Jump to content
Sign in to follow this  
Datuk_Seri

Warga Putera, Tolong Cari Orang Hilang.. (update 14/03/2008)

Recommended Posts

Kepada Warga Putera yang prihatin,

Marilah kita sama sama meninjau ninjau, jika terjumpa mereka mereka yang tersenarai diatas.

Kepada Pembuka Tajuk, Harap Update Selalu Tajuk ini, agar Warga Putera mendapat Info yang terkini.

Saya pin kan Topik ini bagi kepentingan bersama.

Wassalam.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum...

berita mengenai adik Nurin...

Mayat dalam beg sah mayat Nurin Jazlin

PETALING JAYA 20 Sept — Polis hari ini mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lepas adalah Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak sebulan lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, ujian darah ke atas mayat dan juga ibu bapa Nurin Jazlin mengesahkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Katanya, ibu bapa Nurin Jazlin telah dimaklumkan tengah hari ini mengenai keputusan DNA itu.

Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini.

Mayat budak perempuan yang tidak berbaju yang dipercayai menjadi mangsa deraan seks ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1 pada pagi Isnin lepas.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil, 33, seorang pemandu teksi enggan menerima keputusan DNA itu bahawa mayat kanak-kanak itu adalah anaknya.

“Saya ayah Nurin... Saya lebih mengenali anak saya dari semua orang.

Dalam hati saya berkata mayat itu bukan anak saya.

“Jika polis suruh saya ambil mayat tersebut, saya akan terima, saya akan mandikan dan akan mengebumikannya. Tetapi saya hendak polis teruskan usaha mencari Nurin kerana saya tahu Nurin masih berada di luar sana dalam keadaan selamat,” kata Jazimin kepada pemberita di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Jazimin juga berkata, beliau pasti mayat itu bukan anaknya berdasarkan keadaan gigi dan parut yang dipunyai oleh Nurin.

Nurin, katanya, mempunyai kedudukan gigi yang rapat dan mempunyai parut akibat luka di pangkal pehanya

Jazimin berkata, beliau dimaklumkan mengenai keputusan DNA tersebut pada pukul 12.30 tengah hari oleh polis daerah Petaling Jaya dan diminta datang ke bilik mayat HKL untuk membuat pengecaman semula mayat tersebut.

Sebelum ini, Jazimin dan isterinya Norazian Bistaman, 35 telah dipanggil untuk proses pengecaman di HKL pada Isnin lepas dan tidak mengaku mayat itu anaknya, Nurin berdasarkan kepada keadaan fizikal kanak-kanak yang ditemui itu.

Norazian yang kelihatan sugul ketika ditemui pemberita berkata, beliau rela menerima sebarang keputusan pihak berkuasa.

“Apa lagi yang boleh saya kata. Keputusan DNA menunjukkan itu anak saya. Saya reda dengan kehendak Ilahi.

“Sebagai seorang ibu saya masih berharap bahawa itu bukan anak saya, ibu mana yang sanggup terima kenyataan bahawa anaknya diperkosa dan dibunuh begitu kejam. Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan kesedihan yang saya alami,” katanya dengan linangan air mata.

Norazian berkata sekiranya Nurin Jazlin selamat ditemui, perayaan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini adalah yang paling bermakna dalam hidupnya.

Malah pakaian raya untuk Nurin Jazlin sudahpun dibeli dan “saya tetap akan menunggu kepulangannya,” katanya sebak.-Bernama

Jika benarnya siasatan DNA tu.. Semoga ALLAH memberi pembalasan seberat-beratnya kepada yang bertanggung jawab... Laknatlah kehidupan kepada yang sesiapa membuat perbuatan yang lebih dasyat dari binatang ini...

Assalamualaikum...

Edited by Datuk_Seri

Share this post


Link to post
Share on other sites

Takkan leh silap lak keputusan DNA tu?ape2pun jika benar keputusan itu takziah kepada keluarga Encik Jazimin Abdul Jalil kerana kehilangan anak yang disayangi,semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya...amin..

Edited by Supersirap

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum..

tu lah.. keberangkalian untuk ujian DNA gagal agak tipis.. tp takpa, doakan yang terbaik jer.. td tgk buletin utama dan 999 kesian lak.. rasa geram pun ada.. budak umor 8 tahun buat mcm tu, mmg kejam... apa nak jadi manusia zaman skrg nih..

Assalamualaikum...

Edited by Datuk_Seri

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum..

tu lah.. keberangkalian untuk ujian DNA gagal agak tipis.. tp takpa, doakan yang terbaik jer.. td tgk buletin utama dan 999 kesian lak.. rasa geram pun ada.. budak umor 8 tahun buat mcm tu, mmg kejam... apa nak jadi manusia zaman skrg nih..

Assalamualaikum...

Takziah buat keluarga arwah nurin. Kejam sungguh org yg memperlakukan kpd budak cenggitu...patutnya direjam sampai mati..baru tahu rase... :angry: Sorry emosional skit but....geram!

Yang Budak Bandar Seri Ehsan B.Changgang Banting tu tak jumpa lagi ker? Yerla dah lame gak budak tu hilang....!

Share this post


Link to post
Share on other sites

Takziah buat keluarga arwah nurin. Kejam sungguh org yg memperlakukan kpd budak cenggitu...patutnya direjam sampai mati..baru tahu rase... :angry: Sorry emosional skit but....geram!

Yang Budak Bandar Seri Ehsan B.Changgang Banting tu tak jumpa lagi ker? Yerla dah lame gak budak tu hilang....!

Assalamualaikum...

buat masa ni takda lagi.. insyaAllah, saya akan cuba update selalu...

Assalamualaikum...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum.....

KANAK-KANAK HILANG!!

2001865580598426335_rs.jpg

SEBARKAN PADA RAKAN2 SECEPAT BOLEH... MUNGKIN IANYA DAPAT DISELAMAT

Guys

Please distribute to others so that this information will be shared by Malaysian to locate this poor kid.

Atleast we have contribute to her family by distributing this information

May Allah protect her insyaAllah...

Seorang anak jiran berumur 10 thn sepatutnya dihantar ke sekolah oleh kakaknya di dapati hilang dari rumah dan juga tidak berada disekolah. Nota

yang ditulisnya menyebut ikut kereta kawan. Hingga kini kanak2 tst masih tidak dapat dikesan. Usaha mengesannya telah dibuat sejak pagi, hingga kita masih gagal. Oleh itu ia di kelasifikasikan sebagai hilang. Bersama ini diserta gambar kanak tersebut. Jika ada antara saudara

menjumpainya atau mengesannya sila hubungi no. telefon berikut:

Balai polis Bdr Baru Bangi: 03 8925 0282.

Jiran: 012 3831 616, 019 236 7507, 012 3799 004.

Mohon bantu dan sebarkan. Perkembangan seterusnya akan diberitahu. Sekian

terima kasih.

Buat masa ni, nama kanak2 tersebut tidak dpt diketahui.. sebarang informasi terkini, aku akan update. sekian..

Assalamualaikum...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum warga Putera...

Update hari ini pada 11/01/2008

2002824008105154490_rs.jpg

harap ahli2 putera leh membantu...

Assalamualaikum...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tak jumpe lagi ker... lama dah nie. Mana ler pegi dia nie agaknya. Penculik2 nie memang bahaya. Simpan lama2..

Share this post


Link to post
Share on other sites

kebanyakan penculik ni dia culik atas faktor2 berikut:

1. gile seks

2. nak duit

3. main2 dengan pihak berkuasa

sian eh org kene culik ni. tengok la kalo saya boley tulung. insyaallah.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum...

update pada hari ni..

2003961969775241786_rs.jpg

Adik Ahmad Asmawi Jalaludin, berumur 11 tahun..

dipercayai hilang dan dikatakan dtg ke pusat membeli belah mid valley kelmarin setelah berpisah dgn rakannya di taman permainan di Jalan Pantai Permai 4, Pantai Dalam.. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Ahmad Asmawi diminta menghubungi IPD Brickfields di talian 03-22744465 atau mana-mana balai polis berhampiran.

mana2 ahli putera yg terserempak, silalah laporkan yer..

Wassalam...

Share this post


Link to post
Share on other sites
ini yang terbaru
dapat info dari blog http://www.zaryl.com

[img]http://blog.youthsays.com/wp-content/uploads/2010/03/syakirah-ilang.jpg[/img]

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...