Jump to content
Sign in to follow this  
azuan

Perhatian! Baca Topik Ini Dahulu

Recommended Posts

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak akhir-akhir ini ruangan forum "Pejabat & Internet" telah disalahgunakan secara terang-terangan. Maka dengan ini satu garis panduan diwujudkan untuk bahagian ini.

Sila maklum bahawa tujuan sub-forum ini diwujudkan:

Perbincangan berkaitan apa-apa perisian kegunaan pejabat atau Internet seperti Word, Excel, PowerPoint, IE, Netscape, Mirc, YM, ICQ, dll.

Kegunaan pejabat: bukan bermaksud menggunakan kemudahan pejabat macam harta sendiri punya. Admin ada menyatakan berkenaan "MIRC", "YM" dan sewaktu dengannya, bukan bermaksud menggunakan mirc, ym, torrent di PEJABAT, sebaliknya lebih kepada skop "perisian internet".

Oleh itu, diharapkan tuan-tuan dan puan-puan yang bijaksana ambil maklum berkenaan perkara ini. Putera.com bukan satu platform yang membincangkan atau berkongsi idea bagaimana nak memecah sesebuah sistem sekuriti seperti firewall.

Bagaimana untuk melepasi tapisan keselamatan dengan cara yang salah. Satu perkara mudah yang anda perlu fikirkan: tujuan utama firewall dipasang di sesebuah institusi, organisasi, tidak lain dan tidak bukan untuk menyekat. Itu tujuan ianya dibeli, bukan murah punya perkakasan tu, ada yang mencecah puluhan ribu ringgit.

Jika anda tidak menghormati perkakasan itu sekalipun, hormatilah orang yang bertanggungjawab membuat kerja berkenaan. Cuba bayangkan andaikata anda sendiri diberi tanggungjawab menjaga keselamatan sistem, dan ada dikalangan ahli komuniti anda berusaha memecah sistem itu, dan anda tahu siapa orang itu.

Apa perasaan anda? marah? kecewa? atau takda rasa apa apa pun?

Sila hentikan perbincangan seperti ini, atau anda akan diberi amaran berupa sekatan menggunakan forum, ataupun kami akan melanjutkan perkara ini kepada pihak berwajib, majikan anda sendiri, atau pihak bertanggungjawab di institusi tersebut, berdasarkan kepada maklumat alamat IP anda sendiri.

Jika anda rasa anda selamat kerana menggunakan komputer awam, komputer dibelakang NAT, atau proxy, atau anonymous, sila fikir semula. Gunakan kemudahan yang diberi dengan sepatutnya. Jika pentadbir sistem di tempat anda berkata "tidak boleh" maka maksudnya tidak boleh. jika ada firewall yang menyekat akses anda ke internet, maknanya tetap sama, "tidak boleh"

Sekian, harap maklum.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...