Jump to content
Shanai

Putera.com Cipta Sejarah Sendiri

Recommended Posts

Putera.com mencipta sejarah yang tersendiri pada Khamis, 5 April lalu apabila berjaya mencapai ranking di bawah 30,000, iaitu ranking tertinggi sejak ia diwujudkan hampir 9 tahun dahulu. Alexa.com menunjukkan ranking Putera.com pada tahap 29,678 pada hari tersebut dan terus meningkat kepada 28,044 pada hari ini.

Pencapaian ini adalah saat yang membanggakan kerana ia adalah petanda bahawa Putera.com semakin dikunjungi oleh lebih ramai orang. Putera.com juga semakin menghampiri senarai Top 200 website yang paling dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Pada ketika ini, Yahoo.com berada pada tangga yang teratas, diikuti oleh friendster.com, msn.com, goggle.com.my dan google.com. Tempat keenam pula ialah youtube.com diikuti oleh myspace.com, blogger.com, live.com dan wikipedia.org.

Website tempatan yang berada di tangga teratas ialah Jobstreet.com (tangga ke-13) dan Cari.com.my (tangga ke-14). Manakala Lowyat.net berada di tangga ke-25. Pada hari ini, Putera.com berada di tangga yang ke-210. Kedudukan ranking itu berubah-ubah dari semasa ke semasa.

Untuk menggalakkan lebih ramai pengguna Internet Malaysia datang, singgah dan seterusnya menjadi ahli setia Putera.com, ruangan artikel yang memuatkan rencana, tips dan tutorial berkaitan dunia ICT dan komputer akan diperkemaskan lagi.

Ruangan English juga sekarang dikemaskini dari semasa ke semasa dengan berita-berita dan perkembangan terbaru dunia ICT tempatan.

Saya berharap kita semua dapat sama-sama membawa Putera.com ke tahap yang lebih tinggi dan disegani dalam arena siber di Malaysia, di Nusantara dan di dunia!

Nota: Anda boleh memantau ranking Putera.com dan mana-mana tapak web yang anda kunjungi dengan memasang toolbar Alexa Putera.com. Klik sini untuk mendapatkannya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tahniah terutama kepada boss putera.com En Shanai dan dah tentunya tahniah buat putera.com dan semua ahli-ahli yang setia

Share this post


Link to post
Share on other sites

toolbar alexa tu untuk Ie saja ke? xleh nak download sbb dok guna firefox.

apapun..tahniah buat warga Putera.com dan kepada pengendalinya...xdak kapten kapal..kapal pun xjalan..btol tak..

tapi kalau setakat kapal kosong..macamana nak dapatkan statistik yang ombastik mr loba-loba gitu..xgitu..

so..tahniah untuk semua...

#aku promote putera.com kat frenster aku..hehe..kot-2 carta frenster turun n putera.com plak naik..

Share this post


Link to post
Share on other sites

tahniah putera.com...

Putera.com memang forum teknologi maklumat bahasa melayu yg terbaik dan semoga peningkatan ranking terus berlaku dari semasa ke semasa.

Share this post


Link to post
Share on other sites

tahniah.. tahniah.. sebagai seorang member aku tumpang gembira gak..

aku datang sini pun dipromote oleh kawan aku gak.. selain jumpa link kat website lain..

aku jugak dah promote kat sorang kawan yg lain.. (sorang jer?)

semoga putera.com dpat jadi forum teknologi maklumat berbahasa melayu yg terbaik kat malaysia ni. Gambatte!

Share this post


Link to post
Share on other sites

bagusla cmtu.

biar seluruh rakyat malaysia tahu tentang kewujudan putera.com sbg platform informasi dunia teknologi.

Thanks juga kepada ahli setia putera.com yg xpenah2 jemu support putera.com

tanpa mereka tiada la putera.com

Share this post


Link to post
Share on other sites

Alhamdulillah....

SYABAS!!!!!

Ya Allah, ku berdoa agar web Putera.com ini semakin maju kehadapan dan menjadi salah satu web rujukan terulung di Malaysia, dan insyaAllah didunia......

AMIN....

Share this post


Link to post
Share on other sites

nak ucap tahniah gaks ... arghh .. rugi aku x promote maser aku gi temuduga dulu (gemuruh sgt maser tuh)... :D ... Putera.com la tempat pertama aku berforum .... bangge nyer aku ....

TAHNIAH skali lagi !!! ..... :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

tahniah @ terima kasih kepada en. shanai kerana mewujudkan site yang best nih . :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kalau pelawat ramai. Mampu ker server putera.com menampung jumlah hitz yang agak banyak tu. Takut nanti tak bleh plak nak access putera dan slow nak bukak website nie...

Share this post


Link to post
Share on other sites

erm apsal semalam aku x leh nak access website putera.com semalam...

ranking dah tinggi..pastikan content pun kena power jugak... :ph34r:

Edited by slier

Share this post


Link to post
Share on other sites

nak ucap tahniah gaks ... arghh .. rugi aku x promote maser aku gi temuduga dulu (gemuruh sgt maser tuh)... :D ... Putera.com la tempat pertama aku berforum .... bangge nyer aku ....

TAHNIAH skali lagi !!! ..... :lol:

aku masa interview aku promote, sebab diorang tanya aku, apakah yang aku lakukan untuk memantapkan ilmu pengetahuan aku dalam bidang IT ni, jawapan aku dengan menyertai forum IT contohnya Putera.com..

then diorang tanya, adakah geng2 dalam forum ini, mengadakan perjumpaan secara nyata. So, aku jawap yang aku ade pergi ke pusat satelit bumi tu.. then buat discussion tentang teknologi satelit bumi.

Hehe.. baik punye aku goreng time tu, alhamdulillah, aku dapat.. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

syabas kepada shanai dan putera.com dan semua member. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana laman putera.com memberi tempias yang amat banyak kepada laman web saya bukan saja dari malaysia malahan dari seluruh dunia. Ini semua kerana putera.com..thanks a million :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku masa interview aku promote, sebab diorang tanya aku, apakah yang aku lakukan untuk memantapkan ilmu pengetahuan aku dalam bidang IT ni, jawapan aku dengan menyertai forum IT contohnya Putera.com..

tahniah encik slaughters (tukang sembelih). khokhok. habistu berjaya ke tak interview?

p/s:motif aku quote statement dia ni, cuba ambil perkara positif yang ko dapat dari sini, dan benda positif berkenaan topik, terutama topik ni. tentulah admin sendiri bangga sebab portal dia dapat kiraan yang banyak. soal samada penting kuantiti ke atau kualiti, ahli dalamni yang tentukan dengan posting diorang sendiri. tepuk dada tanya selera. anyway, tahniah juga putera.com dan tak heran kalau ada beberapa keyword yang kita search, akan keluar result putera.com sebagai yang pertama, sebab keyword tu ada dalam posting yang dibuat dalamni.

Share this post


Link to post
Share on other sites

cograte putera...cayalah.pas nie aku akan bg tau kwn2 aku suh derang bg tau kwn2 derang suh berforum kat sini.pastu aku suruh kwn2 derang bg tau sedara mara derang tuk join gak.pastu..bla...bla...bla...sampai la tok penghulu aku pun join skali...hehehe....

btul gak tu.kita nak kuantiti or kualiti?

pada aku,seme tu bergantung forumer seme.kiter gak yg bakal `mencorakkan` putera.com...xgitu?

Share this post


Link to post
Share on other sites

erm apsal semalam aku x leh nak access website putera.com semalam...

ranking dah tinggi..pastikan content pun kena power jugak... :ph34r:

Iyelah ana pun camtu jugak semalam..tak leh nak acces Putera.com...rangking dah tinggi sangat kut.

Apa2 pun syabas pada admin kerana dapat membina laman web yang cukup bermutu tinggi.

Banyak perkara yang ana dapat pelajari disini khususnya bidang ICT...walaupun tak sepandai mana pun...hasil bimbingan kengkawan boleh la sikit2 ana faham bab2 PC nih.

Satu hari kalau tak dapat masuk Laman nih macam tak lengkap pulak hari tu...

TAHNIAH DAN SYABAS SEKALI LAGI BUAT PENTADBIR DAN PENGGERAK PUTERA.COM

Wassalam

Share this post


Link to post
Share on other sites

×
×
  • Create New...