zsuperxtreme 0 Report post Posted April 18, 2007 MSC GAME COMPETITION 2007 BERMULA!!!Ok untuk pengetahuan semua, MSC IP creator 2007 telahpun dilancarkan. Dengan ini aku nak tanya, siapa yang nak join the team... angkat tanganTeam Bina GameSyarat KelayakanMaximum : 5 Orang (1 team)Lokasi : Area KL + Selangor (Atau bersedia dtg KL dan cyberjaya)Disiplin : Berdedikasi dan kerja mau semangat!!!(hehehe)Team Sokongan-Maximum : Tiada-Dijemput menghadiri dewan pertandingan sokong bina game-Boleh menghadiri perjumpaan binagame dan huray huray-Boleh memberi idea dan bantuan secara sukarela (KREDIT)Oleh kerana terdapat masalah dengan idea NXSKYNET. Maka (5 0rang) nie akan decide nak buat game apa...Terima Kasih kerana sudi bersabar dan tunggu info dari aku.. hehehe (bz skit)WORKSHOP MSC IP CREATOR CHALLENGE19 haribulan nie aku kena pegi PD, ada workshop keje. So korang terpaksa arrange beramai2 untuk pergi... wakil kelab.. hehehe. Segala masalah... call me...017-3760861Venue: MSC Malaysia Innovation Centre, CyberjayaDate: 19th April, 2007 (Thursday)Time: 1:30 PM – 5:30 PMhttp://cmc.msc.com.my/event_detail.php?ID=190 Quote Share this post Link to post Share on other sites
b1naryc0de 1 Report post Posted April 18, 2007 Aku angkat tangan nie!! nampak tak?? Dengan ini aku mengumumkan aku nak join..Tapi workshop esok aku rasa tak dapat join.. Wakil?? Sape boleh pegi esok?? Quote Share this post Link to post Share on other sites
KuruKurue 0 Report post Posted April 18, 2007 aku pun angkat tangan, tpi aku jauhlah x dpt join...sokong dri jauh ajerlah... Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted April 19, 2007 Wahh.. apa khabar semua. Aku baru jer balik dari jalan2 kat Indonesia (5 hari). Hehehe.. alamak, hari nie rupenya ada workshop tu rupenya. Tertinggal plak dah nie. Hmm.. sapa2 yang pegi boleh bagi komen sikit. Quote Share this post Link to post Share on other sites
b1naryc0de 1 Report post Posted April 19, 2007 Waah!! Gi jalan2 kat Indonesia.. gi mana?? Bali ker??Yup sape2 yang pegi komen sikit.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted April 20, 2007 Waah!! Gi jalan2 kat Indonesia.. gi mana?? Bali ker??Yup sape2 yang pegi komen sikit..Ehehehe... aku gi Surabaya (Sura=Jerung, Baya=Buaya) makan angin kat sana. Lepak2 tengok negara orang, mana tau ada idea datang lepas nie. ON topic back. Kalo ikut website yang dibagi oleh zsuperxtreme, lecture dibuat oleh Mr Terence Tan. Agak2nya ada tak siaran ulangan bagi lecture nie? Rugi plak tak pegi...... Quote Share this post Link to post Share on other sites
zsuperxtreme 0 Report post Posted April 20, 2007 Hehehe... huhu.....Aku pun tak pegi lecture sbb ada workshop kat PDSYARATKepada sesiapa yang tidak cukup masa, tak boleh nak fully concentrate dan habiskan masa kat game development nie.. so korang boleh masuk TEAM SOKONGAN Quote Share this post Link to post Share on other sites
Adiex 0 Report post Posted April 21, 2007 aku dah x der mase nak wat game skrg, sibok keje .. but aku wish korang berjaye kat contest tuh xDadiex Quote Share this post Link to post Share on other sites
KuruKurue 0 Report post Posted April 22, 2007 mcm mna nak msuk team sokongan 2? Quote Share this post Link to post Share on other sites
zsuperxtreme 0 Report post Posted April 29, 2007 Nak masuk team sokongan bila2 masa pun boleh...contoh - 1. Bagi pandangan2. Datang tengok competition kalau ada3. Bantu apa yang patut. Quote Share this post Link to post Share on other sites
LanoV 22 Report post Posted May 5, 2007 MDeC cungkil bakat animasiOleh MOHD. KHUZAIRI ISMAILTIDAK dinafikan negara sememangnya memiliki kepakaran yang mengagumkan dalam bidang animasi dan produk yang dibangunkan oleh anak tempatan juga telah diiktiraf di peringkat antarabangsa.Animasi Saladin yang dibangunkan oleh Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. (MDeC) misalnya baru-baru ini berjaya memenangi anugerah Tokyo Big Sight Award di Pesta Anime Antarabangsa Tokyo 2007.Sebenarnya masih banyak kepakaran animasi yang boleh dicungkil di kalangan anak tempatan yang memiliki daya kreativiti tinggi, namun tidak banyak peluang disediakan untuk mereka.Justeru, apabila MDeC menganjurkan pertandingan MSC Malaysia IP Creators Challenge Series, ia tidak seharusnya dilepaskan oleh mereka yang berbakat kreatif ini untuk tampil dengan idea animasi terbaik mereka.Dibuka penyertaannya sehingga 28 Jun depan, pertandingan itu menurut Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri MDeC, Nicholas Shariff Collins, antara lain bertujuan melahirkan bakat-bakat tempatan dalam menghasilkan kandungan berbentuk animasi, permainan komputer, kandungan telefon bimbit dan komik digital.“Pertandingan ini juga bertujuan membuka peluang kepada pembangun kandungan interaktif di negara ini mendapatkan saluran yang tepat bagi membangunkan seterusnya mengkomersialkan hasil kreativiti mereka sehingga ke peringkat antarabangsa,'' ujar beliau ketika berucap melancarkan pertandingan itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.Memasuki tahun kedua, pertandingan itu kali ini bagaimanapun sedikit berbeza berbanding tahun lepas yang mana MDeC menyumbangkan geran berjumlah RM900,000 kepada 25 pemenang dalam empat kategori utama.Penganjuran kali ini pula bakal menyaksikan pengagihan geran kepada pembangun kandungan interaktif yang lebih menyeluruh menerusi dua kategori iaitu profesional dan bebas.Malah sepanjang tempoh pertandingan juga, beberapa siri kursus akan dianjurkan bertujuan memberikan pendedahan dan pemahaman yang jelas di kalangan para peserta mengenai keperluan untuk membangunkan sesuatu kandungan interaktif.Pertandingan ini tahun lalu juga mencatat kejayaan tersendiri apabila salah sebuah syarikat penerima geran daripada kategori siri animasi iaitu Animasia Studio Sdn. Bhd. (Animasia), berjaya mengharumkan negara menerusi siri animasi mereka iaitu ABC Monster Detective.Siri animasi tersebut baru-baru ini telah dipilih sebagai salah sebuah daripada 30 siri animasi yang paling ramai penonton pada persidangan MIPCOM Junior yang diadakan di Cannes, Perancis, Oktober tahun lalu.Kejayaan itu juga menjadikan siri animasi tersebut sebagai satu-satunya siri Asia sekali gus mengalahkan siri animasi lebih popular dari Korea, Hong Kong dan Jepun.Malah, Animasia juga berjaya mendapat perjanjian bernilai kira-kira RM20 juta daripada syarikat Hong Kong untuk menghasilkan 26 episod HDTV siri ABC Monster Detective dan Kung Fu Chicken.Mereka yang berminat boleh menyertai pertandingan ini dengan mengisi borang penyertaan secara atas talian di http://cmc.msc.commy/IPCCMobile.html.Kategori Animasi* Syarikat atau individu perlu memberikan idea, menghasilkan pra produksi bagi setiap karakter animasi, maklumat penceritaan dan latarbelakang.* Tiga pemenang daripada kategori profesional masing-masing akan menerima geran berjumlah RM50,000.* Tiga pemenang daripada kategori bebas masing-masing akan menerima geran berjumlah RM40,000.Kategori Komik Digital* Syarikat atau individu perlu memberikan idea, menghasilkan pra produksi bagi setiap karakter animasi dan jalan cerita komik digital mereka.* 10 pemenang daripada kategori profesional masing-masing akan menerima geran berjumlah menerima RM15,000.* Lima pemenang daripada kategori bebas masing-masing akan menerima geran berjumlah menerima RM10,000.* Geran yang diberikan bertujuan sebagai sokongan kepada ilustrasi komik dan produksi digital untuk menghasilkan siri komik penuh, mini komik atau novel grafik daripada jalan cerita yang dikemukakan.Kategori Kandungan Interaktif Telefon Bimbit* Tiga pemenang daripada kategori profesional masing-masing akan menerima geran berjumlah RM50,000.* Tiga pemenang daripada kategori bebas masing-masing akan menerima geran berjumlah RM40,000.Kategori Permainan KomputerlSyarikat atau individu perlu memberikan idea, jalan cerita permainan video, modul perniagaan, jadual dan kos perbelanjaan, pendekatan teknikal, kandungan permainan video dan ciri-ciri komersial permainan video berkenaan.lTiga pemenang masing-masing akan menerima geran berjumlah RM50,000.Sumber, Utusan Online 05/05/07 Quote Share this post Link to post Share on other sites
zsuperxtreme 0 Report post Posted May 9, 2007 Derang tu memang dah ada syarikat dan buat animation tu awal2 lagi. memang terperinci. Masa first aku pergi sana masuk competition dorang dah prepare dengan banner semua. Memang dasyat la. Quote Share this post Link to post Share on other sites