Jump to content
TJ-Ariff

Kelab Pengaturcara@programming

Recommended Posts

Flash ActionScript 3.0 programming ?
Wah..menarik tu En. LanoG..

Cepatlah mulakan tutorialnya..
Tak sabar saya nak belajar ni ... tongue.gif
Benda baru ni..

Share this post


Link to post
Share on other sites
kelab programming peringkat negeri x da ker...

leh gak discuss face to face...

klu rajin leh la create open source ngan member2

Share this post


Link to post
Share on other sites
Oleh kerana busy bangat.. aku jarang dah bukak bahagian nie. BTW, kalau rajin2 tu.. bole ler masukkan sebijik dua update. Nampak cam tuan TJ pun jarang masuk sini.. hehehe. Hairulfadly pulak dah tukar gambar jadi penguin.. kah kah kah... biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='LanoG' date='16 February 2010 - 02:03 AM' timestamp='1266257019' post='1016880']
Errr... kelab nie idup lagi ker?? Mana TJ?
[/quote]

Hang jaga la... Game baru takde?

Share this post


Link to post
Share on other sites
huhu... lama sungguh tak menjenguk thread ni... maaf kerana tak dapat nak join sangat.

Oleh kerana aku menggunakan Ubuntu Linux, mengaturcara skrip yang paling mudah adalah menggunakan bash. Jadi, aku nak kongsikan satu contoh skrip bash yang mudah iaitu:

[size="5"][b][url="http://coderstalk.blogspot.com/2010/02/custom-gnome-notification-for-your-apps.html"]Notifikasi Gnome Untuk aplikasi anda[/url][/b] [/size]

Dalam aplikasi yang dibina, ada kalanya kita mahukan aplikasi tersebut memberitahu pengguna apa yang sedang berlaku. Jika didalam Windows, kita boleh lihat notifikasi pada sudut kanan, bawah Desktop. Di dalam linux pula, kita boleh bina notifikasi yang akan keluar di sudut kanan, atas Desktop gnome.

Caranya sangat mudah dimana anda hanya memerlukan arahan notify-send yang diperoleh dari pakej libnotify-bin.

Dalam contoh berikut, Notifikasi Gnome ini dibina untuk memberitahu aku bahawa imej yang ditulis ke kad SD telah siap.

[url="http://coderstalk.blogspot.com/2010/02/custom-gnome-notification-for-your-apps.html"][img]http://2.bp.blogspot.com/_QmenDvyMjlk/S3Un4BzKx1I/AAAAAAAACAA/B00DXGMA7Qc/s400/custom-gnome-notification.png[/img][/url]

Notifikasi seperti gambar di atas boleh dikeluarkan dengan arahan:

[code]notify-send -i /usr/share/icons/Human/scalable/devices/media-flash.svg \
-h int:x:$(xrandr -q|grep '*' | sed -e 's/x.*//' -e 's/\ //g') \
-h int:y:10 -u normal -t 10000 "Copy SD card from dd Image" \
"dd image to /dev/sdd finished"'!' ; mplayer /usr/share/sounds/purple/receive.wav
[/code]

Namun arahan panjang ini tidak sesuai untuk ditaip setiap kali anda ingin menggunakannya. Maka, ianya diletakkan ke dalam skrip bash agar mudah digunakan di dalam Ubuntu Linux. Berikut adalah kod sumber untuk skrip bash:

[code]#!/bin/bash
# default device name
mydev="/dev/sdd"

# the icon
sd_icon='/usr/share/icons/Human/scalable/devices/media-flash.svg'

# check my command arguments
if [ $# -gt 0 ]; then
mydev=$1
fi

# create the message
mymsg="dd image to $mydev finished"
mytitle="Copying SD card image"

# get my resolution
myres=$(xrandr -q|grep '*' | sed -e 's/x.*//' -e 's/\ //g')

# the sound
mysound="/usr/share/sounds/purple/receive.wav"

# and the notify command
notify-send -i $sd_icon -h int:x:$myres -h int:y:10 -u normal -t 10000 "$mytitle" "$mymsg"'!' & mplayer $mysound [/code]

untuk membolehkan skrip ini dilarikan di dalam Ubuntu dengan mudah, aku simpan fail skrip ini dengan nama notifyme.sh di dalam direktori /usr/bin

kemudian memberikan akses untuk melarikan skrip ini dengan arahan berikut dalam terminal:

[code]apogee-ubuntubox:$ sudo chmod +x /usr/bin/notifyme.sh[/code]

Dan setelah semuanya siap, kita boleh gunakan skrip ini dengan mudah. Iaitu menggunakan arahan berikut dalam terminal:

[code]apogee-ubuntubox:$ notifyme.sh /dev/sdc[/code]

Dalam arahan di atas, aku memanggil skrip notifyme.sh dan memberi argument /dev/sdc iaitu nama fail peranti untuk kad SD aku. Arahan diatas akan terus memaparkan notifikasi gnome seperti gambar di atas serta memainkan bunyi receive.wav.

untuk penggunaan sebenar, arahan menulis kad SD digabungkan dengan arahan diatas seperti berikut:

[code]apogee-ubuntubox:$ sudo dd if=myddimage.dd of=/dev/sdc ; notifyme.sh /dev/sdc[/code]

Apabila arahan menulis kad SD telah selesai, pemberitahuan ini akan muncul pada sudut kanan, atas Desktop seperti gambar di atas dan bunyi receive.wav akan dimainkan. Maka dengan ini, aku akan diberitahu bila kad tersebut siap ditulis sambil aku sedang sibuk membaca email dan berfacebook.

Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba. Kod sumber lain dan versi bahasa inggeris boleh diperolehi dari blog aku di: [url="http://coderstalk.blogspot.com"]http://coderstalk.blogspot.com[/url]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='BasicCX' date='16 February 2010 - 08:13 AM' timestamp='1266279184' post='1016918']
Hang jaga la... Game baru takde?
[/quote]
Chairman TJ belum masuk lagi nie... huhuhuhu.

Satu tutorial yang menarik dari Apogee... aku langsung taktau apa2 pasal Linux nie... thanks for sharing it. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='LanoG' date='16 February 2010 - 02:03 AM' timestamp='1266257019' post='1016880']
Errr... kelab nie idup lagi ker?? Mana TJ?
[/quote]

ha ha ha.. kalau ada ahlinya, idup le kelab nie, kalau xder, maka akan ghaib ler.... :lol:

[quote name='BasicCX' date='16 February 2010 - 08:13 AM' timestamp='1266279184' post='1016918']
Hang jaga la... Game baru takde?
[/quote]

yaa.. betoi tu, baik bagi lanog aje jaga... :P

Share this post


Link to post
Share on other sites
Hehehe.... berapa dah ahli berdaftar agaknya. Mau cecah 100 orang nie. Kalau 100 x RM10 dan RM1,000.... banyak tu..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='LanoQ' date='18 February 2010 - 02:11 PM' timestamp='1266473513' post='1017498']
Hehehe.... berapa dah ahli berdaftar agaknya. Mau cecah 100 orang nie. Kalau 100 x RM10 dan RM1,000.... banyak tu..
[/quote]

adeh... nak kena bayar yuran pulak ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='ApOgEE' date='18 February 2010 - 03:07 PM' timestamp='1266476864' post='1017514']
adeh... nak kena bayar yuran pulak ke?
[/quote]
Bukan yuran ler... makan2, kalau tak pun En. TJ bole belanja makan2.... tahun lepas dia kata nak bawak makan2... kekekeke.

[quote name='johnburn' date='19 February 2010 - 10:23 AM' timestamp='1266546196' post='1017707']
tau skit2 je bro
tu kl bleh nk blaja ngan otai2 ni
[/quote]
Sama ler kita, John... tau sikit2 jer. Nak belajar ngan old timer semua nie.... Edited by LanoQ

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='LanoQ' date='19 February 2010 - 11:30 AM' timestamp='1266550246' post='1017717']
Bukan yuran ler... makan2, kalau tak pun En. TJ bole belanja makan2.... tahun lepas dia kata nak bawak makan2... kekekeke.
[/quote]
ooo.. ingatkan yuran... bila mau belanja makan?

[quote name='LanoQ' date='19 February 2010 - 11:30 AM' timestamp='1266550246' post='1017717']
Sama ler kita, John... tau sikit2 jer. Nak belajar ngan old timer semua nie....
[/quote]
sama la kita juga... aku pun nak belajar dengan encik Old Timer...

Share this post


Link to post
Share on other sites
OK lah.. jom sambung belajar...

Oleh kerana ramai yang tak guna linux dan baru nak belajar programming, aku nak kongsi cara paling simple buat programming dalam Windows. Cara ini menggunakan VB Script. Engkorang tak perlu nak install apa-apa IDE untuk buat [url="http://coderstalk.blogspot.com/search/label/VBScript"]VB Script[/url] ni. Hanya perlu text editor dan secara umumnya, Notepad adalah text editor yang memang dah sedia ada dalam Mikroskop Windows korang.

dalam contoh ni, aku nak tunjuk macam mana nak:

[b][url="http://coderstalk.blogspot.com/2009/10/list-windows-xp-running-process-and.html"][size="5"]Senaraikan Proses dan ID Proses dalam Windows XP menggunakan VB Script[/size][/url][/b]

Kisah bermula apabila aku sedang menggunakan Windows XP untuk menjalankan sedikit tugas yang memerlukan aku menggunakan OS ni. Aku jarang guna Windows XP ni sebab menyampah dengan virus. Dan seperti yang aku duga, Windows XP yang aku gunakan tu telah pun dijangkiti virus hingga aku tak boleh nak buka Task Manager untuk Kill beberapa proses yang menyebabkannya begitu perlahan.

Oleh itu, aku buat skrip ni untuk mendapatkan ID Proses yang aku menyampah tu...

[code]'==========================================================='
' showproc.vbs
' Author: M. Fauzilkamil Zainuddin http://coderstalk.blogspot.com
' October 2009
'==========================================================='

Option Explicit

Dim oProc, oWMIServ, colProc
Dim strPC, strList
Dim StrSpace

strPC = "."

Set oWMIServ = GetObject("winmgmts:{impersonationLevel=impersonate}!\\" & strPC & "\root\cimv2")

Set colProc = oWMIServ.ExecQuery("Select * from Win32_Process")

strSpace = string(20," ")
strList = "ProcName" & strSpace & vbTab & "ProcID" & vbCrLf & string(45,"-")

For Each oProc In colProc
strSpace = string(28 - len(oProc.Name)," ")
strList = strList & vbCrLf & oProc.Name & strSpace & vbTab & oProc.ProcessId
Next

WScript.Echo strList
WScript.Quit
[/code]

Apabila aku larikan skrip ini dengan cara Double-Click aje kat fail skrip yang aku namakan sebagai 'showproc.vbs' ni, aku boleh nampak senarai proses-proses dalam Windows XP aku yang sakit itu.

[img]http://4.bp.blogspot.com/_QmenDvyMjlk/St_Qa6pvvMI/AAAAAAAAB3Q/Pg5wxk8XU6g/s1600/showproc.PNG[/img]

Akhirnya, aku pun menambah skrip ini dengan arahan pembunuhan kejam ke atas Proses yang memberatkan Windows XP aku seperti dibawah ini:

[code]' just add this code below 'WScript.Echo strList'
For Each oProc In colProc
' the 3008 is the ProcessID that I want to kill.
' your process id may be different
If oProc.ProcessID = 3008 Then
oProc.Terminate()
End If
Next[/code]

Apabila aku larikan sekali lagi, maka proses tersebut pun mampus. dan aku dapat mendelete fail virus tak guna itu dan cuba restart komputer aku yang malang itu.

Akhir kata, majulah sukan untuk negara... heheh! hentam sajalah labu...
Cuba la buat skrip ni kalau berani... :lol:

Kalau ada soalan, boleh diajukan kepada aku secara langsung di thread ini atau di blog aku kat [url="http://coderstalk.blogspot.com"]http://coderstalk.blogspot.com[/url]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Wargg....... best2..... :o


Kill prosess tu maknanya kill semua dalam list tu ke incik apo....


lagi satu nak tanya, bash file tu, function dia untuk bagitau file bile dah kopi pest ke atau bile kita open file dalam tu (bunyi wav file)...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='TemanX_1' date='22 February 2010 - 07:03 PM' timestamp='1266836638' post='1018323']
Wargg....... best2..... :o
[/quote]
thanks...

[quote name='TemanX_1' date='22 February 2010 - 07:03 PM' timestamp='1266836638' post='1018323']
Kill prosess tu maknanya kill semua dalam list tu ke incik apo....
[/quote]
Kill Process tu maknanya kill proses yang mempunyai PID = 3008. Perhatikan:
[code]
If oProc.ProcessID = 3008 Then
oProc.Terminate()
End If
[/code]
kalau ProcessID tu ditukar kepada ID mengikut sesedap rasa, maka proses yang memiliki ID tersebut akan dibunuh dengan kejam sekali...

[quote name='TemanX_1' date='22 February 2010 - 07:03 PM' timestamp='1266836638' post='1018323']
lagi satu nak tanya, bash file tu, function dia untuk bagitau file bile dah kopi pest ke atau bile kita open file dalam tu (bunyi wav file)...
[/quote]
bash file tu nak keluarkan popup message kat hujung desktop sambil mendendangkan bunyi .wav tu aje... misalnya, bila siap proses membuat kopi, satu popup dialog keluar di sudut kanan desktop mengatakan "kopi kau dah siap!!" beserta lagu death metal yang ganas untuk mengejutkan aku dari kelekaan melihat facebook dan membaca email...

itu aje... kalau nak bagitau sudah tiba waktu untuk berbuka puasa pun boleh gak... ;)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='ApOgEE' date='19 February 2010 - 06:24 PM' timestamp='1266575055' post='1017792']
Akhirnya, aku pun menambah skrip ini dengan arahan pembunuhan kejam ke atas Proses yang memberatkan Windows XP aku seperti dibawah ini:

[code]' just add this code below 'WScript.Echo strList'
For Each oProc In colProc
' the 3008 is the ProcessID that I want to kill.
' your process id may be different
If oProc.ProcessID = 3008 Then
oProc.Terminate()
End If
Next[/code]

Apabila aku larikan sekali lagi, maka proses tersebut pun mampus. dan aku dapat mendelete fail virus tak guna itu dan cuba restart komputer aku yang malang itu.
[/quote]
Good job bro, ringkas dan snang difahami untuk beginner cm aku
cuma nk tnya, kenapa hardcodekn PID tu? kenapa xpkai function inputbox() ke untuk user masukkn PID dan bunuh proses yg user maskkn je?
Apa-apapn, good job

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='johnburn' date='23 February 2010 - 10:15 AM' timestamp='1266891305' post='1018409']
Good job bro, ringkas dan snang difahami untuk beginner cm aku
[/quote]
Terima kasih johnburn.

[quote name='johnburn' date='23 February 2010 - 10:15 AM' timestamp='1266891305' post='1018409']
cuma nk tnya, kenapa hardcodekn PID tu?
[/quote]
pada ketika kod diatas ditulis, ia dibuat hanya untuk membunuh satu proses yang menyemak dan memberatkan komputer aku.
Ia juga diletakkan disini tanpa menambah inputbox supaya pembaca boleh fokus kepada bagaimana nak membunuh proses.

[quote name='johnburn' date='23 February 2010 - 10:15 AM' timestamp='1266891305' post='1018409']
kenapa xpkai function inputbox() ke untuk user masukkn PID dan bunuh proses yg user maskkn je?
Apa-apapn, good job
[/quote]

Memang boleh kalau nak guna input box untuk user masukkan PID. Namun, aku juga memegang konsep KISS! (Keep It Simple Stupid! [size="1"]<-- jangan terasa, ini memang perkataan asalnya. tidak dimaksudkan secara peribadi[/size]). Jawapan lanjut sama seperti di atas.

Namun, jika nak tahu juga macam mana nak guna input box untuk user masukkan PID, hanya perlu ubah kod tersebut seperti dibawah:
[code]
Dim sPID
sPID = InputBox("Masukkan ID Proses:")

For Each oProc In colProc
If oProc.ProcessID = sPID Then
oProc.Terminate()
End If
Next
[/code]
[size="1"]* code di atas tidak diuji kerana aku sedang menggunakan Linux (kena cari winxp baru boleh test...) :P[/size]

Nantikan kaedah scripting yang lebih advance dan lebih banyak GUI... dan kalau tak sabar, subscribe aje kat blog aku [url=http://coderstalk.blogspot.com]http://coderstalk.blogspot.com[/url]...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='ApOgEE' date='23 February 2010 - 11:29 AM' timestamp='1266895794' post='1018425']
[size="1"]* code di atas tidak diuji kerana aku sedang menggunakan Linux (kena cari winxp baru boleh test...) :P[/size]
[/quote]
thats why aku x edit code tu dan tmbh inputbox ke ape sbb xleh nk try lg (jgak tgh on pkai linux skang) :P
tp kl ikut logiknya, mmg xde prob dh code yg ko tmbh tu. Edited by johnburn

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...