Jump to content
abixpert

Bart's Preinstalled Environment (bartpe)

Recommended Posts

thanX aMer untuk FAQ

Soalan Lazim mengenai BartPE

-------------------------------

1- BartPE..apa tu?

BartPE tu Windows boot cd - setengah orang merujuk dia kepada Windows live cd, boleh buat dengan menggunakan cd Windows XP atau Windows server 2003 sendiri. Kena download pe builder(~4 Mb) dulu kalau nak buat..Masa proses build cd tu, Windows tu akan di pra pasang dalam cd tu bersama-sama dengan program (plugin) yang kita nak masukkan sekali.

2- PE dalam BartPE tu apa dia?

Pre-install Environment..Persekitaran pra pasang..

3- Saya pernah dengar pasal WinPE sebelum ni. Ada beza ke BartPE dengan WinPE?

Benda hampir sama tapi tak serupa...WinPE tu produk rasmi microsoft di mana mereka hanya keluarkan kepada OEM untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan OS. Jadi, kita sebagai pengguna biasa, tak boleh guna WinPE tu. Tu dari segi lesen penggunaan. Berbeza dengan WinPE, BartPE ni sesiapa boleh buat, asalkan ada cd Windows..Selain tu, perbezaan paling ketara ialah dalam WinPE tak ada antaramuka bergambar, dia cuma ada command line. Tak dapat bayang? Buka command prompt, kemudian buka task manager dan terminate kan proses explorer.exe Macam tu la rupa WinPE..ada command prompt ja..BartPE ada antaramuka bergambar (GUI) - windows, button, taskbar dsb - sama macam windows yang kita guna. Dari segi plugin, bilangan plugin tidak terhad dalam BartPE, tapi dalam WinPE ianya sebaliknya.

4- Plugin..Sama macam plugin yang kita biasa tambah pada sesuatu program ke?

Tak..Itu benda lain..Plugin dalam BartPe ni adalah program yang kita letak dalam tu.

5- Tujuan BartPE..nak buat apa sebenarnya?

Windows boot cd..Kita boleh boot dari cd tu, tak kisah la Windows di hard disk kita tu dah corrupt ke tak..sebenarnya BartPE tak bergantung pada apa-apa sistem operasi (OS) yang ada dalam hard disk tu. Tak kisah la dalam hard disk tu ada linux ke, Windows ke, sebab kita sebenarnya boot dari cd tu bukan hard disk..Bila kita dah berada dalm BartPE, kita akan dapat akses penuh ke hard disk dalam pc tu..Ini bermakna, kita boleh sebagai contoh, padam/tulis/pindah data dalam har disk tu. Jadi, ini secara langsung, membolehkan kita menyelamatkan data-data penting pada hard disk tu andaikata sistem operasi dalam hard disk tu dah tak boleh nak start..Registry windows dalam hard disk tu pun kita boleh edit melalui BartPE - edit secara offline..Selain tu, kalau kita nak view/create/resize/delete partition pada hard disk tu pun boleh, tak ada masalah. Nak edit/reset password admin pun boleh..tongue.gif Tapi, apa yang kita boleh buat dengan BartPE tu semuanya bergantung pada plugin yang kita letak dalam cd tu..

6- Ok..saya ada partition NTFS..Bukan ke boot cd/disk biasanya tak boleh nak baca NTFS..Jadi, kalau guna BartPE ni, boleh baca?

Boleh..tak ada masalah..dia boleh baca/tulis data dalam partition fat/fat32/ntfs. Sama macam Windows la..Kalau nak baca partition Linux pun boleh jugak - ext2, ext3, ext4, Reiser etc tapi dengan bantuan plugin yang kita tambah, bukan secara natively dari BartPE. Semua bergantung pada plugin

7- Semua bergantung pada plugin? Kalau nak main games macam WarCraft dsb. dalam tu boleh jugak ke?

Soalan apa ni? Entah..Saya tak pernah cuba tapi saya tahu ada orang pernah main game Half Life Blue Shift dalam BartPE (+XPE). Ok je..Tapi saya tak galakkan sama sekali sebab kalau buat macam tu, cd memang tak muat sama sekali. Kena guna DVD. Tapi apa-apa pun, bagi saya, idea idea untuk main game semua tu dalam BartPE macam merepek ja. ak praktikal langsung. Orang buat BartPE biasanya untuk buat recovery cd, bukan untk main games. Pasang pada hard disk la game tu..

8- Di rumah/pejabat saya ada banyak pc. Boleh akses network?

Boleh..Cuma pastikan driver network card tu sertakan sekali.

9- Ok..Macam mana PE Builder pra pasang Windows dalam cd tu?

Secara ringkasnya, bila kita build PE, program tu akan salin fail-fail sistem yang diperlukan dari cd Windows kita ke satu folder pada hard disk kita. Pada masa sama, builder tu akan memproses fail .inf plugin yang kita sertakan. Dalam fail .inf tu ada semua maklumat mengenai satu-satu plugin - nama plugin, enable/disable, apa fail yang perlu salin, salin ke folder mana, registry entri plugin tu dan sebagainya...Bila proses tu semua dah selesai, semua kandungan dalam folder tadi akan disimpan dalam format imej cd (.iso) dan fail boot akan dimasukkan sekali dalam .iso tu untuk membolehkan cd tu bootable. Lebih kurang macam tu la.

10- Oh..Macam tu..Plugin tu nak dapat dari mana?

Ada 2 cara..Satu, download plugin dah siap sepenuhnya (semua fail diperlukan dah ada dalam pakej plugin) atau download yang separa siap (fail diperlukan tak disertakan sekali, apa yang ada cuma fail .inf plugin tu). Dan yang kedua, buat sendiri plugin tu..Kalau tak mahir lagi, download plugin yang dah siap - tengok di forum BartPE (http://www.911cd.net/forums), ada ahli forum tu post plugin diaorang buat.

11- Katakan saya downlad plugin separa siap. Macam mana nak tahu fail apa yang plugin tu perlu?

Baca fail "help" atau readme.txt dalam pakej plugin tu. Semuanya dinyatakan dalam tu. Kalau fail tu tak ada, buka fail .inf plugin tu dan tengok dalam bahagian [sourceDisksFiles] dan [sourceDisksFolders] di mana di situ anda dapat tahu fail apa perlu ada untuk build plugin tu.

12- Saya berminat..Beritahu macam mana nak buat..apa yang perlu ada..

Mudah..Mula-mula kena ada PEBuilder tu, cd Windows..(Windows XP Home/Pro SP2, Windows Server 2003 Standard/Web/Enterprise), CD/DVD writer untuk burn BartPE dan PE Builder tu hanya boleh jalan atas Windows 2000/XP/2003 sahaja..Jadi, kalau kamu ada Windows 95/98/ME tu, kena la upgrade dulu ataupun buat saja di atas pc yang guna sistem operasi Windows versi terbaru. DAN kalau boleh, anda dinasihatkan sangat-sangat supaya buat PE tu atas partition/drive NTFS. Akhir sekali, perlu kesabaran dan sikap tidak mudah putus asa. Sebab nak buat PE ni kena banyak trial & error dan bereksperimentasi dengan settings..Kalau sekali buat tu tak menjadi, jangan terus putus asa, cari di mana punca masalah tu, lepas tu buat lagi sampai la menjadi.

13- CD Windows saya ni yang OEM punya..Boleh guna?

Boleh..Tapi kena download fail .inf fix OEM untuk membolehkan cd tu diguna. Kalau tak nanti bila build PE, dia berhenti separuh jalan sebab ada error..

************************************************************

14- Kenapa saya dinasihatkan untuk build PE ni atas drive/partition NTFS?

NTFS secara otamatik susun fail mengikut sususan abjad..Jadi ini secara langsung membolehkan PE Builder memproses fail .inf secara sususan alphabetical path .inf tersebut. Sebagai contoh, berikut ialah 3 path fail .inf dalam folder

plugin BartPE:

D:\PEBuilder\Plugin\Winamp\Winamp.inf

D:\PEBuilder\Plugin\z_Firefox\Firefox.inf

D:\PEBuilder\Plugin\Spybot\SpybotSnD.inf

Bila kita build PE, program PEBuilder tu akan proses .inf tersebut begini (ikut susunan);

D:\PEBuilder\Plugin\Spybot\SpybotSnD.inf

D:\PEBuilder\Plugin\Winamp\Winamp.inf

D:\PEBuilder\Plugin\z_Firefox\Firefox.inf

Jadi kat sini, kita boleh "manipulate" .inf mana akan diproses dulu melalui path fail tu (nama folder dan nama .inf). Ini penting sebab ada kemungkinan setengah fail .inf plugin akan overwrite entri dari registry/fail .inf lain bila kita build.

Contohnya, dalam plugin XPE ada entri registri UpperFilter:

ControlSet001\Control\Class\{4D36E967-E325-11CE-BFC1-08002BE10318}","UpperFilters","PartMgr"

Kemudian, kalau kita tambah plugin acronis true image, entri UpperFilter kat atas tu akan bertembung dengan yang acronis punya sebab arconis pun ada entri UpperFilter dalam registry kat bahagian tu:

0x7,"ControlSet001\Control\Class\{4D36E967-E325-11CE-BFC1-08002BE10318}","UpperFilters","PartMgr","snapman"

Dalam kes ini, untuk membolehkan plugin acronis tu diguna tanpa sebarang masalah dalam PE nanti, UpperFilter acronis tu mesti berjaya di "intergrate" dalam registry PE, bukanya UpperFilter XPE tu. Macam mana nak buat? Fail .inf

acronis tu mesti diproses selepas .inf XPE

D:\PEBuilder\Plugin\XPE\XPE.inf

D:\PEBuilder\Plugin\z_Acronis\Acronis.inf

Apa yang akan berlaku di sini ialah PE builder tu akan ambil value data Upperfilter dari "\XPE\XPE.inf" dulu iaitu "PartMgr" kemudian bila sampai kat "\z_Acronis\Acronis.inf", dia akan ambil value data Upperfilter yang acronis punya pulak

dan overwrite Upperfilter XPE tadi..Hasilnya, bila kita buka registry PE nanti, kita akan dapati value UpperFilter dalam key:

HKLM\SYSTEM\ControlSet001\Control\Class\{4D36E967-E325-11CE-BFC1-08002BE10318}

-di set ke value "PartMgr","snapman"

Bila buka acronis, boleh jalan..takder error apa-apa..Beres..

Tapi kalau build PE tu atas partition FAT/FAT32, PeBuilder takkan proses .inf plugin macam tu..dia proses .inf tu secara rawak..tak ikut sususan abjad..Payah nak selesaikan masalah macam kes acronis tu bila tak build atas NTFS..

************************************************************

15- Katakan saya build BartPE di PC A, adakah cd BartPE saya tu cuma boleh boot di PC tu sahaja?

Jangan risau. Boleh boot di mana-mana pc..

16- Boleh tak kalau guna fail sistem dari Windows yang saya pasang dalam hard disk?

Tak boleh..Kena guna cd jugak..

17- Boleh ke kalau saya letak BartPe tu dalam USB drive/USB stick dsb?

Boleh tapi cara nak buat tu lain sikit. Agak rumit. Saya tak pernah cuba tapi saya tahu benda tu boleh buat..Kena cari USB stick yang 500Mb ke atas baru boleh. Pasti kan motherboard pc tu boleh boot dari USB.

18- Selain tu, ada keadah lain nak boot BartPE ni?

Ada..Boot dari memori! Yang bagus pasal kaedah ni, semua kerja boleh buat dengan cepat..sebab kita dah load data dalam satu cd tu ke memori komputer..CPU tak perlu banyak masa untuk akses data tu..Kelemahan dia ialah, ia cuma boleh dilakukan pada pc yang mempunyai ram banyak. Paling kurang pun nak kena ada 1 gb. BartPE jenis ni tak guna imej .iso tapi dia guna imej .sdi

19- Katakan saya dah siap build BartPE ni..apa perlu buat seterusnya?

Burn fail imej .iso yang PE Builder tu buat ke CD atau DVD..Lepas tu, restart pc, masukkan CD tu dan tengok di skrin kalau ada keluar mesej arahan "Press any key...." Tekan je la mana-mana key. Kadang-kadang, dia terus boot dari cd tu tanpa keluar apa-apa arahan. Dalam BartPE tu ada satu plugin yang membolehkan anda tetapkan sama ada nak papar mesej tu ke tak sebelum boot cd tu. Enable/disable kan plugin tu ikut keperluan

20- Tapi pc saya tak boot langsung dari cd tu..dia skip terus..Apa yang tak kena?

Check BIOS motherboard pc tu..Set kan supaya dia boleh boot dari cd..Set kan turutan boot (boot sequence) dia biar CD/dvd drive duduk atas sekali. Kalau tak dapat boot jugak cd tu, kemungkinan besar BartPE tu tak menjadi..Buat balik la..

21- Letih la gitu kalau burn sekali jadi, sekali tak..membazir cd je..rugi masa

Jangan guna cd/dvd+r/-r..Guna yang +rw/-rw pasal media jenis tu rewriteable..Boleh padam dan tulis berulang-ulang kali. Kalau nak mudah lagi, test .iso BartPE tu guna Virtual PC atau VMware..Start virtual machine tu, kemudian mount imej cd tadi ke program tu..Tak perlu susah-susah nak burn cd tu untuk test .iso tu..Bila dah betul-betul puas hati baru burn ke CD/DVD+rw.

22- Virtual PC dan WMware tu program apa sebenarnya?

Virtual machine..Macam PC emulator

BartPE Tutorial Bergambar (files format pdf , 1.02 MB)

http://rapidshare.com/files/2462203/Bartpe...gambar.pdf.html

* kepada sesiapa yg tak biasa dengan rapidshare -> bila download pilih Free , tunggu 60saat etc

* ingatkan nak post + imageshack , tapi usaha sekerat jalan , sebab limit 5 gambar per post

Kandungan (dalam satu files)

1. Bart PEBuilder dan kandungan files nya

2. Bart PEBuilder dan slipsteam (Optional)

3. Mengaktif plugin sedia ada

4. Tutorial BgInfo plugin (Difficulty : Easy)

5. Tutorial winzip plugin (Difficulty : MEdium)

6. Memulakan Proses Build

7. Menguji Hasil pebuilder

p/s : teruskan usaha anda

sebagai tambahan langkah2 membuat ISO guna BartPE

bartimg.png

Download Panduan:

Saiz:12MB

Format Flash

http://www.redoxone.com/download/BartPE.7z

Guna program 7Zip untuk extract fail 7z

http://www.7-zip.com

Aku dah guna benda ni

http://www.nu2.nu/pebuilder/

tapi, aku dok pakai yang basic

tak letak plugins

ada sapa2 tau tak plug in yang bes dan fungsi dia?

http://www.nu2.nu/pebuilder/plugins/

http://www.bootcd.us/BartPE_Plugins_Complete.php

Edited by abixpert

Share this post


Link to post
Share on other sites

cari additional plugin dari pautan yg anda bagi

http://www.nu2.nu/pebuilder/plugins/

yup link yg anda bagi ada banyak lagi http://www.bootcd.us/BartPE_Plugins_Complete.php

lebih mudah kalau cari ikut category

http://www.bootcd.us/BartPE_Plugins_Repository.php

Yg saya pakai & tambah

Acrobat Reader 7

Bittorent

cpuz 1.25

Ontrack Easy Recovery

Everest Home 2.20

Mozilla FireFox

McAfee RAM + updater

Nero Burning ROM 5.5.x.x

Registry Editor PE

Sophos

System Information Viewer

Spybot SD

Winamp

WinRAR

Winzip

* ada banyak lagi plugin yg bagus, tapi saya tak try sebab: inikan Preinstall Environment

nak jimat space cd + kalau tambah tak akan digunakan + tak berbaloi kalau tambah

cth: OpenOffice (saiz besar)

* yup saya pakai wallpaper sendiri dalam Preinstall Environment :)

* 2 tips penting

1) elakkan create BartPE dari CD Windows OEM

2) pastikan plugin network, network card mobo anda ada ditambah (kalau takde) -> baru boleh berinternet

* saya tak kata BartPE yg terbagus, sebab saya pernah rasa LiveCD yg lain (Kanotix, Knoppix, Ubuntu)

tapi Berbaloi untuk anda cuba BartPE :)

baru boleh bezakan bagaimana rasa epal, bagaimana rasa orange

Share this post


Link to post
Share on other sites

Yg saya pakai & tambah

Acrobat Reader 7

Bittorent

cpuz 1.25

Ontrack Easy Recovery

Everest Home 2.20

Mozilla FireFox

McAfee RAM + updater

Nero Burning ROM 5.5.x.x

Registry Editor PE

Sophos

System Information Viewer

Spybot SD

Winamp

WinRAR

Winzip

makasih 001x0

aritu windows aku ada prob

terus aku pakai bartpe untuk recover file

skang ni, nak tau, apa lagi plugins yang berguna dalam bartpe sebab mmg bes.

aku penah guna ubuntu, knoppik je.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Akhirnya ada jugak orang bukak topik psl BartPE..Aku ingatkan ramai dah tahu pasal benda ni. Rupanya tak pon. Patut la bila aku sebut je psl BartPE dlm forum ni, diorang buat tak layan ja.. <_< Hampeh tul.

Aku jumpa benda BartPE ni masa tahun lepas - aku bengang ngan Norton Ghost masa tu sebab aku takder cd boot dia. Lagipun aku tak suka la ngan fungsi hot backup dia tu (backup OS masa OS tu tgh berjalan)..Sebab ako nak backup Windows aku yg baru lepas pasang tanpa ada sebarang program. Tapi tak leh la sebab Ghost tu aku terpaksa pasang jugak kalau nak buat backup. Lepas tu, kalau aku backup, bila dump image yg ghost buat tu, program Ghost tu ada sekali ngan windows.

Aku dah guna benda ni

http://www.nu2.nu/pebuilder/

tapi, aku dok pakai yang basic

tak letak plugins

ada sapa2 tau tak plug in yang bes dan fungsi dia?

http://www.nu2.nu/pebuilder/plugins/

http://www.bootcd.us/BartPE_Plugins_Complete.php

Ko letak plugin yg mana ko nak pakai la..Ko boleh buat sendiri plugin dia tu..Tak semestinya ko guna yang orang dah buat. Tak susah sgt pun. Ko kena ada program untk pantau files apa program ko nak buat plugin tu salin ke windows ko..dan registry yang dia tambah/edit/delete. Tu je secara asasnya. Kalau ko nak aku terangkan dengan jelas, nanti la aku tunjuk satu2..Tak semua plugin ko boleh buat sebab BartPE tak sokong semua Windows API..Jadi, kalau plugin ko ada guna WinAPI yg BartPE tak sokong tu, tak leh jalan ler.

* ada banyak lagi plugin yg bagus, tapi saya tak try sebab: inikan Preinstall Environment

nak jimat space cd + kalau tambah tak akan digunakan + tak berbaloi kalau tambah

cth: OpenOffice (saiz besar)

Haha..Tujuan BartPE ni pada awal kemunculan dia memang lebih kepada penjagaan pc..Bart, orang Belanda, yg tulis program nk buat PE (pre-install environment) tu dapat ilham nak buat PE versi dia sendiri lepas dia tengok WinPE versi Microsoft. Tapi sebab lesen WinPE tu Microsoft hanya bagi pada OEM untk memudahkan kerja diorang pasang Windows, jadi end user macam kita ni tak boleh la guna. <_< Lepas tu, Bart pun buat la PE builder dan menamakannya BartPE untk membezakan versi PE dia dengan Microsoft, WinPE.

Lama kelamaan, BartPE ni makin femes dan mendapat perhatian ramai..Bila dah ramai orang guna, jadi timbul la macam-macm idea dan skop penggunaan. Ada orang guna untuk buat "emergency os", Windows live cd, penjagaan pc (backup OS, buang virus/spywares/etc, baiki Windows tak boot dsb) B)

Medium ko nak letak BartPE tu tak terhad pada cd..USB dan DVD pun boleh..Sebab tu aku tak heram ada sesetengah orang tu, BartPE dia cecah smpai 2-3Gb..Entah berapa ratus plugin dia letak dlm tu. Yg aku tahu, Photoshop pun ko leh letak gak..Tapi PE aku takder la sampai macam tu sekali.. :lol: Dulu, PE aku tak muat cd nak sumbat plugin..Tapi lepas tu aku buang plugin yang aku tak guna sangat dan letak yang mana-mana penting dan perlu ja. Jangan la semua plugin ko nak sumbat.. ;)

* 2 tips penting

1) elakkan create BartPE dari CD Windows OEM

Kenapa pulak? Takda apa-apa masalah pun..Boleh guna..Tapi ko perlu letak fix dia baru boleh jalan. Aku guna cd XP SP2 Dell

* saya tak kata BartPE yg terbagus, sebab saya pernah rasa LiveCD yg lain (Kanotix, Knoppix, Ubuntu)

tapi Berbaloi untuk anda cuba BartPE

baru boleh bezakan bagaimana rasa epal, bagaimana rasa orange

BartPE tu lebih kepada Windows..Ubuntu, Knoppix semua tu Limux :)

Yg ni BartPE aku (aku dah letak gamba ni dlm post aku dulu, tapi mcm aku kata tadi, takder respon):

th_StartMenu.png th_MyComputer.png th_EnvironmentVariables.png th_RunningPrograms.jpg

--------------

Semua orang kena ada BartPE..Banyak faedahnya..

Edited by aMer

Share this post


Link to post
Share on other sites

Akhirnya ada jugak orang bukak topik psl BartPE..Aku ingatkan ramai dah tahu pasal benda ni. Rupanya tak pon. Patut la bila aku sebut je psl BartPE dlm forum ni, diorang buat tak layan ja..

gapo dia sebenarnye bartpe nie, x berapa paham? rasa berminat gak nak tau, buka link hok di bagi pun xberapa paham jugok...

Share this post


Link to post
Share on other sites

gapo dia sebenarnye bartpe nie, x berapa paham? rasa berminat gak nak tau, buka link hok di bagi pun xberapa paham jugok...

Dah jenguk site BartPE tu tapi tak faham gak?..Ok..Baca, aku translasi ni

What is BartPE and PE Builder?

Bart's PE Builder helps you build a "BartPE" (Bart Preinstalled Environment) bootable Windows CD-Rom or DVD from the original Windows XP or Windows Server 2003 installation/setup CD, very suitable for PC maintenance tasks.

It will give you a complete Win32 environment with network support, a graphical user interface (800x600) and FAT/NTFS/CDFS filesystem support. Very handy for burn-in testing systems with no OS, rescuing files to a network share, virus scan and so on.

This will replace any Dos bootdisk in no time!

Pembina PE Bart membantu anda membuat CD atau DVD Windows bolehboot BartPE (Persekitaran Pra-Pasang Bart) mengunakan Windows XP/Windows Server 2K3 cd, yang mana kegunaannya sangat sesuai untuk tugasan penjagaan pc

Ia akan membolehkan anda boot ke dalam persekitaran Win32 bersama-sama sokongn rangkaian, antara muka pengguna dan sokongan file sistem FAT/NTFS/CDS. Sangat sesuai dan berguna untuk menguji sistem tanpa OS, menyelamatkan files dan mengimbas virus dan sebagainya..Ini semestinya akan menggantikan bootdisk DOS.

Skema kan?

Gini, dalam cd tu ada Windows yg dah di pra-pasang dan juga plugins (program) ko sumbat dalam tu. Bila ko boot dari cd tu, ko macam masuk Windows cuma bezanya Windows tu dalam cd (pra-pasang). Bila dah boot dari cd tu, ko boleh akses fail-fail yang ada dlm HD ko..tak kisah la HD ko tu guna sistem NTFS ke FAT ke FAT32 ke..boleh, tak kisah. Jadi, kat sini ko boleh buat macam-macam..Ko nak scan virus dlm hd ko ke, nak format hd ke, nak resize partitiion ke, nak pindah files ke, nak baiki Windows ko kat hd tu ke..apa-apa la..Jelas tak?

Edited by aMer

Share this post


Link to post
Share on other sites

jelas skit, tp windows yg ader dlm cd tu, kita kena sumbat sendiri atau memang dah ader masa d/load program tu??

plug-in tu, lagu mana nak buat masuk skali dale tu??

Share this post


Link to post
Share on other sites

Amer:

apa lagi plugin yg anda tambah,... hebat !!

yg saya berminat nak tahu, plugin apa yg perlu untuk

- tambah untuk Wallpaper, icon/shortcut di desktop, taskbar, sort start menu 'alphabetical order'

- dalam post 'lepas', anda statekan itu screenshot BartPE + XPE, ada beza ker...?

Ko letak plugin yg mana ko nak pakai la..Ko boleh buat sendiri plugin dia tu..Tak semestinya ko guna yang orang dah buat. Tak susah sgt pun. Ko kena ada program untk pantau files apa program ko nak buat plugin tu salin ke windows ko..dan registry yang dia tambah/edit/delete. Tu je secara asasnya.
'program' apa yg boleh saya gunakan

yg saya dapat cam anda guna

http://i108.photobucket.com/albums/n1/loca...tpe/Desktop.jpg

7-zip

AbiSuite2

Acronis Disk Director 10

Acronis True Image

Active@ UNDELETE

Adware SE

Angry IP Scanner

ASCII Art Studio

Atomic Clock Sync

Avast Cleaner

BitComet

BreakPoint (?)

Clipboard (?)

...

Detect Device

Driver Cleaner

...

File Scavenger

...

MSN Messenger

...

NoteTab Light

...

O&O Defrag Professional

...

PcHealth

...

Total Commander

TreeSize Professional 4

...

UltraCompare

uTorrent

...

XinView

WinRAR

WinSnap

history 101: zeph the moderator said 'BartPE' Posted on: May 28 2004, 02:02 AM @ Putera.com

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ko letak plugin yg mana ko nak pakai la..Ko boleh buat sendiri plugin dia tu..Tak semestinya ko guna yang orang dah buat. Tak susah sgt pun. Ko kena ada program untk pantau files apa program ko nak buat plugin tu salin ke windows ko..dan registry yang dia tambah/edit/delete. Tu je secara asasnya. Kalau ko nak aku terangkan dengan jelas, nanti la aku tunjuk satu2..Tak semua plugin ko boleh buat sebab BartPE tak sokong semua Windows API..Jadi, kalau plugin ko ada guna WinAPI yg BartPE tak sokong tu, tak leh jalan ler.

boleh terangkan camna nak buat?

sebab banyak juga plugin yang berguna boleh letak kat sana, cuma tak tau camna nak buat plugin.

bila ada program yang kena update, contohnya AVG @ Adware, camna nak update? atau kita install program tu yang telah diupdate pada masa kita nak buat plugin BartPe?

aMer, aku detect kat screenshot desktop bartpe ko kat http://i108.photobucket.com/albums/n1/loca...tpe/Desktop.jpg, ada detail tentang PC ko. pakai software apa?

Share this post


Link to post
Share on other sites

jelas skit, tp windows yg ader dlm cd tu, kita kena sumbat sendiri atau memang dah ader masa d/load program tu??

plug-in tu, lagu mana nak buat masuk skali dale tu??

Tak la..Ko download PE Builder tu ja..~4MB..Pastu letak cd windows dlm drive ko, pastu build la PE tu pakai BartPE..Nanti Builder tu salin la files yang perlu dari cd windows ko..Sebelum ko build PE ko tu, letak la plugins sekali. Mcm ni la rupanya PE builder tu:

PE Builder

th_PEBuilder.png

Plugin - Unlocker

BartPE-Plugin.pngBartPE-Plugin-Files.png

Plugin dia tu, secara asasnya..ko kena ada files yg plugin ko guna, dan registry dia..Registry dia tu ko kena letak dlm file .inf (ko kena ada reg to inf converter) Letak 2 benda tu dlm folder Plugin..cntoh format inf plugin..

; ----------------------------------------
; PE Builder v3 plugin INF file for
; Unlocker
;
; Plugin by aMer
; ----------------------------------------

[Version]
Signature="$Windows NT$"

[PEBuilder]
Name="System Tools: Unlocker v1.8.5"
Enable=1
Help=""

[Append]

[WinntDirectories]
a="Programs\Unlocker",2

[SourceDisksFiles]
; Program Files
"files\Unlocker.exe"=a,,1
"files\UnlockerCOM.dll"=a,,1
"files\UnlockerDriver5.sys"=a,,1

[SourceDisksFolders]

[Software.AddReg]
; HKLM\SOFTWARE
0x1, "Classes\CLSID\UnlockerShellExtension","","{DDE4BEEB-DDE6-48fd-8EB5-035C09923F83}"
0x1, "Microsoft\Windows\CurrentVersion\Shell Extensions\Approved","{DDE4BEEB-DDE6-48fd-8EB5-035C09923F83}","UnlockerShellExtension"
0x1, "Classes\AllFileSystemObjects\shellex\ContextMenuHandlers\UnlockerShellExtension","","{DDE4BEEB-DDE6-48fd-8EB5-035C09923F83}"
0x1, "Classes\CLSID\{DDE4BEEB-DDE6-48fd-8EB5-035C09923F83}","","UnlockerShellExtension"
0x2, "Classes\CLSID\{DDE4BEEB-DDE6-48fd-8EB5-035C09923F83}\InProcServer32","","%SystemDrive%\Programs\Unlocker\UnlockerCOM.dll"
0x1, "Classes\CLSID\{DDE4BEEB-DDE6-48fd-8EB5-035C09923F83}\InProcServer32","ThreadingModel","Apartment"
0x1, "Classes\folder\shellex\ContextMenuHandlers\UnlockerShellExtension","","{DDE4BEEB-DDE6-48fd-8EB5-035C09923F83}"

[/codebox]

Pegi download PE Builder.. :)

-------------------

@001x0

BartPE biasa tu dia guna shell "nu2". Kalau BartPE+XPE dia guna shell "Explorer" sama macam Windows XP. Sebab tu ko nampak ada start menu, ikon kat desktop dan taskbar tu. XPE tu plugin yang membolehkan BartPE kita lebih mirip kepada Windows XP yg kita pasang kat hd tu..

Ada beberapa komponen utama XPE tambah ke BartPE..Explorer shell, Internet Explorer, modul Crypto (sokongan https untk IE dan urus secure certificates), sokongan DirectX, Help system (file .chm dan .hlp), MMC (Microsoft Management Console - Disk Manager, defrag, hardware manager, event log etc), PnP & Multimedia (sokongan audio, video, directx dan media player - dan USB sekali), windows media player 9, WMI dan lain2..Tak semua aku sebut kat sini.

Aku guna shell nu2 tu kejap je..Pastu terus tak guna dah. Skrg ni aku guna XPE. Kalau ko ada soklan psl shell nu2, aku rasa aku tak leh jawab sangat XD

Guna RegShot atau Total Uninstall (shareware..XD) kalau nak pantau fail dan registry. Mungkin aku boleh buat tunjuk satu-satu macam mana aku buat plugin. Lain kali la XD Aku nak tengok topik ni berkembang dulu kat forum ni baru aku buat..Hehe

Mm..Program aku letak dlm cd tu..tak banyak:

[codebox]+Drivers (driver untuk audio dan gc)
+XPE
7-Zip
Acronis Disk Director
Acronis True Image
Ad-Aware SE
Adobe Flash 9
Atomic Clock Sync
AutoRamdiskResizer
CHNTPW (change NT password)
ClamWinPortable
Clipboard Magic
ColorPicker
CPU-Z
Cursor - Fedora Inverse
DAMN NFO Viewer
Dir2File
Disk Investigator
Everest
File Scavenger
FileZilla
Firefox
FlashGet
Flexible Renamer
Forum Proxy Leecher
Foxit Reader
FreeSplit
GetDataBack
GMail Drive
HD Tune
HDD Thermometer
Hex Workshop
HWPnP
IconLover
Kaspersky Anti-Virus Personal Pro
MemTest
mIRC
Mp3tag
MS Calculator Plus
MSKeyViewer Plus
NetMeter
NicSpeed
NirSoft
Notepad++
O&O FormatRecovery
O&O SafeErase
O&O UnErase
Ontrack EasyRecovery Pro
OO Defrag Pro
Passware
PENetCfg
PTDoctor
RAMDisk
Rashid Hoda
RegExpander
Registry Guide
Registry Workshop
RegSvrEx
ReNamer
ResHacker
RoadKil Utilities
RunScanner
SAMInside
Send To Toys
Service Manager
SetPageFile
ShareWatch
ShellExecute
SMART Monitor
Spybot-S&D
Stand-alone Flash Player
Sysinternals
System Info
Total Commander
TreeSize Pro
UltraISO
UltraVNC
Uninstall Tool
Unlocker
uTorrent
Virtual Desktop Manager
Vista Sound Scheme
VLC Media Player
Wallpaper (gamba)
WebShot
Winamp
WinAudit
WinMerge
WinRAR
WinSnap
WinUptime
XnView

history 101: zeph the moderator said 'BartPE' Posted on: May 28 2004, 02:02 AM @ Putera.com

Huh?

cakap ako - ko boleh? Kekok la aku..

@abixpert

Tutorial tu nanti la dulu..

Kalau ko nak update fail definisi untk program mcm antispyware cth Ad-Aware dll tu, sama ada ko update sebelum build pe tu atau ko boleh gak update masa dalam PE - yg ni PE ko kena la ada driver untk network card/modem..dan bersambung ke internet..Kalau dlm pe ko ada program mcm tu yg nak kena ada tulis fail ke cd, memang la takleh sebab cd tu kan baca sahaja..Ko tau kan RAMDisk (ada dlm BartPE tu) ? Jadi kat sini la fungsi RAMDisk tu..RAMDisk tu guna ram pc ko (bergantung pd jumlah ram ko peruntukkan utk RAMDisk tu) untk buat satu writeable area yang membolehkan ko tulis/padam fail tu..Jadi, ko kena la buat Ad-Aware tu berjalan dari RAMDisk..Camner? Masa ko mula-mula jalankan program tu, ko kena buat PE ko salin semua fail program dia ke RAMDisk pastu baru ko mula program tu dari situ. Guna batch file ke..

Info psl PC aku..oh yg tu..aku guna BGInfo..Dia tulis info tu kat wallpaper PE ko bila ko jalankan program tu.

-------------------

Forum BartPE kat sini - http://www.911cd.net/forums/

Tengok subforum dia..Kat situ, diorang bincang khusus pasal boot disk boot cd. Rajin-rajin la masuk forum dia. Kalau korang ada benda tak faham, aku jawab setakat aku boleh je..Kalau tak leh, ko masuk forum tu dan tanya kat sana..XD Diorang semua tu pro-pro..

Edited by aMer

Share this post


Link to post
Share on other sites

dah semakin jelas skit, tp masa nk buat PE tu, kena letak dalam satu folder ker PEBuilder tu, pahtu, tentang plugin tu, kena masukkan installer ker, atau maukkan plugin yg hny boleh d/load kat web...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ko pegi download la dulu Builder dia tu..Selongkar satu-satu folder dia..Baru la nampak camner..Ok..? Sah tak download lagi ni XD Edited by aMer

Share this post


Link to post
Share on other sites

download doh, tp xleh nok run, dia guna utk winxp je,

aku guna winME, ader error masa nak run prgram tu,

so, x dpt ler nak selongkar folder dia..

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku pun baru nok study guna bartPe ni jugok. aku dah install program Pe builder tu tapi aku tak tahu langkah seterusnye buat ape lagi. yg korang terangkan kat atas tu aku kurang faham.harap korang dapat membantu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Penerangan aku bagi ni ringkasan dari apa yang korang boleh baca kat forum bartpe..Aku cuba terangkan setakat mana aku boleh, kalau ada info aku bagi ni korang nampak bercanggah dgn yang ada kat forum tu, sila beritahu..

Mula-mula, sebagai persediaan ko kena ada:

¤ BartPE builder - Kalau takder lagi, sila pergi download sekarang..

¤ CD-RW kosong (burner sekali..:P)

¤ Virtual PC - Microsoft Virtual PC atau VMWare Workstation; tapi dalam tutorial ni kita akan guna MS VirtualPC, untuk test BartPE

¤ Virtual CloneCD/ Daemon Tool atau mana-mana program untuk mount image

¤ CD Windows XP Home/Pro SP2 atau Windows Server 2003 Standard/Enterprise/Web

¤ Notepad++ (Notepad biasa tu pun boleh tapi Notepad++ lagi fleksibe)

¤ Partition NTFS - Kalau takder, abaikan dulu..Tapi benda ni penting..baik ada.

¤ nLite..tak perlu sangat tapi berguna nanti

Lepas tu, tentukan samada korang nak buat BartPE biasa atau BartPE+XPE. Beza 2 tu cuma shell dia guna dan plug/program boleh sumbat - BartPE biasa tu terhad sikit, ada sesetengah plugin tak boleh letak - banyak fail dll takder dlm tu. Kalau BartPE+XPE tu sebaliknya la..Tapi yang aku nak tunjuk ni BartPe biasa..Bila dah habis bahagian ni, kita akan beralih ke benda yang lebih advance lagi. Kalau tak faham apa-apa, tanya..

Ok. Pasang/ekstrak BartPE ke "root drive" (ntfs partition kalau boleh), cth struktur folder:

D:\PEBUILDER

| pebuilder.exe

+---drivers

+---help

+---lang

+---plugin

Semua plugin kena duduk dalam folder "plugin"..Kemudian, salin CD Windows XP ke hd..buat image. Kenapa kena buat macam ni? Sebab bila ko nak build PE tu nanti, baru la builder tu boleh salin fail dari cd tu cepat sikit. Pastu pasang image cd tadi ke virtual drive ko (aku guna Virtual CloneDrive). Kat PEBuilder tu, "Source" tu ko letak drive virtual drive tadi, "Output" - letak "BartPE" dan bahagian "Media Output" tu ko tanda "Create ISO image:" je. Lokasi dan nama fail .iso tu letak "D:\PEBuilder\BartPE.iso".

th_PEBuilder.png

Bila ko dah beres, tekan "Build"..Pastu bila dia dah siap, ko tengok dalam folder BartPE ko ada file "BartPE.iso"

Kemudian, untuk test image cd BartPE ko buat tadik, guna Virtual PC..Sebab apa? Sebab nak jimat masa..Kalau ko nak burn image tu ke CD pastu test boot dari cd tu pun boleh gak tapi makan masa..Kalau nak buat macam ni aku tak galakkan guna CDR sebab rugi cd je..Kalau tak menjadik, masuk tong sampah la cd tu. Jadi, sebab tu lah aku guna Virtual PC. Ok..Pasang Virtual PC, pastu ko bukak dan kuar la "Virtual PC Console". Buat virtual pc baru..Tengok screenshots kat bawah:

VPC-01.jpg

Mula-mula, tekan New..Pastu Next..Dalam gamba ke-3 tu pilih yang pertama untuk buat virtual machine baru..Kemudian, save virtual machine tu, letak nama yg seswai dan tekan Next.

VPC-02.jpg

Masuk gamba ke-5..Kat sini ko pilih sistem operasi..Pilih "Windows XP"..Kemudian, setting untuk jumlah ram ko nak peruntukkan untk virtual machine ko tadi. Pilih "Using the recommanded RAM"..Dia kira dan tetapkan sendiri jumlah RAM tu berdasarkan ram kat pc kita. Tekan Next..Gambar ke-7..hard disk untuk virtual machine..Pilih "a new virtual hard disk"..Tekan Next dan akhir sekali dia tunjuk rungkasan info virtual machine ko..Tekan Finish.

VPC-03.jpg

Langkah terakhir, tekan Settings macam dlm gamba ke-9 tu. Dalam bahagian "Networking", kat situ pilih network card pc ko guna..Beralih ke bahagian "Close" pulak, buang tanda kat "Save State" tu dan tekan OK..Siap!

Edited by aMer

Share this post


Link to post
Share on other sites

...sambungan dari post kat atas...jumlah gamba dah cecah had =\

Bila semua settings tu dah beres, ko start la Virtual PC tadik..Masa dia tengah start tu, ko tengah kat status bar dia..ada ikon cd kat situ..

VPC-04.png

Klik kanan kat ikon tu, dah pilih "Capture ISO Image"

VPC-05.png

Browse ke folder image BartPE ko buat tadi dan pilih fail BartPE.iso Pastu bukak menu file virtual pc tu dan "Restart"..Nanti dia start balik dan load image cd tu..

Nanti aku buat videoshot BartPE ni..Ok..setakat ni dulu..Kalau ada apa-apa soklan, sila tanya..

p/s: Kalau korang rasa benda ni susah, aku nak tanya: bila lagi nak belajar benda baru dan mencabar, takkan nak main ms word, bootscreen, windowsblind, P2P etc sampai bila-bila? B)

Edited by aMer

Share this post


Link to post
Share on other sites

Penerangan aku bagi ni ringkasan dari apa yang korang boleh baca kat forum bartpe..Aku cuba terangkan setakat mana aku boleh, kalau ada info aku bagi ni korang nampak bercanggah dgn yang ada kat forum tu, sila beritahu..

Mula-mula, sebagai persediaan ko kena ada:

¤ BartPE builder - Kalau takder lagi, sila pergi download sekarang..

¤ CD-RW kosong (burner sekali..:P)

¤ Virtual PC - Microsoft Virtual PC atau VMWare Workstation; tapi dalam tutorial ni kita akan guna MS VirtualPC, untuk test BartPE

¤ Virtual CloneCD/ Daemon Tool atau mana-mana program untuk mount image

¤ CD Windows XP Home/Pro SP2 atau Windows Server 2003 Standard/Enterprise/Web

¤ Notepad++ (Notepad biasa tu pun boleh tapi Notepad++ lagi fleksibe)

¤ Partition NTFS - Kalau takder, abaikan dulu..Tapi benda ni penting..baik ada.

¤ nLite..tak perlu sangat tapi berguna nanti

virtual cloneCD tu kene install jugok ke?aku tak ade program tu?boleh bagi link utk download?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Oii..Orang lain takder berminat ke dengan benda ni..Mampus la..Kalau boot disk pun tak tau mende apa, BartPE lagi lagi terngange mulut..

@abixpert,

Tolong tutup topik ni sebab aku rasa orang kat sini memang takkan ambik tahu pasal benda ni..Mungkin terlalu advance sangat kot. Tak seswai untuk n00b yang baru nak belajar sentuh mpuse komputer..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Oii..Orang lain takder berminat ke dengan benda ni..Mampus la..Kalau boot disk pun tak tau mende apa, BartPE lagi lagi terngange mulut..

@abixpert,

Tolong tutup topik ni sebab aku rasa orang kat sini memang takkan ambik tahu pasal benda ni..Mungkin terlalu advance sangat kot. Tak seswai untuk n00b yang baru nak belajar sentuh mpuse komputer..

Jangan marah demo marah Amer.... biar lama-lama sikit... nanti ilmu tu lama-lama jadi bukit la....

mungkin akan datang lebih ramai minat kat topic ni.... saya pun mengaku saya tak berapa tahu sangat bab topik ini....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Seharian aku main dgn Bart PE nih, ape yg aku dapati dia boleh jalan dekat both pc aku Barton & P4 :lol:

boleh surf internet pakai Firefox..

mana nak amik Plugin, aku dah google tak jumpa link yg boleh gune..

1. Internet Explorer

2. Ontrack Easy Recovery

3. Windows Explorer

kalau takde plugin boleh letak dlm Bart PE tak ?

anyway cd ni berguna utk surf website yg byk spyware & memerlukan Internet Explorer, contoh website yg beri serial number secara percuma. trojan byk di sana.

kes emergency juga boleh guna cd ni, kalau windows crash.. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

amEr, jangan la kasik tutup...

ilmu ko diperlukan kat sini

bes giler BartPE ni

mungkin ramai yang belum nampak kepentingan dia

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...