Jump to content
PerWaris

Ingin Mencari Sesiapa Yang Berminat Dengan Perniagaan Amanah Saham (un

Recommended Posts

80% of newbies UT Consultant Public Mutual has resigned, terminated, withdraw interest to participate in UT Biz world...

Only survivers in this biz which consultant yg consistents can withstand the challenges....

Nonetheless..they are huge spaces "rooms" to secures sales and manage new portfolios, espescially with new prospect investors+ corporate investors yg take oppurtinity to "buy low now, hold and sell high later".

Nowadays, time frame to register and seat CUTE exam is just 2 weeks...last year 2 months..

The biz is still outthere..come, lets join us
...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Moga Barack Obama menang..moga dia dpt memacu semula pertumbuhan Ekonomi AS yg menjadi punca Krisis Kewang Global blush.gif

Tinjauan Pasaran: Manfaat kejatuhan harga saham
Oleh Kaladher Govindan

Peluang baik beli ekuiti mewah terpilih terutama kaunter perladangan


KEJATUHAN pasaran saham global minggu lalu mencetuskan penurunan mendadak penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) ke paras terendah dalam tempoh empat tahun, selepas sambutan Deepavali, sebelum lantunan yang menaikkan semula indeks.

Susulan daripada itu, KLCI pulih 4.5 mata atau 0.5 peratus minggu lalu untuk ditutup pada 863.61, dengan purata dagangan harian 821.3 juta saham bertukar tangan, berbanding 624 juta saham minggu sebelumnya.

Langkah bank pusat global mengkaji semula pasaran kredit dan mengakhiri krisis kewangan dengan kesediaan menyuntik AS$4 trilion ke dalam sistem dan mengurangkan kadar faedah, bertujuan memacu pengembangan kredit, sudah mula menunjukkan tanda positif dengan sedikit kelegaan dilihat pada kadar antara bank.
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengambil langkah wajar mengurangkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada satu peratus Rabu lalu dan komited menyediakan AS$30 bilion setiap satu ke Korea Selatan, Mexico, Brazil dan Singapura.

Langkah lain seperti diambil badan korporat JPMorgan Chase & Co untuk menangani penyebab masalah, yakni krisis perumahan, disambut baik dan harus diikuti badan korporat lain.

Sekiranya Obama dipilih sebagai presiden AS Rabu ini, pasaran dijangka memberikan reaksi positif kerana parti Demokrat dilihat mampu memberikan nafas baru dalam kemurungan ekonomi AS, selain dapat mengubah dasar tidak membantu, termasuk dasar luar negara dan peperangan.

Dalam persekitaran domestik, kita juga akan menyaksikan pengumuman beberapa langkah positif pada hari sama oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi membantu negara berdepan keadaan ekonomi dunia yang sukar ketika ini.

Sungguhpun lebih banyak langkah fiskal untuk memacu permintaan domestik dijangkakan, kerajaan berkemungkinan memberi keutamaan kepada projek semasa berbanding memperkenalkan langkah baru disebabkan jurang defisit bajet yang melebar.

Pengurangan harga minyak baru-baru ini telah mengurangkan lagi pendapatan kerajaan tetapi ia penting bagi meningkat perbelanjaan dan mengurangkan tekanan inflasi.

Kombinasi langkah monetari dan fiskal lebih berhemah untuk melindungi ekonomi negara daripada krisis global lebih serius dan pengurangan tekanan inflasi, Bank Negara mestilah bersedia mengurangkan OPR.
Sehubungan itu, adalah satu peluang baik bagi pelabur memilih beberapa kaunter mewah yang sebelum ini begitu teruk tertekan, terutama kaunter perladangan.

Sebagai kesimpulan, pelabur dinasihati mengambil langkah segera mengambil kesempatan membeli saham ketika harga sedang jatuh ketika ini.

Kami menjangkakan pelabur akan lebih yakin memasuki pasaran susulan syarat positif daripada pasaran saham AS Jumaat lalu.

Bagi minggu ini, indeks KLCI dijangka meningkat ke arah sasaran semerta 888 mata. Rentangan seterusnya bagi KLCI ialah pada 900 hingga 920, manakala halangan lanjut pada 940 mata.

Sebagai langkah strategi, pelabur dinasihati bertukar atau menjual saham perbankan dan sebaliknya membeli saham dalam sektor seperti pembinaan, minyak dan gas, serta perladangan susulan kemungkinan besar harga minyak mentah dan MSM akan mencatat pantulan daripada kejatuhan mendadak baru-baru ini.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Berita dpd Public Mutual..Promotion Period... blush.gif

Good news to all!

We are pleased to announce that we will be offering a Special Service Charge of 5%
on all our equity funds for a limited period from 3 November to 3 December, 2008

This special service charge will be extended to all cash transactions (including
standing instructions, RCA instructions and switching of low-load units) into the
equity funds during the said period.

It is indeed an opportune time to encourage long term investors to take advantage of
the current attractive market valuations, to increase their investment into the equity
funds to meet their long term investment goals.

The world's most renowned investor Warren Buffett had in his recent article titled
'Buy American. I Am" published on 16 October 2008 in the New York Times, quoted
the following in explaining why he began to invest heavily in stocks:
-

" I can't predict the short-termm oyementso f the stock market.I haven't thef aintest
idea as to whether stoclcs will be higher or lower in a month - or a year - from
now. Wat is likely, however, is that the market will move higher, perhaps
substantially so, well before either sentiment or the economy turns up. So tf yo,
wait for the robins, spring will be over. "


cool.gif Edited by PeR_Waris

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(Etiqa @ Mar 3 2008, 12:55 AM) <{POST_SNAPBACK}>
There are 4 Categories of Funds Managed By Public Mutual;

(1) Equity Funds (Expected Return 20% - 50% within 1-3 years)
(2) Balance Funds (Expected Return 15% - 35% within 1-3 years)
(3) Bond Funds (Expected Return 3% - 7% within 1 year)
(4) Money Market Funds (Expected Return 3% - 5% within 1 year)

The Islamic Fund Performances (my 3 favourites funds) as at December 2007, KLCI INdex 1445 point

PIOF
6 month ; 11.81%
1 Yr; 51.19%
2 Yr; 89.43%

PIEF
6 Month; 14.62%
1 Yr; 42.26%
2 Yr; 77.36%
3 Yr; 77.35%

PIDF
6 Month; 10.92%
1 Yr; 36.98%




seyes i xphm ape yg korang cte ni..
nway ley x fwd kan details dan penerangan terperinci regarding this..
[email protected]

tq

Share this post


Link to post
Share on other sites
RM7b rangsang ekonomi

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan hari ini mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion dalam usaha mengukuhkan lagi daya tahan negara dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi persekitaran global yang semakin mencabar.

Antara intipati pakej tersebut ialah seperti berikut:

Caruman KWSP
Kerajaan akan membenarkan pekerja untuk mengurangkan potongan caruman pekerja KWSP secara sukarela sebanyak 3 peratus selama dua tahun mulai 1 Januari 2009.

...di jangkakan ramai pencarum yg akan memilih alternatif yg di benarkan oleh kerajaan ini. Indirectly, it will slightly affect the amount eligible for UT-EPF investment when pencarum want to make withdrawal....

Pinjaman kenderaan
Bagi gred JUSA, had kelayakan pinjaman kereta dinaikkan daripada RM60,000 kepada RM70,000.
Bagi gred 41 hingga 54, had kelayakan dinaikkan daripada RM55,000 kepada RM65,000.
Bagi kumpulan sokongan, had kelayakan dinaikkan daripada RM45,000 kepada RM55,000.

Pendidikan/Latihan
RM200 juta untuk pendidikan awal kanak-kanak di peringkat umur satu hingga enam tahun.
RM200 juta kepada empat kumpulan sekolah iaitu RM50 juta untuk sekolah agama bantuan kerajaan, RM50 juta untuk “mission school”, RM50 juta untuk SJK Cina dan RM50 juta untuk SJK Tamil.
Sebanyak RM200 juta bagi membiayai program daripada institusi latihan swasta dan pesertanya terdiri daripada golongan belia dan beliawanis daripada semua kaum.

Jalan/Pengangkutan
RM500 juta untuk membina, menaik taraf jalan di luar bandar, jalan kampung dan jalan pertanian termasuk di Sabah dan Sarawak.
RM500 juta bagi menyelenggara dan memantapkan lagi sistem pengangkutan awam khususnya sistem LRT, Komuter dan sistem bas di bandar utama.

Peniaga kecil
Untuk membantu usahawan yang menjalankan perniagaan kecil, Bank Negara Malaysia akan menyediakan pinjaman mudah sebanyak RM200 juta bagi melaksanakan skim mikro kredit. Edited by PeR_Waris

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(insy @ Nov 5 2008, 10:23 AM) <{POST_SNAPBACK}>
seyes i xphm ape yg korang cte ni..
nway ley x fwd kan details dan penerangan terperinci regarding this..
[email protected]

tq


Insy,

I assume u know about Unit Trust Investment Already.

The informations yg I post on 3rd March 2008 and re-quoted by you in putera.com dated 5.11.2008, is generally describe jumlah pulangan pelaburan (in %) dari tempoh 1 hingga 5 tahun bg dana PIEF, PIOF dan PIDF. This 3 are my favourite funds and most recommended to my customers.


However U can refer the more details in your email No.1 and also please read my email No.2, i ada explain how i protect my client's capital and miximize their profit ( i dah forwarded to u)
.


Just wanna brief some more here..for your and guests who read this post

I believed that u aware, now KLCI and indirectly Unit Trust Funds are sit in the bottom line now and will remain there till next few months. It is becoz of concerns over global financial crisis which will then, contributed slow economic growth. We are in the recession environment

However, I encourage you to look on the opposite side. When there is a crisis, come great oppurtinities to buy. The principle to gain profit in investment is simple; U buy low now, u hold and u sell high later. UT ni, tak boleh tgk short-term returns. It is mid-long term investment. U will see handsome rewards kalau simpan 3-5 tahun. Tahun lepas berbeza sikit sbb bull run, boleh dpt 30-40% dlm setahun kalau u jual.

I hope can have ur feedback, let me know what is ur comment yeah. tq
Edited by PeR_Waris

Share this post


Link to post
Share on other sites
artikel menarik mengena keadaan ekonomi semasa dan peluang disebaliknya.. blush.gif


Opportunities in crisis


MOST in the investment fraternity agree that with the huge dip in all markets, it’s time to go shopping for stocks. Selling at this point would be a poor strategy.

Capital Dynamics Asset Management managing director Tan Teng Boo says people are ignoring that oil prices are now so much lower than what it was in July. Come 2009, inflationary pressures will have eased tremendously, and this will primp markets for another run.

“Low oil prices will definitely help emerging markets, as it will also lower interest rates, hence boost consumer spending,”

“We are getting close to the bottom. If you are 100% in cash, then it’s time to invest. Even if you’re 50% cash, it’s time to start buying. We’re not there yet, but getting very close to where we should be long-term greedy. This is a once in a lifetime investment opportunity,” he says.

Standard & Poor’s Asia Equity Research Services director Alexander Chia sees the bottom happening within the next two quarters.

“Yes, for sure I see opportunities in times of crisis. With bad news being plastered everywhere, it is hard for the investor to maintain his perspective. Don’t let emotions take over.

“I don’t think people should be buying just yet, as investors are still selling into strength, but I believe the bottom is not far off,” Chia says. Chia opines that most funds are cashed up and waiting for that point of capitulation.

“Have your assets very liquid, so that when capitulation happens, you have the bullets to buy. For the time being, I see the market trading rangebound to lower,” he adds.

A fund manager says that if one follows the Buffet style of investing, (having a 3-5 year view), present times present exceptional opportunities.

“History has proven it. So if you have the money, it is a good time to start investing
,” he says.

He adds that when there are declines in the major indices, investors will normally compare sectors and look at the more defensive sectors of the economy.

Says JP Morgan Securities head of broking Clement Chew: “In the short term, its unpredictable. But if you have to buy, some of the sectors to look at would include tobacco, power, telecoms, supermarkets and number forecasting operators. Look at companies that offer deep value with some sort of yield to support it,” he says.

Chew cautions that investing in commodities is still risky, as there is still a lot of unwinding in commodity trade going on.

Chew isn’t too bullish on properties either.

“The newsflow surrounding property stocks isn’t so good, and with lending being curtailed and credit shrinkage everywhere, this wouldn’t be such a good time. Regional property companies are trading at wider discounts to their revised net asset values. I don’t think you will see property stocks going up,” says Chew.

By TEE LIN SAY - TheStar

Share this post


Link to post
Share on other sites
Apa yg lebih menghairankan....kesedaran melabur demi masa hadapan sudah bercambah, ramai yg ingin mengambil peluang dpd penurunan pasaran saham utk masa hadapan..

sesiapa yg ingin jadi consultant, peluang perniagaan sentiasa cerah
.. blush.gif

Ekonomi: Keyakinan rakyat pada paras terendah

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Rakyat Malaysia semakin merasai beban krisis kewangan global apabila kajian menunjukkan 68 peratus pengguna menyatakan ekonomi negara sedang merosot dan keyakinan kini berada di paras terendah.

"Orang ramai bimbang tentang iklim ekonomi apabila Indeks Keyakinan Pengguna Malaysia jatuh ke paras rendah 88 mata dalam kaji selidik terbaru, tinggi sedikit berbanding purata sejagat sebanyak 84 mata, tetapi kurang sembilan mata daripada separuh pertama 2008," kata Pengarah Urusan Nielsen Company Malaysia, Paul Richmond.

Kajian Keyakinan Pengguna Global Nielsen, yang dijalankan dua kali setahun meninjau pandangan 26,202 pengguna dalam 52 negara di tengah-tengah krisis kewangan global dengan 500 rakyat Malaysia di semua peringkat umur telah ditemubual daripada 23 September hingga 6 Oktober 2008 mengenai tahap keyakinan mereka dan tinjauan ekonomi sejak kali terakhir kaji selidik diadakan pada Mei 2008.

Richmond berkata, dalam kajian itu, pengguna telah ditanya bagaimana mereka akan membelanjakan lebihan wang tunai selepas memenuhi keperluan harian, kira-kira 67 peratus menyatakan mereka menyimpan wang untuk masa sempit. Baki 46 peratus lagi akan membayar hutang kad kredit dan pinjaman mereka.

Lebih menghairankan kata beliau, dalam tempoh sukar, satu pertiga daripada rakyat Malaysia masih mahu pergi bercuti manakala kira-kira 30 peratus bercadang melabur dalam pasaran saham atau saham amanah mungkin melihat peluang baik untuk membeli saham murah.

Mengulas kebimbangan utama yang ada dalam kajian bagi tempoh enam bulan akan datang, katanya, sebanyak 43 peratus menyatakan kebimbangan terhadap ekonomi diikuti kestabilan politik (32 peratus) dan kenaikan harga makanan (18 peratus).

Beliau juga menyatakan kebimbangan rakyat Malaysia terhadap kestabilan politik juga mengatasi negara lain di Asia Pasifik ketika ini dan menunjukkan perbezaan ketara terhadap keputusan separuh pertama kaji selidik pada Mei lalu, yang menyaksikan kadar inflasi (58 peratus), keselamatan diri dan kadar jenayah (52 peratus) dan harga bahan api atau minyak (45 peratus) sebagai tiga kebimbangan tertinggi mereka.

Hampir separuh bersetuju bahawa pekerjaan mereka dan prospek kewangan tidak begitu memberangsangkan dalam tempoh 12 bulan - menunjukkan dengan jelas bahawa perbelanjaan yang melampau tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat.

Hasil kaji selidik mendapati lima cara teratas rakyat Malaysia membendung kenaikan kos termasuk mengurangkan perbelanjaan pakaian baru (62 peratus) mengurangkan kos hiburan di luar rumah (57 peratus), menjimatkan gas dan elektrik (54 peratus), menangguhkan pembelian perkakasan teknologi terbaru seperti telefon mudah alih dan komputer peribadi (49 peratus), dan beralih kepada barangan runcit yang berjenama murah (43 peratus).

Share this post


Link to post
Share on other sites
PB Trustee Nominees..will writing services.

This will be extra benefit to all public mutual investor..No limit amount investment

Fee is only RM 80..if i not mistaken, standard market fee is RM 100++

Setiap consultant yg berjaya brought in sales for this service, commission is RM 10/person..just for infor to investor also ttg our new value added..

kira ok la kot
..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Perhaps this is good news for pelabur Public China Ittikal dan Public China Select...Hope the momentum can sustain blush.gif

China lonjakkan harga saham

London 10 Nov. - Bursa saham Asia dan Eropah melonjak hari ini berikutan pengumuman pelan rangsangan ekonomi bernilai 4 trilion yuan atau AS$586 bilion (RM2.06 trilion) yang dibuat China.

Menurut laporan agensi berita, Indeks penanda aras Bursa Saham Shanghai meningkat sehingga 7.27 peratus, peratusan kenaikan tertinggi dalam sehari, selepas kerajaan China mengumumkan pakej perangsang yang besar untuk merangsangkan ekonomi negara itu.

Tokyo melonjak 5.81 peratus, Hong Kong naik 3.5 peratus dan Sydney meningkat 1.4 peratus.

Pada awal dagangan di Eropah, London meningkat 2.77 peratus, Paris naik 3.10 peratus dan Frankfurt didagangkan tinggi 2.83 peratus.

Di Amerika Syarikat, Indeks Dow Jones meningkat 2.85 peratus.

''Pakej rangsangan China telah memberikan kesan kepada kestabilan dalam jangka terdekat,'' kata Pakar Strategi di BNP Paribas Ian Standard.

''Bagaimanapun, masih terdapat kebimbangan terhadap ekonomi sejagat dalam jangka panjang sehingga memaksa memerlukan negara komunis itu mengambil tindakan yang drastik,'' tambah beliau.

Pada Ahad lalu, China mengumumkan pakej rangsangan ekonomi dengan harapan untuk meningkatkan permintaan domestik dalam suasana eksport yang semakin menurun kerana pasaran asing menyusut berikutan krisis kewangan global.

Langkah itu telah diluluskan kabinet pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Wen Jiabao pada Rabu lalu dan langkah itu juga akan meningkatkan perbelanjaan infrastruktur serta sektor lain berikutan pertumbuhan domestik yang lembap.

''Dengan pelan berskala besar itu, ia diharap dapat memberikan kesan yang sewajarnya untuk menangani isu semasa.

''Tetapi kita tidak dapat menyangkal kejutan global adalah kuat dan pakej tersebut tidak dapat memulihkan ekonomi China tetapi hanya akan melambatkan pertumbuhan,'' kata Penganalisis Calyon, Sebastien Barbe.

Pertumbuhan ekonomi di negara itu akan menyusut kepada sembilan peratus pada suku ketiga tahun ini, paras terendah dalam lima tahun disebabkan pengurangan eksport.

Di Kuala Lumpur, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) turut meningkat 10.29 mata atau 1.2 peratus untuk ditutup pada paras 904.24 mata.

Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj berpendapat, pakej rangsangan yang diumumkan oleh China bagi membantu memulihkan ekonominya merupakan satu langkah yang baik bagi pasaran saham Asia dan Malaysia.

''Ia memberikan satu semangat atau nafas baru kepada pasaran tempatan mahupun Asia memandangkan China adalah negara yang mempunyai hubungan dagangan yang baik dengan Malaysia dan negara-negara di rantau ini.

''Selain itu, langkah tersebut juga menunjukkan China berani bertindak dengan menyuntik dana ke pasaran bagi merangsangkan pertumbuhan ekonomi dan penguasaan ekonomi dunia kini mungkin beralih kepada China,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Penganalisis Inter-Pacific Securities Sdn. Bhd., Koay Yi Chuan juga berpendapat pasaran saham China mempunyai pengaruh yang besar kepada pasaran saham tempatan dan dunia.

Katanya, seluruh dunia saling bergantungan dan kebanyakan eksport melalui China boleh memanfaatkan pasaran dunia, terutama AS.

''Republik itu merupakan penyumbang utama kepada ekonomi dunia iaitu lebih 25 peratus. Kalau ekonomi China stabil maka pasaran AS pun serupa dan secara tidak langsung juga menguntungkan Malaysia," katanya.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(my'z purple @ Nov 12 2008, 08:01 AM) <{POST_SNAPBACK}>
ada agent mlk x kt cni?
sy berminat la..

pm sy..



saya takder agen di melaka..

anyway cik/puan cool.gif , walaupun saya based di KL.. saya sedg active merekrut agent outside klang valley utk buat cawangan and backup consultant lets say kalau ada client yg based di sana...

kalau u joint sy.,.our communication is via phone, online internet but about group meeting maybe u unable to attend, that part i can accept..

about training..u don't worry, u still can attend in the melaka branch.

what do u think..

anyway, check ur PM as well
Edited by PeR_Waris

Share this post


Link to post
Share on other sites
Moderator kat forum.cari.com ada suh aku share pengalaman a.k.a kisah benar aku sbg tips utk newbies dlm UT..aku rasa elok jugak kalau aku paste kat sini utk pembacaan sumer..But, kisah aku tak leer se-glamour kisah otai2 lain..baca la tongue.gif

Aku memulakan kerjaya nie as part time jer dulu on December 2005. time tue, aku masih lagi bekerja di bank sebagai Risk Management Executive (Insurance & Investment)

Aku mula2 mengetahui ttg pelaburan UT bila aku di approach oleh sorang agent UT di shopping complex (la nie upline aku)..mmg rezeki upline aku on that time…becoz kebetulan aku tak tau hape ngan UT but aku mmg tercari2 product pelaburan mana yg bole bg return more than ASB..so aku terus subscribe masuk Islamic Equity Fund..terbang RM 10K…

2 bulan, 3 bulan..pelaburan aku dah ada profit more than 20%, aku terus jual (sbb nak kahwin time tue)..lepas kahwin, oleh kerana aku sedar kos hidup akan meningkat, aku tanya upline aku samada as kerjaya nie kalau buat part time consultant ada prospect tak utk succes..upline aku ckp very simple..bukan setakat nak success, nak jadi millionare pun bley tp yg penting kena usaha, consistent dan byk kena “sacrifice”..

upline aku lansung tak cakp ttg benefit instead dia kata komisen jadi UTC nie ciput… 2.85% ajer but kalau aku “consistent” dan “sacrifice”, follow strategi recruitment dgn tekun, aku akan earn financial freedom..so, aku nekad walaupun aku sedar, nak jadik kaya bukan sekelip mata tp kena usaha dulu..


Aku bukan cam otai2 lain dlm biz nie yg very lucky closed sales juta2, komisyen ribu riban at the 1st time they joined this biz..bulan pertama, aku hanya closed sales RM 1000 ajer (duit aku) so My first komisyen is just RM 28.50 jer..2nd month, closed sales naik sket.. dpt RM 4000…itu pun client aku hanya mak aku, mak mentua aku dan pakcik aku…

kalau korg baca kisah-kisah benar UTC lain..1st month komisyen ajer dpt RM 5000-RM 6000, aku tak bernasib baik cam diorang..and aku rasa tertekan sad.gif

Memandangkan aku terperangkap di ofis, aku realize yg aku takleh pegi jauh kalau mengharapkan closed friends dan family members..oleh itu, aku rajin2 turun roadshow, sabtu ahad pergi “lone ranger” kat pasar seni dan masjid India, aku aktif masuk Jawatankuasa penduduk, kelab umno (tujuan business shj ),

summer nie utk meng “expose”kan aku kepada cold market…dan aku juga start meng”aktif”kan diri dlm forum internet..pendek kata, aku gunakan every source yg bole semata2 utk dptkan “contact”…kita kena let every body knows what business are we offered..kita kena promote biz..Aku juga terpaksa selamba menggunakan platform kerja aku yg banyak deal dgn customer bank..amik kontek depa dan follow up kemudian.. biggrin.gif


As part timer, mmg masa aku terhad nak jumpa client..oleh itu, aku try seboleh2 arrange appointment time lunch hour, after working hour dan juga weekend..kalau client nak jumpa time office hour, aku akan amik ½ day leave..setakat emergency leave..aku on top dkt human resource… tongue.gif

Pengalaman aku yg paling leceh ialah apabila aku nak meyakinkan CFO satu kompeni nie ttg benefit Unit Trust Investment ..time tue, company nie adalah my 1st time ever prospect corporate clients..macam2 dia mintak kat aku dr projected return, tax, financial planning hinggala ke unit trust portfolio model..time final presentation lagi kena bamboo plak tu becoz presentation slide files aku corrupted..bengkek betul ..aku terpaksa depends on excel sheet, QFR dan account-account client aku as supporting docs…oleh sbb itu, aku dah give up..kalau ada rezeki, ada la…

after 2 weeks, secretary call kata aku has been selected..menangis aku time tue …CFO ucap syabas, dia select becoz aku very “patient” and “honest”..alhamdullillah, my 1st 1 million ringgit sales..and now, they are still my client. Diorng punya 1st investment dah selamat di bawa kuar beserta profit 60% ++ (during KLCI peak 1500 points) ..now aku handle 2nd investment (they masuk semula RM 800K.. time KLCI 900 points…nak beli murah)


year 2007 adalah turning point..aku decide to make a big step to be full time Consultant.. Walaupun bini aku kuat menentang..tp skang la nie tiap bulan selalu senyum kembang …3 corporate sales yg aku handle (including di atas) dan masih lagi active insyaallah memberikan pasif income yg baik tiap2 bulan..


Minggu by minggu, bulan by bulan, late tahun 2005 hinggal early tahun 2007 sehinggala time skang… sales aku bertambah dpd RM 1000 hingga la now approaching 10 millions ++ dan insyallah akan bertambah lagi selagi aku work hard ..kalau dulu target yg individual shj, now main target is corporate dan datuk2..we must know who we must target kalau berangan nak makan besar...


Prinsip aku utk success dlm biz nie is very simple ..Konsistent dan sacrification..konsistent bermaksud everything dlm biz nie kena consistent..call customer, closed sales ,manage, sales after service everything etc...sacrification is a must becoz nowadays competition is very tough..people look at value added if the service is about the same..


Usaha, rajin, don’t give up, jgn malu2, knowledge etc. now is a basic requirement already..without that, don’t jump into this biz..otherwise, buang masa ajer.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Satu artkle yg bagus utk pelabur2 baru dlm dunia investment.. aku copy dpd link
http://www.bharian.com.my/Current_Ne...cle/index_html
Check it Out
mellow.gif

Kaedah membina portfolio pelaburan tak rumit

RAMAI yang hilang minat apabila mendengar perkataan ‘portfolio’ kerana menganggap ia rumit dan hanya diperlukan golongan kaya atau pakar kewangan.

Sebenarnya, portfolio pelaburan adalah rekod menunjukkan bagaimana anda membahagikan wang dalam aset berlainan.

Dengan adanya portfolio pelaburan, anda dapat menstruktur pelaburan dengan lebih sistematik dan menetapkan arah tuju pelaburan dan menguntungkan.

Jika anda ingin membina portfolio pelaburan, berikut adalah tiga langkah mudah:

Langkah 1: Tetapkan matlamat kewangan

Setiap usaha perlu dimulakan dengan menetapkan matlamat jelas, begitu juga dengan pelaburan. Contoh matlamat kewangan termasuk menabung untuk persaraan atau pendidikan anak.

Langkah 2: Lihat situasi kewangan anda

Selepas menetapkan matlamat kewangan, kenal pasti jumlah wang yang anda ada.
Pastikan anda memperuntukkan wang untuk keperluan jangka pendek dan kecemasan.

Ramai perancang kewangan menyarankan jumlah yang patut diperuntukkan sebaik-baiknya menyamai perbelanjaan untuk sekurang-kurangnya tiga bulan.

Langkah 3: Pilih pelaburan yang sesuai

Selepas membuat langkah 1 dan 2, anda kini sudah bersedia memulakan pelaburan.

Selain wang yang ada, anda seharusnya merancang untuk melabur sebahagian daripada gaji bulanan anda.

Pakar kewangan menasihatkan anda melabur antara 10 hingga 20 peratus daripada gaji bulanan.

Ada pelbagai produk pelaburan di pasaran yang mungkin menepati tahap risiko dan pulangan yang anda inginkan.

Contohnya, pelaburan seperti deposit bank menawarkan pulangan dan risiko rendah. Hartanah pula menawarkan pulangan tinggi, tetapi risikonya juga tinggi dan tahap kecairan rendah.

Walaupun pilihan pelaburan bergantung kepada keperluan dan tempohnya, kombinasi pelaburan dalam portfolio perlu mengimbangkan risiko yang boleh ditanggung dan pulangan diharapkan.

Anda juga boleh menyimpan semua wang di bank iaitu satu pilihan selamat, tetapi pulangannya rendah.

Mengikut prestasi lalu, pelaburan saham boleh memberikan pulangan 10 peratus dalam jangka panjang dengan tahap risiko sederhana.


Langkah 4: Pelbagaikan pelaburan anda

Satu aspek penting dalam membina portfolio ialah pelbagaian. Justeru, elakkan melabur semua wang dalam satu pelaburan saja. Jika anda melabur dalam saham sesebuah syarikat saja, anda akan hilang semua wang jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada syarikat berkenaan.

Jika anda mempunyai wang terhad atau ia adalah kali pertama anda melabur, mungkin anda perlu bermula dengan dana unit amanah kerana ia menawarkan kepelbagaian dan anda juga tidak perlu membuat kajian menentukan syarikat mana sesuai untuk anda melabur.

Menerusi dana unit amanah, anda berpeluang mempelbagaikan pelaburan dengan memilih jenis dana, sama ada dana pertumbuhan, dana ekuiti atau dana bon.


Tetapi pastikan anda membaca prospektus dana amanah dengan teliti sebelum melabur kerana ia mengandungi maklumat penting dalam memahami prestasi dana itu.

Langkah 5: Awasi portfolio pelaburan anda

Jangan fikir bahawa tugas anda selesai selepas membina portfolio pelaburan. Anda perlu terus mengawasi prestasi dan menilai semula kombinasi pelaburan anda berdasarkan tahap kehidupan, masa dan apabila situasi berubah.

Nota: Artikel disediakan Securities Industry Development Corporation (SIDC), iaitu peneraju bidang pendidikan, latihan dan sumber maklumat berkaitan pasaran modal di Asean. Sila layari laman web Pelabur Malaysia, www.min.com.my untuk mendapatkan tips pelaburan bijak.
__________________

Share this post


Link to post
Share on other sites
Senarai NAV Price Terkini of Popular Islamic Funds of Public Mutual..

Kepada mereka yg berminat nak jadi consultant, My own calculation, those yg invest during KLCI 800++ points like now, when it hit 1000 ++ points, future client anda akan earned profit 8%-12%
tongue.gif

13/11/2008 Public China Ittikal Fund PCIF 0.1361 -0.0042 -3.09%
14/11/2008 Public Islamic Dividend Fund PIDF 0.2351 0.0002 0.09%
14/11/2008 Public Islamic Equity Fund PIEF 0.2425 -0.0002 -0.08%
14/11/2008 Public Islamic Money Market Fund PIMMF 1.0195 0.0001 0.01%
13/11/2008 Public Islamic Opportunities Fund PIOF 0.2264 0.0001 0.04%
13/11/2008 Public Ittikal Fund PITTIKAL 0.6752 -0.0067 -0.99%

And sapa yg masuk Public Islamic Money Market Fund rite now to park temporarily fiest, zero service charge % incurred up to 31st March 2009 .

Share this post


Link to post
Share on other sites
ramai pelabur UT dah salah faham ttg the real scenario about our economic....and yg malangnya, ada juga UTC yg failed to explain


Ekonomi Malaysia tidak alami kemelesetan
17/11/2008 3:26pm


KUALA LUMPUR 17 Nov. — Ekonomi Malaysia menunjukkan tidak mengalami kemelesetan, sebaliknya, berkembang dengan lebih perlahan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Kong Cho Ha.

“Dengan itu, ekonomi dijangka mencatat pertumbuhan lebih kurang lima peratus bagi keseluruhan tahun 2008,” katanya ketika menjawab pertanyaan Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN-Pulai) di sesi soal jawap di persidangan Dewan Rakyat di sini.

Berikutan pengumuman langkah tambahan sebagai respons terhadap krisis kewangan dunia yang dibentangkan oleh kerajaan pada 4 Nov, Kong menjelaskan bahawa ekonomi negara diramalkan berkembang pada kadar 3.5 peratus pada tahun 2009.

Bagaimana pun, katanya negara tetap tidak terkecuali dari bahang persekitaran global yang tidak menentu.
Walau pun banyak negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan dan sesetengahnya dijangka mengalami kemelesetan, ekonomi Malaysia pula, kata Kong dijangka berkembang perlahan pada separuh kedua tahun ini.

“Sungguh pun, negara kita tidak mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun ini, bahang ledakan krisis kewangan global di Amerika Syarikat dan Eropah sudah mula dirasai di seluruh dunia termasuk Malaysia,” katanya.

— BERNAMA

Share this post


Link to post
Share on other sites
Consistent. Why aku sgt particular dgn word Consistent dlm penglibatan diri nie dlm Bizness Unit Trust…??

Nie adalah pandangan personal aku ttg why we need to be consistent??
blush.gif


Communication

Just use a simple language not a high standard which finally, ur client didn’t get what you are trying to explain about. Berkomunikasi also should be adjusted based on your client’s profile accordingly.

If you talked to corporate personnels but use harsh2 word, ur chance to secure sales is slim. 1st impression is come from your personality of “chit chat”

Obligation

In this case, aku more refer to responsibility dan commitment of UTC’s role towards their client’s interest. UTC must play their role in a wider prospective as a Financial planner, not just Unit Trust Consultant. We should not talk about return of investment but should more focus on the financial planning towards the future life, by using unit trust funds.

And it is our responsibility as well to manage the client’s portfolio in proper manner. Search knowledge via attending seminars, training is essential as part of our commitment in this biz.


Every UTC Public Mutual should use financial planning advisor as a selling tools.

Network

Without recruitment, you can never build your agency. Without agency, u still can b Unit Trust Consultant but the prospect income slightly lower, unless UTC have a strong fundamental. Recruitment + Sales must do 50-50. Sales are for your direct income, but recruitment will determines where you will be in the future.

Even if you want to be promoted to upper ranking in Public Mutual, minimum direct down lines recruited had to meet the requirement set by the management. By recruitment also, u can see a path towards financial freedom.

So, keep recruit newbies. But however please be selective. 3 quality downlines is better than 18 downlines but only one performed.

Sacrifice

Sacrifice is a value added factor of success. Sacrifice part of your commission when somebody recommends a good prospect. Sacrifice your lunch time, your leisure time to meet your clients. Rate of success when you make a scarification is high as long as u honest.

Independent

Any employee nowadays put “work independent” as one of the condition upon acceptance of job application. Same to biz Unit Trust today. Company, Agency and Upline are provide the support and path only, but u will determine your future provided u able to be independent in approaching people, meeting people and closing. Of course, we can provide practical training but if you are not learning, then u are not able to being independent at all.

Smart

Be innovative when approach and make presentation. The shortest time u take, the better. If people know of what is unit trust about, so u can save time by just present the analysis, QFR etc.

Timing
Manage your time properly but don’t forget to spend a time for your family and personal matters.

Emphasize

Focus on unit trust only. If you diversify your bisness to wide, then just do this as part time. This is about managing other people’s money. You less focus, the people will complaint which then will reflect the image of industry as a whole.

Never
Recently aku ada post of 12 thing that u never do in front of the customer. Just refer to link di bawah, kiriman #424.
http://forum.putera.com/tanya/index.ph...c=39678&st=400

Treat
Your customer is just not customer but also is a friend. For the customer via cold market, it is important for you to maintain relationship. Build friendship, constant communicates although non UT issues. Then a good referral will come later

Share this post


Link to post
Share on other sites


Anugerah Pengurus Dana Islam Terkemuka untuk 2 tahun berturut-turut cool.gif

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual memenangi anugerah

Pengurus Dana Islam Terkemuka bagi 2 tahun berturut-turut di majlis penyampaian

Tahun 2008 Anugerah KLIFF (Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur) Kewangan

Islam ke-5. Anugerah tersebut disampaikan oleh Y.B Tan Sri Nor Mohamed

Yakcop, Menteri Kewangan II kepada Pengerusi Public Mutual Tan Sri Dato’ Sri

Dr. Teh Hong Piow di majlis penyampaian anugerah tersebut yang diadakan pada

18 November 2008 di Hotel Istana Kuala Lumpur.

Tahun 2008 Anugerah KLIFF Kewangan Islam ke-5 dikendalikan oleh The Centre

for Research and Training (CERT) dengan Halal Industry Development

Corporation (HDC), dengan kerjasama Dow Jones Islamic Market Indexes (DJIM),

the International Institute of Islamic Finance (IIIF) dan Messrs Hisham, Sobri &

Kadir (HSK).

Tan Sri Teh menyatakan perasaan bangga bahawa Public Mutual sekali lagi

memenangi anugerah yang berprestij ini. “Anugerah ini merupakan anugerah ke-

121 yang dimenangi oleh Public Mutual sejak tahun 1999. Memenangi anugerah

tersebut bukan sahaja memperkukuhkan kedudukan pemimpinan kami di industri

unit amanah Islam tetapi juga mengesahkan komitmen kami dalam mencapai

kecemerlangan,” tambah beliau. Tan Sri Teh mendedikasikan anugerah tersebut

kepada lembaga pengarah Public Mutual, badan pengurusan, kaki-kakitangan,

pasukan agensi and para pelabur atas sokongan dan kepercayaan kuat yang

diberikan tahun demi tahun.

Public Mutual merupakan pemimpin dalam sektor dana unit amanah Islam swasta

di Malaysia. Pada akhir bulan September 2008, syarikat tersebut menguruskan 24

dana Islam dengan jumlah aset Islam di bawah pengurusan syarikat sebanyak

RM8.5 bilion. Ini merupakan 50.7% daripada bahagian pasaran sektor dana unit

amanah Islam swasta. Syarikat tersebut juga merupakan pengurus dana unit amanah

Islam yang paling banyak menerima anugerah di Malaysia, memenangi sebanyak

32 anugerah dana Islam. Ini termasuk “Pengurus Dana Islam Terbaik di Asia untuk

tahun 2006 and 2007” daripada Failaka Advisors, Dubai, pemimpin yang diiktiraf

dalam bidang penyelidikan dana-dana Islam.

..2/2

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia,

mengurus sebanyak 62 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,000,000

pemegang akaun yang diservis oleh seramai lebih 40,000-perunding unit amanah.

Pada akhir bulan September 2008, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan

oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM24.1 bilion.

Photo caption:

Pengerusi Public Mutual Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow (kiri) berbangga... ... ..

bla bla bla..

Tahniah kepada Public Mutual... Kejayaan anda inspirasi kami utk maju ke hadapan
.
biggrin.gif

__________________

Share this post


Link to post
Share on other sites
Golongan muda zaman sekarang sudah mengambil initiatif meningkatkan simpanan umur persaraan mereka by using unit trust investment.. Indirectly, this is a sign of the awakening of financial planning among them..ayuh golongan muda di luar sana..sesungguhnya rakan2 sebaya anda juga adalah prospeck pelabur dalam bizness ini...lets join us in Public Mutual, Be Unit Trust Consultant blush.gif

Golongan muda paling ramai keluar KWSP

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Golongan muda merupakan yang paling ramai mengeluarkan pelaburan mereka melalui inisiatif 'Bukan Hanya Simpanan' di bawah Simpanan Asas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membabitkan pengeluaran RM808.53 juta bagi suku ketiga tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Azlan Zainol berkata, golongan tersebut menyumbang kepada peningkatan ketara pengeluaran pelaburan ahli iaitu 107,564 berbanding 122,887 pada suku kedua berikutan bertambahnya bilangan ahli yang layak untuk berbuat demikian.

''Ahli yang layak untuk membuat pengeluaran meningkat 42.9 peratus. Pada tempoh yang sama tahun lalu, hanya 75,239 ahli sahaja yang membuat permohonan pengeluaran.

''Bagaimanapun jumlah pengeluaran adalah lebih rendah berbanding suku ketiga 2007 membabitkan pengeluaran RM874.44 juta,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Azlan, penurunan jumlah pengeluaran adalah disebabkan kebanyakan ahli muda mempunyai jumlah simpanan yang kecil untuk dilaburkan kerana mereka hanya dibenarkan membuat pelaburan tidak lebih daripada 20 peratus daripada simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas.

Simpanan Asas yang dilaksanakan pada Februari 2008 yang mana sejumlah simpanan dalam Akaun 1 ditetapkan mengikut peringkat usia bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM120,000 ketika mencapai usia 55 tahun.

Selain itu menurut Azlan, pengeluaran bagi pendidikan antara yang tertinggi iaitu 16,663 permohonan berjumlah RM85.01 juta berbanding 15,877 permohonan suku ketiga tahun lalu manakala pengeluaran perumahan didapati menurun ekoran kelembapan ekonomi global.

Katanya, permohonan Pengeluaran Perumahan yang diluluskan pada suku ketiga tahun ini hanyalah 108,573 membabitkan pengeluaran RM1,577.24 juta menurun 19.5 peratus pada suku yang sama tahun lalu yang meluluskan 135,065 permohonan dengan jumlah pengeluaran RM1,960.23 juta.

Menurut beliau, Skim Pengeluaran Penuh Umur 55 Tahun pula terus menjadi pilihan kebanyakan ahli yang mana 29,054 permohonan berjumlah RM1,236.14 juta diluluskan berbanding 30,832 permohonan bernilai RM1,594.79 juta pada suku ketiga 2007.

Bagi Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun yang diperkenalkan pada November 2007, Azlan memberitahu, 7,154 permohonan membabitkan jumlah pengeluaran RM403.51 juta diluluskan.

''Permohonan untuk skim Pengeluaran Umur 50 Tahun untuk suku ketiga tahun ini tidak menunjukkan perbezaan yang ketara berbanding tempoh yang sama tahun lalu yang mana hanya 26,449 permohonan diluluskan berbanding 25,960 permohonan pada 2007,'' ujarnya.

Bagaimanapun, kata beliau, jumlah pengeluaran meningkat sedikit iaitu RM685.99 juta dikeluarkan pada suku ketiga 2008 berbanding berbanding RM680.65 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
UTC Public Mutual boleh suggest pada investors untuk yang nak ambil loan atau nak refinance rumah mareka...PBB, MBB antara competitive rate dan sekarang PBB turunkan BLR mereka...

And, if UTC bring a good referral..Public Bank akan bg komisyen juga wink.gif ...

UTC Public Mutual not only sell unit truss..but we can cross sell other financial product such as Will Writing, Insurance and Retail Banking products credit card, car loan, personal loan, business loan etc etc.


____________________________________________________________
______________

Public Bank kurangkan BLR
KUALA LUMPUR 26 Nov. - Public Bank Bhd. dan Public Islamic Bank Bhd. hari ini mengurangkan Kadar Asas Pinjaman (BLR) dan Kadar Asas Pembiayaan (BFR) sebanyak 25 mata asas daripada 6.75 peratus kepada 6.5 peratus, berkuatkuasa 1 Disember ini.

Penurunan itu berikutan pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak 25 mata asas, kelmarin.

Public Bank dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, dengan pengurangan tersebut, manfaat sepenuh penurunan kadar faedah oleh BNM dapat diberikan kepada para pelanggannya.

''Langkah ini seiring dengan matlamat BNM untuk merancakkan aktiviti ekonomi dalam negeri dengan mengurangkan kos pembiayaan bagi pengguna dan perniagaan.

''Semakan semula BLR dan BFR akan memberi kesan marginal terhadap pendapatan faedah bersih Kumpulan Public Bank, selepas mengambil kira manfaat yang dinikmati daripada pengurangan dalam Keperluan Rizab Berkanun daripada 4.0 peratus kepada 3.5 peratus oleh BNM, kata kenyataan itu.

Pengarah Urusannya, Tan Sri Tay Ah Lek berkata, bagaimanapun, penurunan itu tidak menjejaskan margin keuntungan kumpulan.

''Kami masih berada di landasan yang betul untuk mencatat pertumbuhan positif berikutan prestasi kewangan yang stabil, iaitu sebanyak 24 peratus tahun atas tahun," katanya selepas majlis pelancaran Kajian Tadbir Urus Korporat Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Bhd. (MSWG) 2008, di sini hari ini. Edited by PeR_Waris

Share this post


Link to post
Share on other sites
Senarai NAV Price Terkini of Popular Islamic Funds of Public Mutual as at 26/11/2008..

blush.gif

26/11/2008 Public China Ittikal Fund PCIF 0.1373
26/11/2008 Public Islamic Dividend Fund PIDF 0.2322
26/11/2008 Public Islamic Equity Fund PIEF 0.2396
26/11/2008 Public Islamic Money Market Fund PIMMF 1.0206
26/11/2008 Public Islamic Opportunities Fund PIOF 0.2178
26/11/2008 Public Ittikal Fund PITTIKAL 0.6660

And sapa yg masuk Public Islamic Money Market Fund rite now to park temporarily fiest, zero service charge % incurred up to 31st March 2009 .

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...