AnNamir 60 Report post Posted May 23, 2007 (edited) FENOMENA ISTIWA UTAMA MATAHARI DI KAABAH:Arah kiblat yang tepat boleh juga diperolehi apabila berlaku peristiwa 'istiwa utama matahari di Kaabah'. Istiwa utama (istiwa a'dzam) adalah satu keadaan di mana matahari akan berada tepat di titik zenith (ghayah) ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) bersamaan dengan nilai latitud tempatan. Fenomena ini berlaku bagi negeri-negeri yang nilai latitudnya kurang daripada nilai sudut istiwa maksimum matahari sebanyak 23.5°. Berdasarkan keadaan ini, matahari akan mengalami istiwa utama dengan Kaabah dua kali dalam setahun. Fenomena ini boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi. Menurut hisab, peristiwa istiwa matahari di atas Kaabah akan berlaku setiap tahun pada 28 Mei pukul 5.16 petang waktu Malaysia dan sekali lagi pada 16 Julai pukul 5.28 petang. Rajah 1 : Fenomena istiwa matahari di Kaabah Ikutilah panduan berikut untuk menentukan arah kiblat dari tempat anda pada tarikh dan masa yang dinyatakan di atas: -Pacakkan satu tiang di kawasan yang hendak di semak arah kiblatnya.-Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Anda boleh menyemak ketegakannya dengan menggunakan sebarang pemberat yang diikat di hujung tiang berkenaan. -Tempat yang anda pilih untuk tujuan ini hendaklah tidak terlindung dari sinaran matahari.Rajah 2 : Penggunaan bayang menentukan arah kiblatTepat pada masanya pada 28 Mei jam 5.16 petang atau 16 Julai jam 5.28 petang, bayang yang ditunjukkan oleh tiang tegak berkenaan, adalah bersamaan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur, maka arah kiblat ialah arah yang bertentangan. Selain dari tiang yang anda pacakkan, anda juga boleh menggunakan tiang-tiang bendera, tiang-tiang lampu atau sisi- sisi rumah yang tegak untuk menyemak arah kiblat ketika itu.Petikan dari: imran.kusza.edu.my/miqat/index.php?link=30Boleh juga rujuk kepada cetusan ADMIN kita di sini...===========================================================So jangan lupa, 28 Mei ni [Hari ISNIN], jam 5.16 petang, kita sama²mempraktikkan cara tradisional ini... kat tpt kerja ke, kat rumah ke, bolehlah kitare-check semula sama ada arah kiblat kita gunakan sekarang betul atau serong sikit ke!=========================================================== Edited May 23, 2007 by annamir Quote Share this post Link to post Share on other sites
roronoazoro 1 Report post Posted May 23, 2007 menarik...harap2 ptg tu xla ujan atau mendung.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
AnNamir 60 Report post Posted May 28, 2007 ===========================================================So jangan lupa semua, hari INI, jam 5.16 petang, kita sama2mempraktikkan cara tradisional ini... kat tpt kerja ke, kat rumah ke, bolehlah kitare-check semula sama ada arah kiblat kita gunakan sekarang betul atau serong sikit ke!=========================================================== Quote Share this post Link to post Share on other sites
feedback 0 Report post Posted May 28, 2007 (edited) Eh hari ni kan?? aku dgr pukul 4.00 ptg...mana satu btol nih?...tak sabar lak nk tunggu masa berjln... Edited May 28, 2007 by misstersya Quote Share this post Link to post Share on other sites
skunz 0 Report post Posted May 28, 2007 Eh hari ni kan?? aku dgr pukul 4.00 ptg...mana satu btol nih?...tak sabar lak nk tunggu masa berjln...Entah la.. tp yang pnting ari ni kita kena cbatry tgok ketepatan kiblat kita tu..sma2 la kita mencuba k Quote Share this post Link to post Share on other sites
mr dozo 0 Report post Posted May 28, 2007 kita boleh cek arah kiblat ngan pelbagai kompas di pasaran...cuba korg cek balik kompas korang petang nih...tepat tak...coz method tradisional ni lebih tepat Quote Share this post Link to post Share on other sites
Hmir 0 Report post Posted May 28, 2007 Nak check...tp kat sini mendung.xtau ar kol 5 jap lagi dah cerah kan? Quote Share this post Link to post Share on other sites
feedback 0 Report post Posted May 28, 2007 Alamak..dkt sini pun nk hujanla..huhu Quote Share this post Link to post Share on other sites
AnNamir 60 Report post Posted May 28, 2007 (edited) Iye, samalah kat kkb nih... masyaAllah gelapnya langit...Tapi secara kasarnya, arah bayang2 matahari pada hari ini telah boleh menampakkanarah yg menunjukkan hala Kiblat... cuma waktu 5.16 ptg adalah arah yang paling tepat!Tapi seelok2nya ikut waktu yg telah ditetapkan, kerana teralih 1 darjah [1°] je arah kiblat dari tpt kita,ia lari hampir 1km daripada kedudukan Ka'abah! [kenyataan ini korang kena cari sumber sahih dia, aku pun terlupa kat mana aku dapat maklumat ni, mungkin sumber rujukan aku kat atas tu ada rasanya!]misstersya: waktu yg sebenarnya adalah spt dalam artikel yg aku quote tu...iaitu 5.16pm.rujukan ada aku sertakan kat bawah artikel tu... Edited May 28, 2007 by annamir Quote Share this post Link to post Share on other sites
feedback 0 Report post Posted May 28, 2007 hehe..dh dpt dh..smmgnya btol arah kiblat rumah aku..Alhamdulillah...thanks brother 4 ur information.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
Shinkoban 0 Report post Posted May 28, 2007 ya allah,terlupa pulak nak buat benda ni.kena tunggu bulan 7.jadi macamana dengan arah kiblat rumah aku dalam masa 28mei-15julai? apasal takdak hebahan kat radio atau tv? Quote Share this post Link to post Share on other sites
roronoazoro 1 Report post Posted May 28, 2007 ya allah,terlupa pulak nak buat benda ni.kena tunggu bulan 7.jadi macamana dengan arah kiblat rumah aku dalam masa 28mei-15julai? apasal takdak hebahan kat radio atau tv?ikut je la arah kiblat ko cm biasa..benda ni cuma nk memastikan lg arah kiblat ko btol..aku kt sini time tu br pas ujan..mendung..satu bayang2 pon xd.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
skunz 0 Report post Posted May 29, 2007 ikut je la arah kiblat ko cm biasa..benda ni cuma nk memastikan lg arah kiblat ko btol..aku kt sini time tu br pas ujan..mendung..satu bayang2 pon xd..yang terlepas tu bleh la cuba bulan 7 plakkalau bleh minta admin ingatkan balik nnt Quote Share this post Link to post Share on other sites
mr dozo 0 Report post Posted May 29, 2007 kat t.malim pun hujan semalam....tak dpt cek Quote Share this post Link to post Share on other sites
AnNamir 60 Report post Posted June 1, 2007 ya allah,terlupa pulak nak buat benda ni.kena tunggu bulan 7.jadi macamana dengan arah kiblat rumah aku dalam masa 28mei-15julai? apasal takdak hebahan kat radio atau tv?Dalam Buletin 1.30 ada disiarkan pada hari kejadian...Ok, insyaAllah dah dekat 16 Julai 2007 / 1 Rejab 1428 [isnin] nnti,kalau aku teringat, aku akan ON balik topik ni sebagai peringatan supayasiapa yg terlepas utk mensimulasikan teknik tradisional ini akan dpt mencubanya nnti... Quote Share this post Link to post Share on other sites
AnNamir 60 Report post Posted May 21, 2010 (edited) [img]http://farm5.static.flickr.com/4031/4626630400_e7ed1e3077_m.jpg[/img] =========================================================== [b][color="#FF0000"]JADI jangan lupa, 28 Mei ni (hari JUMAAT minggu depan), jam 5.16 petang, kita sama² mempraktikkan cara tradisional ini... kat tpt kerja ke, kat rumah ke, bolehlah kita re-check semula sama ada arah kiblat kita gunakan sekarang betul atau serong sikit ke![/color][/b] =========================================================== Info lanjut boleh di dapati pada note di facebook saya http://www.facebook.com/note.php?saved&&suggest¬e_id=428549845086 Edited May 21, 2010 by Annamir™ Quote Share this post Link to post Share on other sites
AnNamir 60 Report post Posted May 27, 2010 [b]Jangan lupa PETANG ESOK, jam 5.16pm =)[/b] Quote Share this post Link to post Share on other sites
hairulfadly 27 Report post Posted May 27, 2010 Harap-harap cuaca akan cerah pada petang esok. Boleh lihat kat mana bayang-bayang matahari jatuh. Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted May 27, 2010 esok merupakan harinya check2 smua Quote Share this post Link to post Share on other sites
abixpert 0 Report post Posted May 27, 2010 terima kasih kerana ingatkan Quote Share this post Link to post Share on other sites
Panglima Khalid 132 Report post Posted May 27, 2011 Up-Up and away... peringatan. esok, 28 mei...istiwa' a'zham. rujuk sini : http://goo.gl/qpxQd atau rujuk post pertama di atas peluang untuk memperbetul arah kiblat jika didapati tak betul atau peluang mengetahui arah kiblat setempat kalau tak tahu. jangan jadi seperti ini : http://goo.gl/rj6vW sebarkan untuk manfaat bersama Quote Share this post Link to post Share on other sites
AnNamir 60 Report post Posted May 26, 2016 Jom check petang esok, JUMAAT, 27 MEI 2016, jam 5:16 petang.Maklumat lanjut ada kt fb.com/DarulQuranJakim Quote Share this post Link to post Share on other sites