Jump to content
Haikal

Ramai Review Daripada Reply......

Recommended Posts

Assalamualaikum................

Maaf kalau kata2 saya nie kasar...tapi saya tak puashati laa...kat forum nie....bila saya semakkan thread yg ada ramai review drpd membantu.....setakat nak amik je..baik x usah masuk sini....tajuk forum pun Tanya Putera...kalau ada reply soh kita bukak web 2 la check kat sini la...apa kata korg perintis wat penerangan dalam bahasa melayu lagi bagus...kalau x ble bantu fahami dulu masalah kemudian baru reply jangan hentam saja...saya kengkadang bukak la topic persoalan tapi hampa hanya soalan je xde jawapan pun....mana puterarian yang ramai 2 xkan tgk je...bantu sama yang terer aja yg jahil mcm saya nie....harap administrator wat pemantauan sikit....kalau xde sumbangan jgn bagi diorang bukak thread download contohnya....maaf kasar sikit tapi inilah tujuan web semacam nie wujud bantu membantu sesama kita....jgn ada yang terasa....saya pun akan sumbang sedaya yang mampu....saya baru kembali sebabbaru apsang tenet kat umah kira ble selalau online la....ok semua.....sehingga di lain masa...

Share this post


Link to post
Share on other sites

1) Review banyak? Itu sudah semestinya. Kalau klik banyak kali pada thread tu, jumlah viewing itu akan bertambah. Jadi apa masalahnya? Salah ke kalau seseorang tu nak view topik tersebut banyak kali?

2) Sumbangan? Cerminkanlah diri itu dahulu, berapa banyak pula sumbangan yang anda telah anda buat? Saya fikir anda membuat sumbangan tidak lebih dari 10 kali. Jadi, janganlah peduli dengan posting orang lain tapi kongsilah pengetahuan anda. Tentang thread anda itu, kenapa user tidak berikan jawapan, berkemungkinan mereka terlepas pandang topik anda atau tidak faham dengan isi soalan anda.

3) Bila user lain suruh rujuk laman web lain, bermaksud laman web tersebut mempunyai jalan penyelesaian yang lebih jitu atau lebih baik.

Ini kali kedua thread yang sama dibuka. Silalah baca hujah² tentang tidak puas hati di thread lama: http://forum.putera.com/tanya/index.php?show...c=16902&hl=

Share this post


Link to post
Share on other sites

waalaikum salam.. wbt

err....... aku cadangkan kalau sapa-sapa yg nak bagi jawapan tu biarla bagi jawapan yg berilmu. Maksud aku biar la jawapan tu dari org-org yg arif ttg sesuatu perkara. Kalau nak ikut jawap, sapa-sapa boleh jawab. Kengkadang tu aku tengok org tanya lain pastu jawapan samar-samar. Ni yang jenis pandai-pandai bagi jawapan padehal dia sendiri tak pasti lagi samada jawapan yg dia bagi tu betul ke tak. Mmg ramai jenis camni (noob). contoh camni:

Soalan:

Kenapa bila boot PC kluar error "CMOS checksum errors"?

Jawapan 1:

cuba try tukar motherboard

Jawapan 2:

aku rase kalau BIOS ROM CHECKSUM ERROR tuh ko boleh selesaikan dengan masuk BIOS tekan del.. pastu load Default setting

Jawapan 3:

ko gi flash bios

Jawapan 4:

Checksum error disebabkan berlakunya ralat dalam CMOS, kemungkinan besar bateri CMOS lemah, tukar bateri. bateri dijual di kedai harga dalam RM5.

Cuba tengok jawapan 4 tu berbanding jawapan 1-3. Dengan penuh yakin bersertakan fakta dan pemahaman dan mungkin pengalaman dia jawab tanpa ragu-ragu. Itu baru jawapan namanya.

Aku cadangkan pada pengendali putera.com, supaya diberi label-label tertentu pada hustler-hustler dalam sesuatu bidang. So, yang beri jawapan tu memang dah disahkan oleh sirim. Label tu sapa nak kasi? moderator/admin la yg kasi. Aku percaya oldtimer putera.com masih lagi bersama, jadi observer je nak tengok komitmen pihak atasan putera.com ni macam mana.

Masa ni la kita nak berubah. Bertindak cergas. Tak mau lembik-lembik lagi macam dulu.

Sekadar pandangan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Untuk review banyak-banyak tak ada sapa nak halang..itu hak masing-masing.

Yang penting bagi aku ialah sikap sipenanya itu sendiri tidak pro. seperti:-

1. tanya soalan lepas tu menghilangkan diri tak dapat dikesan.

2. soalan tidak lengkap menyebabkan orang lain salah faham.

3. tidak menyatakan samada masalah selesai atau belum dan caranya.

4. tiada follow up

5. tidak berterima kasih..(mungkin kurang penting)

Jadi kita kena pandai soal dan pilih jawapan yang paling tepat sahaja.

Tiada masalah kan? :D

jangan lupa guna google.com :P

Edited by OngBok

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku takkan reply pada thread yang tajuknya lebeh kurang camni :-

  1. Tolong aku.....
  2. Arrhhh...............
  3. Kenapa nih............???
  4. Apa kena ngan komputer aku nih??
  5. Masalah peliklah!
  6. Haih... tatau lagi dah nak buat camna!!!

Cara tanya tak professional langsung. Camni nih ke tajuk thread untuk bertanya? Satu lagi, aku juga takkan reply kalau cara pertanyaannya :-

  1. Penuh ngan tulisan SMS... chait!
  2. Tak cukup maklumat untuk describe masalah tu
  3. Tanya sat-sat pastu lari pegi mana ntah

Dan satu lagi, aku juga tak suka point ke tanya@google sebab kita nih duduk kat tanya@putera.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Untuk review banyak-banyak tak ada sapa nak halang..itu hak masing-masing.

Yang penting bagi aku ialah sikap sipenanya itu sendiri tidak pro. seperti:-

1. tanya soalan lepas tu menghilangkan diri tak dapat dikesan.

2. soalan tidak lengkap menyebabkan orang lain salah faham.

3. tidak menyatakan samada masalah selesai atau belum dan caranya.

4. tiada follow up

5. tidak berterima kasih..(mungkin kurang penting)

Jadi kita kena pandai soal dan pilih jawapan yang paling tepat sahaja.

Tiada masalah kan? :D

jangan lupa guna google.com :P

Kesungguhan memang penting.... kita beria nak tolong tapi lepas tanya terus hilang.. tak pun bila dapat jawapan terus ghaib... rasa macam nak band jerkk budak2 macam nie..

nasib baik aku user biasa jerkk.. :P

Aku takkan reply pada thread yang tajuknya lebeh kurang camni :-

  1. Tolong aku.....
  2. Arrhhh...............
  3. Kenapa nih............???
  4. Apa kena ngan komputer aku nih??
  5. Masalah peliklah!
  6. Haih... tatau lagi dah nak buat camna!!!
Cara tanya tak professional langsung. Camni nih ke tajuk thread untuk bertanya? Satu lagi, aku juga takkan reply kalau cara pertanyaannya :-
  1. Penuh ngan tulisan SMS... chait!
  2. Tak cukup maklumat untuk describe masalah tu
  3. Tanya sat-sat pastu lari pegi mana ntah
Dan satu lagi, aku juga tak suka point ke tanya@google sebab kita nih duduk kat tanya@putera.

Tajuk dengan label kena tepat dengan apa yang nak ditanya...tak ada laa buang masa sifo2 nak belek satu2

bila kena tajuk dengan kemahiran.... takkan diorang tak nak tolong....

.........................baru kenal ngan putera :D .........................

Edited by pinggan

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pandangan aku.. Menuntut ilmu bukan mudah. Banyak cabaran dan dugaan harus ditempohi... dengan sabar dan berfikir secara positif..

:rolleyes:

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku tak sangka benda ni pun nak jadi thread...bagi aku pengguna putera ni kan dah pandai pikir benda remeh...dah nama forum tentula ada pro dan contra untuk sesuatu pendapat ..biasala kalo ade jawapan tepat dan tak tepat, terpeinci atau tak terpeinci..sipenanya tu harus cba apa yang dia dapat kalo tak selesai tanya lagi apa yang tak kena..bukan nya salah forumer salah bagi jawapan..buat apa forumer nak post benda yang salah..cuma yang tak bestnya sesetengah forumer..(termasuk aku ni )kekadang terkeluar topic..biasa la tu..sipenanya boleh navigate senirik ..kan

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku takkan reply pada thread yang tajuknya lebeh kurang camni :-

  1. Tolong aku.....
  2. Arrhhh...............
  3. Kenapa nih............???
  4. Apa kena ngan komputer aku nih??
  5. Masalah peliklah!
  6. Haih... tatau lagi dah nak buat camna!!!
.

he he he kalo aku............aku tanya cam ni

1)PC ko tu ko dah braper lama pakai?

2)bila kali terakhir leh pakai?

3)braper user gune PC tu?

4)biasa pakai brape JAM?

5)ni soalan special..............ade x bau bakar atau hangus dr belakang komputer? he he he :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Dan satu lagi, aku juga tak suka point ke tanya@google sebab kita nih duduk kat tanya@putera.

Saya setuju.

Kalau tak berkenan, kita just ignore.

Kalau rajin, kita tegur dan betulkan kesilapan dia.

Setiap hari, ada berpuluh-puluh kalau tak beratus-ratus first-timer di Putera.com.

Seiring dengan semangat Putera.com, bantulah mereka dengan ikhlas dan berhemah.

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau aku,aku akan reply pada soalan/thread yg aku tahu jawab je..

kalau aku tak tau jawab, aku buat tak tahu je laa..

dan aku akan tanya mende yg aku tak tahu..

lepas tu, bile aku tengok ade org yg tahu jawab, baru laa aku masuk balik thread tu dan rujuk jawapan.. so bolehlah aku tambah ilmu..

tak peliklah kalau review lagi byk pada reply.. tak sume org tahu nak jawab sume bende.. kalau nak review sama byk dgn reply, aku rasa byk reply yg takde faedah pon nanti..!

sorry kalau cara aku silap.. peace! :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

ko cakap tu betul...

kadang2 aku bukak sesuatu thread, n tak tau nak komen atau jawap, aku kuar balik,

tu yg menyebabkan byk Review Daripada Reply, dah tak tau nak reply aper...

thread nie saja pun dah byk kali aku review...

Share this post


Link to post
Share on other sites

selalu aku tengok dulu , cam dukun kata kalo tak tau nak reply aku kuar balik

:)

Share this post


Link to post
Share on other sites

tak salah rasanya org keluar masuk nak tgk...sebab semua akan dapat faedahnya..

macam mana semua org dapat faedah..

(1) si pembuka topik@penyoal & si penjawab soalan/membincangkan topik..

- yg masuk, dia baca...dapat ilmu... ilmu dia dpt sbb si penyoal tadi bukak soalan..dan si penjawab mejawab... dapat la kebajikan di situ

(2) tuan rumah, pemilik putera.com, pengendali yg memantau forum, penderma penyumbang dana utk server dan semua yg berusaha utk memajukan putera.com

(3) si pembaca yg review saja tadi pun dapat kebajikan..jika dia masuk, baca tujuan nak carik ilmu2 baru utk dia... dan tambah lagi kalau dah dapat ilmu tu, dia sampaikan plak pada org lain, atau ajar org lain.

so, rasanya semua dapat kebajikan dan faedah..tak ada yg rugi melainkan yg dengki mendengki...

mcm org masuk masjid...dalam masjid ada tazkirah...dia dgr tazkirah..tp tak derma satu sen pun kat tabung masjid tu.. dia berdosa atau salah... pastinya tidak..dia dapat pahala sebab datang ke masjid... sertai majlis ilmu.. begitu juga org lain. dan penyampai tazkirah...

tak lama lagi ramadhan..ramai ke surau solat terawikh..abis terawikh ada moreh..jamuan makan... org dtg join solat terawikh..sertai makan2...tp dia tak derma apa pun.. dia dapat pahala solat..pahala jemaah..pahala makan moreh...walau tak derma..mcm tu ajk surau/masjid tu..yg sediakan makanan..yg mengimamkan.. bla bla..

tak perlu kisahkan sangat pasal org lain.. yg penting apa kita buat pada org lain dulu sebelum memikirkan apa org lain buat pada kita...

kadang2 yang masuk tu..dia pun taktau nak jawab..mungkin juga alami masalah yg sama..dia masuk baca..dpt bantu dia selesaikan masalah...atau dia dapat ilmu baru...kalau nanti jadi masalah sama..takyah dia tanya dah..sebab dia dah dpt jawapan di sini..

saya sendiri pun selalu copy simpan dalam notepad perbincangan soal-jawab yg berguna dalam ni...

Share this post


Link to post
Share on other sites

betul seperti yang ko jelaskan tu akuinsan...aku pon copy/paste macam ko buat untuk mana2 tip yang aku dapat dari putera ni..cuma tu la kita sebagai pengguna foum kat sini kenelah ada skill senirik nak berforum.Pasal tak keburukkan dalam borfurum ni kalau nak carik ilmu yang baik..keburukkannya hanya bila nak bincang benda yang tak baik..(aku tak pernah nampak lagi forum tak baik) forum bodoh adalah kekadang nampak jugak..aku sound kat forumer yang bukak thread bodoh2..apsal bukak thread macam buduh jer..

Share this post


Link to post
Share on other sites

benda camnih pung jadi isu. aku rasa org yg just nengok/review topik and then leave macamtuh jek lagi baik dari orang yang dok carik isu isu cenggini. bagi aku, kalo orang yang just review tuh ntah ntah dier dapat knowledge dari situ. cuma dier tak mampu nak reply jeks sebab derang baru tau pasai benda tuh.

kalo macamnih ler keadaannyer dimana isu view lebeh dari post pung jadi isu, aku cadangkan kat admin, remove jeks counting untuk view and post tuh..

pelik tui orang malaysia nih, benda remeh jadi isu ;)

Share this post


Link to post
Share on other sites

korang mungkin rase dan fikir

ape bangang sangat mamat nih, bkk thread bodo2

aku dah jawab mende ni brape kali dah, carik la dulu baru tanye

korang memang dah jawab byk kali

tp diorang baru tanye skali

apsal x search je?

dah kate newbies, nak wat cemane

tak bace faq/terma ke?

newbies mmg tak minat bace mende nih

aku pun x bace awal2 dulu

bila dah 2,3 tahun kat sini, baru la aku bace, i2 pun sbb boring nak tunggu reply

lagipun, ape salahnye jawab mende yg same

baru la ade pengalaman sket jadik cikgu@lecturer

sehari bkn sorang due yg datang jumpe nak tanye soklan yg same

diorang tak merungut pun, bukannye dapat elaun lebih pun layan student tu, lagi suke dorang datang ade la

tambahan lagi, forum ni dah kurang meriah(bagi aku la)

p/s: ni suare hati aku je, kalo x puas hati jgn hentam aku lak :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Terima Kasih kepada putera2 sume yg sudi reply thread nie walaupun ulangan....bukan sume benda kita mampu tengok...dalam putera saja ada banyak thread kenkadang terlepas pandang jugak....saya mohon maaf kalau tajuk thread nie ada melukakan ati sesapa...x niatpun.... btulla view tentu lebih banyak drpd reply kan?...saya budak baru so bila tgk xde jawapan sedih la...kita baru nak belajar....tp saya sedar diri la sayapun x banyak reply sbb saya xtau nak bantu...apapun terima kasih atas bantuan anda.....mungkin kita boleh baiki kaedah pertanyaan kita secara yg lebih berkesan....apa kata wat FORMAT tertentu supaya soalan lebih teratur.....kemudian sapa yang upload apa software/application tolong wat sedikit review dan cerita sikit psl software tue....2 cadangan org setahun jagung je...x suka xpe...timakasih

Share this post


Link to post
Share on other sites

ape ........ kate .......... ko ........ yang..... start ..... wat ....... FORMAT ........ reply ........ yang .......... kurang ........... dot dot dot......... dulu?

Share this post


Link to post
Share on other sites

ape ........ kate .......... ko ........ yang..... start ..... wat ....... FORMAT ........ reply ........ yang .......... kurang ........... dot dot dot......... dulu?

Ok

Format Soalan Masalah

Masalah : ???????

Jenis Hardware @ Software yang bermasalah (spesifik) : ??????

Simptom2 lain akibat masalah itu : ?????

Jenis Sistem Komputer (option jika perlu) : ?????

Format Upload

1. Gambar screenshort

2. sedikit spesifikasi ; untuk apa?

3. Bubuh la link untuk software/application tersebut

4. kalau ada biskut tawar buh la link?

Format Minta Cari Software

1. bagi kegunaan yang diingini (spesifik)

2. Minta tutorial (jika perlu)

itu adalah cadangan sahaja......terpulang la pada korang ok...bye

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...