Jump to content
Mr Ijan

Jawapan Dari Pihak Kementerian Pengajian Tinggi

Recommended Posts

Assalamualaikum, berikut adalah soalan kepada permasalahan yang sedang berlaku kepada warga Politeknik setelah sekian lama, soalan ini telah ditujukan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi melalui ruangan warkah untuk PM sebulan yang lepas :

Assalamualaikum Datuk Seri, saya merupakan bekas pelajar Politeknik terkemuka dan tertua negara iaitu Politeknik Ungku Omar. Di sini saya ingin meluahkan kekecewaan terhadap sistem yang diguna pakai pada masa kini untuk pengambilan pelajar ke peringkat IPTA.

Apa yang menyedihkan ialah graduan dari politeknik dianggap sebagai calon terakhir untuk dipilih. Contohnya, ada yang mendapat CGPA 3.50-3.80 tetapi ditolak untuk pemilihan peringkat pertama di universiti-universiti seperti UM, UKM, UTM, dan UPM. Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah pelajar-pelajar dari jurusan STPM dan Matrikulasi yang mendapat bawah CGPA 2.9 ditawarkan tempat tersebut. Kemudian, atas kerana kursus diploma telah "diswastakan" dan diberikan kepada kolej-kolej swasta dalam jumlah yang tidak terkawal dan kuantiti yang banyak, maka pengambilan pelajar-pelajar dari kolej swasta ini diutamakan tidak kira berapa jumlah CGPA yang mereka dapat. Adakah adil apabila pelajar dari Politeknik yang mendapat CGPA 3.6 ke atas disamakan dengan CGPA 2.4 dari kolej swasta? Tidakkah ini satu bentuk penindasan dan ketidakadilan yang berlaku oleh pegawai yang diberikan amanah oleh kerajaan?

Sudahlah ditolak dan perlu merayu, ramai rakan-rakan saya dihantar ke bekas kolej universiti seperti UTEM, UNIMAP dan UITTHO walaupun harapan mereka adalah untuk memasuki IPTA lain yang menjadi impian mereka selama ini. Saya telah cuba mengadukan perkara ini kepada Bahagian Pengambilan Pelajar (BKP) Kementerian Pengajian Tinggi tetapi tidak mendapat layanan dan ditolak atas kerana saya bukanlah seorang yang berstatus Dato/Tan Sri/Tun atau mempunyai pertalian dengan mana-mana pegawai tinggi negara. Malah e-mail saya juga tidak pernah dibalas oleh pegawai-pegawai ini. Alasan yang diberikan semasa membuat rayuan dahulu ialah kami perlu bekerja 3-5 tahun dahulu, sistem yang digunakan telah dibuat oleh orang atasan dan tidak boleh diubah, universiti yang membuat pengambilan, dan apa yang lebih menarik, saya telah ditegur oleh seorang pegawai BKP di mana saya tidak boleh memilih universiti-universiti yang terkenal dan hanya layak ke UTEM, UNIMAP, dan UITTHO.

Datuk Seri, bukanlah niat saya untuk mengeruhkan keadaan tetapi adalah atas kerana ia adalah tidak adil untuk mengetepikan graduan dari Politeknik yang mana kita semua tahu golongan ini telah banyak membantu membangunkan negara dan telah melahirkan tokoh-tokoh yang berjaya. Adakah salah untuk kami menyambung pelajaran di universiti impian kami? Dan hinakah kami sehingga kami disamakan dengan pelajar-pelajar jurusan lain yang lemah?

Banyak lagi luahan rasa yang ingin disampaikan di sini, tetapi cukuplah sampai di sini. Adalah menjadi harapan saya Datuk Seri meluangkan sedikit masa dan dapat memberikan saya peluang untuk meluahkan dan menunjukkan beberapa bukti yang telah saya kumpul mengenai kelemahan dan ketidakadilan yang berlaku pada masa kini agar perkara ini tidak berlaku kepada graduan Politeknik pada masa hadapan. Dan terima kasih kerana mencipta suatu ruang dan memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyampaikan harapan mereka yang selama ini tidak pernah didengari oleh pegawai-pegawai atasan atas kerana tidak mempunyai status apa-apa. Assalamualaikum.

Berikut pula adalah jawapan dari unit yang dipanggil BPKP(Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar) yang baru diterima pada hari Jumaat yang lepas .. cukup simple dan cukup menarik untuk tatapan ..

DASAR PENGAMBILAN BAGI KELAYAKAN SETARAF

Dalam Proses pengambilan Lepasan Diploma untuk Program Ijazah Pertama di IPTA, kebanyakan yang diterima masuk adalah layak untuk kemasukan ke tahun kedua program tersebut berasaskan kepada pemindahan kredit. Dengan ini pemilihan mereka dilakukan secara berasingan dengan kumpulan lepasan STPM

dan Matrikulasi. Bilangan tempat yang disediakan tidak temasuk dalam bilangan tempat pengambilan lepasan STPM/Setaraf. Lepasan Diploma dalam bidang kejuruteraan yang dipilih untuk program ijazah Pertama Kejuruteraan

berkenaan adalah contoh bagi kes ini. Mereka layak untuk pemindahan kredit dan akan terus ketahun kedua.

Bagi Lepasan Diploma yang memohon ke Program Ijazah Pertama dalam bidang yang berlainan dan tidak layak untuk pemindahan kredit, maka mereka terpaksa bersaing untuk kemasukkan ke tahun pertama. Dengan ini pemilihan mereka akan bersama calon Lepasan STPM dan Matrikulasi. Dalam kes ini Lepasan STPM dan Matrikulasi akan diberi keutamaan. Contoh untuk kes sebegini adalah Lepasan Diploma Sains yang memohon Program Ijazah Pertama Kejuruteraan. Mereka hanya layak ke tahun pertama, dan dengan ini mereka perlu bersaing dengan lepasan STPM dan Matrikulasi.

Sekian, terima kasih

~PPTM~

Persoalan yang telah dikemukakan tidak dijawab dengan tepat dan keluar daripada skop perbincangan. Begitu mudah sekali jawapan mereka yang digelar sebagai penjawat awam yang telah diberikan amanah untuk menjaga kepentingan rakyat Malaysia dari segi pendidikan dan kebajikan pelajar . Sama ada mereka tidak memahami soalan ataupun sengaja mengelak untuk menjawab keseluruhan soalan. Apakah ini jawapan yang biasa digunakan apabila berhadapan dengan ibu bapa dan juga pelajar-pelajar Politeknik ini yang telah dinafikan hak ke IPTA? Berapa lamakah perkara ini telah berlaku dan berapa ramaikah graduan Politeknik yang telah digagalkan untuk ke IPTA hanya semata-mata mereka bergelar warga Politeknik? Apa gunanya apabila mendapat keputusan cemerlang tetapi dihadkan kemasukan ke universiti-universiti teknikal? Sekiranya benar universiti yang bukan asalnya daripada bidang teknikal adalah benar-benar untuk yang terbaik dan cemerlang, mengapa pula terdapat para pelajar dari jurusan lain yang hanya mendapat CGPA 2.9 ke bawah di sana?

Sekiranya benar pelajar politeknik perlu melalui sesi persaingan dengan pelajar STPM dan Matrikulasi, mengapa pula pelajar Politeknik yang mendapat CGPA 3.3 ke atas tidak mendapat tempat manakala pelajar STPM/Matrikulasi yang mendapat bawah CGPA 3.0 diberikan tempat malah dalam pemilihan pertama? Aku tidak menghadapi masalah dengan pelajar STPM/Matrikulasi tetapi sepatutnya pemilihan dilakukan secara adil dan berdasarkan merit. Bukan sahaja pelajar Politeknik yang tertindas, malah peluang bagi pelajar-pelajar diploma swasta dari kolej yang diberikan akreditasi LAN dinafikan juga hak mereka malah adalah lebih teruk dan terus tertutup. Di mana meritokrasi yang diperkenalkan suatu ketika dulu yang dikatakan adil dan saksama dan lebih baik dari sistem kuota orang Melayu? Benarkah ia adalah adil dan bukankah atas kerana ia adalah kerjasama politik di mana Matrikulasi dipelopori orang Melayu dan STPM dikuasai orang bukan Melayu? Maka tidak ada lagi rungutan yang sering didengar kerana ia adalah dapat menyeimbangkan komposisi kaum di universiti.

Tetapi sekiranya benar perlunya persaingan yang adil, apakah CGPA 3.5 pelajar Politeknik tidak layak untuk disamakan dengan pelajar STPM/Matrikulasi yang hanya mendapat di bawah CGPA 2.8? Mengapa pelajar jurusan tersebut tetap diutamakan? Malah pelajar politeknik ini hanya layak ditimbangkan untuk pengambilan kedua. Apakah rasional di sebalik perkara ini?

Setujukah anda dengan tindakan ini? Bolehkah anda menerima sistem yang digunapakai pada masa kini?

Anda tidak berpuas hati? Mempunyai cadangan lain?

Untuk itu, adalah diharapkan kepada mana-mana warga Politeknik dan juga rakyat Malaysia yang prihatin dengan permasalahan ini sama-sama membantu aku untuk menyediakan satu jawapan balas yang lebih baik, bermakna, dan formal untuk dihantar kepada pihak Kementerian tersebut dalam masa 1-2 minggu ini kalau boleh..

Sekian, terima kasih

P/s: Aku memerlukan e-mail mana-mana pertubuhan parti politik, NGO, pertubuhan pelajar, media, atau mana-mana individu yang aktif di dalam pendidikan untuk dihantar salinan jawapan dan meminta mereka untuk menilai permasalahan ini . Kepada ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Seluruh Malaysia, diharap anda sedia maklum mengenai perkara ini, dan diharap mula bertindak membantah ketidakadilan ini. Sebarang pertanyaan dan aduan, sila kemukakan kepada [email protected] . Kerjasama anda adalah amat dialu-alukan.

"Berani kerana benar, perjuangkan hak anda"

Edited by Mr Ijan

Share this post


Link to post
Share on other sites

tak semua ipta ambik tiga2 kategori tu. dan setiap tu pun ada peratusan tempat utk diisi. contoh ipta T isi lepasan stpm 30% n matriks 50% dan diploma 20% dpd jumlah tempat. so kalau quota matriks tak penuh, diorang tak akan isi tempat tu dgn budak lepasan diploma walaupun lepasan diploma ramai calon. dan sistem merit yg digunakan tak bercampur antara semua kategori. kalau bercampur semua kategori dah jd tak adil la sbb berlainan kategori.

kawan aku sendiri ckp sistem pemarkahan kat poli lebih senang. sbb tu ramai yg score. banding diploma kat tpt lain siap ada yg kena buang sbb tak cukup pointer. kebanyakan ipta yg top2 ni letak syarat yg ketat. patut bersyukur ada lg ipta yg bekas2 kolej uni yg nak ambik student poli. kalau takde langsung mcm mana?

apa-apa hal pun, rezeki ada kat mana2

Edited by soulseex

Share this post


Link to post
Share on other sites

ye ker senang score kat Poli?Poli mana tu?

kat U pun senang gak skor . x caya ko tgk U yg amik dak luar bandar yg kurang cemerlang SPM.. wat diploma tntu skor beb...hahaha..

kalo senang skor dan ini menyebabkan dak2 Poli ni sukar bersaing masuk ke U,sesuatu patut dibuat oleh Bhg.Peng Poli dan KPTM..sebab tu kita perlukan cdg nk setel masalah ni. bkn pasal x bersyukur, walhal duit dan masa dh abis byk masa blajor...

Share this post


Link to post
Share on other sites

tak semua ipta ambik tiga2 kategori tu. dan setiap tu pun ada peratusan tempat utk diisi. contoh ipta T isi lepasan stpm 30% n matriks 50% dan diploma 20% dpd jumlah tempat. so kalau quota matriks tak penuh, diorang tak akan isi tempat tu dgn budak lepasan diploma walaupun lepasan diploma ramai calon. dan sistem merit yg digunakan tak bercampur antara semua kategori. kalau bercampur semua kategori dah jd tak adil la sbb berlainan kategori.

Berlainan kategori? Tidak adil? Siapa yang tertindas sebenarnya? Janji2 daripada Kementerian kepada pelajar Politeknik adalah mereka boleh menyambung ke peringkat lebih tinggi pada bila-bila masa.

Tempoh masa :

1) Matrikulasi (1 tahun) - (x) subjek, tidak sukar seperti STPM, kata budak2 STPM . Tamat - 19 tahun

2) STPM (2 tahun) - 4 subjek yang maha hebat susahnya . Diorang kata la. Tamat - 20 tahun

3) Politeknik :

Diploma (3 tahun) - 40 subjek ke atas (pelbagai level) . Tamat - 21 tahun

Diploma Integrasi (4 tahun+masa rehat) - 40 subjek ke atas (pelbagai level) . Tamat - 22 tahun

Diploma Integrasi Baru (4 tahun setengah+masa rehat) - 46 subjek ke atas (Pelbagai level) . Tamat - 23 tahun

Melalui pengalaman, umur, ilmu dan pengkhususan yang telah dipelajari, siapakah yang lebih layak sebenarnya? Apakah ada istilah "Abang-abang perlu beralah kepada adik2"? Kasi adik2 habis dulu, dah tu yang abang-abang ni buat apa, kena tunggu adik2 habis belajar dan bertambah tahun demi tahun? Bila pula masa nak sambung? Melalui Pendidikan Jarak Jauh? Mengapa perlu membayar lebih, menunggu masa lebih lama, dan bersusah payah untuk ke sana ke mari, apabila anda juga merupakan warga Malaysia yang layak untuk menerima kemudahan dan perkhidmatan yang sama rata sepatutnya? Apa istimewanya golongan lain? Bayar cukai lebih? Mereka golongan istimewa? Umur makin hari makin bertambah, kelayakan biasiswa makin tahun makin kurang berdasarkan umur, dan ilmu yang dipelajari makin tahun semakin berubah, pemindahan kredit menjadi masalah setelah meninggalkan sesi pembelajaran setelah 3-5 tahun malah mungkin tidak dibenarkan lagi. Maka tidak ada gunanya mempunyai diploma apabila kemasukannya adalah sama seperti pelajar jurusan lain. Adalah lebih baik untuk dihapuskan terus pembelajaran pada peringkat diploma sekiranya tidak diiktiraf ye x? Baik masuk STPM sebab tak perlu score SPM susah-susah, tak perlu bersaing dengan pelajar lain untuk ke matrikulasi/asasi/ipta/politeknik, secara automatik akan ada pemilihan ke Tingkatan 6. So, lepas jawab exam yang hanya sekali seumur hidup dan tak perlu bersusah payah cam dak diploma yang perlu menghadapi final exam sebanyak 5-6 semester, tak perlu lagi rasa risau sebab ada kuota yang banyak dan khas. Wow, kan bagus kalau orang Melayu dan Bumiputera yang merupakan majoriti di Politeknik sedar betapa mudahnya sekiranya memilih jalan ini, bolehkah pihak lain menerima keadaan ini untuk bersaing sekali lagi dalam jumlah yang begitu banyak?

Sekiranya anda merupakan pelajar yang cemerlang dan mendapat CGPA 3.5 ke atas, tempat anda kemudiannya diisi oleh pelajar dari jurusan lain yang hanya mendapat 2.78 (kisah benar) dan 2.83 (kisah benar). Apakah anda bersetuju? Terdapat juga kes seorang dari diploma kejuruteraan Mekanikal yang mendapat CGPA 3.83 gagal untuk pemilihan peringkat pertama dan juga sesi rayuan pada sesi Jun 2007/2008. Tempat beliau diisi oleh pelajar-pelajar jurusan lain yang hanya mendapat 3.3 ke bawah di mana mereka sendiri tidak tahu apakah itu asas Kejuruteraan Mekanikal langsung. Adakah ini dikatakan adil dan dinamakan persaingan? Atau ia dinamakan kepuasan politik sesetengah pihak?

Dan apa yang lebih menarik, dari temubual yang aku jalankan bersama-sama pelajar STPM dan Matrikulasi yang membuat rayuan di Kementerian dulu, mereka telah diberikan kursus yang langsung tidak diminta. Sekiranya mereka ini sendiri tidak berminat dengan kursus tersebut, apakah mereka ini layak untuk didahulukan untuk pengambilan ke IPTA?

Secara terus terang, pihak BPKP Kementerian Pengajian Tinggi sendiri telah mengakui melalui lisan bahawa mereka mengutamakan lulusan STPM/Matrikulasi atas dasar mereka ini tidak layak untuk bekerja dan sekiranya mereka terlepas kemasukan yang pertama, maka adalah sangat sukar untuk mereka menyertai kemasukan akan datang. Adakah disebabkan hanya mereka ini tidak layak untuk bekerja, maka peluang kemasukan pelajar dari jurusan Politeknik dan juga jurusan diploma swasta tertutup dan terhad?

Terdapat ratusan ribu pelajar Politeknik yang telah dilahirkan sejak tahun 1969, apakah anda fikir sistem kuota yang menghadkan kemasukan pelajar daripada jurusan politeknik adalah relevan pada masa kini dan jangan lupa kuota 20% tersebut masih lagi perlu dibahagikan kepada beberapa bahagian. Daripada jumlah 20%, hanya 1-2 orang saja pelajar Politeknik yang diambil bagi setiap kursus? Adil bagi anda? Tapi tidak bagi kami. Beribu-ribu pelajar politeknik dinafikan hak mereka setiap tahun, adakah perlu mereka berdiam diri?

kawan aku sendiri ckp sistem pemarkahan kat poli lebih senang. sbb tu ramai yg score. banding diploma kat tpt lain siap ada yg kena buang sbb tak cukup pointer. kebanyakan ipta yg top2 ni letak syarat yg ketat. patut bersyukur ada lg ipta yg bekas2 kolej uni yg nak ambik student poli. kalau takde langsung mcm mana?

apa-apa hal pun, rezeki ada kat mana2

Kawan ko yang cakap sistem pemarkahan kat poli senang.. tapi aku cakap sistem kat poli susah .. Semuanya bergantung pada lecturer gak, ada yang sangat kedekut markah dan ada juga yang tidak .. di poli tempat aku belajar, agak sukar untuk pelajar jurusan IT untuk mendapat 3.5 ke atas, average hanya mendapat 3.3 mengikut tahun aku belajar. Di fakulti di sebuah IPTA tempatan pula, ramai pula pelajar jurusan lain yang mendapat 3.8 ke atas, tetapi bila ditanya, ini jawapannya, "Pensyarah aku baik gila", "Sistem aku x siap pun tetap dapat A", "Entah, aku x jawab 2 soalan pun leh dapat markah penuh", adakah ini yang dikatakan sistem pemarkahan yang adil, disegani dan dihormati oleh sebuah IPTA tempatan? Anyway, bukan semua camtu, semuanya bergantung pada pensyarah .. apa yang aku kata, masa batch poli aku, kebanyakan pensyarah adalah kedekut markah .. so, tiada istilah senang atau tidak.

Rezeki ada di mana-mana tetapi masa, wang, peluang, harapan, dan juga umur tidak pernah menunggu dan terus berjalan. Sekiranya semua orang boleh dilayan sama rata dan diberi harapan yang tinggi, mengapa tidak bagi golongan Politeknik?

Edited by Mr Ijan

Share this post


Link to post
Share on other sites

ermm..

ape yg Mr Ijan ckap ada btoi.

bukan kita nk gaduh/fight ngan bebudak U/STPM/matrix yg dpt study ke Ijazah Pertama,

cuma kita nk "cuba btoikan/cuba ubah dasar" kemasukan ke Ijazah Pertama dr Poli.

dulu thun2 80-awal 90an, dak2 Poli sbg ke U x ader masalah cm ni,cuma bila dasar berubah yg nakkan dak2 STP/matrix mudah masuk ke Ijazah Pertama ni berbandingPoli(dak2 Poli disuruh kerja dulu 2-3 thun, lepas kerja baru sbg blajor, by the time silibus derang dh lain drp IPTA sebab setiap2-3thn skali silibus akan disemak semula oleh sume IPTA.

oleh tu, ader masalah besor kat sini utk bebudak Poli sbg Blajor:

antaranya:

1.ader + 20Poli yg mana setiap thn enrolmen derang grad (3000org tak silap aku x 20Poli)=60000org.lg byk dr sume IPTA pye grad diploma.Mana nk campak derang ni. katakan 1/3 dpd 60000org ni nk furher study=20000org..lpas tu ader plak mcm2 masalah..aper prasaan kita? budak2 lain dr IPTA lain yg x merasa "diskriminasi/kesusahan" ni x yah lar nk susah ati, derang 'istimewa' dr kita.

oleh tu,aku rasa:

1.BPP KPTM perlu cater masalah ni, tp derang ni x tumpu mengenai silibus,pengiktirafan IPTA lain utk kemasukan dak2 Poli ke IPTA derang dan mungkin kualiti pembelajaran/pengajaran (P&P) pensyarah kat Poli 'lemah'. patutnya dgn adanya Ijazah Pertama & master pendidikan(kebanyakannya) lecturer ni perlu dpt.melihat ke hadapan masalah anak2 didik mereka ni nk further study, tp derang ni'diam' jer.

2. patut Poli mesti dr dulu ader Pusat R&D utk mengkaji dasar,penawaran kursus,silibus dll utk cater apa2 permasalahan/kemungkinan student Poli baik dari peringkat kemasukan ke Poli,sedang belajar,lepas grad dan penyambungan pelajaran student ke U.arap2 lpas sistem DG ditukar ke DH pensyarah ni bleh jadi full profesional lecturer dan bukannya cikgu sekolah vokay..hahaaha

3.last skali, aku rasa KPTM wat la kursus Ijazah Pertama kt Poli secepat mungkin, tentu dak2 Poli senang nk sbg sebab derang mesti nak samakan silibus derang mcm di U utk pengiktirafan BEM/IEM,oleh tu tentu kemasukan pelajar dan silibus dari sijil/diploma di Poli derang akan upgrade, selaras utk Ijazah Pertama ni.

Share this post


Link to post
Share on other sites

kawan ko yang cakap sistem pemarkahan kat poli senang.. tapi aku cakap sistem kat poli susah .. Semuanya bergantung pada lecturer gak, ada yang sangat kedekut markah dan ada juga yang tidak .. di poli tempat aku belajar, agak sukar untuk pelajar jurusan IT untuk mendapat 3.5 ke atas, average hanya mendapat 3.3 mengikut tahun aku belajar. Di fakulti di sebuah IPTA tempatan pula, ramai pula pelajar jurusan lain yang mendapat 3.8 ke atas, tetapi bila ditanya, ini jawapannya, "Pensyarah aku baik gila", "Sistem aku x siap pun tetap dapat A", "Entah, aku x jawab 2 soalan pun leh dapat markah penuh", adakah ini yang dikatakan sistem pemarkahan yang adil, disegani dan dihormati oleh sebuah IPTA tempatan? Anyway, bukan semua camtu, semuanya bergantung pada pensyarah .. apa yang aku kata, masa batch poli aku, kebanyakan pensyarah adalah kedekut markah .. so, tiada istilah senang atau tidak.

Rezeki ada di mana-mana tetapi masa, wang, peluang, harapan, dan juga umur tidak pernah menunggu dan terus berjalan. Sekiranya semua orang boleh dilayan sama rata dan diberi harapan yang tinggi, mengapa tidak bagi golongan Politeknik?

sistem pemarkahan kat poli susah sebenarnye.. walaupun 60% carry mark dan 40% final mark, susah untuk student poli nak lulus carry mark tu.. aku pun lepasan poli tahun disember 2006.. aku sokong mr.ijan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

ok en.ijan, bole tak bgtau ko dr poli mana? grad bila? courseapa? berapa pointer? berapa kali apply degree? apply ipt mana? mintak course apa? mintak sesi jun atau december? ada buat rayuan tak? selain diploma poli, ada tak diploma tpt lain yg terima nasib yg sama?

Share this post


Link to post
Share on other sites

saya rasa tidak boleh bandingkan lulusan poli dengan matrik/stpm. pertama syarat untuk kemasukkan matrikulasi lebih ketat berbanding poli tetapi hakikatnya sijil matrikulasi tidak begitu bernilai di pasaran pekerjaan berbanding sijil dari poli. matrikulasi hanyalah sebagai persediaan untuk memasuki universiti memandangkan kebanyakkan IPTA sudah memansuhkan pengambilan pelajar daripada lulusan SPM. 3-4 tahun yang lepas, mereka yang lulusan diploma tidak digalakkan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah atas sebab kekurangan tempat di IPTA. kalau mengikut saluran ke IPTA, tidak silap saya matrikulasi adalah saluran pertama atas sebab kebanyakkan matrikulasi adalah di bawah pemerhatian IPTA tertentu. kemudian STPM dan lain-lain. dari segi masa pembelajaran dapat dilihat matrikulasi paling pendek tetapi saya rasa semua orang tahu apa syarat untuk kemasukkan ke matrikulasi. Boleh dikatakan majoriti adalah pelajar daripada SBP/MRSM. kalau mengikut zaman saya, mereka yang ditawarkan tempat ke matrikulasi sudah dikira 95% akan melanjutkan pelajaran ke IPTA. Dari segi result matrikulasi dengan poli tinggi atau tidak bukan menjadi isu. CPGA di matrikulasi hanyalah sebagai penentuan bidang pengajian yang akan dipilih oleh calon tersebut contohnya calon matrikulasi ingin memasuki bidang yang kritikal yang sentiasa mempunyai demand yang tinggi seperti doktor. maka, mereka memerlukan CPGA yang tinggi untuk bersaing dengan calon-calon matrikulasi yang lain untuk mendapat tempat yang terhad. mungkin ramai yang melihat IPTA memihak kepada calon matrikulasi kerana mereka ini telah ditapis dari SPM lagi manakala STPM merupakan peluang kedua tetapi tempoh pengajian agak lama berbanding matrikulasi. kepada calon Poli yang berjaya masuk ke IPTA patut bersyukur dan kepada mereka tidak berjaya cuba lagi. cuba renungkan kepada yang gagal di matrikulasi, mereka memasuki pasaran pekerjaan dengan hanya berbekalkan kelulusan SPM sahaja atau mencari alternatif lain dengan memasuki Poli atau IPTS. risiko yang ditanggung oleh calon matrikulasi adalah lebih tinggi berbanding calon lain. Belum lagi termasuk calon-calon A-Level yang gagal diterbangkan atas masalah-masalah teknikal. Itu pemerhatian saya sekitar tahun 1998, dan saya rasa konsep asas masih diamalkan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

ok en.ijan, bole tak bgtau ko dr poli mana? grad bila? courseapa? berapa pointer? berapa kali apply degree? apply ipt mana? mintak course apa? mintak sesi jun atau december? ada buat rayuan tak? selain diploma poli, ada tak diploma tpt lain yg terima nasib yg sama?

Soalan ko terlalu am. Maklumat yang aku perolehi adalah mewakili hampir kesemua pelajar Politeknik Ungku Omar tidak kira dalam apa bidang yang memohon pada sesi Julai tahun lepas, di mana ia bermakna terdapat 2 batch iaitu diploma integrasi dan juga diploma direct. Juga termasuk pelajar yang extended.

Maklumat yang aku ada :

1) Nama

2) IC

3) No ID

5) Jantina

6) Jabatan

7) Tarikh Tamat

8) Tarikh Tamat Peringkat Sijil

9) CGPA Semasa Sijil

10) CGPA Semasa Diploma

11) Politeknik Semasa Peringkat Sijil

12) Politeknik Semasa Peringkat Diploma

Dan juga :

1) Keputusan Permohonan Peringkat Pertama Sesi Julai 2007/2008

2) Keputusan Permohonan Rayuan Sesi Julai 2007/2008

Serta beberapa nama dan maklumat pemohon daripada Politeknik lain yang telah tamat dalam tempoh 1-4 tahun lepas, di mana mereka juga gagal beberapa kali dalam permohonan. Meskipun sedikit, tetapi sedikit sebanyak ia menunjukkan pelajar politeknik lain juga menghadapi masalah yang sama.

Dan yang paling penting beberapa bukti di mana nama pelajar STPM/Matrikulasi yang mendapat CGPA 3.0 ke bawah, tetapi diterima pada peringkat pertama yang menyebabkan berpuluh-puluh pelajar Politeknik yang layak dinafikan tempat. Sekiranya perlukan lebih banyak nama yang tidak layak, mungkin ia akan mengambil masa sedikit lagi.

Meskipun maklumat-maklumat tersebut adalah "raw" atau mentah dan belum diedit kepada satu format yang formal, aku berasakan ia adalah cukup lengkap untuk dijadikan bukti kepada pihak atasan. Serta maklumat dari sebuah politeknik sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa terdapat kepincangan serta ketidakadilan dalam pemilihan ke IPTA.

Anyway, jikalau perkara ini memerlukan jawapan dari pelajar-pelajar cemerlang yang gagal ke IPTA secara lisan agar mereka dapat membuktikan mereka telah memilih IPTA yang dikehendaki tetapi dinafikan tempat, Insyaallah akan aku usahakan lagi untuk mendapatkan terus pengesahan dari diorang.

So, ko ni dari Kementerian Pengajian Tinggi atau mana-mana institusi yang berkaitan sehinggakan perlukan bukti dan maklumat ni? Dari unit mana? Perlukan maklumat lanjut ... TQ

Edited by Mr Ijan

Share this post


Link to post
Share on other sites

So, ko ni dari Kementerian Pengajian Tinggi atau mana-mana institusi yang berkaitan sehinggakan perlukan bukti dan maklumat ni? Dari unit mana? Perlukan maklumat lanjut ... TQ
tak lah. cuma ada pengalaman lebih kurang je. dulu pernah bertanya kat satu ipt tu, dia kata tpt dia cuma ambik student lepasan diploma dr student diorang sendiri, student ipt lain diorang tak ambik.

Share this post


Link to post
Share on other sites

tak lah. cuma ada pengalaman lebih kurang je. dulu pernah bertanya kat satu ipt tu, dia kata tpt dia cuma ambik student lepasan diploma dr student diorang sendiri, student ipt lain diorang tak ambik.

Erk ..baru ingat ada harapan mana2 insan dari Kementerian sendiri yang nak kaji benda ni berdasarkan bukti2 yang ada .. isk isk ..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Erk ..baru ingat ada harapan mana2 insan dari Kementerian sendiri yang nak kaji benda ni berdasarkan bukti2 yang ada .. isk isk ..

tak try guna media ke, press ke? smlm tgk hak anda ntv7. rasa bole gunakan utk naikkan isu ni

Share this post


Link to post
Share on other sites

apa kesudahannya ni..???

menarik gak topik ni,,

Share this post


Link to post
Share on other sites

tak try guna media ke, press ke? smlm tgk hak anda ntv7. rasa bole gunakan utk naikkan isu ni

Menggunakan media memerlukan penampilan diri. Kalau tak, susah diorang nak layan. Dulu aku pernah tawarkan untuk terangkan permasalahan ni kat beberapa media, tapi payah sebab diorang tak gemar sesi penyamaran atau merahsiakan identiti nih. Kalau letak gambar belakang pun, last2 mesti ada yang perasan gak. So, buat masa ni tak boleh lagi sebab terikat dengan AUKU (Akta Universiti) yang sangat bahaya. Bahaya woo .. tak kan sebab nak tolong orang lain aku plak kena ..

Jadi, benda2 yang melibatkan benda besar ni biarlah bagi kat orang-orang macam pelajar Politeknik yang rasa tertindas dan teraniaya yang tak masuk ke IPTA lagi. Aku cuma boleh bantu melalui belakang tabir je, bab jawab menjawab, tunjukkan bukti, dan bab surat-menyurat tu boleh lagi la bantu. Tapi kalau nak buat semua, wah .. macam aku plak yang nak masuk IPTA ni. Letih gak bergerak sorang diri dalam setahun setengah nih .. :blush:

Itupun kalau diorang sedar ... kalau diorang tetap dengan pendirian, "redha je", "terima seadanya", "takde rezeki" ataupun ada hikmah di sebalik tu.. nak buat cam mana, sampai bila2 pun tak kan berubah benda ni .. lantak diorang la sampai ke anak cucu terima nasib camtu .. :)

Anyway, sekurang-kurangnya kerja aku dah hampir selesai, walaupun bukan semua budak Poli dapat dimaklumkan mengenai masalah nih, dapat maklumkan kat beberapa orang pun dah cukup. Biar diorang tahu yang terdapat pelbagai masalah menjadi pelajar poli nih, so, mungkin diorang ni akan mengambil jalan alternatif lain untuk membantu diri masing-masing. Dan bagi bakal-bakal pelajar Poli, ibu-bapa, saudara mara dan mana-mana pihak yang membaca kisah nih bolehlah memilih sama ada ingin meneruskan hasrat atau mencari alternatif lain. Peluang ada di mana-mana sekarang nih ..

Tidak salah menjadi pelajar Politeknik, malah anda boleh berbangga dengan status tersebut, tetapi adakah anda sanggup menghadapi rintangan dan dugaan di masa hadapan di mana anda sedia tahu, ia di bawah suatu sistem yang dikuasai oleh beberapa pihak berkepentingan dan dipolitikkan? Fikir-fikirkan lah .. :lol:

apa kesudahannya ni..???

menarik gak topik ni,,

Masih lagi berjalan, sedang mengumpulkan maklumat-maklumat untuk dijadikan jawapan balas kepada pihak kementerian. Kalau satu soalan diorang ambil masa lebih dari sebulan nak jawab, apa salahnya menghantar jawapan balas kepada diorang dalam tempoh yang lama gak. Follow the leader ... contoh yang baik untuk rakyat.. :lol: .

P/s: Siapakah wakil rakyat Pakatan Rakyat yang suka jaga bahagian pendidikan di Parlimen? Ada tak? Siapakah yang paling sesuai rasanya? Macam2 suggestion aku dapat nih ..

Edited by Mr Ijan

Share this post


Link to post
Share on other sites
:( kalo gini lah gayenye...x sapelah nak masuk politeknik lepas ni.........aku sendiri x lame lagi nak antar borang tawaran poli kat POLIMAS.... confuse la pulak...nak antar ke x nak nie?????? :blink:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Dari pemerhatian.. Pembelajaran di matrikulasi,stpm dan politeknik mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri. Sesetengahnya susah pada permulaan dan senang di akhirnya... Sesetengah lagi senang pada permulaan dan susah di akhirnya.. Ini semua adalah nasib dan masing2 mempunyai risiko, tidak kisah pada awal dan akhir

Share this post


Link to post
Share on other sites

salam..

aku nak mintak maaf awal la kalau ad yang terasa hati..

aku grad dari [email protected] yg korg sebut..

bukan nak berlagak mahupun pe..

aku amek dip kej mech wif edu..

jadi aku prktikal mengajar kat poli..

aku praktikal kat poli PD..

bukan aku nak merendah2kan status poli ataupun menjatuhkan semagat belajar student [email protected] nak masuk kat poli..

masa aku praktikal 2 aku bt gak soalan untuk bdk2 poli..

sblm prktikal aku br je habis seat final sem..

jadi aku bt soalan ikut silibust yg diberi..ni solan final poli tau..

apabila soalan aku siap,soalan aku ditapis oleh penyelia aku..

korang bayangkan dari 6 soalan,xd satu pn soalan aku diterima atas alasan soalan susah sangat..bukan standet student poli jawab soalan mcm 2..

jadi aku pn draf balik soalan 2,dari 6 soalan,yang diterima 4 soalan,alhamdulillah..

aku rasa soalan aku pada draf pertama 2 da sng sgt bagi seorang pelajar dip di mana2 ipt..

xkan poli xleh jawab..ape korg bljar slama ni??

xkan aku nak bagi soalan pembezaan sama ngan bdk2 spm pnya addmath??

bg aku la..

soalan draf kedua aku 2 kalo org xstudy pn leh jwb la..

bukan menghina..tapi kenyataan..

kalo korg dari ipt, kalo xdtg masa ad kuiz,kira kuiz 2 burn kan..xleh jwb lagi..

tapi ape yg aku kena buat ialah coll satu2 student aku yg belum amek kuiz untuk jawab soalan yg sama sambil bukak buku..

2 standet korg ke??

mgkn TS pnya poli xmcm 2..

masa korg pnya final projek,ptt korg bt sesuatu yg baru memalui inverse engi..tp ape yg bdk2 bt ialah reverse engi gak..tapi makin undur..bukan makin bagus..

mbe aku ramai dari poli..ms kt poli mmg kencang gila..3.5 keatas la..

tapi kenapa masuk dip je 2.5 pn ad yg semput..

aku pn bkan hebat sgt..ckp2 makan je..

bukan aku sorg rasa mcm ni..suma class mate aku yg praktikal pn rasa mcm 2..

poli ni dididik secara makan suap..xsuap xnak makan..

xpgil,xdtg class..mcm 2 ke attitude student??

mlm2 leh plak kuar merempit sambil bawak cik*ro2..

jangan salahkan org lain kalau xdpt sambung,tapi cb tgk blk diri anda..aku xckp aku bgus..aku pn pnh kena gantung sekolah..<<xsmpt kena buang aku da blah la>>hahaha

tapi aku respek satu la..datang class masing2 smart..hahaha..walaupun sbb tkut..tp atleast ok la..

aku cakap ni akut pengalaman..korg da bsar,pandai2 pkr la..

xsemua mcm 2,ad yg bgus,tapi igt,kerana nila setitik,rosak susu sebelanga..

aku nak mtk mf skali lg kalo ad terkasar bahasa dan yg terasa 2 phm2 la kn..

wslam..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Yabenar pandangan tErAzZaTaLe tu. Kalau anda ditempatkan IPTA/S adakah anda akan kekal selamanya disitu sehingga habis pengajian? Mereka memilih dan menempatkan anda berdasarkan kemampuan anda kerana tidak semua institusi pengajian mempunyai gred taraf pengajian yang sama.

Share this post


Link to post
Share on other sites

salam..

tErAzZaTaLe,bukan sume poli bersuap... korg xtaw gak bertapa susahnye kitorg kat poli ni..mmgla budak2 IPTA lebeh fokuskan teori..exam,ade study week n bace buku je...tp kitorg ni praktikal pon ade...lgpon igt lecturer2 kitorg ni suap2 pelajar ke?kalo lecturer yg buat camtu,die xamanah untuk didik pelajar die..stakat ni xda lecturer aku camtu...aku pon xpandai mane..nk dpt dekan tu,ade la 1-2x je..jgn igt student poli senang dpt dekan...xsusah mane pon...kalo btol la IPTA susah,aku xigt sape ckp kat posting ats td,amik bdk2 yg lemah SPM then result gempak2 kat uitm...psl ni aku mmg ade member yg terjadi camtu...jika dibandingkn result spm die ngan aku,aku lebih baek..tp bile kitorg try bezakan pointer,die jauh lebih baik..jwpn die,-> baek ngan lecturer je..sure ok..so,skrg ni bkn poli xbgus,lecturer main peranan..jgn ckp lepasan poli xbgus,makan suap n lepasan IPTA lah yg btol2 blajar..[aku pon budak lepasan POLI]

salam...

Share this post


Link to post
Share on other sites

salam..

tErAzZaTaLe,bukan sume poli bersuap... korg xtaw gak bertapa susahnye kitorg kat poli ni..mmgla budak2 IPTA lebeh fokuskan teori..exam,ade study week n bace buku je...tp kitorg ni praktikal pon ade...lgpon igt lecturer2 kitorg ni suap2 pelajar ke?kalo lecturer yg buat camtu,die xamanah untuk didik pelajar die..stakat ni xda lecturer aku camtu...aku pon xpandai mane..nk dpt dekan tu,ade la 1-2x je..jgn igt student poli senang dpt dekan...xsusah mane pon...kalo btol la IPTA susah,aku xigt sape ckp kat posting ats td,amik bdk2 yg lemah SPM then result gempak2 kat uitm...psl ni aku mmg ade member yg terjadi camtu...jika dibandingkn result spm die ngan aku,aku lebih baek..tp bile kitorg try bezakan pointer,die jauh lebih baik..jwpn die,-> baek ngan lecturer je..sure ok..so,skrg ni bkn poli xbgus,lecturer main peranan..jgn ckp lepasan poli xbgus,makan suap n lepasan IPTA lah yg btol2 blajar..[aku pon budak lepasan POLI]

salam...

aku xckp suma poli mcm 2..

tp kebanyakan mcm 2..

2 ape yg aku dpt dari pengalaman aku dan mbe2 aku..

bukan aku suka reka2 crita biar nampak best<<ad ke org mcm ni??hahaha

trus trg aku ckp cara pnp(pengajaran dan pembelajaran) kat poli ngan ipta(poli pn ipta gak pe) berbeza..

mmg poli lebih menekankan aspek amali berbanding teori..

2 perbezaan yg paling ketara..

apabila xpoli masuk ipt, corak pnp akan berubah,jadi kt sini akan berlaku culture shock..

kebanyakan yang masuk ipt ni result spm ok la..<<aku pn xhebat sgt..2a je..yg lain suma b..

jadi culture shock yang berlaku diminimumkan oleh gaya pnp kat u..

sbb 2 bila xpoli masuk,mereka kebanyakan(bukan semua) akan terkejut ngan gaya ipt..

bila terikut2 ngan gaya pnp dipoli..2 yg jadinya lambakan mahasisiwa yang tidak dapat bekerja..

ini kerana apabila terikutkan kuantiti lebih dari kualiti..

aku bkn kata xpoli xd kualiti..xpoli kalo kerja dlm bdg kemahiran kebanyakannya lebih xpert dari ipt..

ipt lebih kepada teori..

kalau semua nak kejar kepada teori,siapa nak kerja sebagai pekrja mahir dan separuh mahir??

bdk2 lpas spm??stpm??dip ipta??

boleh ke??

xpoli lah yg mempunyai kemahiran tersebut kerana mereka dididik untu menjadi pekerja mahir dan separuh mahir..

bukan ahli fikir teori yang memeningkan kepala..

fikir2 kan lah..

sebab 2 org kata kptsan spm ni penentu hidup..

kalo lingkup,lingkuplah future korg..

kalo best,best la future korg..

**uitm aku no komen la..xpnh hadapi lg..tp doa2kan la aku jadi lec kt uitm plak..br leh smbung komen..hahaha

Share this post


Link to post
Share on other sites

haha..btol2..ckp ko tu..xdinafikan...

tp cume terasa kecewa sbb di anak tirikan...

penat la gitu aku blaja 3thn...

tp aku bukanlah student dari course teknikal..so xterasa sgt..

teori?amali?course aku rasenye amali xperlu...^_^

tp bile dgr kes TS,terase plak...

uitm?hurm..byk gak bdk maen2..tp xsume la...

tgk member2 sndr pon kaki maen je kat situ..

result gempak..xleh nk kate ape..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...