Jump to content
yuririka_rikku

Masuk Kl --> Bayar?

Recommended Posts

Bayar masuk KL -- Jika memandu seorang diri, kurangkan kesesakan lalu lintas

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Orang ramai yang memandu secara bersendirian ketika memasuki pusat bandar raya ini mungkin dikenakan bayaran sebagai langkah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu negara.

Caj bayaran kesesakan yang sedang dalam kajian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu adalah bagi mengatasi masalah berkenaan yang sekian lama membelenggu Kuala Lumpur terutama pada waktu puncak.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique berkata, cadangan tersebut akan dibentang kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengangkutan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlebih dahulu untuk penelitian sebelum dibawa ke Kabinet.

‘‘Caj itu masih di peringkat kajian dan DBKL akan menyerahkannya kepada kementerian saya untuk diteliti semula. Selepas itu cadangan tersebut akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri.

‘‘Cadangan mengenakan caj itu merupakan sesuatu yang baru dan penelitian yang sepenuhnya harus dibuat bagi mengelakkan timbul sebarang masalah,’’ katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Keluarga UMNO Bahagian Setiawangsa di Taman Tasik Titiwangsa di sini, hari ini.

Pelaksanaan bayaran kesesakan itu yang dicadangkan oleh DBKL merupakan salah satu alternatif untuk mengurangkan masalah itu.

Mengikut peraturan itu, bayaran tidak akan dikenakan terhadap mereka yang berkongsi kereta ketika memasuki pusat bandar raya.

Zulhasnan yang juga Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa berkata, yang pasti cadangan tersebut mempunyai kaitan dengan keberkesanan pengangkutan awam di Kuala Lumpur.

‘‘Ini adalah satu isu yang perlu diambil kira sekiranya kita mahu melaksanakan cadangan tersebut. Kita perlu menggalakkan penggunaan pengangkutan awam bagi mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian,’’ katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, menurut beliau, syarikat pengangkutan Rapid KL dan syarikat monorel akan meluaskan operasi masing-masing pada pertengahan tahun ini.

‘‘Dalam pertemuan baru-baru ini, pihak Rapid KL memberitahu saya, mereka akan meningkatkan jumlah bas manakala syarikat monorel mahu meluaskan lagi kawasan operasinya.

‘‘Ini merupakan salah satu cara untuk kita meningkatkan kecekapan dalam industri pengangkutan awam sekali gus ia dapat memberi keyakinan kepada orang ramai untuk menggunakannya,’’ ujar beliau.

Menurut Zulhasnan, pihaknya kini dalam proses mengenal pasti kawasan berdekatan dengan pusat pengangkutan awam yang boleh dijadikan tempat meletak kenderaan.

Sementara itu Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru, Datuk Abdul Hakim Borhan ketika dihubungi berkata, DBKL akan menganjurkan bengkel bagi mendapatkan maklum balas berhubung dengan cadangan tersebut.

‘‘Langkah ini penting kerana kita mahu mendapatkan input penting daripada pelbagai pihak terhadap apa jua perkara yang berkaitan dengan cadangan tersebut,’’ ujarnya.

Diambil dari Utusan Malaysia, Isnin 29.01.2007

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

LoL cadangan ape ni? Tak ke mengarut, tak pasal2 duit lagi. Mari ramai2 komen...

Share this post


Link to post
Share on other sites
cadangan tu bukan hendak menyelasaikan masalah tapi menambahkan kekayaan kepada DBKL.marah2ja5.gifchairle8.gifhebat betul diorang ni.aku memang marah betul kalu ade cipte mende2 mengopakkan duit2 rakyat ni.nok cari duit punyelah susah, nok perabih senang je.dah lah banyak mende doh naik, nok tambah lagi beban lain. Edited by nie feng

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kerajaan menggalakkan penjualan kereta kat negara kita.. tiap2 hari beribu kereta terjual.. Kesesakan memang tidak dapat dinafikan..

memang tak patut bawa kenderaan berseorangan untuk pergi kerja.. bayangkan kalo semua orang kat kl bawa sendiri kereta.. then bawa slow nak mampus..

ade kebaikan.. and ada keburukan..

nak buat camner..

kalo betul2 kene bayar.. camna tu... haru negara..

Share this post


Link to post
Share on other sites

huh...mmg xpatut nk implement mnder tu...ye la...klu org2 kaya msti x bayar kan...dah ader driver bawak so kurang2 2 org satu kete...kalau org bujang berpendapatan sederhana sure sorang je drive...kena bayar la ye...Menteri tu ader pk ker cmni?????

galakkan guna kenderaan nasional ( 0 payment )... mungkin kena tukar ayat cmni

galakkan guna kenderaan nasional ( kecuali Wilayah Persekutuan ) boleh cmni???

Share this post


Link to post
Share on other sites

haha...haru btul nk kena bayar..

tapi dalam kajian lagi kan.?

wait n c..

apsal x soh je jgn bg bwk kete kat kl bawak basikal je xde la exiden ngn jam

Edited by thalz142

Share this post


Link to post
Share on other sites

apsal x soh je jgn bg bwk kete kat kl bawak basikal je xde la exiden ngn jam

kalu ramai2 naik basikal pulok diorang gune putar belit care lain pulok.kene cukai basikal pulok ke. :lol: tak pun basikal dilarang jual kat m'sia ke.bengang betul lah aku dgn tindakan DBKL tu.inikah bentuk habuan sebenar yg diterima dari RMK9 tu?diorang ingat org m'sia ni kaye2 belake ke.cube gok suluh celoh2 negeri ade tak lagi keluarga2 duk makan siput lagi.ni tidak ade je perancangan duk nyekek darah org je. :angry:

Share this post


Link to post
Share on other sites

nih yg wat makin ramai org marah nih.....

Si bertanggungjawab dlm hal2 perancangan bandar nih dah takde idea lain ker?oooo korang dah takleh nk wat plan kl ni bagi tak sesak ko suh org bayar plak kesilapan ko?ko ingat kitorang ni aper?

makan gaji kitorg bayar...keje takmo buat...ader masalah kitorang jgk nk kene bawa keluar duit !!!!!!!!

wake up!!!!!!!our system corrupted!!!! :angry:

Edited by Slvrchair

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tule pasal, apa depa nak tiru mcm Singapura ke? Kita pendapatan rendah, tapi kena bayar ini itu, tak ke bingung dibuatnya. Apela tak abis2 nak cari peluang amik duit rakyat.

Nak guna kemudahan pengangkutan? Bas mmg bukan pilihan akula kecuali bas express. LRT, Monorail bukan sume benda bole kita nak pakai kemudahan ni, lagi2 time nak beli barang.. tak ke susah nak bawa nanti.

Lagi satu, kalo ada hal penting katakan, tak sempat berteman pastu msk KL sekejap aje tapi kena bayar gak.... mmg tak best.

Share this post


Link to post
Share on other sites

boleh ajer nak buat bayar... dgn syarat....

-sediakan kawasan parking yg luas dan SELAMAT tanpa bayaran @ dgn bayaran MINIMA/day bukan per JAM!

-kawasan parking tu dekat dgn LRT, stesen transit bas2 ke sekitar KL, stesen teksi... yg BERJALAN IKUT JADUAL.

-kawasan parking ni bukan selepas tol nak ke KL..tp sebelum tol..so sape2 yg takmau bayar masuk KL... dia blh drive ke tempat parking ni tanpa perlu bayar tol. kecuali la org dr seremban atau yg lain..ada la tol pada kawasan tertentu...tp utk sampai ke tempat parking ni jgn ada tol.. buat tmpat parking berpusat ni di kawasan strategik... utk org dr putrajaya/bangi/kajang/cheras/dan kawasan2 yg sekeliling KL...

aku setuju kalau mcm tu..contoh ofis aku di bangi..nak ke lowyat... drive kereta sampai seri kembangan ke... sg besi ke (kena tol gak ni)... then parking > naik bas.

ni kalau dari rumah nak naik bas...lepas tu bas macam TUTTTTTTTT... kena tunggu bas penuh...lepas tu sumbat lagi bagi penuh baru jalan... mcm TUTTTTTTT... konduktor/driver pun macam TUTTTTTT (tp tak semua)...

contoh mcm aku sll pegi KL..utamanya lowyat utk beli barang2 komputer... kalau takat beli sebijik keybod ok la naik bas... tp kalau beli UPS..beli monitor... NAK BAWAK NAIK BAS?... nak naik TEKSI... RM??? TUTTTT...

takpun kena la bawak kereta...then bayar jugak sbb nak masok KL>.. kalau bayaran tu tak mahal takper...boleh konsider sebahagian dr kos / claim... tp kalau bayaran mahal mcm TUTTTTTTTTTTTT>.

adehs..penat dah marah... tak elok marah2 :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pengangkutan AWAM kat KL belum lagi bersedia untuk menerima jumlah warganya yang ramai tu. Bayangkan pada hari2 biasa je... LRT dah penuh sesak macam dalam tin sardin, BAS pulak bersesak2 dengan orang2 yang tunggu. Kalo semua pakat naik kenderaan awam..... aku rasa mau lumpuh seluruh KL nie.... bayaran bukan penyelesaian. Tambahkan lagi kemudahan awam tu dan kurangkan harga... Selain upgrade jalan2 yang sesak tu... banyak cara lain misalnya buat jalan bawah tanah dan sebagainya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tule pasal, apa depa nak tiru mcm Singapura ke? Kita pendapatan rendah, tapi kena bayar ini itu, tak ke bingung dibuatnya. Apela tak abis2 nak cari peluang amik duit rakyat.

hahah.biase ar k'jaan..die taw tue kelemahan rakyat..so bile ckap pasal kena bayar je, orang pun takut

nak langgar peraturan...macam saman. Kat highway bila ade polis jer, driver yg kat lane hala bertentangan bagi signal.

pastu cepat2 'slow'kan speed kereta arr.kalu tak kopak 300.. :lol:

Nak guna kemudahan pengangkutan? Bas mmg bukan pilihan akula kecuali bas express. LRT, Monorail bukan sume benda bole kita nak pakai kemudahan ni, lagi2 time nak beli barang.. tak ke susah nak bawa nanti.

Lagi satu, kalo ada hal penting katakan, tak sempat berteman pastu msk KL sekejap aje tapi kena bayar gak.... mmg tak best.

setuju... :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

satu lg idea bernas kaput duit rakyat...huhu

kalo transport awam btul2 bagus...aku rase majoriti warga KL xmau naik keter sendiri gi balik keje...xder prob traffic jam truk sgt...tp dah tahap service asyik turun naik

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kalu dikatakan kerjenya berulang alik atas urusan kerja .. dari pusat bandar tu ke daerah2 sempadan KL .. x ke naya kuar duit setiap ari tuh? isk isk .. x bernas nye idea nih ..

P/s: Guna pengangkutan awam ? Auwchhh ... dalam sardin pun x sesak camnih ...

Edited by Izani

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hmmm... krajaan skang dah takder duit sebab tak produktif (ramai investor lari ke ciner) atau dah kena 'curik'.... so dorang naikkan minyak, tol, kempen melawat malaysia dll supaya bleh tampung kos management.... selagi takder income dari luar... maka rakyat terpaksa laa sapot krajaan.... cam skang kes banjir... brapa kos kemusnahan..? mana dorang nak cekau duit...? cekau kat rakyat laaa.... :) ... memacam alasan la yg dorang bagi biar nampak lojik (sebab bencana alam tak masuk dlm blanjawan 2006).... tapi pada mata gomen... rakyat mesia terlalu mewah sampai membazir tahap maksimem...(agak2 la brapa kadar inflasi tahun 2006 ?)... cth nya... brapa byk rakyat dah prabis kat sykt telekomunikasi sebab nak "enjoy" atau masuk contest.... tu blom kira tukar henpon lagi..... brapa byk prabis kat barangan yg bercukai tinggi..? (rokok arak dll).... lagi ramai rakyat mesia keje gomen lagi tinggi la cukai2 dan ujud laa cukai yg ngarut2... jgn la risau...cukai masuk kl ni dia target utk sykt2 je kot.... sebab orang yg masuk kl siang hari musti wat urusan kampeni... so bleh la claim... tak tau la kalo ada yg makan angin hari biasa waktu pejabat...

PS: Ni cuma pendapat aku jek.... mamat mana tah dulu ada cakap 'kalo tak tahan dok mesia pi la dok negara lain'... lebih kurang cam tu laa......tak nak jadik anjing salak kat bukit....

Share this post


Link to post
Share on other sites

tak mustahil satu hari nanti tanah perkuburan kat KL pun kene cukai.laughinglf1.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

tak mustahil satu hari nanti tanah perkuburan kat KL pun kene cukai.laughinglf1.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

tak mustahil satu hari nanti tanah perkuburan kat KL pun kene cukai.laughinglf1.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Oi Nie Feng ko Triple Kill!! ...ehh Triple Posts.

Entahla aku naik moto jela lagi bagus, musim hujan dah takde ganti kemarau, moto save minyak,tol dan sebagainya..abis citer cuma nak beli barang jela kena buka cerita blk ni huhuh....

buat masa ni takde lagi perkembangan mengenai perkara ni, skrg tgh sibuk plak kes FTA, Iran, US dan Malaysia. Isk macam2 dunia ni... entah bila bulan nak buka utk penghuni bumi tapi aku dengar artis2 Hollywood siap dah tempah tanah masing2 kat bulan..betul ke?

Berbalik ke topik asal, DBKL cukup2la tu, kalo nak duit lebih pastikan sistem kemudahan awam tu lebih baik dari kini. Jangan ambil cth yg kurang dari yg baik.

Share this post


Link to post
Share on other sites

ekekekekek. tul tuh. kalo taktahan duduk mesia, pi daftar jadik warganegara burma atau indonesia. situ sumer barang murah. takpun ngko leh duduk britain. mungkin bayaran masuk london murah sket kot?

Share this post


Link to post
Share on other sites

idea dr politikus yg kekeringan idea...

cari le sumber pendapatan lain...

mcm mana ngan sesape keje runner ... bangkrap company.

belum kajian pun bas, lrt, komuter, putra dan star sesak.

lain kali kl nak bg idea tu buat la paraktikal dulu. si politikus tu pernah naik bas ke kl tak atau lain2 pengangkutan awam. aku rasa takpernah tu. kl ada pun dok bawa konco2 nak cek konon. naik sorang2 la. br ko tau...

aku tak kisah sgt coz aku kat tanjong malim. tak jem pun. tp aku sakit hati sgt dah le minyak naik (minyak kita adalah terendah dibanding dengan amerika...) tol naik (tol kita lebih rendah dari jerman...) gaji tak naik (gaji kita lebih tinggi dari laos..)

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...