kuar? "Tahniah! permohonan anda berjaya" bila ak tgk butiran name ak,ic ak smue btol...tp,ipta yg die tulis kt result 2 name die POLITEKNIK skian2.. mcam siut je..padahal ak mmg tau dpt poli..so,ak pn tnye la mmber2 ak yg result lbey krg n lag truk dr ak..member2 ak kbnykn rmai yg dpt msk IPTA melalui ryuan trsebut..reslt dorg ade D pn layak gak..tnsion siut ak time 2..ak tros kol KPT,korg tau ape dorg jwb? dorg jwb,sape yg dh dpt poli,automatik xkn dpt msk IPTA..sbb poli sama dgn IPTA..ak xpuas ati btol dgn jwpn 2..kalo btol sme la..apsal time dlu dorg kuarkn permohonon IPTA n POLI lain2? kne beli ID BSN pn lain2 gak...kalo cmni wt rugi je la,beli ID kt bsn kalo dorg ckp sme..

so,dr pnglaman diatas..ak mmg hilang kepercayaan tentang krebiliti n dasar yg dibuat oleh KPT bagi pengambilan pelajar. dan berharap agar perubahan segera berlaku dlm mse akn dtg...

Edited by balak

Share this post

Link to post
Share on other sites

haha..btol2..ckp ko tu..xdinafikan...

tp cume terasa kecewa sbb di anak tirikan...

penat la gitu aku blaja 3thn...

tp aku bukanlah student dari course teknikal..so xterasa sgt..

teori?amali?course aku rasenye amali xperlu...^_^

tp bile dgr kes TS,terase plak...

uitm?hurm..byk gak bdk maen2..tp xsume la...

tgk member2 sndr pon kaki maen je kat situ..

result gempak..xleh nk kate ape..

aku bdk uitm laa...ish3..sekarang ni bukan masa nak shoot ipta mana2..

aku dh blajar 3tahun kat uitm,bukan senang weh..civil engineering

semua subjek dlm english..

course selain kejuruteraan pn dlm bahasa inggeris gak...

bg aku la,poli mungkin kena susun semula apa yg kurang..

1st,bahasa inggeris..skrg ni byk ipta guna bahasa inggeris..

2nd, naikkan peratusan pemarkahan final...40% final xcukup..

kalau uitm la,60% final..

carrymark uitm 40%...

carrymark 40% plak terbahagi kepada:

ujian-30%

assignment&quiz-10%

kalau nak kata lecturer tolong pn,pling kuat dia leh tolong assignment ja..10%

yg lain atas usaha sendiri..

ujian tu standard final la,kalau xbaca,xleh wat..

sekarang try tengok gak peratusan markah final:

UiTM-60%(carrymark 40%)

STPM-100%(xda carrymark)

matrikulasi&ipta lain-aku xpasti

so skrg ni poli carrymark 60%,so kebarangkalian lecturer nk tolng,tinggi skit laaa...

dan BI penting,kerana dasar pembelajaran kebanyakan IPTA sekarang...terutama bidang kejuruteraan..

ni pendapat aku je laa...

kawan aku dari polimas amik civil, pointer 3.3,dpt tawaran belajar kat UTM,johor

Share this post

Link to post
Share on other sites

dari pendapat aku ah .. mungkin pemilihan pelajar sekarang dah tak ikut cgpa atau pointer hpnm semua tu.. kemungkinan mcm baling dadu.. no ni dpt masuk, no ni dpt dia masuk... takde pemilihan yg betul-betul qualify utk mengikut standard dah telah ditetapkan oleh kementerian.. main-main suka-suka n pilih ... mende ni bukan je berlaku dari poli ke ipta lain ... semua tmpt .. maksud aku .. dlm politeknik ,ipta dan ipts ..

dan lagi senang, ada kabel lagi lah hidup senang.. 1.6 cgpa pun leh dpt biasiswa . tgk mcm politik pun ada...

p/s: pandangan aku ... :)

ko mcm tau je proses kerja diorang ni mcm mana. siap tuduh diorang main suka2 pilih

Berbalik kepada Politeknik dan diploma setaraf, tidak dinafikan mungkin adanya penggunaan cable di kalangan calon-calon tersebut yang sepatutnya tidak layak tetapi jumlahnya tidaklah begitu banyak. Bukan mudah dan bukan semua mempunyai akses dan hubungan dengan orang dalam. Hanya segelintir sahaja.

org dlm tu bukan setakat org dlm ipt/kementerian je, tp org dlm parti. ish takpe lah

Share this post

Link to post
Share on other sites

senang criter lepas ni jgn ada yg masuk poli kalau nak sambung belajar U

poli ni utk org yg nak kerja terus guna diploma je

dan ya mmg quota kemasukan U ipta kurang utk poli

so nak diikutkan quota, yg rendah cgpa smp/matriks pun still boleh masuk, bukannya diorang amik tempat org poli yg dapat cgpa tinggi, tapi diorang amik tempat quota diorang je

kalau nak masuk ipta saya syor masuk matriks

jgn amik stpm

kalau tak dapat masuk matrik jugak tapi still nak masuk ipta, jgn masuk poli

belajar spm balik sambil tu tunggu kalau ada second intake tahun tu

kalau still tak dapat, amik spm balik lah bagi keputusan lagi bagus supaya boleh lulus masuk matrik

toksah malu belajar dgn adik2 lebih muda kat spm tu, kena pandai2 meng'humble'kan diri buat study group dgn diorang. sama le jugak kalau yg kena mengulang matriks kalau cgpa tak cukup. rasanya macam kes yg Ijan cakap ni, boleh ke lepasan diploma mintak masuk matriks, walaupun tambah setahun lagi sekurang2nya ada le harapan lagi masuk ipta

Edited by DRS

matrix just untuk pelajar spm yg amik 1st time...studend ulang spm xleh masuk matrix..ada dlm syarat2..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...