Jump to content
Bruzz

Mana Nak Belajar Repair Monitor

Recommended Posts

1) Bunyi klik-klik biasanya high voltage tak boleh nak drive mungkin HOT atau

FBT rosak.Kemungkinan rosak p/supply dan horizontal

2) Merah + biru (mungkin warna hijau tak ada) atau ada tompokan merah + biru pada skrin. Kemungkinan rosak pada color board dan P/supply

Tq

Edited by SAM

Share this post


Link to post
Share on other sites

Jawaban Teka KOS dikeluarkan pada 17/2/06.Sila rujuk soalan.

1)TV 21"-RM15

2)VCD Player 3 changer - RM5

3)Tuner Pioneer- RM5

4)Mesin Fax- RM10

lebih kurang RM35

Kondition.

1)TV 21" dah OK(telah dibaiki) sparepart RM20 + harga Beli RM15=RM35 kalau nak jual antara RM200-

RM300.Tetapi diberi pada ayah kerana tv mereka rosak.Nak tolong repair jauh ada diTaiping.

2)VCD Player 3 Changer dah OK sparepart RM5 + harga beli RM5=10 kalau nak jual antara RM50-RM150

tapi sendiri pakai.

3)Tuner Pioneer masih tak dibaiki sebab masa tak mengizinkan.

4)Mesin fax masih tak dibaiki sebab masa tak mengizinkan.

Melihat pada keaadaan diatas cuba anda bayangkan berapa yang anda dapat dalam sehari sebagai repairer.Itu tak termasuk permintaan darikawan-kawan,jiran dan penduduk setempat.

Sama-samalah kita fikirkan peluang yang terbuka luas.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tahniah!!! Yem, seorang ahli PUTERA.COM telah berjaya menamatkan kursus Baiki Monitor CRT/TV dan P/Supply yang diadakan pada Sabtu dan ahad 17 & 18 Mac 2007. Semoga bertambah lagi seorang repairer,semoga berjaya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

dulu aku keje kat area wangsa melawati..

aku keje sebagat juruteknik

pasal CCTV,Cpu,sound system,monitor

aku ada belajar repair monitor ngan member satu ofis

kadang2 spare part monitor lama susah nak cari

ada gak yg dah xder sebab aku rajin g pasar pudu

diagram dia xlah susah mana klu sesape yg tau baca errk..

tapi klu sesape monitor yg dah rosak

beli jer la..

hrga repair lagi mahal dari second hand..

Share this post


Link to post
Share on other sites

mmg benar monitor second hand lebih murah dari repair, tp tgk jugak la kerosakan yg mcm mana, kalau setakat diod rectifier atau relay, kan murah aje tu..

juruteknik yg baik bukan hanye tahu membaiki, malah tahu bagaimana menganggar kos membaiki, jike terlalu mahal lebih beli yg baru..

& lagi satu, kalau takde org ambil inisiatif mempelajari teknik membaiki ni, ilmu ini akan hilang. sampai bile mahu sentiasa jadi end user..

ini suatu peluang pekerjaan, bg sesiapa yg mahu & berminat :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Memanag betul sesetengah spare part payah didapati terutama flyback. Tapi tak semua kerosakan berpunca dari flyback. Jika kerosakan tersebut lebih dari separuh harga monitor mungkin kita boleh suggest customer beli yang baru. Tetapi jika ada customer yang masih ingin dibaiki terpulang pada mereka. Mungkin monitor tersebut ada nostalgia atau sentimental value buat mereka.Kita hanya membantu dari segi ilmu yang kita ada.walahualam.

Share this post


Link to post
Share on other sites

smekom member putra....

nak tumpang tanye sket bleh..?ade tak diantara korang yang tau kursus repair monitor kat area Pandan Indah?

pertolongan korang amat diperlukan... :blush:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salam.

aku berminat dgn kursus yg bro sam buat tu.but as a student,mana nak cekau 5,6 ratus?(but,i`ll try)

so,xder ker cadangan nak buat tutorial bergambar kat sini?saja suggest.at least leh blaja skit b4 join kursus bro sam tu.

majulah bangsaku.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salam.

aku berminat dgn kursus yg bro sam buat tu.but as a student,mana nak cekau 5,6 ratus?(but,i`ll try)

so,xder ker cadangan nak buat tutorial bergambar kat sini?saja suggest.at least leh blaja skit b4 join kursus bro sam tu.

majulah bangsaku.

W'Salam. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih atas pertanyaan anda. Untuk pengetahuan anda memang ada kami buat kursus untuk student kalau tak salah hampir 6 orang secara percuma . Cuma seorang dua aje yang dah berjaya 1)Dah buka 2 buah kedai servis dan 2) Dah bekerja dengan syarikat dan dibayar gaji yang agak lumayan. Masa yang diambil hampir 4 bulan sebab kami hanya mengajar jika masa free dan tidak menganggu kami sedang bekerja. Biasanya yang datang berbayar dan belajar sabtu dan ahad memanglah orang yang benar2 ingin mencari ilmu dan menjadikan sebagai kerjaya. Cuma kami tak dapat nak ajar 2 hari intensif macam orang lain disebabkan masa adalah sangat berharga. Banyak yang free separuh jalan lepas tu cabut begitu aja. Masa kami terbuang melayan mereka yang tidak menghargai penat lelah pada ilmu yang kami curahkan.Jika anda benar2 ingin belajar dan tak mampu dengan harga yang saya beri anda boleh datang berjumpa terus dengan saya untuk berbincang samada harga kursu atau cara bayaran. Biasanya jika tiada kelas pada sabtu dan ahad saya mungkin berada dipusat servis tersebut. Anda boleh datang terus kesana ,tetapi kena menghubungi saya terlebih dahulu. Atau anda boleh cari sesiapa yang nak belajar anda akan diberi diskaun istimewa dengan membawa rakan anda. atau hubungi saya untuk maklumat lanjut. Tutorial bergambar tak dapat dibuat kerana ianya melibatkan hak cipta orang lain (Tenaga pengajar pertama en. Zaabar) yang menghabiskan masa berjaga dan bersengakang mata untuk menerbitkan buku tersebut selama 10 tahun hingga kursus ini terhasil. Kasihan hasil penat lelah dia tidak dihargai. Nah sekarang terpulang atas kebijaksanaan anda merebut peluang yang terbuka.wasalam

Edited by SAM

Share this post


Link to post
Share on other sites

thanks 4 ur reply.

sy skarang kat ipoh n still study lg.so,klo nak ke bangi kena tunggu cuti.lg pun kat sana xder tempat nak tinggal.nnt sy kompemkan balik dgn bro bila sy free.minat nak blaja tu ada,tp cuma jadual sy yg agak ketat.tambah2 lg nak dekat final nie.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Berita baik untuk mereka yang tinggal di kawasan selangor dan KL. Saya mungkin akan membuat kursus ditempat anda atas permintaan . Ini untuk mereka yang mempunyai masalah tempat tinggal dan menghadapi masalah kenderaan. Mungkin saya akan membuat kursus ditempat anda jika mempunyai sekurang-kurangnya 3 peserta. Mungkin sedikit caj dikenakan untuk perjalanan / penginapan. Untuk saix , jika anda ada tempat yang sesuai mungkin saya boleh datang mengajar dipandan indah. Cuba cari sesiapa yang berminat lagi untuk mempelajari kursus tersebut . Jika tiada peserta lain anda dapat, mungkin saya akan menimbang untuk mengajar peserta yang ada. Syarat bilik untuk latihan mempunyai kemudahan white board, pendingin hawa/kipas angin,power socket dan CPU tiada ganguan (sesuai untuk belajar) .Jika tiada white board & CPU mungkin saya akan bawa sendiri.Jika ada monitor,power supply atau tv rosak adalah diutamakan. Hubungi saya kepada sesiapa yang ingin mengadakan kursus ditempat anda. Bayaran perlu dijelaskan lebih awal sebelum kursus bermula.

Share this post


Link to post
Share on other sites

saya ada satu monitor... brand acer... selalu je padam dan bila ketuk dgn kuat baru keluar gambar semula... hajat nak hantar kedai... tapi kat bandar trg tak tahu kat mana nak repair... apa rosaknya brader SAM...TQ

Share this post


Link to post
Share on other sites

saya ada satu monitor... brand acer... selalu je padam dan bila ketuk dgn kuat baru keluar gambar semula... hajat nak hantar kedai... tapi kat bandar trg tak tahu kat mana nak repair... apa rosaknya brader SAM...TQ

Kalau en. ishak tahu cara solder yang betul ia itu gunakan timah 60/40 yang agak berkilat. Tapi kena discas terlebih dahulu pada CRT Tube dan Electrolytic Capacitor Filter yan besar 400 V (ambil satu screw driver yang mempunyai resistor 10 Kilo ohm. Gunakan Kelip buaya dan lekatkan pada tepi tiub CRT yang ada spring. lekatkan hujung resistor dengan hujung Klip buaya satu lagi. Pada hujung resistor lekatkan pada badan besi Flat screw driver. Sentuhkan hujung screw driver pada + (positive) terminal capacitor tadi dalam masa 20/30 saat. Boleh gunakan multimeter untuk mengukur volt pada capacitor. Guna range DC Voltage 1000Volt dan ukur terminal capacitor dengan polarity yang betul agar tak merosakan meter. Semua aktiviti discas dilakukan ketika monitor diMatikan dan power supply plug dicabut dari soket bekalan kuasa.

Selepas itu anda boleh membuat solder dry joint pada kaki komponen yang retak. Terdapat lapan jenis retak yang kena dipandang dari sudut berbeza dan mempunyai mata yang tajam untuk meneliti keretakannya. Sesudah disolder boleh uji semula samada ok atau masih bermasalah. Berhati-hati dan selamat mencuba. Jika anda masih ragu-ragu dan tak pasti sila dapatkan kerjasama dari mereka yang lebih arif. Kalau nak tahu secara detail anda mesti menghadiri kursus berkenaan untuk mengelakan sebarang kecelakaan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

as-Salam..

kalau pg kursus ni, kira belajar repair monitor jer lah kan ? takde kaitan dgn tv kan ?

pastu kalau dtg kursus ni tapi takde monitor yg rosak, boleh jugak kan ?

------------------

eh tertinggal nak tanya..

saya nak belajar nak buat PCB..dari designing kat computer, sampai last step..

ada tak syarikat ni tawarkan kursus PCB ?

saja bertanya utk kepastian.. kalau ada pon best gak.. menambahkan ilmu.. huhu..

Edited by amirVB

Share this post


Link to post
Share on other sites

W'Salam.

Kalau datang kursus ni kami gunakan Monitor CRT/TV & Power supply sebagai batu loncatan. Sebab masa research du kat office benda ni yang banyak jadi dapatlah kami buat kajian. kalau nak mini kompo tentu tak ada orang nak bagi untuk buat ekperimen. Antara monitor ada persamaan cuma bezanya monitor dapat signal dari data kabel ,Tv dari antena . Monitor tiada amplifier suara(kalau ada pun external). TV ada satu resolution monitor ada lebih dari satu resolution.Yang lain semua sama (Power supply,regulator,horintal,vertical,color dan user ). Kebanyakan komponen asas ada dalam peralatan elektronik lain. So komponen sama aje. Kalau kita dah boleh tentukan rosak/baik nya sesuatu komponen bermakna kita boleh repair. Cuma repair kita tidak berkualiti jika kita tidak tahu langkah-langkah yang betul dalam teknik baikpulih.

Kalau anda tiada monitor/tv dan power supply rosak tak apa cuma kami nak tunjuk secara hand on bukannya trick yang mana anda mungkin dapat membaiki jika langkah-langkah yang kami nyatakan diikuti dengan sebaiknya.

Untuk teknik PCB ni dulu saya ada buat cara lettering dan eaching guna ferrit cloride, UV(ultra voilet) guna PRP 200 dan sodium hidroxide dan Silk Screen guna photo imulsion & syntizer dan eatching guna retarder dan clearning solven(tapi supplier ink nya dah pindah kat balakong dan dah lupa Code Ink). Tapi kalau terbaru kebanyakan guna CNC machine. Program boleh guna board maker(cara lama), Ultiboard,Eagle dan sebagainya. Insyalah kalau ada maklumat untuk kursus tersebut saya cuba inform kemudian.

Edited by SAM

Share this post


Link to post
Share on other sites

TQ mr. sam... saya akan cuba... tapi kalau tak discaj tak boleh ke... kita tak sentuh board pun... cuma solder je... atau adakah merbahaya.... kalau monitor tu kiat biarkan 2 hari tak on... ada lagi ke cas letriknya.... terimakasih

Share this post


Link to post
Share on other sites

bro sam. sy nak tanya. sijil ni diiktiraf ke? adakah selepas kursus ni boleh pandai repair dan tahu apa masalah kat monitor ni walaupun tidak ada asas elektronik. boleh bagitau tak. dimana tmpt kursus dan berapa bayaran. tempoh kurusu. tq

Share this post


Link to post
Share on other sites

saje je nak mencelah..

kapasitor perlu discharged.. sbb dlm tu ada simpan tenaga elektrik..

simpan lama mcm mana pon mmg akan tetap ada 'charge' dlm tu.. (betulkan jika tersalah)..

kalau nk tau dah discharged ke belum, test pakai mentol (atau LED)..

kalau menyala = ada charge.. sebaliknya begitu kalau tak menyala = takde charge (discharged)..

*p/s: lecturer saya pernah cerita.. dia dulu kerja technician.. pastu dia discharge kapasitor tak habis.. (kapasitor besar gedabak siap boleh peluk2 lagi tu..)

pastu, bila dia terrrpegang je kapasitor tu, terus dia terpelanting beberapa meter.. (mcm kena tendang jin.. ekekeke.. :D)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Terimakasih kepada Anwar666. Pengiktirafan sijil dari LAN atau MLVK memang tak ada sebab ianya secara hand on dan bergantung kepada pengalaman dan cara dan method yang kami gunakan. Hanya kami yang mengiktiraf sijil bergantung kepada pemerhatian dan kepakaran pihak kami. Sijil yang kami beri adalah sebagai bukti kehadiran peserta. Kepandaian dan kepakaran peserta bergantung bagaimana mereka memanafaat dan menggunakan/mengamalkan ilmu itu dengan tatacara dan teknik yang betul dan berkesan. Kami hanya mengajar untuk membaikpulih disamping itu memberi penerangan yang mudah difahami bagi mereka yang tiada asas teknikal beserta nota agar mereka menjadi orang yang berwibawa(berkemahiran dan berilmu).So terpulang kepada masing-masing untuk membuat penilian. Setakat ini kebanyakan pelajar yang memberi maklum balas apa yang mereka pelajari lebih dari apa yng mereka sangkakan(bergantung kepada pada pandangan masing-masing sebagai peserta). Kalau tanya dipihak saya tentu macam berat sebelah/memihak kepada kami.Hanya maklum balas yang menentukan kualiti dan keberkesanan kursus kami. Pembelajaran anda berperingkat-peringkat,dan tak bermakna lepas 2 hari anda expert macam kami. Tetapi itu bukan perkara yang mustahil,jika anda amalkan atau buat repair dalam masa 3 bulan anda akan bertambah mahir. Sebab ada seorang dari perlis yang membri mesej pada saya, telah dapat membaiki 30 biji Tv dalam sebulan setelah membeli buku membaiki monitor crt/tv dan power supply. Tetapi mungkin beliau seorang yang mengikuti tatacara dan teknik yang kami berikan itu dengan didikasi dan betul. Kursus tersebut saya buat pada hanya 2 hari sahaja dah tamat, kalau nak advance tambah 2 hari lagi(biasanya untuk peserta yang dibiayai syarikat. Kursus dijalankan pada Sabtu dan Ahad sebab kebanyakan orang yang bekerja free pada hari tersebut. Ianya dijalankan di Nasa Electrocom Training Center Taman Putra Perdana Puchong Selangor dengan bayaran pendaftaran RM50 dan yuran RM650. Anda cuma datang kursus tak perlu bawa apa-apa . Cuma kalau ada monitor/tv atau power supply rosak boleh bawa.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Terima kasih buat amirVB atas pertanyaan anda. Memang betul capacitor filter yang 400v perlu discas untuk mengelakanvoltan baki yang masih ada dari terkena renjatan atau merosakan peralatan semasa aktiviti repair dijalankan. Tempoh sesuatu peralatan yang masih tinggal voltan pada kapacitor bergantung kepada komponen,litar discas dan design peralatan tersebut. Ada yang 10 minit lepas power off voltan tersebut dah hilang. Biasanya yang lambat habis bila ON no high voltage atau ON no ligth pada led. Sebab voltan berada dipersekitaran power supply tak dapat dibekalkan pada lain-lain bahagian. kalau pakai led mungkin voltan sedikit tak apa.Sebab led maksimum voltage tidak lebih dari 2.5v DC. Voltan AC 240V kalau dalam RMS mungkin dalam 338 volt DC. Berhati-hati agar mentol tak meletup. Kapacitor sebesar pemeluk mungkin capacitor bank yang sangat bahaya bila disentuh. So berhati-hari apabila terjumpa capacitor yang menggandungi voltan tinggi sila discas dahulu sebelum disentuh.

Edited by SAM

Share this post


Link to post
Share on other sites

MR. SAM.... awak jual ke tidak buku cara membaiki monitor dan tv tu.... kalau jual berapa harga dan dalam bahasa BM ke...

Share this post


Link to post
Share on other sites

ok tq for ur information mr sam.. kalau saya nak pergi kursus tu anytime tak apa kan. tapi sabtu dan ahad la. memandangkan sy busy sekarang ni. mengenai e book pula berapa harganya...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Buku membaiki monitor memang saya yang jual tapi saya gunakan tread lain. Untuk Malaysia RM50 dan Sabah Serawak RM55 (dah termasuk pos) . Kandungan buku didalam bahasa malaysia,cuma yang melibatkan teknikal dalam bahasa english. Untuk pengetahuan buku ini jenis manual bukan e-book kerana soft copy ada pada penulis dan menjadi hak cipta.

Kepada ahli putera.com kursus tersebut dibuat sabtu dan ahad sepanjang tahun(tapi tarikh ditetapkan bila ada peserta)

Discas capacitor adalah satu peraturan yang patut diambil perhatian. Jika kita gagal mengitut peraturan mungkin kecelakaan akan terjadi. Pernah monitor yang dah di OFF seminggu bila dilakukan discas ianya meletup . Mungkin 1 : 100 oleh itu berhati-hati, dan terpulanglah kepada masing-masing untuk mengikuti atau pun tidak .walahualam

Share this post


Link to post
Share on other sites

ob bro sam. nanti apa2 sy call awk. kemungkinan dalam bulan 8 ini akan sy mengikuti ok. yq

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...