Jump to content
Sign in to follow this  
C-Fu

Semua Soalan2 Lazim Berkenaan Apple/mac

Macintosh  

48 members have voted

  1. 1. Ingin mencuba pakai Mac tak?

    • Tanak. Takut susah
      2
    • Nak. Berminat nak cuba rasa
      46


Recommended Posts

Ako rasa memandangkan forum ni dah lapuk dengan soalan2 baru, maka patut ako buat FAQ berkenaan Apple dan Macintosh sebelum timbul balik soalan2 simple yang asyik perlu diulang2.

Sesiapa yang rasa nak tambah, sila pos di thread ini dan ako akan edit pos ako jadi tak payah orang scroll ke bawah untuk baca.

Warning: Sila taip dengan elok dan senang dibaca. INI BUKAN TEMPAT SMS. Kalo tak jangan harap ako nak letak di pos #1 ni.

Ini juga bukan tempat berbahas panjang lebar. Infomasi2 di sini hanya infomasi secara am, pasal tu dipanggil FAQ. bukan Wiki.

Make it short and concise.

INI BUKAN TEMPAT BERTANYA SOALAN BERKENAAN APPLE/MAC. JANGAN NAK MENGADA-NGADA.

Ingat, untuk FAQ ini berjaya, semua orang terutama sekali expert2 di sini perlu sama2 cuba untuk ikut dan kuatkuasakan peraturan yang ako tetapkan kat sini. The reason ako tanak korang taip panjang lebar kat sini adalah kerana ako nak cuba buat short answers dulu. Kalo berjaya kita buat FAQ yang detail habis.

Soalan-soalan Lazim Berkenaan Apple dan Mac

#1 Apa beza Mac dengan Apple?

Apple tu la kompeni yang membuat komputer Mac, atau Macintosh. Apple juga buat MP3 player iPod.

iPod - MP3 Player

Mac - Sejenis komputer, macam komputer Dell, atau komputer buatan kedai komputer biasa

OSX - Operating System, macam Windows XP

Apple - Syarikat pembuat semua benda di atas

#2 Apa dia jenis2 komputer keluaran Apple yang biasa ada di Malaysia?

Desktop - ada iMac yang bentuk macam lampu, ada iMac yang all-in-one, bentuk macam satu skrin LCD. Ada juga Mac Mini yang kecik, dan juga Mac Pro yang besar yang ada CPU, selalunya untuk server kerana mahal.

Laptop - ada iBook, ada MacBook yang power die biasa (kaler putih atau hitam), dan ada juga MacBook Pro yang memang power dan mahal (kaler kelabu).

#3 Komputer Apple yang mana guna processor Intel Pentium (atau Intel Core Duo dan Intel Core Solo)?

Generasi sekarang semua guna Intel Pentium. Desktop - iMac yang all-in-one, Mac Pro baru, Mac Mini. Laptop - MacBook dan MacBook Pro.

Generasi lama semua guna chip/processor IBM G4 atau G5. 2 atau 3 atau 5 kali ganda lebih slow berbanding yang guna chip Intel. Tetapi masih OK, kalau hanya membuat kerja2 biasa (surfing, email, word, tengok movie).

#4 Kalau Mac yang guna processor Intel, boleh lah install Windows XP?

Boleh. Nanti komputer Mac tu ada XP, dan juga OSX. Perlu install program Boot Camp. Kalau hanya pengguna PC biasa, jangan nak cuba. Kalau nak tahu camner, SILA BUKA THREAD BARU. JANGAN TANYA DI SINI.

Kalau komputer Mac yang guna processor G4 atau G5, TIDAK BOLEH INSTALL XP.

#5 OSX tu apa?

OSX tu macam Windows XP buatan Microsoft, tapi yang ni keluaran Apple. Ada beberapa versi yang biasa didapati di Malaysia - Puma (versi 10.1), Jaguar (10.2), Panther (10.3) dan Tiger (10.4). Tiger adalah yang terbaru. Walaupun beza antara Panther dan Tiger hanyalah 0.1 versi secara teknikal namun realitinya memang beza macam Windows 2000 dan Windows XP. Yang nak keluar adalah OSX Leopard (10.5). Puma, Jaguar dan Panther selalu ada kat dalam iMac bentuk macam lampu. Amnya Tiger dan Leopard adalah sama taraf dengan Windows Vista.

#6 Kenapa Mac mahal sangat berbanding PC yang pakai Windows?

Ada banyak sangat sebab, dan boleh didebat sampai mati. Tetapi secara amnya, Mac adalah PC yang datang dengan hardware dan bentuk tersendiri, keyboard dan mouse dan speaker (sesetengah model) brand Apple, termasuk sekali dengan OSX dan juga aplikasi2 seperti DVD player, program macam Word, Excel, Powerpoint (tapi brand Apple) program email, program buat lagu sendiri, program buat video sendiri (dari camcorder), program untuk tengok movie macam tv, program buat kalendar, buat cd lagu, buat website, buat album fotograf, dan macam2 lagi.

#7 OSX ada virus tak macam Windows XP?

Tak ada.

#8 Kenapa Mac mahal sangat? Tak macam PC Windows biasa?

Ada banyak sangat sebab, dan boleh didebat sampai mati. Jawapan mudah, adalah bila beli Mac, semua benda dah sedia ada dan boleh mula guna. Kalau Windows, mungkin perlu install itu, install ini. Kiranya untuk orang yang memang tak tahu apa-apa atau malas untuk modify2 dan configure sendiri, Mac memang sesuai. Tiada virus, jadi tak susah untuk maintain. Ada banyak program yang sudah disediakan oleh Apple sendiri, jadi secara automatik semua program2 ini mempunyai bentuk, stail, menu yang sama. Kurang pening kepala. Pendek kata, bayar lebih untuk kurang install, kurang setup, dll. Sebagai contoh, PC Windows keluaran Dell dan Sony Vaio mahal sedikit berbanding kalau kita beli PC di kedai PC seperti di Lowyat kerana Dell dan Sony memastikan semua hardware dan software dalam PC mereka memang tiada masalah, ada tech support, ada extra software, dll. Kalau beli Sony Vaio, siap dapat software untuk edit video tu. Konsepnya seperti ini.

Perlu juga dinyatakan di sini bahawa semua orang boleh mendapat training penggunaan Mac secara percuma. Training percuma selalu ada setiap bulan rasanya.

#9 Software-software di Windows XP boleh dipakai dalam OSX atau Mac tak?

Tak boleh. Melainkan ada versi spesifik untuk OSX sahaja. Contohnya: Browser Firefox ada versi Windows, OSX, dan Linux.

#10 Mac jenis mana yang sesuai untuk saya?

Pergi kedai Mac dan tanya sendiri. Buang masa tanya di sini. Orang di kedai Mac lebih arif, pasal itu kerja diorang. Diorang dibayar untuk bagi recommendation, bukan orang2 Putera.

#11 Banyak ke software-software dan game untuk OSX?

Kurang banyak variasi berbanding Windows XP. Contohnya (contoh sahaja) kalau XP ada 10 software untuk rekod CD, OSX ada 5. Kurang variasi, tetapi ada. Kalau perlukan software yang spesifik yang ada untuk XP, selalunya OSX takkan ada. Atau lambat untuk ada. Contohnya program animasi 3D Maya untuk XP versi 8.5 sudah dikeluarkan lebih awal berbanding dengan Maya versi OSX. Game ada, semua game2 terbaru selalunya ada, cuma lambat sikit keluar.

#12 iPod boleh guna untuk Windows?

Ya. iPod perlukan software iTunes untuk copy lagu dari komputer ke iPod. Dan software iTunes ada versi Windows XP dan OSX.

Edited by C-Fu

Share this post


Link to post
Share on other sites
#9 Software-software di Windows XP boleh dipakai dalam OSX atau Mac tak?
Tak boleh. Melainkan ada versi spesifik untuk OSX sahaja. Contohnya: Browser Firefox ada versi Windows, OSX, dan Linux.

Boleh install sesetengah application windows gunakan windows emulator mcm wine / crossover. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='antukecik' timestamp='1302946371' post='1067074']
#9 Software-software di Windows XP boleh dipakai dalam OSX atau Mac tak?
Tak boleh. Melainkan ada versi spesifik untuk OSX sahaja. Contohnya: Browser Firefox ada versi Windows, OSX, dan Linux.

Boleh install sesetengah application windows gunakan windows emulator mcm wine / crossover. :D
[/quote]
atau guna Virtual Machine cth parallel, vmware fusion boleh run most win softwares inside os x

Share this post


Link to post
Share on other sites
game ape eh yg support MAC?

ada driver k untuk MAC ni...emmm....aku gune mobo Ga-EP43-DS3

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...