Jump to content
znnet05

E-duit Ditamatkan

Recommended Posts

pergh.. milimakes.. post ko tuh sebijik macam budak2 putera nih tak tau agama.. putera nih bukan tempat melayu bertelagah beb, mungkin ada, tapi sesetengah je.. jgn setitik nila, rosak susu sebelanga...

memang halal dan haram milik Allah, tapi Allah dah bagi hint, apa yg haram dan halal di sisiNYA, menerusi Jibril kepada Nabi Muhammad, dan dari Nabi Muhammad, Al-Quran, Al-Hadith, Ijma' dll kepada kita.. Halal dan haram itu telah jelas dinyatakan...

lagi sekali, aku harap forum e-duit tak yah tutup, sbb skrg ni mmg majlis fatwa dah kata haram, mungkin 5 thn lagi, generasi anak2 kita ngan adik2 kita lak kena main ngan duit haram, kita tak duduk kat zaman depa lagi time tu, kita mana tau... kat forum macam e-duit ni lah kita boleh amik tau, dan bincang hingga ke akar umbi...

pantau e-duit dan juga milimakers adalah penyelesaiannya..hehe, gurau je mili... jgn emo ek.. bersatu teguh, bercerai roboh

Share this post


Link to post
Share on other sites

MLM yang banyaknya kasi FIXED return. Which 100% haram. Takyah nak berdebat, memang haram benda tuh.

Pasal tuh orang boleh main Share tetapi takleh main Preference Share. Dah nanti off-topic.

Jangan confuse dengan istilah MLM. Mana ada MLM yg fixed return. Tak ada apa yg salah mengenai MLM, ia hanya satu kaedah marketing, yg sah disisi undang-undang.

Ia adalah satu kaedah marketing yg baik, tapi sering dipandang serong akibat ramai yang rakus dan mencemarinya dengan unsur-unsur negatif.

Admin atau Moderator, harap dapat tamatkan ruangan e-duit dengan segera. Kita telah sedia maklum bahawasanya Majlis Fatwa dah keluarkan fatwanya yakni pelaburan online spt ABFUND, WINLIFUND, SIWSSCASH, dsb adalah haram. Tq

Lagi sekali, jangan confuse. Forum e-duit tak ada kena mengena dengan pengharaman pelaburan internet oleh Majlis Fatwa.

Forum e-duit mmg tempat perbincangan mengenai mencari duit melalui Internet dan pelaburan itu hanyalah salah satu darinya. Terdapat banyak kaedah untuk cari duit melalui Internet, tapi orang kita hanya menyempitkan fikiran dengan menganggap bahawa nak cari duit melalui Internet adalah dengan cara pelaburan.

Banyak lagi punca-punca pendapatan halal yg boleh diperolehi dari Internet, contohnya melalui affiliate program, adsense, ebay dan lain-lain.

Ramai orang hanya taksub dan terpesona dengan kekayaan segera, mereka tak berminat untuk berusaha. Ini sama sekali bertentangan dengan semangat Putera.com.

Harap Maaf Tapi Ini Realiti..Aku Ada Beberapa Rakan Dari Bangsa Lain Yg Menyindir , Mentertawakan Aku Bila Aku Kata PUTERA.COM Antara Forum Terbaik Yg Aku Pernah Jumpa ...Kenapa?....Jawapan YG Aku Terima Dari Rakan Aku ..." Lu Masuk Putera aa?.....Itu Tempat Melayu Gaduh2 Ar?.." ....Agak2 nya apa yg kau rasa?.....tapi Ye Arr Memang Melayu Cam Tu ...Tak Boleh Tgk Bangsa Sendiri Senang .....

Walaupun saya tidak pernah mengehadkan Putera.com kepada satu-satu bangsa sahaja, tetapi saya sangat bangga kerana Putera.com telah berjaya membantu ramai anak bangsa sendiri meningkatkan ilmu, pendapatan dan sahsiah mereka, sehinggakan ramai yang irihati.

Share this post


Link to post
Share on other sites

eh, apsal isi kandungan quote hilang? ohkohkohkohkohk. maksud aku mudah, aku nak korang baca dengan sedalam-dalamnya maksud kata-kata PETABITE gersang tu terutama sekali kepada ustazah-uztazah yang niatnya baik untuk nasihat, tapi terselit sindiran. dan terutama sekali kepada ustazah yang kat topik ni nampak baik lagi beriman tapi kat topik lain keluar semua maki hamun.

Share this post


Link to post
Share on other sites

macam biasa la bro, ini kan forum, tah tah budak budak pmr yg baru reti copy paste artikel orang pom duk sibuk posting tu.. biasalah... ini kan forum.. ekekeke..

btw,camner awak leh tau saya ni gersang? Ahaks! Awak ni noti arrr... Tak skerrr arr sayerrr...

Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhahahahahahaha...

Share this post


Link to post
Share on other sites

aik, ustazah-ustazah je ke? ustaz takdak ke? hehe..

kalu aku sendiri mmg aku mengaku la kat room e-duit tu aku byk copy paste sumber berkaitan. sbb nak elakkan fitnah sebolehnya (org lain malas nak google baca, so baik aku paste...)

haha, nak wat camne. tahap budak PMR kan.. takpelah. mmg aku takde niat nak tunjuk baik pun sebenarnya dan mmg bukan niat

nak jual nama guna agama.

kat room lain, yer mmg aku ada maki hamun servis t**k kucing company yg aku tak pernah subscribe.

mahupun servis hosting yang bang*ng. Kan dah kuar maki hamun kat sini...

hokhokhokhokhokhokhokhokhokhokhokhok mcm pernah ku dengar gelak ketawa spt ini.

Off topic jap, nak share satu benda ngan semua:

actually, aku sendiri hampir terlibat ngan biz buat duit online ni. aku sbg develepor, tp idea orang lain.

sblm kuar fatwa lagi kat web UZAR (berbulan dahulu), aku dah siapkan sistem tu. dah under testing dan patut ready utk launch bln ni (April).

Lps baca fatwa kat web UZAR (dlm bln 1 camtu) terus aku tak jadi jual sistem tu which harga above RM8K.

Masa lagi, tenaga lagi terbazir begitu sahaja. Bil streamyx, letrik lagi dsb..

Tapi aku lagi tak sanggup nak tanggung dosa sbg penggalak utama orang masuk benda mcm ni dan duk KEKOH (makan) duit orang bawah.

Masa mula2 aku dgr plan tu, aku dah was2 sbb dia dok rotate duit orang je. Tapi disebabkan benda ni ada produk: pelbagai servis menggunakan web, dan harga adalah sgt2 murah, kalo nak dibandingkan dgn servis2 lain, maka aku fikir aku hanya jualkan produk. Bukan aku nak jual plan, sbb plan tu

idea org lain. Lagipun produk aku murah. RM100+ seumur hidup. Cuma kalau cari downline, dptlah income besar. Yerla, time tu mana

aku bukak mata sgt nak faham benda2 camni kan. Yg aku reti nya buat coding je.

Kebetulan masa sistem duk testing, aku balik kampung. Jumpa mak, abg ipar, kakak (ustaz ustazah smua ni) diorang duk bincang benda yg aku buat ni.

And gitau if else nya mcm mana. Aku time tu duk pk bahawa aku jual servis, ada produk. Masih haram ke? Masa ni lah aku duk bincang2 ngan

family semua..

Bukan abg ipar aku (ustaz jugak) dan mak sendiri (pun reti main jugak org tua ni.. hehe) tak pernah join benda cam gini. Pernah.. Banyak jenis plak tu. smua jenis rotate duit wpun ada produk, yg sure mahal berGABAN kali ganda. Bayangkan kopi 10paket jer harga RM100. Madu lebah beberapa ml pun dah RM50.

Yerla, benda ada produk camni kena AJL. Surelah barang kena jual mahal sbb nak cover lesen AJL yg kurang lebih stgh juta RM tu. Tapi dlm

masa yg sama, duit dari barang ni la duk rotate nyer utk kasi kat orang atas.

Tapi setelah abg ipar aku pun terbuka mata tentang pembongkaran pelaburan ni (mana duit tu labur, etc etc..), dia dah mula buka mata tentang benda ni.

So dia stop smua benda yg dia join yg meragukan, in fact tak banyak benda pun kasi pulangan, so takdelah dia "terasa" sgt pun kalo berhenti camtu.

Mak aku pun sama, dinasihatkan berhenti je la smua benda tu. Anggap takde rezeki.

Dan mak aku jugalah duk bincang dgn aku, supaya pk elok2 benda ni utk terusan ke tak.

Kaji betul2 camne.

Setelah dikaji dan dikaji lagi berdasarkan web UZAR yg mengatakan bahawa kalau orang masuk tu niat utama bukan nak guna servis,

tapi nak dapat duit cepat semata-mata kerana marketing plan, so aku jadi lebih was2 la nak jual. Sbb dah mmg probability

orang masuk kerana nak DUIT adalah lebih tinggi dari nak guna servis tu.

Walaupun niat aku hanya nak jual produk,

tapi mcm mana pula kalau niat orang masuk sbb nak DUIT kan? Of course la aku pun nak duit sbb penat2 duk develop

benda tuh siang malam nyer ngan tgh2 duk mabuk2 pregnant (baru tau pregnant time tu, alhamdulillah, rezeki)..

Dan aku jugak dijanjikan pulangan yg bagus kalau aku nak jadi shareholder :ph34r:

hehehe..

Bayangkan la kalo aku letak 10 kepala aku kat atas2 nuh, brp duit aku akan dpt..? hehe..

Duit kepala kat bawah lagi, duit shareholder lagi..

Walaupun setan duk pujuk aku jual, tapi IMAN aku cakap JANGAN.. sbb aku was2. Entahla, dari duk was2 baik aku tak jual.

Rugi pun rugilah.. biarlah.. nak buat mcm mana dari nak tanggung dosa bersubahat. Deposit pun aku tak amik se-sen pun..

Alhamdulillah.. Mungkin ni lah hikmah aku jadi malas nak sambung projek dan launchkan... Sbb kebetulan masa tgh

testing tu aku campur2 ngan mabuk lg, penat lg mcm2. So aku cam malas giler nak touch-up sistem.

Orang yg nak sistem ni pun, dia diam kejap suh aku hold dulu sbb orang duk sibuk masuk ABB, winli, EAI, SC (time tu la..)..

so kalau run projek aku ni, pulangan takkan bagus sbb orang lain tgh syok duk join benda tu.. (yg janjikan pulangan lagi baik)

So dia ckp dia nak tukar marketing plan kasi pulangan lebih cpt dan tgh duk design yg baru dan tgh duk tgk kalo ada kelemahan kat mana2.

Aku plak malas la kalo asyik duk tukar requirement. Last2 kuar dah fatwa dari MFK. Alhamdulillah,

berbaloi aku stop awal2. Kalo launch pun takkan idupnya pun. Aku harap orang tu pun faham, kalau

aku taknak contine develop sistem ni, sbb mmg dah haram.. (wpun ada produk, tp still rotate duit,.. kan?)

Korang rasa camne ek?

Coding sistem aku ni, nak kasi free kat orang pun aku tak berani.. hehe.. kan salah guna plak.. :lol:

On topic balik:

Itulah yg dpt aku share. Kalau korang rasa sblm ni aku MACAM nak jadi ustazah, (opppsss!!!) aku bukanlah

mcm nak jadi ustazah, tp sebolehnya cuba nak cakap bebaik dlm room e-duit tuh. Takkan aku nak kuarkan maki hamun

kat investor plak, mmg tak baik. Kalu perli2 tu mungkin ada terselit sana sini. Mungkin terEMO pun ada jugak :lol:

Tapi mmg sikap sebenar aku, takdelah aku ni lembut bagai nyer, aku jenis kasor jugak macam garam kasar tuh.. ahaha..

so dlm topik lain, aku tak maki hamun orang dlm PUTERA ni, tp maki hamun syarikat yg kasi servis bengong pada aku

wpun aku cuba deal secara baik. So ada paham? Harap maklum.

So, apepun, peace.. aku cuba cakap bebaik ngan sumer orang nih. Kalo rasa aku hipokrit ke ape, tak kisahlah..

aku dah terangkan kat sini.. So mintak maaf yer semua kalo ada terasa ape2 ngan aku..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Panjangnyeeee.... :o , but thanks for sharing .. :)

Edited by Mr Ijan

Share this post


Link to post
Share on other sites

Lagi sekali, jangan confuse. Forum e-duit tak ada kena mengena dengan pengharaman pelaburan internet oleh Majlis Fatwa.

Forum e-duit mmg tempat perbincangan mengenai mencari duit melalui Internet dan pelaburan itu hanyalah salah satu darinya. Terdapat banyak kaedah untuk cari duit melalui Internet, tapi orang kita hanya menyempitkan fikiran dengan menganggap bahawa nak cari duit melalui Internet adalah dengan cara pelaburan.

Banyak lagi punca-punca pendapatan halal yg boleh diperolehi dari Internet, contohnya melalui affiliate program, adsense, ebay dan lain-lain.

Ramai orang hanya taksub dan terpesona dengan kekayaan segera, mereka tak berminat untuk berusaha. Ini sama sekali bertentangan dengan semangat Putera.com.

Shanai, adakah ko ni sengaja buat2 tak nampak? ko memang tka penah lawat forum tu ke?

Jika memang benar niat ko adalah untuk mempopulasi forum itu dengan info2 berkenaan non-piramid scheme nye thread, maka ko akan menyuruh moderator sana untuk kick ban delete user2 yang mempost skim2 cepat kaya untuk kemajuan orang melayu dari dulu kini dan selamanya.

tapi ko tak buat.

ko boleh menyuruh moderator untuk enforce pembukaan thread yang HANYA berkenaan dengan ebay, dll yang ko nyatakan kat atas. thread "pelaburan" takkan dilayan. thread yang berkaitan dengan bende yang tidak terkandung dalam apa2 bisnes internet yang ko nyatakan, perlu meminta kebenaran dari moderator dulu. baaaaaaaaaaanyak cara yang ko boleh buat.

tapi ko tak buat.

ko boleh meminta sesiapa yang arif dalam dunia bisnes untuk tolong pantau samada skim yang ada disitu adalah skim cepat kaya, skim illegal (agama atau undang2), atau skim yang legitimate.

tapi, again, ko tak (nak?) buat.

instead, dari dulu sampai sekarang ko tak habis2 merayu menjunjung pengunjung e-duit untuk jangan join skim pak man telo, piramid, matrix, hyip.

cube tengok.

"4.8% 1 Day..480% 100 Days ...instantly Withdraw"

bunyi skim ni nampak sungguh halal, kan Shanai?

"Anda Cari Maklumat Abfund? * 123» 5

ABFUND PELABURAN YANG BEST GILER!!"

wow! a "fund company" yang meminta investor. ni legit ni.

"Guna Egold...Great Plan...Semua Istimewa !!!!"

wow. kalau gune egold mesti ok nye! Pasal ni macam gold, walaupon ako tak 100% sure, tapi mesti ok!

" Winlifund.com * 123» 5

2%-3% SEHARI... SELAMA 100 HARI.. TERHEBAT..."

wow! buat ape ako bazir 5 10 tahun invest dalam stock market or REIT or apa2 pelaburan yang dah beratus2 tahun wujud!

"Pendapatan Yang Menguntungkan Anda

www.bzest2u.com biz made in malaysia"

ako yakin kalau kompeni tu ade name 2u kat belakang mesti halal cam maybank2u!

kenapa ko MASIH biarkan manusia2 cabuk tu membuka "pelaburan" yang sungguh sihat di forum ko? sila jawab sebelum nak buka cite pasal niat forum e-duit.

ko faham tak Shanai? forum e-duit adalah forum skim pak man telo, samada ko suka, samada ko nak atau tak nak. ko yang confuse sebenarnya. ramai orang boleh nampak apa yang ko buat (dan tak buat) kat sini. dan hanya ko yang boleh tukar.

jika ko boleh berasa bangga dengan kejayaan ko menghimpun anak2 melayu untuk berbincang, maka banggalah dengan kejayaan ko menyediakan tempat anak2 melayu mempelopori dunia penipuan dan hina dina.

for the simple fact, yang ko dan moderator yang membenarkan mereka membuat "pelaburan" yang ko sendiri tak suka. nobody likes a two-timer.

Edited by C-Fu

Share this post


Link to post
Share on other sites

sebenarnya ngko wahai crap patut berterima kasih pasai admin tak secara peribadi untuk ban ngko permanently dari forum nih. tuh jeks yang aku nampak skang nih.

kekadang orang dalam forum nih tak prasan, dier ader banyak wat hal, lepaihtuh wat baik plaks dengan menyuarakan pendapat yang bunyiknyer baik gilerrrr. anyway,

and then baca nih yang aku amek dari mr petabite tuh

kalu tak suka forum ni, pegi forum lain, tak payah nak bising bising.. tak der orang paksa pom korang lepak sini.

datang tak dijemput kat sini, ngko blah pun tak dihalau. ngko dah kasik cadangan tuh dah ler, kalo admin masih gaks nak kekalkan dengan alasan dier sendrik, then aper masalah ngkorang? pi wat forum sendrik ler lepaihtuh ngko sendrik tentukan aper yang ngko nak dan taknak.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Lagi sekali, jangan confuse. Forum e-duit tak ada kena mengena dengan pengharaman pelaburan internet oleh Majlis Fatwa.

Forum e-duit mmg tempat perbincangan mengenai mencari duit melalui Internet dan pelaburan itu hanyalah salah satu darinya. Terdapat banyak kaedah untuk cari duit melalui Internet, tapi orang kita hanya menyempitkan fikiran dengan menganggap bahawa nak cari duit melalui Internet adalah dengan cara pelaburan.

Banyak lagi punca-punca pendapatan halal yg boleh diperolehi dari Internet, contohnya melalui affiliate program, adsense, ebay dan lain-lain.

Ramai orang hanya taksub dan terpesona dengan kekayaan segera, mereka tak berminat untuk berusaha. Ini sama sekali bertentangan dengan semangat Putera.com.

En. Hasani, kalau begitu maksudnya, kenapa post2 yang berkaitan pelaburan online masih lagi tertera diruangan e-duit? Saya cadangkan post2 promosi spt SWISSCASH, ABFUND, WINLIFUND dan yang sewaktu dengannya di'delete' terus dengan segera tanpa kompromi. Maka yang patut dibiarkan ialah post2 spt MLM, affiliate program, adsense, ebay dsb. Tq

Share this post


Link to post
Share on other sites

mungkin juga forum e-duit di"bersih"kan dari thread2 yang tak berkenaan , mungkin juga buang semua post dalam tu biar macam baru balik ,ni akan menyenangkan mod @ pihak berkaitan moderate post2 & thread2 akan datang .

Share this post


Link to post
Share on other sites

oklah ustazah sekalian. aku tak reti nak nilai mana halal haram ni sebab aku tak mempunyai biji mata macam ustazah sekalian. jadi tolong guide aku, kasik link yang mana patut aku sapu. bagi aku, selagi tak dipadamkan selagi tu la korang tak berhenti meloncat. jadi kat bawah lepas posting aku ni, sila listdown url url berkenaan yang bagi pandangan ustazah sekalian patut dipadamkan. aku akan menghargai setiap usaha ustazah dalamni listdown semua url tu.

sekian terima kasih

Share this post


Link to post
Share on other sites

for the simple fact, yang ko dan moderator yang membenarkan mereka membuat "pelaburan" yang ko sendiri tak suka. nobody likes a two-timer.

Terima kasih kepada C-Fu di atas komennya. Kepada yg lain, janganlah marah kepada dia, dia juga seorang forumers yang berwawasan.

Saya memang nampak apa yg ada dalam forum tu, dan bukan saya buat-buat tak nampak.

For the simple fact, saya memang sengaja biarkan begitu. Kenapa? Kerana saya cuba sedaya upaya saya untuk memberikan kebebasan bersuara kepada semua orang untuk membincangkan baik buruk sesuatu.

Walaupun saya bangga kerana ramai yang mendapat manfaat daripada putera.com, tapi perlukah saya beritahu bahawa saya juga sedih melihat rakan-rakan sendiri masih ada sifat-sifat bongkak dan close-minded? Sedih kerana tak ramai yg mampu menegur dengan baik dan memujuk yg tersesat itu ke jalan yang betul...

I don't have answers for all of the questions. Everybody have some answers for some questions. Let us share, the juicy, and the bitter part of this life ... together.

Share this post


Link to post
Share on other sites

jadi tolong guide aku, kasik link yang mana patut aku sapu.

sekian terima kasih

masih takder lagik yang nak reply di bawah tuh dengan url url yang ngkorang rasa patut dipadamkan. sebaliknyer? ader lagik yang pi quote reply pasai majlis fatwa majlis fatwa majlis fatwa. alo bro, aku rasa mods sini bukan kepala batu, masalahnyer ngkorang yang tunjuk kepala batu dengan tak abeh abeh push orang lain. tapi tak membantu untuk tolong wipe out sebaliknyer? banyak kuar citer tak abeh abeh pasai halal haram macam orang lain tuh jahil sangat. kalo bebeno nak membantu, kasik jeks which URL, bukannya membebel cam ustaz lagik. camner aku nak respek ngan ilmu agama ngkorang yang tinggi kalo tak abeh abeh ungkit pusing camtuh jeks. plus, nengok cara ngkorang nak menyampai ilmu agama, betui sangat ker tuh? taktau ler kalau ngkorang terbawak budaya "kekadang nak mengajar ilmu agama dan dakwah nih kena ader sindir menyindir, campur sket makihamun, perli perli biar orang tuh tak senang duduk."

tapi perlukah saya beritahu bahawa saya juga sedih melihat rakan-rakan sendiri masih ada sifat-sifat bongkak dan close-minded? Sedih kerana tak ramai yg mampu menegur dengan baik dan memujuk yg tersesat itu ke jalan yang betul...

pada yang berkenaan tuh, renungkan ler maksud admin nih. ngkorang sket pun tak jaga hati orang dengan ceramah agama ngkorang tuh. apa ingat sakitkan ati orang dapat pahala cam menegur ke arah kebaikan ker?

Share this post


Link to post
Share on other sites

kita biarkan sahaja kepada admin forum bersama2 team moderator utk bermesyuarat..

Edited by dinnor

Share this post


Link to post
Share on other sites

kita biarkan sahaja kepada amin forum bersama2 team moderator utk bermesyuarat..

askm bagi aku e-duit ni takder masalah,dah nama forum kena openlah,cuma yang pernah teraniaya kerna e-duit ni jadikan tauladan dan sempadan,sebab klu tgk hit E-duit antara topik yang top dalam forum ni.....dah banyak forum aku join,Forum Putera ni yang paling Best....takcaya pergi forum lain..........kebanyakan penuh dengan iklan orang nak jadi jutawan dan tak kurang juga nak promote laman sendiri dan kaum kerabat..........eh tak kuasa aku melayan benda begitu.Tapi percayalah E-duit harus diteruskan kerana biarpun Forum sisipan,tapi impaknya besar.........ni pandangan aku ajer,minta maaf kat moderator klu nampak memandai.maklumlah malaysia ni demokrasi.

Share this post


Link to post
Share on other sites

erk..gegule..mcm kata kat aku jer...

sebenarnye aku xmasuk pun dlm e-duit tu..kalau masuk pun nengok-2 sikit-2 je...

tu yg aku quote dr posting yg lain sebagai support aku utk mod yg nak padam posting-2 berkaitan..

sori kalau tindakan itu menyalahi undang-2...

aku padam kat atas tu..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salaam..

Mu'amalah Islam bersifat umum dan merangkumi Conventional Marketing (pemasaran konvensioan) dan juga MLM. Keumuman mu'amalat Islam ini berkisar pada perkara2 asas , yakni BEBAS dari unsur2 spt:

a. riba (interest/bunga)

b. gharar (tipuan)

c. dharar (mendatangkan bahaya)

d. jahalah (kesamaran)

e. dzulm (merugikan hak orang lain)

f. barangan/servisnya halal

(alhafidz alSyawkani, Irsyaad alFuhul/ 286)

Sebenarnya kalau difikirkan, sebelum fatwa diumumkan oleh majlis fatwa kebangsaan pun, pelaburan melalui internet ni sememangnya ada unsur kesamaran..

Kepada encik shanai

semua ni ujian untuk anda.. bersabarlah..

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyukâ€

- Surah Al-Baqarah ayat 45

p/s: aku ada baca dari mula sampai habis thread ni.. mungkin million makers dah tak masuk sini, tapi sekiranya anda masuk, ini pesanan untuk anda. Sekiranya anda menuduh pekerja kerajaan mendapat gaji yang haram dari sumbernya, kemukan bukti anda, tak elok kita membuat kenyataan tanpa bukti kan..? Kedua, kalau benar pun haram, perkara ini tetap tidak menghalalkan perkara lain yang haram.. :)

Dan ingatlah, orang berilmu tidak akan membuat kenyataan tanpa usul periksa, oleh itu janganlah kita nak kata orang ni macam ni orang tu macam tu.. nanti timbul fitnah, tak baik..

Share this post


Link to post
Share on other sites

ruangan e-duit bukanlah semata-mata untuk bincang hal pelaburan cepat kaya.

dan tak ada masalahnya kita nak bincang pasal "biz".

tapi mungkin ruangan itu perlu diberi nama atau imej baru yang lebih menyeluruh, saya akan fikirkan.

tidak menjadi masalah utk berniaga melalui internet, so aku pun bersetuju dgn shanai utk tidak menutup sub-forum e-duit. mari kita sama2 utk memikirkan nama yg paling sesuai utk sub-forum tersebut, selepas itu semua thread yg berkaitan dgn skim pak man telo dihapuskan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

buat ruangan mengenai perniagaan di internet seperti:-

1. Affiliate

2. Drop shipping

3. Perkhidmatan

4. lelong barangseperti e-bay

5. Cara pemasaran

dan seribu macam lagi...

bidang internet ni luas...jgn sempitkan fikiran

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tukar nama jadi e-halal...sodap nama tu ..nanti orang dah tak berani post benda haram .. :ph34r: kalau nak post pon senang jer kita dapat detect pasal konsep dah jelas..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Terima kasih kepada C-Fu di atas komennya. Kepada yg lain, janganlah marah kepada dia, dia juga seorang forumers yang berwawasan.

Saya memang nampak apa yg ada dalam forum tu, dan bukan saya buat-buat tak nampak.

For the simple fact, saya memang sengaja biarkan begitu. Kenapa? Kerana saya cuba sedaya upaya saya untuk memberikan kebebasan bersuara kepada semua orang untuk membincangkan baik buruk sesuatu.

you have to decide, Shanai. kalo ko nak bagi the glorious american freedom of speech, maka ko kene bagi mereka, anak2 melayu memusnahkan diri mereka dan ekonomi melayu.

kalo ko nak protect anak melayu daripada anasir haram, haram sepertimana membiarkan melayu pegi berjudi, maka ko kene DO SOMETHING. hapuskan, pantau, dll.

i don't think ako perlu remind ko yang malaysia tiada kebebasan bersuara mutlak. malaysia ada kebebasan bersuara berperlembagaan.

so mane satu ko nak putera jadi? kalo tak salah ako, and correct me if i'm wrong, putera bukan tempat untuk diskas, kutuk/caci/perli/komen pasal ahli2 politik malah diskusi politik pon tak dibenarkan dari dulu kan.

and i don't think a lot of people boleh sedar akan niat ko itu. since rata2 thread di situ bukan pasal bincang baik buruk, tapi bincang pasal cara nak buat duit cepat. BIG DIFFERENCE.

kalau nak ikut model amerika (dan internet), then great! ako tak kisah. because business-wise, lebih banyak anak melayu yang taksub pada kebodohan, lebih senang untuk ako capitalise atas mereka ni.

but, kalo ade orang diskas pasal porno, pos gamba porno, jangan halang lak. bebas ape. you may not like what i say, but you will defend my voice to the death.

masih takder lagik yang nak reply di bawah tuh dengan url url yang ngkorang rasa patut dipadamkan.

maybe because nobody really cares about him? :rolleyes:

1. it's not his job. die tu pemantau je. ape gune moderator?

2. kalo tiap2 thread USER yang kene buat keje, dan analisis dan buat bising, baru nak kene delete, baik suruh USER-USER je yang jadi pemantau. kalo die nak buat keje, then buat la. kalo die tak reti, then BAGI KEJE KEPADA ORANG YANG RETI.

3. ade berpuluh2 dan beratus2 thread kat situ. kenape kene suruh user yang buat keje? kalo die betul2 merayu minta belas ehsan, die la kene DO SOMETHING dulu.

4. ni ke care nak mintak tolong dengan memperli user biase (termasuk ko, adakah ko sengaja buat tak sedar pasal ko ingat ko tu geng die?)

"oklah ustazah sekalian. aku tak reti nak nilai mana halal haram ni sebab aku tak mempunyai biji mata macam ustazah sekalian. jadi tolong guide aku, kasik link yang mana patut aku sapu. bagi aku, selagi tak dipadamkan selagi tu la korang tak berhenti meloncat. jadi kat bawah lepas posting aku ni, sila listdown url url berkenaan yang bagi pandangan ustazah sekalian patut dipadamkan. aku akan menghargai setiap usaha ustazah dalamni listdown semua url tu."

riiiiiiiiiiiiight. mesti ko rase lepas die cakap ni semua orang bersemangat nak tolong kan?

kan Shanai? pemantau kesayangan ko :)

by the way, USTAZAH GEGULE, adakah ko tak nampak yang ako ade listkan beberapa contoh2 thread skim piramid SEBELUM azuan sendiri meminta cik ustazah listkan kat sini? atau pasal ko tak suke ako, maka ko buat tak nampak :)

Edited by C-Fu

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...