Jump to content
zsuperxtreme

Penubuhan Kumpulan Bina Game Ke Msc

Recommended Posts

MSC GAME COMPETITION 2007 BERMULA!!!

Ok untuk pengetahuan semua, MSC IP creator 2007 telahpun dilancarkan. Dengan ini aku nak tanya, siapa yang nak join the team... angkat tangan

Team Bina Game

Syarat Kelayakan

Maximum : 5 Orang (1 team)

Lokasi : Area KL + Selangor (Atau bersedia dtg KL dan cyberjaya)

Disiplin : Berdedikasi dan kerja mau semangat!!!(hehehe)

Team Sokongan

-Maximum : Tiada

-Dijemput menghadiri dewan pertandingan sokong bina game

-Boleh menghadiri perjumpaan binagame dan huray huray

-Boleh memberi idea dan bantuan secara sukarela (KREDIT)

Oleh kerana terdapat masalah dengan idea NXSKYNET. Maka (5 0rang) nie akan decide nak buat game apa...

Terima Kasih kerana sudi bersabar dan tunggu info dari aku.. hehehe (bz skit)

WORKSHOP MSC IP CREATOR CHALLENGE

19 haribulan nie aku kena pegi PD, ada workshop keje. So korang terpaksa arrange beramai2 untuk pergi... wakil kelab.. hehehe. Segala masalah... call me...017-3760861

Venue: MSC Malaysia Innovation Centre, Cyberjaya

Date: 19th April, 2007 (Thursday)

Time: 1:30 PM – 5:30 PM

http://cmc.msc.com.my/event_detail.php?ID=190

Share this post


Link to post
Share on other sites

Wahh.. apa khabar semua. Aku baru jer balik dari jalan2 kat Indonesia (5 hari). Hehehe.. alamak, hari nie rupenya ada workshop tu rupenya. Tertinggal plak dah nie. Hmm.. sapa2 yang pegi boleh bagi komen sikit. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Waah!! Gi jalan2 kat Indonesia.. gi mana?? Bali ker??

Yup sape2 yang pegi komen sikit..

Ehehehe... aku gi Surabaya (Sura=Jerung, Baya=Buaya) makan angin kat sana. Lepak2 tengok negara orang, mana tau ada idea datang lepas nie. :D

ON topic back. Kalo ikut website yang dibagi oleh zsuperxtreme, lecture dibuat oleh Mr Terence Tan. Agak2nya ada tak siaran ulangan bagi lecture nie? Rugi plak tak pegi...... <_<

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hehehe... huhu.....

Aku pun tak pegi lecture :D sbb ada workshop kat PD

SYARAT

Kepada sesiapa yang tidak cukup masa, tak boleh nak fully concentrate dan habiskan masa kat game development nie.. so korang boleh masuk TEAM SOKONGAN

Share this post


Link to post
Share on other sites

MDeC cungkil bakat animasi

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL

TIDAK dinafikan negara sememangnya memiliki kepakaran yang mengagumkan dalam bidang animasi dan produk yang dibangunkan oleh anak tempatan juga telah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Animasi Saladin yang dibangunkan oleh Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. (MDeC) misalnya baru-baru ini berjaya memenangi anugerah Tokyo Big Sight Award di Pesta Anime Antarabangsa Tokyo 2007.

Sebenarnya masih banyak kepakaran animasi yang boleh dicungkil di kalangan anak tempatan yang memiliki daya kreativiti tinggi, namun tidak banyak peluang disediakan untuk mereka.

Justeru, apabila MDeC menganjurkan pertandingan MSC Malaysia IP Creators Challenge Series, ia tidak seharusnya dilepaskan oleh mereka yang berbakat kreatif ini untuk tampil dengan idea animasi terbaik mereka.

Dibuka penyertaannya sehingga 28 Jun depan, pertandingan itu menurut Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri MDeC, Nicholas Shariff Collins, antara lain bertujuan melahirkan bakat-bakat tempatan dalam menghasilkan kandungan berbentuk animasi, permainan komputer, kandungan telefon bimbit dan komik digital.

“Pertandingan ini juga bertujuan membuka peluang kepada pembangun kandungan interaktif di negara ini mendapatkan saluran yang tepat bagi membangunkan seterusnya mengkomersialkan hasil kreativiti mereka sehingga ke peringkat antarabangsa,'' ujar beliau ketika berucap melancarkan pertandingan itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Memasuki tahun kedua, pertandingan itu kali ini bagaimanapun sedikit berbeza berbanding tahun lepas yang mana MDeC menyumbangkan geran berjumlah RM900,000 kepada 25 pemenang dalam empat kategori utama.

Penganjuran kali ini pula bakal menyaksikan pengagihan geran kepada pembangun kandungan interaktif yang lebih menyeluruh menerusi dua kategori iaitu profesional dan bebas.

Malah sepanjang tempoh pertandingan juga, beberapa siri kursus akan dianjurkan bertujuan memberikan pendedahan dan pemahaman yang jelas di kalangan para peserta mengenai keperluan untuk membangunkan sesuatu kandungan interaktif.

Pertandingan ini tahun lalu juga mencatat kejayaan tersendiri apabila salah sebuah syarikat penerima geran daripada kategori siri animasi iaitu Animasia Studio Sdn. Bhd. (Animasia), berjaya mengharumkan negara menerusi siri animasi mereka iaitu ABC Monster Detective.

Siri animasi tersebut baru-baru ini telah dipilih sebagai salah sebuah daripada 30 siri animasi yang paling ramai penonton pada persidangan MIPCOM Junior yang diadakan di Cannes, Perancis, Oktober tahun lalu.

Kejayaan itu juga menjadikan siri animasi tersebut sebagai satu-satunya siri Asia sekali gus mengalahkan siri animasi lebih popular dari Korea, Hong Kong dan Jepun.

Malah, Animasia juga berjaya mendapat perjanjian bernilai kira-kira RM20 juta daripada syarikat Hong Kong untuk menghasilkan 26 episod HDTV siri ABC Monster Detective dan Kung Fu Chicken.

Mereka yang berminat boleh menyertai pertandingan ini dengan mengisi borang penyertaan secara atas talian di http://cmc.msc.commy/IPCCMobile.html.

Kategori Animasi

* Syarikat atau individu perlu memberikan idea, menghasilkan pra produksi bagi setiap karakter animasi, maklumat penceritaan dan latarbelakang.

* Tiga pemenang daripada kategori profesional masing-masing akan menerima geran berjumlah RM50,000.

* Tiga pemenang daripada kategori bebas masing-masing akan menerima geran berjumlah RM40,000.

Kategori Komik Digital

* Syarikat atau individu perlu memberikan idea, menghasilkan pra produksi bagi setiap karakter animasi dan jalan cerita komik digital mereka.

* 10 pemenang daripada kategori profesional masing-masing akan menerima geran berjumlah menerima RM15,000.

* Lima pemenang daripada kategori bebas masing-masing akan menerima geran berjumlah menerima RM10,000.

* Geran yang diberikan bertujuan sebagai sokongan kepada ilustrasi komik dan produksi digital untuk menghasilkan siri komik penuh, mini komik atau novel grafik daripada jalan cerita yang dikemukakan.

Kategori Kandungan Interaktif Telefon Bimbit

* Tiga pemenang daripada kategori profesional masing-masing akan menerima geran berjumlah RM50,000.

* Tiga pemenang daripada kategori bebas masing-masing akan menerima geran berjumlah RM40,000.

Kategori Permainan Komputer

lSyarikat atau individu perlu memberikan idea, jalan cerita permainan video, modul perniagaan, jadual dan kos perbelanjaan, pendekatan teknikal, kandungan permainan video dan ciri-ciri komersial permainan video berkenaan.

lTiga pemenang masing-masing akan menerima geran berjumlah RM50,000.

Sumber, Utusan Online 05/05/07

Share this post


Link to post
Share on other sites

Derang tu memang dah ada syarikat dan buat animation tu awal2 lagi. memang terperinci. Masa first aku pergi sana masuk competition dorang dah prepare dengan banner semua. Memang dasyat la.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...