Jump to content

Recommended Posts

check2 nanti ko dah dl citer best2 kasitau sbb umah aku takde line tenet.. sebnarnya aku beli sume citer korea gan jepun ni :lol:

suka tgk box set cover mcm Princess Hours tapi tak suka tgk duit terbang :lol:

SOALAN : Description: Episode 1

Download

Filename: My Boss My Hero ep01 (704x396 DivX6).srt

Filesize: 51.06 KB

Downloaded: 9205 Time(s)

apa file .srt tu???

Edited by yuririka_rikku

Share this post


Link to post
Share on other sites

file srt tu untuk subtitle ...kalo ko nak tgk cite tue ..ko rename file video tue same ngan file srt tu ...cth :

video= asang.avi

subtitle = asang.srt

letak skali dlm satu folder .....aku x donlod lagi la kat site tue ..connection slow giler ..nnt dah ok aku dl lar ...

Share this post


Link to post
Share on other sites

owh.. emm tak penah cuba kena try ni sbb cd1 My Boss My Hero aku calar giler, tak boleh nak tgk dah, ampess DVD.. dier makan cd aku (mungkin lens menatang ni dah tak betul).

ok thanke (:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Yeap dier buat bapak dier rugi berpuluh juta ringgit, tu pasal kena repeat high school blk tapi sebenarnya ayah dier nak dier menikmati kehidupan persekolahan yg dier dah terlepas.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Yeap dier buat bapak dier rugi berpuluh juta ringgit, tu pasal kena repeat high school blk tapi sebenarnya ayah dier nak dier menikmati kehidupan persekolahan yg dier dah terlepas.

wah cam menarik jer...

nantilah akan aku tengok jugak...

takde cete drama lain nak dikongsi ker...?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kebetulan aku ke sini aku turunkan beberapa website berkaitan ngan J-drama

http://www.geocities.com/doramatalk/yamato-main.html

http://jdorama.com/drama.php?id=505

http://users.adelphia.net/~gojira/yamato.htm

http://www.jdorama.com/viewtopic.3622.20.h...9f71b61d00ae4d5

harap boleh bantu korang kenal J-dorama lebih lagi....hehehe

ps: sori sume link Yamato Nadeshiko.....korang cari la ada tue faveret masing-masing

Share this post


Link to post
Share on other sites

ni antara citer jepon yang aku dah tgk.....

~Innocent witch(Takizaw Hideaki)

~Halu(Takuya Kimura)

~Beautiful life(Takuya Kimura)

~With Love

~Beach Boy

~Long Vacation(Takuya Kimura)

~Succesfull story of bright girl(korea)

~Brother(Movie/ Yakuza)

~GTO(takeshi sorimachi)

ni antara yang aku ingat la...nanti kalo aku dah ingat semua aku post balik..

Watch video online!!!Cinema Archive

Share this post


Link to post
Share on other sites

Well, still baru kat sini and harap dapat kongsi something ngn korang…Jdrama memang berlambak tapi nak dapatkan yg best payah sikit sebab kekadang diorang ni mengarut skit…tapi ada beberapa bleh aku share kat sini yg menjadi collection aku sejak aku form 3 sampai sekarang form 8..

HERO

Main cast : Takuya Kimura and Takako Matsu

Tahap kerekemenan aku : 9/10

Opinion aku :

One of the fav among the jdorama lovers sebab cite ni klaka nak mampus…Pasal seorang prosecutor Kuryo Kohei (Kimura) yang tak pernah amik ijazah tapi berjaya dalam peperiksaan perundangan(tak tau nak explain) dan seterusnya layak jadi pendakwa…Kuryo ni pelik skit sebab suka bersikap terbalik dengan kawan-kawan pendakwa dia yang lain..Dia suka sempoi tak payah pakai baju kerja time kerja(pendakwa pakai t-shirt bayangkan!) and suka giler pesan barang yang diiklankan dalam tv..pembantu pendakwaraya iaitu Amamiya(Matsu) seorang yang tegas dan berpendirian teguh dan selalu bergaduh dengan Kuryo…tetapi akhirnya Amamiya menyedari bahawa Kuryo seorang yang genius dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan sesebuah kes..Cite ni takde love scene tapi korang akan tau bile Kuryo ni jatuh cinta dengan Amamiya..so sweet..and ade satu episode bile Kuryo ni pegi rumah penjenayah nak menyiasat pastu dia terpasang cd lucah..18sx skit!Budak-budak jangan lakukannya di rumah…overall..plot dia bagus..tak kelam kabut…dialog yang bleh buat orang pikir 2 kali sebelum amik keputusan…and KELAKAR GILER!!

Hero Special Version

Main cast : Takuya Kimura and Tsutsumi Shinichi.

Tahap kerekemenan aku : 5/10

Opinion aku :

Sequel HERO tapi tak begitu memuaskan..serius aku bengang!! As a Kimura`s fan..dah lama dia tak keluar drama, sekali keluar tak begitu best ah…kira cam tak rugi lah kalau korang tak tgk pun cite ni…pasal Kuryo yang telah ditukarkan ke sebuah village which is a remote area and dia sekarang dah gile memancing plak…yang kelaka nya dia kena tangkap masa dia dapat ikan idaman dia sebab polis ingat dia penjenayah..rupa-rupanya tempat dia memancing tu ada orang dah kena bunuh before..macam biasa perangai dia yang suka pakai selekeh tak disenangi oleh pembantu pendakwaraya iaitu Shinichi yang serius juga and agak pelik perangai dia(pakai kot dengan necktie yang sama hari-hari pastu Kuryo adalah orang yang pertama perasan mende tuh..)..akhirnya semua orang dah boleh terima cara kerja Kuryo walaupun dia memang dibenci semua…time ni klaka skit…takde love scene dan yang paling aku tak puas hati..pelakon2 lama hero keluar 5 minit terakhir je…kejap nak mampos and last2 Amamiya terperanjat giler tengok Kuryo ditukarkan kembali ke Tokyo…tapi cerita ni tak habis lagi macam akan ada sambungan HERO 2…neway kalau nak try tengok HERO SP boleh je..

Love generation.

Main cast : Takuya Kimura, Takako Matsu and Junna Rissa.

Tahap kerekemenan aku : 9/10

Opinion aku :

Cerita yang mengangkat gabungan terbaik pasangan KIMURA-MATSU dan mendapat rating tertinggi di Jepun tahun 1998..cerita ni memang giler and aku dengar ada seorang peminat KIMURA-MATSU yang nak bunuh diri kalau diorang tak bercinta betul-betul kat luar set..aku pun giler tengok cerita nih..kalau korang dalam mood nak bercinta..maka tontonlah drama ini nescaya best…kisah seorang pereka iklan Teppei Katagiri(Kimura)yang begitu mencintai seni tetapi terpaksa bertukar menjadi pengurus pemasaran sebab orang tak boleh kerja dengan dia..Teppei ni suka ikut kepala dia je and suka perlekehkan idea orang…dekat tempat kerja baru, dia berjumpa dengan Riko Eusugi(Matsu) yang happy go lucky dan sebenarnya,secara kebetulan diorang dah pernah berjumpa sebelum ni and Riko dah sakitkan hati Teppei..apsal? korang tengok sendiri….kat tempat kerja baru, Teppei dipaksa potong rambut tetapi dia taknak..tiba-tiba Riko amik gunting pastu gunting rambut Teppei depan semua officemate dia…masa tu CUTE GILER muka Riko sebab dia puas hati dapat balas dendam kat Teppei!!Sebenarnya,masa tu memang rambut Kimura panjang and dia terpaksa potong demi drama ni…memang dia frust giler masa aku tengok behind the scene LOVE GENERATION..Sanae(Rissa) adalah cinta pertama Teppei yang kini menjadi tunang kepada abang dia…korang kena tengok betapa sedihnya Riko apabila dia dapat tau Teppei curang kat dia(Teppei kiss Sanae depan Riko) tapi sebenarnya Teppei tak sengaja sebab kesian kat Sanae..neway..cerita ni masih diulang tayang ke seluruh dunia dan masih menjadi bualan peminat jdrama..memang best…plot yang sangat baik dan gabungan pelakon yang mantap…rasa cam nak suruh Kimura betul-betul bercinta dengan Matsu…baru paham kenapa ada orang nak bunuh diri pasal menatang nih….^_^!!!

Long vacation

Main cast : Takuya Kimura,Yamaguchi Tomoko,Yutaka Takenouchi,Takako Matsu and Izumi Inamori.

Tahap kerekemenan aku : 9/10

Opinion aku :

Cerita yang meletupkan nama Kimura dalam persada seni Jepun…cerita yang paling best lagu-lagu dia and yang paling lama diulang tayang…Hidetoshi Senna(Kimura)adalah seorang pemain piano(poyo je..bukan terel sangat pun) yang agak pendiam dan pemalu nak mampos dengan perempuan yang dia suka iaitu Ryoko(Matsu) kawan satu U dia..dalam masa yang sama,Minami(Tomoko)seorang model yang dah berusia(31) telah tak jadi kawin dengan bekas teman serumah Senna(24) iaitu Asakura yang telah menipu si Minami ni…Minami ni dah jual rumah,kereta semua and duit tu dia bagi kat Asakura tapi pada hari perkahwinan,Asakura ni tak muncul..So Senna kesian kat Minami so bagilah tinggal kat rumah dia(sebenarnya terpaksa!Cute gile!)diorang banyak quarrel tapi akhirnya bila Minami dah pindah rumah,barulah si Senna sedar yang dia cinta kat Minami..Sebenarnya Senna telah dikecewakan oleh Ryoko yang mengaku bahawa dia suka kat adik Minami iaitu Shinji(Yutaka)…Minami lah yang banyak bagi dorongan kat Senna dan akhirnya Senna jatuh cinta kat Minami….first kiss diorang kat depan percikan bunga api tu cute gile and aku rasa ok je kalau kita kawin dengan orang yang lebih tua asalkan cinta tu ada….memang aku rekemen cite ni pasal ada satu lagu khas untuk Minami,Senna mainkan piano tu best sgt and memang sesuai ngan kisah percintaan kelakar diorang…Recommended this one!]

Aku ada berlambak lagi informations…nanti aku post lagi sebab sekarang dah ngantuk gile….(aku buat menda ni pukul 1.30 pagi)….

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hai…sambung balik…. :P

Beautiful life.

Main cast : Takuya Kimura and Takako Tokiwa

Tahap kerekemenan aku : 8/10

Opinion aku :

Agak memberangsangkan walaupun drama ni bukan fav aku sangat…Shuji (Kimura) adalah seorang hairstylist yang dipulaukan oleh family dia sebab dia refused nak sambung tradisi family dia yang dalam aliran medical(kalau tak silap) so dia terjumpa seorang gadis cacat bernama Kyoko(Tokiwa) dan telah mengubah persepsi gadis ni tentang cinta yang tak mengenal rupa dan darjat…Kyoko ni inferior sebab keadaan diri dia yang cacat so dia rasa dia tak layak bercinta…cite ni banyak giler pengajaran and quite sad sebab viewers akan tau diorang tak mungkin dapat bersama sebab Kyoko akan mati akhirnya…ada satu scene bila Shuji make-upkan mayat Kyoko masa tu yang paling menyayat hati bila dia suruh Kyoko bangun dari tempat dia `tidur`….memang sedih giler tapi aku tak berapa nak minat cerita sedih ni sebab nanti aku yang sedih lebih-lebih…so sape yang spesis aku ni..sedia dengan sekotak tisu ok…ending dia oklah tapi aku harap ada ending yang lebih baik….try to watch this and you`ll know better……..

Asunaro Hokusho.

Main Cast : Ishida Hikari, Tsutsui Michikata, Suzuki Anju, Kimura Takuya, Nishijima Hidetoshi..

Tahap kerekemenan aku : 6/10

Opinion aku :

Narumi (Hikari) seorang student di sebuah Universiti di Jepun yang telah kehabisan ubat pensel tekan masa tengah buat exam pastu dalam keadaan kelam kabut tu ada sorang mamat yang dah habis exam tu bagi pensel tekan baru kat Narumi..Narumi tak nampak muka mamat tu sebab mamat tu tak pusing belakang masa dia hantar paper kat lecturer dia…so Narumi pun berikrar untuk mencari mamat tu and nak berterima kasih kat dia sebab selamatkan Narumi..akhirnya dia terjumpa mamat tu(sebab dia ingat rupa bentuk belakang mamat tu)dan mamat tu sebenarnya ialah Kakei (Michikata) yang mempunyai sebuah group penulisan bernama ASUNARO HOKUSHO..group tu ada 3 orang lagi yang semua mereka berkawan baik giler iaitu Matsuka (Hidetoshi), Osamu (Kimura), Sega (Suzuki)….Si Matsuka ni dalam diam-diam sebenarnya gay sebab suka dekat Kakei….yang Sega pun suka dekat Kakei tapi dia pendamkan sebab dia tau Kakei suka Narumi…yang si Osamu suka kat Narumi..so cerita ni jadi complicated skit…yang aku peliknya…apehal ramai sangat yang suka kat Kakei ni padahal taklah best sangat orangnya….secara tak sengaja..si Matsuka gay ni telah tertidur dengan Sega dan menyebabkan si Sega mengandung…tapi akhirnya Matsuka ni tak sempat tau dan tak sempat tengok pun anak dia tu sebab dia mati eksiden…fiuh! Penat nak compose synopsis drama ni sebab banyak sangat isues….well..a good drama with good cast tapi tak berkenan cara dia olah skrip…lagipun cerita ni dah zaman tok adam punya cerita..tak silap 1992…patutlah baju ngan rambut ngan skrip semua old fashion….aku bleh puji message yang director nak sampaikanlah…pasal pengorbanan persahabatan…lagu dia pun bolehlah best gak…overall….aku tak berapa rekemen lah…..apa-apa pun..suke hati koranglah kalau nak tengok drama ni…lain orang..lain taste ye tak?

Good luck!!

Main cast : Takuya Kimura, Kou Shibasaki, Tsutsumi Shinichi, Rinna Uchiyama, Hitomi Kuroki.

Tahap kerekemenan aku : 9/10

Opinion aku :

Cite ni memang layan habis…seperti member-member yang lain dah comment, citer ni tengok 14 kali pun best…cite ni lah yang paling banyak kali aku ulang tengok sebab best giler…kisah seorang pilot muda Hajime Shinkai(Kimura) yang masih bertittle co-pilot dan sedang berusaha untuk menjadi kapten..di bawah pimpinan Kapten Kouda (Shinichi) yang tegas gile dan suka menyinggung perasaan staff-staff dia..walaupun Kouda begitu, sebenarnya dia care tentang cara kerja semua kakitangan Nippon Airways…Cuma dia terlalu tegas…hanya bekas awek dia je iaitu ketua paramugari Togashi Noriko (Kuroki) yang paham dia….Dia suffering daripada perasaan guilty dia yang menyebabkan salah satu kapal terbang dia terhempas 12 tahun lalu…dalam kapal terbang yang terhempas tu ada parent kepada Ayumi Ogawa(Shibasaki) yang mati semasa kejadian..so Ayumi ni berikrar nak jadi jurutera mekanikal yang terbaik supaya dapat membaiki kapal terbang dengan sehabis baik supaya tak terhempas lagi..so dia agak marah pada Shinkai pada mulanya kerana si Shinkai ni bawak kapal terbang macam taik (masa first time Shinkai landingkan plane teruk gile!)pastu kena sound dengan Ayumi..cute giler masa Ayumi kata hetta kusso(macam taik or teruk giler!)…so Shinkai angin lah tapi akhirnya Shinkai dapat tangkap maksud Ayumi sebab Ayumi kematian ibubapa dalam plane crashed...oleh kerana Shinkai ni pilot yang paling lama dilatih dalam akedemi,Kapten Kouda sentiasa memerhati Shinkai dan mengkritiknya sampai diorang hampir bertumbuk…dalam satu kejadian, Shinkai telah kemalangan semasa menyelamatkan Kapten Kouda daripada terjatuh masa diorang tengah buat latihan emergency landing..Shinkai telah terjatuh dari ketinggian 4 tingkat dan menyebabkan kakinya patah dan sukar untuk diubati…Shinkai kecewa kerana dia tak dapat jadi pilot lagi..tetapi oleh kerana kesungguhan Shinkai buat fisioterapi dan galakkan Ayumi,dia berjaya berjalan dan kembali menjadi pilot…Ayumi yang mengalami fobia naik kapal terbang akhirnya berjaya juga mengatasi masalah tu semasa Shinkai yang bawa kapal terbang tu…aku suka tengok diorang berdua ni sebab diorang tak cakap diorang love each other tapi melalui pandangan mata je cukup…serious best….lagu ost dia RIDE ON TIME by Yamashita Tatsuro inspires me a lot!!memang aku rekemen drama ni and korang takkan menyesal beli menda ni!!!

Pride.

Main cast : Takuya Kimura, Takeuchi Yuko, Sakaguchi Kenji, Nakagoshi Noriko, Sato Ryuta, Megumi..

Tahap kerekemenan aku : 9/10

Opinion aku :

Halu Satonaka (Kimura) ialah seorang kapten bagi pasukan hoki ais BLUE SCORPION yang dihormati oleh semua ahli pasukan kerana kredibilitinya yang sangat mengagumkan…Bagi Halu, hoki adalah sesuatu yang sangat penting dan bermakna dalam hidupnya berbanding cinta…Jadi, Halu menjadikan cinta sebagai suatu game…sehingga dia berjumpa Aki (Yuko) yang setia menunggu teman lelakinya yang berhijrah ke luar Negara tanpa sebarang berita selama 2 tahun..pastu diorang adakan perjanjian konon-kononnya diorang bercinta tapi kalau boifren Aki balik diorang akan putus..macam game lah…tapi lain plak ceritanya sebab diorang fall in love to each other…cerita yang simple tapi sebab aku minat gler hoki ais,memang layanlah cite nih..dengan lagu the legendary Queen (WAS BORN TO LOVE YOU) sebagai ost, memang kena habislah…great pairing tapi kenapa ni satu je dorama diorang pair ek?

Engine.

Main cast : Takuya Kimura, Koyuki, and the children!!

Tahap kerekemenan aku : 9/10

Opinion aku :

Kanzaki Jiroh (Kimura) anak yatim yang dibela Kanzaki Takeshi yang dianggap bapanya sendiri..dia seorang pelumba F3 dan kerjayanya menyebabkan dia dihalau dari rumah ..walaubagaimanapun..dia masih disayangi oleh bapa dan kakaknya…apabila dia dibuang kerja, dia terpaksa menebal muka balik ke rumahnya dan terkejut mendapati rumahnya telah bertukar menjadi rumah anak-anak yatim Kanzaki…di sini segalanya bermula….Jiroh yang tidak menyukai kanak-kanak terpaksa berdepan dengan mereka yang banyak kerenah dan comel-comel belaka..di rumah ini terdapat 2 orang guru iaitu Tomomi sensei (Koyuki) dan Motoiichro sensei ...Tomomi sensei yang begitu sabar dan rajin melayan kerenah kanak-kanak ini telah membuka mata Jiroh untuk menyayangi kanak-kanak ini…Jiroh menghadapi kesukaran untuk mendapat pekerjaan di sini dan pada mulanya bekerja sebagai pemandu kepada kanak-kanak ini ke sekolah..akhirnya Jiroh mendapat peluang untuk berlumba semula…pada masa yang sama, rumah Kanzaki terpaksa ditutup kerana pemilik rumah itu ingin menaikkan sewa rumah dan mereka tak mampu untuk membayarnya..adakah Jiroh akan menang perlumbaaannya dan adakah rumah Kanzaki akan ditutup?? Anda saksikan sendiri….Budak-budak ni memang talented and tak terpikir camane budak sekecik tu bleh berlakon…..dahlah cute!!!

Team Medical Dragon.(IRYU)

Main cast : Sakaguchi Kenji, Izumi Inamori, Abe Sadayo, Koike Teppei, Kitamura Ikki, Mizukawa Asami, Sasaki Kuranosuke, Natsuki Mari..

Tahap kerekemenan aku : 10/10!!!

Opinion aku :

Cite yang paling best di abad ini!! Adaptasi daripada sebuah manga IRYU MEDICAL TEAM, drama ini berjaya meraih anugerah drama terbaik tahun 2006..Kisah yang menggabungkan idea 10 doktor terbaik Jepun dan hasilnya cukup mengagumkan!!! Asada Ryutaro (Sakaguchi) @ Asada sensei seorang doctor pakar bedah jantung yang berkhidmat sebagai petugas NGO untuk menyelamatkan mangsa-mangsa perang di luar Negara..dia cukup dikagumi kerana tekniknya yang tak terjangkau otak manusia dan ketenangannya dalam membuat keputusan..oleh kerana di dengki oleh Dr.Kirishima(Kitamura), dia telah dibuang kerja dan kini hidup mengganggur…Dr.Katou (Izumi) yang sedang menyiapkan thesisnya dan masa yang sama bercinta dengan Dr.Kirishima telah menjemput Asada sensei untuk menyertai pasukannya bagi menjalankan pembedahan BATISTA pertama di Jepun..namun untuk menjayakan pembedahan yang sangat sukar ini, mereka memerlukan sebuah pasukan yang sangat hebat dan bermulalah pencarian pakar-pakar terhebat di hospital yang penuh korupsi iaitu Mei Shin Hospital…Miki (Mizukawa) seorang jururawat yang sangat hebat merupakan teman rapat Asada sensei semasa di NGO dan dia telah menjadi ahli pertama pasukan BATISTA (TEAM MEDICAL DRAGON) …Dr. Ijuin (Teppei) seorang doctor pelatih yang kelam kabut tetapi berjaya melayakkan dirinya menjadi salah seorang anggota pasukan TEAM MEDICAL DRAGON (TMD) kerana bagi Asada sensei, walaupun Ijuin seorang yang tiada teknik dan kelam kabut(pengsan masa tengok darah..hehehe)tetapi dia mempunyai hati yang bersih dan masih belum dikorupkan oleh hospital itu…ahli ketiga ialah Dr.Keisuke (Sasaki) iaitu doctor pakar klinikal terbaik di hospital itu dan menentang semua jabatan lain kerana baginya mereka semua telah dikorupkan oleh hospital itu..dalam suatu kejadian, Dr.Keisuke telah jatuh pengsan dan jantungnya telah berhenti..pada waktu itu jalanraya sesak dan ambulans hanya boleh sampai selepas 10 minit…dengan teknik yang hebat,Asada sensei telah berjaya melakukan pembedahan di hadapan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu dan akhirnya Dr.Keisuke berjaya diselamatkan…oleh itu, Dr.Keisuke menerima pelawaan untuk menjadi anggota TMD. Tanpa pakar bius yang bagus, pembedahan BATISTA tidak mungkin dapat dijalankan…Dr.Arase seorang doctor pakar bius di ER(emergency room)yang selalu menimbulkan kemarahan orang ramai kerana sikapnya yang annoying dan selalu dalam keadaan separuh sedar kerana mengambil dadah (atau ubat bius aku tak sure sebab dia selalu high)..hanya Kaori (gadis bar yang menjadi pelayan di sebuah bar tempat Arase selalu mabuk) yang memahaminya…Dr.Arase menolak mentah-mentah pelawaan Asada Sensei untuk menyertai TMD melainkan bayaran untuknya tinggi…namun pada suatu hari, Kaori telah ditembak oleh penjenayah di bahagian dada dan Asada sensei yang telah menyelamatkannya walaupun pada mulanya Kaori telah disahkan mati kerana jantungnya telah berhenti selama 30 saat..tetapi Asada sensei tetap cuba sebaik mungkin untuk menyelamatkan Kaori kerana otak akan mati dalam masa 5 minit tetapi jantung Kaori hanya berhenti selama 30 saat…sebagai balasan kerana menyelamatkan Kaori, Dr.Arase menyertai TMD..sebenarnya Dr. Arase seorang yang sangat baik dan lurus bendul dan sebab itulah dia dipaksa untuk membunuh beratus pesakit demi untuk mencuba ubat bius baru dan kerana itulah dia sentiasa berkelakuan buruk supaya semua orang benci kepadanya…apabila semua anggota TMD berjaya ditemui, Dr. Kirishima menjadi dengki dan cuba menghapuskan pasukan itu…Miki sebenarnya adalah adik kepada Dr. Kirishima dan dia berasa bersalah kerana abangnya itu akan cuba menghapuskan sesiapa sahaja yang menyokong Asada sensei..adakah TMD akan dibubarkan dan bagaimana akhirnya nasib pesakit-pesakit yang memerlukan pembedahan BATISTA dengan segera? Cerita medical yang paling hebat setakat ini dengan penerangan visual tentang prosedur sesuatu pembedahan dan organ yang terlibat memang menambah knowledge korang dalam medical terms…dengan lagu ost terbest pernah aku dengar AESTHETIC memang apealling!!A MUST WATCH DRAMA!!! Sesiapa yang collect TMD ANIME SERIES do not miss this one!!!!

Orange days.

Main cast : Shibasaki Kou, Tsumabuki Satoshi, Narimiya Hiroki, Ueno Juri

Tahap kerekemenan aku : 9/10

Opinion aku :

Kai Yuki (Satoshi) seorang senior di sebuah university dalam jurusan social welfare psychology..dia nak cari kerja part time tapi susah nak dapat kerja…satu hari dia terjumpa seorang gadis pekak Sae Hagio (Kou) iaitu seorang pemain violin yang hebat…oleh kerana dia kehilangan deria pendengarannya maka dia menjadi rendah diri dan menutup pintu hatinya untuk cinta…walaupun camtu,Kai Yuki tetap sabar untuk meraih perhatian Sae kerana dia dah jatuh cinta ngan Sae…cerita ni buat aku terpikir betapa susahnya menjadi orang yang kekurangan dan buat aku bersyukur atas apa yang ada…cite dia simple je tapi interesting….great stuff!!! :)

I`ll be back!!!^_^!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites

ader sesiape yang de maklumat mengenai drama...

1. Hyoten 2006 SP Part 1

2. Hyoten 2006 SP Part 2

yang mengandungi subtitle...

rasanya yang aku jumpe semuanya raw lagi..

Details

Title: 氷点

Title (romaji): Hyoten

Also known as: Freezing Point

Format: Tanpatsu (2 Episodes)

Genre: Drama

Broadcast network: TV Asahi

Broadcast period: 2006-Nov-25 to 2006-Nov-26

Air time: 21:00

Viewership ratings: 12.6, 17.3

Theme song: Rokka Ballad by Hajime Chitose

Related shows: Hyoten 2001

The young daughter of Tsujiguchi Keizô, a respected physician who runs his own hospital, is found murdered. Keizô secretly blames his wife Natsue because he suspects her of having an affair with his colleague Murai, and having been too distracted to keep proper watch over the child. Being a proud man, he does not accuse her directly, but concocts, instead, a twisted revenge against her. Pretending it is to comfort his devastated wife, Keizô arranges for them to adopt a baby girl. What he hasn’t told Natsue, is that the baby is the orphaned daughter of the murderer, a tragic day-laborer who has hanged himself while in police custody. He plans to reveal the child’s origins after Natsue has given her heart to the child-- when it will cause the greatest possible hurt.

Over the years, Keizô has a number of experiences that shake him up and cause him to examine his own inner nature with a critical eye. In the meantime, Natsue loves the child Yôko with all her heart until the day she stumbles upon the truth. Her attitude towards Yôko changes 180 degrees, and Yôko’s life turns into a nightmare. Other characters whose lives are affected by this insidious scheme of revenge include Keizô’s colleagues, their son Tôru, who develops inappropriate romantic feelings towards his adopted sister, and Tôru’s college classmate Kitahara. Kitahara and Yôko are becoming close friends when Natsue, who feels attracted to Kitahara herself, reveals the truth of Yôko’s birth in an attempt to separate them. Yôko goes into shock and wanders out into a snowy forest where she attempts suicide by taking poison. The letter she leaves for her family is the core of the whole novel and the source of the title. The novel comes to a close with one more unexpected revelation concerning Yôko’s birth, but Yôko lies in a coma and it is not entirely clear whether she will survive.

Cast :

Iijima Naoko as Tsujiguchi Natsue

Nakamura Toru as Tsujiguchi Keizo

Tegoshi Yuya as Tsujiguchi Toru (23~)

Kitamura Kazuki as Murai Yasuo

Honjou Manami as Matsuzaki Yukako

Kubozuka Shunsuke as Kitahara Kunio

Nakao Akiyoshi as Mitsui Tetsuya

Kaku Chikako as Mitsui Keiko

Yasuda Misako as Kanou Yumi

Kanjiya Shihori as Aizawa Junko

Jinnai Takanori as Takagi Yuusuke

Ono Takahito as Detective Wada

Togawa Fumiya as Tsujiguchi Toru (14~)

Morisako Ei as Tsujiguchi Yoko (9~)

Takeshita Keiko as Tsujiguchi Yoko (60)

Tsugawa Masahiko as Kitahara Kunio (65)

chart

Bile kuar nih!!!! Baru sgt lagi!!! kalau Yukimura tak cakap aku pun tak tau!! paling-paling bulan depan baru ade kat CM nun!!! :rolleyes:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Yamato Nadeshiko...

cete mengenai apo...? :blink:

click yamato nadeshiko...citer lama nie...tahun 2000 nye...pernah kluar kat tv3 dlu...pasal pramugari dr kluarga miskin nak kawin ngan org kaya...

vh55omfb2e23aki0.th.jpg

n citer paling layan...ala ala love hina...mmg jalan citer cam love hina la...bg sesapa yg pernah lyan anime love hina...click Glory Days...

tp duk bebudak matang jek yg boleh layan...wakaka...

Share this post


Link to post
Share on other sites

akechi n nutda.....

korg ni cam otaimer jdrama ek??? :blink:

i litre of tears aku dh tgk...trimas...sdih...isk2

akechi, nutda...

bg aku link direct dwnld(xnk torrent k...) cter2 korg suggest...klu ade...

aku brbsar ati klu korg dpt bg...plz

hait..hait... :rolleyes:

Share this post


Link to post
Share on other sites

akechi, nutda...

bg aku link direct dwnld(xnk torrent k...) cter2 korg suggest...klu ade...

aku brbsar ati klu korg dpt bg...plz

hait..hait...

Ok..kat sini aku ade beberapa direct link yang aku bleh share ngn korang..tapi korang kena tenang and jgn gelabah bila tak dapat sebab korang kena cuba dulu baru berjaya….dlm website ni ade anime skali tapi aku bagi jdorama dulu…silakan…. :unsure:

Densha Otoko

Dragon Zakura

Gokusen

Gachi Baka!!!

Hana Yori Dango

Kimmi wa petto!!

Kurosagi

Long Vacation

Nobuta wo Produce!!

Pride

GTO (GREAT TEACHER ONIZUKA!!)+++BEST GILER+++

Yang ni Faveret AKu!!!! :D

TEAM MEDICAL DRAGON

ok kawan-kawan...cuba dulu...KALAU DIA SURUH DOWNLOAD MEGAUPLOAD..KORANG DOWNLOAD JER(BANYAK GUNANYA DAN JIMAT MASA)...PAS DAH DL MEGAUPLOAD,KORANG AKAN DISURUH ENTER PASSWORD YANG TERTERA KAT SITU(NANTI KORANG TAULAH)..PASTU TERUS DIA DOWNLOAD....SIMPLE....!!!SEMOGA BERJAYA!!!!

Saper ade torrent lagi best!!!!

pegi kat

D-Addicts

kat sini lagi melambak drama,manga dan sebagainya....kalau tak tau nak guna torrent..aku cadangkan guna ni

UTORRENT

korang download the latest version punye...uTorrent 1.6.474!!! better dari sape guna BT...futhermore..ram pun tak byk guna...

GOOD LUCK!!!!! :D

(SAPE NAK ANIME CAKAP KAT AKU!!! SAPE NAK GOKUSEN 2 PUN CAKAP KAT AKU!!!)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...