Jump to content
Datuk_Seri

Braces/meluruskan Gigi

Recommended Posts

Assalamualaikum...

ada sesapa yang mempunyai pengalaman meluruskan gigi or braces.. bleh bgtau tak kat mana buat n berapa kosnya (lagi minima lagi bagus, bak kata orang biar value for money)? insyaAllah nak buatkan untuk seseorang dlm masa terdekat ni.. harap Puteranian membantu... Jasamu dikenang...

Wassalam...

Share this post

Link to post
Share on other sites

datuk seri...

kalo ko dpt info psal braces ni, ko share2 la ngan aku skali yer....

aku pun de org mntak tlong ni....

setakat ni yg aku tau la, kos buat braces depends on problem gg la...

slalu nye dlm rm3k gak....

ade gak aku survey2, so far yg aku tau kt pj old town ade 1...

org kate murah kt situ... tp dentist die bkan org kite la....

nnti ape2 info share ngan aku yer....

peace

mak aih mahalnye....klu klinik kerajaan ada ke?

Share this post

Link to post
Share on other sites

Klinik kerajaan kalau tak silap hanya untuk budak sekolah atau mangsa kemalangan <yg menyebabkan cacat pada gigi>. Yang lain-lain kena pegi swasta, aku pernah tanya, kos dalam 2-3 ribu la. Lepas tu ada recurrent visit, untuk ejas balik braces tu, setiap kali visit ada charges juga tapi tak tau la berapa.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum...

Kinik kerajaan tak buat orang berumur 18tahun keatas.. tu yg poblemnya... aah, ada info aku akan bgtau korang sumer.. tp masalahnya aku sendiri pun tak dpt info sesapa lagi dari bebudak putera.. eheheheh..

Wassalam...

Share this post

Link to post
Share on other sites

brace nih utk owg kayo jo ...ada duit lebih2 bley la ...

hehehehhe.... bkan utk org kaya la, bnde ni bleh byar ansur2....

lg pun, bkan nk buat bnde ni suke2.... braces ni nk btul kan kdudukan gigi....

susah btul nk explain gune ayat.... cube byg kan gigi atas ko dh lurus kedepan... gigi bwh pun mcm tu gak...

tk ke dh mcm paruh itik tu...

heheheh...

bnde2 mcm ni la nk kene repair....

peace

Share this post

Link to post
Share on other sites

hehehehhe.... bkan utk org kaya la, bnde ni bleh byar ansur2....

lg pun, bkan nk buat bnde ni suke2.... braces ni nk btul kan kdudukan gigi....

susah btul nk explain gune ayat.... cube byg kan gigi atas ko dh lurus kedepan... gigi bwh pun mcm tu gak...

tk ke dh mcm paruh itik tu...

heheheh...

bnde2 mcm ni la nk kene repair....

peace

bersyukur ape yg ade tak yah repair2....

Share this post

Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum...

sebelum nak buatkan braces ni, sudah tentu aku tau apa hukum hakamnya... baca kat sini yer...

Islam melarang manusia mengubah ciptaan Allah pada dirinya yang telah sempurna tanpa ada suatu keperluan atau darurat. Perbuatan ini akan mengundang laknat dari Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut oleh hadis;

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الواشمة والموشمة، والواشرة والمستوشرة

“Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang membuat tatu dan meminta dibuat tatu, perempuan yang menipiskan gigi dan yang meminta dinipiskan giginya”. (Riwayat Ibnu Jarir dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Namun jika ada keperluan seperti untuk membaiki kecacatan pada diri sama ada semulajadi atau kerana sebab-sebab mendatang seperti kemalangan,

terbakar dan sebagainya, diharuskan kita melakukan pembedahan atau sebarang tindakan lain pada badan untuk membaiki kecacatan tersebut. Di dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan; “Jika pada diri seorang insan itu terdapat kecacatan yang boleh menyakitinya sama ada dirasai secara fizikal atau secara mental (iaitu menimbulkan rasa rendah diri) setiap kali berada di dalam majlis atau singgah di satu tempat, diharuskan ia membaiki kecacatan tersebut selama niatnya ialah untuk menghilangkan kepayahan yang dihadapinya. Allah tidak menjadikan di dalam agama ini sebarang kepayahan ke atas kita”. Keharusan ini disokong oleh hadis yang mengaitkan laknat Allah ke atas perbuatan mengubah gigi tadi dengan tujuan semata-mata untuk menambah kecantikan dan mengubah ciptaan Allah (bukan kerana keperluan atau darurat), iaitu sabda Nabi s.a.w.;

لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ

“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).

Jelaslah bahawa memakai braces (pendakap gigi) tidak termasuk di dalam perbuatan mengubah gigi yang dilaknat Allah dan RasulNya di dalam hadis di atas kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah dengan sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi. Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatang kesakitan pada fizikal, tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain, menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.

Wallahu a’lam.

Dari jakim http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new...96?OpenDocument

sama2 renungkan...

Wassalam...

Edited by Datuk_Seri

Share this post

Link to post
Share on other sites

Ni bende alah apa ni?? Yang pakai gigi besi tu ke? Mcm betty tu ke di katakan braces?

Dlm universiti kerajaan? IPTA? Mungkin murah kot? Dlm klinik utm aku, tgk mcm ada wat je, sedangkan budak2 u mana ada 18thn ke bawah?

Edited by Superior

Share this post

Link to post
Share on other sites

alaa.. yg mcm misha omar pakai tu.. besi letak kat gigi tu.. utk yg jongang, bleh la pakai benda ni.

*aku geli tgk org pakai benda ni.. tak lalu aku...nmpk cam kotor je, errkk...* :huh:

Share this post

Link to post
Share on other sites

tak baik kata orang jongang

tak la.. aku x kata sape2 pun, skrg ni aku tgk remaja jdkan trend pakai braces nih.. padahal takde masalah gigi pun.. cantik je gigi tu. kalu yg ada masalah cam jong**g digalakkan lah utk pakai.. evil, gigi ko dah cantik.. takyah pakai..

Share this post

Link to post
Share on other sites

saya baru jer pakai braces. Dah 8 hari. saya wat kat private hospital kat penang adventist hospital. kosnyer semua skali termasuk dengan extraction rm3640. Skrg, rasa dah ok sket.. Dah tak sakit sgt dah, cuma sumtimes tu jer rasa gigi macam tegang sket. Masa second day mmg sakit giler. nak mkn bubur n telan air pun seksa. Masa first day pasang, mlm tu mmg sakit. Rasa gigi macam ada robot yang dok gerakkan gigi tuh. Nak tidur mmg kacau la. Second day tuh terus amik emergency leave la, segan nak pi ofis, nak cakap pun susah. Now dah ok la sket, cuma benda keras mmg tak leh mkn lagi uwaaaaa... Minum susu n benda yg lembut2 jer. Tp serius la, sapa yang teringin nak pakai braces ni, just go ahead la. Nak sakit tuh kejap jer. Tp dia punya kesan amatlah berbaloi. Dah nampak ada pergerakan gigi walaupun beberapa hari pakai.. hehehe best... This is my dream since I was small bila ada org dok ejek saya gigi jongang, rabbit la n etc.. Saya ada baca tentang hukum halal haram buat braces nih. Saya ada baca yang mengatakan kalau kita buat braces ni untuk memperbaiki kecacatan atau mengelakkan aib, then hukumnya harus. Semuanya bergantung pada niat kita.. Wallahualam....

wah.. terima kasih husna kerana berkongsi, tp penang lak.. jauhnya.. heheheh... hukum dia mmg 'harus' kalu buat bukan atas niat suka2.. saya pun dah berinteraksi dgn pihak JAIS melalui email sebelum ni.. bayar lum sum ker? installment?

p/s: dari tahun 2005 baru satu ni je ke post? :D

Wassalam...

Share this post

Link to post
Share on other sites

bersyukur ape yg ade tak yah repair2....

mmg la brsyukur... tp kalo dh menjejas kan khidupan harian mcm maner???

cube ko nye gigi tu mcm paruh itik??? tk ke susah nk kunyah mkanan...

peace

Share this post

Link to post
Share on other sites

yg gigi elok mmg la boleh sembang x payah buat la aper la. aku dulu jongang. rabbit la, beaver la, seluar pendek la (sebab bentuk gigi aku camtuh). rasa rendah diri woo. nak senyum pon x berani. tuh wat braces sebab bagi aku bende tuh memudaratkan aku.

x salah buat braces. bagi aku bende tuh satu kecacatan.

aku buat dlm rm3000 atas bawah. bayar ansur2. sekali pergi rm200. mula2 tuh kene ready dlm rm1000 kot sebab apointment dia dekat2. cam selang 2 3 hari hari (ambek acuan gigi, cabut gigi kalo perlu ntuk ruang, lekatkan besi etc). lepas tuh selang 2 3 bulan ntuk menukar satu getah yg menarik gigi2 tuh supaya rapat.

dlm 2 3 tahun lepas gigi tuh rapat, dia akan tanggal, pasang retainer plak. retainer tuh satu besi lurus ntuk memastikan gigi2 tuh maintain posisi selepas braces ditanggal.

pastuh setel. ko akan dpt gigi yg cun. rapat dan saham ko pon naik.

*hospital kerjaan x terima 18 tahun ke atas. nasihat aku pergi private. aku dulu pergi hospital kerjaan masa tingkatan 3, last2 pergi private sebab lambat giler. pas gigi aku dah ok, aku dpt call appointment dari kerajaan masa time aku kat matrik. bayangkan 4 tahun menunggu, sanggup x?

Share this post

Link to post
Share on other sites

lamanya kena pakai smpi bertahun2... :blink: wah..hydroxy, mesti gigi ko skrg dah cantik kan? apa kata ko send gambor gigi ko 'sblm' dan 'slps' kat sini..tingin gak nak tgk perubahan ketara tu.. :mellow:

Share this post

Link to post
Share on other sites

alamak. x der kerje aku nak snap. hehe. lagipon sebelum aku pakai x der plak aku snap gambar coz time tuh camera digital pon tarak. apa2 pon, aku nyer gigi depan dulu2 lebey kurang camnih. gigi2 lain x kronik camnih.

org ckp jongang nih sebab pertembungan muka bulat dan bujur diantara makbapak.

teeth_comparison.jpg

Share this post

Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum...

wah.. timer kasih sumer.. kalu dlm rm3000, oklah gak.. leh byr ansur2... ingatkan dlm 5k ker huhuuh... ada info2 lagi, please kongsi yer.. tp aku dgr ada yg ekspress, betul ke?

Wassalam..

Share this post

Link to post
Share on other sites

yg gigi elok mmg la boleh sembang x payah buat la aper la. aku dulu jongang. rabbit la, beaver la, seluar pendek la (sebab bentuk gigi aku camtuh). rasa rendah diri woo. nak senyum pon x berani. tuh wat braces sebab bagi aku bende tuh memudaratkan aku.

x salah buat braces. bagi aku bende tuh satu kecacatan.

aku buat dlm rm3000 atas bawah. bayar ansur2. sekali pergi rm200. mula2 tuh kene ready dlm rm1000 kot sebab apointment dia dekat2. cam selang 2 3 hari hari (ambek acuan gigi, cabut gigi kalo perlu ntuk ruang, lekatkan besi etc). lepas tuh selang 2 3 bulan ntuk menukar satu getah yg menarik gigi2 tuh supaya rapat.

dlm 2 3 tahun lepas gigi tuh rapat, dia akan tanggal, pasang retainer plak. retainer tuh satu besi lurus ntuk memastikan gigi2 tuh maintain posisi selepas braces ditanggal.

pastuh setel. ko akan dpt gigi yg cun. rapat dan saham ko pon naik.

*hospital kerjaan x terima 18 tahun ke atas. nasihat aku pergi private. aku dulu pergi hospital kerjaan masa tingkatan 3, last2 pergi private sebab lambat giler. pas gigi aku dah ok, aku dpt call appointment dari kerajaan masa time aku kat matrik. bayangkan 4 tahun menunggu, sanggup x?

btul ko ckp 2... aku stuju...

ko buat kt mane yer???

bg aku info klinik tu bleh???

peace

Share this post

Link to post
Share on other sites

datuk seri offshoreman 5k pejam mata je tak gitu?

edit:

apatah lagi utnuk orang yang tersayang

Assalamualaikum...

uik.. ades, terkena lak.. hehehehe.. sedang2 jer...

Wassalam..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum...

wah.. terima kasih husna kerana berkongsi, tp penang lak.. jauhnya.. heheheh... hukum dia mmg 'harus' kalu buat bukan atas niat suka2.. saya pun dah berinteraksi dgn pihak JAIS melalui email sebelum ni.. bayar lum sum ker? installment?

p/s: dari tahun 2005 baru satu ni je ke post? :D

Wassalam...

Sori lambat reply, bz sket kat opis huhu.. Tu la saya wat kat penang, mmg kat adventist tuh ada specialist dia, ada lecturer yang rekemen. mmg layanan dia n cara dia treat kita baik sgt n teliti. Cabut gigi pun tak sakit langsung. Saya bayar installment. Setiap kali pegi kena bayar rm100. Masa psg braces tu kena rm800. Jumlah dia mesti rm3640 tak kira brp tahun kena pakai. kalau sapa yg byk duit tu leh bayar sekaligus la. Nanti 23hb ni kena gi thighten lak, nanti saya bg tau sakit ker tak ek. saya ada upload gambar masa buat braces and gambar gg saya hehe.. kalau nak tgk, add la saya dlm frenster ek http://profiles.friendster.com/sitishahrizatilhusna

A ah satu ni je post n ni kali kedua hehe.. mmg daftar dah lama tp cuma baca2 jer dulu. Skrg baru nak menjinakkan diri dalam forum nih hehehe...

Share this post

Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...