Jump to content
Sign in to follow this  
Apert

Beza C Dan C++

Recommended Posts

assalamulaikum....saye dah ada asas c++ pastu dalam coz saye suruh blajar lak c....jd apa beza c dan c++ kalau kengkawan sini tau ????

c lg susah ke c++ lg susah....

Share this post

Link to post
Share on other sites

w'salam. ringkasnya, c ialah c++-- :lol:

panjang sket, c ialah subset kepada c++, oleh itu most c feature ada dalam c++. beza dia, c++ menyokong OOP, ada STL.

c senang jer nak belajar dia, sebab bahasa dia kecik. tapi nak mastering c ambik masa bertahun2.

Share this post

Link to post
Share on other sites

senang je...kalo da ade asas c++ , cume ade perubahan sket la

kalo dlm c++, nak tulis hello cam nih

#include <iostream>
using std::cout;

int main()
{
cout<<"hello";
}
[/codebox]

tapi dlm c, cam gini plak

[codebox]
#include <stdio.h>

int main()
{
printf("hello");
}

nak input plak, C++

#include <iostream>
using std::cin;
using std::cout;

int main()
{
int a;
cout<<"Masuk nombor : ";
cin>>a;
}
[/codebox]

tapi dlm c, cam ni

[codebox]
#include <stdio.h>

int main()
{
int a;
printf("Masuk nombor : ");
scanf("%d",&a);
}

Edited by magnitogorsk.2560-c

Share this post

Link to post
Share on other sites

C adalah merujuk kepada bahasa C yang asli (ANSI C atau standard C). Bahasa C adalah standard dan disokong oleh semua kompiler, maksudnye kalau kita tulis kod pakai arahan-arahan dan sintak C sahaja, bermakna kod tersebut boleh dikompil oleh semua kompiler tanpa memerlukan arahan atau direktif tambahan. ANSI C mempunyai set arahan, set fail header (stdio.h, stdlib.h, conio.h dsb) dan library yang serupa. ANSI = American National Standard Instructions, kalu tak silap le.

C++ adalah kembangan daripada bahasa asal C. Oleh kerana perkembangan hardware dan software (OS) yang jauh berbeza dari asal menyebabkan bahasa C tidak boleh di standard kan lagi. Semua kompiler mempunyai set arahan dan fail-fail sokongan yang berbeza, yang sama hanya sintak, tapi semuanya akan menyokong arahan dan sintak ANSI C. Banyak arahan ansi yang ketinggalan atau tidak dapat di implemen di dalam sistem baru, misalnya arahan "printf" tidak berfungsi di dalam Windows applications. Perbezaan paling ketara, C++ menyokong OOP.

Senang cite, guna C sahaja adalah lebih mudah tetapi untuk DOS atau console program je la.

Edited by CFoo++

DOS ngn console tu program camne<-----------------dak ni punye la xtau pepe2 pasal iT

Share this post

Link to post
Share on other sites

DOS ngn console tu program camne<-----------------dak ni punye la xtau pepe2 pasal iT

DOS (Disk Operating System) adalah sistem pengoperasian sebelum Windows. OS ini tidak menggunakan GUI dan banyak bergantung kepada alatan (persisian) teletype yang juga dikenali sabagai console (misalnya monitor dan printer zaman dulu, termasuk juga keyboard). Di dalam alatan teletype, komputer hanya menghantar (atau menerima) karakter (text based) kepada peralatan dan peralatan tersebut akan memapar atau mencetak mengikut gaya yang tersendiri bergantung kepada font yang ada pada peralatan tersebut. Perisian console adalah program moden (win32) yang menggunakan interface console di mana console tersebut biasanya dalam bentuk simulasi. Ini adalah bagi menyokong pengguna-pengguna yang telah biasa dengan console. Contoh program console ni macam yang budak-budak U buat projek final year, ala... softwer dengan skrin hitam yang ada simbol >_ berkelip-kelip. Bank pun masih banyak yang menggunakan interface ni.

Bahasa C sebenarnya masih boleh digunakan untuk membangunkan perisian yang menyokong GUI tetapi amat sukar kerana semua perkara perlu dibuat secara native (tiada framework). C juga tidak menyokong OOP, satu ciri yang amat penting untuk pembangunan perisian bersekala besar kerana OOP banyak membantu memudahkan kod-kod di urus.

Bahasa C sebenarnya ketinggalan tetapi masih berguna untuk beginner yang baru belajar sintak asas seperti if, else, do, for, while dan sebagainya. Jadi gunakan C untuk permulaan, kemudian kuasai C++.

Share this post

Link to post
Share on other sites

adakah C akan terus relevan?

sebab banyak operating system yang FOSS macam Linux, FreeBSD ditulis guna C.

termasuk aplikasi lain yang lebih senang berinteraksi guna bahasa Low Level

Share this post

Link to post
Share on other sites

Pendapat aku cam ni... C dan C++ sebenarnya bukan 2 bahasa yang berbeza tetapi C++ adalah versi C yang dipertingkatkan dengan penambahan beberapa parkara baru, misalnya sokongan kepada OOP. Apabila seseorang itu menggunakan bahasa C bermakna ia menggunakan bahasa C++ tetapi tidak menggunakan sintak-sintak baru, maksudnya kod yang ditulis boleh dikompail menggunakan compiler C++. Seperti yang saya nyatakan C (ANSI C) adalah standard dan disokong oleh semua kompiler, ini bermakna kod yang dibangun menggunakan C sahaja boleh dikompail oleh semua kompiler (mengekalkan backward compatibility), ini penting bagi software yang dibangunkan secara berkumpulan misalnya softwer dari jenis open source kerana setiap programer mempunyai kompiler kegemaran masing-masing. Ada juga kompiler yang tidak menyokong sintak C++ misalnya kompiler-kompiler yang digunakan untuk menghasilkan perisian untuk PIC.

OOP bukanlah sesuatu yang wajib digunakan tetapi ia memudahkan kod-kod diurus terutamanya bagi perisian berskala besar kerana kod-kod dikategorikan mengikut objek. Misalnya jika 1000 fungsi dikategorikan mengikut objek-objek tentukan lebih mudah di urus berbanding jika 1000 fungsi tersebut diistiharkan sebagai fungsi global.

Kesimpulannya, seboleh mungkin gunakan C++ kerana ia adalah satu pembaharuan dan kita tidak boleh ketinggalan. Gunakan "C sahaja" hanya apabila perlu misalnya untuk software open source, softwer teknikal seperti OS, BIOS dsb atau software2 native (tidak menggunakan OS, biasanya untuk micro controller). Jangan sekali-kali stick pada "C sahaja" kerana menganggap C++ atau OOP adalah sesuatu yang terlalu advance dan sukar dikuasai.

Sekian. Makasih!

Edited by CFoo++

Share this post

Link to post
Share on other sites

jadi sekarang bahasa c++ yang menjadi pilihan...macam tue ker....

Guna C++ je lah. Selagi ko tak guna OOP, due-due nye sama.

Edited by CFoo++

Share this post

Link to post
Share on other sites

Guna C++ je lah. Selagi ko tak guna OOP, due-due nye sama.

jawapan dari orang yang jadikan C/C++/socket sebagai makanan harian. memang tak dapat disangkal :lol:

Share this post

Link to post
Share on other sites

C++ adalah kembangan daripada bahasa asal C. Oleh kerana perkembangan hardware dan software (OS) yang jauh berbeza dari asal menyebabkan bahasa C tidak boleh di standard kan lagi. Semua kompiler mempunyai set arahan dan fail-fail sokongan yang berbeza, yang sama hanya sintak, tapi semuanya akan menyokong arahan dan sintak ANSI C. Banyak arahan ansi yang ketinggalan atau tidak dapat di implemen di dalam sistem baru, misalnya arahan "printf" tidak berfungsi di dalam Windows applications. Perbezaan paling ketara, C++ menyokong OOP.

Senang cite, guna C sahaja adalah lebih mudah tetapi untuk DOS atau console program je la.

saya tidak bersetuju dgn penyataan di atas sebab, Windows ialah sistem operasi bukannya bahasa pengaturcaraan. mengenai arahan ansi C ketinggalan zaman tidak patut dibangkitkan sebab fungsi printf sememang utk memaparkan out pada console, manakala fungsi SetDlgItemTextA pula utk 'printf' ke dalam textbox. in fact, SetDlgItemText ialah C function yang terdapat dalam Win32 API collection.

oleh itu, encik CFoo tak boleh campur adukkan keupayaan C dengan Windows GUI features. gnome/gtk+, kde/qt, mac osx's aqua/cocoa (sekadar menyebut beberapa sistem gui yg lain) juga ada function 'printf' dia sendiri. benda2 ni (gui framework) bertindak sebagai layer utk GUI subsystem yg berjalan di atas kernel.

akhir sekali, C tidak bersaing dgn C++. C masih wujud sebab masih ada kerana khidmatnya masih diperlukan untuk pelbagai kegunaannya tersendiri. dan mungkin sudah tiba masanya encik CFoo utk mengenali library lain, selain daripada MFC :)

p/s:

minta maaf jika ayat saya berbelit2, BM dapat 7.

Share this post

Link to post
Share on other sites

jangan ambil mudah.. C dan C++ tak sama, even kalau awak tak guna OOP features in C++. There are constructs that are valid in C but not in C++. Awak patut baca ANSI/ISO standard mengenai C dan C++ untuk perhatikan perbezaan dan membandingkan kedua-duanya. Tapi rasanya OK kalau kita anggap C++ sebagai bahasa pengaturcaraan yang dipengaruhi oleh C dan object-oriented programming paradigma.

Kita juga harus ingat tak semestinya kita guna object-oriented language, semuanya jadi mudah dan ringkas (dari perspektif pengguna objek/class). Secara umumnya ya, tapi tidak dalam semua kes. Sebaliknya pula, C tidak semestinya kompleks.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Kita juga harus ingat tak semestinya kita guna object-oriented language, semuanya jadi mudah dan ringkas (dari perspektif pengguna objek/class). Secara umumnya ya, tapi tidak dalam semua kes. Sebaliknya pula, C tidak semestinya kompleks.

betul,

xperlu mengekang diri,

itu mengikut citerase sendirik

suke gune c, gune c

suke gune c++, gune c++

x perlu berperang mengenai bahase yg kite gune

Share this post

Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...