Jump to content
Sign in to follow this  
LanoV

Mari Mengumpul Grafik 2d Untuk Game

Recommended Posts

logokbg2.png


Asalamualaikum semua...

Kali ini aku ingin mengajak rakan2 sekalian untuk menghasilkan sebuah game 2D. Namun begitu kita memerlukan bahan-bahan utama yang menjadi resepi untuk game ini disiapkan. Resepi permulaan paling utama ialah imej grafik untuk game berkenaan. Oleh yang demikian, mari menyumbangkan imej grafik yang anda hasilkan sendiri disini untuk dikumpul sebelum game berkenaan disiapkan. Perlu diingat bahawa tidak ada tarikh akhir untuk projek ini. Kita cuba kumpul dahulu seberapa banyak grafik karektor untuk game berkenaan sambil berbincang.

Antara kriteria karektor yang dihasilkan termasuklah:

(1) imej berkenaan perlulah berkesinambungan iaitu apabila bingkai imej digabungkan, maka ia boleh menghasilkan animasi 2D. Contoh paling nyata ialah aksi seperti berlari, berenang, berjalan, melompat dan sebagainya. Imej statik juga diterimapakai.

(2) anda boleh gunakan perisian 3D untuk menghasilkan karektor berkenaan dan dengan kreativiti boleh render dalam file biasa sperti jpg, gif, bmp dan sebagainya. Ini adalah sangat2 digalakkan sebab ia memberi 'feel' 3D pada karektor berkenaan.

(3) Saiz imej berkenaan adalah bebas buat masa ini. Anda boleh gunakan saiz sekecil 150x150 piksel, 300x300 piksel dan janganlah terlalu besar.

(4) imej karektor berkenaan adalah hasil rekaan anda sendiri. Tidak dibenarkan sebarang unsur mengambil hasil kerja orang lain. Ini disebabkan kita ingin hasilkan game yang benar2 buatan sendiri dari 'scratch'

Sekiranya ada cadangan lain, anda boleh kemukakan disini. :lol: Edited by LanoG

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum...

er.. wa'alaikumsalam..

hehe tenggelam timbul ye nko LanoG? :D

waa.. nih cam ada projek baik nih.. mungkin incik LanoG bleh terangkan dgn lebih terperinci game kita kali ni tema apa.. psl nanti sng la membe nk sediakan spritenya.. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum...

er.. wa'alaikumsalam..

hehe tenggelam timbul ye nko LanoG? :D

waa.. nih cam ada projek baik nih.. mungkin incik LanoG bleh terangkan dgn lebih terperinci game kita kali ni tema apa.. psl nanti sng la membe nk sediakan spritenya.. :)

Hehehe.. terpaksa tenggelam sekali sekala, dan timbul plak sekali sekala.... :rolleyes: maklum ler, ada benda lain nak buat. Oh yek, projek nie kita buat pelan2 dulu.. jangan gopoh2... bagi jenis/tema sprite yang dibuat adalah bebas, anda boleh hasilkan monster, kereta, kapal terbang, haiwan, dan bermacam-macam lagi karektor... semuanya bebas. Sebab fasa pertama ialah nak kumpulkan dulu sprite2 yang sesuai. Lepas tu baru ler decide apa jenis game nak buat.... hehehe. :lol:

Sebagai contoh sprite:

robomon-03.pngrobomon-04.pngrobomon-05.pngrobomon-06.png

Edited by LanoG

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...