Jump to content
ahmades

Penerangan,penggunaan Dan Penjagaan Hardisk

Recommended Posts

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Firstly, tahniah kepada ne7za sebab dah jadi moderator a.k.a anti-spammer kat sini :P

Okehlah, sesuai dengan tajuk thread diatas maka kat sini aku akan memberi tips dan tricky bagaimana untuk menjaga hardisk (HDD) korang sehingga melebihi lifespan HDD berkenaan. Aku mengambil masa sehingga 7 tahun memahami camna cara untuk menjaga HDD aku start dari HDD Seagate 20GB (2000), Seagate 40GB (2002) dan yang terbaru, Western Digital 200GB (2005). Dan HDD berkenaan masih sihat sehingga kini tanpa sebarang masalah major (bad sector, HD burn dsb). Sementara aku duk relax sahaja malam nih boleh gak aku tulis sumething yang membawa manfaat kepada ahli putera yang lain.

Pengenalan

Baiklah, apakah dia HDD? HDD dalam term yang aku tulis kat sini bukannya High Definition tetapi Hard-Disk Drive. Dalam struktur storan, HDD dikategorikan sebagai stroan sekunder yang mana data disimpan didalamnya adalah kekal. Oleh sebab itu, HDD perlulah dijaga dan ditatang dengan sebaik mungkin supaya lifespan HDD berkenaan melebihi jangkauannya.

Lifespan

Untuk pengetahuan korang, setiap HDD yang dikeluarkan oleh pihak pengilang mempunya lifespan-nya yang sendiri. Lifespan bagi HD bukannya merujuk kepada berapa lama (tahun) untuk HDD tu berfungsi tetapi merujuk kepada berapa anggaran banyak pusingan cakera yang dilakukan oleh HD berkenaan sewaktu berfungsi. Bagaimana untuk mengetahui jumlah pusingan semasa HDD anda? Dengan menggunakan formula berikut anda dapat mengetahui berapa banyak pusingan yang telah dilakukan oleh HDD anda :-

Kelajuan pusingan HDD : 7200rpm (Revolutions per Minute*)

Dah berapa tahun HDD anda : 5 tahun

Maka banyaknya pusingan yang telah dibuat oleh HDD anda ialah :

5 Tahun = 5 tahun x 360 hari x 24 jam x 60 minit

5 Tahun = 2592000 minit

Jumlah pusingan = 2592000 minit x 7200rpm

Jumlah pusingan = 18662400000 pusingan

Waaahhhh, 18662400000 pusingan dah. Walau bagaimanapun itu masih lagi anggaran sebab kita tak ambil kira tahun lompat dan tahun tak lompat, jumlah masa komputer kita di"on"kan dan lain-lain lagi faktor masa. Untuk memberikan kita kiraan yang tepat maka gunakan perisian utilities seperti Active SMART tools atau pelbagai lagi jenis variasi perisian yang terdapat di pasaran, untuk menyemak status putaran HDD kita.

Masalah-Masalah HDD

HDD, ia akan sampai satu tahap dimana dia akan out-of-service sekiranya penjagaan yang sepatutnya diberikan pada HDD dilalaikan oleh pengguna PC. Berikut adalah major problem (masalah utama) yang sering menyerang HDD sekiranya tidak dijaga dengan betul :-

  1. Bad-Sector
    • Bad Sector merupakan masalah yang PALING SELALU muncul pada HDD. Biasanya ia terjadi disebabkan oleh penggunaan yang tak betul seperti tetiba meng"off"kan PC (tekan RESET), Sewaktu transfer fail/folder ter"off" PC, dsb. Dalam erti kata lain, sekiranya proses transfer data pada HDD berkenaan di"ganggu" oleh perbuatan luar biasa yang memutuskan bekalan elektrik pada HDD, kemungkinan besar bad-sector akan berlaku
  2. HDD Burn
    • Ini adalah masalah yang jarang dihadapi. HDD burn merupakan masalah fizikal HDD berkenaan yang rosak akibat over-heating, terlebih elektrik dsb. Masalah berikut disebakan oleh cara pemasangan pengguna yang tak betul atau pemasangan yang tak mengikut spesifikasi pemasangan yang sepatutnya
Semua masalah berikut merupakan PUNCA-PUNCA yang menyebabkan HDD rosak.

Baiklah, takat ini dahulu. Aku memohon kerjasama dari korang semua jangan cuba-cuba SPAM thread nih selagi aku tak habis dengan apa yang aku nak katakan.

Edited by ne7za

Share this post


Link to post
Share on other sites

TOPIC DI PIN UNTUK RUJUKAN ^_^

*hanya tips atau tutorial, tiada soalan di sini.. kepada yang ingin bertanya, sila buka topic baru..

*rasanya topic nie tak patut di tutup sebab mungkin ada orang lain yang ingin menyumbangkan tips atau tutorial mereka :)

*sumbangan idea dari semua user amatlah di alu² kan..

Edited by ne7za

Share this post


Link to post
Share on other sites

Terima Kasih ne7za :)

Okeh, mari kita masuk ke : Langkah-langkah yang patut dilaksanakan sewaktu memasang HDD.

Korang membeli sebijik HDD, dan terlitas di hati korang untuk memasang sendiri HDD berkenaan di komputer korang. Maka jika itulah hasrat korang maka apa yang perlu dipertimbangkan di sini adalah :-

  1. Ruang untuk HDD baru
  2. Kitaran udara untuk HDD
  3. Kabel bekalan elektrik ke HDD
  4. Interface HDD
INGAT! 4 syarat tersebut adalah saling berkait rapat diantara satu dan yang lain. Perlunya 4 syarat ini dipertimbangkan dengan teliti sebelum mula memang HDD baru anda. Sekarang aku akan terangkan kenapa 4 syarat ini penting dan saling berhubung kait.

1 : Ruang untuk HDD baru

YA!, apabila membeli sebijik HDD pastikan yang komputer korang mempunyai ruang untuk memasang HDD berkenaan. JANGAN SESEKALI memang HDD BUKAN di tempatnya dalam casing korang seperti main letak jer HDD tu kat lantai Casing. Setiap HDD dibina dengan penyerap hentakan micro di tepi chassis HDD. Ini bermaksud, mengikut fiziknya hentakan / gegaran yang berlaku hanya akan diserap di tepi chassis (dekat skru tuu). Kalau berlaku di bawah chassis maksudnya gegaran berkemungkinan sampai ke cakera, sekaligus bakal merosakkan HDD berkenaan.

2 : Kitaran udara untuk HDD

Apabila syarat pertama telah dipatuh, masuklah segmen syarat kedua yakni kitaran udara pada HDD berkenaan. Ruang sudah ada tetapi ruang berkenaan tidak berupaya membekalkan ktaran udara yang lengkap bagi HDD berkenaan. Mengikut Fizik elektrik, elektrik mengalirkan haba maka HDD bila ianya berfungsi (sekaligus menggunakan elektrik) maka ianya menghasilkan HABA. Dan HABA dari HDD berkenaan jika tidak di nyahkan dari HDD, over-heating akan berlaku. Pernah tak anda tertanya-tanya kenapa chassis HDD berwarna hitam? Kerana warna hitam mempercepatkan proses penyinkiran haba dari HDD sekaligus mengelakkan HDD dari over-heating.

Apabila memang HDD, pastikan yang ianya dipasang secara berselang-seli (jika terdapat HDD lain dalam komputer korang). Ini membolehkan HDD berkenaan menyahkan haba dengan lebih efektif. Jangan pasang HDD rapat-rapat dengan HDD (atau peralatan lain yang ada kat ruangan bay 3.5' tersebut). Perbuatan demikian akan mempercepatkan proses HDD untuk lingkup disebabkan over heating.

3 : Kabel Bekalan Elektrik untuk HDD

Ya.. ini satu lagi benda yang perlu dititikberatkan iaitu kabel sambungan bekalan kuasa untuk HDD. Setiap jenis HDD mempunyai jenis sambungan bekalan kuasanya yang tersendiri. Jangan lupa untuk membaca manual sebelum menyambung HDD korang!. Contoh seperti, HDD jenis PATA (Parallel ATA) memerlukan sambungan dari jenis MOLEX, manakala SATA (Serial ATA) memerlukan sambungan dari jenis 15-pin connector.

Terdapat HDD dari jenis Hybrid, yakni HDD yang mana memiliki dua jenis sambungan bekalan kuasa. Biasanya terdapat pada HDD dari jenis SATA. Perlu diingat di sini ialah korang HANYA PERLU SAMBUNGKAN SATU SAHAJA SAMBUNGAN BEKALAN KUASA pada HDD berkenaan!. Membuat dua sambungan kuasa secara serentak menyebabkan HDD korang lingkup on-the-spot.

Untuk performance dan pretasi yang superb, digalakkan korang supaya memperuntukkan satu saluran kabel bekalan kuasa pada satu HDD. Jangan kongsi laluan elektrik dengan peralatan yang lain semasa kabel berkenaan bersambung dengan HDD. Ini membolehkan HDD korang burfungsi dengan lebih baik dengan jumlah elektrik yang lebih konsisten.

4 : Interface HDD

Ini adalah benda yang SANGAT PENTING apabila handak menyambungkan I/O HDD korang. Pastikan korang tahu Interface HDD korang, samada dari jenis SATA, PATA, SCSI, SAS dsb. Jangan main cucuk dan sambung atau korang berpeluang melihat HDD korang rosak di hadapan korang. Lihat pada manual untuk lebih lanjut.

Biasanya, ralat sambungan selalu terjadi pada interface dari jenis PATA. Ingat!, pastikan orientasi sambungan adalah betul sebelum membuat sambungan.

Okeh setakat ini dahulu,

NEXT : Mengformat HDD, Membuat partition pada HDD.

Edited by ahmades

Share this post


Link to post
Share on other sites

Okeh, masuk kita ke bab berikutnya : Memformat HDD, Membuat partition pada HDD

Korang telahpun memasang HDD korang, sila rujuk post #3 aku untuk syarat sebelum pasang. Aku assume yang korang telahpun mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Memformat HDD korang. Proses ini agak komplikated skit. Bergantung kepada keadaan dan jenis OS (operating System) yang korang nak guna. Untuk ini, tips aku adalah meliputi penggunaan OS dari jenis Windows XP dan juga Linux.

Ada beberapa jenis perisian third-party yang membolehkan korang memformat HDD korang dengan senang. Ataupun, korang boleh menggunakan utilities sedia adalam dalam CD Windows XP atau distro Linux sendiri. BTW aku amat mengalakkan korang menggunakan third-party software kerana ianya lebih senang, mudah dan pantas.

Merujuk pada third-party software, aku TERAMAT merekomen korang supaya menggunakan Acronis Disk Director. Ada sesetengah orang menggunakan software lain seperti Partition Magic tapi perisian yang aku rekomen ini memang best, malah 800x lagi best dari partition magic atau mana-mana software atau third-party. Feature yang terdapat dalam Acronis Disk Director memang best dan penggunaannya memang user-friendly.

Acronis vs Partition Magic

Sedia maklum, korang boleh menggunakan formater build-in dalam CD Windows XP atau menggunakan third party software seperti Acronis Disk Director. Acronis Disk Director memiliki ciri-ciri yang memang mesra pengguna malah terdapat option dalam perisian berkenaan untuk mencipta sekeping CD bootdisk bagi membolehkan perisian ini dijalankan dalam DOS (Disk Operating System), tak seperti Partition Magic yang masih menggunakan cara native dengan menggunakan disket sebagai medium bootdisk.

Antaramuka Acronis memang simple, tapi fungsinya memang powerful. Menggunakan Acronis korang dapat :-

  1. Mencipta Partition
  2. Memecahkan Partition sedia ada kepada beberapa bahagian partition lain
  3. HEX-Disk, fungsi untuk low level editing bagi proses membetulkan ralat Bad-Sector secara manual
  4. Fungsi mencipta partiton untuk pelbagai jenis OS (Operating System) seperti NTFS (WinXP), Ext3 (Linux), HFS (Macintosh) dan sebagainya
  5. Fungsi "Ghost", membuat salinan pendua bagi partiton serta isi kandungannya*
  6. Fungsi Data Vew, melihat isi kandungan partition berkenaan*
  7. Pelbagai lagi fungsi, rujuk pada laman web acronis

* Fungsi yang takda dalam Partition Magic

Memformat HDD dan mencipta partition

JIKA HDD korang merupakan HDD yang baru datang dari kedai, dan masih ada bau kedai kat HDD berkenaan maka korang memang perlu mengambil tindakkan wajar dengan memformat HDD berkenaan mengikut spesifikasi OS yang bakal digunakan.

Terdapat beberapa petua dalam memformat HDD korang, untuk memastikan HDD korang dapat bertahan sehingga bertahun lamanya. Berikut adalah petua-petua yang patutnya korang ikut semasa proses memformat HDD dilaksanakan :-

  1. Sekiranya korang hendak memasang OS pada HDD, maka peruntukkan SEBIJIK HDD untuk OS berkenaan. Jangan cipta dua ~ tiga partition serentak didalam satu HDD dimana :
    • Partiton A untuk OS
    • Partition B, C, D untuk blablabla
    Ini akan menyebabkan HDD berkenaan "tekanan dalam RPM" kerana terpaksa melaksanakan beberapa partition serentak disamping sudah sedia dengan partition OS yang heavy load (virtual memory, paging file, blablabla).

    Ini akan menyebabkan prestasi komputer menurun, sekaligus menyebabkan HDD berkenaan cepat rosak kalau berlaku putus bekalan eletrik (probability untuk bad-sector = HIGH)

    Kesimpulannya, untuk OS peruntukkan sebijik HDD. Jangan membelah HDD berkenaan.

  2. Sekiranya anda hendak membelah (membuat partition) HDD berkenaan, pastikan partition yang dicipta adalah ideal dan sesuai dengan keupayaan HDD berkenaan. Sebagai contoh memang tak wajar bagi sebuah HDD dengan saiz 40GB dibuat 4 partition. Ini akan membebankan HDD, ia seumpama sebijik otak yang nak memikirkan 4 perkara serentak.

    Saiz yang paling kecil, yang disarankan oleh aku bagi satu-satu partition adalah 40GB, jadi sebagai contoh sekiranya ada satu HDD dengan saiz 200GB maka pecahan yang Ideal adalah mungkin 40GB + 40GB + 40GB +40GB + 40GB. Sekiranya satu HDD dengan saiz 250GB maka pecahan Ideal yang mungkin adalah 40GB + 40GB + 40GB +40GB + 40GB + 50GB. (Bergantung, tapi pastikan setaip partition tidak kurang dari 40GB)

    Ingat! Saiz yang paling kecil, seminimum adalah 40GB. Jangan meletakkan saiz yang lebih kecil dari itu (memang tak digalakkan).

  3. Untuk HDD yang telah terpakai, atau ingin diformat semua adalah digalakkan untuk memalakukan proses LLF (Low Level Format) terlebih dahulu sebelum proses format partition dan filesystem dijalankan.

    Apakah LLF?

    Merupakan proses "tulis sifar" pada setiap block / sector di HDD. Pada setiap sector HDD, sekiranya memiliki/menyimpan/mengandungi data maka ianya akan ditanda dengan 1, untuk sector yang tidak menyimpan data maka ianya akan ditanda dengan 0.

    Maka, proses LLF adalah untuk mengubah semua sector dari tanda 1 kepada tanda 0, sebab tu ianya dipanggil proses "Write Zero". Selepas proses tersebut, HDD seolah-olah baru keluar dari kilang.

    Tools untuk melaksanakan proses LLF ini dibekalkan oleh pengeluar HDD berkenaan. Sila cari di laman web pengeluar HDD untuk tools yang diperlukan.

    (Ini adalah untuk kefahaman, bukannya untuk assignment!)

Okeh, takat tu dulu. Akan bersambung lagi

Next : Penjagaan HDD

Edited by ahmades

Share this post


Link to post
Share on other sites

mungkin nelza boleh refer kat link nii

klu ada apa yg boleh diambil ,aku rasa molek juga klu post kat sini..

:lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

tak nak sambung lagi ker?

Maaf kepada semua, ahmades dalam sebulan nih terlalu busy. teramat busy dengan projek final year. Minggu depan dia akan tambah sampai habis topik nih. Harap bersabar sebab ahmades tenssionnnnnn sangat-sangat dengan final project nih. Pleasee janganlah marahkan ahmades :(

BTW, scrops aku tak beberapa suka merujuk kepada arkitel yang pun diambil dari sumber lain. Adalah lagi molek kalau satu-satu artikel itu ditulis atas dasar pengalaman.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Topik Berikutnya : Penjagaan Hardisk

Setelah lama gila aku menghilangkan diri, makakita bertemu kembali di tutorial ini. Nelza hang tolong padam sat post-post kat atas tu. Sorry pasal terlalu lama mengambil masa :blush:

Hardisk (HD) adalah komponen komputer yang menggabungkan teknologi fizikal dan logikal yang mana kalau kita jelaskan dengan lebih terperinci :-

FIZIKAL

  • HD mengandungi litar, cip, cakera magnetik
  • Berfungsi menggunakan arus terus
  • Mempunya motor untuk menggerakkannya
  • Sensitif terhadap GEGARAN
  • Kebanyakkan kerangkan HD berwarna HITAM untuk memudahkan penyah-haba dari HD ke udara

LOGIKAL

  • Data dutilis berdasarkan logik1 dan 0 diatas setiap sektor cekera menggunakan kaedah magnetik
  • Tindanan ketas sektor sedia ada akan menghapuskan data sebelumnya
  • Logik 1 = Menandakan adanya data, Logik 0 = Tiada Data
  • Sektor cakera perlu distrukturkan dahulu dengan MBR (diformat) sebelum data dapat ditulis diatas sektor berkenaan
  • Struktur MBR (Master Boot Record) diperlukan sebelum OS dapat di"boot" oleh sistem BIOS
  • Terdapat pelbagai format MBR seperti NTFS, FAT32, Linux Swap, Linux Files System dan sebagainya

Penjagaan HD perlu meliputi kedua-dua aspek iaitu dari aspek Fizikal dan Logikal. Kedua-duanya memainkan peranan penting dan SALING BERHUBUNG-KAIT diantara satu sama lain. Kerosakkan pada bahagian Fizikal akan mempengaruhi Logikal dan juga sebaliknya.

Sekarang, kita akan membicangkan dahulu penjagaan HD dari aspek Fizikal. Seperti telah diterangkan pada post sebelumnya sewaktu proses pemasangan HD, perlulah kita mengambil-berat persekitaran HD supaya jangka hayat HD kita dapat bertahan dengan lama. Perkara yang septutnya dilakukan dalam memastikan fizikal HD sentiasa berkadaan optimum adalah :-

  1. Memastikan orientasi pengaliran udara di persekitaran HD lancar supaya HD dapat membuang haba dengan lebih efektif
  2. Untuk komputer dengan bilangan HD yang bayka, selang-selikan HD berkenaan supaya haba yang dibebaskan oleh HD lain tidak diserap oleh HD yang lain
  3. Memastikan sambung kabel bekalan kuasa tidak dikongsi dengan alatan yang lain sekiranya disambungkan ke HD
  4. Menggunakan kabel IDE80 (sekiranya HD jenis PATA) dalam pemasangan HD. JANGAN sesekali menggunakan kabel IDE40 kerana ianya boleh merendahkan prestasi HD
  5. Susun wayar-wayar didalam komputer supaya ianya tidak berselirat berhampiran HD untuk mencegah penghasilan elektromagnetik yang boleh menjejas prestasi HD sekaligus memendekkan jangka hayat HD

Untuk bahagian logikal, aku akan sambung kemudian hari kerana aku hanya mempunyai masa terhad. Tunggu sambungannya :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

thread dibersihkan...sebarang soalan atau pertanyaan, sila bukak thread yang baru atau sila gunakan PM :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

CARA-CARA MEMASANG HARD DISK IDE/PATA

HARD DISK 1:

Set sebagai Primary Master.

Cara hard disk diset sebagai Pri Master dengan menentukan jumper yang terdapat di hard disk tersebut.

(Rujuk rajah pada hard disk)

Sambung hard disk ke papan induk menggunakan kabel data IDE 80 (kabel 1)

Biasanya papan induk mempunyai 2 sambungan IDE. Jadi pilih sambungan pertama (IDE 1)

HARD DISK 2:

Jika nak tambah satu lagi Hard Disk IDE, setkan hard disk kedua samada Primary Slave atau Secondary Master

Tentukan jumper yang bersesuaian.

Jika Hard Disk kedua disetkan sebagai Primary Slave, sambungkan Hard Disk 2 ke kabel 1 yang dah ada sambungan hard disk 1. Ertinya, 1 kabel ada 2 hard disk.

Jika Hard Disk 2 disetkan sebagai Secondary Master, sambungkan ke kabel 2 (kabel lain) ke IDE Conn 2 yang ada pada papan induk.

Ringkasan;

HD1 (Pri Mas)

HD2 (Pri Slave)

--> Guna 1 kabel IDE sahaja

--> Sambung ke IDE Conn 1 di papan induk

.................

HD1 (Pri Mas)

HD2 (Sec Mas)

--> Guna 2 kabel IDE

Sekian.

(nak hidupkan thread)

Edited by PowerRootTongkatAli_GS

Share this post


Link to post
Share on other sites

ini adalah pengalaman aku pula...

pengunaan HDD besaiz besar seperti 500GB ke atas selalu disalah ertikan...

saiz yang besar tidak semestinya kita boleh buat partiotion byk2...

jikalau partition kita terlalu byk, speed HDD itu sendiri akan berkurangan...

seloknya HDD beersaiz besar dibahagi kepada dua sahaja....

satu utk OS dan selebih utk DATA...

bagi aku pulak, aku akan buat 400GB utk OS dan Application manakala selebih utk data ....

aku gunakan WD640GB HDD....

Cara aku menjaganya pula adalah aku akan CHCKDSK setiap sebulan sekali....

sesudah itu aku akan Defrag...

selalunya aku Defrag setiap kali selepas install apa2 game atau application...

dan yang paling penting, pastikan terdapat kipas utk menyejukkan HDD korg...

mcm aku gunakan case CM690 dimana terdapat front kipas utk sejukkan HDD aku....

tu je la kot pengalaman aku...hehe

Share this post


Link to post
Share on other sites

bagi aku pulak, aku akan buat 400GB utk OS dan Application manakala selebih utk data ....

aku gunakan WD640GB HDD....

Not intelligent, bgitu bsar utk OS & softwares :wacko:

Share this post


Link to post
Share on other sites

bagi aku pulak, aku akan buat 400GB utk OS dan Application manakala selebih utk data ....

aku gunakan WD640GB HDD....

giler ahh, OS mende la ko guna sampai spare space 400Gb bro. Insanely Addictive tul la, hampeh...

dan yang paling penting, pastikan terdapat kipas utk menyejukkan HDD korg...

mcm aku gunakan case CM690 dimana terdapat front kipas utk sejukkan HDD aku....

nak cool hdd pakai la hdd cooler, camni ka. mcm2 brand ade

hdc_d801j.jpg

Share this post


Link to post
Share on other sites

bagi aku pulak, aku akan buat 400GB utk OS dan Application manakala selebih utk data ....

aku gunakan WD640GB HDD....

:lol:

Os n application ape Yg besow sangat.... 240 GB ja utk Data ? bagi aku x cukup sbb biasenye Data banyak mau simpan.. pastu untuk Game plak ? campur skali ngan OS and Application.. ? :blink:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Not intelligent, bgitu bsar utk OS & softwares :wacko:

giler ahh, OS mende la ko guna sampai spare space 400Gb bro. Insanely Addictive tul la, hampeh...

nak cool hdd pakai la hdd cooler, camni ka. mcm2 brand ade

hdc_d801j.jpg

NOT INTELLIGENT??

i LOLED...

u guys never use id rendering before??

u know that outer rim of HDD is d fastest rite??

so y bother make it a partition??

y dont we fully utilize d 1st partition for d speed??

and software nowadays are kinda big...

CS3 eat almost 4GB and now waiting for CS4....

ever heard of Avid Liquid?for vid editing?

my rig mostly handle vid rendering and photochopping...

and i see nothing stoopid about it...

maybe u guys still stuck in LALA land so thats y u still thinking that C partiotion gonna be around 30GB or 40GB...

grow up and dont listen to others...

test it urself and then talk here...

if just bashing ppls methods without giving solution spereti org buta mengajar org celik lintas jalan...

peace out...

Share this post


Link to post
Share on other sites

tech_frix, ko ada external HDD bsar² ke utk backup data if OS problem @ corrupt then terpaksa format C?

Sy budak baru blaja, thanx bagi ilmu :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

tech_frix, ko ada external HDD bsar² ke utk backup data if OS problem @ corrupt then terpaksa format C?

Sy budak baru blaja, thanx bagi ilmu :lol:

adoyaii...

aku cerita pasal speed HDD...

aku pelik la org yg buat2 pandai pasal PC ni...

aku dulu mcm korg gak...

pk utk OS limit pada 30-40GB....

then bila aku belajar baru aku tau yang 1st partition tu always laju...

disebabkan itu la aku selalu bagi C aku besar...

tp takpela..kalau korg rasa aku buat lawak, terpulangla....

aku buat ikut pengalaman aku je...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ok klu cmtu ok x aku bli 1 HDD 640GB utk OS sahaja, utk data etc ltak dlm HDD lain pulak.

Leh tambah speed x bro?

Share this post


Link to post
Share on other sites

grow up and dont listen to others...

test it urself and then talk here...

if just bashing ppls methods without giving solution spereti org buta mengajar org celik lintas jalan...

peace out...

Lol, tak perlu marah kot bro. kalo ko leh cakap ni grow up and dont listen to others... apsal ko nak marah sgt, haha. ayat2 camtu biasanya, org yg kurang ilmu je akan kata. sbb i know sumone, he always say 'i dunno nothing', sdgkn dia expert. n i really respect him as a sifu.. (takde kaitan dgn citer ko, takyah ko nak wat modal ye)

kalo ko juz bg pendapat, n Hoodlums kate tak perlu buat cam ape ko cakap, tak perlu la ko nak marah. itu cuma 2 pendapat yg berbeza.. depend on other forumer nak amik nak pakai yg mana. depend gak camne penggunaan korang. kalo ko jenis men grafik, mmg req space besar.

Hoodlums tak kate idea ko tu salah. akuk pom tak kata salah. tp 400Gb utk OS n installed apps terlalu besar. i think around 200Gb da cukup utk semua tu.

i know, the 2 of u expert bout PC. so takyah gaduh2 ya adik2. mane kite tau kat sini mgkin ade forumer yg umo 30 n up. so RESPECT..!!

adios IDIOSA

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hurms klu nak laju² sangat setup RAID laaa B)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hurms klu nak laju² sangat setup RAID laaa B)

RAID mmg laju,tapi senang corrupt kan bro....beli je HD raptor..mahal la cikit, :blush:

Share this post


Link to post
Share on other sites

just make it simple...

virus will first attack the windows system...

kalau jenis virus tu membiak dan merosakkan @ corrupt kan file...

partition C will be the 1st one...

bayangkan 400GB dlm partition C tu mengandungi semua installation file, games, movie, data dan segala hasil kerja ko...

kalau C dah corrupt sbb virus...

bayangkan~

ps: fact pasal 1st partiton always the fastest... show me some proof~

kalau fact ko berdasarkan sini~

http://www.velocityreviews.com/forums/t474...hard-drive.html

perbezaan milisecond yg dapat disave berbanding buat banyak partition...

then, stick with that insane idea bro...

aku x sanggup risk file2 dan kerja2 aku utk save hanya utk milisecond advantage~

Edited by diamondclow

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...