Jump to content
Sign in to follow this  
scorps

Solat Berjemaah

Recommended Posts

Ubaidillah mimpi ditinggal akibat abai solat jemaah

RASULULLAH SAW menyatakan bahawa mengerjakan sembahyang dengan berjemaah itu dua puluh tujuh kali ganda darjatnya jika dibanding sembahyang seorang diri.

Ia bererti pahala sembahyang berjemaah lebih besar daripada sembahyang seorang diri.

Dalam pada itu, sembahyang berjemaah dapat meningkatkan ukhuwah, persatuan dan kesatuan.

Di dalam sembahyang tercermin kesamaan darjat.

Tidak ada yang tinggi atau rendah, tiada beza antara kaya dan miskin, berpangkat dan rakyat biasa.

Ada dikisahkan bahawa Ubaidillah bin Umar Al-Qawariri (guru Imam Bukhari, Muslim, dan Abu Dawud) berkata: “Aku sama sekali tidak pernah meninggalkan jemaah sembahyang Isyak.

Pada suatu malam, aku kedatangan tamu, sehingga tidak dapat menunaikan sembahyang Isyak dengan berjemaah.

Sesudah tamu itu pulang, aku segera pergi ke masjid di Basrah, barangkali ada yang belum mengerjakan sembahyang jemaah Isyak.

Ternyata semua orang melakukannya, sementara masjid telah terkunci. Kemudian aku pulang, hingga kemudian teringat suatu hadis: “Sesungguhnya sembahyang dengan berjemaah itu dua puluh tujuh kali lipat darjatnya jika dibanding dengan sembahyang seorang diri.”

Lalu aku mengerjakan sembahyang Isyak dua puluh tujuh kali, kemudian tidur.

Ketika tidur aku bermimpi melihat sekelompok orang menaiki kuda, kemudian aku mengejar mereka dengan kudaku.

Ketika hampir terkejar, ada salah seorang di antara mereka berkata: “Kamu tidak mungkin boleh mengejar kami. Sebab kami mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid, sementara kamu mengerjakan sembahyang secara bersendirian (munfarid) di rumah.” Selepas mendengar ucapan itu, lalu aku terjaga dan berasa sangat susah sekali.”

Oleh itu, seorang Muslim tidak sepatutnya mengabaikan sembahyang dengan berjemaah, lebih-lebih lagi sembahyang Isyak dan Subuh, begitu juga Asar, Zuhur dan Maghrib yang lebih baik secara berjemaah.

Berdasarkan kisah itu, dapat dimengerti betapa pentingnya nilai amalan sembahyang sehingga dengannya kita dapat selamat daripada ancaman seksa neraka, terhindar daripada ciri orang munafik dan dicatat sebagai mukmin kamil.

Di dunia menjadi insan terpuji disebabkan selalu bertindak disiplin dan sentiasa menghalau kemungkaran.

Sementara, di akhirat menjadi insan mulia disebabkan mendapatkan jaminan syurga.

sumber....

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursd...073459/Article/

macam mana kawan2 ??

tak nak bincang ker pasal ni??

Share this post


Link to post
Share on other sites

bagus topic ni.ia dpt menambahkan ilmu agama kepada secara tidak langsung kpd muslimin n muslimat.. kekadang kita kesuntukkan masa utk pergi mendengar kuliah agama di mana2. secara jujur ia jg memberi impak positif kpd pembaca yg lain. :wub:

Share this post


Link to post
Share on other sites

cara untuk meningkatkan perpaduan dan kekuatan umat islam di malaysia:

SEMBAHYANG SUBUH BERJEMAAH SEPERTI SEMBAHYANG HARI JUMAAT DI MASJID

Share this post


Link to post
Share on other sites

Lalu aku mengerjakan sembahyang Isyak dua puluh tujuh kali, kemudian tidur.

Pelik jugak ... camne tu.

Apa yang peliknya? dia sembahyang isyak seorang diri 27x, pada pendapatnya dapatlah ia ganjaran sepertimana sembahyang berjemaah..tapi dia dapat mimpi yg dia sebenarnya masih tak dapat ganjaran pahala solat berjemaah tu. Dekat bahagian mana yg pelik nya?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Apa yang peliknya? dia sembahyang isyak seorang diri 27x, pada pendapatnya dapatlah ia ganjaran sepertimana sembahyang berjemaah..tapi dia dapat mimpi yg dia sebenarnya masih tak dapat ganjaran pahala solat berjemaah tu. Dekat bahagian mana yg pelik nya?

entah??? :huh:

Share this post


Link to post
Share on other sites

tima kaseh atas topik nie

aku baru nak wat psl topik ni

aku nie dr segi agama x lah sebagus mana hanya sekadar utk pelindung diri jer

dr segi nak ngajar org tu x lah t'mampu

senang citer ilmu agama aku nie cetek lah kire nyer

benda nie dah lama jadik p'soalan kat otak aku

p'soalan nyer antara solat jemaah 5 waktu

subuh, maghrib ngan isyak bila solat jemaah imam akan baca al-fatihah dan surah dgn bacaan yg kuat

tp bila solat jemaah zohor dan asar di baca p'lahan

jadik nk tye lah kan kat warga putera

pada solat zohor ngan asar tu yg makmum kena baca fatihah dan surah sendirik ke?

sebelum nie kalo solat jemaah zohor ngan asar aku baca fatihah sendirik tp bacaan surah lain aku x baca

btul ke cara solat jemaah masa zohor ngan asar yg aku buat tu ?

Share this post


Link to post
Share on other sites

tima kaseh atas topik nie

aku baru nak wat psl topik ni

aku nie dr segi agama x lah sebagus mana hanya sekadar utk pelindung diri jer

dr segi nak ngajar org tu x lah t'mampu

senang citer ilmu agama aku nie cetek lah kire nyer

benda nie dah lama jadik p'soalan kat otak aku

p'soalan nyer antara solat jemaah 5 waktu

subuh, maghrib ngan isyak bila solat jemaah imam akan baca al-fatihah dan surah dgn bacaan yg kuat

tp bila solat jemaah zohor dan asar di baca p'lahan

jadik nk tye lah kan kat warga putera

pada solat zohor ngan asar tu yg makmum kena baca fatihah dan surah sendirik ke?

sebelum nie kalo solat jemaah zohor ngan asar aku baca fatihah sendirik tp bacaan surah lain aku x baca

btul ke cara solat jemaah masa zohor ngan asar yg aku buat tu ?

yg surah al-fatihah tu wajib baca, klu tak baca tak sah solat tuu..

yg surah lain tu sunat ,klu nak lebih baik/lebih berkualiti solat tuu, baca laa surah baru boleh pahala tambahan

Edited by scorps

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ana pun bukan la ustaz, tapi sekadar apa yang diketahui sahaja.

Salah, tolong betulkan. :D

Kalau solat berjamaah;

Bacaan Fatihah yang tamam adalah wajib bagi makmum muafiq

tetapi tidak wajib tamam bagi makmum yang masbuq.

Masbuq wajib baca sekadar masa yang sempat bersama imam dalam qiam imam.

Lihat contoh 1 - bagi masbuq

Lihat contoh 2 - bagi muafiq

Bacaan surah selepas baca fatihah adalah sunat bagi muafiq dan masbuq jika sempat.

Dengan kata lain, bagi mereka yang nak solat jamaah wajib tahu

perbezaan antara makmum muafiq dan makmum masbuq.

Terima kasih. :D

CONTOH 1:

Imam qiam dalam rakaat pertama sedang baca surah Al-Ikhlas.

Kalau anta baru sampai dan mulakan solat, tentulah masa anta singkat,

tak sempat nak habiskan fatihah, imam sudah ruku'

Walaupun anta tak sempat habis fatihah, anta boleh ruku' selepas ruku' imam kerana anda masbuq.

Di sini anta tak disunatkan baca surah lain.

CONTOH 2:

Imam qiam dalam rakaat pertama mula membaca fatihah dengan kelajuan sederhana dan elok bacaannya.

Anta mula masuk solat dan membaca doa iftitah.

Sesudah bacaan amin, imam ruku' (imam tak baca surah kerana lupa atau sengaja)

Anda wajib baca fatihah sampai habis dan tidak disunatkan baca surah jika ketinggalan 2 rukun panjang.

Dengan kata lain, baca fatihah sampai habis dan terus ruku'

Allah Maha Mengetahui.

Edited by PowerRootTongkatAli_GS

Share this post


Link to post
Share on other sites

yg surah al-fatihah tu wajib baca, klu tak baca tak sah solat tuu..

sebab membaca al-fatihah sebahagian drpd rukun sembahyang...

pada solat zohor ngan asar tu yg makmum kena baca fatihah dan surah sendirik ke?

perlu ke baca surah lain,bukan ke kena baca al-fatihah saje selepas perkataan amin habis disebut??...

Share this post


Link to post
Share on other sites

perlu ke baca surah lain,bukan ke kena baca al-fatihah saje selepas perkataan amin habis disebut??...

tu lah yg sebenarnye yg aku nak tnye

solat jemaah zohor dan asar imam akan baca al-fatihah dan surah lain dgn nada yg p'lahan (cam solat sendirik)

jadik sbg makmum diorang x kan sebut p'kataan amin sbb imam x baca dgn nada yg kuat

kirenyer makmum nie kena baca fatihah sendirik tp camne plak dgn surah lain perlu ke makmum baca?

lbh kurang camnie lah soalan aku

Share this post


Link to post
Share on other sites

tu lah yg sebenarnye yg aku nak tnye

solat jemaah zohor dan asar imam akan baca al-fatihah dan surah lain dgn nada yg p'lahan (cam solat sendirik)

jadik sbg makmum diorang x kan sebut p'kataan amin sbb imam x baca dgn nada yg kuat

kirenyer makmum nie kena baca fatihah sendirik tp camne plak dgn surah lain perlu ke makmum baca?

lbh kurang camnie lah soalan aku

surah lain tu ikut kehendak sendirilah....klau baca dapat pahala.

Tak baca tak dapat apa2 dosa tak dapat pahala tak dapat.

Share this post


Link to post
Share on other sites

surah lain tu ikut kehendak sendirilah....klau baca dapat pahala.

Tak baca tak dapat apa2 dosa tak dapat pahala tak dapat.

ooo

thx bro

baru aku paham :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Muaz b. Anas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, penderhakaan yang paling buruk serta amalan kufur dan nifak, dilakukan oleh orang yang mendengar seruan Allah (azan) menyeru kepada solat berjemaah tetapi tidak ia tidak menyahutinya (tidak menghadri solat berjemaah). Menurut hadis ini, tidak menyertai jemaah setelah mendengar azan bukanlah seseorang itu Islam dan kelakuan amalan ini adalah amalan orang kafir atau munafik. Keras benar celaan ini. Dalam sebuah hadis lagi, dikatakan bahawa tidak pergi solat berjemaah setelah mendengar azan sudah memadai bagi orang itu mendapat kemalangan dan kemalapetakaan yang teruk.

Hadis lain, ada seorang bertanya kepada Ibnu Abbas r.a bagaimana dengan seseorang yang berpuasa sepanjang hari, dan bersolat nafil sepanjang malam tetapi tidak pergi ke masjid untuk solat berjemaah dan solat jumaat, Ibnu Abbas r.a. menjawab bahawa di adalah penghuni neraka jahanam.

Para ahli sufi dan para syeikh amat mementingkan zikir dan solat nafil serta menganggap ini suatu amalan soleh padahal mereka tidak mementingkan solat berjemaah. Maka hendaklah selalu diingat bahawa tidak ada seorang pun yang boleh mencapai kesolehan kecuali dengan benar-benar mematuhi amalan-amalan kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w..

Adalah dinyatakan dalam sebuah hadis bahawa Allah mengutuk 3 jenis manusia iaitu:

1)seorang imam yang mengimami orang di suatu tempat dalam solat padahal orang2 itu benci padanya kerana sesutu sebab yang patut

2) seorang wanita yang dimurkai suaminya

3)seorang yang mendengar azan tetapi tidak pergi ke masjid untuk solat berjemaah.

Share this post


Link to post
Share on other sites

http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=...mp;pg=ba_02.htm

Solat fardu Rasulullah tidak pernah bersendirian

Oleh: SAHBULAH DARWI

KEPENTINGAN solat lima waktu sememangnya diketahui umum oleh umat Islam sehingga ia diletakkan pada kedudukan kedua dalam rukun Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah.

Begitupun, keadaan umat Islam pada zaman ini yang sebahagiannya didapati sengaja mencuaikan perintah Allah ini, apatah lagi untuk menunaikannya secara berjemaah, adalah suatu realiti yang amat menyedihkan hari ini.

Oleh itu, adalah penting untuk masyarakat Islam diberikan dorongan (targhib) dengan menerangkan kelebihan dan keistimewaan solat berjemaah bagi menarik mereka kepada amalan tersebut kerana ia bukan sesuatu yang boleh dipaksa.

Nabi Muhammad telah mendidik para sahabatnya serta umat Islam keseluruhannya sehingga akhir zaman supaya bukan sahaja menjaga solat lima waktu tepat pada waktunya, bahkan supaya bertekun mengambil berat terhadap solat berjemaah. Hatta, Baginda tidak pernah bersolat fardu secara sendirian sepanjang hayatnya.

Dalam hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah Rasulullah bersabda: Allah berfirman, Aku telah memfardukan ke atas umatmu solat lima waktu. Aku sungguh-sungguh telah berjanji dengan diri-Ku bahawa sesiapa yang menjaga solat tepat pada waktu maka Aku bertanggungjawab untuk memasukkannya ke dalam syurga. Sebaliknya bagi sesiapa yang tidak menjaga solat, Aku langsung tidak bertanggungjawab ke atasnya. (Riwayat Abu Daud dan Ibu Majah).

Ketika hampir wafat, Baginda tetap pergi ke masjid untuk menyertai solat berjemaah yang diimamkan oleh Saidina Abu Bakar.

Demikianlah perilaku mulia yang ditunjukkan Baginda supaya umat Islam mengambil contoh tauladan untuk turut bersungguh-sungguh menjaga solat berjemaah yang dijanjikan banyak ganjaran dan rahmat daripada Allah.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah dua puluh tujuh kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

Apabila seseorang itu mendirikan solat dengan ikhlas bersama niat untuk memperoleh keredaan Allah dan berniat mendapatkan ganjaran (ihtisab), maka cara yang mudah ialah bersolat di masjid dengan berjemaah dan bukan melakukannya secara sendirian.

Sebagaimana seorang pekerja tidak mungkin kita melepaskan peluang untuk meraih gaji RM27 untuk sesuatu pekerjaan mudah, sebaliknya berpuas hati dengan hanya RM1. Tamsilan tersebut hanya bertujuan memberikan gambaran kerana lazimnya manusia lebih mudah memahami keuntungan atau kerugian berkaitan hal keduniaan. Namun sebenarnya keuntungan dalam amalan agama sebagaimana solat adalah terlalu besar.

Anas bin Malik meriwayatkan Rasulullah bersabda: Sesiapa yang mengerjakan solat berjemaah kerana Allah dengan memperoleh takbiratul ula selama 40 hari akan mendapat dua kelepasan, kelepasan daripada api neraka dan kelepasan daripada sifat munafik. (Riwayat al-Tirmizi).

Antara ganjaran lain ialah Allah akan mengurniakan lima keistimewaan; Pertama, akan diangkat kesempitan hidup; Kedua, akan dihindar daripada azab kubur; Ketiga, akan menerima buku catatan amalan melalui tangan kanan; Keempat, akan melintasi titian sirat sepantas kilat dan kelima, akan memasuki syurga tanpa hisab.

Sebahagian ulama meletakkan hukum bagi solat fardu lima waktu secara berjemaah untuk golongan lelaki ialah fardu ain. Manakala sebahagian ulama pula mengatakannya sebagai fardu kifayah dan sebahagian lagi ulama termasuk Imam Syafie berpendapat ia adalah sunat muakkad.

*Golongan munafik

Pada zaman Rasulullah, kesemua orang Islam akan datang ke masjid solat berjemaah, kecuali mereka yang benar-benar uzur manakala golongan munafik pula tidak menyertai solat Isyak dan Subuh secara berjemaah kerana merasakan mereka tidak akan dapat dilihat pada dua waktu yang suasana harinya agak gelap itu.

Abdullah bin Abbas berkata bahawa Rasulullah bersabda: Sesiapa yang mendengar azan dan tidak pergi menunaikan solat berjemaah tanpa sesuatu sebab yang menghalangnya iaitu keuzuran daripada menyertai solat berjemaah maka solat yang dikerjakan (tanpa berjemaah) tidak akan diterima. Para sahabat bertanya: Apakah keuzuran itu? Jawab Rasulullah: Takut atau sakit. (Riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Hibban).

Bagaimanapun ulama muktabar sepakat mengatakan bahawa perkataan ‘solat tidak akan diterima' bermaksud bahawa dia tidak akan mendapat ganjaran daripada Allah melalui solat yang dikerjakan itu, sebaliknya hanya sekadar terlepas daripada kewajipan menunaikan solat fardu.

Ulama menggariskan keuzuran yang dimaksudkan dalam hadis di atas termasuk cuaca yang terlampau sejuk, hujan lebat, terpaksa buang air, lapar atau dahaga, takut kepada pemiutang kalau-kalau dimintanya di tengah jalan sedangkan ia benar-benar tidak mampu, takut kepada orang zalim dan siap sedia untuk bermusafir, takut kalau-kalau terlewat atau ketinggalan.

Rasulullah bersabda: Seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolat maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat, (langkah yang sama) digugurkan satu dosa, dan diberikan satu pahala. Setelah bersolat, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus menunggu untuk menunaikan solat yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solat selama masa dia menunggu solat tersebut. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'idi bahawa Rasulullah bersabda: Berilah berita gembira kepada mereka yang selalu berjalan ke masjid dalam kegelapan malam bahawa mereka akan memperoleh nur yang sempurna pada hari kiamat. (Riwayat Ibnu Majah).

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Said, Rasulullah bersabda: Apabila kamu melihat seorang yang selalu ke masjid maka hendaklah kamu bersaksi atas keimanannya. Lalu baginda membaca surah al-Taubah ayat 18 yang bermaksud: Sesungguhnya mereka yang memakmurkan masjid-masjid Allah (yakni yang menghidupkan amalan dalamnya) ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat...

Begitu besar ganjaran yang disediakan untuk orang yang bersolat jemaah sehinggakan mereka yang tidak sempat untuk menyertai jemaah turut diberi ganjaran seandainya sebelum itu dia menyangka solat belum selesai lagi.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Seseorang yang berwuduk dengan sempurna lalu pergi ke masjid untuk bersolat berjemaah) lalu mendapati orang ramai telah selesai solat berjemaah, Allah akan memberi kepadanya ganjaran pahala yang sama sebagaimana mereka yang telah bersolat berjemaah, tanpa mengurangkan sedikit pun daripada pahala mereka. (Riwayat Abu Daud, Nasai dan Hakim).

Sebenarnya terlalu banyak sabda Rasulullah yang menggalakkan umat Islam untuk menunaikan solat secara berjemaah namun beberapa hadis di atas adalah memadai untuk mereka yang benar-benar mahu mengikut jejak langkah yang ditunjukkan oleh Baginda.

Sesungguhnya Islam bukanlah hanya berkenaan perkara solat sahaja kerana agama yang syumul itu merangkumi segenap aspek kehidupan dan cara hidup manusia yang lengkap, namun solat adalah perkara asas dalam ajaran agama itu yang perlu dikerjakan dengan sempurna.

Dan sama ada ibadat kita diterima atau tidak, hanya Allah sahaja yang mengetahui namun Rasulullah telah menunjukkan cara-cara bagaimana setiap amalan itu dapat diterima oleh Allah sekiranya dilakukan mengikut sunah Rasulullah, dan solat berjemaah adalah salah satu sunah Baginda.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Abdullah Ibnu Mas'ud: Rasulullah mengajarkan kami jalan-jalan petunjuk (sunanul huda) dan di antara jalan-jalan hidayah itu ialah mengerjakan solat berjemaah di masjid yang dilaungkan azan. (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, Nasai dan Ibnu Majah).

Share this post


Link to post
Share on other sites

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat

berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu

cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti

seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap

normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan

solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang

tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan

cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu

bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai

berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli

jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh

tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala

yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin ama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas

dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat

setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir

seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh

dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil

akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran

cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan.

Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran

cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali

tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat

solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang

banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya

dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2

waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya,

pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses

pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat

dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun

menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan

cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa.

Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu

sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan

hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Wallahualam. :rolleyes:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Dalam sahih Muslim, Ibnu Mas'ud meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. :-

"Tidak ada yang ketinggalan solat berjemaah, kecuali munafik yang telah diketahui kenafikannya."

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...