Jump to content
zsuperxtreme

Idea Pembangunan Game

Recommended Posts

IDEA GAME

Kita ketahui bahawa terdapat bermacam-macam jenis game yang boleh dibuat tetapi idea game itu sendiri adalah amat sukar untuk mencapai kehendak pemain game. Jadi disini marilah kita sama-sama memberikan idea game yang patut dibina.

Idea itu boleh merangkumi sub-sub dibawah

1. Tajuk

2. Genre

3. Storyline

4. Gameplay

Jika idea yang diberikan adalah sangat menarik, berkemungkinan idea itu akan menjadi salah satu aktiviti kelab dan akan dibina kepada FULL GAME.

Edited by zsuperxtreme

Share this post


Link to post
Share on other sites

IDEA 1

Tajuk: Puteri Gunung Ledang, The Game.

Genre: Role Playing Game

Storyline: Berdasarkan watak PGL yang melalui pengembaraan sebelum sampai ke Gunung Ledang. Bermula dengan klip video asal PGL (dengan kebenaran). Pengembaraan terdiri daripada beberapa lokasi yang mencabar dan menyelesaikan beberapa misteri seperti:

1- Istana di Kepulauan Jawa........... (Pengawal Diraja, Dukun Jahat, Penyeludup)

2- Atas Kapal bertembung Lanun..... (Lanun, Armada Laut Melaka)

3- Atas kapal lawan Raksasa laut..... (Raksasa Laut, Ikan Duyung, Todak, Sotong Raksasa)

4- Tepi pantai Tanah Melayu............ (Hantu Laut, Penunggu Pantai, Penyamun etc.)

5- Dalam hutan tebal....................... (Orang Bunian, Jembalang2, Harimau Jadian, Big foot)

6- Gunung Ledang........................... (Nenek Kebayan, Merak Kayangan)

Gameplay: Gunakan kawalan mouse untuk gerakkan watak utama. Watak utama memiliki kuasa magic yang boleh diupgrade selepas melalui pengalaman dan menjumpai ubat2an, batu2 hikmat etc. Game ini berbentuk mission iaitu akan ke level berikutnya selepas berjaya menyelesaikan misteri atau menyelesaikan tahap yang ada.

:rolleyes:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Nice idea bro LanoG, Kira dalam game nie pakai heroin la ek... yang upgrade ikut pengalaman mcm Diablo ek?

Hehehe... heroin. Aha macam diablo le tu. Pastu bleh selitkan gak le watak sampingan Hang Tuah bantu dia lawan... Tu je idea aku buat masa terluang nie. Nanti le kalo ada idea lagi, aku masukkan plak. Lain2 member takde idea lagi ke? :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sebelum aku lupa idea nie, baik aku tulis kat sini.

IDEA: Apa kata buat game berasaskan watak hero popular sekarang nie iaitu CICAK-MAN... sure budak2 seluruh Malaysia nie minat nak main.. hehehe. Walaupun aku belum tengok movie nie, tapi dengar khabar memang best... amacam.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hehehe... yup! Kena mintak kebenaran dulu. Tapi aku rasa diorang lagi suka sebab ini gak sebagai satu marketing untuk diorang.. ingat yang sasaran diorang ialah budak2. Kira macam Win-Win Situation lah, semua pihak akan mendapat manfaat.. hehehe. Korang perasan tak setiap movie hollywood yang ada hero power dijadikan game...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku pun perasan gak tapi kalau lah aku dah ada company game, mesti aku offer kat KRU nak buat game cicak kobeng tu... hehehe... ke ko je nak buat lanog? kang dia mintak 1 juta, mau nganga... kekeke

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hehehe... kalo dia mintak RM1 juta, baik tak payah je... Baik buat watak superhero sendiri, macam Nyamuk-man ke, Katak-man ke, Penyu-man ke..... hehehe.

Aku kalo takat game teka-teki 'Cicak Kobeng' boleh le buat. Yang action-pack tu, ko je le yang buat.. hehehe.

Edited by LanoG

Share this post


Link to post
Share on other sites

Dengan KRU tu boleh deal punye.. yang penting ada company dulu dan ada prototaip + proposal yang lengkap.. Bab untung boleh share dengan KRU memandangkan kita sendiri tak tau sambutan macamana..

Best tul lah kepala ko LanoG.. Buat games berdasarkan movie dalam Malaysia.. Marketing pon tak susah..

Tapi memandangkan banyak lanun kat Malaysia ni aku rasa lebih selamat buat online games.. Kalo algoritma anti lanun yang ZX buat tue boleh kekang aktiviti lanun rasanya tak jadi masalah buat dalam bentuk offline..

Macam Puteri Gunung Ledang tu boleh buat dalam bentuk online games.. Contoh ragnarok, pedang setiawan online semua asal dari cerita..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Erm, tula, yang penting kita kena fight reverse engineering. Reverse engineering nie byk keburukan dari kebaikan. So better kita design buat code yang dapat halang orang-orang mcm nie dari view code kita untuk tujuan lanun.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hehehe... kalo dia mintak RM1 juta, baik tak payah je... Baik buat watak superhero sendiri, macam Nyamuk-man ke, Katak-man ke, Penyu-man ke..... hehehe.

Aku kalo takat game teka-teki 'Cicak Kobeng' boleh le buat. Yang action-pack tu, ko je le yang buat.. hehehe.

hahahahha terguling2 aku baca post atas ni.Nyamuk-Man,katak-man dan penyu-man,kalau fikir2 balik idea cicak-man juga cam tu.Tapi kalau korang yakin atas Idea korang tu teruskan.Aku pun ada idea tapi aku rasa idea aku ni high-end sangat.

Share this post


Link to post
Share on other sites

.Jangan bimbang nak bagi IDEA, gulhalim..... semuanya adalah....

kbglogosupport.jpg

Edited by LanoG

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pergh lanog, logo tu mcm ala-ala sticker tampal kat pc. hehehe... selagi korang ada idea just bagi je, mana tau satu hari nanti dari idea tu akan jadi kenyataan. Mcm KRU pun start dengan idea akhirnya terhasil lakonan apek sebagai cicak kobeng. Jadi kitapun kena jadi mcm KRU. kita KBG, haaaa huruf K dah sama, cuma RU != BG, hehehe. Kira ada persamaan tuh.

Share this post


Link to post
Share on other sites

LanoG aku tengok perkataan KBG teringat aku kat KGB.

Anyway ini idea aku yg tak seberapa ni

---------------------------------------------------------------------------

Idea Game

Tajuk : ?????? (Tak tahu nak bagi tajuk apa)

Genre : Action Fighting

Storyline :

Stage 1 : Rakan Hero diculik oleh orang dunia lain,hero cuba melawan utk medapatkan kawannya semula tetapi tidak mampu dan beliau nyaris2 mati.

Stage 2: Beliau diselamatkan oleh orang yg dulu tinggal di dunia lain itu(orang A).Orang A,memberikan latihan kpd hero supaya menjadi lbh kuat dan pergi ke dunia lain,utk menyelamatkan kawannya.

Stage 3 : Latihan telah selesai,hero disetai rakan2 yang lain utk bersama2 menyelamatkan rakan mereka.Laluan utk ke dunia lain dibuka,dalam laluan itu mereka terpaksa berlawan dengan raksaksa dan macam2 hantu.

Stage 4 : Di dunia lain terdapat 2 jenis tempat satu tempat orang biasa tinggal(kws A) dan satu lagi orang yg memiliki kebolehan luar biasa(Kws B) .Utk masuk ke kawasan B,watak utama harus mengalahkan penjaga pintu utama.

Stage 5 : Semasa menuju ke kawasan rakan hero dikurung beliau akan mendapat tentangan daripada orang2 yg mempunyai kebolehan yg sama macam beliau tetapi levelnya berbeza dan beliau akan berlawan dng 2 dari 7 vice-president dan 1 dari 7 captain.(Di dunai lain kawasan B terdapat 7 kumpulan yang berkerjasama utk mentadbir dunia lain itu)

Stage 6:Selepas berlawan dng Captain beliau cedera teruk dan dibawa ke suatu tempat persembunyian,disitu beliau berlatih dlm 3 hari utk mendapatkan kuasa Release Stage 2.

Stage 7 : Beliau berlawan dng Captain yang terkenal di dunia lain itu dan berjaya mengalahkannya.

Stage 8,9,10 dan ......

Bersambung dalam game versi 2................

GamePlay:

Watak utama berlawan Menggunakan Pedang,orang2 di dunia lain menggunakan pedang juga tetapi memiliki keistimewaan masing2.Kuasa yg ada pada watak utama adalah sama dng orang dunia lain.Kuasa biasa ialah bergerak laju(Flash Step),melompat tinggi,jalan atas dinding,berlawan menggunakan pedang dan lain2.Utk pergerakkan depan,belakang,kiri dan kanan menggunakan keyboard.Utk melihat kedepan,belakang,kiri,kanan,atas dan bawah boleh menggunakan mouse.

------------------------------------------------------------

Idea ini berasaskan anime,korang mesti tau ni.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Oleh kerana saya minat sangat dengan game bercirikan RTS seperti Generals Zero Hour,An Act Of War High Treason,Joint Task Force dan World In Conflict,saya ingin menyampaikan idea saya ini.

1. Tajuk:World In Conflict World War Four

2. Genre:Real-Time Strategy(RTS)

3. Storyline:-

Jalan ceritanya seperti World in Conflict sedikit.Dalam World in Conflict Amerika berperang dgn Kesatuan Soviet/Russia.Manakala dalam game yang saya bercita-cita nak buat ni saya ingin membuat negara anggota-anggota Pertubuhan Islam Sedunia(OIC) berperang dgn Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.OIC diketuai oleh Malaysia dan Pasukan Tentera Bersekutu diketuai oleh Amerika.Di dalam game ini kedua-dua pihak dilengkapi dengan pasukan tentera darat,laut dan udara.Konflik ini bermula apabila Amerika dan sekutu-sekutunya menyerang negara-negara Islam seperti Malaysia,Indonesia,Syria,Iran,Iraq dan lain2 negara Islam.Negara2 Islam tersebut berusaha mempertahankan negara dari pencerobohan Amerika dan sekutu-sekutunya dan negara2 Islam bersatu menghadapi pencerobohan tersebut.

Misi/Kempen untuk pasukan tentera OIC:-

Misi Pertama:-

Malaysia telah diserang oleh Amerika Syarikat dan sekutunya,Singapura di Johor.Pasukan pengebom tentera udara Amerika Syarikat dan Singapura telah berjaya dipintas dan ditembak jatuh oleh pesawat TUDM Mig-29,F-18 Hornet dan Su-30MKM.Misi kita kali ini ialah mematahkan serangan udara dan laut tentera bersekutu di Singapura dengan memusnahkan pasukan tentera bersekutu di Singapura.Kita menyerang mereka dengan pasukan tentera darat,laut dan udara.Kita mempunyai beberapa buah kapal perang pemusnah pelancar peluru berpandu,kapal perang kruiser pelancar peluru berpandu dan sebuah kapal perang pengangkut pesawat penyerang/pengebom.

Misi Kedua:-

Filipina telah menyerang Sabah dan Kalimantan,Indonesia dengan cuba mendarat di pantai Sabah dan Kalimantan.Mereka telah berjaya mendarat di Sabah dan Kalimantan dan membina pangkalan di sana.Pasukan tentera Malaysia dengan bantuan tentera Republik Indonesia berusaha utk menawan kembali kawasan yang diduduki dan memusnahkan pangkalan tentera Filipina.

Misi Ketiga:-

Amerika Syarikat dan sekutunya telah menyerang Pulau Pinang dan berjaya menduduki Pulau Pinang.Kita diarahkan mengambil kembali Pulau Pinang dari tentera bersekutu.Pangkalan kita berada di Seberang Perai dan jambatan Pulau Pinang telah di letupkan oleh tentera bersekutu.Kita ke sana dengan menggunakan lancang pendarat dan kapal pendarat tentera.

Misi Keempat:-

Brunei telah diserang dan berjaya ditawan sepenuhnya.Saki-baki tentera Brunei telah berjaya melarikan diri ke wilayah Malaysia dan meminta bantuan tentera Malaysia dan Republik Indonesia.Pasukan tentera Malaysia,Brunei dan Republik Indonesia bergabung tenaga bagi mengambil balik negara Brunei.

Misi Kelima:-

Pasukan tentera bersekutu telah berundur dari Asia Tenggara.Mereka menyerang negara2 Islam di Asia Barat dan Afrika.Pasukan tentera OIC dari Asia Tenggara diketuai oleh Malaysia menghantar bantuan ketenteraan ke sana.Misi pertama di Asia Barat ialah meghalang Amerika Syarikat dan sekutunya dari menyerang dan menakluk negara2 Islam di Asia Barat.Negara pertama yang diserang ialah Afghanistan dan seterusnya.

Misi Kedua belas:-

Kali ini di negara Islam Afrika,iaitu Somalia.Pasukan tentera OIC dari Asia Tenggara dan Asia Barat berusaha membebaskan negara Somalia dari cengkaman Amerika Syarikat.Pasukan tentera OIC mendarat di pantai negara Somalia dan membina pangkalan di sana.Pasukann tentera OIC berusaha membersihkan kawaasan tersebut dari pasukan tentera bersekutu.

Misi Ketiga belas:-

Lokasinya di pasar Basra,Somalia.Misi ini ialah ala2 Black Hawk Down.Pasukan tentera OIC dengan bantuan pasukan militan Islam Somalia berusaha menghalau pasukan tentera bersekutu dari Somalia.Pasukan tentera OIC pergi ke pasar Basra dengan menaiki helikopter pengangkut diiringi helikopter tempur dan kenderaan perisai ke pasar Basra dan mendarat di sana ala2 Black Hawk Down.Pasukan tentera bersekutu berundur dari kawasan pasar Basra selepas pertempuran sengit dengan pasukan tentera OIC dan militan Islam Somalia.

Misi Keempat belas:-

Buat misi lain lah.Sesiapa boleh tolong sambung cerita utk misi ini pulak.

4. Gameplay

Sama seperti kita bermain game RTS Generals Zero Hour,An Act Of War High Treason,Joint Task Force dan World In Conflict.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hulamak... RTS ke. Aku pun peminat RTS game gak... nie kira perang2 melibatkan Malaysia lah ekk.. good idea.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kena ban sebab US jadi pihak jahat plak.... Kalo jadi pihak baik, ada % gak nak diterima tu... hehehe. Apa2 pun, nak buat game bercorak RTS nie agak sukar sedikit berbanding game2 biasa. Setahu aku, belum ada lagi game engine RTS nie di komersialkan oleh pembuat2 game. Aku pun bercita2 nak buat game RTS nie dulu, tapi sebab nak buat benda nie macam 'Nighmare..!' baik aku simpan dulu cita2 tu... banyak AI dan model kena pakai tu....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Good idea, aku ingat ramai nak buat game mcm nie, tapi bila sampai kat publisher (most of them from US), terus kena ban. Hehehe.

Kalau macam tu,tak bolehkah kita membuat pengubahsuaian game aka modification terhadap game RTS yang tersedia wujud seperti World In Conflict(akan keluar bulan Mac 2007)??Game tersebut graphicnya memang 3D habis.Kita tukar negara2 dalam game tersebut dan juga kempen/misinya.Seperti yang dibuat oleh kumpulan modification dari German ni terhadap game C&C Generals Zero Hour dengan modnya Cold War Crisis, http://www.cold-war-crisis.de/wbboard/portal.php .Manakala laman web game RTS World In Conflict ialah http://www.worldinconflict.com/main/ .

Screenshots dari game World In Conflict:-

ss1.jpg

ss6.jpg

WIC231.jpg

ss16.jpg

Edited by Athrun Zala 02

Share this post


Link to post
Share on other sites

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...