Jump to content
Sign in to follow this  
AnNamir

Peluang Menyemak Arah Qiblat!

Recommended Posts

FENOMENA ISTIWA UTAMA MATAHARI DI KAABAH:

Arah kiblat yang tepat boleh juga diperolehi apabila berlaku peristiwa 'istiwa utama matahari di Kaabah'. Istiwa utama (istiwa a'dzam) adalah satu keadaan di mana matahari akan berada tepat di titik zenith (ghayah) ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) bersamaan dengan nilai latitud tempatan. Fenomena ini berlaku bagi negeri-negeri yang nilai latitudnya kurang daripada nilai sudut istiwa maksimum matahari sebanyak 23.5°. Berdasarkan keadaan ini, matahari akan mengalami istiwa utama dengan Kaabah dua kali dalam setahun. Fenomena ini boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

Menurut hisab, peristiwa istiwa matahari di atas Kaabah akan berlaku setiap tahun pada 28 Mei pukul 5.16 petang waktu Malaysia dan sekali lagi pada 16 Julai pukul 5.28 petang.

istzam.jpg

Rajah 1 : Fenomena istiwa matahari di Kaabah

Ikutilah panduan berikut untuk menentukan arah kiblat dari tempat anda pada tarikh dan masa yang dinyatakan di atas:

-Pacakkan satu tiang di kawasan yang hendak di semak arah kiblatnya.

-Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Anda boleh menyemak ketegakannya dengan menggunakan sebarang pemberat yang diikat di hujung tiang berkenaan.

-Tempat yang anda pilih untuk tujuan ini hendaklah tidak terlindung dari sinaran matahari.

tiang01.jpg

Rajah 2 : Penggunaan bayang menentukan arah kiblat

Tepat pada masanya pada 28 Mei jam 5.16 petang atau 16 Julai jam 5.28 petang, bayang yang ditunjukkan oleh tiang tegak berkenaan, adalah bersamaan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur, maka arah kiblat ialah arah yang bertentangan. Selain dari tiang yang anda pacakkan, anda juga boleh menggunakan tiang-tiang bendera, tiang-tiang lampu atau sisi- sisi rumah yang tegak untuk menyemak arah kiblat ketika itu.

Petikan dari: imran.kusza.edu.my/miqat/index.php?link=30

Boleh juga rujuk kepada cetusan ADMIN kita di sini...

===========================================================

So jangan lupa, 28 Mei ni [Hari ISNIN], jam 5.16 petang, kita sama²

mempraktikkan cara tradisional ini... kat tpt kerja ke, kat rumah ke, bolehlah kita

re-check semula sama ada arah kiblat kita gunakan sekarang betul atau serong sikit ke!

===========================================================

Edited by annamir

Share this post


Link to post
Share on other sites

===========================================================

So jangan lupa semua, hari INI, jam 5.16 petang, kita sama2

mempraktikkan cara tradisional ini... kat tpt kerja ke, kat rumah ke, bolehlah kita

re-check semula sama ada arah kiblat kita gunakan sekarang betul atau serong sikit ke!

===========================================================

Share this post


Link to post
Share on other sites

Eh hari ni kan?? aku dgr pukul 4.00 ptg...mana satu btol nih?...tak sabar lak nk tunggu masa berjln...:)

Edited by misstersya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Eh hari ni kan?? aku dgr pukul 4.00 ptg...mana satu btol nih?...tak sabar lak nk tunggu masa berjln...:)

Entah la.. tp yang pnting ari ni kita kena cba

try tgok ketepatan kiblat kita tu..

sma2 la kita mencuba k

Share this post


Link to post
Share on other sites

kita boleh cek arah kiblat ngan pelbagai kompas di pasaran...cuba korg cek balik kompas korang petang nih...tepat tak...coz method tradisional ni lebih tepat

Share this post


Link to post
Share on other sites

Iye, samalah kat kkb nih... masyaAllah gelapnya langit...

Tapi secara kasarnya, arah bayang2 matahari pada hari ini telah boleh menampakkan

arah yg menunjukkan hala Kiblat... cuma waktu 5.16 ptg adalah arah yang paling tepat!

Tapi seelok2nya ikut waktu yg telah ditetapkan, kerana teralih 1 darjah [1°] je arah kiblat dari tpt kita,

ia lari hampir 1km daripada kedudukan Ka'abah! [kenyataan ini korang kena cari sumber sahih dia, aku pun

terlupa kat mana aku dapat maklumat ni, mungkin sumber rujukan aku kat atas tu ada rasanya!]

misstersya: waktu yg sebenarnya adalah spt dalam artikel yg aku quote tu...iaitu 5.16pm.

rujukan ada aku sertakan kat bawah artikel tu...

Edited by annamir

Share this post


Link to post
Share on other sites

hehe..dh dpt dh..smmgnya btol arah kiblat rumah aku..Alhamdulillah...thanks brother 4 ur information.. :rolleyes:

Share this post


Link to post
Share on other sites

ya allah,

terlupa pulak nak buat benda ni.kena tunggu bulan 7.

jadi macamana dengan arah kiblat rumah aku dalam masa 28mei-15julai?

apasal takdak hebahan kat radio atau tv?

Share this post


Link to post
Share on other sites

ya allah,

terlupa pulak nak buat benda ni.kena tunggu bulan 7.

jadi macamana dengan arah kiblat rumah aku dalam masa 28mei-15julai?

apasal takdak hebahan kat radio atau tv?

ikut je la arah kiblat ko cm biasa..benda ni cuma nk memastikan lg arah kiblat ko btol..

aku kt sini time tu br pas ujan..mendung..satu bayang2 pon xd..

Share this post


Link to post
Share on other sites

ikut je la arah kiblat ko cm biasa..benda ni cuma nk memastikan lg arah kiblat ko btol..

aku kt sini time tu br pas ujan..mendung..satu bayang2 pon xd..

yang terlepas tu bleh la cuba bulan 7 plak

kalau bleh minta admin ingatkan balik nnt

Share this post


Link to post
Share on other sites

ya allah,

terlupa pulak nak buat benda ni.kena tunggu bulan 7.

jadi macamana dengan arah kiblat rumah aku dalam masa 28mei-15julai?

apasal takdak hebahan kat radio atau tv?

Dalam Buletin 1.30 ada disiarkan pada hari kejadian...

Ok, insyaAllah dah dekat 16 Julai 2007 / 1 Rejab 1428 [isnin] nnti,

kalau aku teringat, aku akan ON balik topik ni sebagai peringatan supaya

siapa yg terlepas utk mensimulasikan teknik tradisional ini akan dpt mencubanya nnti...

:)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[img]http://farm5.static.flickr.com/4031/4626630400_e7ed1e3077_m.jpg[/img]
===========================================================
[b][color="#FF0000"]JADI jangan lupa, 28 Mei ni (hari JUMAAT minggu depan), jam 5.16 petang, kita sama²
mempraktikkan cara tradisional ini... kat tpt kerja ke, kat rumah ke, bolehlah kita
re-check semula sama ada arah kiblat kita gunakan sekarang betul atau serong sikit ke![/color][/b]
===========================================================
Info lanjut boleh di dapati pada note di facebook saya :)
http://www.facebook.com/note.php?saved&&suggest&note_id=428549845086 Edited by Annamir™

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]Jangan lupa PETANG ESOK, jam 5.16pm =)[/b]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Harap-harap cuaca akan cerah pada petang esok. Boleh lihat kat mana bayang-bayang matahari jatuh. :rolleyes:

Share this post


Link to post
Share on other sites
Up-Up and away...

:bismillah:
:salam:

peringatan. esok, 28 mei...istiwa' a'zham.
rujuk sini : http://goo.gl/qpxQd atau rujuk post pertama di atas

peluang untuk memperbetul arah kiblat jika didapati tak betul

atau peluang mengetahui arah kiblat setempat kalau tak tahu.
jangan jadi seperti ini : http://goo.gl/rj6vW

sebarkan untuk manfaat bersama

Share this post


Link to post
Share on other sites

Jom check petang esok, JUMAAT, 27 MEI 2016, jam 5:16 petang.

Maklumat lanjut ada kt fb.com/DarulQuranJakim :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...