Jump to content
mk_gunnerz

Nape Xmau Tutup Aurat

Recommended Posts

off topik :

alamak baru perasan.... cute yer hamtaro kau locco. comel yer geram aku tgk

on topic

haha...hamster aku...hari2 gigit jari aku :wacko:

on topic balik :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aurat : Apa Sudah Jadi ?

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.

" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.

Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"

"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.

"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.

" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.

"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.

" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.

"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"

"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.

"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"

"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.

Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.

BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?

Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

BANTAHAN KAUM WANITA

"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.

"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.

"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.

"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"

"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.

"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.

"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya

"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"

PENGALAMAN MENUMPANG KE MASJID

Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah Masjid di Ibu Negara. Pejabat saya di Jalan Sultan Ismail dan pada hari tersebut saya menumpang kereta seorang rakan. Bersama kami beberapa rakan sekerja yang lain. Tiba-tiba semasa berada di lampu trafik, tiba-tiba suasana dalam kereta agak bising dengan bunyi..uiiiii..oii...peh..mengancam...dan sebagainya, diikuti dengan kata-kata :

"Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, kan ustaz ada dengan kita ini.." Kemudian "disambut dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang bagus kita pergi masjid dengan ustaz, terjaga sikit"

Anda tentu dapat menggagak apa yang dilihatnya? Alhamdulilllah saya tidak sempat melihat apa-apa kerana sedang membelek pelbagai mesej soalan hukum hakam tertunda yang memenuhi telefon bimbit saya. Bila saya tanya, kenapa? dengan malu-malu mereka menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal mata' melihat skirt-skirt pendek wanita KL, samada wanita Melayu mahupun Cina disekitar kawasan segitiga emas itu.

Cuba bayangkan, perasaan lelaki-lelaki ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, semuanya juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah mereka?

"Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap suami kita tak macam ni" mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini.

Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..

"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."

Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :

ما تركت بعدي Ùتنة أضر على الرجال من النساء

Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

ANTARA LAWAK & HUKUM

Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.

Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين Ùيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a) Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

B) Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »

d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , Ùأقضي بنحو ما أسمع , Ùمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ Ùلا يأخذه , Ùإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن ÙÙŠ الإسلام سنة سيئة Ùعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?

*sape yang ade mase,bace la bnde ni..bgus.aku dah bace.......

Edited by TJ-Ariff

Share this post


Link to post
Share on other sites

info yang sgt berguna..thanks daisy..kebanyakan jawapan kpd alasan tak nak tutup aurat ada dalam tu..cuma satu je, kalau ada respon " Alahhh..ko pun bukan baik sangat", haa tu yg aku lemah tu... pape pun nape ada 'kiriman diubahsuai oleh TJ Ariff' ?? apa yg diubahsuainya?..

Share this post


Link to post
Share on other sites

info yang sgt berguna..thanks daisy..kebanyakan jawapan kpd alasan tak nak tutup aurat ada dalam tu..cuma satu je, kalau ada respon " Alahhh..ko pun bukan baik sangat", haa tu yg aku lemah tu... pape pun nape ada 'kiriman diubahsuai oleh TJ Ariff' ?? apa yg diubahsuainya?..

pasal aku rase bergune,tu yg aku paste kt sini...memg bukn baik sgt tp kite saling mnegingati sesama manusia ni...hm,xtau la ape yag TJ Ariff edit..xdapat dkneal pasti..nnti tnye TJ Ariff eh.hehe

Share this post


Link to post
Share on other sites

dalam artikel copy-paste kat atas, ada citer pasal men's sexual drive (benda yg menyebabkan lelaki bernafsu syahwat) yg menyebabkan kaum wanita wajib menutup aurat.

kalau sesiapa yg tak berapa berkenan dgn islamic view pasal ni, aku suggest korang baca buku Why Men Don't Listen & Women Can't Read Maps By Barbara Pease, Allan Pease

'fakta2' dalam buku memang radical dan agak mengejutkan. tapi aku telah berjaya membebaskan minda aku dan dapat menerimanya dgn menggunakan cara aku sendiri, tapi bukanlah semua 'fakta' dalam tu. in fact, banyak fakta dalam buku tu yg mana datang dari kajian psychology secara saintifik katanya, telah pun lama wujud dalam ajaran islam secara tak langsung atau tidak langsung.

imho, apabila kita mencipta/merekabentuk sesuatu contohnya motorsikal. kita akan tahu kelebihan motor tersebut, kelemahannya, dan juga limitation ciptaan kita.

sebagai contoh, motorsikal ni 150cc, semasa dalam proses pengujian, didapati max speed limit hanyalah 210km/h. kalau motor tersebut berlari dgn halaju lebih 210km/h, makan enjinnya akan pecah selepas 10 minit. oleh itu, kita sebagai perekabentuk mestilah kena buat sesuatu supaya motor tersebut boleh hanya berlari dgn laju maksimum 200km/h sahaja.

'to err is human', sebagai manusia biasa kita seringkali tersilap dan tanpa disedari masih ada banyak lagi kelemahan dalam rekabentuk kita.

analoginya, siapa yg mencipta kita, manusia dan alam semesta? jika kita menerima kepercayaan di dalam islam iaitu Allah yg menjadikan kita manusia dan keseluruhan alam semesta, kita sangat bertuah. soalannya, siapakah yg lebih arif terhadap sesuatu ciptaan. adakah benda yg dicipta atau Pencipta?

oleh kerana Allah yg menciptakan kita, Allah tahu segala benda mengenai ciptaannya tanpa tertinggal satu benda pun. oleh itu, Allah telah menurunkan segala panduan hidup dan hukum2 sebagai panduan yg mesti diikuti oleh seluruh umat manusia melalui nabi Muhammad s.a.w.

oleh yg demikian, kalau ada sesape yg terasa dirinya pandai sangat sampai nak lawan semua peraturan2 yg telah termaktub, gth. oppss.. jgn korang keliru plak antara tak ikut (fasiq) dgn melawan hukum tuhan.

dalam buku tu ada satu ilustrasi mengenai 'kunci' nafsu syahwat lelaki dan perempuan, walaupun kelihatan agak kelakar kerana lelaki hanya ada satu suis, manakala perempuan pulak berpuluh2 suis. tapi itulah hakikatnya, aku pun cuba fikir why God create us like this? jawapan yg aku dapat, dgn cara inilah manusia dapat membiak piak. walaupun begitu, proses pembiakan manusia ada cara2nya sendiri mengikut ajaran islam. kalau pakai hantam jer, apakah bezanya antara manusia (jenis pakai hentam) tersebut dan haiwan?

p/s: tulisan ni sebenarnya aku nak tulis dalam thread yg aku start bertajuk Akal 9 Nafsu 1 Dan Akal 1 Nafsu 9 - http://forum.putera.com/tanya/t37582.html

anyway, aku bukanlah seorang yg warak, secara sengaja atau tidak, aku pun sering kali membuat dosa dan kesilapan. tapi aku selalu berdoa utk diberi hidayah utk istiqamah dalam islam. kenapa tidaknya, sekejap baik, sekejap jahat macam setan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

da mai da komen panas sinful..aku cube jawab dgn ilmu cikai2 aku ni =p

Camnilah, aku tak nafi, kesalahan boleh ditegur. Tapi tak ke kita rasa, cara kita melampau atau pun tak berkesan? Dalam hal ni, prevention is better than cure. Kalau setiap kali nampak perempuan tak bertudung atau lelaki pakai short, setiap kali tu jugak kita tempik, kita pulau, mana logiknya cara ni berkesan dan jadi penyelesaian kekal? Jadi, dari kita dok sibuk mempersoalkan "nape xmau tutup aurat" (aku akan pedulikan masalah syntax dan tatabahasa ayat tersebut), apa kata kita fikir, macam mana nak cari duit lebih didik orang supaya jaga akhlak.

kite bukan bertempik....tegur...tegur cara baik...tak salah kan...

macam mana nak cari duit lebih didik orang supaya jaga akhlak.

jaga akhlak sendri..free je kan

Dengan standard moral hari ini, dengan jujur aku boleh kata, tutup atau bukak aurat tak menentukan baik jahatnya orang.

first impression kite lihat pade pompuan or laki yg tak tutup aurat ni ape?kalau kita ade kawan yg dua2 pandai ngaji.sorang pakai tudung,sorang tak pakai....sape rase2 nak kita amik jadi guru mengaji anak kite...ha =p

"Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )"

dahla kita berdosa tak tutup aurat,org yg tgk tu pun dosa.. "Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?".

Risau buat dosa sebab tengok aurat orang? So, aku tanya, berdosa besar ke kalau:

1. lelaki pakai seluar bawah pusat atau atas lutut? tak

2. perempuan tidak bertudung?tak

Jika anda sudah ada jawapan, maka, soalan berikutnya ialah, tidak adakah cara untuk mengampunkan dosa tersebut? Susah atau tidak cara tersebut?

ada,tak susah pun....tapi kan bak kata cik sinful..prevention is better than cure...jadi tutupla aurat sbg prevention =]

Jadi, sebelum kita nak persoal orang, soal diri sendiri dulu: Adakah aku mempersoal dengan soalan yang betul?; Sebab hanya soalan yang betul akan beri jawapan yang betul. :D

ya..nape xmau tutup aurat(kenapa tidak mahu tutup aurat) sebab bukankah sudah termaktub dalam al-quran menutup aurat tu wajib bagi setiap lelaki dan perempuan ? =]

betulke ape aku tulis ni...ades..aku bab debat2 ni lemah..ilmu tak byk..tapi aku belasah je..kang ade je org belasah aku balik..ni yg aku takut ni...=p

Edited by AS Gunnerz

Share this post


Link to post
Share on other sites

Isk..'Cik cik' pulak. I ni lelaki la you ni. Ahaha.

1. By "tempik", aku maksudkan "sound". Ada cara yang lebih berkesan, dengan "wisdom", hikmah. Sebab isu bertudung ni hak peribadi, sama macam solat, urusan orang tersebut dengan Tuhan. Dosa diberi bukan atas sesuatu yang tak sengaja. Silap cara tegur, orang akan jauhkan diri terus. So, jangan salahkan orang yang tak bertudung kalau mata sendiri gatal cari. Betul?

2. Jaga akhlak sendiri. Betul, kamu yang cakap. Jadi, kenapa perlunya thread ni? Ini dah masuk jaga akhlak orang lain dah ni. Ahaha.

3. Adakah kita berkawan dengan orang, atau berkawan dengan tudung beliau? Jika kita begitu memilih untuk berkawan dengan orang bertudung, macam mana kita nak berhikmah dengan diorang ni? Tanggungjawab siapa jadinya?

Mengaji:

Standardnya, orang yang mengajar ilmu tentang al-Qur'an ni, bertudung, sebab antara adab di depan al-Qur'an ialah menutup aurat. Tapi ini tak mengatakan sesiapa yang tidak bertudung tidak tahu mengaji. Jadi, jika aku ada anak, dan aku tahu ada antara kawan, atau jiran aku yang tak bertudung tapi tahu selok belok mengaji, aku akan hantar anak aku mengaji dengan dia, daripada orang yang bertudung tapi tak reti mengaji. Aku takkan jadikan isu "dia keluar tak pakai tudung" sebagai penghalang anak aku nak belajar mengaji. Boleh?

Hadis yang kamu guna tu tak kena konteks. Hadis tu kata, siapa yang ajar buat jahat, dia akan dapat dosa sendiri dan dosa setiap orang yang ikut cakap dia untuk buat jahat; bukan kita tak pakai tudung pastu biar orang lain buat dosa.

4. So, terpulang kepada individu, untuk pilih, prevention atau cure. Kalau rasa senang hidup untuk "prevent" dosa tu, silakan. Kalau pilih "cure", silakan. Tapi, apa hak kita ke atas orang lain, untuk tentukan dia nak buat dosa atau tidak? So, berbalik kepada point nombor 2, jaga akhlak sendiri. :)

5. Jadi, mari kita beratkan, kalau nak ikut al-Qur'an, bila kita kat sini cuba menyuruh ma'aruf, menegah mungkar. Secara jujur, adakah kita akan tegur dengan muka yang sama, orang yang tinggalkan solat, dengan orang yang dedah aurat ni. Berani? Dosa tinggalkan solat lebih besar dari dosa tidak tutup aurat, tapi kita pilih - pilih pulak mana nak tegur, mana nak serahkan kepada individu tu sendiri. Kenapa ya? Memang thread ni membincangkan isu aurat saje, tapi the core, the real intention, the real message di sebalik menyuruh orang tutup aurat ialah menyuruh orang mengikut undang - undang agama. Jadi, dalam kita menyuruh orang mengikut undang - undang, kenapa kita memilih undang - undang mana kita nak tegakkan, undang - undang mana kita nak biarkan? So, still berbalik kepada point nombor dua, jaga akhlak sendiri, atau jika nak tegur, dengan hikmah.

Share this post


Link to post
Share on other sites

1. By "tempik", aku maksudkan "sound". Ada cara yang lebih berkesan, dengan "wisdom", hikmah. Sebab isu bertudung ni hak peribadi, sama macam solat, urusan orang tersebut dengan Tuhan. Dosa diberi bukan atas sesuatu yang tak sengaja. Silap cara tegur, orang akan jauhkan diri terus. So, jangan salahkan orang yang tak bertudung kalau mata sendiri gatal cari. Betul?

Cara yang lebih berkesan, hikmah

Betul

Isu bertudung hak peribadi.

Kurang tepat. Pada seorang wanita tu dipertanggungjawabkan 4 orang lelaki ke atasnya.

2. Jaga akhlak sendiri. Betul, kamu yang cakap. Jadi, kenapa perlunya thread ni? Ini dah masuk jaga akhlak orang lain dah ni. Ahaha.

aku tak rasa niat pemula thread ni untuk menjaga akhlak orang lain semata-mata. bagi aku sendiri pun, thread ni sedikit sebanyak bagi manfaat pada aku jugak. bermula dari soalan "Nape xmau tutup aurat" akhirnya memberikan jawapan "mengapa perlu tutup aurat" (baca: kiriman oleh daisy kiut). tak salah kalau benda ni memberi pengetahuan kita semua kan.

3. Adakah kita berkawan dengan orang, atau berkawan dengan tudung beliau? Jika kita begitu memilih untuk berkawan dengan orang bertudung, macam mana kita nak berhikmah dengan diorang ni? Tanggungjawab siapa jadinya?

eh..nape nak kena memilih kawan pulak? :huh:

Mengaji:

Standardnya, orang yang mengajar ilmu tentang al-Qur'an ni, bertudung, sebab antara adab di depan al-Qur'an ialah menutup aurat. Tapi ini tak mengatakan sesiapa yang tidak bertudung tidak tahu mengaji. Jadi, jika aku ada anak, dan aku tahu ada antara kawan, atau jiran aku yang tak bertudung tapi tahu selok belok mengaji, aku akan hantar anak aku mengaji dengan dia, daripada orang yang bertudung tapi tak reti mengaji. Aku takkan jadikan isu "dia keluar tak pakai tudung" sebagai penghalang anak aku nak belajar mengaji. Boleh?

hehehe..entah. aku pun taktau sesuai ke tak. tapi, ko kena hati-hati sikit, sebab baru ni anak jiran aku kantoi isap rokok. baru darjah satu, alasannya, dia saja cuba sebab cikgu ngaji dia (de sorang pakcik tu) time ajar mengaji, sekali sekala dia kuar kat beranda..isap rokok :lol:

Hadis yang kamu guna tu tak kena konteks. Hadis tu kata, siapa yang ajar buat jahat, dia akan dapat dosa sendiri dan dosa setiap orang yang ikut cakap dia untuk buat jahat; bukan kita tak pakai tudung pastu biar orang lain buat dosa.

Bukan..hadis tu gunnerz amik dari sini:

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن ÙÙŠ الإسلام سنة سيئة Ùعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?

4. So, terpulang kepada individu, untuk pilih, prevention atau cure. Kalau rasa senang hidup untuk "prevent" dosa tu, silakan. Kalau pilih "cure", silakan. Tapi, apa hak kita ke atas orang lain, untuk tentukan dia nak buat dosa atau tidak? So, berbalik kepada point nombor 2, jaga akhlak sendiri. :)

dah jawab tadi

5. Jadi, mari kita beratkan, kalau nak ikut al-Qur'an, bila kita kat sini cuba menyuruh ma'aruf, menegah mungkar. Secara jujur, adakah kita akan tegur dengan muka yang sama, orang yang tinggalkan solat, dengan orang yang dedah aurat ni. Berani? Dosa tinggalkan solat lebih besar dari dosa tidak tutup aurat, tapi kita pilih - pilih pulak mana nak tegur, mana nak serahkan kepada individu tu sendiri. Kenapa ya? Memang thread ni membincangkan isu aurat saje, tapi the core, the real intention, the real message di sebalik menyuruh orang tutup aurat ialah menyuruh orang mengikut undang - undang agama. Jadi, dalam kita menyuruh orang mengikut undang - undang, kenapa kita memilih undang - undang mana kita nak tegakkan, undang - undang mana kita nak biarkan? So, still berbalik kepada point nombor dua, jaga akhlak sendiri, atau jika nak tegur, dengan hikmah.

bila fokus tu tentang aurat bukan la bermakna aspek lain ditinggalkan/dibiarkan/dipilih-pilih.

So, still berbalik kepada point nombor dua, jaga akhlak sendiri, atau jika nak tegur, dengan hikmah.

ya, ramai orang setuju dengan benda ni. aku sendiri pun tak suka kalau ada orang tegur aku dengan bahasa kesat. cth: label sampah dan sebagainya, ingat bagus sangat ke hapa. secara automatik aku rasa nak maki hamun jugak.

Share this post


Link to post
Share on other sites

saya no komen... tapi saya sokong cik imai :wub: :wub: .. hidup imaizuki :wub: ... yeahh..

p/s: macam sepam je... :ph34r:

ko dah tau ko spam, tapi ko wat jugak... ni serious discussion k... nak mengorat ke or wat ever, guna pm.. u better do it sebelum ko disound oleh mod...

Share this post


Link to post
Share on other sites

y u all mau ambil 1/2 & y not ambil kesemua? perintah agama jangan main-main. teringat cakap ustazah saya, "orang suruh u makan nasi, y u ambil lauk sekali," so... ambil lah kesemua ok? :)

pakai tudung kepala ini memang wajib. sebelum kenal Islam pun saya tau juga ini memang wajib bagi perempuan (nuns juga bertudung kepala & tutup the whole body rite?) read the 1 corinthians 11 "Covering Head in worship". begitu tegas & keras amaran yang diberikan. dulu sebelum saya Islam pun, walaupun tak pakai tudung kepala, baju saya tak ada & tak pernah ada above my knee. sekarang alhamdullilah, sudah tutup. walaupun saya tak pandai ikat. but its good enough to cover my head thus to cover all.

kepada wanita muslimim sekalian, tudunglah kepala & tutuplah badan dengan iman.

Edited by ChloeAgnew

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum

rasa mcm nak join pulak pasal topik ni "Nape Xmau Tutup Aurat" :D

kebanyakan orang bagi sebab kenapa tak mahu tutup aurat

ada pulak bagi syor mcm mana nak nasihat dia orang

supaya tutup aurat

jadi kalau kita tahu sebab2 dia orang tak mahu tutup aurat,

adakah kita dapat mengatasinya dgn kempen/tegur/nasihat

tutup aurat ni?

dari situ berapa peratus yg sokong tindakan kita

dan berapa peratus yg bangkang tindakan kita?

jadi apakah tindakan yg patut kita ambil?

aku syor 2 perkaralah, tapi perlukan duit banyak sampai ....

1) kempen besar-besaran dlm media massa mcm tv,radio, surat khabar,majalah

2) pemimpin wanita islam kena tutup aurat sepenuhnya

kalau yg no 1 punya, aku rasa tv3 & tv9 dah mula buat kan.

kan ramai pengacara wanita/perempuan dah mula pakai tudung.

malah kat pesona nona pun hampir separuh peserta pakai tudung.

masalah sekarang kat majalah hiburan,

mcm mana nak suruh dia orang tangkap gambar artis tutup aurat?

boleh ker artis malaysia tutup aurat semuanya?

yg no 2 pulak, ni dah masuk bab politik/agama/ngo/sosial sikit

tentang kepimpinan. kalau ketua dah mcm tu (separuh tutup aurat),

tak kan anak buah nak tutup aurat sepenuhnya?

habis kalau berlaku perebutan jawatan,

patut pilih yg berkelayakan atau yg tutup aurat?

mungkin sebab tu kelantan susah sikit nak dimasuki ......

sebab pemimpin wanita islam tak tutup aurat sepenuhnya :excl:

bagi aku apa2 pun balik kepada asas agama.

adakah ko orang tahu apakah asas agama?

adakah ko orang tahu umar terlupa tanya kepada nabi apakah asas agama

yg mana jawapannya abu bakar sudah tahu?

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum

rasa mcm nak join pulak pasal topik ni "Nape Xmau Tutup Aurat" :D

kebanyakan orang bagi sebab kenapa tak mahu tutup aurat

ada pulak bagi syor mcm mana nak nasihat dia orang

supaya tutup aurat

jadi kalau kita tahu sebab2 dia orang tak mahu tutup aurat,

adakah kita dapat mengatasinya dgn kempen/tegur/nasihat

tutup aurat ni?

dari situ berapa peratus yg sokong tindakan kita

dan berapa peratus yg bangkang tindakan kita?

jadi apakah tindakan yg patut kita ambil?

aku syor 2 perkaralah, tapi perlukan duit banyak sampai ....

1) kempen besar-besaran dlm media massa mcm tv,radio, surat khabar,majalah

2) pemimpin wanita islam kena tutup aurat sepenuhnya

kalau yg no 1 punya, aku rasa tv3 & tv9 dah mula buat kan.

kan ramai pengacara wanita/perempuan dah mula pakai tudung.

malah kat pesona nona pun hampir separuh peserta pakai tudung.

masalah sekarang kat majalah hiburan,

mcm mana nak suruh dia orang tangkap gambar artis tutup aurat?

boleh ker artis malaysia tutup aurat semuanya?

yg no 2 pulak, ni dah masuk bab politik/agama/ngo/sosial sikit

tentang kepimpinan. kalau ketua dah mcm tu (separuh tutup aurat),

tak kan anak buah nak tutup aurat sepenuhnya?

habis kalau berlaku perebutan jawatan,

patut pilih yg berkelayakan atau yg tutup aurat?

mungkin sebab tu kelantan susah sikit nak dimasuki ......

sebab pemimpin wanita islam tak tutup aurat sepenuhnya :excl:

bagi aku apa2 pun balik kepada asas agama.

adakah ko orang tahu apakah asas agama?

adakah ko orang tahu umar terlupa tanya kepada nabi apakah asas agama

yg mana jawapannya abu bakar sudah tahu?

aku pun rase mcm nak join gak topik nie..

menarik la plax..sbb aku antara org2 yg tutup aurat.

bukan masalah nak tutup ker tak??

tapi kalu hati tu dah kater tak nak tak nak la..

memang dlm tuntutan islam semua wanita yg dah akil baligh wajib tutup aurat..

tapi nak wat mcm maner dah hati tu kater tak nak..

benda nie mmg tak bleh paksa..

aku pun dulu kejap tutup kejap buka..

tapi dah lamer tu prasaan malu tu ader..

so bile kita bawak maruah diri kiter bleh rpikir yang maner baik dan maner tak baik..

aku tak ckp yang tak tutup aurat tu jahat or jahil, tapi semua tu pangkal pada hati..

aper pun yang kiter buat semua bermula dari hati yang tulus ikhlas..

pader saper2 yg tak tutp aurat tu,kiter berbalik la pada ajaran agama islam kiter.

jangan sampai nanti org kater NAMER JER ISLAM TAPI PRAGAI TAK SERUPA ORG ISLAM malu aku beb,kalu org ckp mcm tu kat aku..

jgn la gadai kan maruah agama...

selagi kiter boleh pelihara,pelihara lah sebaik nyer..

Edited by nesc_girlie

Share this post


Link to post
Share on other sites

gurl la...kalau tanye tak pakai tudung.."ala..wat pe nak pakai tudung..kalo tak ikhlas"....ades...erm....

maknenye derang anggap yg tutup aurat sebagai pilihan mean nak pakai pun takpe pakai pun takpe "well,it's optional"(bak kate mereka)

yg boleh dikategorikan optional/pilihan hanye pade yg sunat,makruh,harus..yg wajib..ko ikhlas ke tak ikhlas ke wajib buat....cam solat la jugak....klau kite tak ikhlas solat..jadi..tak payah solat ke..?pose...tak ikhlas..tak yah pose ke..?salah tu...kene juga buat sbb slagi hukum nye "wajib"

anyway, aku bukanlah seorang yg warak, secara sengaja atau tidak, aku pun sering kali membuat dosa dan kesilapan. tapi aku selalu berdoa utk diberi hidayah utk istiqamah dalam islam. kenapa tidaknya, sekejap baik, sekejap jahat macam setan.

ikhlas ni kite leh cari...cam hidayah gak...nak dapat hidayah bukan senang2 gitu je Allah nak bagi..kene la cari...cam cik potpet kata dia da berdoa..bagus..,mmg kene doa,tambah lagi satu,amalkan+usaha ...klu doa je..takleh gak kan..=]

aku syor 2 perkaralah, tapi perlukan duit banyak sampai ....

1) kempen besar-besaran dlm media massa mcm tv,radio, surat khabar,majalah

2) pemimpin wanita islam kena tutup aurat sepenuhnya

aku suke cadangan dr cik amin ni... kene ade sorang pencetus yang lantang dan berpengaruh ni....sape ek..lame nye aku menunggu ... =]

Edited by AS Gunnerz

Share this post


Link to post
Share on other sites

ab nih aku setuju. Ye la, kalo dah ketua pun berjambul je, anak-anak buah lagi la.

:blink:

haha..aku setuju..kalo xpakai tudung labuh pon..at least pakai la tudung macam permaisuri kite tu..cantik ape..ni tak.aku rase menteri2 wanita kebayakannye berjambul walopon umo dah +++..hehe

Share this post


Link to post
Share on other sites

Nak tayang 'aset'.

Padahal lupa...SEGALA YANG ADA PADA KITA NI MILIK ALLAH SWT.

Dia kasi 'pinjam' jer.

yerp..dunia ini tak kekal lama,akhirat jua kekal abadi~

so.beringatla(khas tuk aku ngan org len skali) =]

=]

Edited by AS Gunnerz

Share this post


Link to post
Share on other sites

"Dan hendaklah kamu tetap di dalam rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang jahiliah......" (Al-Ahzab : 33)

"Dan tidaklah harus bagi orang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidak harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." (Surah al-Ahzab, ayat 36)

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

"Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yang berzina" (Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani : Hasan Sahih)

"Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan tuhannya" (Riwayat Ahmad ; Albani : Sohih)

.....................................................

Setahu akulah, dosa mendedahkan aurat ni, tak seberat dosa meninggalkan sembahyang [antara dosa besar ye, jangan tak tahu]. Tapi, untuk dosa besar macam ni, budak kecik hanya di rotan. Tu pun tak silap aku ada cara dan saiz rotan. Kalau kita tak tinggal sembahyang, dosa mendedahkan aurat boleh diampun. Kalau tutup aurat, dosa tinggal sembahyang tak diampun.

1. Sila nyatakan fakta / sumber anda.

2. Boleh Encik P Untuk Pendeta perjelaskan maksud 'isu menutup aurat adalah hak individu'?

Sekian, terima kasih

Edited by adinor

Share this post


Link to post
Share on other sites

@adinor

Dalam Islam, dah jelas hukum tutup aurat. No argument. Tapi juga jelas, apa kesalahan yang boleh kita hukum dan tidak. Yang boleh dihukum adalah perkara - perkara yang jelas menjejaskan hak orang lain. Contoh jelas: mencuri.

Dengan tidak mempersoalkan tujuan thread ni, aku mengatakan, sebagaimana penting sekali pun solat, akan ada orang tinggalkan. Sepenting mana pun puasa, akan ada orang tinggalkan. Tetapi, seutama - utama benda - benda ni dalam ibadah kita, kalau besar sangat kesalahan - kesalahan ni, kenapa Tuhan tak turunkan hukum rotan, atau rejam, etc, untuk orang yang lakukan kesalahan ni?

Jawapannya senang. Bukan hak kita untuk tentukan baik buruknya orang jika solat ditinggalkan, puasa ditinggalkan, aurat didedahkan etc, melainkan yang telah jelas terang termaktub. Tuhan maha adil dan maha pengampun. Jika kita tak sengaja melihat, atau pun terlampau berleluasa sangat orang tak tutup aurat, dosanya bukan pada kita. Kalaupun dosanya pada kita, Tuhan itu maha mengetahui apa sebenarnya. Kalau kita sengaja, memanglah jawab sendiri. Tapi aku tak kata pulak yang dedah aurat tu betul tindakannya dan akan terlepas. Sila rujuk senarai dosa besar untuk pastikan meninggalkan solat adalah sebahagian darinya. Dan lihat juga jika mendedahkan aurat termasuk dalam dosa - dosa besar yang tak boleh diampunkan. Dan lihat juga, jika melihat aurat orang adalah antara dosa yang tidak boleh diampunkan.

Hadith nabi SAW :

Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

http://pislam.uum.edu.my/portal/?act=quest...w&topic=258

Senarai Soalan

Dosa

oleh: Ahmad

Adakah solat itu penyuci segala dosa

dibalas oleh: (ustaz/ustazah) Syahril Fazli Bin Mat Hussain

Solat itu sememangnya penghapus dosa. Solat sebagai induk dari segala ibadah, sebagai rasa cinta dan ketakwaan kepada Allah SWT. Dengan ketakwaan dapatlah memberikan suatu kemampuan untuk membezakan hal yang baik dan yang buruk, yang hak dan mana yang batil serta dapat menghapus kesalahan-kesalahan dan menjanjikan pengampunan dosa.

Dalam Al-Quran Allah SWT. berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah SWT, niscaya Dia akan memberikan kepadamu (petunjuk) yang membezakan antara yang yang benar dan yang salah dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan kamu serta mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah SWT memiliki kurnia yang besar" (Al-Anfal ayat 29).

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud : Setiap seorang Muslim (lelaki dan perempuan) yang sedang berada dalam saat masuknya waktu salat fardu, lalu ia mengerjakan dengan cara sebaik-baiknya (lengkap sempurna) meliputi wudu, khusyuk, dan ruku` serta sujud, niscaya salatnya yang demikian keadaannya menjadi penghapus dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum itu, asalkan ia tidak melakukan dosa-dosa yang besar. Penghapus dosa yang demikian (tidak terbatas kepada suatu masa yang tertentu) bahkan meliputi seluruh waktu" (H.R. Muslim).

Ibadah salat juga merupakan tiang agama yang dapat menghapuskan dosa, kalau tidak ada dosa-dosa yang kecil untuk dihapuskan dan tidak ada dosa besar untuk diringankan, akan dituliskan baginya dengan amalnya yang baik dan terpuji dengan beberapa kebajikan dan seterusnya ditingkatkan darjatnya ke beberapa darjat. Wallahhua`lam.

http://familiazam.com/dosa_besar.htm

Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara seperti berikut:

01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan

02 - Bersaksi palsu

03 - Berjudi

04 - Bersumpah palsu dan bohong

05 - Berbohong

06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)

07 - Perempuan pelacur

08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah

09 - Berdebat dan memusuhi

10 - Bersifat dayus

11 - Bercakap kasar dengan orang tua

12 - Dusta nama Allah dan rasulnya

13 - Derhaka pada suami

14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya

15 - Hakim derhaka

16 - Homosek (seagama/sejenis)

17 - Mengurangi timbangan

18 - Lari seorang hamba dari tuannya

19 - Lelaki menyerupai wanita

20 - Lari dari medan perang di jalan Allah

21 - Membunuh manusia

22 - Membunuh diri sendiri

23 - Mengamalkan sihir

24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu

25 - Meninggalkan sembahyang jumaat

26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa

27 - Memutuskan hubungan silaturrahim

28 - Melakukan zina

29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul

30 - Makan dari kekayaan haram

31 - Memberi dan menerima rasuah

32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong

33 - Makan riba

34 - Minum arak

35 - Mencuri

36 - Merompak

37 - Melakukan kezaliman

38 - Melakukan pengkhianatan

39 - Menyebut-nyebut pemberian

40 - Mengingkari janji

41 - Memfitnah

42 - Mengutuk orang islam

43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah

44 - Menipu harta rampasan

45 - Melampaui batas

46 - Menuduh zina terhadap orang baik

47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)

48 - Mempercayai nujum dan sihir

49 - Menjadi bapa sanggup

50 - Mencari kesalahan orang lain

51 - Menganggu orang lain

52 - Menganggu tetangga

53 - Menyakiti dan memaki orang islam

54 - Mengintip dan membuka rahsia orang

55 - Mencaci sahabat Nabi

56 - Mengurangi wasiat

57 - Mengingkari takdir

58 - Putus asa dari rahmat Allah

59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat

60 - Riak dan mempamerkan diri

61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain

62 - Sombong serta angkuh

63 - Sembelih untuk selain Allah

64 - Tidak mengeluarkan zakat

65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan

66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu

67 - Tidak istinjak selepas kencing

68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa

69 - Tipu daya

70 - Wanita menyerupai lelaki

[/CnP]

Tak ada pun dalam hadis nabi dedah/lihat aurat tu dosa besar. Imam Azzahabiyy pun takde masukkan dalam senarai dia yang panjang lebar ni.

Jadi, tak salah aku katakan jika solat, dosa dedah/lihat aurat boleh hapuskan. Dan, tentulah, kalau tak solat, tutup aurat pun apa maknanya?

Sekali lagi, aku bukan membandingkan hukum solat dengan tutup aurat. Aku sekadar tak nampak, apa rasional dan logiknya atas reaksi hangat yang diberikan atas perkara begini bila banyak isu lain yang lebih utama kita bincangkan, contohnya macam mana nak ubah tanggapan orang luar terhadap Islam yang menganggap Islam agama kolot dan pengikut - pengikutnya suka menghangatkan isu remeh - temeh.

Edited by P Untuk Pendeta

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ini namanya memanipulasi fakta. Itu bukan maksudnya. Kalau perempuan arab tiru lelaki arab berpakaian cemana? Jubah, serban macam Yasser Arafat? Tutup aurat jugak tu (ok, leher x tutup, tapi still tutup for the most part), tapi pakaian lelaki. Pastu tambah misai dengan janggut, ingat, muka bukan aurat.

Kena ingat, undang - undang ni dibuat bukan dikalangan masyarakat yang wanitanya berseluar jeans, tudung atas paras dada etc. Jadi, kalau boleh fikir dengan jelas, takde ruang untuk benda ni dibaca dari perspektif yang lain: kalau ia bukan mengenai aurat, kalau ia mengenai menyerupai lelaki, maka ia tetap bukan mengenai aurat, dan tetap mengenai menyerupai lelaki. Kalau insist juga, ini distortion dan manipulation, sesuatu yang dilakukan oleh Yahudi ke atas Kitab taurat. Ingat tu.

Edited by P Untuk Pendeta

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...