Jump to content
izwan

Tips Menggunakan Forum

Recommended Posts

Assalamualaikum dan salam sejahtera

This thread goes maybe to all forum on the net. Pembuka minda, apakah manfaatnya yang akan diperoleh apabila seseorang user klik pada 'New Thread' dan taipkan soalan yang ingin ditanyakan selepas itu tetapi akhirnya disuruh pula ke Google untuk mencari soalan yang ditanya itu ?

Jadi, apakah konsep 'forum' sekarang ? Forum ditakrifkan sebagai 'tempat atau medium untuk seseorang mencari pandangan atau pendapat seseorang lain yang lebih pakar atau matang mengenai sesuatu soalan yang tidak difahami'. Oleh itu, apakah lagi kegunaan Forum jika semuanya diletakkan pada Google semata-mata.

Adakah ayat-ayat seperti "Sila ke http://www.google.com.my/" merupakan jawapan bagi soalan yang ditanyakan oleh seseorang itu? Jikalau beginilah cara penyelesaiannya, lebih baiklah sebuah laman web forum tersebut menyediakan sebuah bot 'auto-reply' bagi setiap soalan/mail/post yang diajukan dan beritahu kepada pengaju soalan untuk rujuk terus dari Google.com dan soalan tersebut SELESAI atau yang paling sedih sekali apabila 'thread' itu 'layu' sahaja perlahan-lahan ke bawah. Inikah sebenarnya matlamat sesebuah forum ?

Oleh yang demikian, saya menggesa anda semua dan diri saya sendiri untuk :

1. Search dahulu tentang soalan yang anda ingin tanya di ruangan Search yang ada di forum

Inilah yang menyebabkan ahli-ahli lain agak bosan/bengang kerana terpaksa menjawab soalan yang sama. Jika anda ingin mencari mengenai pengenalan 'ASP' (walaupun banyak di 'net'), anda boleh menaip 'asp' di ruangan search dan anda boleh memilih topik yang paling sama dengan soalan anda. Jika anda tidak menemuinya, dan selepas itu barulah anda boleh membuka 'thread' atau perbincangan baru. Ini tidak menyusahkan, tetapi senang sebenarnya !

Dan kadangkala soalan yang anda ingin tanyakan adalah soalan popular dan Moderator yang bijak yang mengawal sesebuah bahagian forum tersebut telah 'stick' soalan tersebut di bahagian atas. Jangan lupa untuk lihat dahulu topik-topik yang telah di'stick' untuk memastikan anda tidak post soalan yang sama !

2. Elakkan menggunakan soalan yang merayu atau yang tidak ada kena mengena dengan soalan

Seperti, "Klik thread sini pls", "Tolong saya!!!", "Macam mana nie?", "best nie.. klik nih.." dan seumpamanya. Ini bukan sahaja menyebabkan ahli lain berasa 'malas' untuk klik soalan anda, malah kadangkala agak serabut. Oleh yang demikian, jika anda ingin membuka soalan yang baru, pilihlah satu tajuk yang mudah difahami dan user lain akan tertarik untuk membantu anda.

3. Pastikan soalan anda tidak berulang dan tidak dalam BAHAGIAN YANG SALAH !!

Pastikan anda tidak post soalan anda beberapa kali di dalam forum yang sama atau forum yang lain. Ini juga akan membuatkan user lain akan memandang serong kepada anda, seorang yang tidak sabar, kalut, dan tidak memikirkan orang lain yang turut sama berforum. Forum adalah percuma, oleh yang sedemikian, gunakanlah ia sebaiknya..

4. Jangan tanya SOALAN SENDIRI dalam TOPIK (THREAD) ORANG LAIN !!

Walaupun ada kena mengena dengan masalah anda (sedikit atau banyak). Ini mungkin boleh dikatakan menyampuk atau mencelah sesebuah kumpulan yang sedang membincangkan sesuatu perkara tetapi tiba-tiba dicelah oleh orang lain untuk bertanyakan soalan lain (berkaitan dengan soalan atau tidak). Buka thread baru dan tanyakan soalan anda. Jangan kisahkan tentang kos bandwidth or hosting kerana itu adalah hal 'Administrator'.

Saya tidak mahu bercerita atau bernasihat tentang benda lain kepada anda seperti hal-ehwal seperti 'api mengapi (flaming), memaki hamun (offensing other user) dsb. kerana itu adalah kerja seorang 'Moderator' (untuk membuat peraturan bagi kawasan jagaannya) dan juga 'Pemantau' yang telah dilantik oleh 'Administrator' dan anda tahu siapa diri anda.

http://forum.putera.com

http://www.putera.net

Forum = A meeting or medium for an exchange of views.

Puteranians = Panggilan bagi ahli-ahli Putera dot com (Puteranian untuk seorang Puteranian, dan Puteranians untuk ramai Puteranians).

Edited by NaRa

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kalau boleh, tolong stickykan menda nih...

erk ? aku curik artikel orang ? nih aku wat sendiri la... Insya Allah kalau google mana2 pun tak jumpa.. kat Putera.com nih ja...

Dari Puteranian ke Puteranians..

Edited by NaRa

Share this post


Link to post
Share on other sites

suka jugak aku baca pendapat nara nie... apa kata pinned kan thread nie untuk tatapan user2 putera. cuma aku nak tambah sikit jer la... berkenaan dgn rujuk google tu... kalo korang perasan, selalunya benda ni timbul apabila terdapat unsur2 assigment kat soklan tu. bukan kita tak nak bantu, tapi lebih baik cari sendiri jawapan untuk assigment tu, seupaya lebih paham. lain la kalo dah dapat, tapi masih x paham gak, boleh la tanya kat sini, lebih baik sertakan dengan link info assigment tu dan nyatakan bahagian mana yg x paham tu. kalo memang dah nyata soklan assigment, memang la forumer naik menyampah... nampak sangat x ada daya nak memajukan diri, asyik nak copy & paste je jawapan yg org bagi kat sini. cool.gif

anyway, mari kita sama2 majukan [email protected]!! huehuhee biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

hi

mungkin jugak pihak admin boleh buat supaya sebarang pengumuman penting berkaitan penggunaan forum ini keluar sebagai pop up atau front page kepada pengunjung yang baru login, pengunjung baru daftar dll.

yg penting lagi ialah pengumuman tersebut tidak terlalu panjang ... tentu tak baca punyaaaa..

pilih-pilh lah pengumuman macaman dan kepada grup sasaran penerima .. seperti baru login, pengunjung baru daftar, moderator dan lain-lain.

kalu ada apa-apa yang boleh aku tolong (bidang aku lah) ... aku sedia membantu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

contoh yang paling berkesan ialah seperti - mesej alert bila login tu lah.

he he ... terkejut aku pertama kali dapat mesej alert bila login putera.com. tapi berkesan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Terima kasih..

Ya, ini semua hasil daripada coretan rasa hati user Putera.com & Putera.net . Bukan dari orang luar.. Semuanya dari pengalaman masa silam.. ahehe..

Edited by NaRa

Share this post


Link to post
Share on other sites

susah jugak nak cakap tang hal ni. bayangkanlah user baru masuk (mostly yg tak penah guna forum) dan tanya sst benda atau wak soklan cam "tolong ler sayer .. plzzzzzzz" .. kita tegur kita kata .. " dol .. ko tak tengok thread yg dah di pinned tu ke ?" .. dia tanya pulak .. pinned tu aper ?

lebih kurang sama bila kita kata "gugel lah" .. atau kita kata "search dulu" .. cadangan NaRa bagus. aku setuju. aku pun sokong benda ni di pinned kan. cuma takat mana keberkesanannya .. aku agak ragu. no offence.. NaRa. u did a good job.

Garbage In - Garbage Out tongue.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

herm.. kalo setakat pinned kat sini, aku rasa new user x bukak sangat la... aku cadangkan pihak admin sertakan panduan tu kat dalam email yg dihantar kepada user yg baru mendaftar. dengan cara tu, x ada alasan lagi user baru nak cakap, x jumpa pun panduan forum

Share this post


Link to post
Share on other sites

personal attacks lak camner?

Share this post


Link to post
Share on other sites

personal attack sebenarnya tak bagus diamalkan oleh rakyat malaysia, tapi kalau untuk kekanak istimewa, boleh dilakukan asalkan tidak melanggar batas norma tatasusila budaya timur.

contoh yang tak keterlaluan: "wahh ahh ahahahah lariiii" ataupun "ako ako ako ako" dan sebagainya.

sekian harap maklum

Share this post


Link to post
Share on other sites

personal attacks lak camner?

Ini kerja Moderator/Administrator dan aku tak nak ambil tahu .. Kalau nak ambil tahu jugak, buat forum sendiri..

Share this post


Link to post
Share on other sites

personal attacks lak camner?

haah yg nih klo rasa diri teraniaya jgn sesegan PM admin dulu @ moderator yg boleh dipercayai dan x pilih kasih...

jgn plak pi report umah tok kadi..ker balai bomba ker...balai polis ker..nanti jadik la... kes tok kadi..bomba..polis.. "wahh ahh ahahahah lariiii" sbb ko repoert salah tempat...

Share this post


Link to post
Share on other sites

herm.. kalo setakat pinned kat sini, aku rasa new user x bukak sangat la... aku cadangkan pihak admin sertakan panduan tu kat dalam email yg dihantar kepada user yg baru mendaftar. dengan cara tu, x ada alasan lagi user baru nak cakap, x jumpa pun panduan forum

aku setuju benar dengan cadangan dzulcarnine biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

moderators di putera.com semuanya pilih kasih..

No comment about this...

Offcourse... semua orang akan setuju kalau topik ni dipinkan... tapi lagi setuju kalau topik nie disertakan sekali dengan E-mail for new user. Maksud aku... maklumat atas tue la...

*Hai NaRa... naper muka awak nampak lain eh?? No Offense cool.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

pilih kasih? cthnyer?

tak payah contoh.. boleh tengok sendiri..

sepatutnya time buat gathering di office pakcik admin dulu, kena buat ikrar taat setia.. tapi tak ada.. sad.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

**off

tengok kat mana?

x paham ler, ikrar tu utk aper plaks?

okies~

urm.. orang kalau ada pangkat at least ada buat ikrar taat setia.. forum lain ade ape?

tapi takpe.. nih Putera.com..

Share this post


Link to post
Share on other sites

tak payah contoh.. boleh tengok sendiri..

sepatutnya time buat gathering di office pakcik admin dulu, kena buat ikrar taat setia.. tapi tak ada.. sad.gif

ni nampaknya masalah dalaman bagi putera.com. Malaslah nak busybody ... blink.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Disebabkan nara sendiri yang made up thread ini.. jadi jadi tanggungjawab nara utk jawab segala soalan dalam thread ini (selagi dalam pemahaman dan terhad).

This thread seems going nowhere. Should I close it ?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...