Jump to content
longhorn

Suggestion

Recommended Posts

Hi saya nak bagi cadangan ,saya bercadang supaya website Putera.com ini dapat dipublish dalam bahasa english (additional language). Tujuannya supaya surfer-surfer dari segala pelusuk dunia dapat berkongsi kepakaran mereka serta dapat memberi artikel-artikel dan tutorial yang berguna.Saya harap user-user yang lain dapat memberi komen yang bernas dan bukannya mengutuk saya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

er maksudnyer sumer pos dlm bahasa inggeris ker?

bg aku kena gaks tanya pendpt member2 lain dlm forum nih,

jgn nanti bil pos diorg berkrg klu guna BI,

added:

so nanti makin kurg plaks info dan ilmu yg dibincangkan,

okies~

Edited by potong

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bagus gak tu kalau ada perbincangan atau buat forum dalam bentuk bahasa inggeris. Tapi pendapat aku lah, untuk permulaan ni bagi sapa2 yang pandai bahasa inggeris bolehlah menggunakannya dalam perbincangan forum. Tapi guna bahasa yang mudahlah.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya harap user-user yang lain dapat memberi komen yang bernas dan bukannya mengutuk saya.

la haiiiiiii sensitip nye

kalo site (forum) putera in english sape yang nak translate post orang satu2?

Share this post


Link to post
Share on other sites

yang aku maksudkan putera.com ni disediakan dalam 2 bahasa so when users masuk site ni they can choose samada mau masuk bahasa melayuy or inggeris site buat macam web RO la................

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku kalau nak forum it dlm BI dah berlambak kat luar...salah satu keistimewaan putera.com ialah forum dlm bahasa melayu...lagipun byk kalau nak buat dlm BI name bukan lg putera.com ..dah jadi prince.com laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalo gitu then kene suruh la admin pegi buat lang pack invisionboard dalam bm. site lain ade buat mende ni, tapi tak relevan pasal sikit sangat dan tak penting sangat mende2 macam fastreply dll.

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku kalau nak forum it dlm BI dah berlambak kat luar...salah satu keistimewaan putera.com ialah forum dlm bahasa melayu...lagipun byk kalau nak buat dlm BI name bukan lg putera.com ..dah jadi prince.com

erm...aku sokong...

keistimewaan putera.com, sbb dalam BM...

kalau nak BI, nak tak leh nak kire dah kat luar tu...

berlambak giler...

kalau BM, aku rasa putera.com ni la paling best pun...

yg lain2 tu, rasa cam ngarut je...

tapi, ade lagi la yg best...cam sifoo.com ke...

lagi pun, kalu buat BI, objektif putera.com ni dah lari...

erm, baca balik arr, nape putera.com ni dalam BM...

aku harap, admin tak cepat melatah ngan kenyataan cam nih...

cool.gifcool.gifcool.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku harap, admin tak cepat melatah ngan kenyataan cam nih...

admin tak cepat melatah. yg cepat melatah tu haa yg perasan jadi mod tu.. laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sorry.... aku nak bangkang sikit... pada aku.... kepada mereka yang nak kan forum berbahasa inggeris.... dah banyak sangat dah... pegi jer lah kat Lowyat ker... macam-macam lah.

Salah satu faktor aku suka ngan Putera.Com nie adalah sebab... dier guner Bahasa Melayu lah... kalau tambah ngan bahasa inggeris pulak, karang hilang plak keasliannya.... payah tuh.... so... kalau dah terlalu gian sangat nak gune B.I... bolehlah gune dalam post-post biasa tue... tapi interface jgn lah tukar. Bior hanya dalam post biasa jer... tapi bukan keseluruhan...

Well dude.. adios....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Terima kasih di atas cadangan.

Tapi maaf. Tak mungkin Putera.com mewujudkan versi BI, selagi ada rakyat Malaysia yang cakap bahasa Melayu.

Tujuan asas penubuhan PUTERA.com adalah untuk membantu mereka yang berbahasa melayu agar dapat maju dalam ICT.

Untuk pengetahuan semua, walaupun Putera.com adalah dalam bahasa melayu, namun sekitar 25% pelawat adalah dari luar negara, separuh dari itu adalah orang kita yang belajar oversea, dan separuh lagi adalah mat-mat dan minah-minah salleh yang tak tahu cakap melayu.

Mereka datang sebab bila search sesuatu yg berkenaan ICT dalam search engine, mereka dapat Putera.com. Tapi lantaklah dengan mereka tu, sebab bukan tujuan Putera.com nak membantu mereka. Fokus kita ialah untuk mereka yang berbahasa melayu, tak kiralah cina ke, india ke, bangla ke, indon ke, siam ke, brunei ke, sri langka ke, afrika selatan ke, pulau cocos ke, kampuchea ke.. selagi mereka boleh baca dan faham bahasa melayu, maka merekalah fokus kita.

Tapi pengecualian diberikan untuk perkara2 berikut berkenaan penggunaan BI:

1. menu & forum skin (akan diwujudkan versi BM)

2. posting bahasa rojak (tapi tidak digalakkan)

Nota:

Semua bangsa yg disebutkan tadi ada yg tahu berbahasa melayu.

Semua negara yg disebutkan tadi ada yg berbangsa melayu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

memang best guna bahasa melayu ..lagipon orang melayu senang nak cari maklumat kat putera ni..tak la terkial-kial macam masuk blog luar yang gunakan english..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...