Jump to content
FryShadow

Roti Kegemaran Anda - High 5

Recommended Posts

bukan mcm tuh, sebenarnya org kita ni yg taknak buat/ berkecimpung dlm ekonomi penghasilan makanan

tuh yg susah sbb kalau dah kaum lain yg buat semua tuh, dorang tak tau menda halal haram nih, semua campur. janji bissnes laku B)

Setuju tu gengtstapo, satu lagi industri makanan HALAL kat negara nih banyak unsur "jenayah kolar putih".. payah nak berkembang gak.. :(

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kenape nak import minyak jauh2... Malaysiakan ade banyak minyak... Minyak sawit, petroleum, hapas padi, jagung...

itu aku tak tau, yg pasti kelebihan minyak ni bila dorang bakar roti tersebut takde sisa2 yg melekat pada pan yg digunakan ;)

Share this post


Link to post
Share on other sites

itu aku tak tau, yg pasti kelebihan minyak ni bila dorang bakar roti tersebut takde sisa2 yg melekat pada pan yg digunakan ;)

eerrkkk bape kila dah lemak minyak ni kita mkn

bila la nk kuar roti melayu

roti samad ke roti ramlike (xkan berger ramli jek) roti ali ke cina jek tokey

Share this post


Link to post
Share on other sites

roti melayu ader jer but kebykannyer secara kecil-kecilan...kat daerah bentong hometown aku roti melayu paling popular "roti mempaga"...fresh giler rase roti diorg...roti kacang ngan kelapa my favorite...btul2 sedap dr mighty white, sweetie etc yg penah aku try...aku bwk balik uia kasi membe arab makan pun diorg puji...

Share this post


Link to post
Share on other sites

roti melayu ader jer but kebykannyer secara kecil-kecilan...kat daerah bentong hometown aku roti melayu paling popular "roti mempaga"...fresh giler rase roti diorg...roti kacang ngan kelapa my favorite...btul2 sedap dr mighty white, sweetie etc yg penah aku try...aku bwk balik uia kasi membe arab makan pun diorg puji...

Aku suke roti yang tak de inti jer... Roti berger pon aku balun makan cam tu...

Share this post


Link to post
Share on other sites
apelah org bisnes ni, asal nok sedap, lazat, enak, lembut, gebu dan ape2 aje mesti nak import dari luar. ape yg diorang letak kite telan je. sebab itulah zaman sekarang dah banyak keluar penyakit pelik2. mase zaman to'ki aku mude2 dulu tak pernah dengor pun ade penyakit2 yg ade sekarang ni.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Harian Metro pada 8 Oktober 2006 berkata:

“Tiada apa yang perlu diragukan lagi.†Inilah jaminan diberikan Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz berhubung status halal roti keluaran Silverbird Group Bhd (Silverbird) yang mencetuskan kontroversi kononnya menggunakan minyak babi dalam ramuannya baru baru ini.

Abu Hassan berkata, berdasarkan pengamatnnya secara peribadi disertai lawatan ke kilang dan rujukan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), tiada apa perlu diragukan mengenai status halal roti keluaran syarikat itu.

“Saya melawat kilang di Nilai (Negeri Sembilan) yang mana kontroversi ini bermula dan mendapati maklumat disebarkan melalui Internet dan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) itu tidak benar.

“Berikutan itu, kekeliruan ini dipercayai sengaja dicetuskan syarikat pesaing yang sangup menzalimi dan memfitnah, termasuk kononnya minyak babi digunakan dalam ramuan produk Silver Bird,â€katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran Silver Bird.

Setelah Kementerian Kesihatan Malaysia melawat kilang Silverbird, markah setinggi 93.8% telah diberikan kerana telah mencapai tahap kebersihan yang membanggakan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga telah mengeluarkan semula sijil HALAL sepenuhnya untuk produk High5 berkuat kuasa pada 1hb Oktober 2006.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna telah membuat ujian terhadap minyak yang digunakan, Trennaktiv PR100 andalah 100% berasaskan sayuran, serta tidak mengandungi alkohol.

Saya sebagai pekerja di Silver Bird ingin menegaskan bahawa semua produk yang dikeluarkan dari Silver Bird adalah HALAL dan mencapai tahap kebersihan yang tinggi..Kesemua produk kami juga telah mengikut piawaian yang sepatutnya, melalui kaedah pengawalan mutu yang ketat bagi mencapai tahap mutu terbaik untuk pengguna.

Sekian terima kasih.

Consumer Careline

Silver Bird call 1800-88-4008

http://www.silverbird.com.my/press2.php?year=2006

Share this post


Link to post
Share on other sites

isu minyak yang disyakki tidak halal tu bukan Trennaktiv,tapi minyak bernama dobur yg dijumpai masa pemeriksaan di kilang di nilai tu.setakat ni dah ader ker kenyataan rasmi dr jakim tentang keputusan ujian makmal mengenai minyak tu?

Share this post


Link to post
Share on other sites

roti melayu ader jer but kebykannyer secara kecil-kecilan...kat daerah bentong hometown aku roti melayu paling popular "roti mempaga"...fresh giler rase roti diorg...roti kacang ngan kelapa my favorite...btul2 sedap dr mighty white, sweetie etc yg penah aku try...aku bwk balik uia kasi membe arab makan pun diorg puji...

wahh?? ko dok bentong ke apo?

hehe time ako skolah dlu dok asrama, mmg mlm2 make roti mempaga :P

Share this post


Link to post
Share on other sites
ooo dah halal ke roti ni? :lol: tapi ade lagi org trauma nok makan roti ni doh.sekali tengok geli berpanjangan. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

tengok ayat diorang, pergh punye baik die susun.

sikit pon takde cakap pasal minyak dubor tu. sikit pon takde cakap pasal status kilang tu yang terok gile dulu. who knows, mungkin dulu terok, pastu bile dah kene gantung, diorang bersihkan gile2 ke.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Alhamdulillah berkat keikhlasan perjuangan dan kejujuran serta kewibawaan Ulamak yang kita kasihi Y. Bhg Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz kami berjaya duduk di satu meja dalam suasana mahabbah serta saling menghormati serta membentangkan fakta dan membandingkan nota dan maklumat di antara kedua belah pihak tanpa dipengaruhi sebarang emosi dan nafsu amarah.

Satu kesimpulan telah dapat diperolehi di mana kedua-dua belah pihak bersepakat saling bermaafan dan bersetuju untuk mengadakan kerjasama yang lebih intim demi maslahah dan kebajikan ummat Islam di Negara ini di masa hadapan. Segala kekeliruan, kekusutan serta duduk perkara dapat diurai, dibentang dan difahami kedua belah pihak dengan amat jelas, nyata dan penuh rasa insaf dan tawadduk.

Kami semua ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih, rasa bersyukur malah setinggi penghargaan dan salam takzim kesemua ahli PPIM di atas sikap professional yang telah ditunjukkan oleh Y.Bhg Datuk dan Pegawai Perhubungan Akhbar Istana Negara Sdr. Mahadzir bin Mazlan.

Hasil daripada perbincangan berkenaan kami merumuskan bahawa perkara-perkara berikut adalah nyata:

Dato’ Jackson Tan secara peribadi dan terancang sememangnya telah MEMANIPULASIKAN FAKTA sehingga mengheret Y. Bhg Datuk Abu Hassan ke kancah kemelut yang TIDAK DIJANGKA OLEH BELIAU SENDIRI.

Dato’ Abu Hassan Din Al Hafiz TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG AGENDA PERIBADI dalam isu berkenaan dan tindakan beliau adalah semata-mata atas dasar prihatin sebagai pengguna tulen yang ingin mendapatkan fakta-fakta sebelum memutuskan status roti yang telah di makan oleh beliau dan keluarga selama ini.

Dato’ Jackson Tan TELAH MENGAMBIL KESEMPATAN di atas sikap JUJUR, PERIHATIN DAN KETULUSAN Y. Bhg Dato’ Abu Hassan Din berkenaan sehingga dilihat seolah-olah Dato’ Hassan memihak kepada syarikat dan menuding kepada ummat Islam sebagai zalim.

Pemaparan KERATAN AKHBAR DATO’ HASSAN MEMEGANG SIJIL HALAL adalah perbuatan LICIK DAN MENJADIKAN BELIAU SEOLAH-OLAH BERSEKONGKOL dengan syarikat berkenaan. Perbuatan berkenaan TIDAK PERNAH MENDAPAT RESTU, KEIZINAN BERTULIS ATAU VERBAL daripada pihak Dato’ Abu Hassan secara peribadi mahupun daripada Pegawai Akhbar Istana.

Perbuatan berkenaan adalah satu sikap BIADAP, TIDAK BERETIKA MALAHAN MEMBERI KESAN MORAL YANG MENGHAKIS IMEJ BAIK Y. Bhg Dato’ Hassan selaku Ulamak yang amat dihormati dan ini amatlah DIKESALI oleh beliau. Tindakan segera akan diambil bagi memperbetulkan keadaan. Beliau juga akan meminta syarikat menarik balik PROMOSI PERCUMA TANPA SEBARANG KEBENARAN TERSEBUT.

PPIM ingin merakamkan rasa SIMPATI, TERHARU DAN MEMBERIKAN KEPERCAYAAN SEPENUHNYA di atas segala penjelasan yang telah beliau berikan.

PPIM akan menerbitkan artikel khusus bagi MEMPERBETULKAN SEGALA SILAP TANGGAPAN yang selama ini banyak dilontarkan di dalam forum di laman web ini supaya Y. Bhg tidak lagi dijadikan sasaran kata-kata yang berbau ‘malice’ terhadap beliau.

PPIM DAN Y.BHG DATUK ABU HASSAN DIN ALHAFIZ BERSEPAKAT memaklumi bahawa wujud jurang komunikasi di antara kedua belah pihak yang menyebabkan berlaku sedikit rasa TIDAK SELESA di antara keduanya, tetapi semuanya telah diselesaikan dengan semangat ukhuwah dan jihad Islam.

Kedua belah pihak sedar dan maklum bahawa banyak perkara telah TIDAK DIBERIKAN GAMBARAN SEBENAR DAN SEPENUHNYA oleh pengurusan syarikat ini dan menimbulkan banyak kekeliruan kepada umat Islam selaku pengguna produk berkenaan.

Syarikat, sehingga saat artikel ini disediakan TIDAK PERNAH MENUNJUKKAN SEBARANG RASA KESAL, RASA BERSALAH DAN INGIN MEMOHON MAAF KEPADA PARA PENGGUNA YANG TELAH TERINAYA SELAMA LEBIH DARI 10 TAHUN KERANA MEMAKAN PRODUK MEREKA YANG AMAT KOTOR.

SYARIKAT TIDAK BOLEH MENAFIKAN KESALAHAN-KESALAHAN YANG TELAH TERBUKTI DILAKUKAN OLEH MEREKA DALAM PELBAGAI PERKARA SEPERTIMANA YANG TELAH DIBINCANGKAN SECARA PANJANG LEBAR DALAM LAMAN WEB INI. MALAHAN ISU MEMPERBAIKI DAN MENINGKATKAN TAHAP KEBERSIHAN ADALAH BUKTI NYATA BAHAWA IA TIDAK DIPATUHI SEBELUM INI.

Dalam isu-isu pendafataran perniagaan yang telah tamat tempoh selama 2 tahun, tidak mempunyai sijil halal dalam produk kaya, tidak mematuhi pelbagai peraturan PBT, Imigresen dan Kementerian Kesihatan adalah kesemuanya JELAS, BENAR DAN NYATA.

PPIM sekali lagi MENAFIKAN segala SMS berkenaan tuduhan minyak babi dimulakan oleh pihak persatuan. Malahan diprecayai didalangi dan dirancang oleh SYARIKAT ITU SENDIRI atas helahnya untuk MENGALIH PERHATIAN terhadap isu sebenar yang sedang dihadapi. Perlu diingati syarikat ini mempunyai perniagaan telekominikasi / prepaid yang besar dan amat murah bagi mereka melakukan. Bayangkan kalau isu minyak babi tidak wujud dalam kes serbuan ini!

Sehubungan dengan itu, PPIM sekali lagi menegaskan bahawa segala tuduhan berbaur fitnah terhadap PPIM selaku badan NGO yang bersikap professional dan mendokong budaya ikhlas, telus dan berasaskan fakta kerana itu kesemua perkara yang tidak bersifat demikian bukanlah daripada pihak kami dan dinafikan sekeras-kerasnya.

Sehubungan dengan paparan di atas kami mengharapkan para pelayar laman web ini khususnya dan para pengguna Islam semua amnya akan berpuas hati dan memahami duduk perkara sebenar di sebalik kemelut H5 Silverbird dan amalan buruk pihak pengurusannya.

Dengan rendah hati dan waras kami memohon kerjasama anda semua agar tidak lagi memperpanjangkan isu Y. Bhg Datuk Hassan Din Al Hafiz ke kancah polemik yang akan menimbulkan dukacita kepada beliau lagi.

Bagaimanapun, di pihak yang lain kami semua ingin menyeru supaya TERUSKAN AGENDA KITA MEMBOIKOT PRODUK INI SEHINGGA MATLAMAT PERJUANGAN KITA TERCAPAI dan berjaya menghantar isyarat kepada mana-mana syarika lain supaya tidak lagi menipu atau berani menipu para pengguna Islam malah harus belajar menghormati mereka. Amalan penipuan dan tidak beretika akhirnya akan mengundang kerugian besar kepada para penipu..

Akhirkata sebagai ingatan kepada kita semua, jika kita ingin mengembalikan hak dan maruah, dihormati di dunia ini, perkukuhkanlah pakatan dan kerjasama di antara kita para pengguna dan teruskan agenda kita, keluarga dan masyarakat kita dengan prinsip GERAKAN PENGGUNA ISLAM.

Antara amalan harian dan prinsipnya adalah seperti berikut:-

Fikir, lihat, semak, fahami, tanya. Apa yang kita lakukan haruslah memberi menfaat kepada Ummah;

Sentiasa ingat, Umat islam adalah bersaudara. Bersatu di atas persamaan dan ketepikan perbezaan yang kecil tapi merosakkan; Umat Islam harus saling bantu membantu dan kasih mengasihi;

Memberi keutamaan kepada usaha membantu menjana ekonomi pengusaha Islam walaupun agak susah sedikit;

Amalkan sedikit pengorbanan dalam kehidupan seharian dalam membantu sesama kita walaupu mengalami kesukaran (di mana mungkin). Amalan inilah yang membawa kejayaan kepada bangsa-bangsa yang berjaya di dunia;

Cari produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pengusaha Islam di mana mungkin;

Jangan beli produk yang kotor;

Jangan beli produk yang syarikatnya memusuhi umat Islam, menghina atau membantu musuh Islam;

Cari syarikat yang â€Muslim Friendly Organisation (MFO)†jika berurusan dengan syarikat. Menghormati pekerja Islam, ada surau yang baik dll;

Jangan beli produk yang syarikatnya TIDAK MENGHORMATI, tidak peka terhadap keperluan Islam;

Jangan sokong syarikat yang tidak beretika kerana kalau dulu mereka boleh menipu siapa kita nak jamin mereka tidak tipu lagi di masa akan datang!;

Jangan sokongan syarikat yang biasa menipu para pengguna dan umat Islam jika dapat dielakkan, seperti roti high 5 kerana banyak lagi syarikat lain seperti Roti Iman, Roti Azan atau faderal Bakery ataupun Roti Gardenia jika tiada syarikat roti 100% Islam.

Semak kembali apa yang kita beli seharian dan adakah kita dalam usaha membantu menjanan ekonomi atau tidak. Teliti pembelian rempah, sos, restoran, mee, kopi, insurans, minyak masak, gas masak, klinik doktor, peguam, surat khabar, kedai jahit, kek, kicap, .......

†Ingatlah, mencari yang halal itu fardu, mengembalikan hak dan maruah adalah jihad dan semua kejayaan perlukan pengorbanan yang besar...â€

Sekian terima kasih.

- PPIM -

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?extend.250

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku seumur idup xmau beli roti high 5 ni...sebarkan perkara ni kat famili ngan kawan masing2

Share this post


Link to post
Share on other sites

isu high5 ni bagi aku sangat membodohkan umat islam di malaysia ni bermula dgn pemimpin,jakim,dan seluruh umat islam di negara kita.malu betul,derang(pihak h5)tersengih2 jer dgn ape yg mreka dah buat tu....

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau korang gi kedai kat tray tmpat letak roti high5 tue siap terpampang gmbar Dr. Hasan Al-hafiz tunjuk roti high5 tue halal... nmpak sgt nak cover salah dia yang lepas tue.. ish ish.. tapi tak semua orang tau pasal roti tue ada gak yang masih membeli.. tak paham kot.

org kafir ni mcm2 diaorg nak manipulate kelemahan ekonomi kita ni...mcm2 barang diaorg buat supaya org melayu / Islam ni kabur mata nak beli barang2 n diaorg dpt konker market menyebabkan org Islam / melayu tak dpt nak berniaga..

adakah org Islam / melayu dah takde market kat dalam negara sendiri ?

Share this post


Link to post
Share on other sites

biasa la tu.

yang aku tau, sijil halal untuk roti hi5 dah expired:

http://www.islam.gov.my/e-halal/syarikat_v...?id=980&t=D

banyak sijil yang dah expired pon. quite common.

Share this post


Link to post
Share on other sites

mmg sijil halal dah expired,pengeluaran masih dibuat.macamtula sbb penguatkuasaan takder derang buatla.

undang2 kite yg benarkan diorang buat tula sebebnyer.

Share this post


Link to post
Share on other sites

x kisah la kalo diorg nak jual roti tu jgk but jgn la nak tipu pasal status halal and tipu pengguna muslim...tu yg buat org Islam x puas ati...kita pasal makanan ader undang2 bukan mcm diorg buleh makan ape yg diorg suke

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...