Jump to content
Shanai

Penjelasan Mengenai E-gold

Recommended Posts

Assalamualaikum.

Saya dapati ada kekeliruan yang masih berterusan di kalangan ahli dan juga pengguna Internet di Malaysia umumnya berkenaan E-Gold.

E-Gold adalah boleh diibarat sebagai sejenis matawang, sama seperti Euro, Dollar, Ringgit dan Rupiah. Lebih tepat, ia adalah matawang emas digital.

E-Gold bukan sejenis skim cepat kaya.

E-Gold adalah sejenis matawang online yg sah dan boleh digunakan dalam banyak transaksi di Internet.

E-Gold mirip macam PayPal, cuma bezanya PayPal lebih berbentuk seperti pindahan wang melalui kad kredit, tetapi E-Gold seperti pemindahan wang secara cash.

Transaksi E-Gold juga adalah sehala, sebab itu ada sesetengah peniaga seperti eBay tidak membenarkan E-Gold.

E-dinar adalah equivalent kepada e-gold dan dicadang diguna untuk negara-negara Islam. Ia dipelopori pada tahun 2000 oleh Zeno Dahinden dari Switzerland, Dato Abdul Rahman Shariff dari Malaysia dan Fernando Vadillo dari Sepanyol. Ia diperbadankan di Labuan dan di Dubai. Pada awal penubuhan, e-dinar menjalinkan kerjasama dengan E-Gold dan setiap unit e-Gold adalah sama dengan e-Dinar.

Walau bagaimanapun, E-Gold banyak mendapat imej buruk kerana banyak skim cepat kaya di Internet yang menggunakan E-Gold sebagai matawang kerana ia mudah untuk dikendalikan.

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal E-Gold dan E-Dinar, anda boleh buat kajian sendiri melalui WikiPedia.

Nota: Epoint atau e-point tak ada kena mengena dengan e-gold atau e-dinar, dan saya rasa ia adalah objek yg diragui nilainya (mungkin tak ada nilai) yang direka-reka oleh sesetengah pihak untuk tujuan yg mungkin berunsur penipuan.

Harap maklum.

Share this post

Link to post
Share on other sites

maknanya e-gold ni duit versi alam maya (internet) la..gitu ker..

maknanya kita beli duit ni dengan duit kita pastu kita buat urusniaga guna duit e-gold ni seolah-2 kita bayar macam kita bayar kat kedai runcit tu..gitu??

dia macam kamu dah ade duit yang back up by gold. PErumpamaan cam dalam pocket ade rm10 kamu boleh byor terus kat towkeh kedai.... Tapi kat internet kamu nak beli barang or ape2 le kamu boleh pakai egold yang ade dalam account kamu it's really easy.... coz tak silap aku ebay pun dah pakai egold.... so boleh beli kasut senang byak2 :lol: pastu kalo byor guna credit card ade charge kan tapi egold tak de..... kalo nak lbih lanjut pm aku...

Share this post

Link to post
Share on other sites

Assalamuailaikum putera members....

Sedikit cerita mengenai e-gold....

E-GOLD WANG ELEKTRONIK E-COMMERSE.

E-gold adalah satu sistem matawang elektronik didaftarkan dibawah E-gold ltd, oleh ahli dewan perniagaan Nevis yang disokong oleh 100% bar emas yang tersimpan .

E-gold telah bergabung dalam satu akaun sistem pembayaran untuk menggalakkan lebih ramai orang menggunakan emas sebagai matawang. Secara spesifik pembayaran melalui E-gold membenarkan orang ramai untuk membelanjakan (Spend) sejumlah emas, mengikut perkadaran berat untuk di pindahkan kepada akaun E-gold yang lain. Hanya hakmilik yang berubah. Emas yang tersimpan (treasury grade vault) masih tetap kekal.

Boleh Dipercayai (Trustworthy)

Mengikut pada E-gold User Agreement, emas fizikal yang menyokong akaun e-gold hendaklah wujud dalam bentuk fizikal, mendapat kelulusan rasmi (legal) dan bebas dari risiko politik. Merujuk pada deklarasi dari pihak e-gold ?The e-gold bullion reserve special propose trust - ? menyatakan bahawa kegunaan secara mendadak hendaklah diwujudkan secara eksklusif adalah untuk kebaikan kesemua ahli dalam kumpulan pemegang akaun e-gold. Emas ini hendaklah wujud dalam bentuk emas fizikal yang tersimpan di ?London Bullion Market Association (LBMA)? . Logam emas yang tersimpan hendaklah bebas dari sebarang ?lien? atau encumbarance dan tidak terikat dengan mana-mana organisasi. Secara am, emas ini tidak terikat pada liability e-gold Ltd atau sebarang entity company. Tidak ada sebarang logam yang boleh di keluarkan dari simpanan tanpa pengesahan / tandatangan dua pihak , e-gold Ltd dan Escrow Agent untuk memastikan reputasi dan kualiti emas terjamin.

Transparency

E-gold Ltd. menawarkan tahap transparency secara tidak parallel. Kiraan akaun E-gold secara total vs. Kiraan Emas tersedia secara Total . Informasi ini di bekalkan mengikut keadaan semasa dan terkini berdasarkan pemerincian dari ?examiner? tools dari E-gold website. ?Statistic? yang berkaitan dengan penggunaan dan perkembangan sistem e-gold

Sistem Matawang Antarabangsa

Internet - World Wide Web (WWW)

Emas - World Wide Money (WWM)

Kombinasi kedua-dua sistem ini secara global ini telah mewujudkan satu keperluan. E-gold telah wujud untuk memenuhi kehendak dan keperluan ini.

E-gold dikira dalam bentuk berat logam dan bukan nya US$ atau mana-mana unit/ nilai matawang nasional. Berat unit lebih tepat dan mempunyai definasi yang boleh diguna secara global / antarabangsa. Sebagai tambahan, logam berharga ini ternyata digunakan dalam sistem kewangan sedunia. Oleh itu, e-gold adalah satu sistem yang ideal dan sesuai untuk transaksi antrabangsa.

Walaupun e-gold dikira mengikut berat, sistem pembayaran e-gold membenarkan ?Spends? untuk menggantikan terma 8 nilai matawang terbesar dunia. Sebagai contoh, terma berikut adalah rasmi (possible)

Spend 10 Troy oz adalah nilai e-gold

Spend 5.3 grams adalah nilai e-gold

Spend US $100.00 adalah nilai e-gold

Spend CHF 685.88 adalah nilai e-gold

Nilai-nilai yang dinyatakan diatas membawa maksud, Canadian boleh membuat pembayaran kapada German atau Japanese atau Australian, jumlah berat emas yang tepat dengan e-gold untuk mendapatkan barang/ servis secara mudah, seolah-olah harga telah ditetapkan dalam nilai matawang sesebuah negara.

Kuasa Membeli ( The power of the E-gold Spend )

Kesemua nilai kewangan akan berpindah ke alam cyber hanya dalam beberapa tahun akan datang. E-gold telah bersedia dan begitu juga anda.

E-gold - Jual Beli (Transaksi) tanpa sempadan

E-gold boleh di belanjakan (Spent ) kepada akaun e-gold yang lain di mana-mana sahaja tempat di dunia menerusi e-gold shopping cart interface (SCI), e-gold account manager or telefon mudah alih dengan kemudahan internet.

E-gold - Lebih Cepat dan Pantas

Pembayaran e-gold serta-merta (tanpa risiko charge semula - chargeback) , tidak kira berapa besar pembayaran, tidak kira berapa jauh pembelanja dan penerima.

E-gold - Lebih Menjimatkan

Berbelanja dengan e-gold adalah percuma walaupun penerima anda berada dihujung dunia.

Bayaran transaksi penerima adalah dari nilai rendah yang berpatutan kepada pesanan terendah dari kad kredit dan transaksi bank wire, tidak kira berapa besar (atau kecil) sesuatu pembayaran

E-gold Agio fee, merangkumi kos simpanan bar emas, untuk melepasi tahap ekonomi untuk pembeli emas jumlah besar.

Kelebihan pada semua pengguna wang. $$$$

Sasaran untuk pasaran e-gold adalah pengguna matawang. Bagaimanakah anda menggunakan matawang sekarang?

Pengguna matawang ini akan berpeluang untuk menikmati kemudahan dari kestabilan, sistem keselamatan, efisyensi dan cost yang rendah dari e-gold. Berikut adalah contoh-contoh kegunaan e-gold;

E-Dagang

Pembayaran B2B ( Business-to- Business)

Jualan - Point of Service

Pembayaran Orang Perseorangan ( Person-to-Person)

Gaji

Bill Setempat

Derma Badan Kebajikan

Sistem kewangan yang menggunakan dasar ekonomi AUG*

* AUG adalah singkatan nilai unit matawang ?grams of gold?

Pembangunan Pasaran Tukaran Dagangan

Pembentukan sistem e-gold adalah bebas dari sebarang risiko kewangan. Tidak akan terdapat hutang atau liability yang bergantung dan terikat pada e-gold.Untuk tujuan ini, pihak e-gold Ltd. tidak akan memproses sebarang matawang national dari sebarang negara yang tidak mempunyai akaun bank. Oleh itu, e-gold Ltd. tidak akan boleh menawarkan servis tukaran matawang.

Untuk menggalakan pertumbuhan bilangan pusat servis tukaran bebas di serata dunia yang menyokong tukaran antara matawang national dan e-gold, pihak e-gold telah menambah bilangan cara pembayaran termasuk kad kredit, bank wires cek bank dan money order.

Tiada halangan/sempadan untuk penyertaan

Tiada sebarang kos diperlukan untuk membuka akaun e-gold. Tiada pemeriksaan kredit, tiada had minimum diperlukan, tiada sebarang concept ?akaun saudagar? dalam akaun e-gold untuk melayakan perbelanjaan (Spend) e-gold atau penerimaan pembayaran e-gold.

Buka akaun E-gold Adalah PERCUMA dan anda boleh MEMBUKANYA. Setelah membuka akaun, anda boleh menambah eGOLD dalam akaun anda dengan pelbagai cara, antaranya beli daripada merchant menggunakan kad kredit, bank in kepada orang yang jual eGOLD. eGOLD walaubagaimanapun ada caj transaksi 1% tetapi maksimum USD0.50 paling tinggi per transaksi. Harus diingat yang kekal hanyalah gram emas dan nilai dalam USD mungkin akan berkurang dan bertambah sedikit mengikut harga emas semasa.

APA YANG ANDA PERLU FAHAM TENTANG eGOLD

1. eGOLD ada caj transaksi.

Setiap transaksi ada caj dia 1% setiap USD tetapi maksimum satu transaksi USD 0.50 sahaja. Setiap tahun juga ada pemotongan keatas akaun egold masing masing utk membayar kos menyimpan emas tersebut.

2. eGOLD berkadaran dengan nilai emas yang senantiasa turun naik.

Yang kekal hanya gram emas tersebut. Jadi jika anda ingin menyertai program USD10, elok beli lebih sikit seperti USD11 kerana kemungkinan masa anda hendak menggunakan eGOLD tersebut jumlahnya berkurangan disebabkan harga emas turun.

3. eGOLD di Malaysia dijual pada kadar antara RM3.80 - RM4.30 per Dollar mengikut persetujuan pembeli dan penjual dan mengikut supply and demand semasa.

4. eGOLD juga boleh dibeli melalui saya ataupun pembekal yang lain.

Alhamdulillah.. SEMOGA BERJAYA..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Walau macam mana pun, kalau sistem main Egold sama dengan seperti Eukfund, Winlyfund, Abfund atau mana-mana fund yang bagi pulangan beberapa % sehari ke dalam walet anda SELEPAS membuat perlaburan itu adalah SKIM CEPAT KAYA....Harap maklum lah...... :excl::ph34r:

Lor... Kan dah diterangkan di atas, egold adalah method of payment. Bukannya satu skim pelaburan atau sistem. Skim2 pelaburan tu yg menggunakan egold sebagai pembayaran. So kalau sistem ke, skim ke, program ke dia jadi scam; bukan nye salah egold. Egold hanyalah merupakan salah satu cara pembayaran yg selamat & efficient di cyber world. Bacalah info kat atas tu deyy.. :P

Yg winli,abfund & lelain tu memang ler skim cepat kaya.... No comment about that :)

Share this post

Link to post
Share on other sites

e-gold = electronic gold.

emas dalam bentuk maya,ianya mempuyai nilai yang sama dengan emas semasa.(jika nilai emas naik ,e-gold juga akan naik)

Ini kerana nilai e-gold disokong oleh jongkong emas sebenar.Buleh baca di website e-gold utk maklumat lanjut (e-gold.com)

Ianya pernah di siasat oleh FBI Amerika dan telah berjaya melepasi siasatan tanpa sebarang kes.

Ini membuktikan e-gold adalah tulin dan benar-benar sahih dan buleh diguna pakai dalam transaksi jual beli internet.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Walau macam mana pun, kalau sistem main Egold sama dengan seperti Eukfund, Winlyfund, Abfund atau mana-mana fund yang bagi pulangan beberapa % sehari ke dalam walet anda SELEPAS membuat perlaburan itu adalah SKIM CEPAT KAYA....Harap maklum lah...... :excl::ph34r:

deyy..! e-gold tu macam bank le..duit cyber dan bukan aper2 skim cepat kaya seprti yg ko sebut tu!ape lah ko ni..salah statement ko tuh..

Share this post

Link to post
Share on other sites

nak bg sedikit tips utk sesapa yg ada akaun egold...

selalu pemegang akaun kene scam or egold die kene take over oleh scammer dan mengalami kehilangan egold dlm akaunnya... so apa sekuriti basic yg anda perlu buat sebelom buka akaun egold?

1. buka satu email yg khas utk akaun egold shj... saya cadangkan email gmail.com sebab secure skit walaupon free dan jgn dedahkan email anda ini kepada mana2 website.

2. passphrase egold jgn sekali2 sama dgn password email....SILA ELAKKAN!!! kenapa? sebab kalau email anda di take over oleh scammer maka abis semua maklumat akaun anda die dpt seperti no akaun dan die akan try luck dgn menggunakan password email sama dgn passphrase egold. so elakkan mempunyai passphrase egold dan password email yg sama.

3. selalu taip/isi passphrase di egold menggunakan SRK, not taip pakai keyboard. ingat tu, SRK!!

tu jer basic sekuriti bg yg mempunyai akaun egold... so simple, but effective. InsyaAllah akaun egold anda akan selamat.

sekian terima kasih.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Nak tambah skit...

1. E-GOLD bukan skim,tapi medium yg menukarkan nilai emas kpd wang dan nilai wang kpd emas.

2.E-GOLD-Terbukti,berdaftar,sah disisi undang2,mempunyai nilai yg mengikut market antarabangsa.

3.Ada juga HYIP yg bayar dgn menggunakan egold,byk sekali,tp ada juga kbanyakkannya scam.Tp pada pendapat aku payment melalui egold adalah selamat dan terjamin,krn nilainya terus berada dlm akaun egold,hanya tuan punya akaun shj yg boleh cashkan duit tersebut,kecuali akaun kamu telah diceroboh..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Tumpang tanya:

Ada tak sape2 kat sini yg masih main HYIP yg payment melaui egold??Aku Confuse sebab govment dah campur tangan dlm online HYIP skg.Aku takut govment sekat semua jenis traksaksi.Kalau ada tolong bagitau......Aku perlukan maklumat ni...

Share this post

Link to post
Share on other sites

Walau macam mana pun, kalau sistem main Egold sama dengan seperti Eukfund, Winlyfund, Abfund atau mana-mana fund yang bagi pulangan beberapa % sehari ke dalam walet anda SELEPAS membuat perlaburan itu adalah SKIM CEPAT KAYA....Harap maklum lah...... :excl::ph34r:

sistem main Egold...? apa bendanya e-gold ni... SKIM CEPAT KAYA ke MATAWANG ELEKTRONIK...

ada orang bagitau e-gold ni matawang/ kaedah bayaran macam Paypal, e-bulion.

mengikut website e-gold, e-gold adalah elektronik payment bersandarkan emas. Semua bayaran dibuat dalam unit gram / paun emas. Contoh jika beli barang berharga 10 EURO. Pada masa itu 1.0000 gram emas = 100 EURO, bayarannya adalah 0.1000 gram emas. Jika pada masa itu 1.0000 gram emas = 110 EURO, bayarannya adalah 0.9090 gram emas. Urursniaga menggunakan e-gold melibatkan penambahan atau penolakakan berat emas dalam akaun.

e-gold bukannya skim cepat kaya tetapi matawang berasaskan emas. :excl:

Share this post

Link to post
Share on other sites

Tumpang tanya:

Ada tak sape2 kat sini yg masih main HYIP yg payment melaui egold??Aku Confuse sebab govment dah campur tangan dlm online HYIP skg.Aku takut govment sekat semua jenis traksaksi.Kalau ada tolong bagitau......Aku perlukan maklumat ni...

aku main sampai sekarang guna egold nie ok jer... susah kerajaan nak sekat sebab bukan melibatkan bank... sebab payment semua melalui egold...nak cash jual egold kat aku... aku amik...

Share this post

Link to post
Share on other sites

sapa boleh jamin yg duit dlm e-gold tu disimpan dalam bentuk emas sebenar?

cuba baca wikipedia e-gold - takde sesapa juruaudit bebas yg sahkan duit dlm tu ada simpanan emas sebenar.

dah tu takleh nak tukar balik akaun e-gold tu jadik duit

bukak website alexa.com. klik bahagian trafic details, cuba tengok Malaysia sebagai pengunjung utama website egold ni.

serupa jugak mcm website2 skim cepat kaya yg diharamkan & kononnya bersifat international.

apa la nasib melayu ni? asyik kena kelentong jer...

As of November 2005, it is unclear if e-gold has an independent auditor of the physical bars, so there is no way of knowing if e-gold Ltd. really has the reserves to back the currency in the e-gold system. e-gold does maintain an "Examiner", a web page with updated statistics on outstanding liabilities and the total amount of each precious metal in its holding [20]. While proponents generally consider this assuring enough, critics remain skeptical as there is no way of determining if the web page's portrayal is accurate.

Share this post

Link to post
Share on other sites

sapa boleh jamin yg duit dlm e-gold tu disimpan dalam bentuk emas sebenar?

cuba baca wikipedia e-gold - takde sesapa juruaudit bebas yg sahkan duit dlm tu ada simpanan emas sebenar.

dah tu takleh nak tukar balik akaun e-gold tu jadik duit

bukak website alexa.com. klik bahagian trafic details, cuba tengok Malaysia sebagai pengunjung utama website egold ni.

serupa jugak mcm website2 skim cepat kaya yg diharamkan & kononnya bersifat international.

apa la nasib melayu ni? asyik kena kelentong jer...

Amerikalah (1st place) paling ramai masuk website e-gold.

Yg buat org Malaysia ramai (2nd place) pasal agaknya kebanyakan skim tak betul guna e-gold sebagai pembayaran. :lol:

Tapi...aku pun tak tau adakah ia disimpan dalam emas betul.

Edited by powerabu

Share this post

Link to post
Share on other sites

sapa boleh jamin yg duit dlm e-gold tu disimpan dalam bentuk emas sebenar?

cuba baca wikipedia e-gold - takde sesapa juruaudit bebas yg sahkan duit dlm tu ada simpanan emas sebenar.

dah tu takleh nak tukar balik akaun e-gold tu jadik duit

bukak website alexa.com. klik bahagian trafic details, cuba tengok Malaysia sebagai pengunjung utama website egold ni.

serupa jugak mcm website2 skim cepat kaya yg diharamkan & kononnya bersifat international.

apa la nasib melayu ni? asyik kena kelentong jer...

try laa reedem pada emas betul kat site egold tu... kalu dpt... betol laah tu. kalau tak betol pon kenapa ade vitual kredit kad terima egold?

bukak website alexa.com. klik bahagian trafic details, cuba tengok Malaysia sebagai pengunjung utama website egold ni.

serupa jugak mcm website2 skim cepat kaya yg diharamkan & kononnya bersifat international.

apa la nasib melayu ni? asyik kena kelentong jer...

heheeh... asik ayat nie jer aku dgr..... nak samakan egold ngan website fund yg pakai epoint lak.... mana bleh... org malaysia byk masok egold sebab dah ramai org malaysia main forex laa bang oii... kebanyakkan forex broker accept egold.... kalau egold tak betol kenapa byk broker forex accept egold? nak persoalkan sesuatu bleh tapi jgn laa letak ayat

apa la nasib melayu ni? asyik kena kelentong jer
mcm dah letakkan tanda noktah lak kat situ. hang ingat semua org melayu bodoh ker?

Share this post

Link to post
Share on other sites

sapa boleh jamin yg duit dlm e-gold tu disimpan dalam bentuk emas sebenar?

cuba baca wikipedia e-gold - takde sesapa juruaudit bebas yg sahkan duit dlm tu ada simpanan emas sebenar.

dah tu takleh nak tukar balik akaun e-gold tu jadik duit

bukak website alexa.com. klik bahagian trafic details, cuba tengok Malaysia sebagai pengunjung utama website egold ni.

serupa jugak mcm website2 skim cepat kaya yg diharamkan & kononnya bersifat international.

apa la nasib melayu ni? asyik kena kelentong jer...

tak semestinya disebabkan Malaysia adalah diantara pengunjung utama website e-gold ko nak samakan e-gold ni macam website2 hyip yang kena haramkan tuh...dan cubalah jangan jadikkan wikipedia tu sebagai sumber info ko yang mutlak dan terakhir...

Share this post

Link to post
Share on other sites

letakkan tanda noktah lak kat situ. hang ingat semua org melayu bodoh ker?

ye le... siap sebut bangsa lagi. benda-benda duit, bodoh, kena klentong ni bukan kira bangsa, kira nasib badan le. Omputh pun banyak gak kena klentong. cina pun kena klentong.

Stigma tu yang meletakkan kita dlm kepompong kebodohan sendiri. Kalau kita percaya orang melayu bodoh, kena klentong, memang le apa yang kita nampak macam bodoo, kena klentong je.

Relek beb... zaman melayu tak bangga dengan diri diorang sendiri dah abih....!

aku bangga jadi orang melayu

Hehe.. sokong..

aku dah lama guna e-gold tapi.. tak de masalah.. selalu aku guna untuk bigopple je.. tapi lum pernah test withrawal pi bank le.. aku start usd10..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...