Jump to content
Sign in to follow this  
anonymous

Ruangan Bisnes & E-duit

Recommended Posts

Aku cadangkan pihak putera.com supaya tutup terus forum Bisnes dan e-duit. Sebab menjijikkan la aku tengok. Menjatuhkan martabat orang melayu. Dah la orang melayu memang dah tak pandai berniaga, ditambah pulak dengan forum khas macam ni seolah-olah kita galakkan orang melayu untuk join MLM dan skim cepat kaya.

Bagi aku la, bisnes ni tak perlukan special forum. Patut dihumban dalam longkang aje. Apa lagi nak bincang bab meniaga?? Nak korek rahsia dari org-org yang dah berjaya? Let me tell u the truth - hanya org yg bodoh saja yg akan kongsikan kejayaannya dengan org lain.

Tu je la aku nak bagitau. Forum Jual-beli tu dah sesuai dah sangat. Kat situ patutnya bisnes-bisnesman kita lepak. Be practical. Tak payah nak bincang-bincang macam org lembap. Tengok macam forum lowyat je contoh paling dekat. Bisnes boleh buat kat mana-mana diorang suka. Itu mentaliti yg patut kita tiru. Tidak terhad pada forum atau sab-forum yang seolah-olah menunjukkan pemikiran orang melayu yang sempit dan kuno. This is how they make money. Also this is why bangsa lain lebih maju dari kita.

Sekian,

wassalam.............

Edited by anonymous

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku cadangkan pihak putera.com supaya tutup terus forum Bisnes dan e-duit. Sebab menjijikkan la aku tengok. Menjatuhkan martabat orang melayu. Dah la orang melayu memang dah tak pandai berniaga, ditambah pulak dengan forum khas macam ni seolah-olah kita galakkan orang melayu untuk join MLM dan skim cepat kaya.

Bagi aku la, bisnes ni tak perlukan special forum. Patut dihumban dalam longkang aje. Apa lagi nak bincang bab meniaga?? Nak korek rahsia dari org-org yang dah berjaya? Let me tell u the truth - hanya org yg bodoh saja yg akan kongsikan kejayaannya dengan org lain.

Tu je la aku nak bagitau. Forum Jual-beli tu dah sesuai dah sangat. Kat situ patutnya bisnes-bisnesman kita lepak. Be practical. Tak payah nak bincang-bincang macam org lembap. Tengok macam forum lowyat je contoh paling dekat. Bisnes boleh buat kat mana-mana diorang suka. Itu mentaliti yg patut kita tiru. Tidak terhad pada forum atau sab-forum yang seolah-olah menunjukkan pemikiran orang melayu yang sempit dan kuno. This is how they make money. Also this is why bangsa lain lebih maju dari kita.

Sekian,

wassalam.............

terima kasih di atas cadangan yg diberi. Bagaimanapun sebahagian daripada pendapat saudara bertentangan sama sekali dengan idea saya. Tak salah kan jika idea kita bercanggah? Biar saya jelaskan hujah saya...

Forum bisnes adalah ruangan untuk 'orang kita' berbicara soal perniagaan, bertukar-tukar idea, mencari peluang dan setidak-tidaknya mencari rakan-rakan yg sama-sama minat dalam perniagaan, terutamanya yg berkaitan dgn ICT. Secara langsung akan menaikkan martabat, bukan menjatuhkannya. Jika saudara kata org melayu tak pandai berniaga, jadi inilah serba sedikit sumbangan kami untuk membantu mereka yg berkehendak. Jika kereta digunakan oleh penjenayah untuk merompak bank, tak kan kita nak semua kereta-kereta dalam dunia ini dihumbankan ke dalam longkang, betul tak? Jika dulu nabi tunggang unta, tak kan kita nak kilang proton jadi ladang ternak unta, begitulah perumpamaannya.

Saya tahu, saudara berpendapat demikian kerana terasa jijik dengan bisnes MLM dan skim cepat kaya.

Di forum bisnes, saya tahu yg selalu juga terlepas topik2 bisnes yg tidak sesuai, tapi jika saudara teliti, majoriti perbincangan di situ adalah yg berkaitan dgn bisnes dan amat berguna kepada mereka yang mengikutinya (saya tak pasti sama ada saudara ada mengikutinya atau tidak).

Di forum e-duit pula, mmg saya tak nafikan kat situ berkumpulnya bermacam2 topik yg menjijikkan saudara. Forum yg ini saya sediakan khas untuk membendung masalah pembanjiran topik2 berkenaan di ruangan forum yg lain. Jadi sekurang-kurangnya ada tempat utk mereka berkumpul sesama mereka.

Saya juga limitkan setiap orang supaya tidak menghantar posting semata-mata nak promote referral sahaja.

Saya wujudkan ruangan itu bukan itu promote bisnes-bisnes taik, tetapi ruangan untuk mereka berhujah ttg aktiviti-aktiviti yg berkaitan. Ruangan untuk orang seperti saudara mengemukakan pendapat saudara kepada mereka.

Berkenaan kenyataan saudara bahawa "hanya org yg bodoh saja yg akan kongsikan kejayaannya dengan org lain", saya rasa kenyataan itu hanyalah satu luahan perasaan kekecewaan sendiri sahaja. Mungkin rezeki saudara belum bertemu dgn org yang ingin berkongsi kejayaan, atau pintu hati saudara tertutup dari mendengar org2 yg ingin berkongsi rahsia kejayaan mereka dgn saudara.

Bagi saya, skim cepat kaya memang bisnes taik dan memang patut dihumbankan hatta ke lubang jamban sekalipun. Tapi saudara jangan keliru dengan MLM. MLM hanyalah salah satu kaedah pemasaran jenis jualan langsung, cuma masalahnya ramai pengamal MLM yang mengotorkannya dgn sifat2 skim cepat kaya.

MLM dan skim cepat kaya sebenarnya berkongsi satu kaedah yg serupa yg menyebabkan orang salah anggap dan ada juga yg mmg salah guna. Kaedah itu ialah: orang cari orang.

Saya mmg tidak expert bidang ini, tetapi biar saya kongsi sedikit pengetahuan yg saya ada dgn saudara dan ahli2 yg forum. Dalam bisnes MLM yg tulen, kita biasanya adalah pengguna, dan jika kita rekomen kpd org lain dan dia juga jadi pengguna, maka kita akan dapat komisen. Dan jika org yg kita rekomen itu kemudiannya rekomen kpd org lain, maka kita masih dapat komisen terntentu, dan ini berlanjutan sehingga ke beberapa tahap. Jika kita tidak menjadi pengguna, kita mungkin jadi penjual, untuk memastikan kita terus dapat komisen dari penggunaan/penjualan dari org2 yg kita rekomenkan dulu (disebut downline). Masa kita join, kita mungkin kena bayar minimal fee, dan biasanya jika org yg kita rekomenkan itu join, kita tak dapat apa-apa pun.

Sebaliknya dalam skim cepat kaya. Bila kita join, kita kena bayar jumlah yg tinggi, alasannya untuk sebagai modal, beli produk yg tak nampak (macam saham, membership etc) atau produk yg value rendah (macam website, barangan kualiti rendah tapi diletak harga tinggi, etc.). Dan setiap kali bila kita rekomenkan kepada orang lain, kita akan dapat keuntungan. Komisen dari jualan mungkin ada juga, tapi keuntungan dari penyertaan ahli baru biasanya lebih menguntungkan. Dan selalunya juga keuntungan yg ditawarkan adalah diluar tabii bisnes biasa. Saham dan produk berbentuk perkhidmatan adalah antara produk 'virtual' yg selalu dijadikan umpan skim cepat kaya.

Dalam dunia skrng, tak kira di Malaysia atau luar negara, ramai manusia yg tamak, oleh itu banyak bisnes2 hibrid yang muncul - iaitu skim cepat kaya yang berselinding di sebalik jualan langsung jenis MLM - memandangkan kedua-duanya adalah mirip manakala MLM pula adalah sah sedangkan skim cepat kaya adalah haram.

Dan last sekali, ttg pendapat saudara yg mengatakan bahawa perbincangan bisnes tidak perlu "terhad pada forum atau sab-forum yang seolah-olah menunjukkan pemikiran orang melayu yang sempit dan kuno. This is how they make money. Also this is why bangsa lain lebih maju dari kita."

Saya fikir itu hanya kaedah. Kaedah yg saya pilih adalah untuk menjadikan topik lebih tersusun dan user lebih terarah dalam berfikir, dan tidak sekali-kali akan mengkunokan atau menyempitkan pemikiran sesiapa. And yes, may be that is how they make money, but that is not the only way to make it. And that is not also the ultimate reason why bangsa lain lebih maju dari kita.

Saya harap there's no hard feelings, ok! Saya harap komen saya ini tidak dianggap sebagai "tidak boleh terima kritikan".

Saya memang terima kritikan, dan saya menerima kritikan ini dengan baik sekali kerana mampu memberikan pendapat saya. Jika saya tidak dapat terima kritikan, dah tentu saya yg berkuasa akan padamkan sahaja topik ini, betul tak?

Jika saya rasa saya sentiasa betul, sudah tentu saya tak akan tanya "betul tak?".

:)

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku cuma bertindak memadam, mengunci kalau:

1. ada reference link pada isi kandungan

2. dapat komplen/report dari user, dan setelah dikaji memang ada unsur tidak kebolehpercayaan

tapi setakat ni aku sendiri pun tak reti nilai mana satu betul mana satu tak betul dalam e-duit tu :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku rasa tak payah tutup bahagian tu :Dcuma delete je topik2 lama yg tak aktif dah.walaupun kekadang aku ada promote benda2 kat situ..(dulu la):D tapi bayangkan kalo tempat tu takda..hehhehe..abis semua tempat bhgn ada yg post program2 diaorang hahha..penat gak nak del dan bagi warning satu2

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku suka dengan kenyataan nih. Let me tell u sumething :-

Aku cadangkan pihak putera.com supaya tutup terus forum Bisnes dan e-duit. Sebab menjijikkan la aku tengok. Menjatuhkan martabat orang melayu. Dah la orang melayu memang dah tak pandai berniaga, ditambah pulak dengan forum khas macam ni seolah-olah kita galakkan orang melayu untuk join MLM dan skim cepat kaya.

Paling aku suka adalah kenyataan yang aku boldkan kat atas. Sungguh MERAPU dan memang menjijikkan bila aku tengok seolah-olah ko tak yakin yang bangsa ko pon boleh berniaga. Kalau tak ajar melayu berniaga then bila lagi? Nak suruh melayu kena tipo ngan apek kerap-kerap macam nih? disebabkan diorang hanya pengguna-pengguna sahaja yang tak reti nak jual barang balik?

Untuk pengetahuan ko, selalunya arang akan keluar kenyataan camni bila ada dua kedai yang menjual barang yang sama, "Jangan pegi kedai melayu, nanti dia charge mahal. Baik pegi kedai apek" camtu kah mentaliti orang melayu kalau bangsa dia sendirik yang nak berniaga?

Banyak syarikat-syarikat gergasi kat mesia nih dikuasai oleh koperat Melayu. Cara otak Melayu berbisnes lebih baik dari apek tapi disebabkan penyakit :-

  1. Malas
  2. Dengki
  3. Bebai (tau tak bebai nih apa?)

Menyebabkan Melayu gagal dalam bisnes. Ditambah pulak dengan mentaliti pembeli Melayu yang :-

  1. Hipokerit
  2. Memilih bulu

Menyebabkan bisnes Melayu langsung takleh jalan. Heran kan?

Bagi aku la, bisnes ni tak perlukan special forum. Patut dihumban dalam longkang aje. Apa lagi nak bincang bab meniaga?? Nak korek rahsia dari org-org yang dah berjaya? Let me tell u the truth - hanya org yg bodoh saja yg akan kongsikan kejayaannya dengan org lain.

Kesian kat Azizi Ali yang selalu duk buat bengkel camner nak berbisnes dalam sektor hartanah. Bodoh betui dia kan kan kan?

Untuk pengetahuan ko, hanya orang bodoh yang sebenarnya yang tak reti merebut peluang yang ada. Kesian kan Azizi Ali, kesian kat Dr. M dan kesian kat Petronas yang selalu menaja pelajar Melayu. Mereka nih bodoh lah kan kan kan kan? Tambah kesian lagi kat UITM...huhuhuhu KESIANNYA.

Tu je la aku nak bagitau. Forum Jual-beli tu dah sesuai dah sangat. Kat situ patutnya bisnes-bisnesman kita lepak. Be practical. Tak payah nak bincang-bincang macam org lembap. Tengok macam forum lowyat je contoh paling dekat. Bisnes boleh buat kat mana-mana diorang suka. Itu mentaliti yg patut kita tiru. Tidak terhad pada forum atau sab-forum yang seolah-olah menunjukkan pemikiran orang melayu yang sempit dan kuno. This is how they make money. Also this is why bangsa lain lebih maju dari kita.

Kenapa tengok lowyat? Kalau ko rasa lowyat tu baik then pegilah berforum kat sana. Tak heranlah bila aku cakap kat sana banyak sembang kosong ala-ala SPAM dari perbincangan ilmiah. Sebab bleh post apa-apa pasal bisnes kat mana-mana tempat :rolleyes:

Bagi aku, memandang cara posting ko yang menyebabkan melayu nampak sangat pemikiran pendek. Tak terbuka. Kenapa bisnes kena bincang? Kerna, kalau ko nak buat satu-satu business then kena tanya pakar camna nak buat, camna nak arrage modal, camna nak urus dan blablabla. Orang akan bagi tip-tip dan teknik camner nak run business smoothly. Itu yang dimaksudkan forum : membincangkan sesuatu dengan point-point yang bernas.

Sapa tanak berkongsi kejayaan, then dia tulah orang yang kedekut ilmu perniagaan. Orang yang kedekut ilmu nih tak akan kemana ilmunya. Tak akan berkembang ilmunya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pertama sekali terima kasih kerana berikan respon. Aku sebenarnya memang nak timbulkan isu ni lama dah ( cuma belum ketemu masa yg sesuai ). Baru hari ni aku dapat tahu ada event ke Smart Digital jadi aku timbulkan isu ni hari ini dengan harapan Shanai nampak akan topik ni supaya dia dapat berikan pandangannya dalam hal ni.

Aku berpuas hati dengan jawapan yg diberikan oleh Shanai. Aku dengan Shanai sebenarnya ada banyak persamaan ( mungkin ramai yg tak perasan ), cuma kali ni ada sikit percanggahan. Tapi tak mengapa.

Berbalik kepada tujuan aku persoalkan ruangan bisnes & e-duit tu aku sebenarnya aku nakkan kepastian sebab ramai yang kurang senang dengan kewujudan forum tu. Forum tu dah lari dari tujuan asal ia diwujudkan. Bagus lah bila tuan punya dah respon dalam hal ni dengan panjang lebar. Sekurang-kurangnya aku dah faham.

Pada aku sekarang ni bukan masa utk kita bertojai sapa betul atau sapa salah. Aku cuma nak ubah nasib kita sendiri, itu tujuan aku. Sapa lagi yg akan ubah nasib kita kalau bukan kita kan? Sebab tu aku cadangkan ruangan tu ditutup saja. Kalau cadangan ni tak diterima takpa. Mungkin ada cadangan-cadangan lain yang lebih sesuai, mungkin? Memang betul, ada sesetengah topik-topik taik tu memang patut dihumban dalam jamban.

Sekian, trima kasih....... Harap ambil pandangan dan kritikan aku sebelum ni secara holistik. Tak perlu quote

sekerat-sekerat hanya kerana nak menyerang peribadi aku.

dan Slamat maju jaya.....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pertama sekali aku memintak maaf kalau post aku agak mencalarkan pemandangan ko. Beberapa sebab aku qoute post ko sekerat-sekerat :-

1. Disebabkan kenyataan "Dah la orang melayu memang dah tak pandai berniaga"

2. Pandangan aku terhadap posting ko

3. Kecaman aku terhadap pandangan ko

4. Perbandingan yang dibuat oleh ko

Cuba baca balik apa yang ko tulis di post pertama. Apa yang ko nak sampaikan sebenarnya? Adakah :-

1. Menyebut mentaliti melayu dalam bidang perniagaan?

2. Membanteras melayu dari menceburi bidang perniagaan?

3. Menggalakkan melayu untuk menjadi end-user jer?

Adakah aku tepat dalam menilai post ko dari sudut holistik?

Menyebut topik yang patut / tak patut dihumban ke jamban tu ko PM moderator sendiri.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Den dulu pernah terpikir nak discard jer e-duit dari mata den, yer la, HYIP tu semua scam, den tertipu dan alamak, e-gold darkwan x bayar balik lagi. hehe

e-duit.... + hyip= trash!

e-duit+ idea bernas(cth jual peta malaysia guna paypal)=Ada kemajuan

soo.. kalo ada topik berunsur Skim Piramid atau Hyip, mod. delete jer.. sakit mata den... dan selalunya budak aktif dalam ruangan tuh selalunya posting kosong! yer kosong!!! x guna! diorang ingat putera nie apa? iklan percuma kepada kekesalan tak sudah?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Banyak-banyak bahagian, satu jer aku rekemen untuk buang teruih dari putera iaitu bahagian e-duit

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalo ruangan bisnes kekalkan jer la...kang susah pulak user...e-diut tu aku tak tau pekejadah satu haram langsung...kalo nak buang ....buang la..aku tak halang apa2...bisnes jangan buang..hahahaha

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalo ruangan bisnes kekalkan jer la...kang susah pulak user...e-diut tu aku tak tau pekejadah satu haram langsung...kalo nak buang ....buang la..aku tak halang apa2...bisnes jangan buang..hahahaha

Kawe raser, ada baiknya kekalkan apa2 forum pun. Ini kerana kita ada pilihan dan peluang. Jangan kerana dah kene tipu, ko bakar abih sumer kelambu. Satu hari nanti, kalo ada sistem HYIP yang betul baik, kemain pulak ko memujinyer.

Kawe punyer downline pun rugi riban2. Tak kisah pun. At least Putera boleh update dan alert apa yang perlu.

Kawe raser pun, e-duit ni berkembang sbb ADMIN pun join gak dulu.

Kalo tak suka, banyak lagi ruangan yang boleh masuk. Pilih yang berkenaan dengan yang mahu masuk saja. Kalau tak suka, jangan masuk la. Apa susah sangat?

Kawe paling suka kalu bahagian tugasan (Pendidikan) tu dimasukkan dalam ruangan bisnes. Kang ada jugak ahli putera yang akan buat bisnes tugasan dan final project? Ini membuka peluang kepada ahli putera yang pakar dan professional sendiri. Ini sudah berlaku dimana2 negara maju yang mana mereka menjual hasil akademik mereka.

Pandangan kawe, bukan mudah nak create satu bende baru. Hanya mereka terpilih Allah Taala sahaja yang mampu berbuat demikian. Kawe pun, kalo sesaper nak wat projek akhir bahagian IT dan Elektronik, kawe sedia membantu. Kalo bagi imbuhan, kan lagi baguih. Bukan kawe kebulur duit sangat, cuma dapat sama2 share the ideas dan extend kepada orang lain pulak.

Ini hal buat assignment saja, habih sumer ahli gempak2 bebudak baru nak wat assignment. Macam sial betul. Jangan la hipokrit yang kita tu pandai sangat. Walaupun semua orang tak suka hipokrit, tapi tetap kita suka buat jugak. Hidup ini sementara sahaja. Kepandaian tu kita tu hanya akan dibawa masuk kubur jugak. Apa kata sebelum masuk kubur, kita releasekan sikik idea2 yang ada tu untuk kesejahteraan umat yang masih bernyawa lagi? :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

bagi den, gahagian e-duit tuh.. alamak.. kene ada banyak mod tegas la...

nampak jer HYIP! bunuh!

Share this post


Link to post
Share on other sites

hmm jika aku firkirkan balik..selepasa dipertimbangkan.. sagment e-duit tu cam patut ada jer..aku nak jugak la belajar e-duit melalui portal putera ni...senang sikit..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ahaha! den tak kata e-duit patut di hapuskan.. cuma isi dia tuh, kene la tapis... HYIP, Ponzi, randompay, korang delete la.. sakit mata den ...

Haha.. den dok tercari cari kalau member aktif e duit post dalam ruangan lain sebanyak 200 post, susah nak jumpa beb!

Share this post


Link to post
Share on other sites

sebenarnya tidak perlu hapuskan pun takpe, semua bergantung pd penilain user yg baca sesuatu thread tue hatta thread tue ada unsur2 scam/penipuan. aku pasti dengan penilaian dan menggunakan akal fikiran sesuatu forum kat eduit tue x payah kawal pun takpe.

just my 2 cent~

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tu la masalahnya, bukan semua penguna internet cekap pasai selok belok Internet sebenarnya, jadi.. sekarang nie kita yang tahu, kene tolong diorang nie, supaya tak tertipu!

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tu la masalahnya, bukan semua penguna internet cekap pasai selok belok Internet sebenarnya, jadi.. sekarang nie kita yang tahu, kene tolong diorang nie, supaya tak tertipu!

Den memang setuju ngan pendapek ko tu. Tak ada administrator. Tu yang banyak lintang pukang buat iklan. Elok gak SHANAI buat screening dulu. Tah bertahun dah nak cari moderator e-duit.

Skang ni e-duit dak manyak merapu dah. Dulu masa zaman ST, 12DP lonjak naik, memang e-duit punyer forum meriah. Skang ni kureng skek...

Share this post


Link to post
Share on other sites

sape jer yang korang detect paling aktif dalam e-duit tu?kalo ada suruh jer dia jadi moderator yang baru..kalo aktif maksudnya faham konsep kan..jadi menda merapu akan hilang oleh pantauan yang moderator buat...jadi mata tak sakit lagi..

cam ko lanminhazimteam sampai sakit mata..cam selalu jengak thread tu jer...ko jadi mod baru la..demand kan abg shanai..hehehehe..

Share this post


Link to post
Share on other sites

=_=! takan sampai nak lantik aku jadi Mod, giler ker..

ala.. benda cam nie ramai orang bleh buat.. Cuma paham apa itu Skim Piramid dan benda yang berunsur penipuan.. Delete jer... dan .. ruangan e-duit hanya untuk member 100+ posting jer leh create topik, nak reply... 50 keatas dah ler...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Lar.. member senior cam kita mungkin akan dapat hak walaupun sekecil Edit dalam forum E-duit, rasanya la... Walau camna pun, ruangan E-duit semakin hari semakin merapu jer... banyak sangat Scammer dafar semata2 nak tambah referal diorang, benci betul!

Share this post


Link to post
Share on other sites

=_=! takan sampai nak lantik aku jadi Mod, giler ker..

ala.. benda cam nie ramai orang bleh buat.. Cuma paham apa itu Skim Piramid dan benda yang berunsur penipuan.. Delete jer... dan .. ruangan e-duit hanya untuk member 100+ posting jer leh create topik, nak reply... 50 keatas dah ler...

haa yang nie sokong..so xler sekadar login sbb nak promote link je..diorang kena aktif kat bahagian lain jugak

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...