Jump to content
Hitman66

Steve Irwin A.k.a Crocodile Hunter Died~

Recommended Posts

ROFL...

BTW, ade sorang lagi pengacara dokumentrai bahaya animal planet nama steve corwin kan? Harap2 dia lak ganti Steve Irwin utk rancangan2 gini.

rasanya ada sorang lagi yg pakar pasal buaya... selalu kuar kat tv 2/1 dulu... pakcik tua yg suka berkaki ayam.. nama dia tak tau ler pulak... tapi hobi dia suka menunggang buaya peliharaannya... :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

terkedu aku...rest in peace...pasni aku nak makan ikan pari puas2...

Share this post


Link to post
Share on other sites

ikan pari tulang dier halus2 ... malas tul aku nak makan :P

takpe ade sorang lagi otai boya , brady barr (tul ke ejaan nih ?)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku pun budak-budak alliance Travian aku yang bagitau kat forum pasal mende ni. Kena pulak budak alliance aku ramai budak Australia. Takleh nak wat apa, kerja cam dia memang berisiko tinggi, dia pun paham mende tu. Dah ajal.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Erm, kira respek gak la Irwine nii..kalau orang kita buat benda2 camni..kebanyakkan mesti ada baca - baca punya..tapi mamt ni rilek jer..kira berani gak la... :)

Edited by revo32

Share this post


Link to post
Share on other sites

Di Petik Dari Berita Harian Online

‘Crocodile Hunter’ meninggal

Steve Irwin disengat ikan pari ketika penggambaran di laut timur Australia

SYDNEY: Berita kematian pencinta hidupan liar Steve Irwin atau lebih dikenali sebagai ‘Crocodile Hunter’ akibat disengat ikan pari, mengejutkan seluruh penduduk Australia, manakala kerajaan dan pemimpin pembangkang segera mengeluarkan kenyataan ucapan takziah, dalam tempoh dua jam selepas laporan pertama kematiannya diumumkan.

Menteri Pelancongan Queensland, Margaret Keech memberitahu stesen Sky Television, kematian Irwin adalah kehilangan besar kepada industri pelancongan dan pemuliharaan hidupan liar di negara itu.

“Setiap orang yang bertemu dan mengenali Irwin pasti akan mengagumi kesungguhan dan minat yang ditunjukkannya untuk mewujudkan perasaan cintakan hidupan liar dan alam semula jadi. Steve memang seorang warga Australia sejati,†katanya.

Dilahirkan pada 22 Februari 1962 di Melbourne, Irwin berpindah ke Queensland untuk mengusahakan taman kecil reptilia dan hidupan liar kepunyaan ibu bapanya.

Beliau hidup dan membesar di kelilingi buaya, menangkap dan melepaskan haiwan itu ke dalam kawasan milik ibu bapanya ketika berusia sembilan tahun. Pada 1991, Irwin mengambil alih pengurusan taman itu dan menamakannya Australia Zoo.

Beliau dikatakan sangat menghormati dan memahami kehidupan semua haiwan, sikap yang ditanamkan ke dalam dirinya sejak kecil oleh ibu bapanya.

Irwin menjadi terkenal selepas dokumentari hidupan liar pertamanya Crocodile Hunter yang menunjukkan keberanian luar biasanya, mendapat sambutan di seluruh dunia dan berjaya menarik lebih 200 juta penonton.

Beliau menerbitkan episod seterusnya dokumentari Croc Files dan The Crocodile Hunter Diaries yang menceritakan tugasnya di Zoo Australia. Filem dokumentari ini turut dicalonkan untuk merebut anugerah Emmy.

Irwin juga pernah muncul dalam siri televisyen The Oprah Winfrey Show, The Tonight Show with Jay Leno dan disifatkan warga Australia paling terkenal di Amerika.

Bagaimanapun, siri dokumentari The Crocodile Hunter berakhir selepas Irwin dikritik hebat apabila membawa bersama anak lelakinya Bob yang ketika itu baru berusia sebulan memberi makan buaya.

Selain itu itu dia juga didakwa mengganggu kehidupan ikan paus, anjing laut dan burung penguin ketika melakukan penggambaran di Antartika.

Ketika hayatnya, Irwin mendakwa tidak pernah dipatuk ular berbisa atau dicedera dengan teruk oleh buaya.

“Satu-satunya haiwan yang pernah menyebabkan saya cedera teruk ialah burung kakak tua yang pernah mematuk dan hampir mencabut hidung saya,†katanya yang berkahwin dengan Terri Raines, seorang warga Amerika yang kemudian menjadi rakan kongsinya. Mereka mempunyai dua orang anak, Bindi Sue, 8 dan Robert Clarence, 3.

Irwin, 44, disengat ikan pari di dadanya ketika menyelam di laut bahagian timur Australia semalam. Beliau sedang membuat penggambaran filem dokumentari di Bart Reef dekat Port Douglas, sebuah kawasan pelancongan di utara Queensland. – Agensi

Share this post


Link to post
Share on other sites

rasanya ada sorang lagi yg pakar pasal buaya... selalu kuar kat tv 2/1 dulu... pakcik tua yg suka berkaki ayam.. nama dia tak tau ler pulak... tapi hobi dia suka menunggang buaya peliharaannya... :lol:

bukan ke tu Crocodile Dundee. :lol: di tu memang otai gila pasal buaya.siap buat koleksi gigi buaya kat sekeliling topi koboi die. :lol: tapi dengar kabar diorang mungkin nak tayangkan aksi terakhir Steve Irwin tu tak lame lagi.semalam dalam berite terkini die ade tunjuk sikit Steve Irwin sebelum kene tikam die duduk atas ikan pari tu.memang besar.tak die tak tahu ke ekor ikan pari tu boleh jadi keras bile ade ancaman dari sekeliling.tapi nak buat macam mane dah ajal. :(

Share this post


Link to post
Share on other sites

sadis..mmg sadis....isk isk...

eii...harap jgn release video tu...aku tak sanggup tgk dia kena bunuh ngan ikan tu...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Orang kata kalo kita idup ngan benda tu, ngan benda tu gak kita mati...

Dulu ingat si Steve nie idup ngan buaya, ngan buaya gak dia mati...

Rupo2nya masa tengah wat dokumentari lak dia mati...ish...ish :huh:

Share this post


Link to post
Share on other sites

nmpk gayenyer adik dia la Jeff Irwine la ganti dia sok2...

Share this post


Link to post
Share on other sites

IPB Image

so....ekor pari nie memang berbahaya sebab dier ada gigi yang junam ke belakang yang mana bila dah terkena sengat dier,azab dier masa nak cabut memang tak dapat dibayang kan.apatah lagi bila nak bayang steve bertarung nyawa nak cabut ekor pari dari jantung dier,dengan tangan dier.

Share this post


Link to post
Share on other sites

sape dah ada donload video dia kena sengat tuh??? share la kat cnie......Crocodile Hunter

eh dah ade ke website yg buleh download video tu?

Share this post


Link to post
Share on other sites

dthetidspine2.jpg

so....ekor pari nie memang berbahaya sebab dier ada gigi yang junam ke belakang yang mana bila dah terkena sengat dier,azab dier masa nak cabut memang tak dapat dibayang kan.apatah lagi bila nak bayang steve bertarung nyawa nak cabut ekor pari dari jantung dier,dengan tangan dier.

hah.. ni kalau dah kena memang tak leh cabut... kena tolak kasik tembus kalau nak cabut sendiri... kalau pi spital dia bedah jer...

Share this post


Link to post
Share on other sites

dengar citer video tuh skang dok kat tangan polis....sbg bahan bukti....lepas polis serahkan balik kemungkinan keluarga steve musnahkan video tuh....arap2 pihak polis dapat buat copy & up kat internet....

Share this post


Link to post
Share on other sites

steve_irwin150.jpg

walaupun xseagama...tp sebagai sesama insan,

teraseler juge sket2 atas kehilangan dia...

R.I.P...

p/s: CRIKEY

Edited by honamd77

Share this post


Link to post
Share on other sites

Lol..korang ni..Nak sangat tengok video org tgh seksa bertarung nyawa..Kalau lepas tu dia survived tak per la jugak..Ni orang dah mati.. :ph34r:

Bukanye ape cume nak tengok sendiri mcm mane perkare itu boleh jadi.boleh lah org ramai ambik iktibar atas kejadian tu supaye berhati2 bile terjumpe ikan pari. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...