Jump to content
Sign in to follow this  
Shanai

Bab 1: Menjadi Ahli Yang Baik Dan Bertanggungjawab

Recommended Posts

Assalamualaikum,

Ke hadapan ahli-ahli (lama & baru) PUTERA.com yang dikasihi,

Demi kesejahteraan kita bersama dan demi keberkatan ilmu yang diberi dan dicari, maka saya berharap setiap ahli mengamalkan komunikasi yang beradab dan membina.

1. Jangan Flaming.

Jangan lawan api dengan api, tetapi lawanlah api dengan air (atau tepung CO2).

Kebodohan perlu diatasi dengan kebijaksanaan.

Hutang emas boleh dibayar dengan emas, tapi hutang darah tak perlu dibayar dengan darah, kerana ia akan menyemai rasa dendam yang berpanjangan dan diwarisi turun-temurun.

2. Rasional

Jadilah seorang yang rasional. Kritiklah dengan membina, tetapi jangan perlekehkan kawan yang ikhlas.

Jika dikritik, berhujahlah dengan matang. Berani kerana benar, insaf jika tersilap.

Jangan sombong dengan ilmu yang ada.

Berdiam diri itu sesungguhnya jauh lebih baik daripada berkata-kata yang boleh menyinggung orang lain.

3. Muafakat

Orang memberi kita merasa, kita mencaci orang merana.

Bantulah mereka yang memerlukan dan tunjukkan jalan yang betul kepada mereka yang sesat.

Renungkanlah. Semoga menjadi pedoman kepada kita semua.

Wassalam.

- Shanai

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...