Jump to content
znnet05

E-duit Ditamatkan

Recommended Posts

rasanya biar la dikekalkan je e-duit ni. cuma mintak pd mod utk delete semua post yg ada kena mengena ngan HYIP yang dah pun diharamkan. bleh jugak bg warning pd sesape yg mulakan topik pasal HYIP lepas ni.

takkan still nak jdkan PUTERA ni tempat perbincangan benda2 haram? Majlis Fatwa Kebangsaan pun dah sahkan HYIP ni haram. so takde apa lg yg nak diungkit, takde apa lg yg nak dibincangkan...

selagi ada post2 pasal HYIP ni, selagi tu la ada yg tak puas hati. mengutuk sana sini...

yang dah lepas tu dah la. kite semua belajar dari pengalaman

Edited by Cik_Wawa

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pada mulanya, memang lah rasa macm ngarut je topik2 kat e-duit tu (bukan semua), tapi bila kita kaji mendalam, apa kah guna nya e-duit tu, kita akan tau sebenarnya apa yg admin putera.com mahukan disscussion jenis apa yg sesuai, (dan pastinya diorang nak bukan citer2 pasal skim2 yg dah haram tu..)

dan setelah majlis fatwa sepakat mengatakan apa yg haram, maka, topik2 yg membincangkan dan juga yg lbih bnyk warning supaya jgn di buat dah bende2 mcm tu teruslah di bukak oleh forumrs2 yg prihatin...

Dan, kalau korang tak perasan, pihak berkuasa Putera.com, telahpun pin kan topik2 tersebut di atas sekali, yg mana bermaksud, kalau pun topik tu tak direply sekian lama, ianya tetap akan berada di muka surat mula2 dan juga yg teratas...

So, sebagai penguna www yg semakin hari semakin bijak, maka, even sebagai noobies yg baru start berforum esok pun, insyallah, lambat laun ,matanya akan tertumpu jugak kepada topik2 yg di pin tadi, yg membincangkan ttg kebrurukan sekiranya memasuki skim2 sebegitu. insyallah, itu semua kerja Allah, kalau niat baik, mesti org nampak jugak..(dan kalaupun bukan secara tak sengaja yg dia terbukak topik2 tu, aku pasti ramai lagi forumers yg sentiasa akan halang org lain untuk terus tertipu)

So, kita angaplah e -duit tu seumpama sebuah telaga, yg mana dlm tu ada air yg beracun, dan jugak, pemilik telaga tu tak boleh nak kambus lagi sebab ada penyelidik yg nak buat reaseach cmaner nak hapuskan racun2 tu. jadi telaga tu pun tak leh lah nak ditutup..

Tapi pemilik telaga tu tau, ramai orang yg lalu lalang kat telaga tu, dan oleh kerana risaukan sesapa tercedok air2 tu, dan terminum, maka, pemilik telaga tu pun meletakkan segala mcm warning yg dia pikirkan mamp.

Tapi ingat, telaga tu masih belum boleh dikambus lagi, sebab pengkaji tu tak abih lagi rasearch diorang..

So, sesiapa yg terminum jugak air dari telaga tu walaupun telah di halang oleh pemilik dgn sign2 yg termampu dan jugak oleh orang2 yg lalu lalang kat situ.. apa le yg kita nak buat lagi?

jadi andaikanlah situasi e-duit tu camtu..

hokhohkhohkhohkhohkhohkho!!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites

alahai crap-fu. jauh sangat ko pegi. udah udah la tu nangis tu. kesat air mata tu, dan baca ni: yang sebenarnya kenapa ko wahai ustazah taknak langsung listdown url url yang pada pandangan mata ko tu SALAH, sebab ko sendiri taktau mana satu topik betul dan salah. tapi cerita macam pandai dan tau hukum hakam, jadi buktikan kat aku yang ko tau mana satu topik yang salah, dan patut dipadam. bukan ke ko LAGI PANDAI dari moderator dan kekadang nampak lagi pandai dari ustazah. jadi tolong berhenti merepek ala-ala crap-fu ko tu, dan mulakan memberi url url yang berkenaan. satu lagi, "BAGI KEJE KEPADA ORANG YANG RETI." jadi sapa yang reti tu? dari dulu lagi aku mintak admin naikkan ko jadi moderator, tapi *some text missing* walaupun ko punya sembang macam pandai untuk kenal mana betul mana salah untuk forum.

jadi, lets cut the crap-fu dan kepada ustaz dan ustazah sekalian mulakan "MEMBANTU" moderator untuk mengenalpasti url mana perlu dibuang. melalak sampai thread ni penuh 20 muka pun tak guna. takkan selesai pun.

Edited by azuan

Share this post


Link to post
Share on other sites

bukan nak citer aper ler, yang dok sembang halal haram kat ataih tu sama jeks cam crap-fu tuh :P dari korang menyemakkan skrin forum dengan fatwa halal haram ngkorang yang ngalahkan ustazah tuh better ngkorang contribute dari segi pertolongan list sumer topik yang tak kena tuh. memang dah adat pengguna forum yang kepoh (lead by crap-fu tuh) memang tau komplen, komplen jeks. habuk pun tarak, bila soh tolong, pi pusing balik "ehhhh ngko kan mods wat le keje". jadik bleh le balas balik "eh minah kepoh, skali cakap udah ler, ulang sampai 10 kali watper?" ;)

Share this post


Link to post
Share on other sites

e-duit = telaga beracun

kalau nak bandingkan pun ok jugak.

cuma nak letak sign sahaja kat tepi telaga tu memang tak cukup

dan tak mampu menghalang dari terjatuh ke dalamnya.

1. orang buta - tak nampak nak baca.

2. orang buta huruf - tak reti nak baca.

3. kanak-kanak - belum masuk tadika

4. orang asing - masalah bahasa

mereka nie lambat laun akan terjatuh jugak ke dalam telaga beracun tu.

yang lebih malangnya:

1. ayam itik

2. kambing

3. lembu

4. kerbau

turut terkorban kerana tak pandai baca sign yang terpacak kat situ.

siapa salah?

Tuan punya kena tutup telaga tu dengan kepingan konkrit.

bila sipenyiasat nak siasat, baru buka penutup tu.

itu yang lebih selamat.

Lagi satu, aliran air beracun bawah telaga tu akan mengalir ke telaga lain tanpa disedari

telaga lain turut tercemar jugak. jadi tuan punya kena konkrit keseluruhan telaga beracun tu

kalau nak ikut kepentingan pengkaji.

Hmmm... kalau lah anda faham .....

Share this post


Link to post
Share on other sites

encik powerabu, baru cadagan je tu, dan perlu letak kat topik memasing dedicated thread tu..plus kena jugak letak tajuk maslah dia..but, thnaks sebab takes the first steps..

Share this post


Link to post
Share on other sites

ya terima kasih powerabu. kepada ketua pasukan sorak pom-pom girl dan ahlinya tu, budak sekolah ni sendiri sanggup tolong cadangkan topik dengan siap URL yang perlu dipadamkan. atleast dia takda banyak cakap, terus je bantu kasik link link berkenaan. tapi apa yang ketua pasukan sorak dengan ahli dia buat setakat ni? pok pek pok pek pok pek jela keje ko. dah admin taknak tutup korang nak memekak apa lagi? tapi aku tau pom-pom girl ni bukan setakat moderator je diorang pandai hentam, kat admin pun dia berani tempelak.

harapnya 63.gif lepas post kat bawah ni dipenuhi dengan cadangan link link yang perlu dihapuskan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

haku nak tanye skit

uptrend tu haram ke tak?

http://www.theuptrend.com/

http://www.uptrend.com.my/

setau aku..mende tu same je konsep mcm swisscash..

kwn aku ni bebodo tol la..dier ckp tak haram..google adsense haram lakk..bangang perrr

lagi satu statement crapfu dier,die ckp tu abfund..uptrend mane de haram..x masuk paper pon..alahaii....

Share this post


Link to post
Share on other sites

uptrend...tu hanya internet marketing yang dijadikan medium penjualan PRODUK..rasanya tak haram..pada KONSEP..

Tapi kalau tak yakin ngan statement aku ni ko leh tanye pakar ekk :ph34r:

google adsense ..tu tak haram la..melainkan ads tu lucah, gamble dan sebarang unsur yang tak elok, tu jer jangan risau :ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites

tutup pun tak pa e duit putera .com ni ....... forum berterabur dan tak profesional .....tadak pun tak pa forum lain ada -_- thread lain bagus sekian telima kasih

Share this post


Link to post
Share on other sites

uptrend...tu hanya internet marketing yang dijadikan medium penjualan PRODUK..rasanya tak haram..pada KONSEP..

nope. it is haram.

for the simple fact yang produk uptrend yang dijual adalah 1. tidak sepadan dengan value (debatable) dan 2. revenue utama kompeni atau skim MLM itu adalah bukan pada produk, tapi pada membership.

tak kire lagi pada kos membership yang tinggi pada banyak skim piramid.

therefore, it is a pyramid scheme.

btw ako diapproach oleh founder uptrend untuk menyuruh ako start uptrend kat indon. mainly pasal ako ade ties dengan embassy mesia kat sana. RM60,000/bulan pendapatan ako dengan hanya menjual membership.

yang sebenarnya kenapa ko wahai ustazah taknak langsung listdown url url yang pada pandangan mata ko tu SALAH, sebab ko sendiri taktau mana satu topik betul dan salah.

i did list down thread2 yang haram. bukan salah ako kalo ko sengaja buat2 bute. just pasal ko tak suke ako maka ko buat2 tak nampak ek. ko dan peminat setia ko gegule boleh bising2 pasal ako, but the fact is, ako ade bagitau sebelum ko mintak lagi kat thread ni. so bisinglah sebising mane korang kelab boria ni nak bising, ako akan tetap cakap yang ako dah bagitau, dan sume orang leh nampak. kite leh ulang main badminton ni all day all time.

dan setelah majlis fatwa sepakat mengatakan apa yg haram, maka, topik2 yg membincangkan dan juga yg lbih bnyk warning supaya jgn di buat dah bende2 mcm tu teruslah di bukak oleh forumrs2 yg prihatin...

dalam dunia ideal, mungkin ini yang jadi. tapi ni realiti. ako dah dok kat putera long and hard untuk percaya yang orang putera, cam orang melayu, mudah lupa. tak caya, sila rujuk balik posting ako lepas 3 bulan isu ni mati. mari kite sama2 tengok samada adakah banyak topik2 yang membincangkan haramnye skim cepat kaya kat eduit, atau adakah orang dah malas nak layan melayu2 otak cetek kat situ.

sebab tu la ada tuan telaga dan pekerjanya yang jaga

wrong. Rezolles_Net, pekerja a.k.a. moderator e-duit masih belum bagi komen dan buat apa2 tindakan.

Edited by C-Fu

Share this post


Link to post
Share on other sites

cfu tq2 baru aku betul2 faham...patutla "membership" tu yg jadikan haram..kepentingan melebihi produk..

uptrend...aku ingat ko tak terlibat, hahaha e-dagang pon haram gak camni...pasal lebih kepada tarik orang..bukan nak jual topup tu sangat..

Share this post


Link to post
Share on other sites

wrong. Rezolles_Net, pekerja a.k.a. moderator e-duit masih belum bagi komen dan buat apa2 tindakan.

hhahahhaha.. sbb tu perlu ada satu topik khas utk membincangkan secara serius pasal peranan moderator nii..

betul tak shanai???

cuma secara serius, bukan bercampur baur dgn dendam dan sifat emosi tak tentu hala..

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku masih lagi nampak ketua pasukan sorak POM-POM GIRL meloncat-loncat kat atas ni :D sedangkan pemain bola belum berusaha menujukan sasaran tetapi cuma berangan yang dia dahpun sumbat bola masuk gol.

tak paham maksud aku? maksud aku kenyataan tanpa bukti budak tabika pun boleh buat. jadi sila berhenti jadi ketua pasukan goncang-goncang tali rafia yang diikat dan tunjuk walaupun 1 (satu) url yang pada pandangan mata ko adalah salah. jangan jadi cikgu sejarah dengan keluarkan kenyataan "akO" bahawa: i did list down thread2 yang haram. ops dan satu lagi, tolong jangan gunakan perkataan dan sume orang leh nampak. muak aku baca ni sebab dah beratus kali keluar. bukan ke ko wahai crap suka main badminton di gelanggang yang lain setiap hari? dan sila lihat kat atas tu bahawa budak sekolah boleh provide beberapa URL, kenapa ko yang belajar jauh sampai ostolia takboleh provide walaupun 1 (satu) dan di sini? ko paham kan maksud perkataan bahasa melayu "DI SINI"? sebab apa yang aku nampak cuma TOPIK yang ko copy paste dari sana ke sini. bukannya URL. ko paham kan apa itu "URL"? perlu ke aku quote dari wikipedia kegemaran ko untuk ko baca sebelum ko melalut lagi lebih lanjut?

Share this post


Link to post
Share on other sites

cfu tq2 baru aku betul2 faham...patutla "membership" tu yg jadikan haram..kepentingan melebihi produk..

uptrend...aku ingat ko tak terlibat, hahaha e-dagang pon haram gak camni...pasal lebih kepada tarik orang..bukan nak jual topup tu sangat..

bank negara dan juga suruhanjaya sekuriti ada mengeluarkan garis2 panduan asas untuk mengenalpasti samada skim itu illegal atau legal, samada skim itu ponzi atau piramid, dll. DAH LAMA ADA. takkan korang nak expect mamat cam azuan tau :) kalo "mintak tolong" user putera tau la die, itupon untuk cover kelemahan diri die yang baru sekarang nak tunjuk yang die bersemangat nak buat keje hehe. jangan marah ek gegule ako tegur mawi ko :)

rule of thumb: kalo diorang kate itu adalah pelaburan, adakah "pelaburan" itu diiktiraf oleh mana2 badan antarabangsa, atau kelab/organisasi yang legal dan professional, seperti bar council, persatuan insurans malaysia, institute of engineers, atau negara seperti suruhanjaya sekuriti, bank negara, malaysian/australian/us trade, dll? kalo tiada, maka camner nak claim yang skim tu halal?

and untuk manusia yang rasa skim swisscash, yang tiada kaitan dengan swiss/switzerland tapi SENGAJA (with intent) menggunakan nama itu (fraud) untuk kepentingan sendiri yang tertentu, adalah halal, maka manusia tersebut patut dinamakan di sini. memalukan famili dan kawan je.

ako terlibat dengan skim cepat kaya dalam internet ni lebih lama daripada ramai orang kat putera ni. ako ade link ngan orang income tax, dan ramai lagi orang dalam "unofficial" group kami yang ada kaitan dengan banyak pihak. terus terang ako cakap, ako tau banyak skim cepat kaya yang timbul tenggelam dari dulu sampai sekarang, tapi player die tetap sama.

tu pasal ako terkejut kepada kebodohan melayu kat sini. i mean, kalo la nak sangat buat bende haram, why not start your own piramid scheme? web system untuk piramid scheme ni, daripada payment hingga pada forum boleh didapati dalam underground network dari serendah US$100. 50 pon ade kot. ako rase ade sorang dua kat putera yang boleh cakap pasal ni.

-----------------------------------------------

ako ade satu soalan untuk semua orang. azuan dan gegule juga, tapi ako harap kalo nak jawab buang la part ustazah dll tu.

kita semua boleh baca apa yang Shanai cakap. ako rase, kalo ako nak ringkaskan, die mahu kebebasan bersuara agar kita semua boleh nilai, kan?

azuan pula, sibuk mencari thread2 untuk dia kunci atau "ambil tindakan".

ako nak tanya, kalo admin minta kebebasan, adakah itu bermaksud thread2 sebegitu tidak perlu atau TIDAK BOLEH dikunci.

jika tidak patut dikunci, maka kenapa azuan pula yang sibuk nak kita semua sediakan list untuk dia ambil tindakan (warning atau kunci atau apa2 lah yang dia sebenarnya nak buat)?

sori ek, aritu ako nak tanye, tapi terleka lak bile part ustazah2 tu keluar :)

Edited by C-Fu

Share this post


Link to post
Share on other sites

ko patut tambah angka 8 dalam nickname ko. tu bukan LAPAN, tapi lebih kepada simbol berbelit. walaupun begitu, aku masih tak nampak URL dari mamat crap ni. percayala kata aku, selagi ko masih lagi membebel dan terloncat-loncat macam pom-pom girl, motif topik ni dibuka takkan tercapai. jadi tolong bila ko nak main badminton, kalau ko pukul bola dari petak belah kanan, pastikan bola tu pegi petak kiri kat tempat lawan dari pandangan mata ko, bukannya hantar bola "wrong court"

Share this post


Link to post
Share on other sites

ako tak paham kenape ko begitu keras hati untuk nak jugak url bile ako dah bagi list thread2 tu. mungkin pasal susah sangat untuk cam thread2 yang ako listkan itu kot.

pasal ako takleh cakap mewakili orang lain, tapi pada pemikiran ako lah, kalo seseorang tu benar2 ikhlas untuk tolong buat kerja, maka dia akan gunakan apa yang ada dulu, pastu baru request itu request ini. ako dah bagi list untuk ko get started atau MULAKAN. kalau ko nak jawab "ako nak kunci pasal ni jalan yang patut dibuat" then ape ako boleh buat lagi, pasal itulah jawapan ko. ako terima je la.

tapi ape la yang ako tau kan, ako bukan coach badminton. ako hanya sekolah badminton je dulu (garden).

ako hanya berharap ko boleh jawab secara direct. buuuuuut, if you say so lah. macam Shanai cakap, korang nilaikan sendiri.

Edited by C-Fu

Share this post


Link to post
Share on other sites

laaa...azuan dah cakap pun ko masih aim kat wrong court. azuan, aku rase cikgu die kat ostolia tu tak ajar macamane nak kenal kiri atau kanan. atau mungkin die ni terlalu pandai. penuh dengan jawapan2 die yang unik. tu yang die kompius mane kiri dan kanan. asik2 wrong court.

Share this post


Link to post
Share on other sites

riiiiiiiiiiiiiiight! lets stop the crap(-fu).

aku stakat nih nampak 4 url nih jeks:

http://forum.putera.com/tanya/t33808.html

http://forum.putera.com/tanya/t30936.html

http://forum.putera.com/tanya/t32105.html

http://forum.putera.com/tanya/t34307.html

sementara kiter dok listdown nih, bleh ler nengok selingan iklan iklan merapu dari crap tuh :D

i'm waiting my cheer lady! (protege nyer yang ramai tuh kalo nak join sekaki pun bleh gaks. tunjuk ajarku crappppppppppppppp-fu!)

Share this post


Link to post
Share on other sites

dan cadangan aku, kita letakkan sebijik warning sign untuk topik2 yg mengandungi unsur2 sepert thread yg di pin dlm e-duit tu. Dan maybe lah syarat untuk letak warning sign tu adalah untuk thread2 yg mengandungi unsur2 scam, tetapi belum dapat di buktikan, cuma disyaki.. sthnya lebih kurang begini..

WARNING049%20copy.png

sesapa ada design yg lebih elok, bolehlah menyumbang. Di ulangi, warning sign ni hanyalah untuk thread2 yg belum di tutup, tapi mengandungi unsur yg boleh disyaki, dan mempunyai sifat seperti yg ada dlm pinned thread. Cumanya, moderators/supervisor belum lagimempunyai bukti kukuh untuk menutupnya..

Share this post


Link to post
Share on other sites

IMHO,

i) scam program adalah program yang memang niat admin program itu utk scam dari awal. Ada unsur-unsur tak pasti, biasanya mengatakan invest di forex tetapi tiada bukti, haram.

ii) Honest program, berasaskan forex walaupun tak scam (ie: contoh - logic-invest.com), mengandungi unsur-unsur riba kerana keuntungan tetap (150% utk 10 hari berasakan forex) juga adalah haram.

iii) Honest program berasaskan game (contoh: lic-game.com) di mana payout akan stop selepas 95% total payout pun, haram.

In summary, scam tidak bermaksud tidak membayar, tetapi tidak honest. Tetapi, honest tidak bermaksud tidak haram!

Kebanyakan puak-puak yang menghalalkan investment berdasarkan keuntungan tetap (riba) biasanya akan terus menggunakan alasan kenapa ASB/KWSP yang melabur dalam syarikat rokok dan perjudian sebagai alasan kenapa kerajaan tidak membuat sebarang tindakan pembetulan tapi bagi aku itu bukan persoalan. Memang senang menunding jari pada orang, tapi ada perkara yang di luar kawalan kita sbg manusia dan tanggungjawab spt itu mmg atas bahu pemimpin, bukan kita. Tapi bila duit kita sendiri, yg kita ada kawalan terhadapnya, tapi pilih juga jalan yang haram, tanggungjawab kitalah utk memperbetulkannya bukan terus menerus memberi alasan "kalau dia buat, kenapa aku tak boleh?". Kalo tengok org terjun lombong, takkan nak terjun lombong sama mcm orang lain juga?

Kalau mahu jadi hero, cth terdekat boleh tengok pd PDRM. Dulu, polis wanita tidak dibenarkan memakai tudung ketika bertugas. Skrg, dgn tekanan dari rakyat dan dlm PDRM sendiri, polis wanita sudah boleh bertudung. Takkanlah kalau polis wanita yg tak bertudung ketika bertugas, kita terus katakan "aku tak mahu bertudung sbb polis/kerajaan pun tak bertudung".

Mohon maaf atas segala kekurangan dlm penyampaian. Segala yg baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan aku sendiri.

Share this post


Link to post
Share on other sites

dan cadangan aku, kita letakkan sebijik warning sign untuk topik2 yg mengandungi unsur2 sepert thread yg di pin dlm e-duit tu. Dan maybe lah syarat untuk letak warning sign tu adalah untuk thread2 yg mengandungi unsur2 scam, tetapi belum dapat di buktikan, cuma disyaki.. sthnya lebih kurang begini..

kalo tak silap seblom ni ada sorang user yg design logo mcm ni, dia buat objek orang tengah kencing kat logo putera.. huhuhu... lawak logo tu.. tak ingat kat mane dah

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bukan Ke Hukum HARAM dan HALAL MUTLAK MILIK ALLAH ..... ? ..Kenapa Nak Bertekak Pasal HALAL HARAM ..

Hahahahaha!!! tak penah bukak tibi ke??? tak penah dengar "mencari yang halal itu Fardhu"!

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...