Jump to content
electron

Mana Melayu Yang Nak Tolong Melayu...

Recommended Posts

Terkuburnya Kelantan Delights di Suria KLCC

Oleh Datuk Rejal Arbee

Malam tadi adalah malam terakhir restoran Kelantan Delights - satu-satunya sahaja restoran masakan Melayu yang beroperasi di Suria KLCC - menghidang makanan di situ. Mulai esok (23hb Ogos) berakhirlah riwayatnya setelah beroperasi selama 10 tahun memperkenalkan masakan Melayu, khususnya makanan Kelantan seperti nasi kerabu dan nasi dagang kepada pelancung dalam dan luar negeri di situ.

Penutupannya juga menandakan sudah tidak ada lagi restoran yang menyajikan masakan Melayu di situ. Apakah salah kalau disimpulkan bahawa pengurusan Suria KLCC tidak mahu ujud kedai yang menyediakan masakan Melayu kepada orang ramai yang berkunjung ke Menara berkembar Petronas? Ini hanya Pengurusi Eksekutif Suria KLCC dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, seorang warga Australia bernama Brian Andrew yang boleh memberi jawapan.

Kalau ditanya tentulah mereka mengatakan bahawa tuan punyai Kelantan Delights, Sdr Juhaidi Yean Abdullah dan isteri tidak mahu membayar sewa yang dikenakan, ia itu RM44,000 sebulan, naik dari RM30,000 sebelum ini.

Juhaidi berkata masalahnya bukanlah kadar sewa yang dikenakan, tetapi sikap pengurusan yang agak bongkak seolah-olah memberikan kata dua kepadanya tanpa mahu berunding. Apakah kenaikan kadar sewa yang begitu melonjak berpatutan - naik hampir 50 peratus dalam tempoh setahun?

Pengurusan Suria KLCC juga tidak telus kerana merahsiakan kadar sewa yang dikenakan kepada premis lain yang bersebelahan. Misalnya Chakri Palace (masakan Thai), Spice of India atau Madame Kwan dan Shan Village (masakan Cina). Apakah kadar sewa yang dikenakan kepada mereka itu sama dengan yang dikenakan kepada Kelantan Delights?

Mereka menjadikan kadar sewa yang dikenakan seperti satu rahsia negara yang amat besar sekali.

Kini premis itu yang telah dipopularkan juga oleh Kelantan Delights akan diberikan kepada suatu restaurant Korea. Dengan ini berbagai masakan negeri asing boleh dinikmati di Suria KLCC tetapi jangan harapkan mendapat masakan Melayu di situ. Apakah gambaran yang hendak diberikan pengurusan Suria KLCC? Salahkah kalau disimpulkan bahawa mereka berpandangan bahawa masakan Melayu tidak layak disajikan kepada pengunjung Menara Kembar Petronas?

Apakah salah kalau diandaikan pengurusan Suria KLCC tidak langsung prihatin dengan keadaan tempatan? Dengan tamatnya riwayat Kelantan Delights di situ, makanan Melayu sudah tidak terdapat lagi diMenara Kembar Petronas. Apakah tidak aneh masakan bangsa-bangsa lain boleh dinikmati di situ tetapi masakan tempatan tidak ada?

Apakah makanan Melayu tidak setaraf makanan bangsa-bangsa lain hingga tidak lagi diberi tempat di situ? Salahkah kalau disimpulkan bahawa pengurusan Suria KLCC tidak mahu orang yang mengunjundi Menara Kembar Petronas menikmati masakan Melayu?

Maka tidak menghairankan pengacara TV Aziz Desa yang turut hadir dalam jamuan terakhir di situ malam tadi antara lain memberi rangkap pantun ini:

Buai laju-laju

Sampai KLCC

Apa nasib Melayu

Merempat di negeri sendiri.

Antara mereka yang hadir adalah beberapa orang rakan wartawan dan personality TV seperti Ras Adiba. Kelantan Delights juga meraikan seramai 40 orang warga tua dari Rumah Seri Kenangan Ceras.

Apakah yang boleh disimpulkan dari perkembangan terakhir ini yang dihadapi pekedai-pekedai Melayu di situ? Nampaknya satu demi satu kedai Melayu terpaksa ditutup.

Maka dengan itu kini tiggal hanya 10 buah kedai yang diusahakan Melayu daripada 325 buah kedai. Apakah ini tidak menimbulkan keresahan dikalangan orang Melayu? Apakah pihak berkuasa tidak langsung prihatin dengan perkembangan ini dan sikap pengurusan Suria KLCC?

Kabarnya keadaan di Alamanda Putrajaya yang juga diuruskan Suria KLCC tidak banyak berbeza dengan apa yang sedang berlaku di Menara Kembar Petronas. Tidak menghairankan kerana Ketua Pegawai Eksekutif Alamanda adalah isteri kepada Brian Andrew iaitu Lisa Words. Apakah tidak aneh isteri boleh dilantik sebagai boss anak syarikat di mana suaminya menjadi ketua?

Perkembangan ini sebenarnya memberi implikasi besar terhadap kedudukan perniagaan Melayu di kompleks beli belah yang bertaraf antarabangsa. Orang Melayu sendiri tidak mengharapkan pembelaan dari komplek yang dikuasai bukan Melayu seperti Mega Mall atau One Utama. Tetapi kompleks membeli belah yang dikuasai sebuah Syarikat Kaitan Kerajaan (GLC) tentunya perlu ada sedikit pertimbangan untuk menggalakan peniaga Melayu.

Apa yang berlaku kepada Kelantan Delights juga menunjukan sikap kurang prihatin oleh kerajaan dan institusi yang kononnya diujudkan untuk memelihara dan membantu peniaga Melayu. Jadi dimanakah usaha mahu menggalak orang Melayu berniaga? Melayu yang benar-benar berkebolehan bukannya yang Ali Baba dimana rakan kongsi Melayu hanyalah sebagai 'sleeping partner' saja.

Apa khabar Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi? Apa khabar MARA? Tidak adakah satu pun Jabatan atau Ajensi Kerajaan prihatin terhadap apa yang sedang melanda peniaga Melayu di Suria KLCC?

Khabarnya Ketua Setiausaha Kementeri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ada menemui Pengurusan Suria KLCC. Tetapi tidak pula diketahui apa hasilnya. Yang diketahui Kelantan Delights sudah tutup kedai di sana. Nampaknya tidak ada kesudahan.

Malah perjumpaan antara Ketua Setiausaha Kementerian dengan pengurusan Suria KLCC yang tidak membawa kepada pembelaan peniaga Melayu akan memberikan hasil yang lebih buruk kerana tidak apa pun yang berlaku. Pengurusan Suria KLCC tentunya akan bersikap lebih bongkak dan sombong seolah-olah mereka kebal dan boleh melakukan apa saja tanpa siapa pun boleh menegur.

Malam tadi saya juga terpegum melihat empat pasagan orang putih yang hendak memasuki restoran. Salah seorang pekerja Kelantan Delights yang berada dipintu memberitahu bahawa restoran tidak dibuka untuk pelanggan malam itu. Tetapi Sdr Juhaidi yang kebetulan berada berhampiran sedarkan apa yang berlaku dan terus mencelah dan memperlawa mereka masuk menikmati hidangan secara gratis.

Salah seorang daripada mereka memberi tahu bahawa mereka datang dari Rusia dan mahu menikmati Nasi Kerabu sambil menunjukkan buku pelancungan dalam bahasa Rusia dengan nama Kelantan Delights di tandakan. Juhaidi terus gugup bahawa restorannya dimasukkan dalam buku pelancungan Rusia. Beliau memberitahu mereka bahawa Nasi Kerabu tidak disajikan malam itu tetapi telah memberikan mereka hidangan nasi dagang serta hidangan lain.

Seorang daripada pelancung Rusia itu yang perkenalkan dirinya sebagai seorang pegawai Kerajaan Tempatan Moscow telah memperlawa Juhaidi membuka Kelantan Delights di ibu negara Rusia itu. Nampaknya orang asing lebih menyokong Kelantan Delights daripada Suria KLCC.

Juhaidi memberitahu saya bahawa restorannya itu sememangnya mendapat tempat dalam beberapa buku pelancungan asing selain dari dalam bahasa Inggeris juga buku pelancungan dalam bahasa Jepun dan Arab.

Untuk mengakhirkan cerita malam tadi bukanlah bermakna Kelantan Delights akan terus terkubur; hanya di Menara Kembar Petronas. Dua bulan lagi ia akan muncul semula kali ini di Sentral, tepatnya di Sooka Sentral bersebelahan pusat pengangkutan Sentral dan Hilton Kuala Lumpur.

Juhaidi memberitahu bahawa Pengurusan MRCB yang lebih prihatin kepada peniaga Melayu telah mempelawanya membuka kedainya di bangunan yang baru selesai di bina itu. Nampaknya 'Suria KLCC's loss is a gain for MRCB's Sooka Sentral'. Kita berhadap Kelantan Delights akan lebih maju dan berjaya di Sooka Sentral.

Rejal Arbee

22 Ogos 2007

Ana minta kita bincangkan serba sedikit isu nih...sebagai santapan minda dan dimana sebenarnya perjuangan orang Melayu kini

Share this post

Link to post
Share on other sites

Apakata jika ko yang komen dan bentangkan dulu ... jangan copy and paste jer.. lepas tu hilang entah kemana ... perlu ade rasa tanggung jawab sikit ler brader ..

anyway topic ko menarik cuma aku nak nak dengar dulu pro dan contra dari sipembuka thread ni... ade berani ..?

Saya bersetuju dengan ko..

Jika pemula topik tidak mengemukan dan memberikan pendapat juga mengulasnya, dalam masa 48 jam, saya akan tutup topik ini....

wassalam...

cadangan diterima...

Share this post

Link to post
Share on other sites

Apakata jika ko yang komen dan bentangkan dulu ... jangan copy and paste jer.. lepas tu hilang entah kemana ... perlu ade rasa tanggung jawab sikit ler brader ..

anyway topic ko menarik cuma aku nak nak dengar dulu pro dan contra dari sipembuka thread ni... ade berani ..?

Alloo...hamlaww...kalau itu topic starter senyap sunyi je...lepas 3-4 hari ke..baru le..ko boleh kata nak menghilangkan diri...ini baru beberapa jam dah mula nak tuduh2 nak menghilangkan diri.Mana adilnya, kita nih bukan boleh online 24 jam.

Berkaitan isu ini jugaklah kita orang melayu nih cepat betul syak wasangka sesama sendiri.Kadang2 kita merasakan kuasa yang ada pada Melayu tu digunakan untuk tujuan2 lain...bila ada isu yang melibatkan maruah ke...nampak orang melayu nih terlalu berlembut. Berlembut nya orang melayu nih semacam ada sesuatu yang ditakuti dibelakang tabir. Itu serba sedikit yang ana nak ulas berkaitan isu kat atas, tuh. pada mana2 forumer yang ada mengikuti isu babi kat Kuala Sg Baru Melaka (maaf lari topic) sekejap.....camna kes tu sekarang?Ana takut orang Melayu yang ada kuasa pun tak boleh menggunakan kekuasaannya...itulah sedikit pandangan ana berkaitan isu nih yang pada ana perkara pokok isu diatas dan isu2 orang melayu yang berkuasa tetapi tidak menggunakan kuasa dengan sebenar2nya... terutama untuk MEMERTABATKAN HAK AGAMA DAN bangsa...Waallahuaklam..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Pengurusan mercu tanda negara kita dikuasai oleh bangsa asing.diorang sibuk dok cakap merdekakan minda kita dari dijajah..skang kita nampak dah minda siapa yg sebenarnya masih terjajah.Masih menagih khidmat bangsa asing utk mentadbir.

tunggu ajela tak lama lagi bila urusan AGAMA lak dipegang oleh orang yg bukan ahlinya.John W.Berndshustein dari Eropah plak jadik Pengerusi Majlis Fatwa..dan bininya jadik Penyimpan Mohor Besar Raja2.Naudzubillah..

Bila ladang yg terang2 haram gitu,boleh lak dibiarkan,cancel raid tanpa penjelasan.bila makcik2 tua meniaga tepi jalan jual goreng pisang bawah pokok untuk menyara sisa2 hidup,bila dah maju sikit ramai orang beli,datangla majlis2 perbandaran robohkan dan suh pindah kat tempat baru yg biasanya tak strategik lokasinya.

Oh..lupa lak aku..makcik2 penjaja tu mana ada duit nak bandingkan dengan tokey babi..

Share this post

Link to post
Share on other sites

orang melayu kalo tak bersatu akibatnya macam nie la..

Takde sape2 nak backup...

Sepatutnya kita contohi bukhori.. Aku kagum dengan bukhori nieh..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Alloo...hamlaww...kalau itu topic starter senyap sunyi je...lepas 3-4 hari ke..baru le..ko boleh kata nak menghilangkan diri...ini baru beberapa jam dah mula nak tuduh2 nak menghilangkan diri.Mana adilnya, kita nih bukan boleh online 24 jam.

Berkaitan isu ini jugaklah kita orang melayu nih cepat betul syak wasangka sesama sendiri.Kadang2 kita merasakan kuasa yang ada pada Melayu tu digunakan untuk tujuan2 lain...bila ada isu yang melibatkan maruah ke...nampak orang melayu nih terlalu berlembut. Berlembut nya orang melayu nih semacam ada sesuatu yang ditakuti dibelakang tabir. Itu serba sedikit yang ana nak ulas berkaitan isu kat atas, tuh. pada mana2 forumer yang ada mengikuti isu babi kat Kuala Sg Baru Melaka (maaf lari topic) sekejap.....camna kes tu sekarang?Ana takut orang Melayu yang ada kuasa pun tak boleh menggunakan kekuasaannya...itulah sedikit pandangan ana berkaitan isu nih yang pada ana perkara pokok isu diatas dan isu2 orang melayu yang berkuasa tetapi tidak menggunakan kuasa dengan sebenar2nya... terutama untuk MEMERTABATKAN HAK AGAMA DAN bangsa...Waallahuaklam..

bagus aku harap ini bukan posting ko yg terakhir didalam thread ko ni .. pantau selalu .. respon selalu ..

anyway back to the topic .. berdasarkan ulasan ko apa yg berlaku di KLCC dan Sungai baru Melaka , apakah ko cuba sampaikan... bahawa kerajaan memberi layanan yg berbeza keatas orang melayu dan bukan melayu ..? begitu ?

Share this post

Link to post
Share on other sites

Pengurusan mercu tanda negara kita dikuasai oleh bangsa asing.diorang sibuk dok cakap merdekakan minda kita dari dijajah..skang kita nampak dah minda siapa yg sebenarnya masih terjajah.Masih menagih khidmat bangsa asing utk mentadbir.

tunggu ajela tak lama lagi bila urusan AGAMA lak dipegang oleh orang yg bukan ahlinya.John W.Berndshustein dari Eropah plak jadik Pengerusi Majlis Fatwa..dan bininya jadik Penyimpan Mohor Besar Raja2.Naudzubillah..

Bila ladang yg terang2 haram gitu,boleh lak dibiarkan,cancel raid tanpa penjelasan.bila makcik2 tua meniaga tepi jalan jual goreng pisang bawah pokok untuk menyara sisa2 hidup,bila dah maju sikit ramai orang beli,datangla majlis2 perbandaran robohkan dan suh pindah kat tempat baru yg biasanya tak strategik lokasinya.

Oh..lupa lak aku..makcik2 penjaja tu mana ada duit nak bandingkan dengan tokey babi..

Setuju tu...takut kekuasan yang ada pada Melayu nih hanya di `remote' je...bercakap pasal undang2 bukan main gah lagi...macam contoh penjual goreng pisang tu...punya la drastik roboh dan suruh pindah dengan alasan itu ini begitu begini...last2 tempat tu kosong, dan tak lama tinggal la keta buruk parking kat situ selamanya, takde apa hal pun.

Bab agama plakss.....ustaz mengajar agama dah dituduh/ditangkap sebab ajar agama konon ajar permusuhan...

Ahli2 maksiat buat dosa/noda terang terangan...tak bley pulak derang tangkap....adusss!!!!

hehehe jawap nye kene tuka(rombak) la mgnmt dept negara kita lah

Edited by rockuu

Share this post

Link to post
Share on other sites

Takyah tukar pun takpe, cuma tukar yang manage jer. Maklumlah manusia nie hati dia lain2. Yang aku tengok "jerung2 besar" nie ada orang backup (orang2 yang ada nama, ada link, ada pengaruh), manakala "ikan2 bilis" nie takde sapa2 nak backup. tu sebab jadi macam nie. Aku heran, apasal 'mat saleh' jadi big boss KLCC? Dah takde orang kat Malaysia nie ker yang layak....

Agaknya pada diorang orang tempatan ni tak pandai manage tempat2 berprestij gitu.kita mesti mintak tolong itu orang putih kasi manage kita punya mercu tanda kebanggaan negara.itu orang putih manyak pandai dan bagus.

Share this post

Link to post
Share on other sites

hehehe jawap nye kene tuka(rombak) la mgnmt dept negara kita lah

Betul tu..try...rombak/tukar kepimpinan negara...ada tak apa2 perubahan.

Perlu diingat untuk perubahan perlukan masa...tak cukup 1-2 penggal je..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Betul tu..try...rombak/tukar kepimpinan negara...ada tak apa2 perubahan.

Perlu diingat untuk perubahan perlukan masa...tak cukup 1-2 penggal je..

Ya betul,perlukan rombakan dalam kepimpinan negara tapi dalam masa yang sama mesti pastikan yang mengganti tu pun jangan yang sama spesis macam yang dirombak tu kalau tak sama je lah takde yang berubah.

Aku pun tak sangka yang manage Suria KLCC tu mat saleh.Bukan main meriah diorang buat duit kat sini..

Salah satu mercu tanda Malaysia yang dibanggakan oleh warga Malaysia,mat saleh yang manage..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Just nak tanya balik la. Ye ke kerajaan boleh buat apa2 pasal isu sewa KLCC? Nak kena check balik siapa pemegang hak miliknya mutlak. Yang tak bestnya, kat berita benda ni panas paling kuat dalam seminggu je, pastu dah diam balik. Aku kekadang malas nak komen terutama melibatkan benda2 yang mungkin ada bau politik ni. Tak puas hati pun ada, tapi tu lah...

Share this post

Link to post
Share on other sites

lagi satu aku dengar gak..

salah satu drpd klcc tuh hak kerajaan brunei..

bapak aku yg bgtau pasal rumor nih..

ader sesaper lagi yg penah dengar..?

Share this post

Link to post
Share on other sites

Agaknya pada diorang orang tempatan ni tak pandai manage tempat2 berprestij gitu.kita mesti mintak tolong itu orang putih kasi manage kita punya mercu tanda kebanggaan negara.itu orang putih manyak pandai dan bagus.

hehehe..itu la hasil 50 tahun merdeka.indah khabar dari rupa.jerung-jerung lebih utamakan rakyat asing.mereka tak peduli.Rakyat asing meriah kaut keuntungan negara kita (siap sombong lagi)..serupa mcm sebelum merdeka dulu.

orang melayu bukan malas,bukan lemah,bukan bodoh...mereka kononnya bantu melayu..tapi dgn polisi yg akhirnya peniaga melayu dibebani hutang..akhirnya gulung tikar..lepas tu kata orang melayu x boleh berniaga, malas..contoh..sipulan..sipulan..dan sipulan..

nampak saja org melayu miskin berniaga tepi jalan... kalau x beri rasuah..angkut!..lps tu org melayu tu berhenti berniaga sebab habis modal..lepas tu kata melayu layu!

"eh tepi jalan tu ada pulak kedai lain boleh bukak..lama2 bukak kilang, eh dah ada 8 kilang rupanya.. boleh pulak? "tu orang bayor rasuah la dol!..ko x tau ke malaysia ni negara rasuah?ko kena bunuh ketua-ketua rasuah dulu baru la orng yg rajin boleh jadi kaya..orng yg malas jadi papa!..kalau ketua-ketua rasuah tak dihapuskan, orang yg rajin boleh jadi papa...orng yg malas boleh jadi kaya."

sapa ketua-ketua rasuah?

tanya la bpr..tu keja depa,takkan depa tak tau!

Tu pasal..bagus idea mu tu...Banyak orang melayu kat majlis daerah/perbandaran.Dan derang ada kuasa itu ini begitu begini...cerita pasal undang2 daerah/perbandaran, last2 orang inilah yang ubahsuai rumah tak ikut undang2.Bila round kat bandaran nampak je..salah peniaga melayu beniaga tak ikut peraturan. Apa lagi sita lah kedai usang tepi jalan tuh...sebab yang meniaga orang melayu dan penguatkuasa jugak melayu, berani la derang.

Kesimpulannya persekitaran sekarang orang Melayu hanya berani pada oarang melayu je...Peniaga bangsa lain ada tu dia punya bangunan haram sampai tepi kubur pun orang melayu tak bley buat apa?

Orang melayu ni sebenarnya perlukan anjakan paradiqma..sampai bila kita nak berdiam diri...

Share this post

Link to post
Share on other sites

Nasib melayu mmg macam tu walau dok di Tanah Melayu tapi menang sorak jerlaaaaa....kampung tergadai.Tapi x reti2 jugak.Kite bersorak2 dr dulu sampai hari ni bila Komtar di bina,bila menara berkembar petronas dibina smpai besar lobang hidung sbb tu mudah plak dicucuk hidung.

Share this post

Link to post
Share on other sites

bagi aku banyak faktor kenapa restoran tu tak boleh nak survive

1. Kadar sewa dari tahun kesetahun makin tinggi. Bergantung pada perjanjian masa nak sewa.

2. Jualan makin kurang. sebab yang datang nak makan makanan melayu selalunya melayu jugaklah. Selalunya melayu berkira pasal harga makanan ni. Tambah-tambah kalau makan di tempat yang dikatogerikan "high class" cthnya di Suria Klcc... Bagi orang kita..makanan melayu boleh di dapati di mana-mana dengan harga yang jauh lebih murah jadi kenapa nak bayar lebih...

3. Adakalanya tuan punya lot meletakkan harga sewa kekadang mengikut kaum...benda ni berlaku...kalau sama dengan kaum tuan punya lot harga berpatutan...tetapi kalau bukan kaum dia memang di hentam kaw-kaw...

4. Suria Klcc pengunjung dia bukan majoriti Melayu..selalunya bukan melayu bukan nak makan di kedai melayu...

5. Mungkin pengurusan kewangan yang kurang baik...mungkin..

Btw aku rasa bukan sebab melayu tak nak tolong melayu...maybe nature orang melayu tak suka makan kat restoren...lebih suka suruh bini masak makan kat rumah ngan keluarga...nak jimat duit....

just pendapat

Edited by tasek16

Share this post

Link to post
Share on other sites

Pelancong Russia tu akan balik ke negaranya dan dia akan berkata kepada rakannya yang lain:

TANAH MELAYU TELAH DI JAJAH SEMULA <_<

Share this post

Link to post
Share on other sites

Pelancong Russia tu akan balik ke negaranya dan dia akan berkata kepada rakannya yang lain:

TANAH MELAYU TELAH DI JAJAH SEMULA <_<

Habis yang derang bersorak dan berkumpul dari jam 5.30 ptg hingg 11.59 malam kononnya nak sambut MERDEKA mungkin sampai pukul 3.00 pagi pada 30/8/...setiap tahun kat Dataran Merdeka tu derang buat apa ha...kat sana.

Ana rasa bukan nak sambut MERDEKA..tapi derang "merdeka" boleh buat apa suka kat sana tuh...itu yang MALAYSIA merdeka tuh...Esoknya macam2 barang boleh jumpa kat padang tu..hehheee

Pada ana masih ada pemimpin Malaysia yang baik dan ber`etika' TETAPI..di mereka dikawal pulak oleh kuncu2 yang lain...

Share this post

Link to post
Share on other sites

pasal org asing jadi bos tu mgkin sbb pelaburan dari luar kot..nanti yg mcm2 wilayah bakal nak dibina nanti aku takut dikuasai oleh org asing dan kaum2 sejenisnya jgk..mgkin singapore akan menguasai wilayah iskandar nanti....so sapa kita masa tu?menyewa di negara sendiri????bagi para kontraktor besar2 yang kroni dan rasuah of coursela memberi keuntungan tahap gaban sampai boleh bela 7 generasi.....tp bg rakyat biasa..rasanya tiada yang memberi kesan sgt kot kepada ekonomi....yg pasti harga barang2 keperluan harian akan terus naik dan naik....

aku benci kerajaan..x kira la sapa yg kadi kerajaan, aku benci..

kat tempat aku ramai je makcik2 jual tepi jalan...kaya diorng ni...tp of coursela kaya lagi tokey babi dari negeri cina yg bermahafirauncelaka skng ni...

mgkin melayu sudah ditakdirkan untuk merempat dinegara sendiri...kalau ada yg berjaya pun sbb cable. kroni n rasuah semata2...bg yg jujur dan ikhlas nmpak gayanya berjaya diakhirat jela....kat dunia hidupla dgn sederhana...makan gaji pun makan la asalkan dpt mkn rezeki yg halal...daripada ada bisnes yang berteraskan rasuah dan potong memotong leher sesama sendiri....

Share this post

Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...