Jump to content
Sign in to follow this  
adinor

Tips-tips Pelaburan Hyip

Recommended Posts

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya tergerak hati untuk berkongsi sedikit ilmu ini sesama kita sebagai pelabur dan juga kepada bakal2 pelabur HYIP diluar sana yang mungkin berminat untuk menyertainya. Suka diingatkan saya bukanlah seorang penasihat pelaburan atau individu yang berkemahiran tinggi dalam aspek-aspek pelaburan tetapi ada sedikit sebanyak pengalaman samada pengalaman langsung melabur atau hasil dari pembacaan tentang pelaburan.

Disini saya menulis beberapa perkara yang perlu anda buat sebelum membuat sebarang bentuk pelaburan berkonsepkan HYIP (High Yield Investment Programs).

1. Kajian ke atas syarikat

Maksudnya bukanlah kajian atau analisa mendalam (boleh kalau anda sanggup) berkaitan latar belakang syarikat yang anda ingin membuat pelaburan. Anda perlu tahu dimana syarikat itu beroperasi, siapakah pengasas syarikat, ke mana wang dilaburkan, pelan pembayaran dividen, tempoh pelaburan

2. Ilmu & Kemahiran

Setiap para pelabur tanpa mengira berapa banyak nilai pelaburannya harus mengetahui menguruskan akaun sendiri. Oleh kerana pelaburan HYIP mengkehendaki anda menguruskan akaun melalui internet, maka nak tak nak anda kena belajar internet. Cara senang, belajarlah dengan upline anda. Masuklah apa-apa kursus berkaitan dengan internet dsb. Begitu juga dengan bahasa Inggeris. Kita perlu tahu sedikit sebanyak perkataannya. Anda perlu tahu maksud translasi / terjemahan perkataan e-wallet, account history dsb.

3. Upline / Leader

Hampir semua pelaburan HYIP memerlukan anda mencari mana-mana individu yang telah membuat pelaburan untuk anda menyertainya. Maksudnya anda tidak akan membuat pelaburan melalui syarikat secara terus. Anda akan berurusan dengan individu tersebut yang mana akan menjadi upline anda.

Disini saya nampak kelemahan para pelabur (bukan semua) memilih mana-mana individu untuk dijadikan sebagai upline tanpa berfikir panjang. Saya tahu anda ingin menjaga hati kawan sebab kawan anda yang menawarkan program ini kepada prospek tetapi kita ada hak sebagai pelabur untuk memilih upline yang berkemahiran internet dan ada kemudahan internet dirumah atau dimana-mana tempat yang ada WIFI, boleh ajar kita 100% bagaimana nak uruskan akaun kita maksudnya dari kita mendaftar sehingga kita tahu bagaimana nak keluar duit. Siapa yang patut didik anda? jawapannya upline anda. Jangan sampai jadi downline mendidik / mengajar upline dan itu amatlah memalukan.

Kita tidak terlalu memikirkan hal ini kerana setiap kali kita tahu ada satu program yang hebat, terus nak 'join' tanpa membuat sebarang rujukan terlebih dahulu. Disinilah kesilapan kita.

4. Berapa nilai yang patut saya laburkan?

Jawapannya terpulang kepada anda. Kebanyakannya menawarkan serendah 10USD sehingga 2000USD. Adalah hak anda untuk memilih nilai pelaburan anda. Akan tetapi suka saya maklumkan disini bahawa jangan sesekali melabur lebih dari had anda sehingga bergolak gadai, membuat pinjaman ahlong dsbnya. Bagi pelabur yang baru mengenali dunia HYIP, anda dinasihatkan supaya melabur tidak melebihi dari nilai 100USD yakni bersamaan dengan RM380. Nilai ini tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil untuk dilaburkan. Saya mengatakan hal ini kerana pelaburan HYIP tiada hitam putihnya, bahkan tiada sebarang warna! maksudnya tiada kertas perjanjian dengan syarikat atau individu (upline). Bukan seperti di bank2 yang memerlukan kita mengisi maklumat peribadi dsb. Sekiranya ada apa2 perkara yang tidak diingini berlaku, tidaklah kita termenung panjang dan mengalami mimpi2 ngeri setiap malam.

Walaubagaimanapun jika anda telah lama melabur di sesuatu syarikat dsb dan telah meyakini syarikat tersebut, anda bolehlah menambah nilai pelaburan itu pada bila2 masa.

Kesimpulannya:

Untuk menyertai pelaburan HYIP bukanlah satu kerja mudah dan bukanlah satu kerja yang sukar. Anda perlu dan amat perlu mencari inisiatif untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan HYIP. Kebanyakan pelabur akan berhenti setengah jalan...banyak sebab. Tak perlu saya menceritakan 1001 kisah pelabur yang tiada penghujungnya.

Akhir kata: bacalah sebarang maklumat yang sah sahaja dan faham pelaburan yang bakal disertai dan berkongsilah sebarang maklumat atau sebarang tips pelaburan HYIP disini.

Sekian, terima kasih

Edited by adiputra

Share this post

Link to post
Share on other sites

hebat!!!!

klu ramai org mcm bro.... pasti ramai akan lebih berjayer....

SyabasSSS

and Thxs.......

Share this post

Link to post
Share on other sites

Oleh kerana HYIP menjadi pilihan terkini lagi sensasi ramai manusia untuk menjalankan pelaburan, maka terdapat satu dua isu yang menarik perhatian saya untuk dikongsi bersama.

1. Tempoh 'survive' HYIP

Mungkin ada dari kalangan anda yang mendengar sesebuah HYIP akan bertahan 2 hingga 3 tahun sahaja. Bila ditanya apakah sumber yang dirujuknya maka tiada sumber rujukan ataupun cakap dari kawan-kawan. Kebanyakan HYIP sebelum diwujudkan secara rasmi, para pengurusan HYIP tersebut telah membuat kajian hampir 5 tahun untuk melihat peluang pasaran dsb. Tidak masuk akal HYIP mempunyai tempohnya yang tersendiri. HYIP tersebut akan rugi besar jika membuat tempoh survive memandangkan sudah ramai yang menyertai pelaburannya, kenapa tidak diteruskan sehingga bila-bila.

2. HYIP = Skim Cepat Kaya?

Jika anda bertanya kepada saya, sudah tentu jawapan saya tidak. Bayangkan anda melabur hanya dengan 20USD dengan peratus dividen sebanyak 2.0%/hari dan selepas 100 hari anda hanya akan mendapat pulangan sebanyak RM136 (Jika nilai pasaran=3.4). Adakah anda menjadi cepat kaya dengan hasil RM 136? sudah tentu tidak.

Bagi saya, momentum hasil pelaburan dalam mana-mana HYIP adalah biasa dan bukan luar biasa sehingga ada sesetengah orang memberi cop skim sepat kaya. Anda melabur sikit, sikitlah untungnya...anda melabur banyak, banyaklah pulangannya.

2. Keselamatan Data

Jika anda sendiri yang menguruskan akaun anda melalui internet, sila pastikan anda logout selepas menggunakannya dan bersihkan 'cookies' dengan menggunakan Disk Cleanup atau apa2 aplikasi utilites yang lain bagi mengelakkan penggodam mencuri data-data semasa anda dalam talian tadi. Jika tidak, bersiap sedialah Login ID dan password HYIP anda untuk dicuri

3. Jangan Terpengaruh

Jangan sesekali dan janganlah sesekali menyertai mana-mana HYIP tanpa mengira baru atau sudah lama bertapak di alam siber sebelum anda telah mengetahui latar belakang HYIP tersebut, pelan pelaburannya dsb. Jangan 'join' HYIP atau terbeliak 2 biji mata kerana mendengar pulangan sesebuah HYIP yang amat..amat lumayan. Kewajipan anda sebagai bakal pelabur hendaklah membuka laman web HYIP ataupun membaca 'hardcopy' dari laman web tersebut dan jangan 'join' mana-mana HYIP selagi anda tidak bersedia / tidak tahu bagaimana konsep pelaburannya ataupun hanya mendengar khabar2 indah dari sesiapa saja termasuk yang tiba2 muncul dihadapan anda.

*Nota:

Tips2 diatas adalah tambahan kepada tips sebelum ini.

Share this post

Link to post
Share on other sites

aku nak mencelah sikit. 95% HYIP ialah scam dimana ianya berbentuk ponzi scheme atau dalam bahasa melayu, skim pak man telo.

org yg menyertai hyip ada dua jenis rasanya,

1. org yg tak tau benda tu ialah ponzi

2. org yg tahu skim itu adalah berbentuk ponzi, tapi mereka ni mengambil kesempatan utk menjadi 'peserta terawal' utk 'merompak' duit downline2 mereka sebelum scheme crash. sedar tak sedar jugak, 'peserta2 terawal' ni makan duit haram hasil penipuan, scamming, etc.

benda ni dah lama wujud, tapi sifat manusia yg tamak dan suka duit mudah tanpa bekerja menyebabkan mereka ni mudah terpengaruh.

sila baca http://en.wikipedia.org/wiki/Ponzi_scheme terlebih dahulu sebelum membuat tindakan anda.

sekian, harap maklum.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Ada beberapa point yg mungkin boleh aku tambah daripada apa yang dah diposkan oleh adiputra:

1. Syarikat Dalam Negara

Sebelum menyertai mana-mana syarikat, pastikan syarikat tersebut berdaftar dan memiliki lesen yang sah dan kita sendiri melihat dan memegang lesen tersebut. Kita sebagai pelabur berhak utk melihat lesen tersebut. Mintak dengan pengusaha syarikat terbabit.

2. Syarikat Luar Negara

Jika syarikat itu berada di luar negara, kita boleh guna utiliti WHOIS untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai syarikat tersebut:

http://who.is/

Ini contoh laporan sebuah syarikat (XXXX.com) yg masih diragui statusnya:

Domains by Proxy, Inc.

Registered through: GoDaddy.com, Inc. (http://www.godaddy.com)

Domain Name: XXXX.COM

Domain servers in listed order:

NS1.XXXX.COM

NS2.XXXX.COM

Perhatikan bagaimana syarikat ini menggunakan Domains by Proxy bagi merahsiakan identiti mereka. Bagaimanapun maklumat ini tidak boleh dijadikan panduan tepat kerana maklumat ini boleh diubah oleh pemilik. Bagaimanapun kita perlu sentiasa aware sebelum deal dengan syarikat-syarikat seperti ini.

3. Buat Rujukan

Rujuk dengan KPDN & HEP.

4. Kepercayaan

Jangan terlalu percaya pada upline sehingga menyerahkan 100% kepercayaan kepada upline, kaji latar belakang mereka juga. Minta nombor telefon mereka dan juga nombor IC mereka.

5. Tindakan

INGAT! Kerajaan tidak akan bertindak selagi tidak ada laporan polis dibuat. Jangan tunggu sampai kerajaan bertindak. Ini kerana skim-skim akan mula disiasat bila sudah ada mangsa yang membuat laporan polis. Dari situ sikit-sikit skim ini akan collapse. Jadi, jangan ambil risiko yang NYATA.

6. Maklumat Lengkap

Banyakkan membaca dan belajar melalui Internet, juga di forum-forum.

7. Hujah

Jika ada yg beralasan untuk meningkatkan ekonomi dan kemajuan bangsa, katakan pada mereka di negara-negara MAJU sendiri mengharamkan skim-skim seperti ini.

Beberapa contoh guideline akta-akta skim piramid dari Negara-negara maju:

Kerajaan New Zealand - http://www.consumeraffairs.govt.nz/scamwatch/pyramid.html

Kerajaan Australia - http://www.accc.gov.au/content/index.phtml...fromItemId/8137

Kerajaan Denmark - http://www.forbrug.dk/english/dco/dcoguide...dances/schemes/

Kerajaan US - http://www.ftc.gov/speeches/other/dvimf16.htm

* Dari sudut hukum Islamnya pula, sila rujuk di perbincangan yang satu lagi

Terima kasih.

Share this post

Link to post
Share on other sites

waaa...info yg berguna...

Name Servers:

dns1.registerfly.com

dns2.registerfly.com

dns3.registerfly.com

DNS tu Domain Name Server ke??

registerfly tu aper??

selamat ker server ni??

Share this post

Link to post
Share on other sites

waaa...info yg berguna...

Name Servers:

dns1.registerfly.com

dns2.registerfly.com

dns3.registerfly.com

DNS tu Domain Name Server ke??

registerfly tu aper??

selamat ker server ni??

Sebelum nk join...usha2 dulu...xpun tanyer jerk kt brader2 yg da lamer join mender2 nih..

Share this post

Link to post
Share on other sites

aku nak mencelah sikit. 95% HYIP ialah scam dimana ianya berbentuk ponzi scheme atau dalam bahasa melayu, skim pak man telo.

org yg menyertai hyip ada dua jenis rasanya,

1. org yg tak tau benda tu ialah ponzi

2. org yg tahu skim itu adalah berbentuk ponzi, tapi mereka ni mengambil kesempatan utk menjadi 'peserta terawal' utk 'merompak' duit downline2 mereka sebelum scheme crash. sedar tak sedar jugak, 'peserta2 terawal' ni makan duit haram hasil penipuan, scamming, etc.

benda ni dah lama wujud, tapi sifat manusia yg tamak dan suka duit mudah tanpa bekerja menyebabkan mereka ni mudah terpengaruh.

sila baca http://en.wikipedia.org/wiki/Ponzi_scheme terlebih dahulu sebelum membuat tindakan anda.

sekian, harap maklum.

Bukan setakat 95% je...

MEMANG 99% HYIP adalah Ponzi...

Hanya 1% je HYIP yg betul2 ok...

Itupun jika mereka(syarikat) yg menguruskannya tdk mengalami apa2 masalah sbg contoh DDOS attack ke...akaun e-Gold kena [coklat ubat batuk] ke apa ke...

Jikalau mereka menghadapi masalah tersebut walaupun hati mereka ikhlas nak mulakan bisness mereka akan tetap dianggap ponzi gak coz last sekali xdpt nak survive...

Tu yg susah tu...

Masalahnya, nak cari yg 1% tu le yg susah...

99% ke, boleh diterima gak tu. ehehehehe. anyway, aku ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang tertipu dgn scam2 hyip, bukti dah jelas dan nyata, link ke ponzi scheme kat wiki dah bagi, tapi bila dah tamak, bebal dah bahlul sangat nak buat macam mana lagi kan.

kalau korang fikir balik, amanah saham legal yg dikendali org yg expert pun maximum pulangan dia kalau 25% setahun, mmg banyak gila dah. tapi pengendali ponzi scheme ni mmg sangat 'pandai' melabur, 2% sehari. wow!

kepada 'peserta terawal' tu, yg dah sempat withdraw semua duit, takziah la sebab korang dah mencuri duit orang lain secara terhormat.

lastly, aku rasa sangat malu jugak la dgn sikap org melayu yg suka dgn benda2 ni, sangat kecewa.

Share this post

Link to post
Share on other sites

main skit2 xper...jgn cuba nk jdkan sumber pendapatan!!!

Jgn pakai duit yg nk beli beras or bajet utk mkn minum kor org...

Pakai laa duit bajet beli rokok ker, menonton, duit minyak ronda2 tu...duit beli DVD,CD or aper2 ker... potong skit bajet2 tu buat main HYIP... amacam... kalau nasib kor baik bleh gak jd sumber pendapatan sampingan...

Yang utam jgn tamak!!!

https://www.forexinvestorclub.com/?ref=7136640

http://www.lighthalzen.biz/?ref=aNeil

Share this post

Link to post
Share on other sites

aku ada la pengalaman sikit ngan HYIP ni...dan masih lagi...just 4 fun.......

nak kongsi..

1.kena tau bila beroperasi..

2 banyakkan buat kajian dlm forum..(ini yg paling penting)

3 jgn terpedaya dgn yng pulangan yg mengarut..

4 paling lama bertahan 21 hari....pulangan tinggi...3 bulan...6 bulan...ada yg 1-2 tahun tapi pulangan rendah...

5. kena akur dengan risiko (high risk high return)

so pandai2 la...

Edited by soopee

bagi aku, komen awak ni nampaknya 'menghalalkan cara', sebabnya awak dah tahu benda ni mengarut tapi masih lagi buat. dah tahu telur tu busuk, masih lagi nak nak goreng dalam kuali..

aku nak re-paste url ni - http://www.pakdi.net/biz/2007/03/30/melayu-boleh/ (komen azizi ali terhadap ponzi scheme/pakman telo scheme)

Share this post

Link to post
Share on other sites

2. HYIP = Skim Cepat Kaya?

Jika anda bertanya kepada saya, sudah tentu jawapan saya tidak. Bayangkan anda melabur hanya dengan 20USD dengan peratus dividen sebanyak 2.0%/hari dan selepas 100 hari anda hanya akan mendapat pulangan sebanyak RM136 (Jika nilai pasaran=3.4). Adakah anda menjadi cepat kaya dengan hasil RM 136? sudah tentu tidak.

Bagi saya, momentum hasil pelaburan dalam mana-mana HYIP adalah biasa dan bukan luar biasa sehingga ada sesetengah orang memberi cop skim sepat kaya. Anda melabur sikit, sikitlah untungnya...anda melabur banyak, banyaklah pulangannya.

tak skim cepat kaya pon, skim piramid... memang asal pulangan dia mula2 individu, tapi camner pula kalo dia dah start cari downline? kene plak org bawah tak sempat cari mangsa lain, tup tup, kampeni maya ni lingkup...

saper kata benda ni bukan skim cepat kaya? cepat kaya la tu dengan duduk diam tak buat keje... fix plak tu income dia... huhuhu... org nak kaya kene usaha...

apa2 pon tip-tip lain amat berguna... bagus untuk rujukan bg sesiapa yang rasa HYIP ni masih halal... :rolleyes:

Share this post

Link to post
Share on other sites

sori ye zeph

sebenarnya aku cuma labur nak tau pengalaman mcmne,,,, dah tau tu baru boleh cakap tentang perkara tu..lagipun saje nak test betul ke atau tidak apa yang orang lain kata...so lepas saya test ada yang betul ade yang tidak........telur busuk walau dah digoreng saya x makan.....

Keep in mind yang feel dalam pelaburan ni sama macam orang main judi. Once kita melabur dan dapat untung, kita akan berusaha utk labur lagi, dan labur lagi.. lagi dan lagi.. Kalau penah main gamble, feel dia sama je macam main token game kat fun fair, melabur kat 4D etc. Tapi yang tu memang sure lesap.

Sebab tu nasihat aku, kalau boleh jangan la cuba-cuba nak test, kalau nak test, labur la ke tempat-tempat yg memang dah dijamin secure. Melabur la di tempat2 yang selamat. Lagipun agama kita tak larang melabur.

Bro HYIP ni susah nak ramal,tak der orang yang bleh predict jangkahayat benda ni,cuma kita bleh tgk sign2 yang tertentu...............jadi siapa yang ada pengetahuan tantang signal2 HYIP pendek umur ni kongsilah iyerrrr. :unsure:

Share this post

Link to post
Share on other sites

Admin atau Moderator, harap dapat 'delete' tajuk sebegini. Kita telah sedia maklum bahawasanya Majlis Fatwa dah keluarkan fatwanya yakni pelaburan online spt ABFUND, WINLIFUND, SIWSSCASH, dsb adalah haram. Tq

Share this post

Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...