Jump to content
zsuperxtreme

Kelab Bina Game

Recommended Posts

Ramai orang sekarang nie alergik ngan FPS, kekeke, Pasal tatabahsa tu, memang salah kot, aku yang buat, aku pun nak gelak sama , wakakaka. Walaubagaimanapun aku akan repair apa yang patut nanti.

walaupun Ancient One 0 kan kredit kita, kita bagi dia [2+] sebab tolong testkan sample ujian game tu.... biggrin.gif .... welcome to da club.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hu beta ek, coming soon. Buat game nie memang perlukan minat, kalau kau minat game agaknya buat game pun kau boleh paham dengan cepatnye. Tapi memang la tak cukup tidur buat game nie, kadang kadang terpaksa bersengkang mata sampai subuh. math.. math... math.. itu jer dalam kepala... pastu...awek... kekeke... bila daku terkenang awek... badan yang letih jadi sihat.. biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

merepek laa plak ko zsuperxtreme...hehehe

esok intro baru sampai.... dalam proses akhir penyediaan dan penulisan... penin paler nak pikir storyline... hehehe

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ok, camne ngan status buat game nie....

whiteShark dah siap ke jalan cerita dia tu. aku nak kaitkan dengan envronment game nie.. kalau lambat takut nanti aku tersilap lukis lokasi pulak.

Hoyoyo, camne ngan modelling tu dah siap ker? kalau kau tak larat buat texturing, takperla, biar aku tolong buatkan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Zon Mati : Kontrak Maut

Ditulis oleh : A.R Yaacob (WhiteShark)

Disediakan untuk : Krew Projek Zon Mati versi Permainan PC

INTRO

Hidup dikata penuh dengan pancaloba, cabaran dan halangan. Hingga tiba suatu masa segalanya akan berakhir, sepertimana aku, hidup aku akan berakhir pada hari ini, aku lihat pancaran fajar subuh buat kali terakhir mengenangkan akan dosa aku yang lalu. Perbuatan aku pada masa itu memang tidak boleh dimaafkan, memang patut hidup aku diakhiri sebegini rupa. Sepuluh tahun aku meringkuk di dalam penjara menanti saat ini, aku dijatuhi hukuman bunuh dan aku ialah orang pertama yang akan dihukum dengan cara suntikan maut. Sebaik sahaja aku berada di hadapan pintu, terdapat dua orang berpakaian makmal datang ke arah aku.

“Encik Halim? Sebagai orang pertama yang akan dihukum dengan cara ini, kami berharap tiada apa-apa masalah yang akan berlaku… sila tandatangan di sini”

Saintis itu menghulurkan kertas untuk aku tandatangan, dengan redha aku menurunkan tandatangan terakhir aku tanpa membaca isi kandungan kertas yang aku tandatangani itu. Aku dibawa masuk ke dalam bilik putih dan didudukkan di atas sebuah kerusi kayu, kemudiannya mereka mula menyoal aku berbagai perkara sebelum membawa aku ke bilik seterusnya, aku dibaringkan di atas tilam tanpa cadar dan salah seorang saintis berpakaian makmal itu menyinsing baju aku hingga ke paras bahu sambil saintis seorang lagi mula mengisi suatu cecair didalam penyuntik. Inilah saat terakhir aku hidup di dunia ini, kini aku akan kembali kepadaNya, dosa-dosa aku yang lalu telah aku insafi dan aku terima hukuman ini sebagai suatu yang setimpal.

Saintis tersebut menghampiri aku dan mula menyuntik aku dengan cecair tersebut, aku dapat rasakan tubuh aku semakin panas, seperti cecair itu mengalir ke seluruh badan. Badan aku menjadi kebas, lidah aku menjadi kelu, selepas aku aku merasa kesejukan yang amat sangat. Aku menyucap perlahan-lahan dan aku terasa kelopak mataku terpejam, dunia aku gelap gelita.

“Ya Allah!”

Aku tidak mengingati apa-apa selepas itu, aku bukakkan mata aku, aku seperti berada di dalam balang kaca yang amat besar, adakah aku sudah mati? Aku mula mempersoalkan kewujudan aku, aku dapat rasakan yang aku masih bernafas, apa yang sudah terjadi? Kemudian dunia aku gelap semula, selepas itu terdapat bunyi siren dan suatu bunyi yang amat kuat kedengaran.

Aku membukakan mata aku semula, aku berada di suatu tempat yang aneh, baling-balang kaca yang pecah bertaburan dan aku juga seperti dari salah satu daripada balang tersebut, aku dapat rasakan suatu kelainan dalam diri aku, apabila aku tutup mata sebelah kananku, penglihatan aku menjadi warna merah. Terdapat tulisan-tulisan tertentu di medan penglihatan aku, apa yang sudah terjadi? Aku berjalan terhuyung-hayang ke arah meja dan aku mendapati terdapat suatu surat, surat yang aku tandatangani dahulu. Aku baca surat itu dan surat itu bertulis…

Kontrak android no. siri 8805

Disini saya bernama Halim Abd. Razak telah bersetuju menjadi subjek cubaan bagi eksperimen Android-Delta, jika saya ialah salah satu daripada subjek cubaan yang berjaya, saya bertanggungjawab memusnahkan 8804 subjek cubaan sebelum saya yang telah gagal…

Android? Aku memegang kepala aku, aku rasakan sesuatu yang keras di kepala aku, seperti plat besi, mahu atau tidak kini aku terpaksa berdepan dengan lapan ribu lapan ratus dan empat subjek gagal yang lain, kawasan sekeliling makmal tempat aku berada sudah musnah dan aku kini berada di dalam pusat kajian yang aku sendiri tidak tahu dimana bersama ribuan manusia yang telah diubahsuai yang terpaksa aku musnahkan…

Tamat Intro,

tue baru intro... dah sehari aku pening kepala... cuti dua hari... pasni aku sambung balik... tongue.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

...hoyoyo,kalau bab character modeling nko yg terer bagi kat nko saje lerr...animo8 dah ade lam kocek nko ker hehehe...pasal game trailer tu...huuu...banyak keje kena buat tu.payah gak sbb character(organic) animation tu.aku tengah nak siapkan short movie mech robot tu.tapi model tak siap2 lagi....

...pasal intro baru whiteshark,aku rase bagus gak gune android drpd gune zombi.maknanya lepas ni perang ngan android ler.aku cadangkan nko reka latar/persekitarannya jadi sci-fi skit bior ade hi-tech cam bangunan,kenderaan,senjata dll. baru advance dan tak sama ngan house of dead.

Edited by kembara

Share this post


Link to post
Share on other sites

...zsx,aku terfikir la...game ni fps jer ker.tak der mode pilih utk 3rd person view..tak merapu ker istilah yg aku gune tu..tula yg nampak player sepenuhnya bukan senapang jer yg nampak.aku cadang buat jugak le view yg camtu tapi tak jadi fps la plak...alaa..upgrade jer skittt..

Share this post


Link to post
Share on other sites

kembara,kalau enjin zx aku tak taula...kalau pada aku boleh jer tu:p sbb cuma anjak camera jer:p cuma animasi dlm 3rd person la leceh:p kalau dlm 1st letak senapang jer pun ok utk hero:p

Share this post


Link to post
Share on other sites

Nice work whiteShark, whiteShark +2 = [+5] [senior], boleh tahan gak cerita kau, so aku aku design environment berdasarkan cerita tu. cun lah.

Kembara, mengenai 3rd person tu, memang boleh buat, kalau agak agak ada requirement dari semua mengenai third person tu, boleh la aku create. Tapi nak buat third person nie... kena amik kira bila anjak kamera pastu bila kamera melepasi objek apa akan belaku... takkan third person tu hilang.... so kena pikir gak nie.

Hoyoyo, ok cun, kalau kau dah siap nanti kasi kat aku so aku dah boleh letak musuh dalam game nie... biggrin.gif...

Share this post


Link to post
Share on other sites

betul gak tu,game cam maxpayne tu best cameranya,tp cena calculate collision utk camera lagi,leceh la plak:p

model tu ujung minggu ni aku attach la...buat 3 model berlainan buat permulaan dulu kot,ngko test coding dulu...

Share this post


Link to post
Share on other sites

tapi ko tak perlu buat sampai 8000++ musuh... kejang otot kang... smile.gif

thx zsuperxtreme sebab +2... nanti aku sambung citer... skrang nie aku diserang sindrom pening kepaler tahap tak ingat... suspek denggi kot... (minum air bebanyak...)

be back on the writing desk in 2 days... tongue.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ok, whiteShark, thanks for the contribution. 2+ tu untuk usaha kau buat storyline yang asyik berubah ubah jerk... kekeke

Hoyoyo, bestlah, kalau dah siap model tu kita dah boleh proceed untuk first scenario. Ok aku boleh start coding. Aku rase buat game sorang2 tak dapat hasilkan ciptaan yang menarik. Hoyoyo kalau kita bersatu mesti dapat hasilkan game yang terbaik bersama member2 kat sini. *info kredit: 2+ untuk setiap model yang di design.

Bagi member-member kelab nie, pada sesiapa yang memberi contribution pada game nie mempunyai share di dalam hak-milik game nie. share tu bergantung kepada kredit yang dimiliki. game nie milik kelab. Maka jika game nie berada di dalam pasaran, so bayaran akan diberi berdasarkan kredit tersebut. Dan menjadi board of the business member

Edited by zsuperxtreme

Share this post


Link to post
Share on other sites

sori geng, aku xbley join secara serius buat masa ni psl aku baru je sambung study... insyaallah kalu pc aku sampai n stemix pon dah pasang aku join balik...

:zeph:

pandai2 laa ko adjust sistem tu... aku xsempat nak taruk comment kat coding aku tu... kalu xpaham @ ade prob call/msg aku..

p/s: nasib baik laa cc kat tempat aku tinggal ni tempat membe aku keje..dpt pakai pc free tongue.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku rasa takyah ler komersial kan...buat game ni baik2 dulu,sampai siap...pastu mintak feedback ttg enjin...pastu kalau bleh DAH SIAP baru aku try letak shader yg aku baru test,tengok camner framerate,kalau ok baru la pk nak komersialkan ke tak:p kira ni projek warga putera yg free ler..sbg hobi

user posted image

dah siap unwrap:p ngko nak size 256 ke 512?

Share this post


Link to post
Share on other sites

ape tue? Zombie ke hantu...

kita kener tahu... mungkin ada orang yang sedang melihat perkembangan kita... aku rasa nie projek besar-besaran pertama seumpamanya untuk buat game... kalau berjaya... silap-2 komersial game pertama malaysia... thehehehe

Penin pale dah ilang... back to my writing desk...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Mengikut aku la dalam perancangan kelab nie, setiap hasil kerja akan dikomersialkan. Kelab nie bukan sekadar hobi tapi sebagai tempat menjana kemahiran yang tersimpan, kadang2 tak semua orang dapat menunjukkan kemahiran mereka. So, dengan adanya sekumpulan sahabat yang ingin menunjukkan kemahiran mereka, rasenya dah tiba masanya untuk kita sahut cabaran Dato' Mahathir untuk membuktikan kemampuan bangsa, malah negara kita sendiri. Caranya ialah dengan mengkomersialkan hasil kerja kita. Jgn sia siakan hasil kerja yang diusahakan. lagipun dengan mengkomersialkan hasil kerja kita, kita dapat membangunkan kelab nie lagi. wink.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hoyoyo, kasi la yang mana gambar lagi lawa, 512 tu dah kira ok dah rasenye. ko taknak komersialkan hasil kerja kau ker.. huhu, penat tu buat model. rugi jerk tak komersialkan. lagipun kalau game kita setaraf world class game, takkan nak main sorang sorang jerk... tak rase rugikan masa ker? sia sia wooooo.

*Edit: LEVEL 1 bagi game zon mati sedang dibuat, plan bangunan dah siap cuma nak modelkan jerk.... LEVEL berikutnya akan dibuat dan tunggu jalan cerita WhiteShark.

WhiteShark, kalau game nie dapat dikomersialkan, kau dah jadi bos la..... kekeke... muda muda dah jadi bos tu, boleh tahan. kalau tu la impian kau, teruskanlah usaha nie.

Edited by zsuperxtreme

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...