Jump to content
kertasputih

Nak Cadang...

Recommended Posts

Satu lagi en Shanai.... forumer kita ini suka sangat menggunakan gaya penulisan ala-ala SMS. Macam forum nih kena bayar pulak kalau tulis lebih. Camtu ke cara nak maju english / bahasa melayu dengan tulisan yang forumer lain tak beberapa nak boleh baca dan faham? Please put this problem into account too.

Aku sebenarnya tak kirtik sapa-sapa atau mana-mana pihak. Tapi kalau diikutkan dengan situasi sekarang yang mana forumer kalau nak tulis pun segan, maka bayangkan kalau forum dalam english dia akan jadi camni :-

  1. Also = OSO
  2. Cannot = Kenot
  3. ...dan berlambak lagi contoh gaya penulisan english yang boleh didapati di sini

Selama aku berada di forum putera.com nih, pelbagai jenis penulisan aku tengok. Pelbagai jenis gaya ada. Kekadang tu sampai aku rasa meluat nak reply sebab gaya tulisan SMS. Dan kekadang tu aku reply jugak sebab dia tulis penuh terhadap masalah yang dihadapi. Dan macam-macam lagilah.

Share this post


Link to post
Share on other sites

3.Rules and regulations

-everyone MUST use proper English.Rojak is unacceptable unless user really have no idea with the words in english.

-any denunciation, insulting, churlish and offensive words are not allowed

..Well, I haven't finished yet. This opinion, if been used for...just talking we were...Please look at the topic stater demand first, It is true,isn't it? unless we had made a good job of it if anyones only want to blocking,blocking and blocking...why..please lah, He has never told a empty words. Cadangan dia best.. :lol:

Come on my friends, We have been through much trouble ( i mean for this objective first) if we were here only want to blocking that opinions..Which is the better of the two....kan best dapat guna BI, kalau ada mamat bawak cakap pasar kita sound balik kat dia..Why not you all thinking this first, For me. We had better to take his advice. :ph34r:

BTW aku hormat pada keputusan Abg. Shanai...aku tahu bukan senang bagi penjuang bahasa melayu untuk terima demand macam ni..hahahah..ape2 aje.la.. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

kt cadangkan--->satu ruang forum dalam bi

susah2---> takpayah spesifikkan topik ape yang boleh bincang kat forum tu

bincang je ape2 dalam bi...

hakikatnya, kalau nak cakap dalam bi yang betul sangat dari sudut tatabahasa tu memang susah.

sebab ruangan forum khas dalam bi tu bukan dikendalikan oleh pakar bahasa yang akan memperbetul kesalahan bahasa mahupun istilah.

jadi, sesama kitalah saling bantu-membantu.

lagipun saya sedar putera.com ni lebih menjurus kepada bidang IT dan bukannya bidang bahasa dan linguistik.sehubungan itu, saya berpendapat jadikan forum ini sebagai sampingan.

cadangan ini bukan mem'bi'kan putera.com mahupun tidak mencintai bahasa ibunda.

tapi sebagai suatu ruang dan usaha kita bagi melatih mempraktikkan bi sesama kita secara santai.

berkenaan sambutan dan maklumbalas, semuanya bergantung pada kerjasama ahli putera.

jadi, sama-samalah kita menjayakannya kelak (andai dilaksanakan).

Ikutlah admin nak cakap / buat camner. Tapi untuk aku reply dalam BI di ruangan / sub-forum BI...... rasanya terus terang aku cakapkan yang aku mungkin tak akan reply.

kenapa tak nak reply dalam ruang forum bi?

apalah salahnya kita sama-sama kongsi sesuatu dalam bi?

forum yang dicadangkan itu hanyalah forum sampingan.

tidak menjejaskan forum sedia ada.jadi, apa salahnya? ;)

yang pasal bahasa SMS tu..kt terasa ar..hahaha :lol:

Rasa lawak pun ada sampai nak sediakan satu forum khas. Tak ke kita akan kena gelak nanti dengan bangsa lain? Sudah la tak pandai, ada hati nak tunjuk pandai.

sebab tak pandailah kita cuba sesama kita...kalau terbantut usaha sebab takut kena gelak sampai bilapun kita di takuk lama..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Cadangan kau ni seolah-olah merendah-rendahkan martabat members putera.com. Kau tak pernah tengok ke ada dikalangan members yang pernah berbahasa inggeris kat dalam ni? Lagipun ini bukannya forum pendidikan. Tak tahu lah aku kalau-kalau kau anggap ahli-ahli putera.com ni sama seperti orang-orang asli dan kau muncul di pekan orang asli sebagai strangers untuk buka kelas bahasa inggeris.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Cadangan kau ni seolah-olah merendah-rendahkan martabat members putera.com. Kau tak pernah tengok ke ada dikalangan members yang pernah berbahasa inggeris kat dalam ni? Lagipun ini bukannya forum pendidikan. Tak tahu lah aku kalau-kalau kau anggap ahli-ahli putera.com ni sama seperti orang-orang asli dan kau muncul di pekan orang asli sebagai strangers untuk buka kelas bahasa inggeris.

relax a.. niat asal baik, tapi bile diperbahaskan jadi macam nie.. mr. admin pun dah setuju.. matlamat untuk pemantapan bahasa inggeris.. bukan niat nak merendahkan sesiapa..

aku rasa better admin buat keputusan cepat.. nanti ade pulak yang mempersoalkan..

kalo setuju, create terus.. tak setuju, close je thread nie..

p/s : aku vote setuju.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Niat memang bagus. Tapi kena ingat la nak cakap bahasa inggeris kena ada kredibiliti. Sanggup ke kau tengok penggunaan bahasa inggeris macam najis, hell, damn etc. kat dalam forum ? Sedangkan dalam bahasa melayu sendiri pun cakap macam tong sampah???

Aku rasa majoriti senior-senior takkan setuju dengan cadangan ni. Daripada cadangan ni diterima ada baiknya kita buat kempen untuk ubah cara penggunaan bahasa melayu yang betul di kalangan members ke satu tahap yang membanggakan, lepastu baru kita pikir penggunaan bahasa inggeris pula. Buat masa ni kalau nak galakkan members guna bahasa inggeris memang aku tak setuju. Kalau nak buat, ok fine. Sapa nak pantau??? Kalau takat nak cadang itu ini boleh laa.. tapi dalam bab pelaksanaan? Dan kalau rasa-rasa dengan adanya forum inggeris putera.com akan disegani? Come on.. Orang kalau nak tengok forum tu maju atau tak maju bukan tengok pada satu atau dua forum, tapi orang tengok forum tu secara keseluruhan. Please la.. jangan buat malu kaum.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tapi kena ingat la nak cakap bahasa inggeris kena ada kredibiliti. Sanggup ke kau tengok penggunaan bahasa inggeris macam najis, hell, damn etc. kat dalam forum ? Sedangkan dalam bahasa melayu sendiri pun cakap macam tong sampah???

err... english forum lain pon ade gune bahase2 kesat gak.. POINT BESAR die adalah untuk membiasakan diri untuk bercakap dalam bahasa inggeris disamping belajar / mengajar antara satu sama lain.. soal bahasa kesat tu ikut la.. contoh ayat "you look like crap" itu merupakan satu ayat yg betol cuma tinggal moderator nak tapis atau tak aje. ITU BUKAN BAHASA SAMPAH, CUMA KURANG SOPAN.

Aku rasa majoriti senior-senior takkan setuju dengan cadangan ni. Daripada cadangan ni diterima ada baiknya kita buat kempen untuk ubah cara penggunaan bahasa melayu yang betul di kalangan members ke satu tahap yang membanggakan, lepastu baru kita pikir penggunaan bahasa inggeris pula. Buat masa ni kalau nak galakkan members guna bahasa inggeris memang aku tak setuju. Kalau nak buat, ok fine. Sapa nak pantau??? Kalau takat nak cadang itu ini boleh laa.. tapi dalam bab pelaksanaan?

ramai kat sini perjuangkan bahasa melayu. tapi mcm bro C-FU ckp la.. jgn la sampai nak menolak pembelajaran bahasa lain. POINT kite nak buat forum ni adalah nak belajar antara satu sama lain / membiasakan diri dlm bahasa inggeris tak kisah la bahasa formal atau bahasa pasar (mcm mat saleh ckp bukan melayu punye bahasa pasar). Asalkan dpt belajar bertutur bahasa inggeris.

Dan kalau rasa-rasa dengan adanya forum inggeris putera.com akan disegani? Come on.. Orang kalau nak tengok forum tu maju atau tak maju bukan tengok pada satu atau dua forum, tapi orang tengok forum tu secara keseluruhan. Please la.. jangan buat malu kaum.

adoi.. nak buat forum english untuk disegani buat ape plak? takde pulak si hijaulaut tu ckp nak buat cam tu? takde mat saleh heran nak tgk ko pandai ckp english ke tak? ini just untuk ahli forum yg mahu subforum english untuk kegunaan mereka.. tak nak la buat untuk mat saleh satu dunia tahu.. isk isk isk..

P/S: takde kaum lain heran yg org melayu ni reti ckp english atau tak. kite nak blaja sebab nanti bole borak dgn diorang kalo join forum international / main game online international based / untuk kegunaan masa kerja (requirement nak carik keje) /etc..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Wahai lipas, aku rasa kau masih belum dapat tangkap dengan apa yg cuba aku sampaikan.

Maksud bahasa sampah tu bukannya bahasa kesat, tapi dari segi gaya penyampaian yang tidak menunjukkan kematangan. Kau faham tak maksud aku. Sama macam yang Ahmades cakap, also jadi oso, cannot jadi kenot. Ditambah dengan bahasa-bahasa SMS dari kanak-kanak yang belum tumbuh misai dan dienakkan lagi dengan bahasa-bahasa kesat. Agak-agak kau la apa akan jadi dengan forum tu nanti? Kalau forum tu diisi dgn orang-orang macam si lipas (alhamdulillah), hijaulaut (syukur), admin dan dari kalangan moderator takpa jugak. Nanti karang ....?

Topic: [What the hell is that.. huh?!

Content: [Today my computer is hell.. anybody know what the hell is happen? hell yeah.

Boleh gitu? hello, orang cina punya english dengan orang melayu punya english boleh dibezakan dik walaupun broken.

Kalau aku, aku ambil cadangan LanoG iaitu kita bebas menggunakan kedua-dua bahasa (BM dan BI) di mana-mana thread. Bagi aku itu cara terbaik. Takde la nampak teruk sangat forum ni nanti.

Tu jelah pendapat aku, kang bangkang banyak-banyak karang kena ban plak aku nanti.

sekian..

Share this post


Link to post
Share on other sites

hahaha..ada betulnya, aku baca statement anonymous tu...tapi aku tak nafikan apa yang dia cakap tu boleh jadi penyebab kepada english tahap "najis"...tapi tu kalau takde pemantauan...ko bayangkan kalau ada pemantauan dibuat...tentu apa yang ko bayangkan tu saudara anonymous, tak akan begitu kesudahannya.. :lol: ..Kalau ko taknak menyokong takpe la..nak buat macamana, tapi boleh tak ko jangan burukkan "english orang melayu" kata cina lagi besh...hahaha lawak la..try pegi Singapore kalau nak sangat tengok bangsa melayu guna english...orang putih paling suka bersembang dengan orang melayu..pasal english orang melayu lagi best..dan tak berbelit-belit :ph34r: ,

aku sangat bersetuju dengan post-post lipas..,semuanya berunsur membina...Kita boleh bermula daripada bawah...sikit2 kita naik supaya forum english ni dapat disegani...(pada aku tak perlu) :ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kalau betul pentingkan kemajuan, kenapa benda-benda merapu lain kita biarkan berleluasa. Tak nampak atau sengaja buat-buat tak nampak? Bersihkan dulu benda-benda yang boleh merosakkan bangsa, baru kita fikir soal kemajuan.

Rasa lawak pun ada sampai nak sediakan satu forum khas. Tak ke kita akan kena gelak nanti dengan bangsa lain? Sudah la tak pandai, ada hati nak tunjuk pandai. Daripada kita susah-susah pikir penggunaan bahasa inggeris dalam forum, baik kita teruskan perjuangan mempertahankan bahasa malaysia setanding dengan bahasa-bahasa lain dalam dunia. Kita patut malu dengan Bangsa Indonesia. Kita patut malu dengan bangsa India dan Jawa dan malu dengan 'China Town' yang ada kat Amerika. Bahasa Malaysia??? That's why it sucks mann...

Saya hargai pandangan anonymous dalam perkara ini. Tapi cuba kita renungkan ...

Suatu ketika dahulu, orang-orang kristian eropah, sejak zaman rome, hingga melewati zaman renaissance, sanggup mempelajari bahasa arab kerana pada ketika itu tamadun Islam sedang berkembang dengan pesat hasil bijak pandai cendekiawan dan saintis Islam. Tiada siapa boleh nafikan bahawa sungguh ramai saintis islam memainkan peranan dalam pembangunan tamadun dunia masa kini. Kita biasa dengar algoritma kerana kita belajar matematik, tetapi ramai yg tak tahu bahawa algoritma adalah sebutan orang eropah untuk al-kawarizmi. Kalau dalam bidang perubatan, kita akan selalu dengar avicenna, tapi sebenarnya adalah ibnu-sina. Dan banyak lagilah.

Orang2 eropah masa tu belajar bahasa arab sebab nak mendalami semua ilmu itu, tapi tak adalah pulak mereka lupakan bahasa ibunda mereka, dan tak pula mereka 'murtad' dari kristian atau apa-apa agama mereka. Mereka kental dgn jati diri, tapi mereka akui bahawa mereka perlukan ilmu2 penting itu.

Dan bila revolusi perindustrian bermula di eropah, maka lebih banyak penemuan baru dihasilkan oleh saintis2 barat pula, maka barulah kita kenal alexander graham bell... wrights brothers.. thomas edison.. dan lain-lain. Dan sejak dari itu, pusat perkembangan tamadun semacam berpindah ke barat.

Pada hari ini, kita terpaksa akui bahawa banyak ilmu2 dan teknologi dicipta di dunia barat, dan bahasa inggeris menjadi salah satu bahasa utama tamadun. Tidak pula saya nafikan bahawa kita tak ada tamadun, atau tak ada kelebihan, atau tak ada sebarang penemuan sains, cuma hakikatnya di dunia barat ada lagi banyak yg kita belum tahu.

Jadi salahkah kita, kalau kini, kita pula mempelajari bahasa mereka untuk mendalami ilmu2 yg ada pada mereka, untuk kita bawa pulang ke tanah melayu. Mana tahu, suatu hari, rumpun melayu pula yang akan jadi pusat pembangunan tamadun dunia. Ini tidak mustahil kerana para pemimpin kita telah meletakkan asas dan arah tuju yang baik untuk itu.

Tetapi segalanya bermula dengan kita, diri sendiri, kesedaran dalam diri sendiri tentang masa lampau, masa kini, dan masa akan datang.

Kecacatan pasti akan ada kat mana-mana, tapi jika kita tidak mengambil peluang, maka kitalah yg tergolong dalam golongan mereka yg rugi.

Pesan saya kepada semua: kurangkan emosional, tingkatkan rasional.

terima kasih.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Wahai lipas, aku rasa kau masih belum dapat tangkap dengan apa yg cuba aku sampaikan.

Maksud bahasa sampah tu bukannya bahasa kesat, tapi dari segi gaya penyampaian yang tidak menunjukkan kematangan. Kau faham tak maksud aku. Sama macam yang Ahmades cakap, also jadi oso, cannot jadi kenot. Ditambah dengan bahasa-bahasa SMS dari kanak-kanak yang belum tumbuh misai dan dienakkan lagi dengan bahasa-bahasa kesat.

ha.. baru paham wahai abang anonymous :P salah example yg sblom tu.. ni baru clear.. for those who oso kenot talk proper english (huahahhaa) tu aku harap org yg first reply tu akan tegur dengan gembira la.. jgn kutuk melayu bodo tak sedar diri tak reti ckp english (example). diharap ramai la golongan putera yg bersifat ingin mendidik dari yg bersifat ingin mengutuk.

Topic: [What the hell is that.. huh?!

Content: [Today my computer is hell.. anybody know what the hell is happen? hell yeah.

wahaha gile klakar example ko.. kalo die tulis mcm tu wajib dilempang aje.. kerana kesangapan die terserlah bukan hanya dlm bahasa yg disampaikan, bahkan statement yg tidak jelas.. org cam ni bahasa ape2 pon die tak pandai.. BTOL??

Boleh gitu? hello, orang cina punya english dengan orang melayu punya english boleh dibezakan dik walaupun broken.

sumer race ade tahap broken yg tersendiri. conclusion die sumer broken. even mat saleh pon ade fail grammar punye test kalo ko tgk kat US, bahasa sendiri tu. so kite try la tackle probs ni setakat yg termampu. orang-orang yg nampak kelemahan mcm ko la anonymous yg boleh membawa kelainan atau mengatasi masalah2 begini.

err.. tambahan sket.. lagi byk kelemahan yg kita nampak pada melayu atau pada penggunaan bahasa inggeris, di situlah kita perlu cuba memperbetulkannya. walaupun seciput mana contribution seseorang itu, die akan memberi kelainan (mcm tak kena lak ayat ni..)

P/S: Terima Kasih bro Shanai yg sanggup mendengar rintihan kami-kami yg buta english ini :)

Edited by lipas

Share this post


Link to post
Share on other sites

Please suggest:

1. name of the sub-forum

2. description

3. brief rules of the sub-forum

Aku cadang mcm ni...

CATEGORY: ENGLISH SECTION

--> Forum: Operating System

-------> sub-forum: Mirosoft Win

-------> sub-forum: Linux

-------> sub-forum: Apple Mac

--> Forum: Computer

-------> sub-forum: Hardware

-------> sub-forum: Software

...bleh tak mcm tu?

Pada pendapat aku pasal cadangan dlm topik ni... aku piki cam tak perlu la... tak kira la apa pun alasan atau tahap kerasionalan yg dinyatakan... forum ni bukan international... sbb forum ni cam fokus utk Malaysia je... secara tidak langsung... mesti majoritinya akan ckp BM. Kalo ada thread/sub-forum BI pun... seriously... maybe aku sendri pun mungkin tak reply dlm tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku dah cuba baca balik keseluruhan topik ni 2x dah tapi aku masih tak nampak apa rasional kita buat subforum english kat PUTERA..

pade admin, sy nk cadang wat ar satu ruangan utk ahli putera berforum or bsembang dlm bahasa inggeris..

skurg-kurgnye warga putera.com leh test speakg eng kat ruangan tuh. x ar malu sgt kot sbb bru beginner n

majo org mlayu..

cdangn ni x btujuan me'rojak'kan atau merendahkan bahasa melayu.

tp utk mempertingkatkan mutu penguasaan bahasa inggeris disamping memelihara kdaulatan bahsa ibunda kite..:)

akronim PUTERA di sini pada pengetahuan aku bermaksud PUsat TEknologi RAkyat..Betulkan en Shanai? Kalau tengok pada maksud akronim tu sendiri kita dah dapat agak PUTERA ialah forum khusus untuk perbincangan IT & teknologi..Beza utama forum ni dengan forum lain ialah PUTERA menggunakan BM sebagai bahasa rasmi untuk berforum..secara ringkas, PUTERA ialah forum IT & teknologi dalam BM bukan Spanish, French, Dutch mahupun English...Bila si HijauLaut ni bagi cadangan wujudkan subforum English, aku tak pasti apa ada kat kepala dia masa tu..mungkin dia ingat ni forum pendidikan untuk budak2 PMR, SPM, STPM kot..Jadi patut ada subforum English memandangkan kat sekolah sekarang subjek Matematik & Sains diajar dalan English..Kalau tak ada subforum English kat forum macam ni, mungkin dia rasa tak ikut arus pendidikan semasa kot..Ntah lah..Kalau dia rasa macam tu, aku nak ingatkan dia sekarang berada kat forum BM yang membingcangkan khusus mengenai perkara2 IT & Teknologi..Topik utama ditekankan pada IT & Teknologi..

tujuan cadangan ini hanya untuk berinteraksi sesama ahli putera dalam bahasa inggeris.

Kenapa mesti English? Kenapa tak French ke, Arab ke, Dutch ke? Kalau sekadar nak berinteraksi ngan ahli forum dalam bahasa lain, tak semestinya sampai kena buat subforum baru..

alang2 nak buat subforum English tu, buat la subforum French sekali..Kalau subforum English boleh diterima, kenapa French tidak boleh? Tujuan subforum French itu ialah untuk mempertingkatkan mutu penguasaan bahasa French disamping memelihara kdaulatan bahsa ibunda kite eh..senang2, kita buat subforum semua bahasa la..semua bahasa yang umat manusia pernah guna untuk berkomunikasi...baru aci..tujuan subforum2 tu ialah sama jugak untuk mempertingkatkan mutu penguasaan bahasa [masukkan nama bahasa] disamping memelihara kdaulatan bahsa ibunda kite camner?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku bersetuju dengan pandangan aMer.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tak sangka aku boleh jadik camni perdebatan cadangan ni....menyusahkan korang sangat ker..? terganggu sangat ke kalau subforum ni diwujudkan...rasional sangat ker kalau buat penolakkan kepada cadangan ni.... :ph34r:

Sampai pandangan Admin pun nak dibangkang dengan sebab yang dirasakan rasional dan rasa terganggu yang teramat sangat...ntah lah..ye la nak buat macamana..aku dah tak boleh nak kata apa2 lagi...ye la kalau korang dah anggap dalam IT tu dalam BM saja... :ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya tak kisah kalau ada yang nak bangkang. Dan saya tidak sekali-kali akan ban sapa-sapa yang bangkang. Saya open minded dan mendengar. Saya juga tak kisah kalau perdebatan ini berterusan lama.

cuma saya minta, jika nak beri pendapat, bacalah dengan teliti dan hayati setiap pendapat yg orang lain telah beri, sebelum nak beri hujah yang melulu, atau bertanyakan soalan yang sudah pun ada jawapannya

Share this post


Link to post
Share on other sites

maka bayangkan kalau forum dalam english dia akan jadi camni :-
  1. Also = OSO
  2. Cannot = Kenot
  3. ...dan berlambak lagi contoh gaya penulisan english yang boleh didapati di sini

Kita boleh jadikan forum itu strictly english. Hanya yg nak belajar sahaja dialu-alukan. Kalau nak main-main pun, mesti main-main dalam proper english. Proper english tak semestinya perfect english, tapi cukuplah dgn english cara orang nak belajar.

Share this post


Link to post
Share on other sites

kan dah ada option BI kat bawah tu.

apasal tak guna.? Atau guna untuk tujuan lain.

00000014.png

Tak perlu rasenya nak wujudkan sub forum BI.

Forum sediada boleh disoal dalam BI kan...kan.

Jadi sapa yang nak jawab dalam BI silakan.

nie pandangan jer. bukan nak hujah la..

Edited by PowerRootTongkatAli_GS

Share this post


Link to post
Share on other sites

PTAGS, itu option untuk set language kat UI forum.. ^_^

gini lah..kita tak yah pikir susah2..kalau admin nak buat subforum English tu, buat la..malas dah nak cakap apa2..aku dah suarakan pendapat aku..korang semua setuju atau tak terserahlah..kalau subforum tu diwujudkan nanti, yang mana tak setuju dan bangkang idea subforum tu, jangan masuk, jangan baca dan jangan reply kat subforum tu..yang sokong tu, masuk lah..bersembang dan berinterkasi la sesama korang kat situ..dalam English..jangan menyepam sudah la..Katakan subforum tu lepas diadakan, kalau tak dapat sambutan..contoh, dalam seminggu pun, baru ada 5 post baru, buat apa simpan lama2..kasi tutup je la.. :lol: Mudah kan? kenapa nak bertikam lidah pasal benda remeh temeh sampai masuk dah lebih 3 muka surat dah topik ni..

Ok la..ni post terakhir aku kat topik ni..sekian.

Share this post


Link to post
Share on other sites

saya tak sangka cadangan ini menjadi salah satu isu perdebatan dalam kalangan ahli putera.

sekilas pandang cadangan ini mungkin menarik dan bertujuan untuk mempertingkat kemampuan diri.

namun, setelah meneliti maklum balas dari ahli putera saya akui cadangan ini ada kekurangannya. semua pendapat itu ada rasional yang tersendiri. ruang forum dalam bi mungkin boleh diwujudkan.tapi bagaimana dengan pengisian dan pemantauan?

saya kesal jika cadangan ini hanyalah menimbulkan pertelagahan sesama ahli..

perselisihan ini nyata tidak berbaloi.

walaubagaimanapun, saya serahkan keputusan menerima atau menolak cadangan ini kepada admin.jika en. Shanai mendapati forum yang ingin diwujudkan mengundang lebih banyak kebaikan daripada keburukan maka wujudkan saje. tetapi jika sebaliknya, tak usahlah forum itu diwujudkan...

Share this post


Link to post
Share on other sites

malas dah nak cakap apa2...

Janganlah malas, dan janganlah cepat putus asa selagi pintu rundingan belum ditutup

kenapa nak bertikam lidah pasal benda remeh temeh sampai masuk dah lebih 3 muka surat dah topik ni..

saya kesal jika cadangan ini hanyalah menimbulkan pertelagahan sesama ahli..

perselisihan ini nyata tidak berbaloi.

kawan-kawan semua,

Ini bukan bertikam lidah!

Ini bukan benda remeh temeh!

Ini bukan pertelagahan!

Ini bukan perselisihan!

Tapi ini satu perbincangan.

Jika ada yg masih tak dapat membezakannya, mungkin dirinya masih dikuasai emosional dan bukan rasional.

Dalam usaha kita untuk sama-sama meningkatkan diri tak kira dalam apa jua perkara sekalipun, kita harus melebihkan rasional berbanding emosional, barulah kita akan dapat manfaat dari apa yg kita buat. Mengertilah.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Taknak buat undian ke? Tengok statistik lagi senang... kalo majoriti setuju, teruskan. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Taknak buat undian ke? Tengok statistik lagi senang... kalo majoriti setuju, teruskan. :)

Berapa orang setuju dan berapa orang tak setuju itu tak penting sangat.

Yang lebih penting ialah kenapa setuju dan kenapa tidak setuju.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Rasanya 3 page ni dah cukup dapat menerangkan sebab-sebab bersetuju dan sebab-sebab tidak bersetuju, :lol: ....atau Abg.Shanai masih ragu-ragu, sori tanya camni..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...