Jump to content
Tuan Mazwan Misbah

Perangkap Cinta

Recommended Posts

berdasarkan pembacaan saye..kes ni mmg benar..hazwan ditangkap kerana membunuh tunangnya tu..tapi x de kena mengena ngan lagu ni..lagu ni di cipta oleh ayie..tunang dia tu seorang pensyarah ukm ke ape tah..da lpa da citer dia..umo dia 3 taun lebih tua dari hazwan tu..tapi lagu ni mmg dicipta oleh ayie & langsung x de kena mengena ngan citer tu..

tapi citer pembunuhan tu mmg ade ..siap kuar kat harian metro lagi..saye penah terbaca sekali..tu jer yg saye tau

Share this post


Link to post
Share on other sites

yang video klip geng2 jantan hempap kepala perempuan dengan bata jongkong putih tu ada kaitan tak dengan cerita ini?

sian aku tengok kat pompuan tu. meninggal dalam keadaan yang penuh kesian. uhhh.. takleh nak tengok banyak kali. cukup je sekali.

kesian sangat. :(

Share this post


Link to post
Share on other sites

kawan ak crite pon ak da naik ngeri da.... tu la... xpasti la.... mcm ye....

tp xkan la... sbb die da syg gal tu gile2 kan....

kalo bunuh je maybe logik tp kalo da smpai bab hentak pale dgn batu mmg x masuk dek akal

Share this post


Link to post
Share on other sites

ntahnya....smpi hentak2 batu...guna la akal...yang laki tu jgn ingat "laki", dh cukup kuat..."ada lg yg lebih kuat dari kita"...plak tu Allah ciptakan tangan kaki bkn utk wat keja2 tu suma...pukul la...klu ya pn pompuan (x kira la sapa2 pn) tu wat slh...sebesar mn pn slh dia, kita x berhak nak menghukum...bukan kuasa kita...

(dh lari tajuk ka ni??? huhuhuu)

Share this post


Link to post
Share on other sites

ak stuju dgn ko... bkan hak kite utk judge org....

kite pon x la perfect sgt utk tentukan hidup org len....

haha... ak lg la lari topik...

Share this post


Link to post
Share on other sites

berdasarkan pembacaan saye..kes ni mmg benar..hazwan ditangkap kerana membunuh tunangnya tu..tapi x de kena mengena ngan lagu ni..lagu ni di cipta oleh ayie..tunang dia tu seorang pensyarah ukm ke ape tah..da lpa da citer dia..umo dia 3 taun lebih tua dari hazwan tu..tapi lagu ni mmg dicipta oleh ayie & langsung x de kena mengena ngan citer tu..

tapi citer pembunuhan tu mmg ade ..siap kuar kat harian metro lagi..saye penah terbaca sekali..tu jer yg saye tau

yang pompuan kena hempap batu tu bkn org malaysia,org iraq nak tau lebih lanjut klik kt link bawah

http://edition.cnn.com/2007/WORLD/meast/05...ling/index.html

yang kononnya kata yg si hazwan tu berita yg ni ke?

http://s3.invisionfree.com/lombong/ar/t814.htm

Edited by advan69

Share this post


Link to post
Share on other sites

View Full Version: Cinta tidak berbalas punca Norzi Ayu dibunuh

Lombong > Sembang Kosong > Cinta tidak berbalas punca Norzi Ayu dibunuh

Title: Cinta tidak berbalas punca Norzi Ayu dibunuh

Description: Utusan Malaysia, JUly 29th, 2004

loonie_boy - July 29, 2004 03:42 AM (GMT)

KLANG 28 Julai - Suspek dalam kes pembunuhan Pegawai Penyelidik di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Norzi Ayu Md. Noor, dipercayai bertindak membunuh mangsa kerana cintanya tidak berbalas.

Adik mangsa, Noorziana Md. Noor berkata, tidak wujud cinta tiga segi dalam kes ini, cuma cinta suspek tidak berbalas dan cemburu.

Kata beliau, kakaknya menganggap suspek sebagai kawan sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Katanya, bapa mereka, Md. Noor Dahari juga mengetahui masalah Norzi Ayu dengan suspek.

``Ayah sering menasihatkan kakak supaya berhati-hati, malah ayah sering menziarahi kakaknya di Bandar Baru Bangi bagi memastikan keselamatannya,'' katanya.

Tambahnya, suspek itu juga dipercayai terlalu marah dan kecewa melihatkan kakaknya membawa bakal tunangnya selama tiga hari berturut-turut ke satu pertandingan silat yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak Jumaat lalu.

``Kakak menjadi juri dalam pertandingan itu dan dia tidak menyangka tindakannya membawa teman lelakinya itu mengundang rasa marah suspek kerana suspek pada masa itu sudah tidak ada sebarang hubungan lagi dengan kakak,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Maznah di sini hari ini.

Semalam, Norzi Ayu, 27, mati setelah ditikam pada perut dipercayai oleh bekas teman lelakinya selepas diikat dengan tali pinggang baju silat di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Bangi dekat sini.

Sebelum ditikam dalam kejadian pukul 3 petang kelmarin, Norzi Ayu yang berasal dari Klang dikatakan bertengkar dengan suspek berkenaan di Pangsapuri Seri Tanjung, Taman Seri Tanjung, Bandar Baru Bangi.

Akibat kejadian itu, mangsa telah dimasukkan ke Hospital Kajang tetapi meninggal dunia kira-kira pukul 8.15 malam kelmarin.

Berikutan itu, suspek yang berusia 23 tahun dan merupakan bekas penuntut UKM dalam jurusan ekonomi di tahan di Hospital Kajang pada malam kelmarin apabila dia dibawa oleh abangnya untuk melawat mangsa.

Noorziana yang sering berkongsi masalah dengan kakaknya itu berkata, pada hujung bulan lepas, kakaknya telah diminta oleh suspek membuat keputusan sama ada memilihnya atau orang lain.

``Kakak berkata dia memilih orang lain (bakal tunangnya).

``Kakak saya juga ada bertanya perkara itu kepada saya dan saya kata, kakak harus mengikut kata hati.

``Kakak akhirnya memilih untuk memutuskan hubungan dengan suspek kerana berpendapat tiada keserasian antara mereka,'' katanya.

Noorziana juga terkilan kerana kakaknya itu tidak pulang ke rumah pada hujung minggu lalu seperti biasa kerana demam.

``Kakak kata badannya terasa lemah serta letih selepas mengendalikan pertandingan silat berkenaan,'' katanya.

Malah, katanya, Norzi Ayu turut merancang mengambil cuti kecemasan pada hari kejadian untuk berehat dan kembali ke rumah keluarganya di sini pada sebelah petang.

``Jika kakak sihat, dia bukan sahaja akan pulang ke sini (rumah keluarganya) dan terlepas dari kejadian itu tetapi juga mungkin dapat melawan suspek kerana Norzi Ayu sudah mencapai tahap jurulatih dalam Seni Silat Gayung yang disertainya itu,'' jelasnya.

Mengenai suspek, Noorziana berkata, seluruh ahli keluarganya mengenali lelaki itu kerana dia telah beberapa kali datang ke rumah mereka.

Malah katanya, keluarga suspek dari Kelantan juga pernah datang berhari raya di rumah mereka.

``Arwah kakak memang agak rapat dengan suspek kerana sama-sama menyertai silat gayung,'' katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Puziah Hassan, 52, masih sebak dengan kehilangan anak sulungnya itu kerana mangsa merupakan anak yang ceria, baik hati, suka menolong orang, sangat rapat dengan ahli keluarganya serta menjadi contoh kepada adik-adiknya.

Katanya, kali terakhir dia bertemu dengan anaknya itu ialah pada 18 Julai lalu semasa Norzi Ayu bersiap untuk ke Melaka bagi membentangkan kertas kerjanya untuk melengkapkan keperluan ijazah sarjananya.

``Dia anak tidak bercakap banyak, rapat dengan adik-adiknya dan sentiasa berterus terang apabila menghadapi masalah.

``Kami semua sayangnya dan kami reda dengan pemergiannya,'' katanya dengan nada perlahan menahan sebak

p/s: banyak udang, banyak garam, so berhati2 ketika berkawan... :) takziah kepada keluarga arwah

Ieza - July 30, 2004 03:31 AM (GMT)

takziah juga.. :(

Hosted for free by InvisionFree

yang ni la yg saye bace..tapi x tau la tol ke x..tapi saye rasa x de la bersangkut paut ngan pompuan yg kna hentak kpala tu..ksian gak tgk..ape la dowg..x de perasaan

tapi yg saye tgk tu..pompuan tu kna tendang ngan kaki laki2 tu..nampak cam melayu jer..x tau la

Share this post


Link to post
Share on other sites

nampak je melayu,tp bukan la...aku mula2 tgk aku bajet org thailand ngan indon je...sbb aku penah tgk dlm vcd ceramah,org indon tetak org kat kepala dpn polis lagi,polis tgk saje je...xkn la negara malaysia mcm tu org nye...xkn org ramai nk tgk je org wat cm tu kt pompuan...

Share this post


Link to post
Share on other sites

sebenar-benarnya

Baca kisah dr empunya lagu asal

ATTENTION ALL:

Saya Ayie nk bobal bahasa melayu pulak memandangkan ade lagi org yg TAK PAHAM BAHASA ENGLISH.Sebelum saya mulakan,cerita tentang wujudnya video Hazwan membunuh tunangnya itu sebenarnya adalah TIPU.. Pls search for "HONOR KILLING - IRAQI GIRL STONED TO DEATH".. itu bukan video sebenar pembunuhan yg dikatekan dilakukan oleh Hazwan.. Tolong hentikan cerita yg MENGARUT ni k.Tajuk sebenar lagu ni adalah "PERANGKAP CINTA". Bukan CINTA TIGA SEGI ataupun PERMINTAAN TERAKHIR. Saya adalah pencipta sebenar lagu ni yg SAYA cipta sendiri pada tahun 1998 dan hakcipta lagu ni dibawah nama saya sendiri pada 20th March 1999. Bukan tujuan saya nakkan nama disini tapi memandangkan lagu ni BARU DISEBARKAN DI MALAYSIA selepas hampir 5thn popular di singapore,saya terpaksalah membuat penerangan sekali lagi disini bahawa memang saya AYIE yg mencipta lagu ni. Dan memandangkan saya mempunyai HAKCIPTA YG SAH di COMPASS SINGAPORE,saya boleh dgn suke hati mak bapak saya SUE sesiapa saja yg mengeluarkan lagu ni TANPA IZIN dari saya.Tapi oleh kerana ianya adalah silap saya sendiri yg menyebarkan lagu ni kepada kawan2 yg saya percayai,dan ianya tersebar luas hingga mcm2 cerita yg timbul,saya tk dapat buat apa2. Lagi satu,cerita tentang BANDUAN yg mati DIGANTUNG di malaysia yg dikatakan mencipta lagu ni adalah TIDAK BENAR. Saya juga TIDAK MENGENALINYA. Kalau betul dia yg mencipta lagu ni SILA DAPATKAN KELUARGA ARWAH untuk menghubungi saya secepat mungkin supaya nama baik arwah dan juga nama saya dapat dibersihkan. Saya juga mahukan BUKTI KUKUH dari keluarga arwah. Lagu ni juga BUKAN DARI KUMPULAN STRATEGY. Rakaman versi rock lagu ni ialah dari kawan baik saya yg merakamkan lagu itu mengunakan PC dirumah. Kepada pihak2 tertentu yg SENGAJA mengeluarkan cerita yg TIDAK BENAR atau dlm ertikata lain MEMFITNAH,satu saja yg boleh saya katakan- Kamu semua lebih teruk dari 'arwah' yg dikatakan membunuh sebab DOSA MEMFITNAH TU LEBIH BESAR DARI MEMBUNUH.. Dan kalau tak tahu cerita sebenar,baik DIAM saje ok. Saya tak marah tau,ni pun saya type dgn penuh sopan santun (",)..Saya pun tak perlu nak perasan sendiri sebab memang lagu ni saya yg cipta. Yg dikatakan suara banduan yg nyanyikan dari penjara tu adalah suara saya sendiri yg dirakam dirumah. Saya tak takut kalau ada org yg nak cakap saya menipu sebab bukti ditangan saya dan kawan2 saya semua tahu tentang kesahihan lagu ni dari saya sendiri.Akhir sekali,saya ingin meminta maaf kepada semua jika ada pihak yg tidak puashati tentang kesahihan lagu PERANGKAP CINTA. Yg benar akan tetap benar,tapi yg SALAH selama-lamanya TIDAK AKAN MENJADI BENAR. Sekarang semua dah FAHAM?? Kalau tk FAHAM2 jugak,sila hubungi saya secara peribadi. Buat masa sekarang saya harap anda semua terhibur dgn lagu PERANGKAP CINTA ini dari saya,Ayie dan kawan saya Berd..

Terima kasih...

Regards,

AYIE.

E-Mail: [email protected]

Edited by Tun loy_azloy

Share this post


Link to post
Share on other sites

music??hiburan??

salah satu cara2 memusnahkan umat islam dgn perlahan2..

berhati2lah..

sbb skang mak bapak bkn main sokong anak2 menyanyi mendedahkan aurat d khalayak ramai..

suara, tubuh termasuk dlm kategori aurat bg kaum wanita..

petanda akhir zaman..

Share this post


Link to post
Share on other sites

music??hiburan??

salah satu cara2 memusnahkan umat islam dgn perlahan2..

berhati2lah..

sbb skang mak bapak bkn main sokong anak2 menyanyi mendedahkan aurat d khalayak ramai..

suara, tubuh termasuk dlm kategori aurat bg kaum wanita..

petanda akhir zaman..

hish ko ni,topik ni bincang pasal lagu,mmglah apa yg ko kata tu ada benarnya tapi ko dah lari topik ni... <_<

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...